ulasan jurnal pendidikan

17
1.0 TAJUK ARTIKEL Kesan Efikasi Kendiri Guru Sejarah Terhadap Amalan Pengajaran Berbantukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). 2.0 PENULIS Azwan Ahmad (Smk Syed Alwi, Kangar, Perlis), Abdul Ghani Abdullah (Universiti Sains Malaysia, P.P), Mohammad Zohir Ahmad (Universiti Sains Malaysia, P.P), Abd. Rahman Hj Abd. Aziz (Universiti Sains Malaysia, P.P). 3.0 SUMBER Jurnal Penyelidikan Pendidikan, Bil. 7, (2005) 14-24 4.0 RUMUSAN ARTIKEL Artikel ini membincangkan tentang kepentingan efikasi guru terhadap teknologi maklumat dan komunikasi, (ICT) serta pengaruhnya dalam pengajaran subjek sejarah. Berdasarkan hipotesis yang dilakukan oleh penyelidik, efikasi guru terhadap ICT serta kekerapan guru menggunakan ICT dalam kehidupan seharian akan mempengaruhi keyakinan beliau mengaplikasikan teknologi tersebut di dalam kelas. Efikasi bermaksud keyakinan. Menurut Tschannen-Moran, Hoy dan Hoy (1998), efikasi guru merujuk kepada kepercayaan guru terhadap diri sendiri untuk menyusun atur dan melakukan satu siri tindakan. Bagi Powell dan Anderson pula, efikasi guru adalah perasaan puas hati terhadap pelajaran yang diperoleh 1

Upload: peningla

Post on 05-Dec-2014

1.610 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Ulasan jurnal pendidikan

1.0 TAJUK ARTIKEL

Kesan Efikasi Kendiri Guru Sejarah Terhadap Amalan Pengajaran Berbantukan Teknologi

Maklumat dan Komunikasi (ICT).

2.0 PENULIS

Azwan Ahmad (Smk Syed Alwi, Kangar, Perlis), Abdul Ghani Abdullah (Universiti Sains

Malaysia, P.P), Mohammad Zohir Ahmad (Universiti Sains Malaysia, P.P), Abd. Rahman

Hj Abd. Aziz (Universiti Sains Malaysia, P.P).

3.0 SUMBER

Jurnal Penyelidikan Pendidikan, Bil. 7, (2005) 14-24

4.0 RUMUSAN ARTIKEL

Artikel ini membincangkan tentang kepentingan efikasi guru terhadap teknologi

maklumat dan komunikasi, (ICT) serta pengaruhnya dalam pengajaran subjek sejarah.

Berdasarkan hipotesis yang dilakukan oleh penyelidik, efikasi guru terhadap ICT serta

kekerapan guru menggunakan ICT dalam kehidupan seharian akan mempengaruhi keyakinan

beliau mengaplikasikan teknologi tersebut di dalam kelas.

Efikasi bermaksud keyakinan. Menurut Tschannen-Moran, Hoy dan Hoy (1998), efikasi

guru merujuk kepada kepercayaan guru terhadap diri sendiri untuk menyusun atur dan

melakukan satu siri tindakan. Bagi Powell dan Anderson pula, efikasi guru adalah perasaan

puas hati terhadap pelajaran yang diperoleh apabila mampu mempraktikkannya dengan baik.

Merujuk kepada kajian-kajian lepas, penyelidik telah memetik beberapa idea tentang efikasi

guru. Menurut Allinder, (1995) guru-guru yang mempunyai efikasi pengajaran yang tinggi

mempunyai sasaran yang lebih tinggi terhadap pelajarnya, mudah menerima ide-ide baru

dan mencuba teknik atau kaedah pengajaran baru. Justeru guru yang berefikasi tinggi akan

menghadapi kegagalan dengan usaha yang lebih gigih untuk menguasai kemahiran mengajar

sehingga berjaya. Sebaliknya guru yang berefikasi rendah mempunyai aspirasi yang rendah

dan akan cuba mengelakkan diri daripada menghadapi tugasan pengajaran sukar dan mudah

berputus asa atau stress.

1

Page 2: Ulasan jurnal pendidikan

Penyelidik juga membuat kutipan data yang mampu membuktikan wujud hubungan

efikasi guru terhadap ICT dengan tindakan menggunakan ICT dalam sesi pengajaran sama

ada untuk mencari maklumat, menyampaikan maklumat, memilih isi kandungan pelajaran

atau menjadikan ICT sebagai alat bantuan pengajaran. Penyelidik juga telah memilih subjek

kajian sejarah kerana bagi beliau, kombinasi ICT dalam mata pelajaran sejarah akan

menjadikan subjek ini lebih menarik dan diminati oleh pelajar. Hal ini kerana rata-rata rakyat

Malaysia menganggap subjek Sejarah sebagai subjek yang mengantuk. Pada hal menurut

Abd. Rahim (2001), Sejarah bukanlah satu mata pelajaran yang statis, tradisional,

mementingkan penghafalan fakta, bersifat naratif dan deskriptif seperti yang difahami oleh

kebanyakan orang. Sehubungan itu, guru Sejarah perlu mempunyai kepercayaan yang positif

dan keyakinan kendiri untuk menjadikannya seorang yang berinovatif dalam menyusun

proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru perlu kreatif dan bijak menggunakan

kaedah pengajaran yang sesuai dengan aliran semasa. Sentuhan ICT dalam mata pelajaran di

sekolah adalah salah satu idea baru yang boleh diaplikasikan. Justeru, satu anjakan

paradigma harus dilakukan untuk menjadikan mata pelajaran Sejarah lebih berkesan, menarik

dan menggembirakan melalui ICT seperti menyediakan montaj, komik, video, audio, web

portal, blog dan laman sosial yang berilmiah.

Namun begitu, berdasarkan kajian yang dibuat oleh beliau, efikasi guru sejarah terhadap

ICT dan aplikasi dalam pengajaran masih kurang memuaskan. Hal ini disebabkan kelemahan

guru dalam mengendalikan teknologi. Ketandusan inovasi dan pembaharuan ini

menyebabkan pelajar merasakan mata pelajaran ini stereotaip, tidak mencabar, statik dan

membosankan. Kelemahan ini juga menjadi penghalang kepada aktiviti pengajaran untuk

menjadi lebih menarik dan terbuka. Kebanyakan guru sejarah hanya berpandukan kepada

buku teks semata-mata. Hasilnya, kebanyakan murid hanya mampu menghafal kandungan

buku teks namun gagal mengutip nilai-nilai murni dan patriotisme dalam kandungan

pelajaran. Oleh itu penyelidik telah memetik pendapat Harris (2000) dalam mengkategorikan

penggunaan ICT dalam P&P iaitu:-

i. pertukaran interpersonal seperti penyertaan dalam kumpulan perbincangan elektronik,

bilik darjah global yang melibatkan pelajar-pelajar bertukar pendapat tentang sesuatu

topik dan hubungan elektronik dengan pakar

2

Page 3: Ulasan jurnal pendidikan

ii. koleksi maklumat yang melibatkan pelajar-pelajar dan guru-guru berkongsi artikel,

sumber pengajaran dan rancangan pengajaran atau berkongsi data untuk dianalisis.

iii. projek yang melibatkan penyelesaian masalah selari yang melibatkan pelajar daripada

pelbagai lokasi meninjau sesuatu dan kemudiannya berkongsi kaedah dan dapatan

kajian.

Kesimpulannya, pengetahuan dan kemahiran dalam ICT sahaja tidak menjamin

pengintergrasiannya dalam kurikulum dan juga pengajaran. Justeru, adalah penting bagi guru

untuk membuat persediaan yang mencukupi agar dapat memenuhi tuntutan dan jangkaan

masyarakat untuk menggabungkan ICT dalam pengajaran. Sikap serta keyakinan dan efikasi

yang tinggi membantu memudahkan proses peningkatan kemahiran dalam pelaksanaan ICT

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi memenuhi aspirasi ini, guru harus

melakukan perubahan ideologi. Pertama, guru harus diyakinkan bahawa terdapat banyak

kebaikan dan kepentingan penggunaan ICT dalam P&P. Kedua, guru perlu diberikan

kemahiran yang mencukupi untuk menggunakan peralatan ICT secara cekap dan efektif. Jika

keperluan tersebut mampu di aplikasikan, maka proses P&P pasti lebih menarik.

5.0 OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat 4 objektif kajian yang telah diketengahkan oleh penyelidik menerusi kajian ini.

Antaranya adalah mengukur tahap efikasi kendiri guru terhadap penggunaan teknologi

maklumat dan komunikasi, (ICT). Kedua, mengenal pasti penglibatan guru sejarah dalam

menggunakan ICT dalam sistem pengajaran dan pembelajaran. Ketiga, menganalisis hubung

kait antara efikasi kendiri guru dengan amalan pengajaran sejarah berbantukan ICT.

Keempat, mengkaji kesan efikasi kendiri guru terhadap ICT dengan amalan pengajaran

sejarah berbantukan ICT.

6.0 KAEDAH KAJIAN

Penyelidik telah menggunakan kaedah kajian berbentuk deskriptif kuantitatif. Kutipan

data diperoleh dengan menggunakan soal selidik yang dihantar oleh penyelidik sendiri

kepada responden kajian. Pertama, penyelidik telah mengukur amalan guru Sejarah

terhadap penggunaan ICT. Soalan soal selidik tersebut menghendaki guru menjawab

kecenderungan mereka menggunakan ICT mengikut keperluan masing-masing. Terdapat dua

3

Page 4: Ulasan jurnal pendidikan

tujuan yang digunakan oleh guru Sejarah semasa menggunakan ICT. Pertama, guru

menggunakan ICT untuk mencari maklumat sejarah (EPIK) dan kedua, untuk

menyampaikan maklumat sejarah (EPICT). Kedua, penyelidik turut mengukur tahap efikasi

guru sejarah terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran sejarah (AICTMM) dan

pemilihan isi kandungan semasa pengajaran sejarah (AICTUP). Responden dikehendaki

menjawab dengan instrumen kajian tersebut berpandukan skala `Likert` yang memberi lima

gerak balas mengikut darjah persetujuan. Nilai kebolehpercayaan ‘Cronbach Alpha’ yang

diperoleh bagi item-item kajian ini daripada kajian rintis adalah sangat meyakinkan iaitu

sebanyak 0.91.

Selain itu, penyelidik juga membuat rujukan di perpustakaan dan menghadiri persidangan

yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang tajuk tersebut. Berdasarkan

bibliografi, penyelidik telah merujuk kepada bahan ilmiah seperti buku, artikel dan jurnal.

7.0 RESPONDEN KAJIAN

Kajian ini telah melibatkan responden seramai 95 orang guru Sejarah yang dipilih secara

rawak dari 15 buah sekolah menengah harian biasa di seluruh negeri Perlis. Responden

dipilih secara rawak mengikut demografi sosial yang berbeza seperti berlainan jantina, etnik

dan pengalaman mengajar. Teknik pemilihan responden secara pensampelan ini

menggambarkan keseluruhan masyarakat guru di Negeri Perlis dengan tahap efikasi dan

teknik penggunaan ICT dalam pengajaran sejarah.

8.0 HASIL KAJIAN:

Hasil kajian yang diperoleh penyelidik terhadap enam pemboleh ubah yang disenaraikan

dalam jadual 1 terhadap tahap dan tujuan penggunaan ICT menunjukkan prestasi yang

sederhana. Wujud hubung kait bagi pemboleh ubah bersandar dengan pemboleh ubah

dimalarkan. Misalnya, korelasi antara efikasi guru sejarah dengan amalan pengajaran

berbantukan ICT menunjukkan tahap yang sederhana kerana memperoleh skor min sebanyak

3.45. Secara spesifiknya tahap yang sama dalam efikasi guru sejarah terhadap penggunaan

ICT dalam pengajaran sejarah (AICTMM), dan efikasi guru sejarah terhadap pemilihan isi

kandungan semasa melaksanakan pengajaran sejarah berbantukan ICT (AICTUP).

Sebaliknya dapatan Jadual 1 turut melaporkan bahawa tahap amalan pengajaran Sejarah

4

Page 5: Ulasan jurnal pendidikan

berbantukan ICT masih pada tahap rendah kerana memperoleh skor min sebanyak 2.61.

Situasi yang sama dapat dilihat pada amalan amalan penggunaan ICT untuk mencari

maklumat sejarah (EPIK), dan amalan penggunaan ICT untuk menyampaikan pengajaran

sejarah (EPICT). Sementara itu hasil korelasi Pearson pula menunjukkan bahawa terdapat

hubungan signifikan dan sederhana kukuh antara efikasi guru dengan amalan pengajaran

Sejarah menggunakan ICT dan dimensinya iaitu nilai koefisien “r” antara 0.69 hingga 0.76.

Dapatan daripada Jadual 2 menunjukkan bahawa efikasi guru Sejarah terhadap

penggunaan ICT berbantukan ICT menyumbang sebanyak 36.0 % varians terhadap

perubahan amalan kerja. Hanya dimensi efikasi guru sejarah terhadap penggunaan ICT dalam

pengajaran sejarah (β=0.442) sahaja yang mempunyai kesan positif secara signifikan

terhadap amalan penggunaan ICT secara menyeluruh berbanding efikasi guru sejarah

terhadap pemilihan isi kandungan semasa melaksanakan pengajaran sejarah berbantukan ICT

(AICTUP). Dapatan ini menjelaskan bahawa apabila efikasi guru sejarah terhadap

penggunaan ICT dalam pengajaran sejarah meningkat, ia turut meningkatkan amalan

penggunaan ICT dalam pengajaran sejarah. Pola dapatan yang serupa dapat dilihat dalam

Jadual 2 apabila hanya dimensi efikasi guru sejarah terhadap penggunaan ICT dalam

pengajaran sejarah (ICTMM) sahaja yang mempunyai kesan positif secara signifikan

terhadap amalan penggunaan ICT untuk mencari maklumat sejarah (β=0.482), dan amalan

penggunaan ICT untuk menyampaikan pengajaran sejarah (β=0.327).

Keputusan ini mengukuhkan bahawa apabila efikasi guru sejarah terhadap penggunaan

ICT dalam pengajaran sejarah bertambah, ia turut meningkatkan lagi amalan penggunaan

ICT untuk mencari maklumat sejarah, dan amalan penggunaan ICT untuk menyampaikan

pengajaran sejarah di kalangan guru.

9.0 ANALISIS

Secara kasarnya, keputusan yang diperoleh penyelidik ini dapat dianalisis dengan

merujuk kepada Jadual 1 dan 2. Semua data yang diperoleh daripada responden telah

dianalisis dengan menggunakan min, sisihan piawai dan korelasi Pearson antara variabel

bebas dan bersandar (dipaparkan dalam Jadual 1). Manakala kesan efikasi kendiri guru

Sejarah terhadap amalan pengajaran berbantukan ICT pula telah dianalisis dengan

5

Page 6: Ulasan jurnal pendidikan

menggunakan analisis regresi berganda serta dilaporkan dalam Jadual 2. Manakala

interpretasi tahap amalan dan efikasi kendiri guru mencatat skor min di antara “1.0 hingga

2.9” menunjukkan tahap amalan rendah, skor min antara “3.0 hingga 3.9” menunjukkan

tahap amalan sederhana, dan jika skor min di antara “4.0 hingga 5.0” menunjukkan tahap

amalan tinggi.

Merujuk kepada Jadual 1, tahap efikasi keseluruhan guru terhadap ICT adalah sederhana

dengan min 3.45 jika dibandingkan dengan amalan keseluruhan yang rendah terhadap ICT

yang hanya 2.61. Sewajarnya data perlulah sama agar kesan efikasi ini benar-benar

merangsang penggunaan ICT. Namun, sesetengah guru tidak menggunakan ICT meskipun

mereka mempunyai keyakinan terhadapnya. Hal ini disebabkan kekurangan teknologi yang

disediakan oleh pihak sekolah atau kekangan masa untuk mengendalikan. Selain itu, min

bagi (AICTMM) lebih rendah 3.31 berbanding min (AICTUP) 3.65. Hal ini menunjukkan

bahawa kebanyakan guru akan menggunakan ICT ketika mencari isi kandungan pelajaran

dan kurang mengaplikasikan dalam pengajaran. Hal ini disebabkan guru kurang yakin

menggunakan teknologi di hadapan pelajar dan kekurangan teknologi di sekolah. Min bagi

(EPIS) 2.42 pula lebih rendah dengan min (EPICT) 2.79. Hal ini menunjukkan bahawa

kebanyakan guru akan menggunakan ICT untuk menyampaikan pengajaran sejarah

berbanding mencari maklumat tambahan subjek sejarah. Hal ini disebabkan guru lebih gemar

menggunakan ICT seperti LCD dan Power Point semasa mengajar dan tidak pula mencari

maklumat tambahan di luar silibus pengajaran. Oleh itu, korelasi efikasi guru terhadap ICT

dengan tujuan penggunaannya bergantung pada kepentingan pengajaran tersebut.

Merujuk pada Jadual 2 pula, interpretasi yang dapat saya lihat terhadap efikasi guru

dalam menggunakan ICT lebih cenderung semasa menyampaikan pengajaran sejarah

(AICTMM) berbanding semasa pemilihan isi kandungan pelajaran (AICTUP). Hal ini

disebabkan oleh persepsi guru sejarah yang lebih yakin menggunakan ICT untuk

menyampaikan pengajaran seperti menggunakan slide show atau memainkan video semasa

pengajaran berbanding menggunakan teknologi seperti internet untuk memilih isi kandungan

pelajaran semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

10.0 SUMBANGAN HASIL KAJIAN

6

Page 7: Ulasan jurnal pendidikan

Kajian ilmiah yang dilakukan oleh penyelidik ini sedikit sebanyak telah memberi

beberapa sumbangan kepada sistem pendidikan negara. Kajian yang dilakukan pada tahun

2005 ini memberi gambaran kepada saya bahawa kesedaran guru dan kesediaan guru

terhadap ICT pada ketika itu berada pada tahap yang sederhana. Hal ini kerana, aplikasi ICT

dalam sistem pendidikan di Malaysia masih di tahap yang kurang memberangsangkan

terutama di kawasan luar bandar dan di negeri-negeri kurang maju seperti Perlis. Oleh itu,

dapatan kajian yang diperoleh dapat memberi kesimpulan yang menyeluruh tentang tahap

efikasi guru sejarah terhadap ICT dalam pengajaran mahupun dalam kegunaan mereka

seharian pada tahun semasa. Dapatan kajian yang membuktikan efikasi guru sejarah

mempunyai tahap efikasi yang sederhana ini mampu memberi kesedaran kepada guru dan

kerajaan terhadap kepentingan ICT dalam subjek sejarah agar proses P&P ini menjadi lebih

menarik dan mencabar.

Selain itu, kajian ini juga menunjukkan tahap efikasi guru sejarah yang sederhana

terhadap pemilihan isi kandungan sejarah dan juga penggunaan ICT untuk mengajar sejarah.

Oleh itu, hasil kajian ini dapat menyokong kajian Jamaluddin et al. (2000), bahawa kesediaan

guru menggunakan ICT berkait dengan sikap positif dalam menerima perubahan dari segi

strategi dan kaedah pengajaran. Terdapat guru sejarah yang masih mempunyai sikap fobia,

takut serta negatif menerima perubahan kerana mereka lebih gemar dengan kaedah lama

yang bersandarkan buku teks, nota edaran atau menulis pada papan hijau sahaja. Oleh itu,

guru sejarah perlu lebih kreatif dan inovatif dalam mengurus kaedah pengajaran. Kerajaan

pula harus mempergiatkan latihan dan kursus kemahiran kepada guru-guru sejarah untuk

lebih mahir mengendalikan alatan teknologi dalam pengajaran.

Dari sudut tahap amalan penggunaan ICT pula, guru sejarah didapati secara

keseluruhannya masih lagi pada tahap rendah sama ada dari segi mencari maklumat mahu

pun dari segi menyampaikan pengajaran. Dapatan ini menggambarkan bahawa

pengintegrasian ICT dalam P&P dalam kalangan guru sejarah masih lagi pada tahap yang

tidak memuaskan. Hal ini disebabkan bahan dan kandungan pelajaran masih kurang untuk

diakses di laman sesawang atau di portal-portal rasmi pendidikan. Oleh itu kajian ini penting

untuk menggalakkan pihak yang terbabit mempergiatkan pembinaan portal dan laman sosial

berbentuk ilmiah untuk di jadikan medium pertukaran idea atau penyampaian maklumat

kepada pelajar dan guru. Hal ini keran, pengisian pelajaran subjek-subjek seperti Sejarah

7

Page 8: Ulasan jurnal pendidikan

memerlukan kaedah pengajaran yang lebih menarik dan sesuai dengan perkembangan

semasa.

Sehubungan dengan itu, kajian ini secara tidak langsung telah membuktikan bahawa

wujud hubungan antara tahap efikasi guru sejarah terhadap pengajaran berbantukan ICT.

Semakin tinggi tahap efikasi guru terhadap amalan penggunaan ICT, maka semakin tinggi

tahap untuk mengajar Sejarah berbantukan ICT. Manakala dapatan kajian ini juga

menunjukkan bahawa hanya dimensi efikasi guru sejarah terhadap penggunaan ICT dalam

pengajaran sejarah sahaja yang mempunyai kesan positif secara signifikan terhadap amalan

penggunaan ICT secara menyeluruh berbanding efikasi guru sejarah terhadap pemilihan isi

kandungan semasa melaksanakan pengajaran sejarah berbantukan ICT. Dapatan ini

menjelaskan bahawa apabila efikasi guru sejarah terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran

sejarah meningkat, ia turut meningkatkan amalan penggunaan ICT dalam pengajaran sejarah.

Keputusan ini dikukuhkan lagi apabila efikasi guru sejarah terhadap penggunaan ICT dalam

pengajaran sejarah bertambah, ia turut meningkatkan lagi amalan penggunaan ICT

untuk mencari maklumat sejarah, dan amalan penggunaan ICT untuk menyampaikan

pengajaran sejarah di kalangan guru sejarah.

Kelemahan yang dikesan ini perlu diberi perhatian oleh semua pihak yang berkaitan.

Guru sejarah terutamanya harus berani memecahkan kaedah tradisi dan status quo yang sedia

ada dengan menggunakan ICT untuk mencari maklumat pengajaran dan menyampaikan

pengajaran sejarah. Melalui penggunaan ICT, pengajaran dan pembelajaran sejarah akan

menjadi lebih menarik dan tidak membosankan. Guru sejarah seharusnya membiasakan diri

menggunakan teknologi dalam pengajaran mereka agar pelajar akan terangsang untuk

menghayati dan mengikuti pelajaran sejarah dengan penuh minat. Berikutan dengan ini, saya

sebagai guru yang bakal mengajar mata pelajaran Pengajian Am juga perlu peka terhadap

teknologi dan maklumat ini agar dapat mewujudkan proses pengajaran yang lebih menarik

dan sesuai dengan aliran semasa yang menghendakkan guru yang kreatif dan inovatif dalam

melaksanakan pengajaran. Pelbagai teknik dan kemahiran perlu saya tingkatkan untuk

membina efikasi yang berkesan dalam pengajaran.

11.0 APLIKASIKAN HASIL KAJIAN DENGAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN MASA KINI:

8

Page 9: Ulasan jurnal pendidikan

Hasil kajian yang dilakukan oleh penyelidik ini memberi kesedaran

kepada pihak yang berkaitan terhadap pentingnya membina efikasi guru terhadap ICT

dalam pengajaran dan pembelajaran, P&P. Dunia hari ini berdepan dengan gelombang

globalisasi telah mencorakkan pemikiran generasi muda untuk lebih sukakan cabaran dan

kelainan. Teknik pengajaran tradisi berpandukan buku teks dan nota edaran menjadi

kurang relevan untuk dipraktikkan pada hari ini. Oleh itu, aplikasi ICT sangat penting

dalam setiap subjek di sekolah. Aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi yang

disarankan pula perlulah menarik dan tidak menjerumus ke arah kelalaian. Oleh itu,

kerajaan dan kementerian pelajaran harus merencana dasar dan perangkaan yang selari

dengan perkembangan semasa agar sistem pendidikan negara dapat dipertingkatkan

sekali gus dapat mencapai matlamat falsafah pendidikan negara.

Berdasarkan hasil kajian, kita boleh mendapati bahawa implikasi efikasi dan

amalan guru sejarah terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan amalan penggunaan

ICT guru sejarah dalam melaksanakan pengajaran sejarah dipengaruhi oleh tahap efikasi

mereka. Lantaran itu, bagi memperkasakan efikasi guru terhadap ICT, guru perlu lebih

berani dan yakin mencuba perubahan dan pembaharuan seperti mengajar menggunakan

bantuan laman portal, video, komik digital dan forum digital. Pendekatan ini sangat

sesuai dengan corak pembelajaran hari ini. proses P&P pula pasti akan menjadi lebih

menarik dan tidak membosankan.

Hasil kajian yang diperoleh pada tahun 2005 ini juga memberi perbandingan yang

ketara pada tahun ini 2013 yang mana, sistem pembelajaran telah pun mengalami

penambahbaikan dari aspek aplikasi ICT. Berdasarkan Laporan Awal Pelan Tindakan

Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 – 2025), yang dikeluarkan oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia, kerajaan telah menetapkan beberapa usaha dalam menerapkan

teknologi dalam pendidikan. Antara usaha yang sedang dilakukan adalah:-

i. Meningkatkan akses Internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui

1BestariNet bagi semua 10,000 sekolah pada penghujung 2013.

ii. Menambahkan kandungan atas talian untuk perkongsian amalan terbaik bermula

dengan perpustakaan video guru menyampaikan pengajaran dalam mata pelajaran

kritikal 2013.

9

Page 10: Ulasan jurnal pendidikan

iii. Memanfaatkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan berasaskan

kendiri untuk meningkatkan kapasiti dan pembelajaran lebih khusus.

Oleh itu, dunia pendidikan negara akan mengalami 3 gelombang yakni:-

i. Gelombang 1 (2013 hingga 2015): Mempertingkatkan Asas ICT

ii. Gelombang 2 (2016-2020) : Memperkenal Inovasi dalam ICT

iii. Gelombang 3 (2020 – 2025): Mengekalkan Penggunaan Sistem ICT yang Inovatif

Petikan ucapan YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin di Persidangan

Antarabangsa Pameran Pendidikan Digital Asia pada 27 Mei 2013 lalu telah memberi

gambaran kepada struktural pendidikan negara untuk mengalami perubahan:

"Bagi memastikan keberkesanan usaha penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pendidikan, pihak kementerian akan memastikan semua guru-guru terlatih dan cekap menggunakan VLE menjelang 2015. Kementerian juga akan menyediakan lebih banyak peralatan digital seperti tablet atau telefon pintar kepada guru-guru dan pelajar dalam usaha mewujudkan suasana pembelajaran kreatif dan inovasi".

Hasil kajian dan pemantauan dari ahli akademik telah menemui beberapa keputusan dan

pengecaman prestasi guru dan murid mengaplikasikan ICT dalam pendidikan. Hasil kajian

juga menunjukkan bahawa sentuhan ICT mampu mengangkat prestasi pendidikan negara

agar tidak jauh ketinggalan.

12.0 PENUTUP

Kesimpulannya, kesan efikasi guru terhadap penggunaan ICT akan mempengaruhi

kekerapan dan amalan menggunakan ICT dalam sistem pengajaran mereka sama ada ketika

mencari maklumat, menyampaikan pengajaran, mencari isi kandungan pelajaran atau

menjalankan proses pengajaran. Oleh itu, guru perlu meningkatkan kemahiran dan efikasi

terhadap ICT sekali gus dapat merealisasikan aspirasi kerajaan dalam PIPP negara. Selain itu,

efikasi guru terhadap ICT juga tidak mencukupi untuk menggalakkan penggunaan ICT dalam

P&P. Penyediaan kelengkapan dan peruntukan untuk membina sistem pendidikan era baru

ini juga perlu seiringan dengan tahap dan kemahiran guru. Justeru itu, kemudahan

infrastruktur juga akan mempengaruhi sistem pendidikan negara ini. Oleh itu, semua pihak

10

Page 11: Ulasan jurnal pendidikan

terutamanya guru serta barisan kepimpinan pendidik negara harus bersama memajukan diri

dari pelbagai aspek agar kualiti perkhidmatan dapat ditingkatkan sekali gus dapat melahirkan

generasi muda yang mampu menjadi aset negara.

13.0 PETA MINDA

11

KEPENTINGAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

DEFINISI DAN KONSEP EFIKASI GURU TERHADAP ICT

HUBUNGKAIT EFIKASI GURU TERHADAP ICT DENGAN APLIKASI ICT DALAM P&P

KESAN EFIKASI GURU TERHADAP ICT DALAM

PENGAJARAN.

KESAN EFIKASI GURU TERHADAP ICT DALAM PENGAJARAN SEJARAH

BERBANTUKAN ICT

Rumusan Jurnal Objektif Kaedah kajian Responden Hasil kajian Analisis kajian Sumbangan hasil kajian Aplikasi hasil kajian dengan pengajaran dan

pembelajaran masa kini