ulasan jurnal gru 6014 (final)

Upload: raj-danesh

Post on 03-Mar-2016

34 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

ulasan

TRANSCRIPT

Ulasan Artikel :

Ramlee Mustapha, Faridah Karim, Ruhizan Mohd Yasin, Norzaini Azman, Hamidah Yamat, Abdul Wahab Muhammad (2008). K-ECONOMY AND GLOBALISATION ARE OUR STUDENTS READY: Jurnal Personalia Pelajar Bil. 11 Jun 2008 (1 - 23).PENGENALANPerkembangan arus globalisasi sememangnya membawa pelbagai cabaran kepada Malaysia untuk menukar status negaranya kepada negara industri. Iaitu peralihan daripada aktiviti ekonomi yang berasaskan pengeluaran dan eksport komoditi utama kepada industri pemprosesan, berteknologi dan berpengetahuan tinggi. Ia membawa suatu perubahan struktur ekonomi. Perkembangan ini dibantu dengan pembangunan Multimedia Super Corridor (MSC) yang mendorong penggunaan ICT dalam operasi ekonomi. Namun perubahan struktur ekonomi ini membawa kepada isu permintaan dan penawaran sumber manusia dimana permintaan tenaga buruh professional dan berkemahiran tinggi semakin meningkat tetapi tidak diikuti dalam penawarannya. Sistem pendidikan berlandaskan pelbagai polisi dan strategi perlu diterapkan untuk memastikan peningkatan penawaran buruh yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi serta inovaif dapat dihasilkan. Jika kita menganalisis sistem pendidikan negara kita, ia berpandukan model British dimana Bahasa Melayu adalah bahasa pengantar dan diikuti Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Sekolah rendah selama 6 tahun dan menyambung sekolah menengah selama 6 tahun, kemudian ijazah pertama selama 3 -6 tahun bergantung kepada bidang pengajian. Kepentingan pendidikan menyebabkan sektor awam dan sektor swasta bekerjasama dan menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat supaya dapat melahirkan tenaga buruh yang berpengetahuan, dinamik serta berkemahiran tinggi bagi mengharungi arus globalisasi dan K-ekonomi.PERNYATAAN MASALAH KAJIANa. Cabaran kritikal yang dihadapi oleh masyarakat pascamoden ialah untuk memenuhi permintaan pekerjaan dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi dalam era globalisasi. b. Daya saing Malaysia bergantung kepada pengetahuan dan ketrampilan pekerjanya.c. Dengan kemunculan ekonomi berasaskan pengetahuan dan pengaruh globalisasi, keperluan kepada modal manusia dalam kalangan pekerja profesional seperti ahli sains, jurutera dan pakar ICT menjadi lebih kritikal. d. Tinjauan literatur menunjukkan bahawa kebanyakan negara di rantau Asia, termasuk Malaysia membelanjakan peratus yang agak rendah daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam bidang ICT serta Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).e. Pelaburan yang rendah dalam pembangunan modal insan menyebabkan kekurangan pekerja berpengetahuan dan pekerja mahir berbanding dengan negara maju.f. Pelaburan yang rendah dalam penyelidikan dan pembangunan menyebabkan kekurangan usahawan dalam bidang teknologi dan perindustrian.g. Peratusan lepasan universiti yang tidak mendapat pekerjaan yang sesuai juga merupakan cabaran kepada negara. Justeru, sektor pendidikan dan latihan perlu peka dengan perubahan dan permintaan ekonomi yang baru. Malaysia merupakan model negara membangun namun belum mencapai tahap negara maju. Ia memerlukan sumber tenaga buruh yang berpendidikan, dinamik dan berkemahiran tinggi.OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti persediaan pelajar universiti dalam menghadapi perubahan paradigma yang dibawa oleh arus globalisasi dan K-ekonomi.Soalan soalan yang hendak dikaji:

a. Menganalisis kesan ekonomi berasaskan pengetahuan dan globalisasi melalui sistem pendidikan.b. Adakah sukatan pelajaran dan kursus yang ditawarkan universiti memenuhi keperluan pasaran buruh?

c. Adakah pelajar kita memiliki pengetahuan dan kemahiran mencukupi untuk menghadapi cabaran arus globalisasi dan K-ekonomi?d. Sejauhmana pemahaman pelajar terhadap konsep Globalisasi dan K-ekonomi serta keyakinan untuk menghadapinya?KONSEP GLOBALISASI & EKONOMI BERASASKAN PENGETAHUANMenurut Robertson (1992) The compression of the worldPopular terms: The Global Village, The Borderless world, Shringking world, The invisible continentSecara keseluruhannya, Globalisasi bukan sahaja terhad kepada aspek perdagangan, kewangan dan pelaburan tetapi aspek-aspek lain seperti idea, teknologi, perkhidmatan dan maklumat turut membawa kepada status negara maju. Negara membangun seperti Malaysia hanya dapat menikmati faedah daripada era globalisasi sekiranya aspek aspek seperti kadar pengganguran, kadar kemiskinan menjadi stabil. Perkembangan globalisasi dengan peningkatan aplikasi ICT akan memberi impak kepada K-ekonomi dimana akan meningkatkan produktiviti melalui industri berlandaskan pengetahuan dan kemahiran.PEMBANGUNAN HOLISTIK

Sternberg (1985) Analitikal, praktikal dan kreatif

eight inteligences verbal linguistic, logical mathematic, visual spatial, bodily kinaesthetic, musical rhythmic, interpersonal, intrapersonal and naturalistic Ini menunjukkan guru perlu membezakan pembelajaran dan pengajaran (P&P) mengikut keupayaan pelajar. Sebab pertama: Di bawah pengukuran tersebut pelajar berbeza dari segi cara pemikiran, pembelajaran dan pemikiran kreatif walaupun pada usia yang sama.

Sebab kedua: Pengajaran dan pembelajaran perlu mengaitkan pengetahuan sedia ada iaitu selaras dengan teori konstruktivisme- ia juga bergantung kepada budaya, latar belakang dan pengalaman pelajar tersebut.

Sebab ketiga: pelajar dapat belajar dengan berkesan sekiranya P&P membawa cabaran yang sederhana. Jika tugasan lebih sukar akan menyebabkan pelajar kurang bermotivasi untuk mencuba.

Sebaliknya tugas yang mudah menyebabkan mereka berasa tidak mencabar. Guru perlu menyediakan tugasan yang sederhana.

Keseluruhannya, P&P guru perlu mendorong pembangunan keseluruhan dari aspek fizikal, mental, rohani dan jasmani pelajar.

KERANGKA TEORISelaras dengan teori modal insan. Pendidikan ke arah pembangunan modal insan. Ini kerana menurut Schutlz (1963): pendidikan merupakan asas peningkatan modal insan yang menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara. Struktur upah dan gaji, pendapatan, pertumbuhan ekonomi dan pengagihan pendapatan seseorang bergantung kepada pelaburan dalam modal insan. Oleh sebab itu, Perlu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan menerusi pendidikan dan latihan. Firma firma juga perlu menggalakan pembangunan modal insan dengan pelaburan seperti menyediakan kemudahan kepada pekerjanya untuk menyambung pelajaran serta memberi latihan tambahan. Tahap pendidikan muncul untuk mempengaruhi pembangunan pekerja dalam firma . Orang ramai melihat hubungan antara persekolahan dan pekerjaan sebagai penting. Pendidikan dan latihan, sama ada formal atau tidak formal, adalah dilihat sebagai satu pelaburan yang boleh menghasilkan pulangan sosial dan swasta melalui peningkatan kemahiran dan pengetahuan untuk pembangunan ekonomi dan kemajuan sosial. METODOLOGI Penyelidikan, dalam bentuk yang paling asas, melibatkan keterangan fenomena tertentu. Kajian ini menggunakan penyelidikan tinjauan. Penyelidikan kaji selidik direka untuk memeriksa ciri-ciri sampel atau penduduk pada pembolehubah yang ditetapkan dan bergantung kepada instrumentasi untuk pemerhatian dan pengukuran (Gall, Borg, & Gall, 1996). Walau bagaimanapun, penyelidikan kaji selidik tidak boleh membuat kesimpulan hubungan sebab dan kesan. Fokus kajian ini adalah untuk menentukan kesediaan pendidikan pelajar universiti tahun akhir bagi memenuhi keperluan dan cabaran-cabaran globalisasi dan K-ekonomi. SAMPEL KAJIAN Pelajar peringkat ijazah tahun akhir daripada salah satu universiti awam di Malaysia

58 orang pelajar daripada 2 fakulti pengajian

24 orang pelajar daripada fakulti pentadbiran perniagaan

34 orang pelajar daripada fakulti kejuruteraan

Pelajar daripada kedua-dua fakulti ini dipilih kerana bidang perniagaan dan kejuruteraan adalah penting dalam era globalisasi dan K-ekonomi.INSTRUMEN

a. Tinjauan untuk menilai pengetahuan, andaian dan sikap pelajar untuk mengharungi globalisasi dan

K-ekonomi.b. Langkah 1 Mengumpul data demografi pelajar seperti jantina, bahasa, etnik dan CGPA

c. Langkah 2 Tinjauan soalan soalan terbuka yang menggambarkan pengetahuan, andaian dan sikap ke arah gobalisasi dan K-ekonomi iaitu: Apakah definisi yang diberikan oleh responden terhadap konsep globalisasi?

Apakah definisi yang diberikan oleh responeden terhadap konsep K-ekonomi? Apakah sifat K-workers?

Apakah persediaan responden terhadap persediaan menghadapi K-ekonomi? Sejauhmana peranan universiti dalam menyediakan pelajar ke arah globalisasi dan K-ekonomi? Adakah responden berkeyakinan mengharungi cabaran globalisasi dan K-ekonomi?d. Item dan format instrumen serta prosedur berdasarkan kajian penyelidikan berkaitan globalisasi dan

K-ekonomie. Beberapa draf instrumen telah diulas oleh oleh pakar pakar dalam bidang tersebut. Semakan dibuat berdasarkan pandangan dan cadangan mereka.

f. Dapatan data telah dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif.IMPLIKASI DAPATAN KAJIANa. Kebanyakan responden menguasai Bahasa Inggeris pada kadar sederhana dan hanya sebilangan kecil responden yang menguasai bahasa asing selain bahasa ibunda Ia akan memberi implikasi kepada mobiliti buruh.

b. Majoriti responden mendefinisikan globalisasi dalam skop yang lebih kecil iaitu kurang sekatan dalam perdagangan dan dunia tanpa sempadan. Manakala K-ekonomi sebagai pengetahuan teknologi maklumat. Hanya sebilangan kecil yang memberi definisi yang sempurna iaitu pembangunan modal insan yang berinovatif dan kreatif.c. Majoriti responden dapat memberi jawapan yang sempurna untu soalan sikap K-workers iaitu pengetahuan teknologi maklumat, kemahiran berkomunikasi dan kerja keras.d. Kesediaan mental dikatakan penting oleh responden dalam mengharungi K-ekonomi. Terdapat responden yang menyatakan ketiadaan kursus berkaitan K-ekonomi dan globalisasi di universiti menyebabkan mereka tidak yakin untuk menghadapinya terutama yang lemah dalam bidang teknologi maklumat.CADANGAN

a. Pelaburan dalam membangunkan modal insan.b. Institusi pengajian tinggi perlu dilengkapi bilangan komputer yang mencukupi serta menyediakan high speed internet.c. Perlu mewajibkan semua pelajar belajar sekurang-kurangnya satu bahasa asing.d. Perlu menawarkan kursus berkaitan K-ekonomi dan globalisasi di peringkat universiti.e. Pendidikan di universiti perlu berlandaskan kemahiran berfikir, menyelesaikan masalah dan kemahiran berkomunikasi.

f. Perlu menerapkan sikap pembelajaran sepanjang hayat.g. Finishing School programme untuk pelajar universiti tahun akhir.RUMUSAN

Masa depan daya saing Malaysia bergantung kepada pengetahuan dan kemahiran tenaga kerjanya. Dengan K-ekonomi dan globalisasi, keperluan untuk modal manusia yang kukuh tidak pernah begitu kritikal. Kemunculan globalisasi bersama-sama dengan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang semakin meningkat telah memberi kesan mendalam kepada kemunculan K-ekonomi, ekonomi di mana keuntungan produktiviti dicapai melalui industri yang didorong oleh pengetahuan. Kerangka konsep kajian ini adalah berdasarkan teori modal insan yang menyatakan bahawa pelaburan dalam modal insan adalah penting untuk mencapai kemajuan sosial dan ekonomi. Kajian ini mendapati bahawa pelajar universiti tahun akhir hanya bersedia pada tahap minimum untuk menghadapi cabaran yang ditimbulkan oleh globalisasi dan K-ekonomi. Pendedahan kepada konsep-konsep globalisasi dan K-ekonomi di kalangan pelajar universiti adalah terhad. Oleh itu, kajian ini mencadangkan beberapa syor termasuk pelaburan dalam modal insan dan ICT yang berterusan, menguasai bahasa asing, dan meningkatkan kemahiran komunikasi.DISEDIAKAN OLEH:JEYA KUMAR A/L PARAMSIVAM

(NO.MATRIK: M2000111206)2