ulasan jurnal fazela

2
NORFAZELAWATI BT ABD KADIR ( M20112001424) 2012 Jurnal : Mengkaji Permasalahan Guru-Guru Pelatih Universiti Teknologi Malaysia Bagi Program Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Matematik Yang Menjalani Latihan Mengajar Di Sekolah. Penulis : Seth Bin Sulaiman & Mohd Khairul Nizam Bin Isnin Sumber : Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Ulasan Oleh : Norfazelawati bt Abd Kadir ( M20112001424) RUMUSAN KESELURUHAN JURNAL Melalui abstrak, penyelidik menyatakan kajian ini dilakukan untuk mengkaji permasalahan guru-guru pelatih Jabatan Sains dan Matematik Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia semasa menjalani latihan mengajar. Tajuk terlalu panjang melebihi 15 perkataan namun dilihat dapat menyatakan tujuan kajian tersebut dilakukan. Penyelidikan dapat dilaksanakan sesudah jelas masalahnya namun pernyataan masalah yang dinyatakan tidak spesifik dan agak kabur berbanding objektif kajian yang dinyatakan. Walaupun begitu rasionalnya kajian ini dijalankan dapat dilihat berdasarkan kepentingan kajian dijalankan untuk mengetahui masalah guru-guru pelatih dan cara mengatasinya ketika menjalani latihan mengajar di sekolah. Pembolehubah yang terlibat tidak dinyatakan. Hipotesis tidak dibentuk dalam penyelidikan ini kerana kajian ini hanya mencari punca masalah dan cara mengatasinya ketika latihan mengajar bakal guru. Namun begitu penyelidik seharusnya membina persoalan-persoalan kajian sebagai asas bagi mencari jalan penyelesaian terhadap masalah itu. Defini istilah yang terlibat dan limitasi kajian yang dijalankan juga tidak dinyatakan dengan jelas oleh penyelidik. Pernyataan yang jelas tentang tinjauan literatur juga tidak dinyatakan walhal ia dapat membantu penyelidik mengehadkan kajian masalah dan mendefinisikannya dengan lebih jelas. Tentang kaedah pemilihan sampel tidak dinyatakan. Walaupun begitu penyelidik menyatakan taburan populasi yang terlibat. Mengenai prosedur kajian ada dinyatakan namun tidak terperinci begitu juga dengan prosedur pengumpulan data. Instrumen yang digunakan adalah set soal selidik dan penyelidik telah menjalankan kajian rintis bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan alat pengukuran yang dibina. Penyelidik menggunakan analisis deskriptif untuk menganalisis data yang diperolehi. Perbandingan analisis data dibuat berdasarkan nilai min bagi setiap soal selidik yang telah

Upload: huda-hamdan

Post on 07-Jul-2015

446 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ulasan jurnal fazela

NORFAZELAWATI BT ABD KADIR ( M20112001424) 2012

Jurnal : Mengkaji Permasalahan Guru-Guru Pelatih Universiti Teknologi Malaysia Bagi

Program Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Matematik Yang Menjalani Latihan Mengajar Di

Sekolah.

Penulis : Seth Bin Sulaiman & Mohd Khairul Nizam Bin Isnin

Sumber : Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Ulasan Oleh : Norfazelawati bt Abd Kadir ( M20112001424)

RUMUSAN KESELURUHAN JURNAL

Melalui abstrak, penyelidik menyatakan kajian ini dilakukan untuk mengkaji permasalahan

guru-guru pelatih Jabatan Sains dan Matematik Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi

Malaysia semasa menjalani latihan mengajar.

Tajuk terlalu panjang melebihi 15 perkataan namun dilihat dapat menyatakan tujuan

kajian tersebut dilakukan. Penyelidikan dapat dilaksanakan sesudah jelas masalahnya namun

pernyataan masalah yang dinyatakan tidak spesifik dan agak kabur berbanding objektif

kajian yang dinyatakan. Walaupun begitu rasionalnya kajian ini dijalankan dapat dilihat

berdasarkan kepentingan kajian dijalankan untuk mengetahui masalah guru-guru pelatih dan

cara mengatasinya ketika menjalani latihan mengajar di sekolah. Pembolehubah yang terlibat

tidak dinyatakan. Hipotesis tidak dibentuk dalam penyelidikan ini kerana kajian ini hanya

mencari punca masalah dan cara mengatasinya ketika latihan mengajar bakal guru. Namun

begitu penyelidik seharusnya membina persoalan-persoalan kajian sebagai asas bagi mencari

jalan penyelesaian terhadap masalah itu. Defini istilah yang terlibat dan limitasi kajian yang

dijalankan juga tidak dinyatakan dengan jelas oleh penyelidik.

Pernyataan yang jelas tentang tinjauan literatur juga tidak dinyatakan walhal ia dapat

membantu penyelidik mengehadkan kajian masalah dan mendefinisikannya dengan lebih

jelas. Tentang kaedah pemilihan sampel tidak dinyatakan. Walaupun begitu penyelidik

menyatakan taburan populasi yang terlibat. Mengenai prosedur kajian ada dinyatakan namun

tidak terperinci begitu juga dengan prosedur pengumpulan data. Instrumen yang digunakan

adalah set soal selidik dan penyelidik telah menjalankan kajian rintis bagi memastikan

kesahan dan kebolehpercayaan alat pengukuran yang dibina.

Penyelidik menggunakan analisis deskriptif untuk menganalisis data yang diperolehi.

Perbandingan analisis data dibuat berdasarkan nilai min bagi setiap soal selidik yang telah

Page 2: Ulasan jurnal fazela

NORFAZELAWATI BT ABD KADIR ( M20112001424) 2012

dijawab oleh sampel kajian. Hasilnya penyelidik merumuskan guru pelatih sains dan

matematik UTM mempunyai masalah dalam penyediaan buku persediaan mengajar.

Penyelidik menyatakan dalam perbincangan interpretasi dapatan daripada analisis data yang

diperolehi dengan masalah yang dihadapi oleh guru pelatih ketika menjalani latihan mengajar

di sekolah dan mencadangkan cara untuk mengatasinya. Penyelidik tidak menyatakan

implikasi yang diperolehi daripada kajian ini dengan jelas. Kesimpulan untuk kajian yang

dijalankan juga tidak dinyatakan secara spesifik. Gaya penulisan dan label untuk jadual

mengikut format APA.

Keseluruhannya, kajian ini boleh ditambahbaik lagi agar hasilnya dapat dijadikan panduan

pada masa akan datang oleh bakal-bakal guru dan dapat mempersiapkan diri sebelum

menjalani latihan mengajar di sekolah dan seterusnya menjadi guru yang berkesan.