ulasan jurnal fazela

2

Click here to load reader

Upload: huda-hamdan

Post on 07-Jul-2015

814 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ulasan jurnal fazela

NORFAZELAWATI BT ABD KADIR ( M20112001424) 2012

Jurnal : Hubungan di antara Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dengan Minat Pelajar

Tahun Lima di SK.Kem Pengkalan Chepa, Kelantan.

Penulis : Norma bt Haji Hassan

Ulasan Oleh : Norfazelawati bt Abd Kadir ( M20112001424)

RUMUSAN KESELURUHAN JURNAL

Melalui abstrak, penyelidik dapat memberikan gambaran awal secara keseluruhan

tentang penyelidikan yang dibuat. Tajuk kajian “Hubungan di antara Penggunaan Bahan

Bantu Mengajar dengan Minat Pelajar Tahun Lima di SK.Kem Pengkalan Chepa, Kelantan”

adalah panjang melebihi 15 perkataan dan terlalu umum kerana melalui tajuk tersebut

pembaca tidak mengetahui kajian ini dilakukan untuk mata pelajaran yang mana dan tidak

menggambarkan perkaitan yang jelas dengan objektif kajian.

Rasional kajian dinyatakan namun pernyataan masalah tidak dijelaskan dengan

terperinci. Manakala sorotan kajian lepas yang dinyatakan jelas dan relevan dengan konsep

kajian yang dijalankan dan mempunyai perkaitan antara kajian dahulu hingga terkini.

Hipotesis kajian tidak dinyatakan walaupun penyelidik menjalankan analisis data secara

analisis inferensi, Ujian Korelasi Pearson. Begitu juga dengan definisi perkataan atau istilah

yang digunakan dalam kajian tidak dinyatakan oleh penyelidik.

Untuk pemilihan sampel, penyelidik cuma menyatakan sampel dipilih secara rawak

tanpa menerangkan cara yang digunakan untuk memilih sampel tersebut daripada populasi

iaitu pelajar tahun 5 di SK.Keb. Pengkalan Chepa, Kelantan. Prosedur yang dinyatakan dapat

menerangkan bagaimanakah kajian dijalankan namun tidak dinyatakan prosedur untuk

mengelakkan berlakunya sama ada gangguan keesahan dalaman atau gangguan keesahan

luaran. Reka bentuk tinjauan (survey) telah dipilih dengan menggunakan kaedah soal selidik

di dalam proses kajian ini. Maklumat keesahan dan kebolehpercayaan instrument yang dibina

tidak dinyatakan dalam kajian tersebut. Perkara ini perlu untuk kesahihan data yang

dikumpulkan.

Bahagian dapatan dibincangkan dengan terperinci bagi analisis deskriptif korelasi

yang diperolehi bagi membuktikan wujudnya perhubungan penggunaan alat bantu mengajar

dengan minat pelajar dalam mata pelajaran matematik. Rajah dan jadual juga dilabel

Page 2: Ulasan jurnal fazela

NORFAZELAWATI BT ABD KADIR ( M20112001424) 2012

mengikut format APA. Namun pengurusan data dan rumusan tidak diperincikan oleh

penyelidik.

Melalui perbincangan, penyelidik dapat menginterpretasikan dapatan hasil analisis

data dan kajian yang telah dijalankan dan mengaitkan dapatan tersebut dengan teori dan

kajian literatur. Namun begitu, penyelidik tidak memberitahu pembaca implikasi dan aplikasi

daripada dapatan tersebut. Kesimpulan yang dinyatakan oleh penyelidik menepati kajian

penyelidikan yang dilakukan.

Keseluruhannya tesis ini boleh ditambahbaik lagi dan seterusnya dapat dijadikan panduan

oleh penyeldik-penyelidik yang lain serta dapat diaplikasikan kaedah pengajaran dan

pembelajaran menggunakan ABM (Alat Bantu Mengajar) oleh guru-guru matematik

khususnya untuk meningkatkan minat pelajar-pelajar terhadap mata pelajaran matematik.