ulasan jurnal falsafah ilmu

8

Click here to load reader

Upload: hafizuldeyla

Post on 24-Sep-2015

839 views

Category:

Documents


41 download

DESCRIPTION

dr.hisyam

TRANSCRIPT

PENDAHULUANMasih terdapat beberapa salah faham tentang ilmu dan peranannya dikalangan kita.Tulisan ini bertujuan menegaskan tentang ilmu peranan positif ilmu pengetahuan sebgai asas kekuatan sesuatu bangsa dan tamadun.Budaya ilmu bermaksud wujud satu keadaan setiap individu atau masyarakat melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan bagi setiap kesempatan. Setiap tindakan diputuskan dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan sama ada melalui pengkajian atau syura. Selain itu, ia juga tidak mengiktiraf sifat jahil, bebal dan anti ilmu.Dalam zaman moden ini, makna ilmu telah disempitkan kepada pengetahuan tentang maklumat dan kemahiran sahaja.Misalnya di Barat, mereka berpegang teguh kepada kaedah sains iaitu ilmu yang hanya merujuk kepada fakta. Pada pandangan mereka ajaran agama telah terkeluar daripada takrif ilmu kerana agama dianggap sebagai kepercayaan atau dugaan semata-mata. Mereka ini tergolong dalam mazhab empirisisme yang didokong oleh tokoh seperti John Locke, David Hume, Herbert Spencer dan lain-lain. Mazhab rasionalisme juga menumpukan penekanan terhadap prinsip kekal yang diperolehi melalui akal rasional atau agama. Tokoh yang mendokong mazhab ini adalah seperti Socrates, Plato dan Descartes. Pertentangan antara dua mazhab ini yang mempunyai pengaruh dalam sejarah agama dan pemikiran Barat telah ditangani oleh golongan pragmatis seperti Charles S. Peirce, William James dan John Dewey. Ilmu dalam perspektif Islam dikenali sebagai sifat, proses dan hasil yang meliputi pelbagai perkara dan bermaksud al-Quran, syariah, sunnah, iman, kerohanian, hikmah, makrifat, sains dan pendidikan. Setiap manusia yang berilmu akan berdiri teguh di atas keyakinan dan kebenaran yang dimiliki untuk melakukan keadilan.Oleh itu, budaya ilmu bukan sekadar kesungguhan memahami, mendalami dan menghayati sesuatu bidang ilmu malah menjelmakan sifat keilmuan yang pelbagai bidang dan merentasinya. Sifat seperti ini harus disemai dalam diri setiap anggota masyarakat dan negara. BUDAYA ILMUPada pendapat saya budaya ilmu sangatlah penting kepada kita kerana sejarah telah mengajar kita melalui berbagai peristiwa penting yang sekaligus membuktikan bahawa golongan manusia yang tamadunnya tinggi adalah bersendikan kepada budaya intelektual yang tinggi dalam zaman mereka.Selain itu,golongan manusia yang hanya mempunyai kekuatan bersifat fizikal seperti tenaga manusia atau kekuatan ketenteraan sebenarnya bukanlah menonjolkan sebuah kekuatan hakiki tetapi berpandukan dari sejarah tamadun manusia,seringkali kita saksikan bahwa sesebuah bangsa yang kuat tetapi tidak diasaskan oleh budaya ilmu yang baik,akan memeluk dan menganut nilai dan ciri tamadun lain yang ditaklukinya itu. Antara contoh bersejarah yang dapat diambil ialah seperti golongan Mongol yang telah menyerang Baghdad,menjatuhkan Dinasti Abbasiyah dan seterusnya merosakkan sumber-sumber keilmuan dan tamadun Islam yang sekaligus paling menyedihkan dalam sejarah kemudiannya telah memeluk Islam dan melahirkan generasi Islam baharu di Turki,China dan Rusia pada hari ini.Kejayaan intelektual dan peradaban tinggi yang dicapai oleh kaum-kaum Yunani,Yahudi,China,India dan umat Islam di zaman silam serta betapa canggihnya pencapaian sains dan teknologi negara-negara Barat pada hari ini juga adalah bukti nyata di mana sesebuah golongan manusia itu jika ilmu dan budaya ke arahnya dimartabatkan di kedudukan yang tinggi di dalam masyarakat mereka.Zaman Yunani kuno telah melahirkan ramai ilmuan terkenal seperti Socrates,Plato dan juga Aristotle yang banyak mempelopori ilmu falsafah,logik serta geometri.Albert Einstein Karl Marx dan Sigmund Freud dilihat sebagai diantara tokoh intelektual berketurunan Yahudi yang berpengaruh besar di dalam pelbagai bidang keilmuan moden. Fenomena budaya ilmu itu mula berubah apabila agama Kristian yang menguasai negara-negara Barat pada Zaman Pertengahan telah menyebabkan ilmu itu sendiri telah diilhami oleh semangat sekular sekaligus mempengaruhi setiap aspek kehidupan dan pemikiran manusia moden hari ini.Selain itu,menurut ilmu islam pemupukan budaya ilmu di peringkat individu atau masyarakat akan menghadapi persoalan dasar yang telah dirasai oleh dunia yang sedang membangun dalam bidang pendidikan iaitu penanaman semula benih pendidikan Barat. Ia mencerminkan penanaman semula yang tidak sempurna dengan sedikit perubahan dari segi perpindahan tempat pemusatan dari penjajah ke tempatan.Pemupukan budaya ilmu mengharuskan kita menfaatkan ilmu daripada semua sumber. Sepanjang sejarah umat Islam, telah berjaya melaksanakan pemanfaatan ilmu daripada pelbagai sumber dalam suasana psikologi yang kuat kerana kehebatan kedudukan ilmu dan tamadun Islam ketika itu. Para pemikir dan ilmuan Islam sentiasa berusaha menyebatikan idea daripada tamadun lain dengan ajaran Islam dan telah membawa hasil yang membanggakan. Ahli falsafah seperti al-Kindi, al-Farabi, Ibn Sina dan lain-lain telah memasukkan ajaran Islam dalam sistem falsafah mereka yang banyak diperolehi dari falsafah Yunani.Dalam sejarah intelektualisme Islam moden, gagasan Islamisasi ilmu adalah gagasan yang paling hebat dan mempunyai kecemerlangan ilmu kreatif Islam masa depan. Ini adalah kerana pada ketika itu, umat Islam tidak mampu menangani ilmu moden dengan adil terutama dari Barat yang mempunyai kejayaan ekonomi dan teknologinya yang hebat. Islamisasi menurut Dr. Gaafar Syeikh Idris adalah usaha terancang dan beransur-ansur yang akan menghasilkan satu masyarakat yang berpegang teguh kepada keseluruhan ajaran Islam dalam semua aspek kehidupan masyarakat.Pemusatan proses Islamisasi menurut beliau tidak pada politik atau masyarakat tetapi pada akal dan diri manusia yang berkewajipan mengetahui dan bertindak dengan adil dan hikmah. Oleh itu, Islamisasi ilmu adalah sesuatu kewajipan, fardu ain bagi setiap cendiakawan Islam yang terlibat dalam sesuatu disiplin ilmu.Budaya ilmu amatlah penting kerana menjadikan ilmu sebagai kebaikan utama dan asas bagi segala kebaikan lain. Nilai ini akan melahirkan sikap memberatkan pendidikan sebagai kaedah utama untuk menanamkan sikap memuliakan ilmu, menuntutnya dan terus menghayatinya seumur hidup.Selain itu, di dalam masyarakat yang berbudaya ilmu,anggota masyarakatnya perlu maklum bahawa pendidikan itu adalah proses pembelajaran sepanjang hayat iaitu dari buaian hingga ke liang lahad.Dengan adanya budaya ilmu kita akan berfikiran lebih kritis iaitu memberi kita keberanian untuk mencari kebenaran dengan menimba dan memperbaiki hasil pemikiran manusia terdahulu dan semasa.Sikap hormat kepada cendiakawan tidak sepatutnya menyekat seseorang untuk terus memperbaiki hasil pemikiran mereka.Proses syura merupakan penjelmaan ciri budaya ilmu di mana seseorang itu tidak mampu mengetahui semua perkara yang diperlukan untuk hidup. Oleh itu,bermusyawarah adalah diperlukan dalam hal yang berkaitan dengan kebaikan orang ramai di samping itu ia mencerminkan umat Islam yang sebenar.Namun begitu,terdapat beberapa cabaran dalam memupuk budaya ilmu.Antaranya ialah masyarakat salah anggap terhadap ilmu ialah Masyarakat pada hari pula melihat aspek pendidikan sebagai syarat untuk lulus peperiksaan sekaligus sebagai tiket untuk mendapatkan pekerjaan yang lumayan,kurikulum yang tersedia juga kurang memberi peluang untuk para pelajar untuk berfikir secara aktif , ilmu itu juga telah disempitkan melalui pengkhususan dan pengelasan,ilmu tidak dapat kaitkan dengan iman dan amal serta terpinggirnya kesan ilmu terhadap aspek akhlak Oleh itu,set minda masyarakat yang sempit yang berkemungkinan diakibatkan oleh pelbagai aspek seperti pengaruh sekularisme atau dualisme yang diperkenalkan oleh pentadbiran kolonial silam misalnya perlulah diubah melalui pendidikan Islam agar konsep ilmu yang luas dapat memberi impak yang sempurna kepada masyarakat. Pengaruh berlebihan budaya korporat dan penswastaan terhadap ilmu dan sistem pendidikan. Apabila manusia hanya asyik memikirkan keuntungan material sahaja dengan cara memperniagakan kegiatan intelektual secara komersial secara tidak langsung akan menyebabkan terpinggirnya budaya ilmu itu sendiri kerana ia sudah tidak lagi diasaskan oleh konsep ibadah dan keikhlasan.KESIMPULANUntuk memupuk kesedaran berbudaya ilmu di dalam masyarakat bukanlah satu impian yang terlalu ideal atau mustahil untuk dicapai.Ini kerana melalui pengalaman sejarah silam,generasi manusia terdahulu seperti masyarakat Yunani,China,India dan Islam sendiri pernah mencapainya di dalam pelbagai bidang keilmuan.Kecanggihan sains dan teknologi yang didominasi oleh negara-negara Barat dan negara Jepun moden sekarang ini adalah manifestasi dari budaya ilmu yang disemai di dalam masyarakat merekaBudaya ilmu tidak dapat dibentuk dalam sekelip mata.Ia mungkin memerlukan puluhan malahan ratusan tahun sebelum dapat disebatikan dalam masyarakat.Ibn Khaldun sendiri ada menyatakan bahawa ilmu pengetahuan dan pengajaran (talim) merupakan hal semulajadi di dalam peradaban manusia. Jadi,tidak hairanlah bilamana tokoh itu tersebut pernah menyatakan bahawa sejarah jatuh bangun sesuatu bangsa berkaitan dengan budaya ilmu yang dihayatinya.Walaubagaimanapun,ia perlu digerakkan secara konsisten bermula dengan diri individu,ahli keluarga,komuniti masyarakat,intituisi pendidikan dan warga masyarakat secara keseluruhan.