jurnal penyelidikan kent bil. 15/2015 -...

16
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 15/2015 1 ANALISIS PERKAITAN KAJIAN TINDAKAN DENGAN KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KAJIAN TEMPATAN Lisa Yip Shukye ABSTRAK Analisis perkaitan kajian tindakan dengan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran akan saya bincangkan melalui format penulisan kajian tindakan. Bermula dengan menjalankan amalan refleksi, saya mula memahami kepercayaan diri dengan lebih mendalam dan seterusnya menyesuaikan diri dengan perspektif baru. Melalui refleksi, saya sebagai guru menggunakan proses inkuiri untuk memperoleh keputusan tentang pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Oleh yang demikian, melalui kajian tindakan saya boleh menjalankan refleksi untuk menambahbaikkan pengajaran dan pembelajaran (Black, 2001), mengesahkan apa yang saya jalankan dan melawan tradisi (Ferraro, 2000). Implikasinya saya berkeupayaan membuat perancangan rapi untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti yang dirancang dan memenuhi gaya pembelajaran guru pelatih saya. Seterusnya, melalui analisis perkaitan ini, selain saya berjaya meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, saya turut mencipta inovasi dan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran. Menyelusuri aspirasi kajian tindakan, sememangnya saya membudayakan pembelajaran sepanjang hayat sama ada melalui aktiviti pembacaan ataupun perkongsian pintar dan kolaborasi antara guru dengan komuniti semasa saya menjalankan kajian tindakan. Ini bukan sahaja memberi impak positif kepada pembelajaran pelajar saya tetapi juga telah terbukti keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Penilaian persepsi pelajar terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya mencatatkan nilai min purata 4.00 setelah saya melaksanakan beberapa penambahbaikan berterusan. Refleksi Dalam dunia tanpa sempadan yang semakin mencabar ini, negara amat memerlukan modal insan berkualiti yang boleh menggalas aspirasi serta misi nasional ke arah mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Dalam konteks ini sebagai pendidik yang berdedikasi dan sentiasa bersedia menerima perubahan, guru adalah pemangkin kepada transformasi yang diperkenal dan dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam memenuhi agenda pendidikan ke arah melahirkan modal insan yang memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bermatlamat melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, enosi, rohani dan intelak”. (Dato‟ Haji Alimuddin Bin Haji Mohd. Dom, 2009)

Upload: trinhduong

Post on 02-May-2019

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 15/2015 - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/152015/1.pdfpendidikan ke arah melahirkan modal insan yang memenuhi kehendak Falsafah

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 15/2015

1

ANALISIS PERKAITAN KAJIAN TINDAKAN DENGAN KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KAJIAN TEMPATAN

Lisa Yip Shukye

ABSTRAK

Analisis perkaitan kajian tindakan dengan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran akan saya bincangkan melalui format penulisan kajian tindakan. Bermula dengan menjalankan amalan refleksi, saya mula memahami kepercayaan diri dengan lebih mendalam dan seterusnya menyesuaikan diri dengan perspektif baru. Melalui refleksi, saya sebagai guru menggunakan proses inkuiri untuk memperoleh keputusan tentang pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Oleh yang demikian, melalui kajian tindakan saya boleh menjalankan refleksi untuk menambahbaikkan pengajaran dan pembelajaran (Black, 2001), mengesahkan apa yang saya jalankan dan melawan tradisi (Ferraro, 2000). Implikasinya saya berkeupayaan membuat perancangan rapi untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti yang dirancang dan memenuhi gaya pembelajaran guru pelatih saya. Seterusnya, melalui analisis perkaitan ini, selain saya berjaya meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, saya turut mencipta inovasi dan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran. Menyelusuri aspirasi kajian tindakan, sememangnya saya membudayakan pembelajaran sepanjang hayat sama ada melalui aktiviti pembacaan ataupun perkongsian pintar dan kolaborasi antara guru dengan komuniti semasa saya menjalankan kajian tindakan. Ini bukan sahaja memberi impak positif kepada pembelajaran pelajar saya tetapi juga telah terbukti keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Penilaian persepsi pelajar terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya mencatatkan nilai min purata 4.00 setelah saya melaksanakan beberapa penambahbaikan berterusan.

Refleksi

“Dalam dunia tanpa sempadan yang semakin mencabar ini, negara amat memerlukan modal insan berkualiti yang boleh menggalas aspirasi serta misi nasional ke arah mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Dalam konteks ini sebagai pendidik yang berdedikasi dan sentiasa bersedia menerima perubahan, guru adalah pemangkin kepada transformasi yang diperkenal dan dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam memenuhi agenda pendidikan ke arah melahirkan modal insan yang memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bermatlamat melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, enosi, rohani dan intelak”.

(Dato‟ Haji Alimuddin Bin Haji Mohd. Dom, 2009)

Page 2: Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 15/2015 - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/152015/1.pdfpendidikan ke arah melahirkan modal insan yang memenuhi kehendak Falsafah

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 15/2015

2

Meneliti penyataan ini, guru berhadapan dengan satu cabaran besar dalam membentuk modal insan berkualiti. Cabaran ini turut dirasai oleh para pensyarah di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang bertanggungjawab melahirkan guru permulaan yang mampu menghayati misi nasional ini. Bagaimanakah saya dapat meneruskan kesinambungan ini melalui guru permulaan yang saya latih? Apakah kaedah pengajaran dan pembelajaran saya memberi ruang dan peluang kepada guru permulaan untuk mempertingkatkan kompetensi mereka?

Definisi Konsep Era globalisasi dan K-ekonomi, mengagih suatu sistem pendidikan yang mampu menyediakan sumber manusia yang boleh bersaing dan berdaya maju. Oleh yang demikian, untuk menjadikan sistem pendidikan Malaysia relevan, maka para pendidik dan pihak berkepentingan (stakeholders) perlu bersama-sama berusaha untuk melonjakkan institusi pendidikan ke tahap kecemerlangan, maka guru perlu memainkan peranan sebagai pendidik yang menghayati aspek profesionalisme khususnya dalam mempertingkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam bilik darjah. Bagi merealisasikan hasrat ini salah satu instrumen penting adalah melalui kajian tindakan.

Kajian Tindakan

Kajian Tindakan merupakan cabang daripada bidang umum yang digelar “penyelidikan pendidikan”. Wiersma (2000 p.4), mentakrifkan penyelidikan pendidikan sebagai:

“Educational research is systematic and within a broad framework follows the steps of the scientific method. However, across different types of studies there is extensive flexibility in how the steps are implemented.”

Penyelidikan pendidikan boleh dibahagikan kepada dua jenis utama, iaitu: i. Penyelidikan asas (basic research)

Penyelidikan asas bertujuan untuk memperoleh data empirik yang boleh digunakan untuk menghasilkan atau mengembangkan teori. Oleh itu penyelidikan asas adalah “theory-based” dan menurut Tuckman (1999), ia berkaitan dengan peninjauan dua atau lebih pemboleh ubah. Dalam perkataan lain, penyelidikan asas merangkumi proses mengenal pasti masalah, meninjau pemboleh ubah melalui tinjauan literatur, menghasilkan hipotesis jika perlu, mewujudkan reka bentuk penyelidikan bagi meninjau masalah, memungut dan analisis data, dan menghasilkan kesimpulan berdasarkan perhubungan pemboleh ubah.

Page 3: Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 15/2015 - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/152015/1.pdfpendidikan ke arah melahirkan modal insan yang memenuhi kehendak Falsafah

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 15/2015

3

ii. Penyelidikan gunaan (applied research). Penyelidikan gunaan bertujuan untuk menyelesaikan sesuatu masalah amalan yang dihadapi oleh guru. Dalam konteks di Malaysia, penyelidikan gunaan digelar sebagai kajian tindakan (action research). Masalah kajian tindakan ini boleh wujud dalam konteks bilik darjah ataupun dalam konteks persekitaran sekolah atau komuniti. Carl dan Kemmis (1986) berpendapat:

“Action research is a form of self-reflective enquiry undertaken by participants (teachers, students or principals, for example) in social (including educational) situations in order to improve the rationality and justice of (a) their own social or educational practices, (b) their understanding of these practices, and (c) the situations (and institution) in which these practices are carried out.”

Dalam paradigma baru kajian tindakan, Creswell (2005) telah

membahagikan kajian tindakan kepada dua jenis, iaitu:

i. Kajian tindakan amalan (practical action research) dan ii. Kajian tindakan penyertaan (participatory action research) seperti yang

ditunjukkan pada Rajah 1.

Rajah 1: Jenis-Jenis Kajian Tindakan (Creswell, 2005)

Dalam klasifikasi kajian tindakan tersebut, kajian tindakan amalan melibatkan peninjauan tentang amalan guru dalam konteks bilik darjah di mana guru itu mengajar. Ini boleh dijalankan sama ada melalui dirinya sendiri atau pun melibatkan rakan sejawat beliau yang mengajar mata pelajaran yang sama (team-based inquiry) dengan memberi fokus terhadap amalan guru (teacher development) dan pembelajaran pelajar (student learning).

Action Research

Practical Participatory

Studying local practices

Involving individual or team-based inquiry

Focusing on teacher development and student learning

Implementing a plan of action

Leading to the teacher-as-researcher

Studying social issues that constrain individual lives

Emphasizing “equal” collaboration

Focusing on “life-enhancing” changes

Resulting in the emancipated researcher

Page 4: Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 15/2015 - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/152015/1.pdfpendidikan ke arah melahirkan modal insan yang memenuhi kehendak Falsafah

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 15/2015

4

Sebaliknya kajian tindakan penyertaan melibatkan kajian tentang isu-isu sosial yang menghindarkan perkembangan pelajar. Untuk melihat isu seperti ini, guru perlu meninjau latar belakang sosial pelajar dan persekitaran sekolah. Guru perlu mengadakan kolaborasi dengan komuniti atau pihak berkepentingan bagi mencari sebab musabab kenapa seseorang pelajar itu tidak boleh menguasai ilmu. Apabila faktor-faktor yang menghindar pelajar itu diperoleh, maka guru boleh melaksanakan program untuk mengubah “cara hidup” pelajar (life-enhancing changes) dan dengan berbuat demikian, menjadikan guru sebagai “emancipated researcher” ataupun guru yang membebaskan pelajarnya daripada sesuatu “belenggu” yang mencegah perkembangan pelajar.

Menurut Creswell (2005, p.555) kajian tindakan penyertaan“…has a

social and community orientation and an emphasis on research that contributes to emancipation or change in our society”. Kajian tindakan seperti ini juga digelar dengan berbagai-bagai nama seperti community-based inquiry (Stringer, 1999), collaborative action research or participatory research (Kemmis & McTaggart, 2000) atau critical action research (Mills, 2000). Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran

Dasar Penyataan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan Malaysia (2001), telah menggariskan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran perlulah dirancang dan dilaksanakan mengikut prinsip-prinsip berikut:

i. Berdasarkan kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran, huraian

sukatan pelajaran dan Surat Pekeliling Ikhtisas yang sedang berkuatkuasa;

ii. Isi kandungan (pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan) diolah mengikut tahap pencapaian semasa, potensi dan kemajuan murid serta berlaku secara bersepadu;

iii. Pendekatan, kaedah dan teknik dipelbagaikan dengan melibatkan murid secara aktif;

iv. Penghayatan ilmu; v. Berpandukan bahan-bahan sokongan yang relevan dengan tahap

pencapaian semasa, potensi dan kemajuan murid; vi. Kesediaan guru dan murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek; vii. Pengurusan bilik darjah yang efektif bagi menghasilkan iklim

pengajaran dan pembelajaran yang kondusif; viii. Setiap murid diberi tugasan mengikut keupayaan dan kebolehan

mereka; ix. Pemupukan semangat jati diri, berdaya saing, perpaduan dan

patriotisme; dan x. Penilaian dan penambahbaikan Pengajaran dan pembelajaran secara

berterusan.

Kesimpulannya Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bergantung kepada guru berkesan. Menurut Jemaah Nazir (2003), guru berkesan memberi perhatian berat terhadap aspek-aspek seperti berikut: gaya

Page 5: Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 15/2015 - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/152015/1.pdfpendidikan ke arah melahirkan modal insan yang memenuhi kehendak Falsafah

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 15/2015

5

kepimpinan di dalam bilik darjah, budaya ilmu dan berfikir, pengurusan bilik darjah, motivasi dan dorongan serta kepimpinan kurikulum di tempat kerja. Justeru ia menjadi penunjuk utama dalam menilai keberkesanan Pengajaran dan pembelajaran guru oleh Jemaah Nazir sekolah. Analisis Perkaitan Kajian Tindakan Dengan Keberkesanan Pengajaran Dan Pembelajaran

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 turut menekankan kepentingan kajian tindakan yang termaktub secara sedar atau tidak oleh semua guru iaitu melalui teras kelima “memartabatkan profesion keguruan”. Melalui teras ini fokus utama adalah untuk menghasilkan guru yang berkualiti kekal dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan dengan memenuhi hasrat falsafah pendidikan negara. Justeru, perbincangan analisis perkaitan ini akan saya buat menggunakan format kajian tindakan seperti berikut:

Refleksi Isu Kajian

April 2008: “Markah penilaian pelajar terhadap perlaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran diedarkan semasa mesyuarat jabatan. Seperti diduga, pencapaian saya tetap berada di bawah sepuluh yang paling rendah prestasinya. Bilangan pelajar yang kurang berpuas hati terhadap pengurusan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang saya laksanakan memang sudah saya jangkakan. Rata-rata memberi penilaian pada skala antara 2 hingga 3 sahaja. “Aghh! penilaian ini tidak mempunyai kesahihan yang tinggi” kata seorang pensyarah. “Ini cara pelajar balas dendam terhadap pensyarah! Memberi penilaian rendah!” celah seorang pensyarah!”.

Timbul persoalan di minda, benarkah pelajar di kelas tersebut membalas dendam terhadap pensyarah? Atau sememangnya saya adalah seorang guru yang tidak berkesan. Sesungguhnya antara guru dan pelajar seperti aur dengan tebing, kedua-duanya saling memerlukan bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat berlaku dengan berkesan. Pengajaran dan pembelajaran yang sempurna adalah proses transformasi ilmu kepada pelajar yang bersesuaian dengan tugas guru iaitu memudahkan pembelajaran para pelajarnya. Justeru, guru seharusnya menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, selain dapat menciptakan pengajaran yang berkesan tanpa meminggirkan kebajikan dan keperluan pelajar. Jadi menerusi penilaian pelajar terhadap perlaksanaan aktiviti Pengajaran dan pembelajaran selain bagi memenuhi keperluan MS ISO 9001 : 2000 melalui borang LAM-PT09-03 dijalankan ia juga sebagai elemen penting kepada pensyarah untuk menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajarannya.

Page 6: Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 15/2015 - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/152015/1.pdfpendidikan ke arah melahirkan modal insan yang memenuhi kehendak Falsafah

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 15/2015

6

Berdasarkan penulisan kajian tindakan di atas, kita dapati penulisan refleksi dalam kajian tindakan sebenarnya mengaplikasikan pemikiran reflektif oleh seorang pensyarah. Dewey (1933) mendefinisikan pemikiran refleksi sebagai "active, persistent, and careful consideration of any belief or supposed form of knowledge in the light of the grounds that support it and the further conclusions to which it tends" (p. 9). Dengan berfikir secara refleksi, seseorang boleh "transform a situation in which there is experienced obscurity, doubt, conflict, disturbance of some sort, into a situation that is clear, coherent, settled, harmonious" (p. 100–101).

Melalui amalan reflektif ini, guru mampu meningkatkan profesionalisme

diri dengan menjalankan kajian tindakan tentang semua aspek yang berkaitan dengan pengajaran. Idea-idea baru tentang kaedah mengajar dalam Pengajaran dan pembelajaran perlu diterokai. Budaya penyelidikan, penulisan dan pembacaan akan membantu guru meningkatkan keberkesanan Pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Ini secara tidak langsung meningkatkan profesionalisme diri khususnya

dalam proses perkembangan peribadi yang memerlukan suatu kesedaran tinggi tentang “what‟s going on”, “why things are happening that way” dan “how are we going to resolve the problem”. Kesedaran tentang keputusan pedagogi dan tindakan hanya boleh dibentuk dengan penilaian kritikal melalui dialog reflektif, dokumentasi dan tindakan. Kajian tindakan menyediakan cara untuk membolehkan proses tersebut berlaku. Untuk meningkatkan profesionalisme diri, guru wajar menjadikan profesion keguruan “a research-based profesion” iaitu profesion yang berasaskan kajian dan amalan pengajaran perlu berasaskan kajian saintifik dan bukan pendapat.

Kesimpulannya, ia dapat membantu guru menilai dan seterusnya

meningkatkan keberkesanan Pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana melalui kajian tindakan guru dapat menilai situasi dan membuat keputusan yang rasional serta berpeluang untuk mewujudkan perhubungan di antara teori dan amalan. Dalam era teknologi yang kian maju guru boleh menjalankan kajian tindakan menggunakan berbagai-bagai alat elektronik untuk membuat refleksi antaranya kamera video digital. Perancangan Tindakan

“Saya mula menyedari bahawa guru perlu pakar dalam menentukan strategi Pengajaran dan pembelajaran. Strategi yang saya pilih itu, selain berpotensi merangsang pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Dalam ertikata lain sesi Pengajaran dan pembelajaran saya perlu menggarapkan tiga domain utama iaitu kognitif (akal), psikomotor (fizikal) serta afektif (jiwa).

Page 7: Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 15/2015 - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/152015/1.pdfpendidikan ke arah melahirkan modal insan yang memenuhi kehendak Falsafah

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 15/2015

7

Saya ingin tahu strategi Pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh rakan-rakan sejawat. Mereka turut mengajar di kelas yang sama. Pastinya masalah yang sama juga turut dihadapi. Saya pun mula mengorek rahsia dengan meneliti laporan penilaian keberkesanan pensyarah LAM-PT09-03. Selepas itu saya mula bertanyakan pensyarah tentang, strategi Pengajaran dan pembelajaran yang mereka jalankan.”

Berikut adalah maklumat strategi Pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh pensyarah akademik bagi KPLI Ambilan Januari 2008:

Jadual 1: Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Strategi P&P Bilangan Pensyarah

Chalk and Talk 3 Permainan / Projek 1

Nota / Pembentangan 1 Lain-lain 1

“Maklumat ini saya peroleh dengan meminta pelajar saya menulis cara guru mereka mengajar bagi setiap kursus yang mereka ambil. Bila melihat maklumat itu, saya dapati saya tergolong dalam golongan guru yang menggunakan kaedah “Chalk and Talk”. Seterusnya saya mula membuat perbandingan dengan penilaian pelajar terhadap perlaksanaan aktiviti Pengajaran dan pembelajaran. Ternyata saya antara pensyarah yang mengajar menggunakan kaedah „Chalk & Talk” mendapat penilaian terendah manakala bagi pensyarah yang menggunakan kaedah permainan / projek dan nota / pembentangan mencatatkan markah penilaian yang lebih baik. “Ah! tidak boleh jadi ni, di mana professional aku?”, bisik hati saya.” Petikan kajian tindakan yang saya lakukan di atas, jelas menunjukan

bahawa melalui kajian tindakan, seorang guru dapat membuat persediaan dan merancang Pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Penyataan ini turut dimuatkan dalam PIPP 2006-2010 (hlm. 106) yang menyarankan “guru perlu memahami, memberi komitmen dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan inisiatif dan pendekatan baru ke arah usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan”. Peranan guru ini adalah secocok dengan saranan Organisation for Economic Co-operation and Development, 2005 (dalam PIPP 2006 – 2010) yang menyatakan:

”... as the most significant and costly resource in schools, teachers are central to school improvement efforts. Improving the efficiency and equity of schooling depends, in large measure, on ensuring that competent people want to work as teachers, that their teaching is of high quality, and

Page 8: Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 15/2015 - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/152015/1.pdfpendidikan ke arah melahirkan modal insan yang memenuhi kehendak Falsafah

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 15/2015

8

that all students have access to high quality teaching.” Atas keyakinan dan kesedaran betapa pentingnya perancangan dalam

sesuatu Pengajaran dan pembelajaran, saya telah mengorak langkah untuk merancang dan melaksanakan beberapa kaedah pengajaran dengan menjadikan “The Learning Pyramid” sebagai panduan perancangan Pengajaran dan pembelajaran.

Rajah 2: The Learning Pyramid (National Training Laboratories, Bethel, Maine)

Kesimpulannya melalui kajian tindakan guru dapat mengatur strategi

Pengajaran dan pembelajaran melalui perancangan yang sesuai mengikut tahap kebolehan pelajarnya. Perancangan yang rapi juga akan memberi impak yang positif ke atas hasil pembelajaran pelajar. Sesungguhnya, produk yang berkualiti iaitu pelajar yang cemerlang mampu dihasilkan daripada bilik darjah sebenarnya bergantung sepenuhnya kepada kualiti yang ada pada Pengajaran dan pembelajaran.

TINJAUAN LITARATUR

Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul. Penggunaan teknik “chalk and talk” dan “test and drill” secara berlebihan telah dibuktikan menjadi punca pelajar bosan dan “burn-out” (Lea, 2003 & Sam, 2004). Menurut Hallinger 1994 (dalam Hussein Mahmood, 1997) demi menghadapi cabaran dalam alaf baru ini, guru harus berani menghadapi perubahan dan melakukan inovasi pendidikan dengan acuan sendiri di sekolah masing-masing.

Apabila saya renungkan pandangan-pandangan ini, memang ada kebenarannya. Mengungkap kata Mahatma Gandhi, „if you want to see change, you must be the change you want to see‟. Untuk mengubah sikap pelajar terhadap pelajaran maka sikap saya sebagai guru perlu berubah terlebih dahulu. “Aku mesti

Page 9: Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 15/2015 - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/152015/1.pdfpendidikan ke arah melahirkan modal insan yang memenuhi kehendak Falsafah

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 15/2015

9

melakukan perubahan. Sebagai langkah pertama aku mesti tawan hati mereka dengan cara mempelbagaikan strategi Pengajaran dan pembelajaran. Kalau hendak mengubah gaya pembelajaran pelajar, gaya pengajaran guru perlu berubah dahulu. Aku perlu menjadi guru yang kreatif dan inovatif dalam melaksanakan Pengajaran dan pembelajaran” saya memujuk diri sendiri. Penulisan kajian tindakan juga memerlukan seseorang guru membuat

rujukan dan bacaan berkaitan dengan permasalahan serta kajian yang ingin dilaksanakan terhadap pengajaran dan pembelajarannya. Amalan ini secara tidak langsung membudayakan konsep “Belajar Seumur Hidup”. Amalan membaca, menulis dan melakukan penyelidikan tindakan akan memperluaskan pengalaman, pengetahuan dan pandangan guru terhadap bidangnya. Ia menajamkan kecekapan serta keyakinannya dan ia akan menjadi kreatif, reflektif dan berinovasi dalam amalan pengajaran dan seterusnya menjadikan Pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah lebih berkesan.

Kesimpulannya melalui kajian tindakan memberi ruang dan peluang

kepada guru-guru untuk bertukar-tukar pendapat dan berkongsi pengalaman ke arah menjadikan Pengajaran dan pembelajaran mereka lebih berkesan. Tinjauan litaratur dapat membuka minda guru dengan pelbagai persoalan dan jalan penyelesaian bagi memastikan Pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan berkesan. Disamping itu, hasil penulisan kajian juga akan menjadi bahan rujukan dan sumber utama dalam kalangan guru untuk memperbaiki kaedah pengajaran dan pembelajarannya.

PERLAKSANAAN TINDAKAN

Saya mula merancang untuk mempelbagaikan strategi Pengajaran dan pembelajaran saya seperti kata Imam Al-Ghazali dalam Hamid Fahmy Zarkasyi (1990) guru adalah seseorang yang menyampaikan sesuatu yang baik, positif, kreatif atau membina kepada seseorang yang berkemampuan tanpa mengira peringkat umur walau terpaksa melalui pelbagai cara dan kaedah sekali pun tanpa mengharapkan sebarang ganjaran. Saya perlu bertindak untuk memperbaiki Pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya meningkatkan profesionalisme keguruan saya.

Maka, saya menggunakan rangka kerja teoritikal yang direkabentuk

oleh Kemmis dan McTaggart (1982) seperti kitaran di dalam Rajah 3 berikut:-

Page 10: Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 15/2015 - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/152015/1.pdfpendidikan ke arah melahirkan modal insan yang memenuhi kehendak Falsafah

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 15/2015

10

Rajah 3 : Kitaran Kajian Tindakan Model Kemmis and McTanggart (1988)

Analisis perkaitan antara kajian tindakan dengan keberkesanan Pengajaran dan pembelajaran juga dapat diperlihatkan melalui penggunaan Model Kemmis and McTaggart (1988). Sesungguhnya proses kajian tindakan bermula dengan guru menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu Pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Kemudian guru itu menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Seterusnya guru melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru terpaksalah memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu. Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama dan jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka guru bolehlah memulakan proses semula ke Gelungan Kedua sehinggalah masalah itu diselesaikan. Pada Gelungan Kedua guru mesti mereflek dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakan beliau. Oleh itu, seseorang guru yang menjalankan kajian tindakan hendaklah pragmatik dan perlu memastikan bahawa pelan tindakan beliau selaras dengan

A. Tinjauan awal guru sewaktu PdP Kajian Tempatan di dalam kelas

B. Guru mendapatkan situasi dan konteks PdP Kajian Tempatan terutama dalam kalangan pelajar sederhana adalah kurang memuaskan.

C. Guru merancang tindakan bagi meningkatkan PdP guru melalui projek berteraskan konsep Pembelajaran Konstektual

D. Pelaksanaan tindakan - Guru melaksanakan PdP mengikut sukatan pelajaran - Aktiviti PdP melalui projek dan konsep

Pembelajaran Kontektual

E. Pemantauan dan penilaian - Guru sebagai fasilitator memantau tahap kemajuan pelajar dari masa ke semasa - Guru menilai pencapaian pelajar melalui data soal selidik, temuduga, pemerhatian dan penglibatan secara

F. Guru membuat refleksi terhadap kekuatan dan kelemahan PdP yang dilaksanakan untuk tujuan penambahbaikkan pada masa hadapan.

Page 11: Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 15/2015 - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/152015/1.pdfpendidikan ke arah melahirkan modal insan yang memenuhi kehendak Falsafah

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 15/2015

11

kurikulum yang hendak disampaikan. Ini menjadikan proses Pengajaran dan pembelajaran dalam kelas yang dikendalikannya lebih efisien dan berkualiti.

Kesimpulanya model kajian tindakan Kimmis and McTaggart (1988),

menunjukkan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berulang-ulang dalam setiap gelungan dengan mementingkan proses penambahbaikan yang berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran sesebuah bilik darjah. Oleh yang demikian, saya dapat terus memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran saya melalui perlaksanaan kajian tindakan.

DAPATAN KAJIAN Tinjauan awal saya mendapati sebahagian besar pelajar saya mempunyai gaya pembelajaran visual dan kinestetik. Bertitik tolak dari ini maka strategi Pengajaran dan pembelajaran saya akan dipelbagaikan. Ini adalah satu daripada beberapa kriteria penentuan kepakaran seseorang guru di bilik darjah. Saya berpeluang untuk lebih mesra dengan pelajar melalui aktiviti pembelajaran aktif. Maka, untuk sampai ke tahap itu saya akan menjalankan beberapa tindakan berikut:

Saya mula melaksanakan pengajaran Kajian Tempatan berasaskan media interaktif sebagai bahan “Pengajaran dan pembelajaran bermakna” : Penggunaan video, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Bahan Bantu Mengajar (BBM) telah membantu guru pelatih menghayati budaya, nilai dan semangat patrotisme dengan mudah dan cepat. Pengajaran berdasarkan modul interaktif TMK yang dibina menjadikan mata pelajaran Kajian Tempatan lebih menarik, dan pembelajaran kendiri lebih terarah dalam kalangan guru pelatih. Pelajar dipertontonkan dengan video iklan, kemudian menganalisis budaya setempat, nilai dan corak penempatan masyarakat yang terdapat dalam iklan tersebut dan seterusnya menghasilkan sendiri Video Klip yang memaparkan budaya, adat resam, nilai dan corak penempatan masyarakat tersebut dalam konteks Malaysia.

Sekiranya kita membuat analisis perkaitan kajian tindakan yang saya laksanakan dengan keberkesanan Pengajaran dan pembelajaran saya, jelas menunjukkan kejayaan saya meningkatkan kualiti pengurusan bilik darjah, pengurusan masa serta mutu penyampaian Pengajaran dan pembelajaran. Sesungguhnya seseorang guru yang menjalankan kajian tindakan sebenarnya terlibat dalam self-reflective research di mana mereka melihat diri sendiri dalam konteks bilik darjah yang mereka ajar. Dalam perkataan lain, kajian tindakan menyerupai satu bentuk perkembangan diri bagi guru. Guru menjalankan kajian tindakan sebagai satu eksperimen untuk memperbaiki proses pengajaran dan pembelajarannya, memantau tindakannya dan seterusnya membina semula pentafsiran tindakannya itu sebagai asas untuk tindakan masa depan. Dengan berbuat demikian, guru itu boleh mempertimbangkan berbagai cara penyelesaian masalah yang dihadapinya dan belajar cara untuk menangani

Page 12: Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 15/2015 - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/152015/1.pdfpendidikan ke arah melahirkan modal insan yang memenuhi kehendak Falsafah

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 15/2015

12

masalah dengan baik. Ini dapat dibuktikan setelah menjalankan beberapa gelungan kajian tindakan sebagai penambahbaikan dalam proses Pengajaran dan pembelajaran Kajian Tempatan yang saya ajar, saya dapati perlaksanan aktiviti Pengajaran dan pembelajaran saya lebih berkualiti dan berjaya meningkatkan prestasi pelajar saya dalam mata pelajaran Kajian Tempatan.

Tambah membanggakan penilaian pelajar terhadap perlaksanaan

aktiviti Pengajaran dan pembelajaran (LAM-PT09-03) saya setelah melaksanakan kajian tindakan dan beberapa penambahbaikan dalam Pengajaran dan pembelajaran saya telah mencatatkan nilai min purata tertinggi iaitu 4.00 (Rujuk Jadual 2, dan Jadual 3 di bawah).

Jadual 2: Perbandingan Min Antara Pensyarah Dalam Jabatan

: P

Page 13: Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 15/2015 - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/152015/1.pdfpendidikan ke arah melahirkan modal insan yang memenuhi kehendak Falsafah

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 15/2015

13

Jadual 3: Penilaian Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran dari

Persepsi Pelajar Cadangan

“... a process in which individual or several teachers collect evidence and make decisions about their own knowledge, performance, beliefs, and effects in order to understand and improve them.”

(Gay and Airasian, 2000, p. 593) Sebenarnya asal usul kajian tindakan adalah berasaskan pendekatan kualitatif. Walau bagaimanapun di Malaysia, bolehlah dikatakan hampir semua guru yang menjalankan kajian tindakan menggunakan pendekatan kuantitatif. Justeru, dicadangkan agar guru menjalankan kajian tindakan jenis kualitatif. Ini kerana melalui pendekatan kualitatif guru boleh memperoleh (capture) segala-gala proses Pengajaran dan pembelajaran dengan lebih tepat di samping membantu guru membuat refleksi dengan lebih baik. Hal ini turut menjelaskan kenapa di negara barat guru lebih mengutamakan kaedah deskriptif dalam kajian tindakan disebabkan kajian tindakan tidak memerlukan guru membuat inferens dan menggeneralisasikan dapatan kepada populasi yang lain

Page 14: Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 15/2015 - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/152015/1.pdfpendidikan ke arah melahirkan modal insan yang memenuhi kehendak Falsafah

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 15/2015

14

Satu persoalan yang sentiasa ditimbulkan ialah “Adakah kajian tindakan berkehendakkan guru menjalankan projek yang inovatif dan kreatif?” Soalan ini memang sukar dijawab sebab bukan semua pelan tindakan kajian tindakan berkehendakkan satu pendekatan yang baru dan inovatif. Walau bagaimanapun, guru hendaklah sentiasa kreatif dalam kajian tindakan. Ini disebabkan tanpa kreativiti, guru tidak akan mencari pendekatan alternatif untuk mengatasi sesuatu masalah yang dihadapinya. Justeru melalui kajian tindakan secara tidak langsung juga guru telah melaksanakan inovasi dan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajarannya. Maka, dicadangkan dalam melaksanakan inovasi dan kreativiti dalam Pengajaran dan pembelajaran, guru turut melakukan kajian tindakan bagi memperkukuhkan keberkesanan Pengajaran dan pembelajarannya.

Di samping itu juga, dicadangkan agar kajian tindakan dilaksanakan

oleh guru secara berkolaborasi dengan guru yang lain, ataupun personel di luar sekolah seperti dari Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, universiti ataupun pihak berkepentingan. Kerjasama dan komunikasi yang diwujudkan ini dapat mempertingkatkan lagi keberkesanan Pengajaran dan pembelajaran seseorang guru.

Sesungguhnya guru yang menjalankan kajian tindakan akan berkongsi

maklumat atau dapatan kajian beliau dengan guru lain. Maka, dicadangkan agar laporan kajian pensyarah dan guru permulaan diterbitkan dalam jurnal akademik sebagai perkongsian dalam masyarakat guru setempat untuk mempromosikan perubahan (change).

Dalam kepesatan teknologi internet kini, para guru boleh berkongsi

maklumat melalui emel, facebook, blog, laman web, e-group ataupun instant messaging. Maka, dicadangkan pihak IPGM mewujudkan jaringan sosial (social network) untuk membolehkan guru dan pensyarah berkongsi maklumat berkaitan kajian tindakan yang telah dilaksanakan.

KESIMPULAN

Usaha untuk memantapkan latihan perguruan adalah dengan “memberi penekanan kepada Penyelidikan dan Pembangunan bagi menjadikan penyelidikan sebagai budaya kerja pendidik guru.” (PIPP, 2006-2010, hlm. 114). Di samping penetapan salah satu kriteria pertimbangan kenaikan pangkat ke guru cemerlang adalah kebolehan guru untuk menjalankan kajian tindakan. Oleh itu, jelaslah penglibatan guru dalam kajian tindakan sangat mendatangkan banyak manfaat terhadap pembangunan profesion perguruan terutamanya dalam keberkesanan Pengajaran dan pembelajaran. Memandangkan betapa pentingnya kajian tindakan sebagai pendorong ke arah peningkatan keberkesanan Pengajaran dan pembelajaran guru melalui penambahbaikan berterusan, di samping menggalakkan kreativiti dan inovasi oleh guru, maka PIPP telah mewartakan hasrat ini melalui Teras 5: “Memartabatkan profesion keguruan.”

Page 15: Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 15/2015 - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/152015/1.pdfpendidikan ke arah melahirkan modal insan yang memenuhi kehendak Falsafah

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 15/2015

15

RUJUKAN

Airasian, P. and Gullickson, A. (1997). A teacher self-evaluation tool kit. London: Corwin Press.

Alimuddin bin Mohd Dom, Dato‟ Haji. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,

dalam perutusan Hari Guru 2008 di Perayaan Hari Guru Kebangsaan, Kuala Lumpur.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran

Malaysia (1995). Modul Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: PIER - Sub Program 4, BPPP, KPM.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran

Malaysia (2005). Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: BPPP, KPM.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Rancangan Malaysia Ke-9: Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, 2006 – 2010. Putrajaya: BPPP, KPM

Bahagian Pendidikan Guru. (2009) Standard Guru Malaysia.Selangor:

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kitaran Kajian Tindakan Model Kemmis dan McTanggart (1988) dirujuk daripada Bellel, Lily (1992), An Action Research Model for In-Service Training, www.les.aston.ac.uk/lsu/research/tdtr92/tdtrlb.html

Carl, W. and Kemmis, S. (1986). Becoming critical education, knowledge and

action research. London: Falmer Press.

Creswell, J.W. (2005). Educational research: Planning, conducting, and

evaluating quantitative and qualitative research. 2nd ed. Upper Saddle

River, NJ: Pearson Prentice Hall.

Gay, L.R. and Airasian, P. (2000). Educational Research: Competencies for

analysis and applications. 6th Ed. Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall.

Kemmis, S. and Wilkinson, M. (1998). Participatory action research and the

study of practice. Dalam B. Atweh, S. Kemmis, and P. Weeks (Eds.), Action research in practice: Partnerships for social justice in education (pp. 21 – 36). London: Routledge.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2008). Modal Insan Cemerlang: Minda Kelas

Pertama. Konvension Nasional Kedua 2008, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

Institut Aminudin Baki, KPM

Page 16: Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 15/2015 - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/152015/1.pdfpendidikan ke arah melahirkan modal insan yang memenuhi kehendak Falsafah

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 15/2015

16

Mills, G. E. (2000). Action research: A guide for the teacher researcher. Upper

Saddle River, NJ: Merrill/Prentice Hall.

Musa Mohamad, Tan Sri Dato‟ Seri. (2002). Menteri Pelajaran Malaysia, dalam Perutusan Hari Guru 2002, Kuala Lumpur.

Muhyidin Yasin, Tan Sri. 2009, Menteri Pelajaran Malaysia, dalam Perutusan

Hari Guru 2009 Kuala Lumpur Wiersma, W. (2000). Research methods in education: An introduction.

Boston: Allyn &Bacon.