ulasan jurnal ekonomi monetari

8
ULASAN JURNAL TAJUK JURNAL: MONETARY POLICY AND THE FINANCIAL DECISION OF FIRM (KEBERGANTUNGAN KEPUTUSAN KEWANGAN SESEBUAH FIRMA TERHADAP POLISI MONETARI) PENULIS: THOMAS F. COOLEY DAN VINCENZO QUADRINI SUMBER: ECONOMIC THEORY 27, 243-270 Thomas F. Cooley dan Vincenzo Quadrini merupakan dua orang pengkaji yang telah mengkaji kesan perubahan polisi monetari terhadap pelbagai aspek. Dalam kertas kajian ini, pengkaji telah melakukan kajian perubahan yang berlaku dalam sesebuah firma dari segi membuat keputusan kewangan apabila berlaku perubahan dalam polisi monetari. Pengkaji telah membina model keseimbangan umum dengan mengambil beberapa firma yang telah lama beroperasi dalam pasaran dan faktor kewangan memainkan peranan penting dalam membuat keputusan pengeluaran dan pelaburan. Apabila ekonomi mengalami kejutan, pengkaji telah menyatakan bahawa firma kecil lebih bertindak balas terhadap kejutan tersebut berbanding dengan firma yang besar. Dengan kata lain kesannya adalah terhadap pengeluaran ataupun output firma tersebut. Pengkaji juga menyatakan dapatan kajian lain yang diperolehi adalah ketidaktentuan pulangan pelaburan saham akibat daripada kejutan ekonomi monetari.

Upload: yangshah

Post on 13-Jun-2015

519 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ulasan Jurnal Ekonomi Monetari

ULASAN JURNAL

TAJUK JURNAL: MONETARY POLICY AND THE FINANCIAL DECISION OF

FIRM (KEBERGANTUNGAN KEPUTUSAN KEWANGAN

SESEBUAH FIRMA TERHADAP POLISI MONETARI)

PENULIS: THOMAS F. COOLEY DAN VINCENZO QUADRINI

SUMBER: ECONOMIC THEORY 27, 243-270

Thomas F. Cooley dan Vincenzo Quadrini merupakan dua orang pengkaji yang telah

mengkaji kesan perubahan polisi monetari terhadap pelbagai aspek. Dalam kertas kajian

ini, pengkaji telah melakukan kajian perubahan yang berlaku dalam sesebuah firma dari

segi membuat keputusan kewangan apabila berlaku perubahan dalam polisi monetari.

Pengkaji telah membina model keseimbangan umum dengan mengambil beberapa

firma yang telah lama beroperasi dalam pasaran dan faktor kewangan memainkan

peranan penting dalam membuat keputusan pengeluaran dan pelaburan. Apabila ekonomi

mengalami kejutan, pengkaji telah menyatakan bahawa firma kecil lebih bertindak balas

terhadap kejutan tersebut berbanding dengan firma yang besar. Dengan kata lain

kesannya adalah terhadap pengeluaran ataupun output firma tersebut. Pengkaji juga

menyatakan dapatan kajian lain yang diperolehi adalah ketidaktentuan pulangan

pelaburan saham akibat daripada kejutan ekonomi monetari.

Dalam kajian ini, pengkaji telah menyatakan bahawa terdapat jurang perbezaan

yang besar antara firma yang besar dengan firma kecil dalam membuat keputusan dari

segi kewangan bagi sesebuah firma. Pernyataan pengkaji dibuktikan melalui kajian

Fazzari et al. (1988) dan pengkaji-pengkaji lain yang menyatakan bahawa firma kecil

memberikan lebih keuntungan, membayar faedah yang lebih rendah kepada pemegang

saham, membuat pinjaman bank yang lebih banyak dan membuat pelaburan melebihi

berbanding firma yang besar. Pengkaji turut menyatakan kajian lain yang dijalankan

untuk mengukuhkan hipotesis mereka seperti Gertler dan Gilchrist (1994) dan Gilchrist

dan Himmelberg (1996, 1998) dimana mereka menyatakan keputusan pelaburan bagi

firma kecil lebih banyak bergantung kepada aliran tunai firma tersebut. Kesannya firma

Page 2: Ulasan Jurnal Ekonomi Monetari

kecil bertindak balas dengan kejutan ekonomi monetari berbeza jika dibandingkan degan

firma besar.

Untuk mengkaji bagaimana geseran kewangan memberi kesan kepada kejutan

ekonomi, pengkaji telah melakukan kajian bagaimana geseran kewangan membawa

kepada kepelbagaian firma dari pandangan ekonomi. Firma mempunyai kepelbagaian

jumlah ekuiti yang memberi kesan terhadap keputusan kewangan dan skala pengeluaran.

Perubahan di dalam struktur modal begitu ketara kesan daripada keputusan kewangan

yang dibuat oleh sesebuah firma. Pengaji tidak mengambil kira perbezaan teknologi

antara firma di dalam kajian ini. Pengkaji hanya menumpukan kepada perbezaan keadaan

kewangan bagi sesebuah firma.

Pengkaji telah mengandaikan bahawa semua firma mempunyai akses yang sama

terhadap sesuatu teknologi untuk menghasilkan barangan yang sama. Firma membiayai

modal (kilang) melalui pinjaman yang dibuat daripada perantara kewangan (syarikat

kewangan, bank, pelabur dan lain-lain). Semakin banyak had pinjaman yang dapat dibuat

oleh sesebuah firma, semakin banyak pengeluaran dapat dibuat dan keuntungan jangkaan

adalah lebih tinggi. Firma perlu membuat keputusan dalam menentukan kadar leverage

(nisbah hutang dan ekuiti) bergantung kepada jumlah ekuiti yang dimiliki dalam

sesebuah perniagaan.

Pengkaji juga menyatakan bahawa perkembangan sesebuah firma turut

bergantung kepada keputusan kewangan dan pelaburan yang dibuat. Setiap keputusan

yang dibuat oleh sesebuah fira mestilah selari dengan kehendak dan keperlua industri

yang diceburi. Mengikut teori Gibrat, pertumbuhan firma dengan saiz firma adalah tidak

berkaitan sama sekali. Teori tersebut disahkan melalui kajian yang telah dibuat oleh Hall

(1987) dan Evans (1987a) menunjukkan kadar perkembangan firma sektor pembuatan

dan ketidakpastian di dalam sesebuah industri tidak bergantung kepada saiz dan tempoh

operasi firma tersebut. Pengkaji melihat bahawa firma yang kecil berkembang dengan

lebih cepat, menghadapi pelbagai faktor dalam perubahan dan mempunyai kadar

pengkoordinasian kerja yang tinggi. Pengkaji juga melihat bahawa firma yang kecil

membuat pinjamam lebih tinggi berbanding dengan firma yang besar, menerbitkan

dividen yang kecil kepada pemegang saham dan pelaburan mereka bergantung kepada

aliran tunai yang ada.

Page 3: Ulasan Jurnal Ekonomi Monetari

Untuk kajian ini, pengkaji telah menghasilkan model ekonomi dimana dengan

mengandaikan bahawa kepelbagaian firma adalah pembolehubah terhadap polisi

monetari. Perubahan dalam pengeluaran agregat yang disebabkan oleh kejutan ekonomi

monetari disebabkan oleh tindakbalas firma kecil terhadap kejutan itu. Dari itu, pengkaji

telah merumuskan bahawa firma kecil lebih bertindakbalas terhadap kejutan ekonomi

monetari berbanding dengan firma yang besar.

Pengkaji turut menjelaskan bahawa kejutan ekonomi monetari memberi kesan

yang lebih besar ketika sesebuah firma sedang menanggung hutang yang besar. Turut

dinyatakan bahawa kejutan ekonomi monetari lebih memberi kesan terhadap

ketidakstabilan pulangan saham berbanding dengan ketidakstabilan dalam keuntungan,

dividen dan juga pengeluaran agregat. Kejutan ekonomi monetari memberi kesan

terhadap perubahan kadar inflasi, memberi kesan terhadap kadar bunga dan seterusnya

terhadap nilai sesebuah firma dalam pasaran akhirnya memberi kesan terhadap pulangan

saham pasaran.

Pengkaji telah menggariskan tiga model dalam kajian ini iaitu firma, isi rumah

dan perantara kewangan dan bank pusat. Ketiga-tiga model tersebut dijelaskan dengan

terperinci dari pelbagai aspek. Untuk firma, pengkaji telah memberikan pembolehubah

bersandar dan tak bersandar yang terdapat di dalam fungsi pengeluaran. Setiap

pembolehubah diperincikan seperti buruh, ekuiti dan barang pertengahan yang dibeli

daripada firma lain. Pengkaji menyatakan bahawa buruh dan input pertengahan adalah

pelengkap kepada modal. Bagi isi rumah, pengkaji turut menghasilkan fungsi yang

mengira pemaksimuman utiliti. Model ketiga adalah syarikat kewangan dan bank pusat di

mana pengkaji menerangkan bagaimana sesebuah syarikat kewangan berfungsi dengan

menerima deposit daripada isi rumah dan menggunakannya untuk memberi pinjaman

kepada firma mengikut masa. Syarikat kewangan turut menerima suntikan dana daripada

bank pusat. Pengkaji menerangkan fungsi bank pusat mengawal syarikat kewangan

dalam memberi pinjaman kepada firma.

Pengkaji turut membincangkan beberapa masalah yang dihadapi oleh firma dan

juga isi rumah. Permasalahan di dalam sesebuah firma ialah membuat keputusan untuk

memilih antara inisiatif modal ataupun buruh dalam pengeluaran untuk meminimumkan

kos dan memaksimumkan keuntungan. Pengkaji turut menerangkan permasalahan yang

Page 4: Ulasan Jurnal Ekonomi Monetari

dihadapi oleh firma dari aspek jumlah pinjaman yang diberikan oleh organisasi

kewangan. Melalui fungsi yang diterbitkan oleh pengkaji, setiap pembolehubah yang

terdapat di dalam fungsi itu diterangkan secara keseluruhan, pengkaji merumuskan

apabila firma berjaya dalam perniagaan yang diceburi dan mendapat untung, firma

melalui keputusan kewangan akan membuat pelaburan semula dengan menggunakan

keuntungan tersebut untuk mengembangkan lagi firma tersebut. Sebaliknya, firma akan

menggunakan laverage untuk menanggung kerugian yang dialami serta mengecilkan

operasi firma.

Masalah lain yang dibincangkan oleh pengkaji adalah mengenai kemasukan baru

firma ke dalam industri. Kesannya adalah persaingan bertambah sengit dan keuntungan

sesebuah firma akan berkurangan. Hal ini disebabkan pengguna mempunyai lebih pilihan

terhadap produk yang hampir di pasaran. Turut dibincangkan di dalam permasalahan

adalah masalah isi rumah dan keseimbangan umum. Isi rumah berfungsi

menyumbangkan tenaga buruh, berbelanja,melabur di dalam firma, membuat tabungan

dan memegang tunai. Isi rumah turut menukar pegangan di dala sesebuah firma. Fungsi

yang rumit telah ditunjukkan oleh pengkaji untuk menerangkan setiap komponen yang

wujud dalam masalah isi rumah.

Seterusnya pengkaji telah menggunakan data numerical untuk menyelesaikan

fungsi yang diterbitkan dalam model-model yang dinyatakan oleh pengkaji sebelum ini.

Terdapat beberapa andaian yang digunakan untuk menyelesaikan fungsi yang diterbitkan

dan nilai-nilai yang diingini oleh pengkaji dapat diterbitkan dalam bentuk kuantitatif.

Pengkaji mendalami lagi kupasan kajian dengan menerbtkan graf untuk setiap

model yang telah dinyatakan. Setiap rajah yang diterbitkan meggambaran keadaan model

dalam keadaan terkawal. Keadaan ini adalah untuk membuat perbandingan dengan

keadaan ekonomi monetari kejutan.

Pengkaji mula melihat tindakbalas firma terhadap kejutan ekonomi onetari

dengan mengemukakan data dan rajah secara lebih terperinci. Di dalam rajah, pengkaji

menunjukkan perbezaan antara firma kecil dan firma besar dari segi pengeluaran dan

hutang. Terdapat juga rajah di dalam kajian ini yang menunjukkan pembolehuah agregat

yang bertindakbalas dengan kejutan kadar faedah.

Page 5: Ulasan Jurnal Ekonomi Monetari

Untuk memantapkan lagi kajian ini, pengkaji mengandaikan pasaran kewangan

turut bertindakbalas terhadap kejutan agregat. Pengkaji turut menggunakan fungsi untuk

memberkan gambaran terhadap tindakbalas ini. Setelah penerangan secara numerical dan

rajah diterbitkan oleh pengkaji, kongklusi dibuat dengan menyatakan bahawa ekonomi

dengan hanya mengalami kejutan monetari akan menghasilkan hubungan yang positif

antara pertumbuhan wang dengan pulangan pasaran saham tetapi tidak berhubung dengan

inflasi. Beberapa sebab diberikan oleh pengkaji terhadap rumusan tersebut.

Kesimpulan untuk keseluruhan kajian ini, pengkaji telah menyatakan bahawa

firma kecil lebih sensitif bertindakbalas terhadap kejutan kadar faedah berbanding dengan

firma besar kerana firma besar mempunyai lebih banyak laverage. Pengkaji turut

merumuskan bahawa kejutan monetari memberikan ketidaktentuan dala pasaran

kewangan terutamanya dalam pulangan pasaran saham.