Download - Ulasan Jurnal Ekonomi Monetari
ULASAN JURNAL
TAJUK JURNAL: MONETARY POLICY AND THE FINANCIAL DECISION OF
FIRM (KEBERGANTUNGAN KEPUTUSAN KEWANGAN
SESEBUAH FIRMA TERHADAP POLISI MONETARI)
PENULIS: THOMAS F. COOLEY DAN VINCENZO QUADRINI
SUMBER: ECONOMIC THEORY 27, 243-270
Thomas F. Cooley dan Vincenzo Quadrini merupakan dua orang pengkaji yang telah
mengkaji kesan perubahan polisi monetari terhadap pelbagai aspek. Dalam kertas kajian
ini, pengkaji telah melakukan kajian perubahan yang berlaku dalam sesebuah firma dari
segi membuat keputusan kewangan apabila berlaku perubahan dalam polisi monetari.
Pengkaji telah membina model keseimbangan umum dengan mengambil beberapa
firma yang telah lama beroperasi dalam pasaran dan faktor kewangan memainkan
peranan penting dalam membuat keputusan pengeluaran dan pelaburan. Apabila ekonomi
mengalami kejutan, pengkaji telah menyatakan bahawa firma kecil lebih bertindak balas
terhadap kejutan tersebut berbanding dengan firma yang besar. Dengan kata lain
kesannya adalah terhadap pengeluaran ataupun output firma tersebut. Pengkaji juga
menyatakan dapatan kajian lain yang diperolehi adalah ketidaktentuan pulangan
pelaburan saham akibat daripada kejutan ekonomi monetari.
Dalam kajian ini, pengkaji telah menyatakan bahawa terdapat jurang perbezaan
yang besar antara firma yang besar dengan firma kecil dalam membuat keputusan dari
segi kewangan bagi sesebuah firma. Pernyataan pengkaji dibuktikan melalui kajian
Fazzari et al. (1988) dan pengkaji-pengkaji lain yang menyatakan bahawa firma kecil
memberikan lebih keuntungan, membayar faedah yang lebih rendah kepada pemegang
saham, membuat pinjaman bank yang lebih banyak dan membuat pelaburan melebihi
berbanding firma yang besar. Pengkaji turut menyatakan kajian lain yang dijalankan
untuk mengukuhkan hipotesis mereka seperti Gertler dan Gilchrist (1994) dan Gilchrist
dan Himmelberg (1996, 1998) dimana mereka menyatakan keputusan pelaburan bagi
firma kecil lebih banyak bergantung kepada aliran tunai firma tersebut. Kesannya firma
kecil bertindak balas dengan kejutan ekonomi monetari berbeza jika dibandingkan degan
firma besar.
Untuk mengkaji bagaimana geseran kewangan memberi kesan kepada kejutan
ekonomi, pengkaji telah melakukan kajian bagaimana geseran kewangan membawa
kepada kepelbagaian firma dari pandangan ekonomi. Firma mempunyai kepelbagaian
jumlah ekuiti yang memberi kesan terhadap keputusan kewangan dan skala pengeluaran.
Perubahan di dalam struktur modal begitu ketara kesan daripada keputusan kewangan
yang dibuat oleh sesebuah firma. Pengaji tidak mengambil kira perbezaan teknologi
antara firma di dalam kajian ini. Pengkaji hanya menumpukan kepada perbezaan keadaan
kewangan bagi sesebuah firma.
Pengkaji telah mengandaikan bahawa semua firma mempunyai akses yang sama
terhadap sesuatu teknologi untuk menghasilkan barangan yang sama. Firma membiayai
modal (kilang) melalui pinjaman yang dibuat daripada perantara kewangan (syarikat
kewangan, bank, pelabur dan lain-lain). Semakin banyak had pinjaman yang dapat dibuat
oleh sesebuah firma, semakin banyak pengeluaran dapat dibuat dan keuntungan jangkaan
adalah lebih tinggi. Firma perlu membuat keputusan dalam menentukan kadar leverage
(nisbah hutang dan ekuiti) bergantung kepada jumlah ekuiti yang dimiliki dalam
sesebuah perniagaan.
Pengkaji juga menyatakan bahawa perkembangan sesebuah firma turut
bergantung kepada keputusan kewangan dan pelaburan yang dibuat. Setiap keputusan
yang dibuat oleh sesebuah fira mestilah selari dengan kehendak dan keperlua industri
yang diceburi. Mengikut teori Gibrat, pertumbuhan firma dengan saiz firma adalah tidak
berkaitan sama sekali. Teori tersebut disahkan melalui kajian yang telah dibuat oleh Hall
(1987) dan Evans (1987a) menunjukkan kadar perkembangan firma sektor pembuatan
dan ketidakpastian di dalam sesebuah industri tidak bergantung kepada saiz dan tempoh
operasi firma tersebut. Pengkaji melihat bahawa firma yang kecil berkembang dengan
lebih cepat, menghadapi pelbagai faktor dalam perubahan dan mempunyai kadar
pengkoordinasian kerja yang tinggi. Pengkaji juga melihat bahawa firma yang kecil
membuat pinjamam lebih tinggi berbanding dengan firma yang besar, menerbitkan
dividen yang kecil kepada pemegang saham dan pelaburan mereka bergantung kepada
aliran tunai yang ada.
Untuk kajian ini, pengkaji telah menghasilkan model ekonomi dimana dengan
mengandaikan bahawa kepelbagaian firma adalah pembolehubah terhadap polisi
monetari. Perubahan dalam pengeluaran agregat yang disebabkan oleh kejutan ekonomi
monetari disebabkan oleh tindakbalas firma kecil terhadap kejutan itu. Dari itu, pengkaji
telah merumuskan bahawa firma kecil lebih bertindakbalas terhadap kejutan ekonomi
monetari berbanding dengan firma yang besar.
Pengkaji turut menjelaskan bahawa kejutan ekonomi monetari memberi kesan
yang lebih besar ketika sesebuah firma sedang menanggung hutang yang besar. Turut
dinyatakan bahawa kejutan ekonomi monetari lebih memberi kesan terhadap
ketidakstabilan pulangan saham berbanding dengan ketidakstabilan dalam keuntungan,
dividen dan juga pengeluaran agregat. Kejutan ekonomi monetari memberi kesan
terhadap perubahan kadar inflasi, memberi kesan terhadap kadar bunga dan seterusnya
terhadap nilai sesebuah firma dalam pasaran akhirnya memberi kesan terhadap pulangan
saham pasaran.
Pengkaji telah menggariskan tiga model dalam kajian ini iaitu firma, isi rumah
dan perantara kewangan dan bank pusat. Ketiga-tiga model tersebut dijelaskan dengan
terperinci dari pelbagai aspek. Untuk firma, pengkaji telah memberikan pembolehubah
bersandar dan tak bersandar yang terdapat di dalam fungsi pengeluaran. Setiap
pembolehubah diperincikan seperti buruh, ekuiti dan barang pertengahan yang dibeli
daripada firma lain. Pengkaji menyatakan bahawa buruh dan input pertengahan adalah
pelengkap kepada modal. Bagi isi rumah, pengkaji turut menghasilkan fungsi yang
mengira pemaksimuman utiliti. Model ketiga adalah syarikat kewangan dan bank pusat di
mana pengkaji menerangkan bagaimana sesebuah syarikat kewangan berfungsi dengan
menerima deposit daripada isi rumah dan menggunakannya untuk memberi pinjaman
kepada firma mengikut masa. Syarikat kewangan turut menerima suntikan dana daripada
bank pusat. Pengkaji menerangkan fungsi bank pusat mengawal syarikat kewangan
dalam memberi pinjaman kepada firma.
Pengkaji turut membincangkan beberapa masalah yang dihadapi oleh firma dan
juga isi rumah. Permasalahan di dalam sesebuah firma ialah membuat keputusan untuk
memilih antara inisiatif modal ataupun buruh dalam pengeluaran untuk meminimumkan
kos dan memaksimumkan keuntungan. Pengkaji turut menerangkan permasalahan yang
dihadapi oleh firma dari aspek jumlah pinjaman yang diberikan oleh organisasi
kewangan. Melalui fungsi yang diterbitkan oleh pengkaji, setiap pembolehubah yang
terdapat di dalam fungsi itu diterangkan secara keseluruhan, pengkaji merumuskan
apabila firma berjaya dalam perniagaan yang diceburi dan mendapat untung, firma
melalui keputusan kewangan akan membuat pelaburan semula dengan menggunakan
keuntungan tersebut untuk mengembangkan lagi firma tersebut. Sebaliknya, firma akan
menggunakan laverage untuk menanggung kerugian yang dialami serta mengecilkan
operasi firma.
Masalah lain yang dibincangkan oleh pengkaji adalah mengenai kemasukan baru
firma ke dalam industri. Kesannya adalah persaingan bertambah sengit dan keuntungan
sesebuah firma akan berkurangan. Hal ini disebabkan pengguna mempunyai lebih pilihan
terhadap produk yang hampir di pasaran. Turut dibincangkan di dalam permasalahan
adalah masalah isi rumah dan keseimbangan umum. Isi rumah berfungsi
menyumbangkan tenaga buruh, berbelanja,melabur di dalam firma, membuat tabungan
dan memegang tunai. Isi rumah turut menukar pegangan di dala sesebuah firma. Fungsi
yang rumit telah ditunjukkan oleh pengkaji untuk menerangkan setiap komponen yang
wujud dalam masalah isi rumah.
Seterusnya pengkaji telah menggunakan data numerical untuk menyelesaikan
fungsi yang diterbitkan dalam model-model yang dinyatakan oleh pengkaji sebelum ini.
Terdapat beberapa andaian yang digunakan untuk menyelesaikan fungsi yang diterbitkan
dan nilai-nilai yang diingini oleh pengkaji dapat diterbitkan dalam bentuk kuantitatif.
Pengkaji mendalami lagi kupasan kajian dengan menerbtkan graf untuk setiap
model yang telah dinyatakan. Setiap rajah yang diterbitkan meggambaran keadaan model
dalam keadaan terkawal. Keadaan ini adalah untuk membuat perbandingan dengan
keadaan ekonomi monetari kejutan.
Pengkaji mula melihat tindakbalas firma terhadap kejutan ekonomi onetari
dengan mengemukakan data dan rajah secara lebih terperinci. Di dalam rajah, pengkaji
menunjukkan perbezaan antara firma kecil dan firma besar dari segi pengeluaran dan
hutang. Terdapat juga rajah di dalam kajian ini yang menunjukkan pembolehuah agregat
yang bertindakbalas dengan kejutan kadar faedah.
Untuk memantapkan lagi kajian ini, pengkaji mengandaikan pasaran kewangan
turut bertindakbalas terhadap kejutan agregat. Pengkaji turut menggunakan fungsi untuk
memberkan gambaran terhadap tindakbalas ini. Setelah penerangan secara numerical dan
rajah diterbitkan oleh pengkaji, kongklusi dibuat dengan menyatakan bahawa ekonomi
dengan hanya mengalami kejutan monetari akan menghasilkan hubungan yang positif
antara pertumbuhan wang dengan pulangan pasaran saham tetapi tidak berhubung dengan
inflasi. Beberapa sebab diberikan oleh pengkaji terhadap rumusan tersebut.
Kesimpulan untuk keseluruhan kajian ini, pengkaji telah menyatakan bahawa
firma kecil lebih sensitif bertindakbalas terhadap kejutan kadar faedah berbanding dengan
firma besar kerana firma besar mempunyai lebih banyak laverage. Pengkaji turut
merumuskan bahawa kejutan monetari memberikan ketidaktentuan dala pasaran
kewangan terutamanya dalam pulangan pasaran saham.