ulasan-jurnal-2

3
TAJUK: PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH : SATU KAJIAN KES DI PULAU PINANG. Jurnal ini telah membincangkan objektif kajian dengan jelas. Pengkaji menjadikan Teori Resapan Inovasi yang dipelopori oleh Everett M.Rogers 1983, sebagai asas untuk mengenalpasti tahap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran serta faktor-faktor yang mempengaruhinya. Di mana kajian kes ini dijalan di tiga buah sekolah menengah Pulau Pinang. Kajian ini dijalankan dengan menggunakaan kaedah tinjauan, borang soal selidik diedarkan kepada 184 responden yang terdiri daripada guru-guru di ketiga-tiga buah sekolah tersebut. KEKUATAN : Pengkaji ini telah merujuk kepada beberapa sorotan literatur yang ditulis oleh pengkaji-pengkaji sebelum ini yang menggunakan Teori Resapan Inovasi. Misalnya, menurut Cheah Phaik Kin (1999) mengaplikasikan Teori Resapan Inovasi dalam kajiannya melihat pernerimaan internet dalam kalangan pelajar Universiti Sains Malaysia. Seterusnya teori yang sama digunakan oleh Tricia Lim ( 1999 ) untuk mengetahui tentang penerimaan komputer peribadi dalam kalangan masyarakat Malaysia. Oleh itu, sorotan literatur yang dipetik oleh pengkaji adalah relevan dan tepat mengikut kajian yang dilakukan. Jurnal ini juga turut menyatakan faktor-faktor yang dikaji oleh pengkaji ini seperti faktor pengetahuan,sikap, personaliti, sifat-sifat inovasi,sokongan organisasi yang mempengaruhi penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, pengkaji telah melakukan analisis dengan lengkap dengan menggunakan data-data yang dikumpulkan. Di mana sebanyak 52% guru menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sementara, penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran dari segi jantina tidak menunjukkan sebarang perbezaan yang signifikan. Pengkaji juga mendapati faktor pendorong utama penggunaan computer dalam PdP di sekolah adalah faktor organisasi.

Upload: nor-amin-lawisau

Post on 10-Dec-2015

228 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

jurnal

TRANSCRIPT

Page 1: ulasan-jurnal-2

TAJUK: PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH :  SATU KAJIAN KES DI PULAU PINANG.

     Jurnal ini telah membincangkan objektif kajian dengan jelas. Pengkaji menjadikan Teori Resapan Inovasi yang dipelopori oleh Everett M.Rogers 1983, sebagai asas untuk mengenalpasti tahap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran serta faktor-faktor yang mempengaruhinya. Di mana kajian kes ini dijalan di tiga buah sekolah menengah Pulau Pinang. Kajian ini dijalankan dengan menggunakaan kaedah tinjauan, borang soal selidik diedarkan kepada 184 responden yang terdiri daripada guru-guru di ketiga-tiga buah sekolah tersebut.

KEKUATAN :

     Pengkaji ini telah merujuk kepada beberapa sorotan literatur yang ditulis oleh pengkaji-pengkaji sebelum ini yang menggunakan Teori Resapan Inovasi. Misalnya, menurut Cheah Phaik Kin (1999) mengaplikasikan Teori Resapan Inovasi dalam kajiannya melihat pernerimaan internet dalam kalangan pelajar Universiti Sains Malaysia. Seterusnya teori yang sama digunakan oleh Tricia Lim ( 1999 ) untuk mengetahui tentang penerimaan komputer peribadi dalam kalangan masyarakat Malaysia. Oleh itu, sorotan literatur yang dipetik oleh pengkaji adalah relevan dan tepat mengikut kajian yang dilakukan.

     Jurnal ini juga turut menyatakan faktor-faktor yang dikaji oleh pengkaji ini seperti faktor pengetahuan,sikap, personaliti, sifat-sifat inovasi,sokongan organisasi yang mempengaruhi penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    Selain itu, pengkaji telah melakukan analisis dengan lengkap dengan menggunakan data-data yang dikumpulkan. Di mana sebanyak 52% guru menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sementara, penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran dari segi jantina tidak menunjukkan sebarang perbezaan yang signifikan. Pengkaji juga mendapati faktor pendorong utama penggunaan computer dalam PdP di sekolah adalah faktor organisasi.

 

KELEMAHAN :

       Kajian yang dilakukan oleh pengkaji ini agak terbatas, di mana beliau hanya menggunakan tiga buah sekolah menengah di Pulau Pinang. Beliau juga tidak menjelaskan jumlah bilangan sekolah menengah yang terdapat di Pulau Pinang supaya dapatan kajian ini sekurang-kurangnya dapat mewakili seluruh negeri Pulau Pinang.

     Pengkaji juga tidak menyatakan bilangan keseluruhan guru yang terdapat di sekolah-sekolah tersebut. Sebaliknya pengkaji mengedar borang soal selidik kepada 184 orang responden yang terdiri daripada guru-guru. Namun demikian, jumlah sebenar selepas ditolak dengan borang tidak lengkap adalah sebanyak 161 responden sahaja. Keadaan ini, agak sukar untuk menentukan saiz

Page 2: ulasan-jurnal-2

sampel yang sepatutnya diambil dari populasi tersebut dan adakah saiz sampel yang diambil sama ada mencukupi atau tidak bagi kajian ini.

KESESUAIAN MAKLUMAT YANG BOLEH DIMANFAATKAN :

      Pada pendapat saya, walaupun skop kajian agak terhad tetapi dapatan kajian ini masih relevan kepada sekolah-sekolah yang terlibat untuk membaiki kekurangan terhadap penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Malah pengkaji juga masih boleh menggunakan data-data yang dikumpul untuk tindakan selanjutnya.

      Teori Resapan Inovasi yang menjelaskan dengan terperinci tentang bagaimana sesuatu yang baru sama ada dalam bentuk idea,teknologi,barangan atau teknik-teknik berkembang dalam berbagai-bagai khalayak sehingga di terima dan diamalkan sepenuhnya oleh masyarakat. Ia sangat berkaitan dengan kehidupan seharian saya kerana pada awalnya agak sukar untk menerima sesuatu teknologi yang baru tetapi apabila mula menggunakan menjadi mudah dan ingin mengetahui lebih mendalam lagi. Contohnnya, aplikasi perisian komputer, telefon bimbit.

       Akhirnya, melalui Teori Resapan Inovasi yang dibincangkan oleh pengkaji memberikan satu input baru kepada saya untuk menjana inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia membantu saya untuk menerapkan konsep mendidik tentang sesuatu yang baru dari peringkat asas kepada peringkat yang lebih tinggi sehingga pelajar dapat memahami dan melakukannya.