ukuran assignment

10
  HBEF 3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISI KANDUNGAN 1.0 Pengenalan 2.0 Latar Belakang kajian 3.0 Jadual Penentuan Ujian 4.0 Analisis Item Ujian 4.1 Indeks Kesukaran 4.2 Indeks Dikriminasi 5.0 Rumusan Rujukan Lampiran

Upload: nicole-lim

Post on 06-Jul-2015

399 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ukuran Assignment

5/8/2018 Ukuran Assignment - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/ukuran-assignment 1/10

 

  HBEF 3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan

2.0 Latar Belakang kajian

3.0 Jadual Penentuan Ujian

4.0 Analisis Item Ujian

4.1 Indeks Kesukaran

4.2 Indeks Dikriminasi

5.0 Rumusan

Rujukan

Lampiran

Page 2: Ukuran Assignment

5/8/2018 Ukuran Assignment - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/ukuran-assignment 2/10

 

  HBEF 3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN

1.0 PENGENALAN

Dalam pengajaran dan pembelajaran, perkembangan murid dapat dikesan melalui satukaedah yang dikenali sebagai ujian. Matlamat utama ujian ialah untuk memperbaiki teknik 

  pengajaran dan pembelajaran. Ia juga memberi manfaat kepada guru untuk meningkatkan

keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar. Selain itu, guru dapat mengenal pasti

sama ada objektif pengajaran yang ditetapkan tercapai atau tidak. Ujian sangat penting bagi guru

untuk mengetahui tahap pencapaian dan kemajuan muird.

Mengikut modul OUM (2009:56) menaksirkan ujian ialah satu kaedah atau prosedur 

yang digunakan untuk memperolehi maklumat secara sistematik berkaitan sifat atau trait

seseorang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi (Mokhtar Ismail,1995).

The American Heritage® Medical Dictionary (2004:682) mendefinisikan ujian sebagai “

A procedure for critical evaluation; a means of determining the presence, quality, or truth of 

something; an examination, or experiment.”

Mosby's Medical Dictionary (2009:704) menyatakan “ an examination or trial intended to

establish a principle or determine a value.”

The Oxford Advanced Learner’s English Dictionary membawa tafsiran ujian ialah “An

examination of somebody’s knowledge or ability consisting of questions for them to answer or 

activities for them to carry out.”

Sebagai kesimpulan, ujian boleh dirumuskan sebagai satu prosedur yang sistematik ataucara yang terancang untuk menentukan pencapaian atau kebolehan seorang pelajar dalam sesuatu

sesi pembelajaran.

Page 3: Ukuran Assignment

5/8/2018 Ukuran Assignment - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/ukuran-assignment 3/10

 

  HBEF 3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Untuk menyediakan tugasan ini, kami dikehendaki membina satu Jadual Penentuan

Ujian ( JPU ). Kumpulan kami telah memilih mata pelajaran Sains Tahun 4 untuk membina item

ujian serta membuat perancangan Jadual Penentuan Ujian (JPU).

Ujian yang kami jalankan ialah ujian Bulanan yang merangkumi bab 1 hinnga bab 3.

Ujian ini mengkategori 20 soalan objektif beraneka pilihan dengan peruntukan masa selama 30

minit untuk ditadbirkan kepada 40 orang murid.

Oleh kerana subjek Sains diajar dalam Bahasa Inggeris. Oleh itu, kertas soalan ini

disediakan dalam Bahasa Inggeris dan pelajar Tahun 4 tersebut buat kali pertama didedahkan

kepada kertas Sains yang berbentuk beraneka pilihan yang berpandukan kepada format UPSR.

Pelajar menghadapi masalah penguasaan Bahasa Inggeris yang agak lemah dalam

 pelajaran mereka kerana kebanyakan mereka berasal dari keluarga Cina dan Iban. Dengan itu,

kebanyakan masa mereka bertutur dalam bahasa Ibunda mereka iaitu Bahasa Cina, Bahasa Iban

atau Bahasa Kampung di rumah sebagai bahasa perantar utama. Selain itu, adalah sukar bagimereka untuk menguasai beberapa bahasa pada masa yang sama iaitu Bahasa Cina atau Bahasa

Iban sebagai bahasa pertama, Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dan Bahasa Inggeris hanya

sebagai bahasa ketiga.

Page 4: Ukuran Assignment

5/8/2018 Ukuran Assignment - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/ukuran-assignment 4/10

 

  HBEF 3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN

3.0 JADUAL PENENTUAN UJIAN (JPU)

Dalam proses menggubal kertas ujian, kita perlu menyediakan Jadual Penentuan Ujian

(JPU) dengan tujuan membantu penggubal soalan ujian. Menurut Kubiszyn dan Borich (2003),

JPU adalah carta dua-hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran.

Fungsi jadual ini ialah untuk mnghuraikan domain pencapaian yang hendak diukur serta juga

memberikan satu panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan.

Selain itu, JPU boleh menjadi panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang perlu

diajar dan objektif pelajaran yang perlu dicapai. Oleh itu, JPU harus dibina sebelum kita

memulakan ujian. JPU yang kami sediakan untuk ujian bulanan Sains Tahun 4. Sila rujuk Lampiran A.

JPU boleh mengelakkan ujian itu dibina secara sebarangan serta dapat menjamin kesahan

dan kebolehpercayaan ujian. Ia juga dapat menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari

setahun ke setahun. Di samping itu, ia membolehkan satu perbandingan dibuat di antara satu

ujian dengan yang lain dan menentukan bidang serta pemberatan yang akan diberi di dalam satu

ujian.

 

Oleh kerana aspek kognitif menjadi fokus utama dalam proses pengajaran dan

 pembelajaran di sekolah, maka Taksonomi Objektif Domain Kognitif Bloom telah membahagi

domain kognitif kepada 6 peringkat yang bermula dengan tahap yang mudah dicapai kepada

tabap yang sukar dicapai iaitu Pengetahuan, Kefahaman, Aplikasi, Analisis, Sintesis dan

Penilaian.

Page 5: Ukuran Assignment

5/8/2018 Ukuran Assignment - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/ukuran-assignment 5/10

 

  HBEF 3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN

4.0 ANALISIS ITEM UJIAN

Setelah item dibina dan ujian bulanan diadakan, analisis item perlu dibuat untuk 

memastikan item atau ujian yang dihasilkan itu sesuai digunakan dari segi kesukarannya dan

 juga menunjukkan keupayaan sesuatu item itu membezakan pencapaian pelajar dari segi aspek 

yang pandai dengan yang lemah.

Jadual 2 di bawah menunjukkan hasil dapatan daripada ujian yang menggambarkan

  jumlah soalan yang dijawab dengan betul oleh pelajar Tahun 4. Data terkumpul ini akan

digunakan untuk mengira indeks kesukaran dan indeks diskriminasi bagi ujian Bulanan SainsTahun 4.

Jadual 2 : Analisis item Sains Tahun 4

Page 6: Ukuran Assignment

5/8/2018 Ukuran Assignment - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/ukuran-assignment 6/10

 

  HBEF 3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN

5.0 INDEK KESUKARAN

Indeks kesukaran ini menunjukkan peratusan pelajar yang menjawab sesuatu item dengan betul. Makin tinggi

 peratusan pelajar menjawab dengan betul, lebih mudah soalan tersebut. Pengiraannya adalah seperti persamaan berikut:-

 

Contohnya indeks kesukaran (p) bagi soalan 1 ialah :-40

33

= 0.83

Sebagai contoh, soalan 1 dapat dijawab dengan betul oleh 33 orang murid daripada sejumlah 40 orang murid

yang menjawab soalan tersebut. Nilai P bagi soalan ini ialah40

33= 0.83. Mengikut jadual aras kesukaran dan

 pengkelasan item, nilai P soalan 1 adalah antara 0.81-1.00. Ini bermakna soalan 1 adalah soalan yang terlalu

mudah. Jadi, item ini bermaksud 83% murid telah menjawab soalan ini dengan betul.

Daripada hasil yang didapati, ini menunjukkan taburan soalan adalah agak rata iaitu 5 terlalu mudah, 3 soalan

mudah, 5 soalan sederhana sukar dan 6 soalan sukar, 1 terlalu sukar.

 NILAI P PENGKELASAN ITEM NO. ITEM

0.00-0.20 Terlalu sukar 20

0.21-0.40 Sukar 10,12,15,17,18,19

0.41-0.60 Sederhana sukar 3,7,8,13,16

0.61-0.80 Mudah 2,11,14

0.81-1.00 Terlalu mudah 1,4,5,6,9

Sila rujuk lampiran 2 jadual indeks kesukaran untuk Ujian bulanan tahun 4

6.0 INDEK DISKRIMINASI

Jumlah calon yang menjawab

Bilangan calon yang memberi jawapan betulP=

Page 7: Ukuran Assignment

5/8/2018 Ukuran Assignment - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/ukuran-assignment 7/10

 

  HBEF 3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN

Indek diskriminasi menunjukkan indeks yang digunakan untuk menentukan perbezaan keupayaan pelajar. Ia

 boleh dikira dengan menggunakan formula berikut:-

Indek diskriminasi (d) =

Di mana RU = Bilangan pelajar yang menjawab betul di kalangan pelajar berpencapaian

tinggi.

RL = Bilangan pelajar yang menjawab betul di kalangan pelajar berpencapaian

rendah.

T = Jumlah pelajar berpencapaian rendah dan tinggi.

Seramai 40 orang murid dalam kelas Tahun 4. Kelas ini telah dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu pencapaian

rendah (27% murid berpencapaian terendah), murid berpencapaian sederhana (46%murid berpencapaian antara

terendah dan tertinggi) dan murid berpencapaian tinggi (27% murid berpencapaian tertinggi).

Kononnya, seramai 40 orang pelajar menjawab 20 soalan ujian bulanan Sains Tahun 4. Setelah 11 orang (27%

daripada 40) murid berpencapaian tinggi dikenalpasti. Manakala, murid berpencapaian sederhana seramai 18

orang (54% daripada 40). 11 orang murid yang lain (27% daripada 40) berpencapaian rendah.

Daripada analisis yang dibuat , contoh indeks diskriminasi (d) bagi soalan 1 ialah :

Ms 114

½ ( 11+ 11)

=11

4

= 0.36

Ini bermakna soalan 1 mempunyai indeks diskriminasi positif iaitu mempunyai nilai d sama dengan 0.36 yang

 berada di aras diskriminasi 0.31-0.40, maka soalan ini boleh dikatakan sebagai soalan baik dan boleh disimpan

dalam bank item.

iaitu 11 - 7

 

R U - R L

1T (U + L)

Page 8: Ukuran Assignment

5/8/2018 Ukuran Assignment - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/ukuran-assignment 8/10

 

  HBEF 3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN

 NILAI P PENGKELASAN ITEM NO. ITEM

0.00-0.10 Tidak baik 5,9

0.11-0.20 Kurang baik 4, 6, 17, 20

0.21-0.30 Sederhana baik 11,12,140.31-0.40 Baik 1

0.41-1.00 Sangat baik 2,3,7,8,10,13,15,16,18,19

Daripada hasil dapatan, didapati soalan 5 dan soalan 9 mempunyai indeks diskriminasi yang

  paling rendah, ini bermaksud kedua-dua item ini tidak baik dan harus diperbaiki. Soalan

4,6,17,20 mempunyai nilai diskriminasi yang mempunyai nilai d yang sama iaitu 0.18, ini

menunjukkan soalan-soalan ini kurang baik dan perlu diubahsuai. Soalan 1 adalah soalan yang

  baik kerana nilai d soalan ini ialah 0.36. Antara soalan yang terbaik ialah soalan2,3,7,8,10,13,15,16,18,19 kerana nilai d berada di aras nilai diskriminasi yang paling tinggi iaitu 0.41- 1.00.

Justeru itu, bagi soalan –soalan yang baik dan sangat baik bolehlah digunakan dan disimpan dalam bank item

untuk kegunaan seterusnya.

7.0 Rumusan

Daripada JPU yang dibuat, maka pembinaan soalan objektif telah dibina dan dilaksanakan untuk 

Page 9: Ukuran Assignment

5/8/2018 Ukuran Assignment - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/ukuran-assignment 9/10

 

  HBEF 3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN

mengukur pencapaian murid. Pembinaan item ujian ini mengambil masa yang panjang kerana

memerlukan banyak penelitian dan pertimbangan agar ujian yang dihasilkan dapat mengukur 

kandungan dan peringkat objektif pengajaran yang diingini.

Setelah ujian disemak, analisis soalan telah dibuat dengan pelbagai kaedah untuk menilai

kesesuaian soalan tersebut terutama dari segi aras kesukaran dan aras diskriminasi. Ini

kemudiannya akan dapat membantu guru dalam mengambil tindakan susulan sama ada sesuatu

item itu perlu diubahsuai atau diterima dalam bank item. Seterusnya, memberi refleksi kepada

guru sama ada kaedah pengajarannya perlu berubah atau kumpulan pelajar yang menguasai

kemahiran yang diajar. Selain itu, guru dapat mengenal pasti kemahiran dan pengetahuan yang

 belum dikuasai atau yang telah dikuasai oleh murid. Mengetahui sama ada objektif pengajaran

yang ditetapkan tercapai atau tidak. Ia juga dapat memberi motivasi kepada pelajar supaya terus

 berusaha demi mencapai pencapaian yang lebih baik.

Rujukan

1. Azizi Ahmad(

Page 10: Ukuran Assignment

5/8/2018 Ukuran Assignment - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/ukuran-assignment 10/10

 

  HBEF 3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN

http://www.brainyquote.com/words/te/test229171.html