tutorial: pendekatan pemahaman teks

73
BMM 3163 “GENRE KESUSASTERAAN BAHASA MELAYU TUTORIAL 2: PENDEKATAN PEMAHAMAN TEKS Disediakan Oleh: 1. Hanisah bt Tirmizi 2. Jacqueline Sapok Mato 3. Siti Nadzirah bt Yusof 4. Victoria Mazuin

Upload: vivic-carter

Post on 11-Sep-2015

91 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Genre Kesusasteraan Melayu Dalam Bahasa Melayu

TRANSCRIPT

Slide 1

BMM 3163GENRE KESUSASTERAAN BAHASA MELAYU

TUTORIAL 2:PENDEKATAN PEMAHAMAN TEKS

Disediakan Oleh:Hanisah bt TirmiziJacqueline Sapok MatoSiti Nadzirah bt YusofVictoria Mazuin

[1] Kaedah Struktural [a] Konsep Kaedah StrukturalBerasaskan kepada teori strukturalisme melihat sesebuah karya sastera itu sebagai suatu struktur. Unsur yang membentuk struktur saling berkait dan membentuk kesatuan yang lengkap dan bermakna. Bagi karya sastera, dinilai berdasarkan unsur fizikal seperti watak, latar, teknik dan sebagainya yang membangunkan karya sastera itu dan fungsi unsur tersebut untuk menyampaikan isi karya sastera. Kaedah struktural memerlukan pengajaran mengikut struktur karya dari sudut tema, plot, watak, latar, bahasa dan sebagainya. Kaedah ini perlu bagi memperkenalkan aspek struktur yang dikaji kepada murid.

[b] Ciri-ciri Kaedah Struktural Perhubungan antara struktur kesusasteraan seperti tema, plot, watak perwatakan, latar, teknik, gaya, sudut pandangan dan sebagainya yang membentuk keseluruhan karya.Menggunakan pendekatan induktif. Unsur-unsur struktur diperkenalkan terlebih dahulu sebelum pengajaran dimulakan dan kemudian setiap unsur itu akan dijelaskan dengan terperinci.Pembelajaran banyak dipandu oleh guru. Alat bantu mengajar tidak begitu dipentingkan. [c] Langkah Pengajaran Kaedah Struktural [ii] Tema & Persoalan [iii] PlotPeringkat Binaan Plot [iv] Watak & PerwatakanJenis-jenis watak Sifat-sifat watakCara Watak Digambarkan[v] Latar[vi] Sudut PandanganSudut pandangan ialah cara pengarang meletakkan kedudukan dirinya ketika mengembangkan sesuatu plot.Dua jenis sudut pandangan iaitu:Sudut pandangan orang pertamaGuna kata ganti diri pertama akuAku biasa dipanggil Ikal anak asli Belitung.Sudut pandangan orang ketigaPengarang menggunakan kata ganti diri ketiga iaitu dia.Malah dia banyak minum pil (A,B,C) kalau batuk.[vii] Gaya BahasaSimile Membandingkan sesuatu keadaan, suasana, peristiwa dan benda dengan sesuatu yang lain. Contoh :Cantik bagaikan pelangiMetafora Bahasa perbandingan yang membandingkan sesuatu benda dengan benda yang lain. Contoh : Sehingga tumbuh daun di bibirku iniTONTON DAN FAHAMI

KAEDAH MENGALAMI DAN MENGHAYATI[1] KAEDAH MENGALAMI MENGHAYATIMerupakan kaedah yang menekankan pengalaman murid dan sejauh manakah mereka dapat menghayati pengalaman penulisan melalui teks yang dibaca.Berasaskan kepada anggapan setiap individu mempunyai pengalaman tersendiri dalam hidup dan bahan sastera merupakan rakaman pengalaman manusia yang diolah dalam bentuk cerita atau drama.

Goodman (1962) mengatakan bahawa kaedah ini penting untuk mengkaji suatu karya melalui penelitian terhadap karya dan melalui itu kita dapat menemui struktur yang menarik perhatian kita.Struktur yang dimaksudkan ialah interaksi pembaca dengan karya tersebut. Misalnya pengalaman sastera mengikut pembaca secara individu dan juga pandangan hidup yang sudah tersedia wujud pada pembaca sebelum menghadapi karya tersebut.Menekankan aspek penikmatan iaitu aspek sastera itu haruslah dirasai dan dihayati sepenuhnya.Kamarudin Hj.Husin (1988:45-46), kaedah ini tidak mementingkan objektif tertentu tetapi lebih menumpukan kepada analisis pengalaman.Dalam pengajaran, soalan-soalan yang dikemukakan untuk memahami suatu unsur sastera haruslah bersifat mengcungkil pengalaman murid.Contohnya:Guru boleh meminta murid simulasikan sendiri jalan cerita bahan sastera yang dikaji mengikut kefahaman mereka sendiri.Menggunakan bahan bantu mengajar yang menghiburkan imiginasi murid.Mengadakan perbincangan mengenai jalan cerita yang dikaji.Membina empati dalam kalangan murid Ciri-Ciri Kaedah Mengalami MenghayatiHaruslah berasaskan kepada matlamat penghayatan atau penikmatan terhadap karya sastera.Murid perlu menyelami isi karya dengan mendalam dengan melakukan pembacaan yang rapi.Pengajaran pembelajaran bersifat induktif berpandu.Pengajaran pembelajaran memerlukan penglibata secara meluasGuru seboleh mungkin cuba menghidupkan kembali isi karya di dalam kelas.Guru digalakkan menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai untuk memenuhi penghayatan terhadap karya.Aktiviti yang meransang murid membuat renungan dan penganalisisan terhadap karya sangat digalakkan Perlaksanaan Kaedah Pada peringkat awal pengajaran, guru perlu memastikan murid menghayati dahulu seni sastera yang diperkenalkan dalam bilik darjah. Proses penghayatan akan berlaku dengan adanya pertembungan antara pengalaman lama murid dengan pengalaman baru murid daripada karyaMenggunakan teknik soalan terbuka untuk mencungkil pengalaman murid. Tujuan: untuk menggabungkan pengalaman sedia ada murid dengan pengalaman yang akan dipelajari di dalam karya sastera dan ini akan menimbulkan pengayatan terhadap isi pengajaran.Bahan : rakaman, gambar, carta gabungan peristiwa, susur galur keluarga2. Dalam penyampaian isi pelajaran, guru boleh menggunakan pelbagai teknik iaitu dengan membawa murid mengembara teknik eksposisi atau mendengarkan rakaman termasuk bunyi latar yang boleh membantu suasana menghayati cerita tersebut. Kemudian mengemukakan soalan penghayatan kepada murid.AKTIVITI

3) KAEDAH BERFOKUSKaedah berfokus memberi penekanan kepada sesuatu aspek tertentu dalam sesebuah karya serta menyentuh aspek lain secara sampingan.

Dalam kaedah ini, guru boleh memilih fokus pengajaran utama dan juga fokus pengajaran sampingan.

Hal ini memudahkan guru dan murid memberi perhatian kepada aspek tertentu yang hendak diajar dan memudahkan pelajar memahami aspek yang harus diberi tumpuan.Melalui kaedah ini, pengajaran boleh terdiri daripada dua tumpuan iaitu tumpuan utama sebagai fokus utama dan tumpuan kedua sebagai fokus sampingan.

Sebagai fokus utama aspek yang dibicarakan akan diberi tumpuan dari segi masa dan aktiviti yang menarik dan berkesan perlu dilakukan secara terperinci. Fokus sampingan pula berfungsi untuk membantu dan memperkuat fokus utama.

Dalam menentukan fokus utama atau sampingan, guru boleh melihat apakah aspek-aspek yang ketara atau paling menonjol daripada karya yang dikaji. Ciri-CiriMengandungi 2 tumpuan dalam proses pengajaran pembelajaran (fokus utama dan fokus sampingan).Aspek yang paling menonjol dalam karya akan dijadikan fokus utama menjadi objektif utama pengajaran pembelajaran.Fokus utama dan fokus sampingan saling berkaitan.Pelajar diberi masa membaca karya terlebih dahulu dan mendapatkan kesan penghayatan secara keseluruhan.Soalan rangsangan perlu disediakan dan dirancang dengan baik untuk menarik minat dan penghayatan murid.Aktiviti yang melibatkan murid secara aktif perlu dirancang. Teknik perbengkelan dapat dijadikan contoh yang sesuai.Langkah Pengajaran PembelajaranFokus Utama: Watak perwatakanFokus Sampingan: NilaiTopikKaedah/Langkah PengajaranFokusCerpen 1.1 Guru menyoal murid kisah yang telah dibaca secara keseluruhan dan mengenal pasti watak yang terlibat dalam cerita1.2 Secara berkumpulan, murid diberi situasi-situasi tertentu dalam cerpen dan melakonkan watak penting yang terlibat dalam cerpen. Menganalisis sikap watak1.3 Menggunakan borang grafik, menyenaraikan sikap watak utama hasil lakonan kumpulan.Watak

Watak dan perwatakan

Watak dan perwatakanTopikKaedah/Langkah PengajaranFokusCerpen 1.4 Guru mengemukakan soalan yang boleh membantu pelajar menganalisis perwatakan watak dalam cerpen.1.5 Perbincangan kumpulan tentang nilai yang ada dalam cerpen berdasarkan sikap watak yang dilakonkan.1.6 Meminta pelajar menyatakan idea atau buah fikiran tentang nilai yang terdapat dalam cerpen.

Watak dan perwatakan

Nilai murni

Nilai murniCONTOH 1 SAJAK HARI AKHIR PERSEKOLAHANAda suara hatiyang tersisipdi celah buku-bukuada mata batinyang mengintippesan para guruada air jernihyang tumpahdalam dakapan perpisahanada tangan nakalyang mengukir;merdeka, kita ke takah dewasa!

Fokus Utama: Gaya bahasa dan unsur bunyiGaya BahasaUnsur BunyiPengulanganPengulangan perkataan ada pada baris 1, 4, 7 dan 10.Pengulangan perkataan yang pada baris 2, 5, 8 dan 11.Asonansi ( pengulangan huruf vokal)Ada suara hatidalam baris sajak di atas, vokal a diulang sebanyak 5 kaliMetaforaadamata batinmerdeka, kita ketakah dewasa!

Aliterasimerdeka, kita ke takah dewasa!dalam baris sajak di atas, konsonan k diulang sebanyak 4 kaliPersonifikasiada matabatinyang mengintip

Fokus Sampingan: PersoalanRujukanKhairuddin Mohamad, Wan Zaliha Wan Osman dan Amanah Mohd. Noor. (2014). Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.http://tamanseribupuisi.blogspot.com/2012/05/sajak-hari-akhir-persekolahan-oleh.htmlhttp://arifbahasa2.blogspot.com/2011/01/cerpen-tempang.html

KAEDAH GLOBALVICTORIA MAZUIN MALARNPISMP BM2

KAEDAH GLOBALSatu kaedah yang melihat secara menyeluruh sesuatu karya sastera; menyentuh kulit luar sahaja dan tidak memberikan penekanan secara terperinci.Digunakan oleh pengkritik karya-karya sastera untuk melabelkan kualitinya.Dr. Khairuddin bin Mohamad, Dr. Wan Zaliha binti Wan Othman dan Amanah binti Mohd. Noor (2014;60)Global merangkumi seluruh kumpulan, perkara dan sebagainya ataupun secara menyeluruh.Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010Kamarudin Husin (1988)Kaedah meneliti sesuatu aspek pembelajaran itu berdasarkan tanggapan yang menyeluruh. Tidak melihat sesuatu bidang itu sebagai bahagian-bahagian yang terpisah dan perlu dikaji secara berasingan atau khusus.Komponen-komponen penting yang bekerjasama dan membentuk sesebuah hasil karya dinilai secara impression, am dan spontan.Lebih praktikal dan logik bagi seorang penilai yang kesuntukan masa atau berhadapan dengan banyak komponen yang akan dibincangkan.Ciri- ciri:Merupakan kaedah pengajaran kesusasteraan konvensionalMemerlukan guru mengajar kesusasteraan secara keseluruhan teksMurid perlu membaca dan mengetahui terlebih dahulu struktur karya.Merupakan kaedah mudah seperti simulasi khasnya berdrama. Mesti bersesuaian dengan tahap keupayaan murid dan situasi murid kerana meliputi kepandaian dan kesesuaian tatacara kehidupan (permainan) kanak-kanak. Lazimnya kaedah ini dilakukan secara bebas.

Kelebihan :Contoh :Murid-murid perlu menghayati dan mencari persoalan yang menarik dalam novel itu. Mereka kemudian diminta berlakon dengan menggunakan skrip yang dibina dengan mengguna Teknik Monodrama.

Monodrama - karya drama yang ditulis untuk seorang pelakon. Teknik berbentuk lakonan semula oleh seorang pelakon untuk melakonkan watak-watak yang dipilih dalam sesebuah novel atau cerpen.

TEKNIK MONODRAMAPelakon itu perlu menghayati perwatakan watak-watak di dalam novel atau cerpen yang dipilih oleh guru. Seseorang pelakon itu perlu membaca dan menghayati sesebuah novel yang dibacanya.Murid-murid meluahkan rasa hati supaya dapat menjelaskan peranan dan tindakan watak dalam sesuatu karya.

Berdasarkan lakonan itu, murid lain dapat menilai perwatakannya dan perwatakan individu lain. Guru dan murid perlu menyediakan skrip terlebih dahulu untuk dibaca dan dihayati sebelum lakonan.

Kebaikan dapat mendidik murid-murid bertutur dengan intonasi yang sesuai dengan satu-satu situasi.

Aktiviti mimik dengan tidak mengggunakan kata-kata dalam menyampaikan perasaan.Aktiviti spontan dengan apa yang ada dan dengan suara.Aktiviti-aktiviti lain yang berbentuk lakonan

Bentuk Aktiviti :Separuh GlobalMelihat aspek secara keseluruhan dahulu kemudian menjurus kepada bahagian yang hendak dibicarakan secara terperinci

CARA KAJIAN SEMASA MENILAI KERJA2. Secara MenyeluruhKarya dianalisis dengan melihat dan menilai aspek-aspek yang membangunkan karya secara keseluruhanAspek tidak digalakkan dibincangkan secara berasingan

1. Murid membaca dan menghayati karya sastera yang diberikan oleh guru.2. Guru meminta murid-murid mencari persoalan yang menarik dalam karya sastera.3. Murid-murid berlakon dan melakukan gaya aktiviti di atas untuk lakonkan watak secara informal.

Pelaksanaan Kaedah Global4. Guru boleh mengadakan aktiviti seperti: lakonan berasaskan gambar lakonan berasaskan skrip lakonan guna topeng lakonan guna cerita berlaguMeneliti sesuatu aspek karya secara menyeluruh, bukannya terpisah-pisah. Melihat hubungan elemen atau komponen yang membina karya .Elemen atau komponen karya dinilai secara impression, am dan spontan. KRITERIA MENILAI KARYA GUNA KAEDAH GLOBAL AKTIVITI KAEDAH GLOBAL TERHADAP NOVEL DAN FILEM

Desaturasi Merah JambuSuami Tak Ku HadapMAHATHIR Riwayat Gagah Berani

Dr. Khairuddin bin Mohamad, Dr. Wan Zaliha binti Wan Othman dan Amanah binti Mohd. Noor (2014). Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.http://retibasa.blogspot.com/2010/08/pendekatan-memahami-teks-kaedah-global.htmlhttp://mofa1190.blogspot.com/2012/12/kesusasteraan-dalam-bahasa-melayu.htmlhttp://galaksiilmu89.blogspot.com/2012/11/bmm3116-kaedah-untuk-kesusasteraan.html

RUJUKAN :