tutorial-minggu-1.pptx

14
TUTORIAL MINGGU 1 1. Bincangkan cara penghasilan JPU berdasarkan spesifikasi kurikulum. 2. Hasil JPU untuk 5 item objektif dan 5 item subjektif mengikut aras kesukaran berdasarkan satu topik yang terpilih. Disediakan oleh: Wong Jing Shung Vivien Lease Kong Hui Ngu Tien Tien

Upload: vivien-lease

Post on 01-Oct-2015

218 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Tutorial Minggu 1

Tutorial Minggu 1Bincangkan cara penghasilan JPU berdasarkan spesifikasi kurikulum.

Hasil JPU untuk 5 item objektif dan 5 item subjektif mengikut aras kesukaran berdasarkan satu topik yang terpilih.Disediakan oleh: Wong Jing Shung Vivien LeaseKong HuiNgu Tien TienBincangkan cara penghasilan JPU berdasarkan spesifikasi kurikulum.

Definisi Jadual Penentuan Ujian (JPU) merupakan rancangan persediaan item / soalan. dikenali juga sebagai Test Blue Print dan Test Specification. merupakan matrik yang terdiri daripada dua paksi: paksi Kandungan (menegak) dan paksi Aras Kemahiran (melintang).

merupakan carta dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. (Kubiszyn dan Borich (2003) )lajur carta - objektif-objektif pengajaran, baris carta - konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur.item-item yang dibina hendaklah merangkumi semua kandungan pengajaran daripada awal hingga akhir.dibina seawal yang mungkin.Cara Penghasilan JPUMengkaji Sukatan Pelajaranuntuk memperoleh maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina.

untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya.

Aspek-aspek yang dikaji ialah: skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk; pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk; kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain; kompleksiti sesuatu tajuk; dan masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk.Menganalisis Objektif Pengajaranuntuk menentukan pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji dan pada tahap kesukaran mana ia perlu diuji.

Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya.

Penting untuk menentukan bilangan soalan yang perlu dibina.

Kedua-dua paksi ini akan mewujudkan sel-sel yang perlu diisi dengan pemberatan soalan, yang dipertimbangkan dari segi kepentingan kandungan/tajuk/tajuk kecil, yang biasanya ditunjuk dengan menggunakan bilangan soalan.Menentukan Jenis SoalanBagi menentukan jenis soalan yang sesuai, kita perlu terlebih dahulu menentukan domain objektif pengajaran (kognitif, psikomotor, afektif atau sosial) dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur. Menentukan Bilangan SoalanJumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran, domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur.

Jumlah soalan adalah penting - mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian.

Mengambil kira jangka masa ujian, jenis soalan, kesukaran soalan yang bergantung kepada peringkat objektif pengajaran, panjang soalan, kemampuan bahasa pelajar dan lain-lain.

Contoh JPU Matematik Kertas 1Hasil JPU untuk 5 item objektif dan 5 item subjektif mengikut aras kesukaran berdasarkan satu topik yang terpilih.Sumber Rujukanhttps://cikguamirul.files.wordpress.com/2011/08/pembinaan_item_ujian1.pdfhttp://amaljaya.com/guru/PengukuranPengujian/JPU.pdf

Sekian, terima kasih~