minggu 2.pptx

15
Masalah Pembelajaran Matematik di Kalangan Pelajar Kurang Upaya

Upload: logeswary

Post on 11-Sep-2015

256 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Masalah Pembelajaran Matematik di Kalangan Pelajar Kurang Upaya

Masalah Pembelajaran Matematik di Kalangan Pelajar Kurang Upaya1) Visual Persepsi AuditoriVisual atau penglihatan adalah kemampuan untuk mengenali cahaya dan menafsirkannya.

Organ yang digunakan untuk melihat adalah mata.

Persepsi auditori atau pendengaran merujuk kepada kemampuan untuk mengenali suara.

Ini dilakukan terutama oleh sistem pendengaran yang terdiri dari telinga, saraf, dan otak.

Kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam kedua-dua aspek tersebut akan mempunyai kendiri yang lemah dan tidak akan dapat menumpukan perhatian semasa kelas Matematik.2. MemoriIngatan atau memori adalah sebuah fungsi dari kepercayaan seseorang tentang sesuatu yang didapatkan dari proses berfikir tentang seseorang atau sesuatu yang melibatkan otak dalam pengambikan inofrmasi.

Proses dari mengingat adalah menyimpan suatu informasi, mempertahankan dan memanggil kembali informasi tersebut.

Pelajar akan menghadapi masalah dalam memperlajari matematik jikalau mempunyai masalah dalam mengingati segala formula yang diajar oleh guru maka mereka tidak akan dapat mengaplikasikannya.

3. BahasaBahasa merupakan satu alat untuk berkomunikasi.

Ketidakupayaan berbahasa akan menjejaskan keberkesanan komunikasi seseorang.

Bahasa membantu manusia untuk berkomunikasi dan menggunakan simbol untuk berfikir hal-hal yang abstrak dan tidak diperoleh melalui pancaindera.

Tanpa keupayaan pelajar untuk berbahasa,adalah sukar bagi mereka untuk meluahkan perasaan, fikiran, cadangan, idea dan bertanya sebarang keraguan kepada guru mereka.

Ini akan menyebabkan pelajar ketinggalan dalam mempelajari Matematik.Antara punca masalah bahasa adalah :

Kelewatan bahasa - Sesetengah kanak-kanak akan dapat menguasai bahasa walaupun agak lambat dariapada yang lain, tetapi terdapat juga kanak-kanak yang tidak menunjukkan perubahan dan memerlukan intervensi awal untuk membantunya.

Aphasia - Merujuk kepada masalah bahasa akibat daripada ketidakupayaan untuk membentuk, atau memperoleh semula, dan memberi makna kepada simbol-simbol arbitrari bahasa.

Gangguan proses audiotari pusat (Central auditory processing disorders/ CAPD) - Kanak-kanak yg mempunyai CAPD tidak mengalami masalah pendengaran (pekak), tetapi atas sebab tertentu otak tidak dpt menterjemah maklumatu auditori yg diterima drpd telinga dgn baik.

Masalah bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak masalah pembelajaran secara khusus :

Mengingat kembali perkataanMenyatakan perkara atau bentuk abstrakMemahami perkataan yang mempunyai pelbagai maknaMenggunakan ayat yang betul dan lengkapMeminta penjelasan untuk mesej yang kurang difahamiMenghasilkan mesej yang kompleks dari segi sintaksisMemaklumkan sesuatu maklumat kepada orang lainMempelbagaikan gaya berkomunikasi untuk menyesuaikannya dengan pendengar yang berbeza4. Penaakulan abstrak5. Metakognitif Metakognitif adalah kemampuan untuk mengawal aspek kognitif,.

Metakognitif merujuk kepada pengetahuan pelajar tentang kemahiran, strategi-strategi dan sumber-sumber yang diperlukan untuk melaksanakan tugasan dan kebolehan untuk digunakan semasa menjalankan tugas.

Mengikut perspektif kognitif, pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran dikenalpasti mempunyai kesukaran dalam a) kebolehan menyelesaikan masalah b) mengenalpasti dan memilih strategi yang sesuai c) menyusun maklumat yang telah dipelajari d) menjalankan proses penyelesaian masalah e) menghuraikan masalah untuk ketepatan f) membuat kesimpulan strategi untuk situasi yang sesuai6. Sosial dan emosiPerkembangan sosial kanak-kanak merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oles sesuatu masayarakat serta budaya.

Sosial melibatka proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial dalam sesuatu persekitaran.

Emosi adalah perasaan yang kuat dari dalaman terutamaya daripada aspek mental atau naluri, seperti kasih sayang atau takut.

Kanak-kanak yang mengalami masalah dalam perkembangan sosial dan ketidakseimbangan emosi tidak akan dapat bergaul dengan rakan sebaya dan berkongsi ilmu Matematik ataupun bidang lain kerana terlalu takut atau tidak pandai bergaul.7. PembacaanMinat membaca kanak-kanak ada kaitan rapat dengan keupayaan mereka berbahasa.

Kanak-kanak boleh membaca dengan lancar akan suka pada buku seterusnya menjadikan aktiviti membaca sebagai hobi yang menarik.

Kanak-kanak belajar membaca ketika masih kecil biasanya lebih cepat bertindak dan lebih faham membaca berbanding kanak-kanak yang belajar membaca semasa di sekolah.Masalah yang menghalang minat membaca kanak-kanakTidak dapat membezakan bentuk, kedudukan, nama, turutan abjad dan sebutan huruf yang dilihat.Tidak dapat mengingat ciri dan atribut huruf.Tidak dapat mengaitkan sebutan setiap abjad apabila diadunkan menjadi suku kata dan perkataan.Pengamatan penglihatan yang bercelaru apabila melihat perkataan tersusun rapi.Tidak dapat membezakan bunyi huruf dalam ejaan kerana abjad tidakberkaitan langsung dengan sebutan.Keliru denagn huruf seperti b dengan d, g dengan j, dan j dengan z. Tidak dapat bezakan simbol-simbol hurufTidak dapat menterjemahkan bahasa baku kepada bahasa loghat untuk mengetahu tujuan dan maksud.Membantu kanak-kanak membacaJadikan membaca satu tabiat.Bacakan buku yang sukai kanak-kanak berkali-kali.Bacakan cerita dengan rentak perkataan yang berkaitan dan ulang beberapa kali. Contohnya perkataan terkejut, tunjukkanmimik muka dan nada suara terkejut kepada anak anda.Bincangkan perkataan baru dan buatkan mereka bermain-main dengan perkataan itu.

Masalah PembelajaranMasalah pembelajaran diandai sebagai masalah neurologi.

Ia tidak berkaitan dengan IQ seseorang kerana ia selalunya berada pada tahap yang normal.

Masalah pembelajaran berkaitan dengan cara menerima, memproses, menganalisis, dan menyimpan maklumat.

Ia merupakan satu kecelaruan dan kecelaruan ini boleh menjejaskan keupayaan mendengar, berfikir, bertutur, membaca, menulis, mengeja atau mengira.

Antara masalah yang dikaikan dengan masalah pembelajaran termasuk masalah pembelajaran akademik iaitu contohnya Membaca, masalah bahasa, ingatan, sosio-emosi, kemahiran motor dan kordinasi, metakognitif, kurang memberi perhatian dan hiperaktiviti.8. PsikomotorDomain psikomotor melibatkan pergerakan tubuh atau apa sahaja pergerakan dalam bentuk tingkah laku.

Pembelajaran yang melibatkan pergerakan dan aktiviti akan menimbulkan keseronokan seterusnya meingkatkan keupayaan untuk mengingati sesuatu maklumat.

Antara contoh yang terdapat dalam kemahiran dalam pembelajaran psikomotor ialah pergerakan tubuh, bercakap, koordinasi halus otot dan komunikasi non-verbal.

Pembelajaran psikomotor dapat dilihat melalui kemahiran fizikal iaitu bagaimana keupayaan mengkoordinasikan pergerakan dari segi kekuatan atau kederasan.

Tindakan ini menampakkan kemahiran yang tinggi.Masalah Pembelajaran kemahiran motor/ psikomotor/ sensory- motor/ perceptual- motor/ movement behaviour.StaminaKetepatanHalaju/ KederasanKebiasaan/ HabitPenmaship