tutorial minggu 5

17
TUTORIAL

Upload: bintu-rashid

Post on 31-Jul-2015

1.075 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tutorial Minggu 5

TUTORIAL

Page 2: Tutorial Minggu 5

TUTORIAL 1

TUTORIAL 2

TUTORIAL 4

TUTORIAL 3

Page 3: Tutorial Minggu 5

KATA NAMA• Kata nama adalah golongan kata yang terbahagi kepada dua bahagian

yang besar iaitu nama am, nama khas, ganti nama dan nama terbitan.

• Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum seperti ayah,polis,ayam,komputer, bank,jalan raya, pulau

• Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya. Contohnya Sri Aman,Cik Rafidah, Inspektor Azman,Pak Belang, Sang kancil,Shah Alam, Kuala Lumpur

Page 4: Tutorial Minggu 5

• Kata ganti nama ialah kata nama yang digunakan untuk mewakili diri seseorang atau sebagai penunjuk. Kata ganti nama penunjuk terbahagi kepada dua iaitu penunjuk bersifat menerangkan (contohnya ini, itu), dan penunjuk bersifat pertanyaan (contohnya siapa, apa, mana).

• Kata ganti diri pula terbahagi kepada tiga:• diri pertama:saya, beta, aku, patik, kami, kita, daku• diri kedua: awak, engkau, kamu, anda, saudara, saudari, tuan hamba• diri ketiga: ia, dia, beliau, mereka, baginda, -nya

• Kata nama terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan. Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan di awal kata ( awalan ), di akhir kata ( akhiran ), di awal dan di akhir kata ( apitan ) dan diselitkan di tengah perkataan ( sisipan).

Page 5: Tutorial Minggu 5

KATA NAMAGariskan kata nama yang berada dalam ayat.

1. Aliza telah membeli sepasang kasut Alfio Raldo.2. Sekolah itu telah banyak melahirkan pelajar cemerlang.3. Puisi yang telah dibaca oleh Shakila adalah tentang

masalah alam sekitar.4. Mardiana telah diserahkan kepada keluarga angkatnya

ketika dia berusia tiga hari.5. Laporan itu perlu dihantar kepada gurunya untuk disemak.6. Semua murid dikehendaki duduk di tempat masing-masing

kecuali budak yang begar itu.7. Permohonan itu akan diurus oleh Jabatan Kewangan.8. Anak-anak muda itu tabah menghadapi cabaran hidup.9. Barangan seramik yang bermutu tinggi itu adalah hasil

ciptaan Encik Suki.10.

Mereka bersatu menghadapi serangan musuh.

JAWAPAN

Page 6: Tutorial Minggu 5

JAWAPAN1. Aliza-kasut-Alfio Raldo

2. Sekolah-pelajar

3. Puisi-Shakila

4. Mardiana-keluarga

5. Laporan-guru

6. Murid-budak

7. Permohonan-Jabatan Kewangan

8. Anak-anak

9. Seramik-Encik Suki

10.Mereka-musuh

Page 7: Tutorial Minggu 5

KATA ADJEKTIF• Kata adjektif (KA) ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali,

sudah lama sungguh, masih lebat lagi (kata yang menjadi inti frasa digariskan di bawahnya).

• Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.

• Terdapat sembilan subgolongan untuk kata adjektif1. sifat2. Warna3. Ukuran4. Bentuk5. Waktu6. Jarak7. Cara8. Pancaindera9. Adjektif perasaan

Page 8: Tutorial Minggu 5

KATA ADJEKTIFIsi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai .

1. Masakan ibu saya sungguh ___________.

2. Pokok kelapa yang ____________ itu sudah berbuah .

3. Adik tidak suka makan ubat kerana rasanya _______________ .

4. Rosnah suka memakai baju berwarna ________________ .

5.Jangan bergaul dengan budak-budak _______________ itu .

6. Badan Mazlin _______________ kerana menghidap penyakit leukimia .

7. Muka Rosni ________________ seperti bulan mengambang .

8. Abang menunggang motosikal terlalu _______________ .

9. Rumah Steven sangat _____________ .

10. orang yang suka mencuri digelar si ______________ tangan.  JAWAPAN

Page 9: Tutorial Minggu 5

JAWAPAN1. Sedap2. Tinggi3. Pahit4. Merah5. Nakal6. Kurus7. Cantik8. Laju9. Besar10. Panjang

Page 10: Tutorial Minggu 5

KATA KERJA

• Kata kerja terbahagi kepada:• Kata Kerja Transitif ( Perbuatan Melampau )• Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau )

• Kata Kerja TransitIf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek )

• Ayat ini mesti ada peyambutnya ( objek )• Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada

sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan

Page 11: Tutorial Minggu 5

KATA KERJA• Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh

pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut.

• Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi

• Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber, men, ter, ber... an,dan ber...kan.

• Contohnya: (a) Ravi belum datang lagi. (b) Muridmurid sedang belajar. (c) Sungai itu mengalir deras

• Peringatan: Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah ‘kan’ atau ‘ I’di hujungnya.

Page 12: Tutorial Minggu 5

KATA KERJA

Gariskan kata kerja yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah.

1) Encik Shaari mengasah parang-parang itu sehingga tajam.

2) Rohaimi selalu mandi di sungai itu dengan kawan-kawannya.

3) Puan Maria menyiram pokok-pokok bunga orkidnya pada waktu petang.

4) Azila sedang menidurkan adiknya di dalam buaian.

5) Zulkarnain mengisi borang permohonan untuk memasuki maktab itu dengan teliti.        6) Penyanyi baru itu menyanyi dengan penuh semangat.

7) Murid-murid Tahun Enam Anggerik sedang berlatih di dewan sekolah.

8) Abang Azhar pergi ke bandar dengan menunggang motosikal.

9) Rosli terjatuh ke dalam longkang di hadapan rumahnya petang semalam.

10) Monyet itu memanjat pokok kelapa untuk mengambil buah kelapa muda.JAWAPAN

Page 13: Tutorial Minggu 5

JAWAPAN1. Mengasah2. Mandi3. Menyiram4. Menidurkan5. Mengisi-memasuki6. Menyanyi7. Berlatih8. Pergi-menunggang9. Terjatuh10. Memanjat-memanggil

Page 14: Tutorial Minggu 5

KATA HUBUNG

• Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat

• Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:(a) kata hubung gabungan(b) kata hubung pancangan(c) kata hubung berpasangan.

Page 15: Tutorial Minggu 5

KATA HUBUNGPilih jawapan yang betul.

1. Dia  tidak  mahu  pergi  berjumpa  dengan   doktor____demam.    A  sementara           C  lalu    B  agar                    D   walaupun2. Adiknya  bijak____rajin.    A  hingga                 C   serta    B  setelah                 D   kerana3. Puah  Esah  menjahit  baju____menunggu  anaknya  pulang.    A  sementara            C  meskipun    B  sesudah                D   supaya4. Pokok  bunga  itu  akan  layu____mendapat  air  yang   mencukupi.    A  kerana                 C    melainkan    B  sementara             D  seraya5. Emak  menudung  lauk  itu____tidak  dihinggapi  lalat.    A  supaya                  C   kerana    B  lalu                        D   selama

Page 16: Tutorial Minggu 5

KATA HUBUNG

6.Buku  ini  sesuai  untuk  pelajar  sekolah   menengah____tidak  sesuai  untuk  murid  sekolah  rendah.    A  kerana                  C   sementara    B  tetapi                     D   sewaktu7.Jangan  guna  lif  untuk  melarikan  diri____berlakunya   sesuatu  kebakaran.    A  tetapi                     C   serta    B  selagi                     D   sewaktu8. ____mereka  sampai,adik  saya  sedang  bermain  di   padang.   A  Sekiranya               C   Semasa   B  Sungguhpun            D  Manakala9. Buatlah  kerja  itu____selesai.   A  serta                       C   sehingga   B  manakala                 D   seandainya10. Sivam  terpijak  kulit  tembikai____tersungkur.      A  lalu                       C   sambil      B  selagi                    D   tetapi JAWAPAN

Page 17: Tutorial Minggu 5

JAWAPAN1. D2. C3. A4. C5. A6. B7. D8. C9. C10. A