tutorial low 5,6,8

Upload: ctiechn87

Post on 30-May-2018

250 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Tutorial Low 5,6,8

    1/16

    JABATAN PERDAGANGAN

    UNDANG-UNDANG

    KOMERSAN( P2114)

    TUTORIAL-5, 6, 8, 9, 10, 11, 12-

    DISEDIAKAN OLEH-:1. Siti Norfazilah Binti Che Hamid. -04DAT06F578-

    DISEDIAKAN UNTUK :-CIK FATIMAH.

    KELAS:CARRY

    - 1 -

  • 8/14/2019 Tutorial Low 5,6,8

    2/16

    TUTORIAL 5

    SOALAN1.Sekiranya seorang penjual si sebuah kedai runcit tersalah meletakkan tanda harga pada barangan yangdipamerkan di kedai tersebut,

    a. adakah penjual terikat untuk menjual dengan harga yang salah itu kepada pembeli?Tidak

    b. Jelaskan jawapan di atas.Pelawaan tawaran adalah satu perbuatan mengajak orang untuk me mbuat tawaran danseterusnya atas pilihan pihak si pembuat pelawaan tawaran untuk menerima tawaranyang dibuat atau menolaknya kerana pelawaan tawaran merupakan satu perundingansahaja dan seseorang itu tidak berkehendakkan untuk terikat dengan syarat dalamperundingan itu. Perbuatan si penjual adalah pelawaan tawaran semata-mata dan penjualperhak menolak tawaran yang dibuat pembeli. Lebih-lebih lagi tawaran yang dibuat tidaksama dengan apa yang dia ingin pamerkan. Pihak penjual tidak terikat selagi pihakpenjual tidak membuat sebarang penerimaan.

    c. Nama dan huraikan satu kes rujukan yang berkaitan.

    Fisher vs bell.B menpamerkan di tingkap kedainya satu pisau lipat, dimana dibelakangnya trdapat tiket yangmengandungi perkataan pisau lending 4s. B telah dituduh menawarkan pisau lipat untuk jualanyang berlawanan dengan Akta senjata Merbahaya 1959.KM : mahkamah memutuskan bahawa perbuatan B mempamerkan pisau lipat di kedainya adalahsatu pelawaan dan bukanlah tawaran menjual..

    SOALAN2.

    - 2 -

  • 8/14/2019 Tutorial Low 5,6,8

    3/16

  • 8/14/2019 Tutorial Low 5,6,8

    4/16

    Soalan1.Noh berkata kepada sue, Pada harga berapakah anda sanggup menjual rumah anda yang cantik ini?Sue menjawab, rm600,00.00. Noh mendakwa telah wujud kontrak di antaranya dengan sue.Nasihatkan Sue berdasarkan Undang-Undang Kontrak.

    Isu:-Samaada wujud kontrak di antara Noh dan Sue

    Prinsip undang-undang:--Twaran mestilah jelas dan nyata.- tawaran mestilah dibezakan di antara kenyataan awal @ keterangan awal.-S2(a) definisi tawaran merupakan satu akujanji oleh satu pihak yang lain bahawa dia akanmelakukan suatu @ menahan diri daripada melakukan sesuatu jika pihak yang lain itu bersediamenerima @ memenuhi sepenuhnya syarat yang dinyatakan.

    Kes rujukan:- Harvey LWN FaceyD telah menghantar telegram kepada plaintif bertanyakan samaada plaintif setuju menjualkepadanya Bumper Hall Pen dan meminta plaintif menyebut harga barang tersebut. Pslintifmenjawab dengan telegram dan menyatakan harga tunai paling rendah untuk Bumper Hall Penialah 900.D terus menghantar telegram kepada plaintif menyatakan persetujuan nya membeli barangtersebut dengan harga yang dinyatakan oleh plaintif.

    KM: memutuskan bahawa apa yang dilakukan oleh plaintif itu bukanlah satu tawaran yangmuktamad tetapi hanyalah satu sebut harga sahaja.

    Hubungkait :-Dalam kes diatas, tindakan sue mengatakan bahawa dia sanggup menjual rumah nya RM600,00.00kepada noh adalah satu tindakan menjawab soalan yang ditanyakan kepadanya. Bukan sebagaitawaran kepada noh. Mengikut prinsip tawaran itu mestilah jelas dan nyata. Sedangkan kes noh dansue langsung tidak jelas dan nyata. Mengikut prinsip juga tawaran mestilah dibezakan di antarakenyataan awal @ keterangan awal. Tindakan sue adalah satu komunikasi awal dan tidak sah untukdijadikan satu tawaran.Dirujuk melalui kes Harvey vs facey. Kes ini agak sama dengan kes Noh Dan Sue. Defendenbertanyakan kepada Plaintif tentang samada beliau setuju menjual Bumper Hall Pen dan memintamenyatakan harga. Plaintif hanya menyatakan harga sahaja iaitu RM600,00.00 dan mahkamah

    memutuskan tindakan plaintif hanyalah menyatakan sebut harga dan belum cukup untuk dijadikan satutawaran.Begitu juga dengan kes noh dan sue, sue hanya menyatakan sebut harga semata-mata dan tidakmembuat tawaran untuk menjual rumah tersebut. Ia tidan jelas dan nyata untuk dijadikan satu tawaran.

    KM: tidak wujud kontrak diantara Noh Dan Sue.

    Soalan2.

    - 4 -

  • 8/14/2019 Tutorial Low 5,6,8

    5/16

    Ros telah menghadiri jamuan perkahwinan rakan baiknya zue dan dalam perjalanan pulang, ros telahkehilangan dompetnya yang mengandungi wang berjumlah rm10,000.00 bersama dengan dokumenpengenalan diri. Secara kebetulan, shah tlah terjumpa dompet tersebut dan telah memulangkannyakepada ros. Ros kemudiannya berjanji akan memberi saguhati sebanyak rm800.00 kepada shah.Malangnya ros tidak menunaikan janji tersebut. Nasihatkan shah akan kedudukannya di sisi undang-undang kontrak, sekirannya ada.

    Isu:Samaada Syah berhak menuntut wang saguhati yang dijanjikan oleh Ros.

    Prinsip undang-undang:-seksyen 2(d) menurut kehendak pembuat janji, apabila penerima janji atau siapa sahaja yang telahmembuat atau telah menahan diri dati membuat sesuatu, atau membuat atau menahan dir darimembuat sesuatu, maka perbuatan atau penahanan diri atau janji itu adalah di sebut balasan untuk

    janji itu.seksyen 26(b),sesuatu perjanjian yang dibuat tanpa balasan adalah batal kecuali ianya sesuatu janji untuk memaspaskan keseluruhan atau sebahagiannya, kepada seseorang yang telah berbuat sesuatu secarasukarela untuk pembuat janji atau berbuat sesuatu yang pembuat janji boleh dipaksa di sisi undang-undang untuk membuat sesuatu.

    Kes Rujukan :-

    JM WORTHERSPOON & CO LTD VS HENRY AGENCY HOUSE.Hakim Suffian memakai makna yang diberikan dalam shorter oxford dictionary iaitu sukarelabermaksud, perbuatan yang dilakukan seseorang atas pilihan dan kehendak sendiri. Dengan itu satuperbuatan yang dibuat atas saranan atau syor dari orang lain bukanlah perbuatan sukarela.

    Hubungkait :Untuk menggunakan seksyen ini, shah mestilah membuat sesuatu secara sukarela dan bukan menurutkehendak pembuat janji. Dalam kes ini shah secara kebetulan telah terjumpa dompet tersebut dantelah memulangkan kepada Ros. Ros kemudiannya berjanji akan memberi saguhati kepada shah. JanjiRos adalah satu kontrak kerana janji itu adalah memampaskan keseluruhan perbuatan shah yangdilakukan secara sukarela itu.

    Kesimpulan :

    Kontrak wujud antara Ros dan Shah kerana Shah telah melakukan perbuatan secara secara sukarela.

    Soalan3.

    - 5 -

  • 8/14/2019 Tutorial Low 5,6,8

    6/16

  • 8/14/2019 Tutorial Low 5,6,8

    7/16

    Soalan 1.Jes telah membuat tawaran melalui pos kpd wan utk menjual rumaknya di kampung suka, dgn hargaRM200,000.00. tawaran tersebut terbuka sehingga 20/2/08. surat tawaran diposkan pd 5/12/07 dantelah sampai ke pengetahuan Wa pd 11/12/07Wan yg pd mulanya bersetuju dgn tawaran tersebut telah mengeposkan surat penerimaan tawaran pd25/12/07. disebabkan banjir dan perhubungan darat yg terputus, surat tersebut lambat sampai danhanya diterima jue pd 25/1/08Wan kemudiannya ingin menbatalkan penerimaan stelah mdpt tahu rumah tersebut slalu ditenggelamiair stp kali musin banjir. Pd 15/1/08, wan telah menghubungi jes dan menyatakan bhwa dia inginmembatalkan penerimaannya dan membatalakan surat penerimaan yg telah diposkan sebelum ini. Jesberasa amat kecewa dgn tindakan wan.Pada 26/1/08, jes menghubungi wan dan menyatakan bahawa wan telahpun terikat utk membeli rumahtsebut brdasarkan surat penerimaan yg diterima drpd wan pd 25/1/08Sbg seorang yg arif dlm bidang undang2 kontrak, wan meminta nasihat anda akan haknya disisiundang2 kontrak. Nasihatkan wan.

    Isu: Samaada Wan terikat disisi undang-undang untuk membeli rumah Jes.

    Prinsip undang-undang:-4(3)(a) komunikasi pembatalan lengkap dipihak yang membuat pembatalan apabila notis pembatalanitu telah dimasukkan ke dalam perjalanan pengiriman kepada si penerima pembatalan itu. Dimana iaadalah kuasa si pembuat pembatalan.

    4(2)(b) komunikasi penerimaan adalah lengkap terhadap penerima apabila komunikasi penerimaan itusampai kepada pengetahuan pencadang.

    Kes Rujukan :-BRYNE VS VAN TIENHOVEN.

    1 oct defenden membuat tawaran melalui surat untuk menjual bijih timah kepada palintif.Apabila palintif menerima surat tawaran itu, ia segera menghantarkan penerimaan dengan telegrampada 11 oct sementara itu pada 8 oct defenden telah menulis surat kepada plaintif membatalkantawaran yang dibuatnya pd 1 oct itu. Surat pembatalan tawaran defenden ini tiba pd plaintif pada 20oct.KM : pembatalan cadangan defenden itu tdk berkesan krn pd masa surat pembatalan tiba pd plaintif.Plaintif telah pun membuat penerimaan yg sah.

    Hubungkait :Mengikut kes ini. Wan pd mulanya telah menerima tawaran yg dibuat ttp ingin membatalkanya.

    Dia telah membatalkan penerimaannya sbelum surat penerimaan yg dihantarnya sampai ke tangan jesdgn menghubungi jes dan seterusnya membatalkannya mengikut seksyen 4(2)(b) komunikasipenerimaan lengkap terhadap peneriam apabila komunikasi penerimaan itu sampai kpd pengetahuanpencadang. Merujuk kepada kes Wan, komunikasi terhadap penerima belum lengkap krn suratpenerimaan yg dipos olehnya belum sampai ke pihak pencadang dan beliau berhak utk membatalkanyadlm masa itu. Dan komunikasi pembatalan yg dibuat diantara wan dengan jes lengkap dimasa wanmenghubungi jes. Ia merujuk kpd S 4(3)(a) iaitu komunikasi pembatalan lengkap kpd pembuatpembatalan apabila notis pembatalan itu telah dimasukkan ke dlm penjalanan pengiriman kpd sipenerima pembatalan itu.

    Kesimpulan :Kontrak yang dibuat oleh Wan kepada Jes adalah tidak sah dan notis pembatalan yang dibuat adalahsah

    Soalan2.

    - 7 -

  • 8/14/2019 Tutorial Low 5,6,8

    8/16

    Don ingin menjual kebun getah yg luas setengah ekar kepada jee dengan harga RM80,000.00kerana ingin menyelesaikan hutang rumahnya yang telah digadai oleh anaknya kepada Bank Maju.Kebun getah itu amatlah disayanginya kerana memberi pendapatan yang lumayan kepadanya.

    Jee bertanya kepada Don berapakah pendapatan sebulan yang diperolihi oleh don dari kebungetah tersebut. Don tidak dapat memberi kepastian tetapi membuat anggaran sekurang-kurangnyaRM4,000.00 sekiranya tidak hujan.Mendengar kata-kata Don, Jee bersetuju dengan tawaran tersebut.Berdasarkan fakta di atas, nasihatkan hakJee Dan Don sekiranya:

    a. Jee ingin membatalkan kontrak kerana kebun getah tersebut tidak mendatangkan hasil yanglumayan seperti yang diberitahu oleh Don.

    ISU :Samaada Jee boleh membatalkan kontrak diantaranya dengan Don.

    PRINSIP UNDANG2 :T ipuan .S17 : seseorang itu dikatakan menipu pihak lain apabila ia melakukan suatu tindakan dengan niatuntuk mendorong orang lain membuat kontrak dengannya.

    KES RUJUKAN :WEBER VS BROWN

    Plaintif Menuntut Ganti Rugi Daripada Defenden Kerana Melakukan Penipuan Dan Salah Salah NyataanBerkenaan Jumlah Bilangan Pokok Getah Yang Ada Dalam Sebuah Estet Yang Dibelinya Dari Defenden.Sebelum Perjanjian Dibuat, Defenden Menyatakan Beliau Telah Mengira Pokok Getah Yang Ada DalamEstat Itu Dan Menyerahkan Sekeping Kertas Mengandungi Bilangan Berserta Umur Pokok Getah

    Tersebut.Mahkamah : Memutuskan Kenyataan Defenden Menyatakan Beliau Telah Mengira Pokok Getah TersebutAdalah Satu Penipuan ( Sedangkan Ia Tidak Mengiranya )

    HUBUNGKAIT :Mengikut kes diatas, jee ingin menbatalkan kontrak yang dibuat olenya dengan don kerana kebun getahtersebut tidak mendatang kan hasil yang lumayang seperti yang dikatakan oleh don. Disinin wujudsalahnyataan atau tipuan kerana kata2 don berlawanan dengan apa yang dilihat. Mengikut seksyen 17,seseorang itu dikatakan menipu pihak lain apabila melakukan tindakan dengan niat untuk mendorong

    orang lain membuat kontrak dengannya. Don melakukan FROD apabila menyatakan kebun getahnyamendatangkan hasil yang lumayan sedangkan tidak. Dan seterusnya mendorong jee memasuki kontrakdengan kenyataannya itu. Merujuk kes Weber VS Brown : iaitu defenden melakukan tipuan denganmenyatakan beliau telah mengira pokok getah yang ada dalam estat yag dijualnya kepada plaintif.Sedangkan beliau langsung tidak mengiranya. Begitu juga denga kes jee dan don. Don menyatakankebun getahnya mendatangkan hasil yang lumayang. Sedangkan tidak.

    KESIMPULAN :Kontrak Boleh Dibatalkan Atas Pilihan Jee Kerana Kontrak Tersebut Wujud Unsur Frod Dan SeterusnyaMenjadikan Kontrak Tersebut Kontrak Boleh Batal .

    - 8 -

  • 8/14/2019 Tutorial Low 5,6,8

    9/16

    b. Boleh atau tidak Don menyatakan bahawa kontrak yang dibuat dengan Jee adalah kontrak yangtidak sah kerana nilai kebun yang dijual tidal sama dengan nilai pasaran yanh jauh lebih tinggidaripada harga yang ditawarkan kepada Jee.

    TIDAK.

    ISU :Samaada Kontrak Diantara Don Dengan Jee Adalah Sah Atau Tidak.

    PRINSIP UNDANG2 :- Balasan tidak semestinya berpada atau tidak semestinya memandai.- S26 : sesuatu perjanjian di mana persetujuan pembuat janji diberi secara bebas tidaklah batal

    semata-mata kerana balasan itu tidak memandai. Namun ketidak padaan balasan itu bolehdipertimbangkan oleh mahkamah dalam menentukan persoalan sama ada persetujuan pembuat

    janji itu diberi secara bebas.

    KES RUJUKAN :PHANG SWEE KIM VS. BEH I HOCK.Responden telah bersetuju secara lisan untuk memindahkan hak milik tanah kepada perayu denganharga rm500.00 walaupun harga sebenar tanah itu melebihi rm500.00. Walau bagaimanapun,responden kemudiannya enggan memindahkan hak milik tanah tersebut atas alasan bahawa kontraktersebut tidak boleh dikuat kuasakan sebagai satu kontrak yang sah di sebabkan ketidakpadaan

    balasan. Namun di peringkat rayuan, mahkamah persekutuan memutuskan bahawa isu ketidak padaanadalah tidak releven dan dalam kes ini wujudnya balasan yang baik berdasarkan seksyen 2 (d) aktakontrak 1950 ; keputusan mahkamah memihak pada pihak perayu walaupun balasan yang diberikantidak berpada.

    HUBUNGKAIT :Mengikut kes yang dibincangkan, don telah menjual kebun getahnya dengan harga yang agak murahberbanding dengan nilai di pasaran. Kontrak yang dibuat antaranya dengan jee merupakan janji yangdibuat secara bebas.mengikut prinsip undang2 kontrak, balasan tidak semestinya berpada ataumemandai. Seksyen 26 pula menyatakan sesuatu perjanjian di mana persetujuan pembuat janji diberisecara bebas tidalkah batal semata-mata kerana balasan itu tidak memandai. Namun ketidak padaanbalasan itu boleh dipertimbangkan oleh mahkamah dalam menentukan persoalan sama adapersetujuan pembuat janji itu dibuat secara bebas. Jadi seksyen ini menjelaskan bahawa ketidakpadaan

    balasan tidak akan menjadikan sesuatu kontrak itu batal.

    KESIMPULAN :Kontrak Diantara Jee Dan Don Adalah Sah. Ketidakpadaan Tidak Menjadikan Alasan Untuk MenyatakanKontrak Itu Tidak Sah.

    - 9 -

  • 8/14/2019 Tutorial Low 5,6,8

    10/16

    TUTORIAL 9.Soalan1.

    Encik Zack Dan Puan Bie merupakan pekongsi-pekongsi di dalam ZB Trading. Oleh keranaperniagaan mereka semakin berkembang maju, maka Encik Zack telah melantik seorang agen iaituEncik Jay untuk membantu tugas-tugasnya di firma. Encik jay telah diperkenalkan sebagai agennyakepada encik tan iaitu seorang pembekal barangan kesihatan. Kontrak telah ditandatangani di antaraEncik Jay dan encik tan dan barangan-barangan telah dihantar ke firma ZB Trading. Namun begiru, PuanBie tidak mahu bertanggungjawab ke atas bayaran barang-arang tersebut dengan alasan Encik Zack

    tidak mendapatkan persetujuannya terlebih dahulu sebelum melantik Encik Jay. Nasihatkan Encik Tan.Isu:

    Samaada Pian Bie Perlu Bersama Bertanggunjawab Ke Atas Bayaran Pembelian Yang DilakukanOleh Encik Jay.

    Prinsip undang-undang :Seksyen 7 : stp pekongsi dlm suatu perkongsian adalah merupakan egen kpd firma perkongsian danrakan pekongsi yang lain. Apa2 perbuatan dan tindakan seorang pekongsi dalam perniagaan mereka,akan mengikat firma perkongsian dan rakan pekongsi yang lain.Seksyen 140 : hubungan ejensi boleh disiratkan, @ dianggap wujud melalui tutur kata atau perbuatanprinsipal yang memperkenalkan seorang lain sebagai ejennya.

    KES RUJUKAN : CHAN YIN TEE VS WILLIAM JACK & CO.Can dan yong (seorang kanak2 ) merupakan rakan kongsi dlm satu perniagaan. Di dlm urusanperniagaan dgn syarikat William Jack & Co. Chanmenyatakan bahawa dia adalah rakan kongsi Yong.Syarikat tersebut telah membekalkan barang kpd yong tetapi yong gagal membayar harganya. Syarikatmenuntut hutang kpd Chan. Mahkamah memutuskan bahawa Chan telah mengemukakan Yong sbgegennya yang mempunyai kuasa untuk berkontrak bagi pihaknya. Oleh yang demikian, chan hendaklahbertanggungan di atas perbuatan Yong dan Chan mestilah menjelaskan hutang tersebut kpd SyarikatWillian Jacks & Co.

    HUBUNGKAIT :En. Zack telah melantik seorang egen untuk lebih memudahkan kerjanya. Dan bukan untukkepentingan dirinya. Pekongsinya tidak mahu bertanggungjawab dengan en. Jay, iaitu egen yangdilantik oleh en. Zack. Mengikut seksyen 7, apa2 perbuatan atau tindakan seorang pekongsi dlm

    perniagaan mereka, akan mengikat firma perkongsian dan rakan pekongsi yang lain. Mengikut seksyen140 pula mengatakan hubungan egensi boleh disirat kan @ dianggap wujud melalui tutur kata @perbuatan prinsipal yang memperkenalkan seorang lain sbg egennya. Ini membuktikan yang hubungandi antara mereka telah wujud egensi dan mereka perlu bertanggungjawab dengan tindakan yangdilakukan oleh en. jay

    KESIMPULAN :Puan Bie perlu bertanggungjawab dengan tindakan yang dilakukan oleh en. Jay. Dan perlubertanggungjawab dengan bayaran yang dilakukan oleh en jay.

    TUTORIAL 10.SOALAN1.

    - 10 -

  • 8/14/2019 Tutorial Low 5,6,8

    11/16

    Sham merupakan usahawan yang terkenal di negeri kelantan. Beliau menjalankan perniagaan batikyang dinamakan Sahn Batik. Dalam usaha memajukan perniagaannya, sham telah melantik Nan danZin sebagai agen penjualan kain-kain batik keluaran sham batik. Sham telah mengarahklan nin untukmenjual kain-kain batik yang bernilai RM70,000.00 ke sabah. Zin pul telah ditugaskan untukmenguruskan perjalanan Nin ke sana.Zin telah membeli tiket kapal terbang ke kota bharu-kuala lumpur dan kuala lumpur-kota kinabalu dannin dijangka akan sampai ke Kota Kinabalu pada 5/3/08, jam 3 petang. Segala urusan telah diselesaikaoleh zin.

    Tanpa diduga, tiket kapal terbang nin telah tercicir. Nin telah berusaha untuk membeli tiket yang lain,

    tetapi gagal mendapatkannya. Tiket untuk ke sabah bagi bulan mac telah habis dijual. Tiket yang adahanyalah penerbangan ke Kuching, Sarawak dan akan tiba pada hari dan masa yang sama.Nin telah cuba menghubungi Sham dan Zin, tetapi mereka tidak dapat dihubungi. Dalam keadaanterdesak, nin telah mengambil keputusan untuk membeli tiket ke kuching dan menjual kain-kain batiktersebutk di kuching.

    Tindakan nin telah menyebabkan sham mengalami kerugian sebanyak RM5,000.00. sham telahmengarahkan nin bertanggungjawab atas kerugian tersebut. Nin tidak bersetuju atas alasantindakannya untuk kebaikan sham dan bagi mengelakkan sham mendapat kerugian yang lebih besar.Nasihatkan nin berdasarkan undang-undang agensi.

    Isu:Samaada Nin perlu bertanggungjawab di atas kerugian yang dialami oleh Sham.

    Prinsip undang-undang:-

    KES RUJUKAN :

    HUBUNGKAIT :

    KESIMPULAN

    TUTORIAL11.SOALAN1.

    - 11 -

  • 8/14/2019 Tutorial Low 5,6,8

    12/16

    Didi telah membuat pembelian bekalan ikan daripada jojo di kuala terangganu untuk dihantar ke JB.Jojo telah mengupah Kabir untuk menghantar bekalan ikan ersebut ke JB.Dalam perjalanan ke JB , lori yang membawa bekalan ikan tersebut mengalami kerosakan di kuantan.Lori tersebut perlu dibaiki dan akan mengambil masa selama dua hari.Kabir cuba untuk menghubungi didi melalui telefon bimbitnya, namun Didi tidak dapat dihubungi.Kabir mengambil keputusan untuk menjual bekalan ikan yang dibawanya di Pasar Kuantan bagimengelakkan ikan-ikan tersebut busuk dan rosak.

    Jojo tidak berpuas hati dengan tindakan kabir dan ingin mengambil tindakan. Nasihatkan Didiberkenaan dengan situasi di atas.

    Isu:-Samaada tindakan kabir itu betul atau salah dan samada jojo boleh mengambil tindakan keatas kabir.

    Prinsip Undang2 :S142 : ejen berkuasa dalam keadaan darurat atau kecemasan melakukan sesuatu untuk melindungiprinsipal daripada mengalami kerugian, seolah-oleh kepentingan ejen itu sendiri yang terancam.SEKSYEN 167 : seserang ejen adalah wajib, dalam masa kesusahan, menggunakan segala usaha yangmunasabah untuk menghubungi prinsipal bagi mendapatkan arahan-arahan selanjutnya.

    KES RUJUKAN :G.N RAILWAY VS SW AFFIELD.Seekor kuda dihantar melalui keretapi ke suatu destasi. Setibanya di destinasi itu tidak ada siapa yang

    berhak menerima kuda itu. Pihak keretapi menghantar kuda itu ke sebuah kandang kuda untukbermalam di sana. Mhkamah memutuskan bahawa tindakan itu sungguhpun diluar kuasa keretapisebagai ejen, namun ia terpaksa dilakukan untuk melindungi kuda itu. Pihak keretapi dianggap ejenperlu.

    HUBUNGKAIT :Kes di atas, kabir iaitu merupakan agen kepada jojo telah mengambil tindakan menjual ikan2 di kuantanyang perlu di hantar ke JB kerana masalah pengangkutan yang tidak dapat dielakkan. Kabir telahmengambil tindakan yang perlu seorang agen lakukan iaitu cuba menghubngi jojo < prinsipal >. Tetapitidak dapat dihubungi. Tetapi yang penting, beliau telah mencuba. Mengikut S142 Ejen berkuasa untukmelakukan sesuatu dalam keadaan darurat melakukan sesuatu untuk melindungi prinsipal daripadamengalami lebih kerugian. Tindakan kabir adalah betul kerana ikan tersebut merupakan barang yangmudah rosak dan seterusnya tidak dapat dijual lagi. Merujuk kepada seksyen 167, ejen berkewajiban

    menggunakan segala usaha yang logik untuk menghubungi prinsipal bagi mendapatkan arahan2selanjutnya. Dalam kes ini kabir telah mengunakan segala usaha untuk menghubungi jojo. Merujukkepada kes G.N RAILWAY VS SWAFFIELD, tindakan pihak keretapi menghantar kuda bermalam di sebuahkandang adalah satu tindakan untuk melindungi kuda tersebut dan pihak keretapi tidak bolehdisalahkan dan seterusnya menjadikan pihak keretapi sebagai ejen perlu. Begitu juga kes kabir dengan

    jojo. Kabir telah dianggap ejen perlu kerana tindakannya adalah untuk kepentingan prinsipal daripadamengalami lebih kerugian.

    KESIMPULAN :: tindakan kabir adalah betul dan jojo tidak berhak untuk mengambil tindakan kepadanya dan kabirtelah dianggap ejen perlu.

    SOALAN2 :

    - 12 -

  • 8/14/2019 Tutorial Low 5,6,8

    13/16

    Tajol telah bertugas sebagai agen selama 3 tahun di Firma B & Rakan2 dlm pembekalan barang2.stp bulan, Encik B akan memberitahu Tajol ke mana barang-barang perlu dihantar. Pada awal bulanlepas, Encik B telah keluar negara atas urusan peribadi. Tajol yang tidak mendapat sebarang arahantelah bertindak mengikut kelaziman seperti bulan2 sebelumnya krn apa yang dilakukannya adalah

    urusan perniagaan yang sama. Malangnya, tindakan Tajol telah menimbulkan kemarahan Encik B danEncik B enggan bertanggungjawab atas tindakan Tajol.

    Nasihatkan Tajol berdasarkan prinsip undang2 agensi.

    ISU :

    Samaada firma B & Rakan2 perlu bertanggungjawab di atas tindakan Tajol.

    PRINSIP UNDANG2 :S 164 : ejen hendaklah menjalankan tugasnya mengikut arahan prinsipal. Jika tiada arahan, ejen

    hendaklah mengikut adat biasa yang diamalkan oleh perniagaan jenis sama. Jika berlaku kerugianakibat daripada kegagalan ejen mematuhi arahan prinsipal, ejen mesti membayar ganti rugi kepadaprinipal, jika ada untung, ejen hendaklah membuat perkiraan mengenainya. Memulangkan untungkepada prinsipal selepas ditolak komisen untuk dirinya.

    KES RUJUKAN :BOSTOCK VS BILTON.

    Ejen telah gagal mengambil insurance ke atas kapal seperti mana yang di arahkan oleh prinsipal.

    Kemudian kapal tersebut hilang. Mahkamah memutuskan bahawa ejen bertanggungjawab ke ataskerugian yang di alami oleh prinsipal.

    HUBUNGKAIT :Dalam kes ini tajol yang merupakan ejen kepada Firma B & Rakan2 telah bertindak mengikut kelazimankerana ketiadaan daripada Encik B. Mengikut S164, jika ketiadaan arahan, ejen hendaklah mengikutadat biasa yang diamalkan oleh perniagaan jenis yang sama. Tetapi jika berlaku kerugian keranakegagalan ejen mematuhi arahan prinsipal, ejen berkewajiban untuk membuat perkiraan mengenainya.

    Jadi tindakan tajol adalah bersesuaian dan tindakannya bukan untuk kepentingannya. Merujuk kepadakes BOSTOCK VS BILTON, ejen telah gagal mengambil insurance ke atas kapal seperti mana yang diarahkan oleh prinsipal. Kemudian kapal tersebut hilang. Mahkamah memutuskan bahawa Ejenbertanggungjawab ke atas kerugian yang di alami oleh prinsipal. Mengikut kes kabir pula, kabir sentiasa

    mengikut arahan prinsipal tetapi bulan tersebut, kabir tidak mendapat sebarang arahan daripada EncikB. Seterusnya beliau telah mengikut kelaziman yang selalunya beliau di arahkan iaitu seperti yangditerangkan dalam seksyen 164.

    KESIMPULAN :Firma B & Rakan2 perlu bertanggungjawab di atas tindakan kabir, kerana kabir mengikut kalaziman danbukan untuk kepentingan dirinya dan bertindak mengikut suci hati.

    TUTORIAL 12.

    - 13 -

  • 8/14/2019 Tutorial Low 5,6,8

    14/16

    Soalan1Puan Dah telah berjanji secara bertulis untuk menyerahkan sebidang tanah yang tertentu kepada

    anaknya secara percuma.Berdasarkan peruntukan undang-undang dan kes-kes yang berkaitan, bincangkan sama ada kontrak

    jenis ini mengikat atau tidak.

    ISU :Samaada Janji Puan Dah adalah sah di sisi undang2.

    PRINSIP UNDANG2 :26(a) perjanjian tanpa balasan yang melibatkan hubungan kasih sayang antara hubungan karib, perlumemenuhi syarat yang ditetapkan :

    1. perjanjian yg melibatkan kasih sayang dibuat secara bertulis.2. didaftarkan menurut undang2 ( jika ada )3. dibuat atas dasar kasih sayang semula jadi antara pihak2 yang mempunyai hubungan karib.

    KES RUJUKAN :RE TAN SOH SIM

    Tan sebelum mati telah menyatakan hastarnya untuk memberikan hartanya kepada 2 orang anakangkat perempuannya dan 2 orang anak angkat lelakinya. Waris yang sebenarnya kepada hartatersebut adalah 3 orang kakaknya dan 7 orang kakak tiri. Bagi menghormati hasrat si mati, waris- warisini telah mengadakan perjanjian bertulis, bersetuju untuk memberikan kesemua harta si mati kepadaanak-anak angkatnya. Persoalan yang perlu di putuskan oleh mahkamah ialah sama ada perjanjianyang dibuat oleh waris2 itu merupakan perjanjian yang melibatkan kasih sayang semula jadi antarapihak-pihak yang mempunyai hubungan yang karib.Mahkamah memutuskan bahawa perjanjian yang dibuat itu tidak sah mengatakan bahawa perkataanhubungan dan karib mestilah ditafsirkan berdasarkan kepercayaan dan kebudayaan serta halkeadaan setiap kes yang terlibat.

    HUBUNGKAIT :Berhubung dengan kes diatas. Puan Dah telah berjanji untuk menyerahkan sebidang tanah kpd anakkandungnya secara percuma. Disini dilihat telah wujud hubungan karib yang semula jadi antara

    mereka. Perjanjian itu juga telah dibuat secara bertulis. Perjanjian yang dibuat oleh Puan Dahmemenuhi seksyen 26 (a) iaitu perjanjian tanpa balasan perlu memenuhi : perjanjian dibuat atas dasarkasih sayang semula jadi. Jadi ini membuktikan yang perjanjian yang dibuat oleh puan Dah dah adalahsah.

    KESIMPULAN :janji Puan Dah adalah sah disisi undang2 kerana wujud hubungan kasih sayang dan ia memenuhiprinsip pengecualian perjanjian tanpa balasan.

    - 14 -

  • 8/14/2019 Tutorial Low 5,6,8

    15/16

  • 8/14/2019 Tutorial Low 5,6,8

    16/16

    KESIMPULAN :meng tidak perlu bertanggungjawad untuk terus membayar ansurans bulanan kepada MudahEnterprise yang agak tinggi kerana wujud pengaruh tidak berpatutan.

    SOALAN3.Leman telah bersetuju untuk menjual satu lori buah tembikai kepada saleh. Lorry tersebut akan bertolak

    dari bachok, kelantan pada sebelah pagi dan dijangka tiba di tempat perniagaan saleh di pasarselayang, selangor pada pukul 5 petang. Tanpa disedari oleh kedua-dua belah pihak, semasa mereka

    berkontrak, lorry berkenaan telah mengalami kemalangan yang dahsyat yang mengakibatkan pemandulorry menjadi komas dan semua buah yang dibawa musnah.

    Berdasarkan undang-undang kontrak, nasihatkan leman dan saleh sama ada mereka masih terikatdengan kontrak tersebut.

    Isu :Samaada perjanjian saleh dan leman masih terikat.

    PRINSIP UNDANG2 :S21 : perlu memenuhi 3 syarat:

    1. kedua2 pihak kpd kontrak tersebut melakukan khilaf2. khilaf yang dibuat adalah khilaf fakta3. fakta tersebut mestilah fakta yang mustahak untuk perjanjian.

    KES RUJUKAN :COUTURIER VS HASTIE.Kontrak yang dibuat di london adalah untuk penjualan jagung yang dilayarkan dari salonika. Tanpadiketahui oleh kedua-dua pihak, beberapa hari sebelum kontrak terbentuk, kargo tersebut telah dijualoleh ketua kapal tesebut di tunis memandangkan jagung itu mula rosak. Dalam penghakimannya,house of lords memutuskan bahawa pembeli adalah tidak terikat untuk membayar kargo tersebut.Kontrak tersebut mengkontemplasikan kewujudan kargo, dan memandangkan kargo tersebut tidakwujud, penjual tidak boleh diminta menghantar barangan tersebut dan si pembeli membayarnya.

    Memetik penghakiman lord cranworth : persoalan keseluruhannya terletak pada tafsiran kontrak....... melihat pada kontrak itu sendiri, iakelihatan pada saya jelas bahawa apa yang dikomtemplasikan oleh pihak2, mereka yang membeli danmereka yang menjual, bahawa wujudnya sesuatu untuk dijual semasa kontrak, dan sesuatu untukdibeli. Sesuatu itu tidak wujud...... harus diberikan penghakiman kepada defenden...

    HUBUNGKAIT :Berhubung dengan kes Leman dan Saleh. Mereka telah berkontrak dan semasa berkontrak mereka tidakmengetahui fakta tersebut. Prinsip 21 menjelaskan bahawa kedua2 pihak perlu melakukan khilaf. Dankes ini leman dan saleh telah melakukan khilaf. Dan memenuhi syarat pertama. Syarat ke2, khilaf yangdibuat merupakan khilaf fakta dan fakta tersebut merupakan fakta yang penting dalam perjanjian. Jadikes leman dan salleh memenuhi 3 syarat khilaf secara fakta dan seterusnya membawa kepada kontrakbatal. Merujuk kepada kes COUURIER VS HASTIE, aga sama dengan kes leman dan salleh, iaitu kedua2

    pihak tidak mengetahui jagung iaitu fakta yang penting dalam perjanjian telah rosak. Seterusnyamahkamah memutuskan kontrak tersebut terbatal. Sama seperti kes leman dan salleh.

    KESIMPULAN :Per janjian antara leman dan saleh telah terbatal dengan sendirinya setelah berlaku kemalangan Lorryiaitu yang merupakan fakta terpenting antara perjanjian mereka.