tumbuhan herba - assgmt sn september 2010

31
http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s2_99/a64967.htm TANAMAN HERBA UNTUK KESIHATAN Sememangnya kehadiran semak samun atau tumbuhan didalam kawasan rumah kita adalah sesuatu yang kita tidak gemari. Untuk membersihkannya kita akan mencabut atau lebih menyenangkan lagi kita akan meracunnya. Tetapi pernahkah kita sedar bahawa semak samun itu mengandungi tumbuhan herba yang boleh dijadikan ubatan atau bahan makanan yang baik untuk kesihatan. Antara tumbuhan herba yang dapat kita temui dikawasan rumah kita ialah keremak, dukung anak, kematikan, tutup bumi, kacang kelo, cempaka, stevia, talin, bakawali dan aerva lantasjus. Manakala akar kayu pula ialah rumput samboi, cendawan susu rimau,ubi jaga dan dahan raja kayu. Kesemua tumbuhan herba ini adalah warisan masyarakat kita yang menjadi amalan turun temurun sejak dahulu lagi. Firman Allah S.W.T Maksudnya dan ingatlah satu bukti lagi,engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuhan yang merecup tumbuh) dan gembur membusutlah ia serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai. TUMBUHAN HERBA Pegaga Pegaga atau nama saintifiknya Centella asiatica kini bukan sahaja dijadikan ulam dicecah dengan samabal belacan tetapi menjadi rebutan saintis perubatan dan kosmetik antarabangsa. Tumbuhan hijau yang tumbuh melata ini dikatakan mengandungi sejenis enzim yang bernilai tinggi tetripenoids yang menjadi antara bahan asas dalam pembuatan kosmetik kecantikan kulit dan ramuan penting untuk dicampur dengan herba tertentu bagi mengubati penyakit barah. Ia juga diproses untuk dijadikan minuman kesihatan atau tonik untuk menyegarkan badan selain peransang kepada pemulihan. Dengan keistimewaannya, pucuk pegaga kini dilihat sebagai tumbuhan komersil . kajian secara saintifik

Upload: ayie-yie

Post on 26-Jun-2015

529 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tumbuhan Herba - Assgmt Sn September 2010

http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s2_99/a64967.htm

TANAMAN HERBA UNTUK KESIHATAN

Sememangnya kehadiran semak samun atau tumbuhan didalam kawasan rumah kita adalah sesuatu yang kita tidak gemari. Untuk membersihkannya kita akan mencabut atau lebih menyenangkan lagi kita akan meracunnya. Tetapi pernahkah kita sedar bahawa semak samun itu mengandungi tumbuhan herba yang boleh dijadikan ubatan atau bahan makanan yang baik untuk kesihatan.

Antara tumbuhan herba yang dapat kita temui dikawasan rumah kita ialah keremak, dukung anak, kematikan, tutup bumi, kacang kelo, cempaka, stevia, talin, bakawali dan aerva lantasjus. Manakala akar kayu pula ialah rumput samboi, cendawan susu rimau,ubi jaga dan dahan raja kayu. Kesemua tumbuhan herba ini adalah warisan masyarakat kita yang menjadi amalan turun temurun sejak dahulu lagi.

Firman Allah S.W.T

Maksudnya “dan ingatlah satu bukti lagi,engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuhan yang merecup tumbuh) dan gembur membusutlah ia serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai.

TUMBUHAN HERBA

Pegaga

          Pegaga atau nama saintifiknya Centella asiatica kini bukan sahaja dijadikan ulam dicecah dengan samabal belacan tetapi menjadi rebutan saintis perubatan dan kosmetik antarabangsa. Tumbuhan hijau yang tumbuh melata ini dikatakan mengandungi sejenis enzim yang bernilai tinggi “tetripenoids” yang menjadi antara bahan asas dalam pembuatan kosmetik kecantikan kulit dan ramuan penting untuk dicampur dengan herba tertentu bagi mengubati penyakit barah. Ia juga diproses untuk dijadikan minuman kesihatan atau tonik untuk menyegarkan badan selain peransang kepada pemulihan.

Page 2: Tumbuhan Herba - Assgmt Sn September 2010

          Dengan keistimewaannya, pucuk pegaga kini dilihat sebagai tumbuhan komersil . kajian secara saintifik menunjukkan pucuk pegaga mempunyai enzim tetripenoid untuk dijadikan ubat anti kanser.

          Selain itu terdapat empat jenis pegaga yang terdapat dinegara kita, iaitu pegaga biasa yang mudah diperolehi dikampung-kampung, pegaga salad yang daunnya menyerupai daun salad sebenar (versi daun lebar) pegaga nyonya dan pegaga hitam

Tongkat Ali

Tongkat Ali atau nama saintifiknya Eurycoma longifoliajack merupakan tumbuhan yang masyur dan mujarab. Dalam ketegori perubatan tradisional, ia digolongkan dalam jenis perubatan atasan kerana ia dapat meningkatkan daya imuniti semulajadi badan, menguatkan daya tahan melawan penyakit dan sebagai ubat peransang eraksi. Oleh kerana keberkesanannya, ia sesuai merawat pelbagai jenis penyakit. Di antara keberkesananya ialah:

1.      menambah tenaga

2.      menambah selera makan dan menguatkan sistem penghadaman. Memperbaiki sistem imuniti badan melawan penyakit.

3.      Memperbaiki keadaan fizikal dan mental badan

4.      Mengurangkan keletihan

5.      Meningkatkan fungsi kulit dan otot.

Alfalfa

          Alfalfa atau nama saintifiknya Medicago sativa merupakan tumbuhan yang mempunyai reputasi tinggi didalam perubatan herba. Ia sering digunakan untuk membersihkan perjalanan darah serta untuk membuang toksik didalam badan. Ini kerana setiap hari kita mengambil makanan makanan yang mengandungi toksik seperti hidupan laut yang telah tercemar. Alfalfa turut digunakan didalam merawat dan mengesan

Page 3: Tumbuhan Herba - Assgmt Sn September 2010

jangkitan kuman pada pundi kencing, masalah penghadaman penyakit kulit serta ulser.

Aloe vera

          Aloe vera atau masyarakat Malaysia memanggilnya lidah buaya merupakan herba yang mempunyai bahagian yang lembik dan lekit. Ia digunakan sejak dahulu lagi bagi meransang pengimunan badan, pelembab kulit, menghilangkan parut, mengubati kulit yang melecur dan juga untuk melebatkan rambut.

          Aloe vera turut dikaitkan dengan penyakit asma, kencing manis, serta penyakit ulser. Namun pada masa sekarang aloe vera telah menjadi bahan ramuan yang penting didalam alat-alat kosmetik wanita yang beredar didalam pasaran. Kajian yang dilakukan menunjukkan tumbuhan ini sangat berguna pada manusia dan patut ditanam oleh semua orang untuk digunakan secara tradisional seperti sebagai syampu serta mengubat kesan melecur yang sering berlaku dirumah kita.

Halia

          Ziniger officinale merupakan herba yang digunakan didalam perubatan purba China sejak dahulu lagi. Ia digunakan untuk memanaskan badan, meredakan penyakit gout, menangkis serangan ulser serta dapat meredakan kekejangan otot. Ia juga turut digunakan untuk merawat rasa loya- loya serta meredakan tekanan. Namun pengambilan dalam kuantiti yang banyak akan menyebabkan berlaku kompilasi didalam sistem penghadaman.

Ginseng

          Ginseng atau Panax ginseng merupakan herba yang sangat bernilai didalam sejarah perubatan China. Diantara ginseng yang popular ialah ginseng Korea ndan ginseng China. Ginseng ini sering digunakan sebagai tonik. Ia dikatakan dapat melegakan ketegangan, menambahkan kadar metabolisma menurunkan kandungan darah didalam badan serta memperbaiki daya imun badan.

          Ia juga digunakan untuk merawat penyakit kencing manis, menurunkan kadar kolesterol, merawat gejala-gejala

Page 4: Tumbuhan Herba - Assgmt Sn September 2010

menopous yang dialami wanita yang telah putus haid,mengubat kelesuan serta untuk melindungi badan daripada serangan kanser. Ia juga sesuai untuk para ibu-ibu yang baru lepas bersalin. Ia digunakan untuk mengecutkan sistem peranakan serta memperbaiki kelancaran darah.

Ginseng ini selalu dijadikan tonik dan diminum. Namun terdapat lagi cara tradisional, iaitu dengan merebus ginseng ini untuk mendapatkan air pati rebusannya.

Cendawan

          Cendawan turut diiktiraf sebagai herba yang berguna pada manusia. Cendawan ini kebanyakannya tumbuh meliar dan dikutip oleh manusia sebagai makanan serta untuk perubatan. Kajian mendapati cendawan boleh mengurangkan kandungan gula didalam darah,menambah insulin didalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan kanser.

          Cendawan ini boleh digunakan secara segar seperti dimakan sebagai sayur. Selain itu pada masa sekarang kebanyakan cendawan ini telah dijadikan serbuk didalam bentuk kapsul. Ini untuk memudahkan para pengguna kerana cendawan yang segar agak terhad didalam pasaran.

         

TUMBUHAN YANG BERBAHAYA KEPADA MANUSIA

Kecubung atau Datura metal turut dikenali oleh penduduk tempatan sebagai kecubong, terung pengar, terung pungak merupakan tumbuhan yang dilaporkan beracun.tumbuhan herba ini boleh menjangkau ketinggian sehingga 6 kaki. Terdapat juga spesis yang boleh tumbuh melebihi ketinggian ini. Tumbuhan ini dikawasan beriklim panas lembab diseluruh dunia. Selain dariapada tumbuh meliar,ia juga ditanam untuk digunakan sebagai bahan didalam perubatan tradisional.

          Kesemua bahagian tumbuhan ini adalah beracun terutama bahagian biji dan daunnya. Ciri-ciri keracunannya tidak akan hilang atau terhapus walau bahagian tersebut dimasak atau dikeringkan. Hiosin dan hiosamin merupakan

Page 5: Tumbuhan Herba - Assgmt Sn September 2010

antara alkaloid yang banyak ditemui didalam buah, daun, ranting dan akar. Biji tumbuhan ini merupakan sumber utama sebatian ini. Kesemua sebatian ini mempunyai sifat anti koligernik dan sedikit kesan narkotik. Kesan toksiknya akan mula nyata didalam jangkamasa beberapa minit hingga beberapa jam selepas tumbuhan ini dimakan.

          Gejala yang mual kelihatan ialah rasa haus, kering mulut, pembesaran anak mata dan lain-lain lagi. Pada kepekatan yang tinggi ia boleh menyebabkan seseorang itu mengalami tekanan darah tinggi,sawan, koma dan boleh membawa maut.

          Walaupun tumbuhan ini beracun, namun beberapa bahagian tumbuhan ini kerap digunakan didalam perubatan tradisional. Ia turut digunakan sebagai ubat cacing kepada kanak-kanak, merawat bisul, sakit otot, cirit birit dan untuk melegakan sakit gigi dan bengkak-bengkak badan. Ia hanya digunakan dibahagian luar badan secara bersendirian atau dicampur dengan tumbuhan lain.

          Memandangkan akan kesan toksid yang mungkin berlaku,adalah dinasihatkan supaya pengguna mendapat nasihat yang sewajarnya sebelum menggunakannya,.

PENUTUP

          Dari apa yang dibincangkan diatas ,dapatlah disimpulkan bahawa tumbuhan herba memberi manfaat yang tidak ternilai kepada manusia. Samaada kita menggunakan herba yang telah diekstrak atau masih didalam keadaan yang asli, namun kepentingan tumbuhan herba ini tidak dapat disangkal lagi. Tumbuhan herba ini merupakan anugerah yang tidak ternilai dari Pencipta untuk digunakan oleh sekelian manusia. Yang memerlukan. Yang pentingnya kita mesti berusaha untuk mencari penawar bagi setiap penyakit itu.

http://teknologipertanian.com/category/tumbuhan-herba/

Segala informasi tentang teknologi pertanian, hasil pertanian, pertanian organik dan produk pertanian

Page 6: Tumbuhan Herba - Assgmt Sn September 2010

Tumbuhan HerbaTeknologi Pengeringan Herba

Di Malaysia herba biasanya dikeringkan dengan cahaya matahari ataupun terus dijual segar di pasaran runcit. Pengeringan dengan matahari adalah rumit kerana terpaksa bergantung kepada keadaan cuaca yang selalu tidak menentu. Keadaan ini menyebabkan mutu herba kering tidak dapat dikawal. Pakej teknologi pengeringan dan penyimpanan herba disyorkan kepada penanam dan pengusaha produk-produk herba. Dikatakan Pengeringan menggunakan ban pengering tembakau dapat menghasilkan herba kering yang bermutu seperti yang diperlukan oleh industri. Ban pengering tembakau telah sedia ada di kebanyakkan kawasan penanaman tembakau.

Herba yang telah dikeringkan di atas adalah seperti Dukung Anak dan Pegaga. Herba yang telah dikeringkan diletakkan didalam bekas kedap udara.

Page 7: Tumbuhan Herba - Assgmt Sn September 2010

Selain itu, halia dan hempedu bumi juga dikeringkan bagi tujuan penyelidikan, mengekstrak minyak pati dan sebagainya.

Antara Model pengeringan solar yang telah dibangunkan oleh MARDI.

Cari punya cari terjumpa koleksi gambar masa pergi Maha 2006 dahulu. Saya bagi beberapa gambar yang sempat dimuatkan dalam Blog ini.

Page 8: Tumbuhan Herba - Assgmt Sn September 2010

Tanaman Jagung yang menggunakan sistem Autopot

.

Koleksi Biji Benih sayur-sayuran

Page 9: Tumbuhan Herba - Assgmt Sn September 2010

Jualan Pelbagai Jenis Pokok Herba. Antaranya adalah seperti pokok putat, lenggudi putih, puding belacan, ekor kucing, kembang semangkok, lempoyang, cekur darah dan lain-lain lagi.

Page 10: Tumbuhan Herba - Assgmt Sn September 2010

Ubikayu jenis Varieti Sri Pontian

“Pertanian Adalah Peniagaan”

Pokok herba hutan

Akar seratus [gambar di sebelah kanan]. Pokok ini dipercayai dapat mengubati batuk sakit dada dan terkena ulat bulu. Pokok ini mempunyai ibu yang dijadikan rebusan untuk diminum.

Page 11: Tumbuhan Herba - Assgmt Sn September 2010

.

Pokok Cekur emas. Pokok ini dipercayai dapat meningkatkan tenaga batin dan dijadikan herba bersalin bagi wanita.

.

Pok cengal ini dikatakan dapat mengubati cirit birit. Air rebusannya boleh diminum.

Page 12: Tumbuhan Herba - Assgmt Sn September 2010

.

Pokok damar minyak. Air rebusannya dapat mengubati sakit perut dan cirit birit. Teras kayu pokok ini dihancurkan dan digunakan bagi tujuan melicinkan kulit.

.

Pokok kaki merpati di antara herba yang jarang didengar.

.

Page 13: Tumbuhan Herba - Assgmt Sn September 2010

Kerbau duak

Kerbau duak. Air rebusan akar pokok ini boleh diminum. Pokok herba ini dikatakan dapat mengubati lemah tenaga batin.

.

Pokok Lada pahit

Page 14: Tumbuhan Herba - Assgmt Sn September 2010

.

Pokok Lemuju

.

Pokok Siti fatimah merah. Air rebusan daun dan akar boleh diminum. Pokok ini dipercayai dapat mengubati buasir, sakit tulang dan dijadikan herba bersalin.

Page 15: Tumbuhan Herba - Assgmt Sn September 2010

.

Pokok Susu beruang juga merupakan herba yang jarang dijumpai.

.

Pokok Tongkat Ali baginda

herba

Page 16: Tumbuhan Herba - Assgmt Sn September 2010

Pokok Karas bagi penghasilan Minyak Gaharu

Pokok Karas bagi penghasilan minyak gaharu.  Di Malaysia terdapat 5 spesies Aquilaria iaitu A. microcarpa, A. malaccensis, A. hirta, A. beccariana, dan A. rostrata.

Gambar di atas merupakan carta aliran pemprossesan kayu gaharu untuk penghasilan minyak gaharu. Gaharu dijadikan bahan pewangi, kemenyan dan digunakan dalam perubatan tradisional.

Page 17: Tumbuhan Herba - Assgmt Sn September 2010

Terdapat pelbagai gred kayu karas dan gred ini menentukan harga untuk dijual. Harga di pasaran adalah di anatara RM100-RM500 mengikut gred.

Kebanyakkan kayu gaharu dan minyak gaharu adalah bagi tujuan eksport ke luar negara.

Page 18: Tumbuhan Herba - Assgmt Sn September 2010

Ramuan Ubat dari Tumbuhan Herba

Gambar ini diambil di satu pameran pada awal tahun 2007.  Saya cuba selongkar kembali gambar-gambar yang lama-lama untuk tatapan pembaca. Simpan sahaja pun tak guna kan. Gambar ni saya ambil di gerai yang perubatan tradisional yang berasaskan ramuan herba.

Kalau dilihat memang macam-macam jenis tumbuhan herba yang kebanyakkannya diambil di hutan. Kebanyakkan tumbuhan tersebut memang tidak saya kenali. Sempat juga saya bertanyakan tentang tumbuhan herba tersebut pada tuannya. Tapi sekarang dah lupa lah.. Yang saya masih ingat, dia ada ajak saya kalau ingin masuk hutan untuk cari tumbuhan herba ini.

Yang paling berharga saya rasa Raja Kayu di bawah ini. Dikatakan ianya susah dijumpai kerana mempunyai penunggu yang menjaganya. Herba-herba ini akan diadun menjadi satu ramuan bagi merawat sesuatu penyakit. Menurut penjual ubat herba ini, sejenis herba sahaja tidak mujarab bagi merawat penyakit. Ia memerlukan campuran tertentu mengikut khasiat herba dan nisbah tertentu bagi setiap ramuan untuk dijadikan ubat.

Page 19: Tumbuhan Herba - Assgmt Sn September 2010

Macam-macam jenis herba kita boleh lihat di bawah ini. Antaranya adalah seperti Tongkat aji samad, Tulang belut, Tengkuk biawak dan larak tupai jantan.

Adakah anda pernah melihat dan mengenalinya sebelum ini?

Page 20: Tumbuhan Herba - Assgmt Sn September 2010

Kayu herba yang biasa kita lihat adalah seperti di atas iaitu kayu serapat dan kayu kacip fatimah. Gambar di bawah pula ialah kayu-kayu herba seperti tongkat ali dan derhaka mertua.

http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s2_99/a58692.htm

HERBAL DAN TUMBUHAN UBATAN

PENDAHULUAN

Penggunaan tumbuhan  dan herba sebagai ubat dalam masyarakat di Malaysia khasnya masyarakat Melayu telah memakan zaman. Tradisi ini sejajar dengan keistimewaan Bumi Malaysia sebagai sebuah negara kaya dengan pelbagai Flora. Khazanah ini sebenarnya telah lama menyimpan  rahsianya sendiri khasnya dalam bidang perubatan. Jauh daripada itu Bumi Malaysia yang indah ini sebenarnya mempunyai 7000 spesies tumbuhan yang telah di cam dapat menyumbangkan dalam bidang perubatan . Namun begitu, kini amalan dan tradisi asalnya telah banyak diperkaya oleh interaksi pelbagai budaya yang dialami oleh masyarakat kita di Malaysia. Sementara dari segi kaedah penggunaannya juga berbeza.

            Masyarakat Melayu Islam misalnya, mempunyai kaedah yang begitu halus dalam menggunakan tumbuhan sebagai ubat. Pengalam perubatan ini, akan mematuhi tata tertib tersebut berasaskan kepada apa yang telah mereka pelajari.

Menyentuh dari segi penggunaan tumbuhan sebagai ubat, ada pengamal berpendapat bahawa Allah telah melengkapkan tumbuhan itu sebagai ubat bagi penyakit-penyakit tertentu atas fitrahnya. Sebagai contohnya pucuk daun busuk-busuk boleh digunakan bagi mengelakkan darah terus keluar  akibat gigitan pacat dan akan sembuh tanpa rasa gatal. Dengan hanya mengentel pucuk daun ini hingga hancur dan gosokkan pada kesan gigitan pacat tadi dan pupukkan

Page 21: Tumbuhan Herba - Assgmt Sn September 2010

bakinya di atas tempat gigitan itu. Ini yang dikatakan khazanah yang amat berharga.

            Dalam penulisan ini kebanyakan daripada tumbuhan yang dinyatakan

nanti adalah daripada jenis herba dan tumbuhan yang lazim di dapati.

Antaranya ialah  seperti berikut di bawah.

ARA SONGSANG

Acanthaceae

Asystasia  coromandeliana

Ara Songsang/Rumput

Israel

Pengenalan

Asytasia coromandeliana ialah rumput liar yang tumbuh di merata di sekitar

kawasan yang terbiar atau di kebun-kebun. Tumbuhan ini tumbuh dengan subur

terutama di tanah berpasir dan kawasan yang agak redup. Daunnya bersaiz

kurang daripada 3 cm lebar  dan 5 cm panjang. Manakala batangnya agak

lembut dan berair serta bunganya berwarna putih.

            Tumbuhan ini tumbuh menjalar atau tegak. Kebiasaanya dijumpai di

bahagian utara Semenanjung, di kawasan berpasir.

Kegunaannya

Page 22: Tumbuhan Herba - Assgmt Sn September 2010

Asystasia coromandeliana  ini biasanya diguunakan untuk melawaskan buang air

kecil sekiranya herba ini dimakan atau diminum air rebusannya. Pada setengah

orang pula herba ini digunakan juga  bagi mengubati bengkak-bengkak dan luka

dengan menampalkan daun yang telah dihancurkan.

            Daunnya boleh digunakan bersama dengan paku merak seterusnya

digosok pada badan untuk mengubati bisa tulang dan sakit-sakit otot. Diketahui

juga hasil dapatan orang lain, akarnya dikunyah bersama pinang mujarab bagi

mengubati batuk. Jus dari daun untuk merawat mata kabur dan daun juga

digunakan bersama bawang sebagai sapuan untuk merawat kejang otot.

BETIK

Caricaceae

Carica papaya

Betik

Pengenalan

Pokok ini merupakan tumbuhan separa berkayu, sederhana tinggi dan besar.

Disamping itu tumbuhan ini mempunyai batang bertompok-tompok bekas

tangkai gugur dan berongga. Dari segi ketinggiannya tumbuhan ini mencapai 7

m manakala berdiameter di antara 10 – 13 cm.

            Tumbuhan ini mempunyai akar yang lembut dan kelihatan seperti lobak

manakala daunnya bercabang dan runcing di hujungnya serta terkeluar di

hujung batang. Bunganya berwarna putih, manakala buahnya berwarna hijau

dan kuning atau kuning kemerahan apabila masak kelak. Bijinya pula berwarna

hitam keperangan dan ditanam serta akan tumbuh meliar di kawasan kampung

yang bertanah lembab.

Kegunaan

Page 23: Tumbuhan Herba - Assgmt Sn September 2010

Daun Carica papaya  ini dikatakan mengandungi papain, yang boleh digunakan

untuk membungkus daging selama satu jam bertujuan untuk melembutkannya.

Daunnya juga boleh diambil airnya dan diminum untuk tujuan menguruskan

badan, melancarkan haid, serta sebagai penahan sakit dan jangkitan. Selain itu,

daunnya juga dijadikan rokok untuk merawat asma, sementara ekstrak dari

daun boleh digunakan sebagai julap.

            Buah Carica papaya  merupakan sumber vitamin C dan dapat membantu

pencernaan, manakala jus daripada buah boleh diambil sebagai bahan kosmetik

bagi menghilangkan bintik-bintik hitam atau ketuat di muka dan melegakan

sakit akibat terbakar. Biji tumbuhan ini pula digunakan untuk merawat malaria,

kanser, kuatil dan buasir. Ia juga dijadikan ramuan ubat “param” untuk wanita

selepas bersalin, iaitu dicampur air suam dan disapu pada perut.

            Resin yang didapati dari biji digunakan untuk mengeluarkan cacing dari

usus. Manakala pucuknya dimakan sebagai ulam mentah, juga dipercayai boleh

menurunkan tekanan darah tinggi dan merangsang pengeluaran susu ibu. Ia

juga dijadikan tonik untuk melancarkan penghadaman. Sakit seperti sengal otot

boleh dirawat dengan mengambil alkohol yang diekstrak daripada pokok betik

betina.

            Sumber lain mengatakan bahawa biji dan betik muda boleh

menyebabkan keguguran. Berasal dari Amerika Tengah.

GELENGGANG  BESAR

Leguminosae

Cassia alata Linn

Gelenggang Besar

Pengenalan

Page 24: Tumbuhan Herba - Assgmt Sn September 2010

Tumbuhan Cassia alata Linn  mempunyai batang yang berwarna hitam, lembut

dan bertompok putih, berdiameter di antara 5 – 6 cm manakala ketinggiannya

boleh mencapai 3 cm.

            Daunnya adalah jenis majmuk pinat dalam susunan bertentangan,

dengan urat daun berwarna kuning keorenan, mempunyai bau busuk dan

terdapat parut pada tangkai daunnya. Bentuk daun bujur, bulat di hujung dan

lebar di pangkal. Manakala bunganya bergugus dalam satu jambak dan

berwarna jingga. Lengai mempunyai kulit yang tebal, berbentuk bujur dan

bersayap di tepi. Dan mempunyai biji antara 50 – 70 serta bersaiz kecil dan

berwarna hitam. Akarnya adalah berwarna hitam.

            Pokok jenis renik ini kebiasannya ditemui di tepi jalan, dikawasan

rendah, berpaya dan kawasan kampung yang lembab.

Kegunaan

Tumbuhan Cassia alata Linn  ini boleh mengubati penyakit kulit seperti kurap,

kudis dan panau  dengan kaedah mengikis permukaan kulit yang dijangkiti.

Kemuduiannya ramas daunnya bersama minyak tanah dan kapur, lalu digosok

pada bahagian yang terkena jangkitan.

            Manakala daunnya juga boleh dimakan sebagai ulam bagi merawat

sembleit dan digunakan bagi membalut tungku bagi kegunaan selepas wanita

bersalin. Tumbuhan ini juga didapati mujarab untuk merawat sembelit, penyakit

cacaing serta ulser mulut (seriawan mulut)

            Kajian sanitifik mendapati ia mengandungi chrysophanol, emodin, allo-

emodin, tannin dan rhein yang bersifat antifungal.

Page 25: Tumbuhan Herba - Assgmt Sn September 2010

JELAI

Ophioglossaceae

Helminthostachys 

zeylanica (L) Hook.

Jelai / Tunjuk Langit.

Pengenalan

Herba Helminthostachys  zeylanica (L) Hook merupakan tumbuhan rumpai jenis

resam. Tumbuhan ini menjalar dengan batangnya mempunyai diameter

sehingga 1 cm, dan berwarna perang, lembut serta lurus. Manakala daunnya

tersusun spiral dan berpelepah. Mempunyai tangkai spora yang panjang seperti

benang dipintal, menunding ke langit dan mengeluarkan spora berwarna coklat

susu.

            Helminthostachys zeylanica (L) Hook mempunyai akar yang serumpun,

berwarna merah dan memiliki rasa lemak.  Ia mudah tumbuh di kawasan

lembah yang lembab dan agak teduh.  Kebiasannya herba ini boleh didapati

berhampiran dengan kampung dan kebun kecil getah di bahagian utara

Semenanjung.

Kegunaan

Pokok Helminthostachys  zeylanica (L) Hook ini boleh dicampur dengan pokok

ubatan lain dan direbus, kemudiannya airn rebusan itu diminum. Ia juga

Page 26: Tumbuhan Herba - Assgmt Sn September 2010

dijadikan sebagai sebagai campuran untuk membuat ubat periuk bagi wanita

selepas bersalin. Manakala pucuknya dijadikan sayur dan kadang kala dimakan

bersama sirih. Jauh daripada itu rizomnya pula digunakan untuk merawat batuk,

penyakit siplis, caranya dimakan bersama sirih dan juga dijadikan tonik. Bagi

batangnya yang tua pula boleh digunakan untuk menganyam tikar

LENGKUAS

Zingiberacea

Alpinia  galanga Sw.(Lengkuas

galanga, stuntz)

Lengkuas.

Pengenalan

Herba keluarga halia ini tumbuh secara berumpun dan mempunyai saiz yang

agak besar. Daun dan pelepahnya berwarna hijau. Manakala bunga dan buahnya

bergugus di hujung batang. Bunga berwarna putih dan buahnya pula boleh

menjadi hijau apabila tua.

            Herba Alpinia galanga Sw. (Lengkuas galanga, stuntz) ini membiak

melalui rizom yang agak besar. Isi rizomnya akan berwarna kuning keputihan.

Herba ini tumbuh secara meliar, namun mudah didapati kerana ia merupakan

jenis halia yang sering ditanam oleh penduduk kampung khasnya. Kini rizomnya

mudah didapati di pasar, terutamanya di bahagian yang menjual sayur-sayuran

kampung.

Page 27: Tumbuhan Herba - Assgmt Sn September 2010

Kegunaan

Tumbuhan ini masih meluas digunakan oleh masyarakat terutamanya di 

Malaysia sebagai campuran dalam masakan serta rempah ratus dan ubatan.

Tumbuhan ini telah dikenali sejak beribu tahun yang lampau sebagai rempah.

Manakala rizomnya digunakan untuk merawat penyakit berkenaan dengan

penghadaman, cirit-birit dan sejuk di dalam badan.

            Selain itu, tumbuhan ini juga digunakan bagi merawat demam yang

berulang-ulang pada seseorang. Kini lengkuas telah digunakan dalam bentuk

kapsul begi menghuilangkan mabuk laut atau mabuk perjalanan . Ini adalah satu

kaedah yang perlu diteruskan kepada jenis herba yang lain

MISAI  KUCING

Labiates

Orthosiphon  granddiflorus (sinonim: O. stamineus)

Misai Kucing

Pengenalan

Pokon herba Orthosiphon  granddiflorus (sinonim: O. stamineus) ini mempunyai

batang berwarna hijau perang dan sedikit berbulu. Dari segi ketingginanya,

tumbuhan ini mencapai antara 30 cm – 60 cm dan berdiameter di antara 0.5 –

0.8 cm. Jneis daun yang bertentangan, berwarna hijau kebiruan dan bergerigi di

tepi.

            Bunganya pula bertingkat secara memanjnag dalam bentuk jambak dan

berwarna putih serta kemerahan sedikit.  Pistil dan stamen menjulur keluar dari

corong bunga dan buahnya didapati di dalam bunga.

Page 28: Tumbuhan Herba - Assgmt Sn September 2010

            Tumbuhan ini timbuh di kawasan terbiar di sekitar perkampungan,

terutamanya di tepi jalan, tali air dan kebun.  Pokok ihni dikatakan berasal dari

Indo- Malaya.

Kegunaan

Daun Orthosiphon  granddiflorus (sinonim : O. stamineus) ini boleh dicampurkan

dengan pokok ubatan lain, dengan cara daunya diramas dan ditampal pada

bahagian yang dijangkiti penyakit kulit. Air rebusan pokok ini digunakan untuk

merawat batu karang di pundi kencing.

            Tumbuhan ini juga digunakan untuk merawat kencing manis dengan

cara merebus bersama Hempedu Bumi. Dua atau tiga kali daun direndam di

dalam air panas, dan dibiarkan hingga suam dan diminum bagi merawat darah

tinggi. Selain itu daunnya juga boleh digunakan untuk melawaskan buang air

kecil.

POKOK LETUP-LETUP

Passiflora  foetida

Pokok Letup-letup

Pengenalan

Tumbuhan Passiflora  foetida ini sering juga ditemui sebagai tanaman penutup

bumi di ladang getah atau kelapa sawit. Habitat tumbuhan letup-letup ini

sememangnya mudah hidup di kawasan-kawasan tanah terbiar. Walaupun

habitatnya di kawasan terbiar, tetapi ia mempunyai khasiat yang baik pada

sudut perubatan herba. I a tumbuh secara menjalar. Daun berwarna hijau serta

lebar.

Kegunaan

Page 29: Tumbuhan Herba - Assgmt Sn September 2010

Tumbuhan ini  sesuai untuk merawat gatal-gatal kulit, luka dan batuk. Oleh itu

tumbuhan ini adalah sesuai untuk penjagaan kesihatan. Bagi merawat gatal-

gatal kulit, beberapa batang pokok letup-letup diperlukan. Iaitu ambil seluruh

pokoknya, termasuk dengan akar nya sekali. Buangkan segala kotoran yang ada

pada pokok itu terlebih dahulu. Kemudian rebuskannya sehingga ia menididh.

Tunggulah ia suam sedikit sebelum mengambil airnya untuk digunakan sebagai

air basuhan.

            Dalam merawat luka, caranya adalah dengan menggunakan beberapa

helai daun yang dilumatkan. Daun yang telah dilumatkan itu, dipupuk pada

bahagian yang luka tersebut. Manakala bagi marawat batuk pula, dengan

merebuskan beberapa batang pokok letup-letup ini. Air rebusan seluruh pokok

tersebut hendaklah diminum airnya setelah  air itu suam.

SELDERI

Umbelliferae

Apium  graveolens

Selderi

Pengenalan

Herba  Apium  graveolens  mempunyai batang berpelepah hijau, walaupun

bersegi tetapi licin dan berkilat. Tumbuh sehingga 50 cm dan mempunyai bunga

yang agak kecil. Manakala buahnya pula mempunyai biji halus berwarna coklat

kehitaman apabila masak.

Page 30: Tumbuhan Herba - Assgmt Sn September 2010

            Selderi ditanam daripada biji benih yang diimport. Walau bagaimanapun,

daun selderi telah diterima sebagai sayuran atau perencah masakan di Malaysia.

Ia mudah didapati di pasar dan pasar raya.

Kegunaan

Biji selderi ini merupakan satu daripada ramuan rempah ratus. Umumnya,

keseluruhan pohon selderi ini digunakan untuk perubatan. Khasiatnya pula

ialah  boleh merawat sengal-sengal tulang dan gout. Ia membantu

mengeluarkan bahan buangan daripada badan serta mengurangkan keasidan

badan.

            Khasiat bijinya yang lain ialah boleh melawaskan kancing, mempunyai

nilai antiseptik serta boleh menghuilangkan infeksi pundi dan saluran kancing. 

Dan selderi ini juga boleh merendahkan tekanan darah dan mencegah sengal-

sengal tulang.

SERUNTUM

Menispermaceae

Tinospora  tuberculata, Beumee.

Seruntum / Petawali.

Pengenalan

Page 31: Tumbuhan Herba - Assgmt Sn September 2010

Tumbuhan  Tinospora  tuberculata, Beumee   merupakan sejenis pepanjat yang

melilit untuk memanjat.  Daunnya berbentuk hati seperti sirih tetapi pada

keseluruhannya lebih bulat dan runcing di hujung.

            Batangnya kelihatan berparut kasar dengan diameter menghampiri 2

cm. Boleh tumbuh dengan mudah dan cepat melalui pembiakan keratan batang.

Semua bahagian pepanjat ini mempunyai rasa yang sangat pahit. Oleh itu

tumbuhan ini kadang kala ditanam oleh penduduk kampung dan kadang kala

keratan batangnya boleh dibeli di pasar tani yang menjual tumbuhan ubatan

tradisional dalam bentuk kering atau segar.

Kegunaan

Tumbuhan Tinospora  tuberculata, Beumee  ini digunakan sebagai tonik dan

pelawas kencing. Akar, batang, daun serta ekstrak tumbuhan ini digunakan

untuk merawat berbagai jenis demam.  Kencing manis juga telah cuba dirawat

dengan menggunakan akar petawali ini, walaupun keberkesanannya masih

dipersoalkan.

            Air rebuasn keseluruhan pokok ini dijadikan ubat kolera dan daunnya

sebagai pembunuh cacing. Oleh kerana rasanya yang terlalu pahit, ia boleh

menyebabkan muntah dan digunakan untuk memaksa muntah dalam marawat

bisa patukan ular.

            Petawali juga boleh diambil untuk kegunaan luaran sebagai ubat pupuk

untuk gatal, luka dan membasuh mata yang bengkak atau pedih.

KESIMPULAN

Berdasarkan penjelasan di atas, kita tidak dapat nafikan bahawa tumbuh-

tumbuhan seperti herba sememangnya mempunyai rahasianya tersendiri dan

berhubung rapat dengan bidang perubatan dan sebagainya. Terpulanglah

kepada sesiapa saja yang ingin membongkar segala rahasia khazanah berharga

Page 32: Tumbuhan Herba - Assgmt Sn September 2010

ini, walau apapun khazanah ini tetap bernilai selaras dengan arus ledakan

teknologi maklumat yang dapat memudahkan lagi penyelidikan tentang

tumbuhan atau herba  sakti ini.

             Jauh daripada itu , manusia kini telah beralih menumpukan dan

menghampiri khazanah alam, yang Allah ciptakan untuk dimanafaatkan oleh

manusia dan menjadi sebahagian daripada lambang keagungan-Nya. Segalanya

ini atas kesedaran yang mendalam dengan pelbagai kesukaran dan pencarian

penyelesaian masalah penyakit yang merembat manusia masa kini.

BIBLIOGRAFI

Azahari Ibrahim. 1997. Ubat-ubatan tradisional Arab dan Melayu. Penawar 200

Jenis

            Penyakit. Darul Nu’man, Kuala Lumpur.

Hashnan Abdullah 1999.Mingguan Malaysia Ahad (5):  Kesihatan :

Keistimewaan Air rebusan Pokok Letup-letup. Hal. 27.

Abd. Rahman Md. Derus, 1998, Pengenalan Dan Penggunaan : Herba Ubatan.

Multi

            Triple Vision Sdn.Bhd.

Muhammad Zakaria dan Mustafa Ali Mohd. 1992. Tumbuhan dan Perubatan

Tradisional. Penerbit Fajar Bakti, Kuala Lumpur.