tugasan waj3106 baru

6
1.0 PENGENALAN Etnik atau etnos dalam bahasa asal Greek yang bermakna manusia atau bangsa. Ia merujuk kepada pengenalan diri seseorang ke dalam kumpulan yang mempunyai latar belakang keturunan nenek moyang yang sama. Mereka mempunyai keturunan dari segi sejarah, negara asal, bahasa, tradisi, budaya, struktur dan sistem nilai. Mengikut kamus Dewan pula, etnik merujuk kepada sesuatu kaum atau masyarakat majmuk yang mempunyai kelompok, yang hidup berlainan tetapi di bawah sistem politik yang sama. Dalam mengeratkan hubungan antara etnik dalam kalangan masyarakat Malaysia, kerajaan dan masyarakat itu sendiri telah berusaha untuk membangunkan beberapa program untuk meningkatkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Usaha-usaha ini dilakukan secara berperingkat-peringkat dan berterusan agar ianya di jadikan budaya yang murni yang mampu di jadikan role model kepada Negara- negara serantau untuk menjadikan Malaysia suatu Negara yang unik dan aman.

Upload: azirawaty

Post on 23-Dec-2015

218 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

waj

TRANSCRIPT

Page 1: TUGASAN WAJ3106 baru

1.0 PENGENALAN

Etnik atau etnos dalam bahasa  asal Greek yang bermakna  manusia atau

bangsa. Ia merujuk kepada pengenalan diri seseorang ke dalam kumpulan yang

mempunyai latar belakang  keturunan  nenek moyang  yang sama. Mereka mempunyai 

keturunan  dari segi sejarah, negara  asal,  bahasa, tradisi, budaya, struktur dan  sistem

nilai.

Mengikut kamus Dewan pula, etnik merujuk kepada sesuatu kaum atau

masyarakat majmuk yang mempunyai kelompok, yang hidup berlainan tetapi di bawah

sistem politik yang sama. Dalam mengeratkan hubungan antara etnik dalam kalangan

masyarakat Malaysia, kerajaan dan masyarakat itu sendiri telah berusaha untuk

membangunkan beberapa program untuk meningkatkan perpaduan antara kaum di

Malaysia. Usaha-usaha ini dilakukan secara berperingkat-peringkat dan berterusan

agar ianya di jadikan budaya yang murni yang mampu di jadikan role model kepada

Negara-negara serantau untuk menjadikan Malaysia suatu Negara yang unik dan

aman.

Untuk itu, kerjasama daripada masyarakat perlu ada untuk menjayakan lagi misi

Negara kita iaitu membentuk perpaduan antara kaum agar krisis perkauman dan krisis

ekonomi mampu di atasi dengan jayanya. Bak kata pepatah melayu, duduk sama

rendah berdiri sama tinggi, iaitu bermaksud apapun jua yang terjadi penduduk Malaysia

sama ada berbangsa Melayu, cina atau India, haruslah Sama setaraf iaitu dari segi

ekonomi, pendidikan dan sosial.

Page 2: TUGASAN WAJ3106 baru

2.0 PERANAN DAN CABARAN PIHAK SEKOLAH DALAM MENGERATKAN

HUBUNGAN ETNIK.

Malaysia adalah sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan sememangnya

penting untuk difikirkan. Perbezaan dapat dilihat bukan sahaja dari segi etnik malahan

dari segi aspek ekonomi, kebudayaan dan agama. Ia telah dijadikan sebagai

pemangkin untuk mencapai perpaduan. Oleh itu, sekolah merupakan satu pusat

integrasi antara pelajar pelbagai kaum. Integrasi di peringkat sekolah rendah adalah

penting untuk perpaduan.

Untuk itu, pihak sekolah hendaklah mengambil pelbagai langkah agar perpaduan

serta integrasi dapat dipupuk sejak dari bangku sekolah lagi kepada pemimpin masa

hadapan. Kementerian Pendidikan hendaklah mengambil inisiatif bagi memastikan

pihak sekolah melalui guru dan juga Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dapat

memainkan peranan masing-masing. Dalam merealisasikan matlamat untuk terus

menjadikan sekolah sebagai platform terbaik memupuk semangat perpaduan di

kalangan anak murid, peranan sekolah rendah dan menengah perlu diperhalusi semula.

Ia juga boleh dilaksanakan melalui penganjuran pelbagai aktiviti dan program dengan

kerjasama PIBG tanpa hanya bergantung harap kepada pengajaran subjek sejarah

semata-mata. Aktiviti yang diadakan perlulah mewujudkan lebih banyak peluang dan

ruang untuk anak kita bergaul dan beramah mesra dengan rakan daripada agama dan

bangsa lain. Seperti kata Muhyiddin semua sekolah perlu mengambil inisiatif

menganjurkan program tertentu bagi memupuk perpaduan, toleransi dan kepelbagaian

antara murid.

Page 3: TUGASAN WAJ3106 baru

Perpaduan di peringkat sekolah dapat dicapai melalui mengadakan kurikulum

yang seragam untuk semua sekolah. Menurut Mok Soon Sang, kurikulum merangkumi

pengalaman kehidupan nyata dan tidak nyata yang diplih, diorganisasi dan disusun oleh

sarjana pendidikan dan pakar kurikulum dengan secara teliti dan profesional, demi

menjadikan pelbagai jenis aktiviti pembelajaran nyata dan tidak nyata seperti yang

dijalankan dalam dan luar bilik darjah, dalam dan luar sekolah, untuk semua peringkat

persekolahan.

Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja

yang terancang. Kepentingan pelaksanaan aktiviti ini setara dengan  kepentingan

pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya juga turut menjadi

penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di

sekolah keseluruhannya. Aktiviti-aktiviti kokurikulum membantu pelajar untuk

menambah,mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang

telah dipelajari di dalam bilik darjah. Peranan utama kokurikulum ialah untuk memupuk

dan mengeratkan hubungan di kalangan pelajar dan juga antara sekolah dengan

masyarakat.

Sukan juga menjadi salah satu daripada alat perpaduan di peringkat sekolah.

Sukan dijalankan bukan semata-mata untuk kesihatan tetapi juga untuk perpaduan di

kalangan masyarakat. Matlamat utama hari sukan ialah mewujudkan persefahaman,

semangat kekitaan dan perpaduan diantara pelajar-pelajar sekolah. Perancangan

setiap karnival sukan bermula dengan mesyuarat ahli jawatankuasa. Guru-guru perlu

mengadakan mesyuarat terlebih dahulu bagi memastikan perjalanan karnival ini

berjalan dengan lancar. Selepas mengadakan mesyuarat antara guru, libatkan pelajar

Page 4: TUGASAN WAJ3106 baru

untuk menjadi sebahagian daripada jawatankuasa. Misalnya dalam jawatankuasa

hadiah, tempatkan murid melayu, cina dan india untuk bekerjasama menggerakkan

kerja yang mereka perlu laksanakan. Guru-guru perlu membimbing agar mereka dapat

melaksanakan kerja yang diberikan dan dalam masa yang sama dapat bekerja secara

berkumpulan walaupun mereka mempunyai perbezaan yang nyata.

Melalui pengalaman terlibat dalam mengurus karnival sukan seperti ini, mereka

akan lebih menghargai pengetahuan yang telah mereka perolehi. Selain itu, mereka

juga akan belajar bertanggungjawab, bertolak ansur dan bersikap terbuka dalam

melakukan sesuatu. Dengan ini, secara tidak langsung mereka akan belajar untuk

menerima idea dan pandangan orang lain. Bukan itu sahaja, mereka juga akan

mengeratkan lagi hubungan silaturahim dengan pentadbiran, guru, rakan-rakan dan

warga sekolah yang lain.

3.0 KESIMPULAN

Page 5: TUGASAN WAJ3106 baru