tugasan waj3106 etnik

25
TAJUK TUGASAN INDIVIDU: 1 (a) 1. Perjuangan mempertahankan etnik akan menimbulkan konflik dalam masyarakat. Bincangkan sejauhmana Gagasan 1 Malaysia mampu merealisasikan hasrat untuk mengurangkan konflik antara etnik di Malaysia. PENDAHULUAN Kini, cabaran globalisasi semakin melanda seluruh dunia, setiap Negara berusaha dan menyusun strategi masing-masing agar tidak tersisih daripada arus kemajuan dunia dan menjadi mangsa penindasan pihak tertentu. Bagi melahirkan Bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi, termasuk dalam bidang sosial, ekonomi dan politik, maka Perdana Menteri Malaysia keenam , Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak telah memperkenalkan Konsep 1Malaysia yang berpaksikan prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” pada 2 April 2009(http://ms.wikipedia.org/wiki/1Malaysia). Konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan, adalah kesinambungan daripada dasar-dasar yang dibawa oleh pemimpin- pemimpin terdahulu. Konsep ini bukanlah suatu perkara baru. Sebaliknya 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, merupakan satu usaha yang telah lama diamalkan. Usaha-usaha memelihara dan menjaga kepentingan rakyat serta negara sudah dilaksanakan sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Usaha-usaha membangunkan rakyat dan Negara telah disambung oleh Perdana Menteri-Perdana 1

Upload: tan-fen

Post on 29-Jun-2015

1.605 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 1. 1 TAJUK TUGASANINDIVIDU: 1(a) 1. Perjuangan mempertahankan etnik akan menimbulkan konflik dalam masyarakat.Bincangkan sejauhmana Gagasan 1 Malaysia mampu merealisasikan hasrat untuk mengurangkan konflik antara etnik di Malaysia. PENDAHULUAN Kini,cabaran globalisasi semakin melanda seluruh dunia, setiap Negara berusaha dan menyusun strategi masing-masing agar tidak tersisih daripada arus kemajuan dunia dan menjadi mangsapenindasan pihak tertentu. Bagi melahirkan Bangsa Malaysia yang lebih berdayatahan dalammenghadapi pelbagai cabaran yangdibawa oleh arus globalisasi, termasuk dalam bidangsosial, ekonomi dan politik, maka Perdana Menteri Malaysia keenam, Perdana MenteriDato Sri Mohd Najib Tun Razak telahmemperkenalkanKonsep 1Malaysia yang berpaksikan prinsip RakyatDidahulukan, Pencapaian Diutamakanpada 2 April 2009(http://ms.wikipedia.org/wiki/1Malaysia). Konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan, adalah kesinambungan daripada dasar-dasar yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin terdahulu. Konsep ini bukanlah suatu perkara baru. Sebaliknya 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, merupakan satu usaha yang telah lama diamalkan. Usaha-usaha memelihara dan menjaga kepentingan rakyat serta negara sudahdilaksanakan sejak zaman Tunku Abdul RahmanPutra Al-Haj.Usaha-usaha membangunkan rakyat dan Negara telah disambung oleh Perdana Menteri-Perdana Menteri seterusnya. Setiap Perdana Menterimempunyai gagasan tersendiri, namun matlamatnyatetap sama iaitu untuk rakyat dan negara. Konsep 1Malaysia bertujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di negara ini sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran, yang bertujuan menggugat kesejahteraan hidup mereka.Konsep ini juga, jika dihayati sepenuhnya oleh semua pihak, mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih aman, stabil dan maju dalam segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia.

2. 2 LOGO 1MALAYSIA (Gambar ini dari http://vectorise.net/vectorworks/logos/ Jabatan%20Kerajaan/downloads/1malaysia2.htm) Logo 1Malaysia terbentuk dari nombor satu dan berlatarbelakangkan bendera Malaysia.Logo Tersebut melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa. MATLAMAT 1 MALAYSIA Mengikut (booklet 1Malaysia, 2009),1Malaysia bermatlamat untuk mengekal dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran. Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan bermula sejak kemerdekaan dicapai. 1Malaysia bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan rakyat Malaysia. Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar. (Sumber :Booklet 1Malaysia, Jabatan Penerangan Malaysia,m/s14) ASPEK-ASPEK UTAMA1MALAYSIA Konsep 1Malaysia digagaskan akan terlaksana dalam dua aspek utama : Aspek Pertama - Penerapan Teras-teras perpaduan Aspek Kedua -Penerapan nilai-nilai murni 3. 3 Aspek Pertama Aspek Kedua Teras-teras Perpaduan Penerapan nilai-nilai murni (sumber : Jabatan Perdana Menteri, 2009, Booklet 1Malaysia) PRODUK 1MALAYSIA Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia (SARA) Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M) Amanah Saham 1Malaysia Menu 1Malaysia Kedai Rakyat 1Malaysia Produk-produk Kedai 1Malaysia Meja Bulat Online 1Malaysia Perbadanan Program Perumahan 1Malaysia (PRIMA) Senam Seni 1Malaysia Batik 1Malaysia Taska 1Malaysia Klinik 1Malaysia Susu 1Malaysia (sumber dari laman : http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/364- 1-malaysia/8089-produk-1malaysia.html) 4. 4 RANCANGAN-RANCANGAN GAGASAN 1 MALAYSIA KEY PERFORMANCE INDICATORS(KPI) Perdana Menteri membuat penilaiannya ke atas 28 menteri dan 40 timbalan menteri menjelang November 2009. PM telah memperkenalkan KPI pada 9 April 2009. Melalui KPI, PM akan menilai prestasi anggota pasukannya -- menteri dan timbalan menteri -- dalam mencapai matlamat pentadbirannya "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". (http://ms.wikipedia.org/wiki/NKRA) Secara keseluruhannya penggunaan KPI dalam pengukuran prestasi organisasi dapat difokuskan kepada tiga perkara utama iaitu: i. Menjelaskan hala tuju organisasi ii. Organisasi dapat memberikan tumpuan kepada bidang-bidang utama kepada pihak berkepentingan iii. Menilai semula prestasi yang telah disasarkan Kesimpulannya, penggunaan petunjuk prestasi utama ( KPI ) merupakan satu amalan yang harus diterapkan ke dalam budaya kerja yang berasaskan prestasi. KPI adalah penting bagi memastikan tahap prestasi tercapai seperti yang telah ditetapkan bagi memenuhi kehendak pihak-pihak berkepentingan. Melalui penggunaan KPI tindakan penambahbaikan secara berterusan dapat memenuhi kehendak pelanggan. NKRA Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA (NATIONAL KEY RESULT AREAS) merupakan usaha kerajaan Malaysia untuk memenuhi keperluan rakyat.NKRA diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 11 Julai 2009. Hala tuju strategik NKRA , perancangan dan pelaksanaan selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-10. (http://ms.wikipedia.org/wiki/NKRA) Enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ialah usaha untuk menyediakan dan meningkatkan tahap kesejahteraan kepada rakyat. Bidang-bidang tersebut adalah berkaitan jenayah, rasuah, pendidikan, meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, memperkasa prasarana luar bandar dan pendalaman serta menambah baik pengangkutan awam. NKRA yang pertamaialahmengurangkan Kadar Jenayah. Kerajaan memandang serius isu pencegahan jenayah dan meletakkan keutamaan 5. 5 pengurangan kadar jenayah sebagai salah satu NKRA di bawah Kementerian Dalam Negeri. Untuk itu, kerajaan telah mengenal pasti NKRA pengurangan jenayah dan di pecah bahagi kepada tiga bahagian iaitu: i) Jenayah jalanan ii) Keselamatan awam iii) Peningkatan Prestasi Agensi Penguatkuasaan (http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/466-pengenalan-nkra/4808- pointers-6-bidang-keberhasilan-utama-negara-nkra.html) NKRA yang keduaialahmemerangi rasuah.Kerajaan amat komited dalam usaha memerangi rasuah.Seperti mana yang kita semua tahu, gejala rasuah haruslah dibendung sebelum ianya terus membarah.Sehubungan dengan itu, kerajaan telah pun mengambil keputusan bahawa semua perolehan kerajaan haruslah menggunakan tender terbuka atau pun tender terhad kecuali dalam kes- kes tertentu.Manakala dari segi peningkatan penguatkuasaan, kerajaan telah pun menaikkan taraf badan pencegah rasuah menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan bidang kuasa dan perundangan yang lebih efektif. NKRA yang ketigaialah meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan.Kerajaan akan terus mengiktiraf dan memberikan ruang kepada yang terbaik dan terbilang tanpa mengira latar keturunan mahupun taraf sosioekonomi.Dalam bidang pendidikan, PM mahu memastikan anak-anak bangsa mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Sub NKRA terbahagi kepada 4 iaitu : 1. Memperluas dan memantapkan pendidikan prasekolah 2. Meningkatkan kadar literasi dan numerasi (LINUS). 3. Mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi 4. Insentif berbentuk kewangan dan bukan kewangan kepada kepimpinan sekolah. NKRA yang keempat ialahmeningkat Taraf Hidup Rakyat Yang Berpendapatan Rendah. PM bertekad untuk membanteras kemiskinan tegar menjelang 31 Disember 2010 sesuai dengan matlamat RMK9. Mengikut rekod sistem e-kasih, terdapat hampir 45,000 ketua isi rumah (KIR) miskin tegar di seluruh negara.Daripada jumlah itu, lebih 11,000 telah disahkan statusnya dan telah pun mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sememangnya, sumbangan kaum wanita kepada pembangunan negara tidak dapat dinafikan.Bersesuaian itu kerajaan berhasrat untuk melatih dan melahirkan 6. 6 lebih ramai jumlah usahawan wanita. Sehingga Jun 2009 sahaja, seramai 717 wanita yang berpotensi untuk dibimbing menjadi usahawan dalam program Sahabat Amanah Ikhtiar telah dikenal pasti.(http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu- nasional/466-pengenalan-nkra/4808-pointers-6-bidang-keberhasilan-utama-negara- nkra.html) NKRA yang kelimaialah Memperkasa Prasarana Luar Bandar dan Pedalaman.Sasaran utama ialah pembinaan jalan raya luar bandar, penyediaan bekalan elektrik, bekalan air serta perumahan rakyat luar bandar di Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Kerajaan turut berhasrat untuk menyediakan kemudahan kediaman - perumahan rakyat termiskin (PPRT) yang lebih selesa kepada golongan miskin dan sehubungan itu, Kerajaan akan membina dan membaik pulih rumah bagi keperluan golongan tersebut di seluruh Malaysia. NKRA yang keenam ialah Menambah Baik Pengangkutan Awam dalam jangka masa sederhana.Dalam era Malaysia melangkah sebagai sebuah negara maju, kerajaan berhasrat untuk menyediakan rangkaian sistem pengangkutan awam yang komprehensif bagi memenuhi keperluan rakyat. Pada kesimpulannya, NKRA ini telah membuktikan kerajaan berkomited untuk melaksanakan transformasi perkhidmatan kerajaan yang bermutu tinggi kepada rakyat.Ini kerana dengan adanya NKRA ini rakyat boleh menilai keberkesanan kepimpinan YB Dato Seri Najib Tun Razak secara adil dan sistematik tanpa berdasarkan emosi ataupun persepsi semata-mata.NKRA ini juga merupakan manifestasi kerajaan dalam meletakkan amanah dan mandat rakyat di kedudukan tertinggi dan bermaruah di samping mencapai konsep 1Malaysia di mana, rakyat didahulukan dan pencapaian di utamakan. PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN) Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan di Pusat Latihan PLKN seluruh Malaysia bagi sesetengah daripada mereka yang terpilih apabila menamatkan pendidikan sekolah menengah di Malaysia atau berumur 17 tahun ke atas. Ia bertujuan bagi pembinaan sahsiah diri bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. 7. 7 (http://ms.wikipedia.org/wiki/ Program_Latihan_Khidmat_Negara) Program Khidmat Negara akan dilaksanakan bagi mencapai objektif yang telah digariskan seperti berikut:- Meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda. Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional. Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Menyemarakkan semangat kesukarelaan. Melahirkan generasi muda yang lebih cergas,cerdas dan penuh keyakinan diri. (http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/218-program-program/875- program-khidmat-negara.html) BANTUAN RAKYAT SATU MALAYSIA Bantuan Rakyat Satu Malaysia adalah salah satu bantuan yang telah di janji oleh Dato Sri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dalam bajet 2012, Bantuan Khas RM500 akan diagihkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia melalui LHDN. Bantuan tunai, secara one-off, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Bantuan ini adalah tanda keprihatinan kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat. BANTUAN PERSEKOLAHAN Kerajaan juga telah memberikan Bantuan Persekolahan sebanyak RM 100 yang diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.Tujuan bantuan ini diberi pada awal tahun ini adalah bagi memudahkan proses pembelian keperluan pembelajaran bagi setiap pelajar. Bebanan ibu bapa dapat dikurangkan dengan wang bantuan persekolahan yang diberikan oleh kerajaan untuk menampung keperluan seperti membeli peralatan tulis dan buku- buku. Bantuan persekolahan ini juga menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap permasalahan rakyat mengenai masalah yang terpaksa di tanggung oleh ibu bapa setiap kali musim persekolahan bermula dalam menyediakan anak-anak agar mendapat suasana yang selesa dalam proses pembelajaran. 8. 8 BAUCAR BUKU 1MALAYSIA(BB1M) Kerajaan juga telah memperuntukkan pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) sebanyak RM 200 setiap pelajar yang berada di IPTA dan IPTS merangkumi diploma sehingga ke peringkat PhD serta bagi pelajar tingkatan enam seluruh negara.Pemberian baucar buku ini juga diberikan kepada semua penuntut untuk membeli keperluan pembelajaran.Ini kerana mahasiswa adalah golongan cerdik pandai yang bakal menerajui kepimpinan negara suatu masa nanti dengan corak kehidupan yang lebih baik dan berkualiti.Selain daripada itu, inisiatif ini dijangka dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia. SKIM AMANAH RAKYAT 1 MALAYSIA (SARA 1Malaysia) Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia (SARA 1Malaysia) adalah salah satu daripada pelaburan yang disediakan oleh kementerian Kewangan yang mana bertujuan untuk menggalakkan golongan berpendapatan rendah untuk menabung. Skim Amanah 1Malaysia ini merupakan salah satu daripada langkah kerajaan untuk menggalakkan rakyat untuk menabung dan membantu golongan yang berpendapatan rendah agar mampu mendapat pulangan yang tinggi daripada simpanannya. Dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia yang telah diberikan oleh pihak kerajaan ini dilihat benar-benar dapat membantu rakyat yang berpendapatan rendah di negara ini bagi menampung keperluan keluarga dan kos sara hidup yang kian meningkat. Selain itu, kedai 1Malaysia, Menu 1Malaysia dan Klinik 1Malaysia yang dilihat banyak membantu dalam meringankan beban rakyat dalam pelbagai aspek kehidupan khususnya golongan berpendapatan rendah. PENDIDIKAN PERCUMA Semua pelajar warga Malaysia sekolah rendah dan menengah Tahun 1 hingga Tingkatan 5 di seluruh negara mendapat pendidikan percuma dan bantuan pinjaman buku teks secara percuma kepada semua pelajar di sekolah rendah dan sekolah menengah. 9. 9 RUMUSAN Mengikut(Ruslan Zainuddin; Mohd Mahadee; Zaini Othman. 2005), Konsep 1 Malaysia membawa aspirasi untuk mengukuhkan hubungan kaum sebagai usaha bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan lebih erat seperti yang digariskan olah prinsip-prinsip Rukun Negara.Konsep 1Malaysia telah menjadi asas pegangan dalam menjaga keadilan untuk semua kaum dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Dalam konsep 1 Malaysia menghargai dan menghormati prinsip- prinsip Perlembagaan Persekutuan dan identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia dan menganggapnya sebagai satu aset yang patut dibanggakan.Rakyat Malaysia juga diberi kebebasan dalam menentukan pegangan hidup masing-masing tanpa sebarang halangan. Rancangan-rancangan 1Malaysia yang dilaksanakan adalah berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita.Asas bagi mewujudkan Malaysia yang bersatu ini ialah beberapa tolak ansur antara kaum dimasukkan ke dalam Perlembagaan termasuk pemberian kewarganegaraan, kedudukan agama Islam, Bahasa Melayu, Raja-raja Melayu dan kaum Bumiputera.Perpaduan antara kaum di negara ini telah diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur. Dalam Konsep 1Malaysia ini mempunyai rancangan-rancangan yang dapat mengurangkan dan membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Apabila semua rakyat Malaysia dapat menikmati ekonomi yang stabil maka perkara perpecahan dan sengketa kaum tidak akan berlaku lagi. Selain itu, 1Malaysia juga memberi tumpuan kepada peningkatan kualiti dan pencapaian individu yang berpotensi tanpa mengira kaum mahu pun agama.Pencapaian individu juga perlu diberi pengikitirafan yang setanding tanpa ada sikap pilih kasih mahu pun prejudis kaum. 10. 10 BIBLIOGRAFI Buku Bahagian Penerbit Dasar Negara. (2009, Ogos).Booklet 1Malaysia, Jabatan Penerangan Malaysia Komunikasi dan Kebudayaan Kementerian Penerangan. Jabatan Perdana Menteri.(2009).Booklet 1Malaysia Mardiana Nordin dan Hasnah Hussiin.(2011). Pengajian Malaysia.Oxford Fajar Sdn. Bhd. 407-414 Chin, Y. M. . Ira Meilita binti Ibrahim dan Wong, K.S. .(2010). Kenegaraan Malaysia (Edisi Kedua).Oxford Fajar Sdn. Bhd. 367-410 Ruslan Zainuddin. Mohd Mahadee Ismail dan Zaini Othman. (2005). Kenegaraan Malaysia. Oxford Fajar Sdn. Bhd. 391-400 Laman Web http://ms.wikipedia.org/wiki/1Malaysia http://vectorise.net/vectorworks/logos/Jabatan%20Kerajaan/downloads/1malaysia2.h tm http://ms.wikipedia.org/wiki/NKRA http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/218-program-program/875- program-khidmat-negara.html http://ms.wikipedia.org/wiki/ Program_Latihan_Khidmat_Negara) http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/466-pengenalan-nkra/4808- pointers-6-bidang-keberhasilan-utama-negara-nkra.html) 11. 11 Konsep Asas Hubungan Etnik Konsep Budaya Ciri-ciri budaya - dipelajari - dikongsi - bersifat jagat - diwarisi - berubah-ubah - mempunyai unsur- unsur simbolik - adanya pandangan pandangan semesta Budaya dibahagikan kepada: a) budaya kebendaan - peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya. b) budaya bukan kebendaan - kepercayaan, adat istiadat dan undang- undang. Konsep Masyarakat Ciri-ciri masyarakat : - berkelompok - berbudaya - mengalami perubahan - berinteraksi - mempunyai kepimpinan - mempunyai atur sosialnya Terdiri daripada pelbagai tahap masyarakat, iaitu famili, Komuniti, Neg ara bangsa dan Organisasi global dan Antarabangsa Masyarakat Malaysia bangsa Malaysia -Masyarakat Malaysia ialah kelompok manusia yang hidup di Malaysia (konsep payung) -Bangsa Malaysia ialah bangsa idaman berteraskan hubungan kaum yang harmonis (seperti dalam Wawasan 2020) Konsep Perpaduan dan Intergrasi Perpaduan - satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama. Integrasi - satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah. Unsur Integrasi Integrasi wilayah (MB + MT, PT + PB) Integrasi ekonomi Integrasi kebudayaan Integrasi sosial Integrasi pendidikan Integrasi politik Konsep perpaduan dan integrasi melibatkan: - Konsep segregasi - Konsep Akomodasi - Konsep Akulturasi - Konsep Asimilasi - Konsep Amalgamasi TAJUK TUGASAN INDIVIDU: 1 (b) i) 12. 12 ii) Masyarakat Pluraliti Alam Melayu (Sumber dari : Zaid Ahmad, Ruslan Zainuddin, Ho H.L, Ku Halim Ku Arifin, Lee Y.F, Najeemah Mohd Yusof, Sarjit Singh Gill, Ahmad Tarmizi Talib dan Nazri Muslim, 2010, Hubungan Etnik di Malaysia, m/s36) Menurut (Shamsul Amri Baharuddin,2008), masyarakat plural Malaysia yang wujud kini merupakan hasil interaksi beberapa factor sejarah. Pluraliti budaya yang terdapat di Alam Melayu sejak sekurang-kurangnya abad kelima Masihi.Perluasan pengaruh di Tanah Melayu pada abad ke-19 dan ke-20 telah mengakibatkan penghijrahan masuk orang Cina dan India secara besar-besaran ke Tanah Melayu.Meskinpun pelbagai kumpulan etnik hidup pada umumnya secara berasingan dan mengekalkan kebudayaan masing-masing, terdapat semangat Latar Belakang Pluraliti Masyarakat Alam Melayu Penghijrahan Intrawilayah Sebelum Zaman Kesultanan Melayu Melaka Kerajaan Maritim pada era 'Zaman Perdagangan' Penghijrahan Semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaka Kedatangan Pedagang Arab, Parsi, China, India dan Eropah Proses Asimilasi antara Golongan Imigran dengan Masyarakat Tempatan - Kegiatan Perdagangan dan Perkahwinan - Penyerapan Budaya Masyarakat Tempatan - Pembentukan Masyarakat Baharu Pluraliti Masyarakat di Sabah dan Sarawak - Masyarakat Bumiputera di Sabah - Masyarakat Bumiputera di Sarawak - Kedatangan Golongan Imigran ke Sabah dan Sarawak 13. 13 persefahaman dan keharmonian kaum yang erat.Persefahaman dan kerjasama inilah yang membolehkan negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan seterusnya mempergiatkan usaha untuk mengeratkan perpaduan nasional dan keharmonian kaum. iii) Cabaran dan implikasi Hubungan Etnik Cabaran Hubungan Etnik cabaran kepentingan etnik dari aspek sosial cabaran kepentingan etnik dari aspek politik cabaran kepentingan etnik dari aspek ekonomi cabaran nilai antara etnik cabaran globalisasi cabaran kepentingan etnik dari aspek sosial Pemisahan fizikal Sistem pendidikan yang berasingan Polarisasi dalam kalangan pelajar Kontrak sosial cabaran kepentingan etnik dari aspek politik Politik perkauman boleh menimbulkan perasaan tidak senang hati menyuarakan kepentingan etnik tertentu tanpa mengambil kira kepentingan semua pihak memperalatkan isu perkauman untuk mendapat sokongan rakyat (Shamsul Amri Baharuddin,2007) 14. 14 v) Unsur-unsur dalam Perlembagaan Negara cabaran kepentingan etnik dari aspek ekonomi Penguasaan ekonomi Perbezaan pekerja berdasarkan sektor ekonomi cabaran nilai antara etnik Perbezaan dari segi agama, bahasa dan kebudayaan lebih ketara dalam masyarakat majmuk Wujudnya polarisasi antara etnik Setiap kumpulan etnik menjadikan fahaman etnosentrisme sebagai pegangan dalam masyarakat cabaran globalisasi Corak hidup yang berasaskan gagasan ekonomi dan politik barat bersifat sejagat Perubahan budaya yang kuat dan pantas boleh melenyapkan nilai leluhur dan jati diri rakyat Malaysia menjadi pudar (Mohd Sohaimi Esa, Dayu Sansalu, Budi Anto Mohd Tamring, 2011, Hubungan Etnik: Kelangsungan Pembinaan Negara Bangsa, m/s 138) Definisi Perlembagaan Satu set peraturan dan undang-undang Undang-undang asas negara Pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan dan bagaimana ia dilaksanakan Berperanan sebagai panduan bagi membentuk undang-undang Satu set perlembagaan 15. 15 Jenis Perlembagaan Bertulis - undang-undang yang disusun dalam satu kanun/ naskah Tak Bertulis - tidak terkumpul tetapi terkandung dalam adat resam dan tradisi keputusan mahkamah, akta Parlimen dan pandangan para ilmuan undang- undang yang tersemuka (Zaid Ahmad, et al. ,2010) Peranan Perlembagaan untuk menentukan cara pemerintahan sesebuah negara membantaskan bidang kuasa pemerintah menetapkan bentuk sistem kerajaan yang diamalkan menjelakskan hak-hak yang diperuntukkan kepada rakyat Pemerintahan Beraja - Sistem beraja mutlak ditukarkan kepada Sistem Raja Berperlembagaan Agama Islam - Dijadikan sebagai agama rasmi Persekutuan Kedudukan Istimewa Orang Melayu - Dipelihara sebagai tanggungjawab khas Yang di-Pertuan Agong Bahasa Melayu - Dijadikan sebagai bahasa kebangsaan Persekutuan Unsur-unsur Tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan 16. 16 v) Peranan masyarakat dalam pemupukan hubungan etnik di Malaysia (Sumber dari : Zaid Ahmad, Ruslan Zainuddin, Ho H.L, Ku Halim Ku Arifin, Lee Y.F, Najeemah Mohd Yusof, Sarjit Singh Gill, Ahmad Tarmizi Talib dan Nazri Muslim, 2010, Hubungan Etnik di Malaysia, m/s161-164) Aplikasi Hubungan Etnik dlm Kehidupan Harian Kemesraan dalam berkomunikasi - Bertegur sapa dengan memberi salam, senyuman, sifat lemah lembut, penyanyang merupakan asas perhubungan yang baik dan mesra. Mengambil berat - Sikap ambil berat boleh membina ikatan mesra dan kasih sayang melalui nasihat dan teguran membina Menghormati Jiran -Budaya hidup orang Melayu yang sesuai dengan ajaran Islam sangat mementingkan kehidupan berjiran kerana ketika kecemasan, kenduri dan peristiwa-peristiwa lain, orang pertama yang dihubungi ialah jiran. Memulia dan menghormati seseorang - Kemuliaan atas dasar kemanusiaan, bukan warna kulit, kaum dan agama, bukan juga berdasarkan kebangsawanan ataupun keturunan. Budaya Ziarah- menziarahi - Keizinan hendaklah diperoleh terlebih dahulu serta memberi salam kepada penghuni yang dikunjungi. 17. 17 (Sumber dari :Mohd Sohaimi Esa, Dayu Sansalu, Budi Anto Mohd Tamring, 2011, Hubungan Etnik: Kelangsungan Pembinaan Negara Bangsa, m/s 184-188) Mengikut (Mohd Sohaimi Esa et al. 2011), setiap golongan etnik di Malaysia mempunyai jati dirinya sendiri dan diamalkan mengikut kaum masing- masing.Kepelbagaian jati diri ini merupakan satu keunikan yang tidak sewajarnya dicerobohi.Usaha ke arah meraikan kepelbagaian yang sedia ada perlu difahami oleh semua lapisan masyarakatm demi mewujudkan keharmonian hubungan antara etnik. Keharmonian ini akan lebih mantap lagi sekiranya setiap golongan enik bersikap menghormati hak-hak yang menjadi jati diri etnik lain. Aktiviti-aktiviti yang boleh memastikan keharmonian etnik Rukun Tetangga Aktiviti ini membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan antara rakyat pelbagai keturunanan, adat dan budaya. Rumah Terbuka Rumah terbuka biasanya diadakan semasa musim perayaan. Terjalin keharmonian hubungan etnik di kalangan rakyat dan memahami keharmonian budaya masing-masing. Penerimaan Budaya Pada masa ini masyarakat bukan Melayu telah menerima budaya orang Melayu dari segi pakaian dan makanan. Bagi orang Melayu pula, mereka mula menerima masakan Cina dan India serta pemberian duit raya telah menggunakan sampul/ angpau yang terkenal di golongan orang Cina. Program di Institut Pengajian Tinggi (IPT) Melalui persatuan-persatuan dan kelab-kelab di IPT telah menggalakkan aktiviti dan program yang menjurus kepada perpaduan kaum di kalangan mahasiswa. 18. 18 Amir Hasan Dawi. Kepentingan Identiti dan Perjuangan Etnik dalam Masyarakat Malaysia.(2010)www.mymla.org/files/.../ICMM2010_p9.pdf Hamidah AB Rahman.Muhammad Bin Daud dan Norlin Binti Ahmad. PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM HUBUNGAN ETNIK. www.penerbit.utm.my/.../2009/malay/.../Bab09.pd. KAJIAN MENGENAI HUBUNGAN ETNIK DAN INTEGRASI NASIONAL Laporan akhir Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malysia 2001-2005- Mohd Ridhuan Tee Abdullah.Cabaran Integrasi Antara Kaum Di Malaysia - UKM www.ukm.my/jhadhari/.../makalah-v2n1-n4.pdf http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Memahamiperbezaandemiperpaduan/Art icle LAMPIRAN 19. 19 BIBLIOGRAFI Buku Shamsul Amri Baharuddin. (2007). Modul Hubungan Etni.Universiti Teknologi Mara Shah Alam.Pusat Penerbitan (UPENA) Mohd Sohaimi Esa.Dayu Sansalu dan Budi Anto Mohd Tamring. (2011).Hubungan Etnik: Kelangsungan Pembinaan Negara Bangsa. Selangor Darul Eshan. Penerbit Multimedia Sdn. Bhd. Zaid Ahmad. Ruslan Zainuddin. Ho, H.L.. Ku Halim Ku Arifin. Lee,Y.F.. Najeemah Mohd Yusof.Sarjit Singh Gill.Ahmad Tarmizi Talib dan Nazri Muslim.( 2010). Hubungan Etnik di Malaysia. Edisi Kedua. Selangor Darul Eshan. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Amir Hasan Dawi. Kepentingan Identiti dan Perjuangan Etnik dalam Masyarakat Malaysia.(2010)www.mymla.org/files/.../ICMM2010_p9.pdf Hamidah AB Rahman.Muhammad Bin Daud dan Norlin Binti Ahmad. PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM HUBUNGAN ETNIK. www.penerbit.utm.my/.../2009/malay/.../Bab09.pd. KAJIAN MENGENAI HUBUNGAN ETNIK DAN INTEGRASI NASIONAL Laporan akhir Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malysia 2001-2005- Mohd Ridhuan Tee Abdullah.Cabaran Integrasi Antara Kaum Di Malaysia - UKM www.ukm.my/jhadhari/.../makalah-v2n1-n4.pdf http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Memahamiperbezaandemiperpaduan/Art icle