tugasan sintaksis

Download tugasan sintaksis

If you can't read please download the document

Upload: fitri-ibrahim

Post on 20-Jun-2015

364 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

  • 1. BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 1 Tugasan kerja kursus ini merupakan tugasan individu bagi Sintaksis Bahasa Melayu (BMM 3110), yang berkaitan dengan perbincangan hujah-hujah mengenai kepentingan menguasai kandungan bidang kajian ilmu sintaksis dalam kalangan guru bahasa Melayu. Jadi dalam konteks pendidikan, seharusnya guru bahasa yang merupakan pengajar, pelatih, dan pendidik bahasa ini perlulah mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang mantap terhadap bahasa yang diajar olehnya. Mengikut Nik Safiah Karim (1989), mengetahui bahasa Melayu bererti menggunakan bahasa dengan betul . Menguasai bahasa Melayu pula membawa maksud mengetahui dengan lebih mendalam, menyelami selok-belok bahasa daripada pelbagai segi, bentuk, dan fungsi. Oleh yang demikian, antara pengetahuan dan kefahaman yang penting bagi setiap guru bahasa Melayu adalah berkait rapat dengan pengetahuan dan kefahaman tentang sintaksis. Hal ini kerana bahasa terdiri daripada ayat-ayat, sedangkan sintaksis pula berhubung dengan bagaimana hendak membentuk ayat. Tanpa pengetahuan yang mantap tentang sintaksis, bagaimanakah guru-guru bahasa dapat mengajarkan sesuatu bahasa?. Berdasarkan persoalan tersebut, di dalam penulisan ini cuba membincangkan bertapa pentingnya menguasai kandungan bidang kajian ilmu sintaksis dalam kalangan guru bahasa Melayu. 1.0 PENGENALAN

2. BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 2 Penguasaan kandungan di dalam bidang kajian ilmu Sintaksis dalam kalangan guru bahasa Melayu adalah antara keperluan asas yang penting bagi melaksanakan pengajaran di dalam bilik darjah. Hal ini menunjukkan bahawa, jika seseorang guru menguasai segala kandungan bidang ilmu ini, secara tidak langsung dia akan sedar akan hala tuju pengajarannya dan sudah tentu dapat menyesuaikan keperluan pengajaran seperti yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Malah, mengikut pendapat Nik Safiah Karim (1989), mengetahui bahasa Melayu bererti menggunakan bahasa dengan betul. Menguasai bahasa Melayu pula membawa maksud mengetahui dengan lebih mendalam dan menyelami selok-belok bahasa daripada pelbagai segi, bentuk, dan fungsi. Jadi, bagi guru bahasa Melayu sama ada berpengalaman mengajar ataupun guru permulaan, seharusnya perlulah sentiasa bersedia kerana dengan adanya pengetahuan tentang ilmu ini sekurang-kurangnya boleh dijadikan peransang kepada komitmen yang tinggi terhadap tugasnya. Menurut Abdullah Hassan (1987), Sintaksis ialah bidang bahasa yang membincangkan pembentukan frasa, klausa, dan ayat . Manakala, Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) pula mentakrifkan sintaksis sebagai bidang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat atau konstruksi ayat. Malah, sintaksis bukan sahaja bidang ilmu yang mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan bagi membentuk ayat dalam bahasa. Menurut Abdullah Hassan (2006) dalam buku bertajuk Sintaksis Bahasa Melayu pula ada menyatakan unsur- unsur yang dikaji dalam sintaksis adalah ayat, klausa dan frasa. Menurut Abdullah Hassan (2006) lagi dalam buku Linguistik Am yang memerihal sintaksis melibatkan hubungan gramatis antara kata dengan kata, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat bagi membina ayat. 2.0 KEPENTINGAN MENGUASAI KANDUNGAN BIDANG KAJIAN ILMU SINTAKSIS DALAM KALANGAN GURU BAHASA MELAYU 3. BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 3 Penguasaan ilmu ini sememangnya amat berkait rapat dengan tatabahasa yang juga dianggap sebagai penentu kejayaan dalam perlaksanaan kandungan pengajaran bahasa Melayu, disamping faktor-faktor lain seperti kebolehan pelajar, iklim bilik darjah, latihan dan bahan pengajaran. Jadi, secara umumnya, persoalan yang sering ditimbulkan adalah mengenai pengetahuan dan penguasaan. Tanpa pengetahuan dan penguasaan yang mantap tentang sintaksis, bagaimanakah guru-guru bahasa dapat mengajarkan sesuatu bahasa?.Persoalan tersebut dianggap penting kerana pengetahuan dan penguasaan tentang ilmu sintaksis ini melibatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di dalam bilik darjah. Malah, sangat mustahak bagi seorang guru mendapatkan pemahaman yang jelas tentang konsep Sintaksis ini kerana seterusnya, seseorang guru itu bolehlah membentuk dan mempunyai fahaman yang tersendiri tetapi haruslah disenangi, sesuai dan yang boleh dijalankan di dalam sesi pengajarannya di dalam kelas. Sebaliknya, jika seseorang guru itu tidak memahami proses pengajaran yang terlibat, berkemungkinan besar corak pengajarannya tidak memenuhi atau mencapai mutu yang diperlukan. Malah, Sintaksis juga merupakan komponen terpenting yang mendasari atau pegangan kepada pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu khususnya di Malaysia dengan menggunakan tatabahasa. Secara amnya, teori bahasa sesuatu bahasa ialah tatabahasa. Tatabahasa menjadi asas untuk penglahiran bahasa yang indah dan difahami oleh penggunanya. Oleh itu, penguasaan bahasa oleh guru bahasa Melayu seharusnya dapat dieksploitasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yang tersendiri apabila mengajar. Namun begitu, bahasa yang digunakan haruslah tidak bercanggah. Untuk itu, guru bahasa Melayu seharusnya menguasai tatabahasa yang tepat, lengkap dan mudah difahami untuk mencerminkan kebolehan guru tersebut dalaman penyampaian pengajaran yang berkesan. Malah, tatabahasa juga dirujuk sebagai peraturan atau hukum bahasa yang menentukan bahasa dapat berfungsi dengan baik, berkesan atau sebaliknya. Dengan perkataan lain, tatabahasa itu tidak lain daripada himpunan peraturan umum struktur bahasa yang meliputi bidang morfologi dan sintaksis. 4. BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 4 Ekoran daripada "Language Across the Curriculum" pula, lahirlah konsep bahasa Melayu Merentas Kurikulum di Malaysia. Perakuan ini menegaskan bahawa di peringkat sekolah, semua guru mata pelajaran perlu sedar akan proses-proses linguistik, pemerolehan maklumat, dan pemahaman serta implikasi penggunaan bahasa guru. Selain itu, guru bahasa Melayu terutamanya perlu sedar akan kehendak linguistik mata pelajaran masing-masing dan cara-cara membantu para pelajar menguasai bahasa terutamanaya struktur binaan ayat itu sendiri. Oleh itu, secara tidak langsung, penguasaan guru bahasa Melayu terhadap bidang sintaksis yang merangkumi penguasaan tatabahasa dalam ayat ini haruslah dipertingkat kerana konsep ini penting bagi penggunaan dan penguasaannya demi menghayati hasrat sebagai bahasa ilmu, bahasa perhubungan, dan bahasa pencerminan akal budi masyarakat di samping dapat mengajar dengan baik. Selain itu, guru juga merupakan sumber rujukan yang utama kepada murid. Seseorang guru perlu dapat menunjukkan model perlakuan penulisan yang baik dan betul. Jadi guru perlu berupaya memberi tunjuk ajar dan menjelaskan kekeliruan yang mungkin timbul dalam kalangan murid. Pada pendapat saya juga, penguasaan sesuatu ilmu juga sangat membantu kelancaran pengajaran. Selalunya guru yang berkesan akan dapat menyatakan dengan baik aspek kandungan dan langkah pengajaran yang hendak di ajar. Malah, penguasaan ilmu ini juga membolehkan pembinaan bahan bantu mengajar dan aktiviti diperkayakan. Dalam konteks pengajaran bahasa Melayu, secara tidak langsung guru mengetahui ruang lingkup aspek binaan sintaksis iaitu berkenaan binaan ayat dan dapat menyediakan sumber pengajaran yang lebih membantu pelajar menguasai binaan dan struktur ayat dengan baik. Penguasaan bidang ilmu ini juga memudahkan pengurusan pengajaran. Pelajar akan lebih jelas dan faham apabila guru mempunyai hala tuju dalam pengajarannya. 5. BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 5 Secara tidak langsung, langkah pengajaran juga dapat disesuaikan dengan kemahiran yang perlu diajar kepada pelajar. Selain itu, penguasaan yang menyeluruh juga mampu membuatkan guru menyediakan soalan-soalan yang berkualiti dan melibatkan aras pemikiran yang tinggi tetapi masih sesuai untuk muridnya. Bagi mencapai hasrat ini, guru sebagai model harus meningkatkan kecekapan dalam berbahasa dan tatabahasa serta penguasaan ilmu dalam bidang Sintaksis ini supaya dapat terus menyampaikan isi pelajaran dalam bahasa yang mudah difahami, tepat, dan menggunakan gaya dan laras bahasa yang betul. Namun begitu, didapati bahawa guru-guru sebagai penyampai sebenarnya masih lemah dari segi penyampai tatabahasa bahasa Melayu. Kelemahan itu menyebabkan berlakunya pelbagai kesalahan bahasa dalam kalangan murid dan masih ramai murid yang tidak dapat mebina struktur ayat dengan betul serta tidak berkeyakinan dengan struktur ayat yang dibuat. Malah, . Abdul Hamid Mahmood (1993), menyatakan bahawa sejak akhir-akhir ini kerap ditemui kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pengguna bahasa Melayu, baik dari segi penggunaan kata, penggunaan imbuhan, penggunaan frasa, mahupun penggunaan ayat. Faktor-faktor kelemahan mungkin berbeza-beza. Kelemahan itu, mungkin disebabkan oleh masalah pelajar, masalah negara, dan masalah kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Namun, salah satu daripada faktor kelemahan itu adalah dari segi pencapaian akademik yakni pengetahuan tatabahasa bahasa Melayu seseorang guru itu. Guru yang dimaksudkan itu meliputi guru terlatih dan guru pelatih. Mengikut Koh Boh Boon (1988), sesetengah guru pelatih itu memperlihatkan taraf penguasaan tatabahasa bahasa Melayu yang kurang memuaskan, mereka melakukan kesalahan-kesalahan yang memang tidak dijangkakan. Seterusnya, kelemahan dalam tatabahasa bahasa Melayu ini dibawa oleh guru pelatih ke bilik darjah dan menjejaskan keberkesanan pengajaran mereka. Justeru, guru-guru harus mempunyai mutu yang tinggi dalam pengetahuan Sintaksis bahasa Melayu ini dan terus bersikap positif bagi menjayakan pengajaran bahasa Melayu dengan berkesan. 6. BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 6 Kesimpulannya, pada pendapat saya penguasaan kandungan di dalam bidang kajian ilmu Sintaksis secara menyeluruh dalam kalangan guru ini amatlah penting, kerana dapat membantu dalam memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Malah, penguasaan bidang ini juga dapat dilihat melalui cara penyampaian pengajaran guru itu sendiri. Guru yang berjaya menguasai bidang ilmu ini secara tidak langsung dapat mewujudkan situasi pengajaran yang menyeronokkan dan dapat merancang dan menyediakan sesi pengajaran yang berkualiti. Sebaliknya, jika seseorang guru itu tidak memahami proses pengajaran yang terlibat, berkemungkinan besar corak pengajarannya tidak memenuhi atau mencapai mutu yang diperlukan dan sudah tentu kelemahan ini menyebabkan berlakunya pelbagai kesalahan bahasa dalam kalangan murid dan menyebabkan masih ramai murid yang tidak dapat mebina struktur ayat dengan betul serta tidak berkeyakinan dengan struktur ayat yang dibuat. Selain itu, guru juga merupakan sumber rujukan yang utama kepada murid. Seseorang guru perlu dapat menunjukkan model perlakuan penulisan yang baik dan betul. Jadi guru perlu berupaya memberi tunjuk ajar dan menjelaskan kekeliruan yang mungkin timbul dalam kalangan murid. Pada pendapat saya juga, penguasaan sesuatu ilmu juga sangat membantu kelancaran pengajaran. Selalunya guru yang berkesan akan dapat menyatakan dengan baik aspek kandungan dan langkah pengajaran yang hendak di ajar. 7. BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 7 Penguasaan guru bahasa Melayu terhadap bidang kajian ilmu Sintaksis adalah sangat penting. Hal ini merupakan landasan yang mendasari perancangan dan penyediaan pengajaran tatabahasa yang berkesan. Untuk memastikan penguasaan tatabahasa kita menjadi baik, setiap pengguna bahasa haruslah rajin membuat rujukan dan membaca buku yang berkualiti. Jadi dalam konteks pendidikan, seharusnya guru bahasa yang merupakan pengajar, pelatih, dan pendidik bahasa ini perlulah mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang mantap terhadap bahasa yang diajar olehnya. Oleh yang demikian, berdasarkan penulisan ini maka serba sedikit saya telah lebih memahami bertapa pentingnya menguasai kandungan bidang kajian ilmu sintaksis ini. Selain itu, guru juga merupakan sumber rujukan yang utama kepada murid. Seseorang guru perlu dapat menunjukkan model perlakuan penulisan yang baik dan betul. Jadi guru perlu berupaya memberi tunjuk ajar dan menjelaskan kekeliruan yang mungkin timbul dalam kalangan murid. Pada pendapat saya juga, penguasaan sesuatu ilmu juga sangat membantu kelancaran pengajaran. Selalunya guru yang berkesan akan dapat menyatakan dengan baik aspek kandungan dan langkah pengajaran yang hendak di ajar. 3.0 RUMUSAN 8. BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 8 Sepanjang menjalankan Kerja Kursus projek bagi Sintaksis Bahasa Melayu ini, syukur Alhamdulillah banyak input-input dan pengalaman baru yang saya perolehi. Secara tidak langsung, tugasan ini juga banyak membantu saya untuk memahami dengan lebih mendalam lagi tentang subjek ini. Dalam pada itu, tugasan ini juga turut banyak memberikan impak yang besar bagi saya untuk memahami dengan lebih lanjut lagi berkenaan dengan tajuk yang berfokus kepada kepentingan menguasai kandungan bidang kajian ilmu sintaksis dalam kalangan guru bahasa melayu bagi tugasan individu ini, manakala bagi tugasan berkumpulan ialah lebih kepada menganalisis dan mensintesis ayat berdasarkan cerpen yang dipilih. Berdasarkan tugasan individu ini, saya dapati penguasaan bidang kajian ilmu sintaksis ini amatlah penting dan berkait rapat dengan ilmu tatabahasa di sekolah dan dari segi pembinaan ayat kerana merupakan landasan yang mendasari perancangan dan penyediaan pengajaran tatabahasa yang berkesan. Oleh sebab itu, kebanyakan perbincangan tentang penguasaan ilmu Sintaksis ini selalunya mengenai hubungan Sintaksis dan binaan ayat. Pada pendapat saya juga, penguasaan sesuatu ilmu juga sangat membantu kelancaran pengajaran. Selalunya guru yang berkesan akan dapat menyatakan dengan baik aspek kandungan dan langkah pengajaran yang hendak di ajar. Jadi banyak perkara yang saya dapat daripada tugasan penulisan individu ini Bagi tugasan kumpulan pula, saya telah lebih memahami dan fasih tentang Sintaksis yang merupakan keperluan sebagai bakal guru bagi mengelakkan saya membuat kesilapan semasa menghasilkan bahan penulisan dan juga semasa proses pengajaran dan pembelajaran selepas melaksanakan tugasan ini. Saya juga berasa keperluan ini amat penting kerana seorang guru yang mempunyai ilmu tentang Sintaksis secara tidak langsung dapat menjalankan sesi pengajaran dengan berkesan dan berupaya mengenalpasti kesalahan yang dilakukan oleh murid. Kejayaan atau kegagalan proses pembelajaran dalam kalangan murid-murid bergantung kepada kemampuan seorang guru itu sendiri untuk mendedahkan murid kepada pentingnya pembelajaran yang berkesan. 4.0 REFLEKSI INDIVIDU 9. BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 9 Di samping itu, semasa melaksanakan tugasan ini terdapat sedikit kesukaran yang saya hadapi ketika dalam proses menyiapkan tugasan ini. Dari aspek kesukaran pencarian bahan rujukan di Pusat Sumber, masalah ini adalah kerana sumbernya adalah terhad. Namun begitu, secara keseluruhannya saya berasa amat gembira kerana berjaya menyiapkan tugasan ini walaupun terdapat banyak tugasan yang perlu diselesaikan dengan segera. Semasa menjalankan analisis, saya sempat mendalami bidang Morfologi terutamanya dalam golongan kata. Melalui pemahaman saya, golongan kata terbahagi kepada empat iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata sendi nama dan berdasarkan golongan kata ini kami dapat mengenal pasti sesuatu ayat itu tergolong daripada frasa apa dari dari pemahaman yang asas inilah kami dapat menganalisis sesuatu ayat itu dengan baik. Di samping itu, tugasan ini juga secara tidak langsung membantu saya untuk mengulang kaji sukatan pelajaran bagi subjek Sintaksis ini. Selain itu, tugasan ini juga turut membantu mengeratkan hubungan saya dan rakan-rakan sepanjang proses mendapatkan maklumat dan menyiapkan tugasan ini. Secara tidak langsung, saya telah belajar untuk menerima kritikan dan komen yang membina daripada rakan-rakan mahupun pensyarah. Saya juga berasa bahawa kritikan dan komen yang membina ini yang dapat memberikan saya peluang untuk memperbaiki kesilapan yang dilakukan terutamanya semasa melaksanakan tugasan dan seterusnya memajukan diri pada masa yang akan datang. Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya mendapati bahawa semangat kerjasama amatlah penting dalam sesebuah kumpulan. Berdasarkan pengalaman saya melakukan tugasan kumpulan, saya mendapati proses menyiapkan tugasan menjadi cepat dan mudah sekiranya setiap ahli kumpulan bekerjasama antara satu sama lain. Saya dan rakan sekumpulan berjaya menyiapkan tugasan kumpulan dalam masa yang ditetapkan melalui pembahagian tugasan. Walaupun, kadang-kadang saya dan rakan sekumpulan bercanggah pendapat antara satu sama lain, tetapi, kami berjaya mengatasi masalah tersebut. 10. BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 10 Malahan, saya merasakan melalui percanggahan pendapat tersebut, kami dapat mengetahui kelemahan masing-masing dan menjadi lebih matang dalam melakukan sesuatu dan seterusnya dapat memperbaiki lagi kelemahan yang sedia ada dan mutu tugasan yang dihasilkan. Berdasarkan pembahagian tugasan yang dibuat, saya telah mendapat tajuk untuk menganalisis ayat inti dan mensintesis pengguran ayat. Sememangnya pada mulanya saya agak keliru dengan jenis ayat inti ini kerana didapati ayatnya adalah lebih kurang sama dengan ayat dasar dan ayat tunggal. Padahal ayat dasar dan ayat tunggal ini telah dianalisis oleh rakan saya yang lain. Setelah mencari pelbagai sumber maklumat, saya dapati ayat ini boleh jadi ayat tunggal dan boleh juga jadi ayat dasar asalkan ayat ini tidak mempunyai keterangan dan ianya hanya mengandungi satu subjek dan satu predikat. Tuntasnya, tugasan ini banyak memberi kesan yang positif dan kebaikan terhadap diri saya. Saya berharap ilmu ini dapat saya aplikasikan dengan lebih produktif dalam profesion perguruan kelak. Malah, saya juga mula sedar bahawa bertapa pentingnya bidang Sintaksis. Hal ini kerana, apabila kita dapat menguasai bidang ini secara tidak langsung dapat memudahkan saya kelak dalam sesi pengajaran. Disamping itu, saya juga dapati, pembelajaran subjek ini juga dapat membantu saya dalam memahami struktur dan binaan ayat dengan lebih terperinci lagi. .Akhir kata terima kasih saya ucapkan kepada En. Mohd Nor bin Hamzah pensyarah Sintaksis bahasa Melayu saya diatas segala tunjuk ajar dan teguran yang diberikan dan tidak lupa juga kepada rakan-rakan kumpulan saya iaitu Farah Fazriyana binti Basri, Nor Azrina Mohd Zainol dan Nur Afifah binti Ahmad di atas kerjasama yang diberikan. InsyaAllah, saya dan rakan-rakan akan gunakan ilmu yang ada ini dengan sebaik- baiknya. 11. BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 11 Abdul Hamid Mahmood. (2002). Guru dan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Media Printext (M) Sdn. Bhd. Bahasa Melayu Penyelidikan, diekses pada 20 Feb 2013 dari laman web : http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/jurnalpapers/jurnal2011/wongsh.pdf Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, & Abdul Hamid Mahmood. (2010). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga Cetakan keenam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Ramli Hj. Salleh (1995). Sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Bahasa Melayu I. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.Bhd. Yahya Othman, Roselan Baki, Naffi Mat. (2009). Pemerkasaan Pendidikan Bahasa Melayu dari Teori ke Praktik. Selangor : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd APA Format - 6th Edition RUJUKAN 12. BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 12 LAMPIRAN