tugasan kumpulan bml3063 sintaksis bahasa melayu

32
BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014 0 PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2014/2015 BML3063 BAHASA MELAYU FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MALAYSIA TUGASAN KUMPULAN TAJUK ANALISIS SINTAKSIS DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK REDZUAN BIN AWANG D20121061624 JAMES BIN G.JUAR D20121061599 LEE FUI KIONG D20121061726 NAMA PENSYARAH : DR SANAT BIN MD NASIR TARIKH SERAH : 30 NOVEMBER 2014

Upload: james-faizal

Post on 09-Aug-2015

175 views

Category:

Sales


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan kumpulan bml3063 sintaksis bahasa melayu

BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014

0

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2014/2015

BML3063 BAHASA MELAYU

FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MALAYSIA

TUGASAN KUMPULAN

TAJUK

ANALISIS SINTAKSIS

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK

REDZUAN BIN AWANG D20121061624

JAMES BIN G.JUAR D20121061599

LEE FUI KIONG D20121061726

NAMA PENSYARAH : DR SANAT BIN MD NASIR

TARIKH SERAH : 30 NOVEMBER 2014

Page 2: Tugasan kumpulan bml3063 sintaksis bahasa melayu

BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014

1

BIL ISI KANDUNGAN

MUKA

SURAT

Penghargaan 2

1.0 Pendahuluan 3

2.0 Tujuan 3

3.0 Bidang 3

4.0 Bahan 3

5.0 Kaedah 3

6.0 Analisis Ayat 4 - 23

7.0 Rumusan Analisis 23

8.0 Kesimpulan 24

9.0 Bibliografi 25

10.0 Lampiran 26 - 31

Page 3: Tugasan kumpulan bml3063 sintaksis bahasa melayu

BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014

2

PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-

Nya,tugasan ini dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan tugasan ini saya

mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak yang bersungguh-sungguh dalam

membantu saya supaya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya..

Saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Dr.Norliza

Jamaluddin kerana membantu saya dalam memberikan maklumat dan penjelasan yang

sejelasnya untuk membuat tugasan ini.

Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan guru yang turut sama membantu dari

segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk memahami dan menyiapkan tugasan

yang diberikan mengikut had masa yang ditetapkan.

Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara

langsung ataupun tidak langsung sepanjang usaha saya menyiapkan tugasan ini.Sekian,

terima kasih.

Page 4: Tugasan kumpulan bml3063 sintaksis bahasa melayu

BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014

3

1.0 Pendahuluan

Sintaksis merupakan cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk ayat, struktur ayat dan

binaan ayat dan ia juga dikenali sebagai pengkajian tentang hukum dan rumus. Di dalam ayat

terdapat kelompok perkataan yang disusun dengan lengkap yang mempunyai makna dan

mengandungi sekurang – kurangnya dua bahagian iaitu subjek dan predikat. Ia dilakukan

hasil daripada penggabungan dan penyusunan perkataan untuk membentuk ayat dalam

sesuatu bahasa.

2.0 Tujuan

Tujuan analisis ini ialah untuk menganalisis jenis binaan ayat dan memahami fungsi serta

jenis-jenis pola tersebut. Tujuannya agar mampu meneguhkan ilmu linguistik yang

merupakan satu cabang hukum tatabahasa yang pada akhirnya akan menentukan identiti

bahasa itu sendiri.

3.0 Bidang

Analisis ini akan memfokuskan kepada elemen sintaksis di dalam teks berdasarkan analisis

jenis-jenis ayat dan subjenis yang terdapat di dalamnya.

4.0 Bahan

Teks diperolehi daripada Cerpen Maraton Kampung. 05 Oktober 2014. [Sumber] :

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Sastera/20141005/sa_01/Maraton-Kampung tersiar di

ruangan Utusan Online 05 Oktober 2014.

5.0 Kaedah

Analisis akan dilaksanakan dengan menyaring keluar jenis-jenis yang digunakan dan

mengenalpasti bentuknya dan melakukan analisis peratusan terhadap ayat-ayat tersebut yang

dijumpai di dalam teks analisis. Ayat akan dicerakin dan direkodkan di dalam perincian

subjenis serta peratusan masing-masing. Analisis ini adalah bersifat kuantitatif di mana bahan

telah diambil daripada Cerpen Maraton Kampung. 05 Oktober 2014. [Sumber] :

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Sastera/20141005/sa_01/Maraton-Kampung tersiar di

ruangan Utusan Online. Ayat akan dianalisis sepenuhnya dalam Perincian jenis-jenis ayat dan

subjenis serta peratusan masing-masing juga dilaksanakan

Page 5: Tugasan kumpulan bml3063 sintaksis bahasa melayu

BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014

4

Cerpen Maraton Kampung

Kami bersahabat sudah lama. Ketika kecil, kami belajar bertatih bersama-sama. Tentunya

dalam persahabatan yang masih pucuk ketika itu, kami tidak dapat tidak, pernah bermasam

muka. Nah, kami masih anak-anak, apalah yang kami tahu? Permainan sebelum Maghrib di

padang luas kampung kami itu bagaikan pertarungan hidup dan mati ketika itu. Namun,

apabila matahari hampir terbenam dan langit kirmizi, kami akan bersalam, berpelukan dan

tertawa bersama. Kami akan beriringan pulang ke rumah masing-masing, dengan lambaian

dan janji untuk mengulang pertarungan.

6.0 Analisis Ayat

Ayat 1 : Kami bersahabat sudah lama.

Analisis

Penggunaan kata ganti nama diri pertama iaitu kami

Subjek ayat terdiri daripada kami manakala predikat bersahabat sudah lama.

Penggunaan kata bantu aspek iaitu sudah.

Ayat 2: Ketika kecil, kami belajar bertatih bersama-sama.

Analisis

Penggunaan kata ganti nama diri pertama kami

Subjek ayat terdiri daripada kami manakala predikat belajar bertatih bersama-

sama.

Ayat yang mengandungi unsur keterangan waktu misalnya ketika kecil kami belajar

bertatih bersama-sama.

Ayat 3 : Tentunya dalam persahabatan yang masih pucuk ketika itu, kami tidak dapat

tidak, pernah bermasam muka.

Analisis

Penggunaan kata ganti nama diri pertama kami

Page 6: Tugasan kumpulan bml3063 sintaksis bahasa melayu

BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014

5

Penerangan nama anggota badan bermasam muka

Mengandungi kata bantu aspek pernah

Ayat 4 : Nah, kami masih anak-anak, apalah yang kami tahu? Permainan sebelum

Maghrib di padang luas kampung kami itu bagaikan pertarungan hidup dan mati

ketika itu.

Analisis

Penggunaan kata seru dalam ayat seperti nah, kami masih anak-anak, apalah yang

kami tahu?.Kata seru merupakan kata tugas yang digunakan dalam pembentukan

ayat seruan dengan tujuan melahirkan berbagai-bagai perasaan.9

Penggunaan ayat tanya dengan kata tanya iaitu Nah, kami masih anak-anak,

apalah yang kami tahu?

Keterangan bagai iaitu permainan sebelum Maghrib di padang luas kampung kami itu

bagaikan pertarungan hidup dan mati ketika itu.

Ayat 5 : Namun, apabila matahari hampir terbenam dan langit kirmizi, kami akan

bersalam, berpelukan dan tertawa bersama.

Analisis

Penggunaan kata ganti nama diri pertama kami

Penggunaan perkataan Namun merujuk kepada kata perbandingan

Penggunaan kata kerja bersalam, berpelukan dan tertawa bersama

Ayat 6 : Kami akan beriringan pulang ke rumah masing-masing, dengan lambaian dan

janji untuk mengulang pertarungan.

Analisis:

Penggunaan perkataan akan dalam ayat di atas ialah keterangan terhadap.

Page 7: Tugasan kumpulan bml3063 sintaksis bahasa melayu

BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014

6

Penggunaan kata ganti nama diri pertama kami

Cerpen Maraton Kampung

Sesungguhnya, hati-hati kami telah bertaut apabila kami memilih untuk hidup

berbumbungkan langit yang sama, berpaksikan bumi yang serupa. Kami belajar bahawa

untuk memetik rambutan di hujung Julai, bukan semua yang harus memanjat sehingga ke

dahan paling rapuh. Sebaliknya harus berbagi-bagi dengan seadil-adilnya, berdasarkan

kelayakan dan kebolehan kami masing-masing. Tidak kami langgar aturan yang dibuat datuk

nenek moyang kami, tidak juga kami mempersoalkan hal baik-baik yang telah mereka

putuskan secara diplomasi.

Ayat 7 : Sesungguhnya, hati-hati kami telah bertaut apabila kami memilih untuk hidup

berbumbungkan langit yang sama, berpaksikan bumi yang serupa.

Analisis

Keterangan tujuan dan harapan iaitu apabila kami memilih untuk hidup

berbumbungkan langit yang sama, berpaksikan bumi yang serupa

Penggunaan kata ganti nama diri pertama iaitu kami

Ayat 8 : Kami belajar bahawa untuk memetik rambutan di hujung Julai, bukan semua

yang harus memanjat sehingga ke dahan paling rapuh.

Analisis

Keterangan tujuan dan harapan iaitu Kami belajar bahawa untuk memetik

rambutan di hujung Julai, bukan semua yang harus memanjat sehingga ke

dahan paling rapuh.

Penggunaan kata pancangan relatif iaitu yang

Keterangan cara iaitu untuk memetik rambutan di hujung Julai, bukan semua

yang harus memanjat sehingga ke dahan paling rapuh

Ayat 9 : Sebaliknya harus berbagi-bagi dengan seadil-adilnya, berdasarkan kelayakan

dan kebolehan kami masing-masing.

Analisis

Page 8: Tugasan kumpulan bml3063 sintaksis bahasa melayu

BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014

7

Penggunaan ayat susunan songsang pendepanan seluruh predikat iaitu Sebaliknya

harus berbagi-bagi dengan seadil-adilnya, berdasarkan kelayakan dan

kebolehan kami masing-masing.

Penggunaan kata hubung gabungan dan

Ayat 10 : Tidak kami langgar aturan yang dibuat datuk nenek moyang kami, tidak

juga kami mempersoalkan hal baik-baik yang telah mereka putuskan secara

diplomasi.

Analisis

Penggunaan kata ganti nama diri ketiga iaitu mereka

Keterangan syarat iaitu Tidak kami langgar aturan yang dibuat datuk nenek

moyang kami, tidak juga kami mempersoalkan hal baik-baik yang telah

mereka putuskan secara diplomasi.

Cerpen Maraton Kampung

Apabila usia meningkat remaja, kami meninggalkan permainan masa senggang lalu berdikit-

dikit belajar berlari. Kami berlari sebelum Subuh, merentas desa tatkala ayam belum

berkokok agar sempat pulang bersiap untuk menghadiri sesi pembelajaran di sekolah aliran

masing-masing sebelum genta pertama bergema. Kami bermula dengan jarak yang termampu

dengan kudrat muda kami; remaja kampung yang belum tahu apa itu gizi, tidak mampu

memenuhi selera dan nutrisi. Kami tidak berkasut khusus, sekadar menyarung kasut putih

bertapak getah yang kemudiannya kami kenakan lagi ketika seharian berseragam putih-hijau

menadah ilmu.

Ayat 11 : Apabila usia meningkat remaja, kami meninggalkan permainan masa

senggang lalu berdikit-dikit belajar berlari.

Analisis

Penggunaan kata adverba yang ditakrifkan sebagai perkataan yang menerangkan kata

kerja, kata adjektif, kata nama dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan

tempat.Sebagai contohnya, berdikit-dikit.

Page 9: Tugasan kumpulan bml3063 sintaksis bahasa melayu

BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014

8

Ayat 12 : Kami berlari sebelum Subuh, merentas desa tatkala ayam belum berkokok

agar sempat pulang bersiap untuk menghadiri sesi pembelajaran di sekolah aliran

masing-masing sebelum genta pertama bergema.

Analisis

Keterangan waktu iaitu Subuh

Penggunaan kata hubung keterangan waktu iaitu tatkala

Ayat 13 : Kami bermula dengan jarak yang termampu dengan kudrat muda kami;

remaja kampung yang belum tahu apa itu gizi, tidak mampu memenuhi selera dan

nutrisi.

Analisis

Penggunaan kata pancangan relatif iaitu yang

Penggunaan kata keterangan cara iaitu dengan

Penggunaan kata ganti nama diri pertama iaitu kami

Ayat 14 : Kami tidak berkasut khusus, sekadar menyarung kasut putih bertapak getah

yang kemudiannya kami kenakan lagi ketika seharian berseragam putih-hijau

menadah ilmu.

Analisis

Kata adjektif iaitu putih

Keterangan alat iaitu berkasut

Penggunaan kata pancangan relatif iaitu yang

Cerpen Maraton Kampung

Kami paling menanti ketibaan hujung minggu, tatkala kami dapat berlari jauh ke hujung

kampung lalu berpatah balik. Selepas sarapan nasi lemak dan kopi o di gerai milik penduduk

kampung yang kami hormati seperti orang tua sendiri dengan baki duit belanja sekolah yang

sengaja kami sisihkan setiap hari, kami akan bubar, pulang ke rumah masing-masing untuk

meneruskan kelangsungan tanggungjawab terhadap ibu bapa dan adik-beradik kami. Kami

Page 10: Tugasan kumpulan bml3063 sintaksis bahasa melayu

BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014

9

semakin dewasa. Tanpa ibu bapa mengingatkan, kami memerhati, lalu mengerti sendiri

bahawa kami harus mula memikul amanah sebagai anak, warga masyarakat, warganegara dan

insan.

Ayat 15 : Kami paling menanti ketibaan hujung minggu, tatkala kami dapat berlari

jauh ke hujung kampung lalu berpatah balik.

Analisis

Penggunaan kata hubung keterangan waktu iaitu tatkala

Penggunaan kata penguat hadapan iaitu paling

Penggunaan kata sendi ke yang bertugas sebagai kata yang merangkaikan frasa nama

dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain.Sebagai contohnya, tatkala kami dapat

berlari jauh ke hujung kampung lalu berpatah balik.

Ayat 16 : Selepas sarapan nasi lemak dan kopi o di gerai milik penduduk kampung

yang kami hormati seperti orang tua sendiri dengan baki duit belanja sekolah yang

sengaja kami sisihkan setiap hari, kami akan bubar, pulang ke rumah masing-masing

untuk meneruskan kelangsungan tanggungjawab terhadap ibu bapa dan adik-beradik

kami.

Analisis

Keterangan bagai iaitu seperti orang tua sendiri

Penggunaan kata hubung gabungan iaitu dan

Ayat 17 : Kami semakin dewasa.

Analisis

Dalam ayat ini subjek adalah merujuk kepada kami manakala predikat pula adalah

merujuk kepada semakin dewasa

Penggunaan kata ganti nama diri pertama iaitu kami

Ayat ini merupakan ayat tunggal yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.

Page 11: Tugasan kumpulan bml3063 sintaksis bahasa melayu

BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014

10

Ayat 18 : Tanpa ibu bapa mengingatkan, kami memerhati, lalu mengerti sendiri

bahawa kami harus mula memikul amanah sebagai anak, warga masyarakat,

warganegara dan insan.

Analisis

Ayat di atas mengandungi ayat komplemen frasa nama objek tepat sebagai contohnya,

Tanpa ibu bapa mengingatkan, kami memerhati, lalu mengerti sendiri bahawa kami

harus mula memikul amanah sebagai anak, warga masyarakat, warganegara

dan insan.

Penggunaan ayat majmuk gabungan seperti tanpa ibu bapa mengingatkan, kami

memerhati, lalu mengerti sendiri bahawa kami harus mula memikul amanah sebagai

anak, warga masyarakat, warganegara dan insan.

Cerpen Maraton Kampung

Ketika itu jugalah, tohmahan dan suguhan perbezaan mula berdesir di kampung kami,

meniupkan kecurigaan yang bukan sedikit dalam kalangan sebahagian daripada orang tua

kami. Benar, kami tidak sewarna kulit, berbeza agama, budaya dan sejarah lampau. Namun

kami disatukan dengan aspirasi yang sama. Seperti larian kami saban pagi itu, kami tahu di

mana kami bermula, kami juga jelas akan destinasi akhir. Matlamat kami ialah menghabiskan

jarak yang telah kami tetapkan - bersama-sama. Bukan tidak ada antara kami yang letai di

pertengahan. Ada juga yang kekejangan dan terlentang di jalanan. Namun tidak pernah

terbayangkan di benak kami untuk berpecah dan menamatkan larian sendiri-sendiri.

Ayat 19 : Ketika itu jugalah, tohmahan dan suguhan perbezaan mula berdesir di

kampung kami, meniupkan kecurigaan yang bukan sedikit dalam kalangan

sebahagian daripada orang tua kami.

Analisis

Penggunaan kata hubung gabungan iaitu dan

Dalam ayat di atas terdapat penggunaan kata pancangan relatif iaitu yang.

Keterangan waktu iaitu Ketika itu

Page 12: Tugasan kumpulan bml3063 sintaksis bahasa melayu

BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014

11

Ayat 20 : Benar, kami tidak sewarna kulit, berbeza agama, budaya dan sejarah lampau.

Analisis

Penggunaan kata penguat belakang iaitu benar. Akan tetapi berdasarkan ayat diatas

penggunaan kata penguat adalah tidak sesuai kerana kata penguat belakang hendaklah

diguna di belakang adjektif.

Penggunaan kata ganti nama diri pertama iaitu kami

Penggunaan ayat majmuk gabungan. Sebagai contohnya, benar, kami tidak sewarna

kulit, berbeza agama, budaya dan sejarah lampau

Ayat 21 : Namun kami disatukan dengan aspirasi yang sama.

Analisis

Penggunaan kata ganti nama diri pertama iaitu kami

Dalam ayat di atas terdapat penggunaan kata keterangan cara iaitu dengan

Penggunaan perkataan Namun merujuk kepada kata perbandingan

Ayat 22 : Seperti larian kami saban pagi itu, kami tahu di mana kami bermula, kami

juga jelas akan destinasi akhir.

Analisis

Keterangan waktu iaitu pagi itu

Penggunaan kata ganti nama diri pertama iaitu kami

Penggunaan perkataan akan merujuk kepada keterangan sebab atau akibat

Ayat 23 : Matlamat kami ialah menghabiskan jarak yang telah kami tetapkan

bersama-sama.

Analisis

Page 13: Tugasan kumpulan bml3063 sintaksis bahasa melayu

BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014

12

Penggunaan ayat majmuk perancangan keterangan tujuan.Sebagai contohnyaa,

matlamat kami ialah menghabiskan jarak yang telah kami tetapkan bersama-

sama.

Penggunaan kata ganti nama diri pertama iaitu kami

Ayat 24 :Bukan tidak ada antara kami yang letai di pertengahan.

Analisis

Penggunaan kata ganti nama diri pertama iaitu kami

Keterangan perbandingan iaitu Bukan tidak ada antara kami yang letai di

pertengahan

Ayat 25 : Ada juga yang kekejangan dan terlentang di jalanan.

Analisis

Penggunaan ayat majmuk gabungan. Misalnya ada juga yang kekejangan dan

terlentang di jalanan.

Keterangan akibat dan musabab iaitu Ada juga yang kekejangan dan terlentang di

jalanan

Ayat 26 : Namun tidak pernah terbayangkan di benak kami untuk berpecah dan

menamatkan larian sendiri-sendiri.

Analisis

Penggunaan kata bantu aspek iaitu pernah

Penggunaan kata hubung gabungan iaitu dan

Penggunaan perkataan Namun merujuk kepada kata perbandingan

Cerpen Maraton Kampung

Justeru, kami tidak mengerti, apabila suatu hari kami ditegah keluar, dikurung kejap di dalam

rumah dan dilarang untuk berlari bersama-sama lagi selepas ini. Kami terus kebingungan

apabila beberapa hari kemudian bendera yang berkibar megah sebagai lambang negara kami

Page 14: Tugasan kumpulan bml3063 sintaksis bahasa melayu

BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014

13

dikencingi, orang-orang tua kami berarak dan mencaci satu sama lain dengan perkataan yang

pedih sekali telinga remaja kami ini mendengarnya. Paling menyayat hati kami, apabila

mereka tetak-menetak, berbunuhan sehingga merah-hanyir jalan-jalan di kampung kami.

Tatkala kepala kampung kami mengumumkan perintah berkurung, kami diam dengan

pertanyaan yang tidak berani kami utarakan kepada orang tua kami yang masih mengemam

bara amarah. Bukankah kami diajar dengan prinsip berlima, digariskan nenek moyang kami

yang cendekia? Sudah lupakah orang tua kami akan sumpah setia yang pernah mereka

lafazkan, sebagai ganti sebuah kebebasan?

Ayat 27: Justeru, kami tidak mengerti, apabila suatu hari kami ditegah keluar,

dikurung kejap di dalam rumah dan dilarang untuk berlari bersama-sama lagi selepas

ini.

Analisis

Penggunaan kata hubung gabungan iaitu dan.

Penggunaan kata ganti diri pertama iaitu kami.

Penggunaan ayat majmuk pancangan komplemen iaitu perkataan yang

Ayat 28: Kami terus kebingungan apabila beberapa hari kemudian bendera yang

berkibar megah sebagai lambang negara kami dikencingi, orang-orang tua kami

berarak dan mencaci satu sama lain dengan perkataan yang pedih sekali telinga

remaja kami ini mendengarnya.

Analisis

Dalam ayat di atas terdapat penggunaan kata keterangan cara iaitu dengan.

Selain itu, penggunaan kata adjejktif deria iaitu telinga

Seterusnya pernggunaan penguat iaitu perkataan sekali

Page 15: Tugasan kumpulan bml3063 sintaksis bahasa melayu

BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014

14

Ayat 29: . Paling menyayat hati kami, apabila mereka tetak-menetak, berbunuhan

sehingga merah-hanyir jalan-jalan di kampung kami.

Analisis

Penggunaan kata penguat iaitu paling

Penggunaan ayat pencangan keterangan akibat iaitu sehingga

Penggunaan kata ganti nama pertama iaitu kami

Ayat 30: Tatkala kepala kampung kami mengumumkan perintah berkurung, kami

diam dengan pertanyaan yang tidak berani kami utarakan kepada orang tua kami yang

masih mengemam bara amarah.

Analisis

Penggunaan kata tatkala merujuk kepada ayat keterangan waktu

Penggunaan kata keterangan cara iaitu dengan

Ayat 31: Bukankah kami diajar dengan prinsip berlima, digariskan nenek moyang

kami yang cendekia?

Penggunaan kata ganti nama diri pertama iaitu kami

Penggunaan kata keterangan cara iaitu dengan

Penggunaan kata pancangan relatif iaitu yang

Penggunaan perkataan Bukankah merujuk kepada ayat tanya.

Ayat 32: Sudah lupakah orang tua kami akan sumpah setia yang pernah mereka

lafazkan, sebagai ganti sebuah kebebasan?

Penggunaan kata pancangan relatif iaitu yang

Penggunaan perkataan akan dalam ayat di atas merujuk kepada ayat keterangan

akibat.

Page 16: Tugasan kumpulan bml3063 sintaksis bahasa melayu

BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014

15

Cerpen Maraton Kampung

Sesudah suasana tenang semula, kami menyambung rutin larian pagi minggu, tanpa

kebenaran, tetapi juga tanpa larangan. Namun kali ini, kami memilih untuk melakukannya

sendiri-sendiri. Ada antara kami yang memilih jalan jauh, ada juga yang selesa dengan jalan

sedia ada. Manakala yang berani dalam kalangan kami memilih jalan baru. Dalam senyap

kami berharap, agar tidak ada sahabat-sahabat kami yang menyusup menyusur jalan pintas.

Namun, takdir bukan ditulis oleh kami. Takdir adalah ketetapan Tuhan. Ternyata dalam

keterasingan itu, kami tidak dapat menolak hakikat bahawa sebagai manusia biasa, kami

semua mempunyai impian kebahagiaan yang sama. Sementelah pandai berlari, kami mahu

berlumba pula.

Ayat 33: Sesudah suasana tenang semula, kami menyambung rutin larian pagi minggu,

tanpa kebenaran, tetapi juga tanpa larangan.

Analisis

Dalam ayat di atas terdapat kata keterangan waktu iaitu pagi

Selain itu terdapat keterangan bandingan iaitu tetapi

Ayat 34: Namun kali ini, kami memilih untuk melakukannya sendiri-sendiri.

Analisis

Penggunaan perkataan Namun merujuk kepada kata keterangan perbandingan.

Penggunaan perkataaan kami merujuk kepada subjek dan kata ganti nama pertama.

Seterusnya penggunaan perkataan untuk merujuk kepada kata pancangan relatif.

Ayat 35: Ada antara kami yang memilih jalan jauh, ada juga yang selesa dengan

jalan sedia ada.

Dalam ayat di atas terdapat penggunaan kata pancangan relatif iaitu yang

Selain itu penggunaan kata adjektif jarak iaitu jauh

Seterusnya penggunaan kata keterangan cara iaitu dengan

Ayat 36: . Manakala yang berani dalam kalangan kami memilih jalan baru.

Page 17: Tugasan kumpulan bml3063 sintaksis bahasa melayu

BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014

16

Analisis

Penggunaan kata kami merujuk kepada subjek dan predikat ialah memilih jalan

baru.

Penggunaan kata pancangan relatif iaitu yang

Seterusnya penggunaan perkataan manakala merujuk kepada kata keterangan

perbandingan.

Ayat 37: Dalam senyap kami berharap, agar tidak ada sahabat-sahabat kami yang

menyusup menyusur jalan pintas.

Analisis

Penggunaan perkataan agar merujuk kepada keterangan harapan.

Selain itu, penggunaan kata pancangan relatif iaitu yang

Ayat 38: Namun, takdir bukan ditulis oleh kami.

Analisis:

Penggunaan perkataan Namun merujuk kepada pancangan perbandingan.

Penggunaan perkataan kami merujuk kepada objek dan kata ganti dalam diri

pertama.

Ayat 39: Takdir adalah ketetapan Tuhan.

Analisis

Penggunaan perkataan Tuhan merujuk kepada subjek dan takdir adalah ketetapan

merujuk kepada predikat

Ayat 40: Ternyata dalam keterasingan itu, kami tidak dapat menolak hakikat bahawa

sebagai manusia biasa, kami semua mempunyai impian kebahagiaan yang sama.

Analisis

Page 18: Tugasan kumpulan bml3063 sintaksis bahasa melayu

BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014

17

Dalam ayat di atas manusia merujuk kepada subjek.

Selain itu, penggunaan perkataan bahawa merujuk kepada kata majmuk komplemen

Seterusnya penggunaan pancangan relatif yang terdapat di dalam ayat di atas iaitu

perkataan yang

Ayat 41: Setelah pandai berlari, kami mahu berlumba pula.

Analisis

Penggunaan perkataan kami merujuk kepada subjek dan ayat mahu berlumba pula

merujuk kepada predikat.

Perkataan pandai merujuk kepada kata adjektif sifat.

Cerpen Maraton Kampung

Maka kami bersepakat bersiap-sedia. Daripada larian pada rentak sederhana pada awal pagi,

kami mengenal keperluan mengamalkan larian tempo, larian interval dan larian berbukit.

Kami belajar mengenal rentak larian semasa, sebelum mencabar hadnya. Kami belajar

membilang detak nadi, mengira kapasiti optimumnya dan kemampuan maksimum jantung

hati kami. Seminggu sekali kami akan berlari jauh pada rentak perlahan demi menguji

ketahanan mental dan fizikal kami yang sedang dibentur itu. Kami mengatur jadual latihan

dengan rapi, memperkemaskannya dengan aktiviti fizikal lain sebagai latihan silang untuk

merehatkan sekali gus memperkuatkan otot-otot serta stamina kami. Kami menyeimbangkan

rutin baru penuh intensiti ini dengan tidur yang cukup dan pemakanan berkhasiat. Kami juga

sudah mampu memakai kasut khusus dengan ciri-ciri penyokong kestabilan, keanjalan dan

kepantasan langkah kami. Kami tidak lagi berkemeja tee lusuh dan berseluar pendek goboh,

sebaliknya mengenakan persalinan khas yang memampatkan kapilari lalu melancarkan

perjalanan darah kami. Selepas setiap sesi latihan, kami akan diurut oleh fisioterapis terlatih.

Apabila lutut atau saraf kami lenguh dan perit, kami dirawat oleh pakar orto dan neuro.

Ayat 42: Daripada larian pada rentak sederhana pada awal pagi, kami mengenal

keperluan mengamalkan larian tempo, larian interval dan larian berbukit.

Analisis

Penggunaan perkataan pagi merujuk kepada keterangan waktu.

Page 19: Tugasan kumpulan bml3063 sintaksis bahasa melayu

BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014

18

Selain itu, penggunaan perkataan dan merujuk kepada kata hubung gabungan.

Seterusnya penggunaan perkataan kami merujuk kepada kata ganti nama diri pertama

dan merujuk kepada subjek.

Ayat 43: Kami belajar mengenal rentak larian semasa, sebelum mencabar hadnya

Analisis

Penggunaan perkataan kami merujuk kepada subjek dan predikat ialah belajar

mengenal rentak larian semasa, sebelum mencabar hadnya.

Seterusnya penggunaan perkataan semasa merujuk kepada keterangan waktu.

Ayat 44: Kami belajar membilang detak nadi, mengira kapasiti optimumnya dan

kemampuan maksimum jantung hati kami.

Analisis

Penggunaan perkataan dan merujuk kepada kata hubung gabungan.

Penggunaan perkataan Kami merujuk kepada subjek dan predikat merupakan ayat

belajar membilang detak nadi, mengira kapasiti optimumnya dan kemampuan

maksimum jantung hati kami.

Ayat 45: Seminggu sekali kami akan berlari jauh pada rentak perlahan demi menguji

ketahanan mental dan fizikal kami yang sedang dibentur itu.

Analisis

Penggunaan perkataan sekali merupakan kata penguat.

Penggunaan perkataan jauh dalam ayat merupakan kata adjektif jarak.

Penggunaan perkataan demi merujuk kepada keterangan tujuan.

Seterusnya penggunaan perkataan dan merujuk kepada kata hubung gabungan.

Page 20: Tugasan kumpulan bml3063 sintaksis bahasa melayu

BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014

19

Ayat 46: Kami mengatur jadual latihan dengan rapi, memperkemaskannya dengan

aktiviti fizikal lain sebagai latihan silang untuk merehatkan sekali gus

memperkuatkan otot-otot serta stamina kami.

Analisis

Penggunaan perkataan dengan merujuk kepada pancangan keterangan cara.

Penggunaan perkataan untuk merujuk kepada pancangan komplemen.

Penggunaan perkataan sekali merupakan kata penguat.

Ayat 47: Kami menyeimbangkan rutin baru penuh intensiti ini dengan tidur yang

cukup dan pemakanan berkhasiat

Dalam ayat di atas Kami merujuk kepada subjek dan menyeimbangkan rutin baru

penuh intensiti ini dengan tidur yang cukup dan pemakanan berkhasiat merujuk

kepada predikat.

Penggunaan perkataan dan merujuk kepada kata hubung gabungan.

Penggunaan perkataan yang merujuk kepada pancangan relatif.

Seterusnya penggunaan kata keterangan cara iaitu dengan

Ayat 48: Kami juga sudah mampu memakai kasut khusus dengan ciri-ciri penyokong

kestabilan, keanjalan dan kepantasan langkah kami.

Analisis

Penggunaan kata keterangan cara iaitu dengan

Penggunaan perkataan dan merujuk kepada kata hubung gabungan.

Penggunaan perkataaan Kami merujuk kepada kata ganti nama diri dan merupakan

subjek dalam ayat di atas ialah memakai kasut khusus dengan ciri-ciri penyokong

kestabilan, keanjalan dan kepantasan langkah kami.

Page 21: Tugasan kumpulan bml3063 sintaksis bahasa melayu

BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014

20

Ayat 49: Kami tidak lagi berkemeja tee lusuh dan berseluar pendek goboh, sebaliknya

mengenakan persalinan khas yang memampatkan kapilari lalu melancarkan

perjalanan darah kami.

Analisis

Penggunaan perkataan sebaliknya merujuk kepada keterangan perbandingan.

Penggunaan perktaan yang merujuk kepada pancangan relatif.

Seterusnya, penggunaan perkataan pendek merupakan kata adjektif ukuran

Ayat 50: Selepas setiap sesi latihan, kami akan diurut oleh fisioterapis terlatih.

Analisis

Penggunaan perkataan akan merujuk kepada keterangan sebab atau akibat.

Penggunaan perkataan kami merujuk kepada subjek dan merupakan kata ganti nama

diri pertama

Cerpen Maraton Kampung

Perlumbaan-perlumbaan awal kami ialah di peringkat serantau. Kami menguji kebolehan

dengan jiran-jiran kami terlebih dahulu. Tenyata, kesungguhan dan ketekalan telah

menobatkan kami sebagai antara kampung yang perlu diperhatikan di rantau ini. Namun,

semangat kami masih meluap-luap. Kami tidak boleh berpuas hati sebagai jaguh kampung

semata-mata. Kami ingin berlumba di peringkat antarabangsa pula. Tiada siapa yang

mempedulikan kami, peserta-peserta bersusuk kecil, berkulit berwarna nun dari tenggara

benua di bawah angin. Kami sedar, aspek fizikal dan sejarah tidak memihak kepada kami

yang setahun jagung untuk beradu tenaga, apatah lagi duduk sama rendah dan berdiri sama

tinggi dengan para gergasi. Nah, kami jatuh, terjatuh dan dijatuhkan berkali-kali!.

Ayat 51: Perlumbaan-perlumbaan awal kami ialah di peringkat serantau

Analisis

Page 22: Tugasan kumpulan bml3063 sintaksis bahasa melayu

BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014

21

Penggunaan perkataan kami merujuk kepada subjek dan Perlumbaan-perlumbaan

awal di peringkat serantau merujuk kepada predikat

Seterusnya penggunaan perkataan awal merujuk kepada kata adjektif waktu.

Ayat 52: . Kami menguji kebolehan dengan jiran-jiran kami terlebih dahulu.

Analisis

Subjek dalam ayat di atas ialah Kami dan predikat ialah menguji kebolehan

dengan jiran-jiran kami terlebih dahulu.

Seterusnya penggunaan perkataan dengan merujuk kepada keterangan cara

Ayat 53: Tenyata, kesungguhan dan ketekalan telah menobatkan kami sebagai antara

kampung yang perlu diperhatikan di rantau ini.

Analisis

Penggunaan perkataan dan merujuk kepada kata hubung gabungan.

Penggunaan perkataan yang merujuk kepada pancangan relatif.

Seterusnya penggunaan perkataan kami merujuk kepada subjek dan kata ganti nama

diri pertama

Ayat 54: . Namun, semangat kami masih meluap-luap.

Analisis

Penggunaan perkataan Namun merujuk kepada kata perbandingan.

Penggunaan perkataan Kami merujuk kepada subjek dan Masih merluap-luap

merujuk kepada predikat.

Ayat 55: Tiada siapa yang mempedulikan kami, peserta-peserta bersusuk kecil,

berkulit berwarna nun dari tenggara benua di bawah angin.

Analisis

Penggunaan kata tanya dalam ayat di atas iaitu siapa.

Page 23: Tugasan kumpulan bml3063 sintaksis bahasa melayu

BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014

22

Penggunaan kata pancangan relatif iaitu yang.

Seterusnya penggunaan kata adjektif ukuran iaitu kecil.

Ayat 56: Kami sedar, aspek fizikal dan sejarah tidak memihak kepada kami yang

setahun jagung untuk beradu tenaga, apatah lagi duduk sama rendah dan

berdiri sama tinggi dengan para gergasi.

Analisis

Penggunaam kata hubung gabungan iaitu perkataan dan

Penggunaan kata ganti diri pertama iaitu kami

Ayat 57 : Nah, kami jatuh, terjatuh dan dijatuhkan berkali-kali!

Penggunaan kata ganti diri pertama iaitu kami

Penggunaan kata seru iaitu nah

Cerpen Maraton Kampung

Namun, kekurangan kami ditimbal balik dengan semangat yang tidak mudah retak. Kami

bangun, sekali, dua kali, setiap kali. Kami mengerti bahawa untuk meruntuhkan

kesombongan gergasi-gergasi yang pernah menguasai kampung dan pemikiran kami berabad-

abad lamanya tidak berapa dekad lalu itu, ikhtiar kami tidak boleh diletakkan tidak di tubuh,

tetapi harus dipasakkan pada buah fikir. Kami mencatur langkah dengan pertimbangan yang

wajar. Perlahan-lahan, laluan perlumbaan yang bersalju pada musim soltis, panas terbakar

pada musim ekuinoks dan rencam iklimnya lewat musim semi kami tawan satu persatu.

Ayat 58: Namun, kekurangan kami ditimbal balik dengan semangat yang tidak mudah

retak.

Analisis

Penggunaan kata ganti diri pertama iaitu kami

Penggunaan perkataan Namun merujuk kepada kata perbandingan.

Penggunaan ayat penyata iaitu Namun, kekurangan kami ditimbal balik dengan

semangat yang tidak mudah retak.

Page 24: Tugasan kumpulan bml3063 sintaksis bahasa melayu

BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014

23

Ayat 59 : Kami mengerti bahawa untuk meruntuhkan kesombongan gergasi-gergasi

yang pernah menguasai kampung dan pemikiran kami berabad-abad lamanya tidak

berapa dekad lalu itu, ikhtiar kami tidak boleh diletakkan tidak di tubuh, tetapi harus

dipasakkan pada buah fikir.

Analisis

Penggunaan kata ganti diri pertama iaitu kami

Penerangan waktu iaitu berabad-abad lamanya tidak berapa dekad lalu itu

Ayat 60: Kami mencatur langkah dengan pertimbangan yang wajar.

Analisis

Penggunaan kata ganti diri pertama iaitu kami

Penggunaan kata pancangan relatif yang

Predikat mencatur langkah dengan pertimbangan yang wajar.

7.0 Rumusan Analisis

Secara keseluruhannya boleh dibuat rumusan daripada 60 jenis ayat seperti jadual di bawah.

Bil Analisis Jenis Ayat Bilangan Peratusan

01 Kata ganti nama diri 27 kali 18 %

02 Ayat subjek dan predikat 16 kali 10 %

03 Kata bantu 3 kali 2 %

04 Kata seru 3 kali 2 %

05 Kata / Ayat keterangan 32 kali 21 %

06 Ayat songsangan 1 kali 1 %

07 Kata hubung 12 kali 8 %

08 Kata adverba 1 kali 1 %

09 Kata adjektif 9 kali 6 %

10 Pancangan relatif 22 kali 14 %

11 Kata penguat 7 kali 5 %

12 Kata sendi 1 kali 1 %

13 Ayat majmuk 6 kali 4 %

14 Kata perbandingan 9 kali 6 %

15 Kata / ayat penyata 3 kali 2 %

16 Ayat penyata 1 kali 1 %

Page 25: Tugasan kumpulan bml3063 sintaksis bahasa melayu

BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014

24

8.0 Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, dari kajian sintaksis ini apa yang telah kami fahami ialah

bahasa Melayu merupakan bahasa yang sangat teratur. Bukan itu sahaja, bahasa ini

memerlukan tatabahasa dan cara yang betul untuk menggunakannya.Pemupukan bahasa

Melayu telah dilaksanakan melalui perancangan yang teratur dan terarah oleh Dewan

Bahasa dan Pustaka. Oleh yan demikian, kita hanya perlu menggunakan pendekatan

tatabahasa untuk memahami unsur-unsur bahasa Melayu terutamanya dalam bidang sintaksis

yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat.Pemahaman yang mendalam terhadap

tatabahasa Melayu akan menyemarakan lagi semangat patriotik dalam diri kita agar lebih

mencintai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kita. Pengetahuan tentang tatabahasa

juga penting dalam mengolah sesuatu karangan bahasa agar tidak kelihatan seperti ‘bahasa

rojak’ iaitu bahasa yang bercampur aduk dan tidak tersusun.

Page 26: Tugasan kumpulan bml3063 sintaksis bahasa melayu

BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014

25

9.0 Bibliografi

Ahmad Khair Mohd Nor. (2202). Pengantar Sintaksis Bahasa Melayu, Kuala Lumpur :

Utusan Publications & Distributors.

Ali Mahmood, Seman Salleh dan Zainal Abidin Kasim (2007). HBML 2103 Pembelajaran

Morfo Sintaksis Bahasa Melayu . Kuala Lumpur: Open Universiti Malaya.

Asmah Hj. Omar. (2008). Nahu Kemas Kini, Kuala Lumpur : PTS Professional.

Nik Safiah Karim et al. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah karim,Farid M.Onn,Hashim Hj.Musa,Abdul Hamid Mahmood(2003)Tatabahasa

Dewan.

Norliza Jamaluddin. (2011). Kata SifatBahasa Melayu berdasarkan data korpus berkomputer.

Tesis PhD Universiti Malaya.

Ramli Hj. Salleh (1995). Sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Zainal Abidin Ahmad ( Za’ba ). (2000). Pelita Bahasa Melayu Penggal l – lll edisi Baharu.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Cerpen Maraton Kampung. 05 Oktober 2014. [Sumber] :

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Sastera/20141005/sa_01/Maraton-Kampung

Page 27: Tugasan kumpulan bml3063 sintaksis bahasa melayu

BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014

26

10.0 Lampiran

sastera

ARKIB : 05/10/2014

Maraton Kampung Kami bersahabat sudah lama. Ketika kecil, kami belajar bertatih bersama-sama.

Tentunya dalam persahabatan yang masih pucuk ketika itu, kami tidak dapat tidak,

pernah bermasam muka. Nah, kami masih anak-anak, apalah yang kami tahu?

Permainan sebelum Maghrib di padang luas kampung kami itu bagaikan pertarungan

hidup dan mati ketika itu. Namun, apabila matahari hampir terbenam dan langit

kirmizi, kami akan bersalam, berpelukan dan tertawa bersama. Kami akan beriringan

pulang ke rumah masing-masing, dengan lambaian dan janji untuk mengulang

pertarungan.

Sesungguhnya, hati-hati kami telah bertaut apabila kami memilih untuk hidup

berbumbungkan langit yang sama, berpaksikan bumi yang serupa. Kami belajar

bahawa untuk memetik rambutan di hujung Julai, bukan semua yang harus memanjat

sehingga ke dahan paling rapuh. Sebaliknya harus berbagi-bagi dengan seadil-adilnya,

berdasarkan kelayakan dan kebolehan kami masing-masing. Tidak kami langgar

aturan yang dibuat datuk nenek moyang kami, tidak juga kami mempersoalkan hal

baik-baik yang telah mereka putuskan secara diplomasi.

Apabila usia meningkat remaja, kami meninggalkan permainan masa senggang lalu

berdikit-dikit belajar berlari. Kami berlari sebelum Subuh, merentas desa tatkala ayam

belum berkokok agar sempat pulang bersiap untuk menghadiri sesi pembelajaran di

sekolah aliran masing-masing sebelum genta pertama bergema. Kami bermula dengan

jarak yang termampu dengan kudrat muda kami; remaja kampung yang belum tahu

apa itu gizi, tidak mampu memenuhi selera dan nutrisi. Kami tidak berkasut khusus,

sekadar menyarung kasut putih bertapak getah yang kemudiannya kami kenakan lagi

ketika seharian berseragam putih-hijau menadah ilmu.

Kami paling menanti ketibaan hujung minggu, tatkala kami dapat berlari jauh ke

hujung kampung lalu berpatah balik. Selepas sarapan nasi lemak dan kopi o di gerai

milik penduduk kampung yang kami hormati seperti orang tua sendiri dengan baki

duit belanja sekolah yang sengaja kami sisihkan setiap hari, kami akan bubar, pulang

ke rumah masing-masing untuk meneruskan kelangsungan tanggungjawab terhadap

ibu bapa dan adik-beradik kami. Kami semakin dewasa. Tanpa ibu bapa

mengingatkan, kami memerhati, lalu mengerti sendiri bahawa kami harus mula

memikul amanah sebagai anak, warga masyarakat, warganegara dan insan.

Ketika itu jugalah, tohmahan dan suguhan perbezaan mula berdesir di kampung kami,

meniupkan kecurigaan yang bukan sedikit dalam kalangan sebahagian daripada orang

tua kami. Benar, kami tidak sewarna kulit, berbeza agama, budaya dan sejarah

lampau. Namun kami disatukan dengan aspirasi yang sama. Seperti larian kami saban

pagi itu, kami tahu di mana kami bermula, kami juga jelas akan destinasi akhir.

Page 28: Tugasan kumpulan bml3063 sintaksis bahasa melayu

BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014

27

Matlamat kami ialah menghabiskan jarak yang telah kami tetapkan - bersama-sama.

Bukan tidak ada antara kami yang letai di pertengahan. Ada juga yang kekejangan dan

terlentang di jalanan. Namun tidak pernah terbayangkan di benak kami untuk

berpecah dan menamatkan larian sendiri-sendiri.

Justeru, kami tidak mengerti, apabila suatu hari kami ditegah keluar, dikurung kejap di

dalam rumah dan dilarang untuk berlari bersama-sama lagi selepas ini. Kami terus

kebingungan apabila beberapa hari kemudian bendera yang berkibar megah sebagai

lambang negara kami dikencingi, orang-orang tua kami berarak dan mencaci satu

sama lain dengan perkataan yang pedih sekali telinga remaja kami ini mendengarnya.

Paling menyayat hati kami, apabila mereka tetak-menetak, berbunuhan sehingga

merah-hanyir jalan-jalan di kampung kami. Tatkala kepala kampung kami

mengumumkan perintah berkurung, kami diam dengan pertanyaan yang tidak berani

kami utarakan kepada orang tua kami yang masih mengemam bara amarah. Bukankah

kami diajar dengan prinsip berlima, digariskan nenek moyang kami yang cendekia?

Sudah lupakah orang tua kami akan sumpah setia yang pernah mereka lafazkan,

sebagai ganti sebuah kebebasan?

Sesudah suasana tenang semula, kami menyambung rutin larian pagi minggu, tanpa

kebenaran, tetapi juga tanpa larangan. Namun kali ini, kami memilih untuk

melakukannya sendiri-sendiri. Ada antara kami yang memilih jalan jauh, ada juga

yang selesa dengan jalan sedia ada. Manakala yang berani dalam kalangan kami

memilih jalan baru. Dalam senyap kami berharap, agar tidak ada sahabat-sahabat kami

yang menyusup menyusur jalan pintas.

Namun, takdir bukan ditulis oleh kami. Takdir adalah ketetapan Tuhan. Ternyata

dalam keterasingan itu, kami tidak dapat menolak hakikat bahawa sebagai manusia

biasa, kami semua mempunyai impian kebahagiaan yang sama. Sementelah pandai

berlari, kami mahu berlumba pula.

Maka kami bersepakat bersiap-sedia. Daripada larian pada rentak sederhana pada awal

pagi, kami mengenal keperluan mengamalkan larian tempo, larian interval dan larian

berbukit. Kami belajar mengenal rentak larian semasa, sebelum mencabar hadnya.

Kami belajar membilang detak nadi, mengira kapasiti optimumnya dan kemampuan

maksimum jantung hati kami. Seminggu sekali kami akan berlari jauh pada rentak

perlahan demi menguji ketahanan mental dan fizikal kami yang sedang dibentur itu.

Kami mengatur jadual latihan dengan rapi, memperkemaskannya dengan aktiviti

fizikal lain sebagai latihan silang untuk merehatkan sekali gus memperkuatkan otot-

otot serta stamina kami.

Kami menyeimbangkan rutin baru penuh intensiti ini dengan tidur yang cukup dan

pemakanan berkhasiat. Kami juga sudah mampu memakai kasut khusus dengan ciri-

ciri penyokong kestabilan, keanjalan dan kepantasan langkah kami. Kami tidak lagi

berkemeja tee lusuh dan berseluar pendek goboh, sebaliknya mengenakan persalinan

khas yang memampatkan kapilari lalu melancarkan perjalanan darah kami. Selepas

setiap sesi latihan, kami akan diurut oleh fisioterapis terlatih. Apabila lutut atau saraf

kami lenguh dan perit, kami dirawat oleh pakar orto dan neuro.

Page 29: Tugasan kumpulan bml3063 sintaksis bahasa melayu

BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014

28

Perlumbaan-perlumbaan awal kami ialah di peringkat serantau. Kami menguji

kebolehan dengan jiran-jiran kami terlebih dahulu. Tenyata, kesungguhan dan

ketekalan telah menobatkan kami sebagai antara kampung yang perlu diperhatikan di

rantau ini. Namun, semangat kami masih meluap-luap. Kami tidak boleh berpuas hati

sebagai jaguh kampung semata-mata. Kami ingin berlumba di peringkat antarabangsa

pula.

Tiada siapa yang mempedulikan kami, peserta-peserta bersusuk kecil, berkulit

berwarna nun dari tenggara benua di bawah angin. Kami sedar, aspek fizikal dan

sejarah tidak memihak kepada kami yang setahun jagung untuk beradu tenaga, apatah

lagi duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan para gergasi. Nah, kami jatuh,

terjatuh dan dijatuhkan berkali-kali!

Namun, kekurangan kami ditimbal balik dengan semangat yang tidak mudah retak.

Kami bangun, sekali, dua kali, setiap kali. Kami mengerti bahawa untuk meruntuhkan

kesombongan gergasi-gergasi yang pernah menguasai kampung dan pemikiran kami

berabad-abad lamanya tidak berapa dekad lalu itu, ikhtiar kami tidak boleh diletakkan

tidak di tubuh, tetapi harus dipasakkan pada buah fikir. Kami mencatur langkah

dengan pertimbangan yang wajar. Perlahan-lahan, laluan perlumbaan yang bersalju

pada musim soltis, panas terbakar pada musim ekuinoks dan rencam iklimnya lewat

musim semi kami tawan satu persatu.

Mungkin kami terleka. Mungkin juga kami menjadi terlalu selesa. Tragedi yang

terlalu menguji hampir tiga dasawarsa sebelumnya itu seakan-akan terlalu jauh

daripada ingatan kami. Justeru, kami tidak dapat menebak dugaan yang satu ini.

Serangan anasir luar terhadap kampung kami pada suatu Subuh metah lewat dekad

terakhir sebelum milenia menyentak tidur kami yang sudah jarang-jarang turun berlari

ketika hari masih dini.

Ketika kami masih terpinga-pinga kebingungan, kepala kampung bingkas, mengatup

semua pintu, memperkemas segala benteng, serta mengetatkan kawalan di sempadan.

Namun kemusnahan serangan licik itu tidak mudah dipulihkan. Tambah pula, ketika

itu jugalah berlakunya kegawatan dalaman yang menggugat kestabilan pentadbiran

kampung kami. Keripuhan itu melarat, menjalar ke jalan dan ruang awam kampung

kami.

Jika dahulu kami cuba digugah dengan perbezaan fizik, kali ini kami diduga dengan

perselisihan ideologi. Angin nyaman yang selama ini berpuput lembut di kampung

kami jarang-jarang lagi bertandang. Sebaliknya, terik matahari menggigit kulit kami,

tanah-tanih kami sehingga empangan-empangan kami yang dahulunya penuh sehingga

ke tebing, kini mencecah takah darurat.

Pili-pili kami yang kering seperti pisau, menetak-belah hubungan kami yang sedia

runcing. Kami tuding-menuding, menyalahkan pihak itu dan pihak ini, tetapi tidak

pernah merenung kekhilafan sendiri. Nah, bagaimanalah hujan pun tidak

meminggirkan kami?

Justeru, pada tahun terakhir sebelum abad milenia, tatkala kampung kami menginjak

satu lagi takah usia ulang tahunnya, kami memutuskan untuk memaknainya dengan

Page 30: Tugasan kumpulan bml3063 sintaksis bahasa melayu

BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014

29

pengisian berbeza. Setelah sekian lama berlari pada jarak sederhana, kali ini kami

merasakan sudah tibalah masanya kami mengorak langkah sejauh angka keramat - 42

kilometer. Kami tahu, semenjak larian sejauh 42 kilometer diperkenalkan pada Sukan

Olimpik zaman moden pertama pada tahun 1894 untuk memperingati larian legenda

Phillipides, utusan kerajaan Greek sejauh jarak yang sama dari Maraton ke Athens

untuk menyampaikan berita kemenangan tentera negaranya ke atas tentera Parsi pada

tahun 490 sebelum Masehi, ia telah menjadi simbol ketekalan, kecekalan dan

keampuhan jiwa dan jasmani seseorang individu. Maka, pada ulang tahun ke-42 kami

bebas mengatur masa depan dan kehidupan sendiri, jarak itu ialah manifestasi

keteguhan komitmen kami mempertahankan kesejahteraan yang telah kami kecapi.

Pada hari bersejarah, kami bertemu seawal jam tiga pagi. Sengaja kami memilih pusat

pentadbiran kampung kami yang baru siap dibina sebagai lokasi pertemuan. Kami

melakukan regangan dan memanaskan badan sebelum memulakan langkah selepas

memanjatkan doa agar misi kami hari ini direstui dan dipermudahkan. Kami bermula

dengan rentak larian sederhana. Kami maklum bahawa jarak ini bukan dekat. Untuk

menguasainya, ia perlu diberi penghormatan selayaknya. Kegagalan kami mengatur

strategi tidak mustahil akan menyebabkan kami tersungkur di pertengahan jalan.

Kami berhenti menunaikan solat Subuh di masjid terapung di pinggir tasik buatan

tatkala fajar terbit di kaki langit. Kami juga mengambil kesempatan itu untuk

membasahkan tekak. Ketika itu kami telah berlari sekitar dua jam, dengan jarak 15

kilometer. Ada antara kami yang mula memakan bekal gel tenaga untuk mengganti

kalori yang telah digunakan.

Kami meneruskan perjuangan setelah memenuhkan semula botol-botol air yang kami

selitkan antara tali pinggang khusus. Tidak ada sebarang hentian minuman atau tandas

mudah alih yang menanti kami di setiap sela dua, tiga, atau empat kilometer sekali.

Tiada juga marsyal atau ambulan pasukan pertolongan cemas mengekori kami. Kami

harus bersedia dengan sebarang kemungkinan, dan membantu sendiri-sendiri.

Separuh perjalanan berjaya kami lalui tanpa sebarang masalah besar, melainkan

lepuh-lepuh kecil pada jari dan tapak kaki serta lenguh-lenguh otot. Maka, sebaik-baik

melepasi jarak 21 kilometer, ada dalam kalangan kami yang mencadangkan agar

kelajuan dipertingkatkan. Sebahagian daripada kami tidak bersetuju, kerana ketika itu

matahari mula mempamerkan kegarangannya. Langit juga cerah tanpa awan.

Bukannya kami tidak tahu, daripada ramalan cuaca yang kami pantau semenjak

seminggu lalu bahawa suhu pada hari itu akan mencecah lebih 30 darjah Celsius.

Tambah pula, prestasi separuh perjalanan bukanlah kayu ukur kepada keseluruhan

perjuangan kami. Kami tidak tegar untuk dehidrasi, kejang atau juga hit the wall

kerana kekontangan glikogen.

Atas peringatan itu, kami kekal sebagai satu kumpulan. Beberapa orang antara kami

mula menunjukkan tanda-tanda keletihan. Mujur kami memilih formasi yang diolah

daripada disiplin kejar-mengejar acara trek berbasikal; untuk setiap dua kilometer,

seorang daripada kami membimbing larian dengan rentaknya sendiri. Setiap daripada

kami di belakangnya harus berusaha untuk mengikut rentak berkenaan. Jika ketua

Page 31: Tugasan kumpulan bml3063 sintaksis bahasa melayu

BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014

30

perlahan, kami tidak boleh memotongnya. Manakala jika ketua lebih laju, kami tidak

boleh mengalah atau ditinggalkan.

Jarak sesudah 30 kilometer mula mendera mental kami. Melainkan desah nafas lelah,

serta derap tapak kaki kami yang tidak gelincah lagi, kami hanya disapa desir angin

panas sekali-sekali. Kami merasakan perjalanan yang telah melebihi jarak larian lazim

kami itu amat sunyi, sedangkan penghujungnya masih terlalu jauh daripada jangkauan

kami. Justeru, kami tidak bersedia dengan kejutan yang menunggu sebaik-baik kami

membelok untuk meneruskan larian pada kilometer ke-35.

Di bahu kiri jalan, beberapa orang berdiri melaungkan sokongan dan kata-kata

semangat. Mereka menghulurkan minuman isotonik sejuk di dalam gelas kecil kepada

kami. Apabila kami berjeda sebentar, mereka menghulurkan lebihan ketulan ais untuk

kami letakkan di atas kepala dan sekitar tengkuk. Mereka juga menyediakan buah

pisang, hirisan tembikai dan gula-gula berkafein selain turut menyembur cecair

mampat yang melegakan lenguh serta perit pada otot keting kami. Kami tidak kenal

mereka, dan kami pasti mereka juga tidak mengenali kami. Namun, kehadiran mereka

membuktikan bahawa mereka mempunyai kepercayaan terhadap perlakuan gila kami

ini. Mereka adalah sebahagian daripada kami.

Langkah kami yang letai seperti ditiupkan keyakinan baru. Kami melepasi jarak 40

kilometer dengan bertenaga. Tenaga yang menyulur dalam tubuh kami disambut

dengan sorakan di kiri dan kanan jalan oleh khalayak yang berlaksa-laksa ramainya.

Saudara-mara dan sahabat-handai kami itu berdiri di kiri dan kanan bahu jalan di

bawah bayang-bayang bangunan agam yang menempatkan perbendaharaan kampung

kami menjalar sehingga istana utuh tempat yang arif dalam kalangan kami

menegakkan undang-undang. Ada yang mengangkat sepanduk buatan sendiri,

manakala yang lainnya bertepuk dan menjeritkan perangsang demi perangsang yang

merindingkan roma kami.

Sewaktu kami merancang dan memulakan perjalanan ini, kami tahu bahawa matlamat

kami jelas. Kami yakin bahawa kami bermula di titik yang benar, dan kami akan

berakhir di titik yang telah ditentukan. Kami insaf dan reda bahawa perjalanan ini

akan disulami pelbagai kesukaran, namun kami telah menanamkan azam untuk

menghadapi kesemuanya dengan kesabaran.

Oleh itu, tatkala kami mencecah garis penamat tahun itu, kami bertekad untuk kami

mengulanginya lagi, pada pagi ulang tahun kebebasan kampung kami tahun hadapan

dan tahun-tahun seterusnya. Namun, kami juga tidak boleh berpuas hati dengan jarak

statik 42 kilometer. Perjuangan kami meski jelas, tetapi masih jauh. Justeru kami akan

menambah jarak: satu kilometer untuk setiap ulang tahun.

Tahun ini, sebahagian besar daripada kami yang merintis ritual bermakna ini tidak lagi

mempunyai kudrat fizikal untuk menyamai rentak larian anak-anak muda kami. Lalu,

dengan rela hati kami melepaskan sepenuhnya legasi ini untuk diteruskan oleh para

pewaris yang menyanggupi tugas meneruskan kelangsungan tradisi. Seperti khalayak

yang menyambut kejayaan kami tidak berapa lama dulu itu, kami akan menunggu

mereka di jarak 55 kilometer, kerana kami tahu, dua kilometer akhir itu ialah jarak

Page 32: Tugasan kumpulan bml3063 sintaksis bahasa melayu

BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014

31

paling menduga. Tahun hadapan, jika kami masih dipinjamkan hayat, kami akan

menunggu lagi, dengan pertambahan jarak satu kilometer, tentunya.

Kongsi Konten di :