tugasan projek edu 3101

20
KERJA KURSUS PENDEK FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU 3101) 1.0 PENGENALAN “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” Pernyataan di atas merupakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah digubal dan diumumkan secara rasmi pada tahun 1988 dan ianya merupakan satu pedoman yang akan menjadi arah, asas dan juga sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan negara. Bagi memastikan unsur-unsur yang terkandung di dalam falsafah tersebut dicapai, kerajaan telah meneliti dan menyemak semula kandungan kurikulum kebangsaan daripada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah berubah kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah di samping mewujudkan satu kurikulum yang holistik dan sentiasa relevan dalam melahirkan modal insan yang seimbang serta dapat menangani cabaran semasa dan masa depan. Hal ini turut disebut dalam Gagasan ke 3 Ucapan Dasar Y. A. B. Perdana Menteri ketika Perhimpunan Agung UMNO 2006 dimana beliau menuntut supaya pendidikan negara memberi penekanan kepada pembangunan modal insan, penghasilan pelajar celik minda, pembentukan warganegara yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat dan program yang membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan Ulul al-Bab. Kurikulum Standard Sekolah Rendah telah mula dijalankan secara berfasa pada tahun 2011 di semua sekolah rendah di Malaysia. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS |2012

Upload: mutiara-hatie

Post on 12-Aug-2015

225 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

PISMP BM SEMESTER 1 AMBILAN JANUARI 2012

TRANSCRIPT

Page 1: TUGASAN PROJEK EDU 3101

KERJA KURSUS PENDEK FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU 3101)

1.0 PENGENALAN

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”

Pernyataan di atas merupakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah digubal

dan diumumkan secara rasmi pada tahun 1988 dan ianya merupakan satu pedoman

yang akan menjadi arah, asas dan juga sumber inspirasi kepada semua usaha dan

rancangan dalam bidang pendidikan negara. Bagi memastikan unsur-unsur yang

terkandung di dalam falsafah tersebut dicapai, kerajaan telah meneliti dan

menyemak semula kandungan kurikulum kebangsaan daripada Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah berubah kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah

di samping mewujudkan satu kurikulum yang holistik dan sentiasa relevan dalam

melahirkan modal insan yang seimbang serta dapat menangani cabaran semasa dan

masa depan.

Hal ini turut disebut dalam Gagasan ke 3 Ucapan Dasar Y. A. B. Perdana

Menteri ketika Perhimpunan Agung UMNO 2006 dimana beliau menuntut supaya

pendidikan negara memberi penekanan kepada pembangunan modal insan,

penghasilan pelajar celik minda, pembentukan warganegara yang menguasai ilmu,

kemahiran dan maklumat dan program yang membangunkan akal manusia dalam

melahirkan insan Ulul al-Bab. Kurikulum Standard Sekolah Rendah telah mula

dijalankan secara berfasa pada tahun 2011 di semua sekolah rendah di Malaysia.

|2012

Page 2: TUGASAN PROJEK EDU 3101

KERJA KURSUS PENDEK FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU 3101)

2.0 JUSTIFIKASI TRANSFORMASI KURIKULUM STANDARD SEKOLAH

RENDAH (KSSR) MENCAPAI MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN

KEBANGSAAN

Transformasi menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua merupakan satu perubahan

rupa, bentuk dan sifat. Kamus Dewan Edisi Keempat pula memberi definisi

transformasi sebagai perubahan bentuk, mengubah bentuk dan satu tindakan untuk

mengubah sesuatu. Ringkasnya, transformasi merupakan satu perubahan dari

sesuatu sifat kepada sifat yang baru. Manakala kurikulum menurut Kamus Dewan

Edisi Keempat bermaksud skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di

sekolah. Kamus Dwibahasa (1992) mendefinisikan kurikulum sebagai bidang

pelajaran di sekolah. Jelas di sini bahawa kurikulum bermaksud skop pembelajaran

sesuatu mata pelajaran di sekolah. Maka secara ringkasnya, transformasi kurikulum

boleh diertikan sebagai satu proses untuk melakukan satu bentuk perubahan yang

menyeluruh kepada kurikulum persekolahan yang sedia ada yang melibatkan

perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah

pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.

Transformasi kurikulum ini berlaku adalah disebabkan beberapa aspek yang

mahu diterapkan dalam diri pelajar agar hasrat pendidikan kurikulum baru ini dapat

dicapai dengan jayanya. Dalam menyokong hasrat ini beberapa teras pembangunan

kurikulum mesti dititikberatkan agar kurikulum pendidikan baru ini setanding pada

peringkat global. Antara teras-terasnya adalah:

Falsafah pendidikan kebangsaan

Dasar Pendidikan Kebangsaan

Wawasan 2020

Rangka Rancangan Jengka Panjang

Cabaran Abad Ke-21

Model Baru Ekonomi (MBE)

Teori Pembelajaran

4 Pillars Of Education (UNESCO)

KSSR ini juga digubal berdasarkan standard kandungan dan standard pembelajaran.

Standard kandungan di sini bermaksud penyataan spesifik tentang perkara yang

|2012

Page 3: TUGASAN PROJEK EDU 3101

KERJA KURSUS PENDEK FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU 3101)

murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan

merangkumi aspek pengetahuan kemahiran dan nilai manakala standard

pembelajaran pula memberi makna satu penetapan kriteria atau indikator kualiti

pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

Merujuk kepada kurikulum yang baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah

Rendah (KSSR) perkataan standard digunakan adalah disebabkan beberapa sebab.

Antaranya adalah:

Memastikan semua murid melepasi standard yang ditetapkan

Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas

Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning)

Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran

Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah

Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah berkaitan dengan insan seimbang dan

hal ini merangkumi enam tunjang. Antaranya ialah :

|2012

Insan Seimbang

Keterampilan Diri (Aktiviti Kokurikulum & Sukan)

Literasi Sains & Teknologi (Reka Bentuk & Teknologi)

Kemanusiaan (Sejarah, Sains Sosial)

Fizikal & Estetika (PJK, Pendidikan Seni Visual & Muzik)

Kerohanian, Sikap & Nilai (Pendidikan Islam, Pendidikan Moral)

Komunikasi (Bahasa Malaysia, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Etnik, Bahasa Arab

Page 4: TUGASAN PROJEK EDU 3101

KERJA KURSUS PENDEK FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU 3101)

Konsep Kurikulum Standard Sekolah Rendah ini adalah berasaskan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan juga prinsip KBSR iaitu pendekatan bersepadu,

perkembangan individu secara menyeluruh, peluang dan kualiti pendidikan yang

sama untuk semua murid serta pendidikan sepanjang hayat. Terdapat juga bentuk

Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang boleh dilihat dari segi insan seimbang.

Berikut merupakan rajah bagi bentuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah.

Rajah 1 Bentuk KSSR

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mempunyai fokusnya yang

tersendiri, dari segi tahap persekolahan. Bagi Tahap 1 Sekolah Rendah (Tahun 1

hingga 3), penguasaan kemahiran 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) dan

menaakul kemahiran asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK),

perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai ditekankan

bagi tahap ini. Bagi Tahap 2 Sekolah Rendah (Tahun 4 hingga 6) pula, aktiviti

pengukuhan dan aplikasi 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) serta menaakul

|2012

KomunikasiPenggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi

KomunikasiPenggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi

Sains & Teknologi

Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifikPenguasaan pengetahuan dan kemahiran matematikPenguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

Sains & Teknologi

Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifikPenguasaan pengetahuan dan kemahiran matematikPenguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

Kerohanian, Sikap &

Nilai Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai

Kerohanian, Sikap &

Nilai Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai

Perkembangan Fizikal & Estetika

Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diriPemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi

Perkembangan Fizikal & Estetika

Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diriPemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi

Keterampilan Diri

Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum

Keterampilan Diri

Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum

KemanusiaanPenguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan globalPenghayatan semangat patriotisme dan perpaduan

KemanusiaanPenguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan globalPenghayatan semangat patriotisme dan perpaduan

REKA BENTUK KURIKULUM PERSEKOLAHAN

Insanseimbang

Page 5: TUGASAN PROJEK EDU 3101

KERJA KURSUS PENDEK FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU 3101)

kemahiran asas TMK, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan

emosi menjadi fokus Kurikulum Standard Sekolah Rendah.

Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kementerian Pelajaran

Malaysia (1987) telah menerapkan beberapa Kemahiran Bernilai Tambah dalam

pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah bukan sahaja mengfokuskan

kepada kemahiran-kemahiran asas yang sedia ada. Antara kemahiran bernilai

tambah yang telah diperkenalkan adalah seperti kemahiran belajar cara belajar,

kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran berfikir, kemahiran

kecerdasan pelbagai, kemahiran kajian masa depan serta pembelajaran

konstruktivisme dan kontekstual. Tetapi, Kemahiran Bernilai Tambah tersebut telah

digantikan dengan Elemen Merentas Kurikulum dalam Kurikulum Standard Sekolah

Rendah. Terdapat tiga elemen penting dalam Elemen Merentas Kurikulum tersebut

antaranya kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan teknologi maklumat dan

komunikasi. Ketiga-tiga elemen ini menepati objektif-objektif Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.

Buktinya, elemen keusahawanan selari dengan unsur Falsafah Pendidikan

Kebangsaan yang ingin melahirkan rakyat Malaysia yang berupaya memberi

sumbangan untuk keluarga, masyarakat dan negara. Menurut Kamus Dewan (2002),

keusahawanan membawa maksud segala-gala yang berkaitan dengan usahawan

atau kegiatan dan kemahiran usahawan. Secara amnya, keusahawanan membawa

maksud kepada seseorang yang berusaha mengendalikan sesuatu perniagaan dan

berani mengambil risiko dalam perniagaan yang diceburinya. Konsep ini turut disebut

dalam Buku Panduan Keusahawanan KSSR (2011). Menurut Schumpeter (1934)

pula, usahawan merupakan individu yang melakukan pembaharuan atau inovasi

untuk kesejahteraan organisasinya sendiri. Manakala, McClelland (1961)

mengatakan bahawa usahawan sebagai seorang yang berdaya inovatif dan

mempunyai keinginan yang tinggi untuk mencapai sesuatu. Elemen ini perlu

diterapkan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas

kerana melalui aktiviti keusahawananlah kadar keuntungan dalam sesebuah negara

dapat ditingkatkan.

Hal ini jelas membuktikan bahawa penggubalan kurikulum baru untuk sekolah

rendah ini mampu menjayakan objektif Kurikulum Standard Sekolah Rendah.

|2012

Page 6: TUGASAN PROJEK EDU 3101

KERJA KURSUS PENDEK FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU 3101)

Menurut Buku Panduan Elemen Keusahawanan KSSR, pemupukan budaya

keusahawanan secara merentas kurikulum bermula dari Tahun Satu adalah penting

bagi mewujudkan kurikulum yang relevan dengan keperluan semasa dan cabaran

masa depan serta membentuk generasi berwawasan yang mempunyai asas yang

kukuh dalam aspek pengetahuan, kemahiran berfikir, berkomunikasi, kreativiti,

pemikiran inovatif, bersemangat positif dan nilai moral dan etika yang baik dalam

konteks keusahawanan. Penerapan elemen keusahawanan ini juga mampu

melahirkan murid yang dapat mengamalkan sikap keusahawanan, mengamalkan

cara berfikir ke arah menghasilkan sesuatu idea, memperoleh kemahiran dan

pengetahuan asas dalam konteks perniagaan, menghasilkan produk yang

berasaskan kemahiran teknologi dan vokasional, serta mempunyai sahsiah yang

bermoral dengan etika yang tinggi menerusi topik-topik matapelajaran yang relevan

di dalam bilik darjah. Rajah di bawah menunjukkan fokus elemen keusahawanan

yang perlu diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik

darjah:

|2012

Fokus penerapan elemen keusahawan dalam P & P

Mengamalkan sikap keusahawan

Mengamalkan cara berfikir ke arah keusahawanan dalam situasi yang diperlukan

Mengamalkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan asas jual beli yang mudah dalam aktiviti

kehidupan seharian yang relevan

Mengamalkan nilai moral dan etika yang baik dalam konteks keusahawanan

Page 7: TUGASAN PROJEK EDU 3101

KERJA KURSUS PENDEK FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU 3101)

Seterusnya, elemen yang kedua yang terdapat dalam Kurikulum Standard

Sekolah Rendah adalah elemen merentas kurikulum kreativiti dan inovasi. Menurut

Kamus Dewan (1997), perkataan kreativiti merujuk kepada kemampuan atau

kebolehan mencipta, daya kreatif dan kekreatifan manakala inovasi bermaksud

sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah baru, sistem baru dan

seumpamanya. Stemberg dan Lubart (1996 dan 2000) mengatakan bahawa kreativiti

adalah satu penghasilan karya yang original, produk atau ciptaan yang tidak

dijangkakan dan sesuai dirujuk kepada kegunaan karya atau produk atau ciptaan

terhadap sesuatu keperluan. Amnya, kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang

saling berkaitan di mana kreativiti merujuk kepada tindakan menghasilkan idea,

pendekatan atau tindakan baru manakala inovasi membawa maksud proses

menjana idea dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu (Buku

Panduan Kreativiti Pembangunan dan Amalan Dalam Pengajaran dan

Pembelajaran). Elemen ini perlu diterapkan dalam diri setiap murid bagi mencapai

hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menginginkan sebuah warganegara

Malaysia yang berketrampilan dan berilmu pengetahuan serta melahirkan modal

insan yang kreatif dan inovatif. Sifat kreatif dan inovasi ini bakal mendatangkan

manfaat ke atas pembangunan sesebuah negara kerana sifat ini mampu melahirkan

idea dan pembaharuan yang baru dalam sesuatu bidang bahkan di anggap satu aset

negara yang bakal menyumbang ke arah pembangunan masyarakat, bangsa,

negara dan agama selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Menurut Buku Panduan Kreativiti Pembangunan dan Amalan Dalam

Pengajaran dan Pembelajaran (2011), pemikiran kreatif dan inovatif perlu

dibangunkan dan dikembangkan dalam kalangan murid semasa proses pengajaran

dan pembelajaran dan kurikulum persekolahan perlu memberi peluang kepada murid

untuk menjadikan mereka suka menyoal dan mencari jawapan, melihat hubung kait,

menjangka peristiwa yang akan berlaku, membuat spekulasi tentang kebarangkalian,

meneroka idea, berfikir secara literal, dan sentiasa membuat refleksi secara kritikal

tentang idea, tindakan dan hasil. Antara faktor penerapan elemen kreativiti dan

inovasi dalam kurikulum sekolah dari peringkat sekolah rendah adalah bagi

pembangunan pemikiran setiap individu, membantu proses pembangunan negara

dan merealisasikan kejayaan dalam k-ekonomi. Lorin Anderson (1990) telah

membuat semakan ke atas Taksonomi Bloom yang diperkenalkan oleh Benjamin

|2012

Page 8: TUGASAN PROJEK EDU 3101

KERJA KURSUS PENDEK FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU 3101)

Bloom pada tahun 1990-an dan beliau telah meletakkan unsur mencipta (creating)

sevagai aras yang paling tinggi dalam taksonomi yang baru. Secara tidak langsung,

ini bermakna murid-murid perlu di galakkan untuk mencapai aras tinggi yang baru

tersebut dalam pembelajarannya dan diaplikasikan dalam kehidupan sehariannya.

Hal ini turut ditekankan oleh Dr. Howard Gardner dalam buku terbarunya Five Minds

for the Future yang menjelaskan bahawa pembangunan modal insan pada era

globalisasi ini hendaklah menekankan pembangunan lima bentuk pemikiran. Rajah di

bawah menunjukkan lima bentuk pemikiran Gardner:

Disciplined mind merupakan pembangunan pemikiran berdasarkan kaedah

disiplin ilmu yang dikuasai seseorang seperti disiplin Sains atau Matematik,

synthesizing mind merujuk kepada pembangunan pemikiran berdasarkan kaedah

penyatuan ilmu dan pengalaman, penyatuan antara beberapa disiplin ilmu atau

penyatuan pelbagai sumber maklumat supaya menjadi ilmu pengetahuan yang

|2012

LIMA BENTUK PEMIKIRAN (GARDNER)

Disciplined Mind

Synthesizing Mind

Creating Mind

Respectful Mind

Ethical Mind

Page 9: TUGASAN PROJEK EDU 3101

KERJA KURSUS PENDEK FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU 3101)

berguna. Seterusnya bentuk pemikiran yang dikenali sebagai creating mind yang

bermaksud pembangunan pemikiran yang menekankan pada aspek kreativiti dan

inovasi manakala respectful mind merujuk kepada pembangunan pemikiran yang

menekankan rasa saling menghormati akan kepelbagaian bangsa dan budaya.

Pemikiran yang disebut sebagai ethical mind pula bermaksud pembangunan

pemikiran yang menekankan pengamalan prinsip dan nilai asas etika seperti

keadilan dan kesaksamaan dalam membuat sesuatu keputusan.

Faktor yang kedua pentingnya penerapan elemen kreativiti dan inovasi dalam

Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah disebabkan memastikan pembangunan

negara tercapai selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin

melahirkan warganegara yang berketrampilan. Kita juga mampu melihat kepada

perspektif Wawasan 2020 di mana Tun Mahathir pernah mengatakan bahawa

masyarakat negara maju adalah masyarakat yang didorong oleh kemahiran dan

kepakaran sains dan teknologi yang bukan setakat boleh mencedok atau mengubah

suai sahaja tetapi mestilah boleh mencipta, menambah dan memperbaharui. Hal ini

jelas menunjukkan bahawa bagi mencapai hasrat Wawasan 2020 tersebut

warganegara Malaysia perlu mempunyai sikap kreatif dan inovatif dalam diri dan

ianya perlu dipupuk dan disemai dari aras sekolah rendah lagi. Faktor yang terakhir

yang mendorong transformasi kurikulum ke arah penerapan elemen kreativiti dan

inovasi adalah untuk memastikan kejayaan K-Ekonomi. Kreativiti merupakan salah

satu kemahiran asas yang baru yang menjadi keperluan individu untuk masa kini dan

masa depan serta menjamin kejayaan k-ekonomi sesebuah negara sebagaimana

yang disenaraikan oleh Profesor Andy Hargreaves dalam old basic skills dan new

basic skills. (Rujuk rajah di bawah)

|2012

Page 10: TUGASAN PROJEK EDU 3101

KERJA KURSUS PENDEK FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU 3101)

Elemen Merentas Kurikulum yang terakhir ialah pengaplikasian teknologi

maklumat dan komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Teknologi

maklumat merujuk kepada kemahiran-kemahiran menggunakan teknologi maklumat

dan komunikasi seperti komputer dan perisian-perisian di dalamnya. Penguasaan

murid-murid dalam bidang teknologi dan komunikasi ini penting bagi melahirkan

generasi yang bijak IT dan berkemahiran dalam bidang ICT. Hal ini selaras dengan

hasrat Global Player dan Pekerja Berilmu (K-Worker) di mana kemahiran-kemahiran

teknologi maklumat ini penting dan dianggap sebagai keutamaan bagi melahirkan

individu-individu dalam golongan tersebut. Antara faktor utama pemerapan elemen

TMK dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah ialah berlandaskan kepada dasar-

dasar seperti Dasar Wawasan 2020, Dasar Utama TMK KPM, Dasar TMK dalam

Pendidikan Malaysia 2010 dan Rancangan Malaysia ke-10. Sebagaimana yang

diketahui umum, Wawasan 2020 bertujuan menjadikan Malaysia sebagai sebuah

negara maju, bersatu, mampu berdikari, progresif dan makmur. Cabaran untuk

mencapai hasrat ini telah digariskan dalam cabaran keenam iaitu mewujudkan

masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan

memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga

menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan. Sebagaimana

|2012

Page 11: TUGASAN PROJEK EDU 3101

KERJA KURSUS PENDEK FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU 3101)

Wawasan 2020, Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga mempunyai hasrat yang

sama dalam memastikan generasi yang dididik di peringkat sekolah rendah ini

mampu menjadi sebuah warganegara yang mampu menyumbang ke arah

pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi dalam negara. Justeru

penerapan elemen teknologi maklumat ini sangat penting dan perlu diaplikasikan di

dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah lagi.

Fokus teknologi maklumat dan komunikasi dalam pembelajaran di dalam bilik

darjah diintergrasikan mengikut kesesuaian topik yang hendak diajar dan dianggap

satu pengupaya bagi meningkatkan lagi kefahaman murid terhadap kandungan

matapelajaran. Berikut merupakan prinsip teknologi maklumat dan komunikasi dalam

proses pengajaran dan pembelajaran adalah seperti murid menguasai kemahiran

asas teknologi maklumat dan komunikasi untuk membolehkan mereka

mengendalikan perkakasan dan perisian, mengaplikasikan dan mengintergrasikan

teknologi maklumat dan komunikasi dalam pembelajaran mereka dan murid belajar

teknologi maklumat dan komunikasi secara kaedah amali (hands-on). Matlamat

teknologi maklumat dan komunikasi adalah bagi memastikan murid dapat

mengaplikasi dan mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran asas teknologi

maklumat dan komunikasi yang dipelajari, menggalakkan kreativiti dan menyediakan

pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan serta menjana pemikiran kritis dan

kreatif, berinovatif serta meningkatkan kualiti pembelajaran sebagaimana yang

disebut di dalam Buku Panduan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Merentas

Kurikulum KSSR (2011). Terdapat tiga pendekatan teknologi maklumat dan

komunikasi merentas kurikulum antaranya ialah belajar mengenai teknologi

maklumat dan komunikasi, belajar dengan teknologi maklumat dan komunikasi dan

yang terakhir belajar melalui teknologi maklumat dan komunikasi.

Belajar mengenai teknologi maklumat dan komunikasi memerlukan murid

menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran disiplin ilmu khusus dalam bidang

teknologi maklumat iaitu Sistem Komputer, Rangkaian, Sistem Maklumat, Multimedia

dan Pengaturcaraan sebagaimana yang diterangkan di dalam Buku Panduan

Teknologi Maklumat dan Komunikasi Merentas Kurikulum KSSR (2011). Pengajaran

dan pendedahan sesuatu bidang ini perlu mengikut tahap kognitif murid dan

keupayaan mereka. Seterusnya konsep belajar dengan teknologi maklumat dan

|2012

Page 12: TUGASAN PROJEK EDU 3101

KERJA KURSUS PENDEK FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU 3101)

komunikasi bermaksud murid menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan

komunikasi sebagai alat untuk belajar sebagai contoh perisian dan perkakasan

teknologi maklumat dan komunikasi. Antara contoh perisian yang boleh diguna pakai

oleh murid adalah MS Word, MS Powerpoint, MS Excel, Paint dan Geometer’s

Sketchpad. Manakala antara perkakasan teknologi maklumat dan komunikasi yang

boleh digunakan oleh murid adalah seperti pencetak, pengimbas dan kamera digital.

Konsep belajar melalui teknologi maklumat dan komunikasi pula merujuk kepada

murid menggunakan kemudan teknologi maklumat dan komunikasi untuk mengakses

maklumat dan ilmu pengetahuan melalui media seperti internet, CD-ROM, DVD-

ROM dan perisian khusus yang ada. Pendedahan pengaplikasian kemudahan

teknologi maklumat dan komunikasi dalam pembelajaran di dalam bilik darjah

seharusnya bermula dari bangku sekolah rendah lagi bukannya dari pendidikan

sekolah menengah ataupun tinggi.

Jika dilihat dari fokus Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pula, ia

telah membahagikan kepada tahap-tahap persekolahan iaitu prasekolah, tahap 1

sekolah rendah (tahun 1-3) dan tahap 2 sekolah rendah (tahun 4-6). Pada setiap

tahap ini terdapat beberapa perbezaan dari segi kandungan pelajarannya. Lihat

jadual dibawah:

TAHAP FOKUS

Prasekolah Perkembangan sosioemosi, kerohanian,

fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke

sekolah rendah serta pendedahan

kemahiran 3M dan menaakul

Tahap 1 sekolah rendah

(tahun 1-3)

Penguasaan kemahiran 3M dan

menaakul, kemahiran asas TMK,

perkembangan sosioemosi, kerohanian,

fizikal, kognitif, sikap dan nilai

Tahap 2 sekolah rendah

(tahun 4-6)

Pengukuhan dan aplikasi 3M dan

menaakul, kemahiran asas TMK,

perkembangan sosioemosi, kerohanian,

fizikal, sikap dan nilai

|2012

Page 13: TUGASAN PROJEK EDU 3101

KERJA KURSUS PENDEK FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU 3101)

Transformasi kurikulum baru daripada lama iaitu kurikulum Bersepadu

Sekolah Rendah (KBSR) kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

mempunyai kelebihan dan hasrat yang tersendiri. Melalui transformasi ini ia dapat

meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa

kini dan pada abad ke-21. Oleh itu, guru mesti memainkan peranan yang penting

bagi mengupayakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kejayaan

transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak

termasuk penggubal dasar, pengurusan kurikulum, ibu bapa serta pihak

berkepentingan. Natijahnya, demi menjayakan transformasi ini kita hendaklah

memberi kerjasama sepenuhnya dan memberi reaksi yang positif kepada perubahan

yang berlaku disebabkan kemajuan yang kian pesat.

|2012

Page 14: TUGASAN PROJEK EDU 3101

KERJA KURSUS PENDEK FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU 3101)

3.0 IMPLIKASI KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TERHADAP

PERANAN GURU

Penggubalan kurikulum baru pendidikan sekolah rendah pada 2011 yang

dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) semestinya memberi

kesan atau impak kepada semua pihak lebih-lebih lagi peranan seorang guru.

Perkataan implikasi ini mempunyai maksud yang sama dengan kesan, akibat dan

hasil. Jelas di sini bahawa implikasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) ini

membawa maksud kesan dan akibat transformasi kurikulum yang ada dalam

Kurikulum Standard Sekolah Rendah terhadap peranan guru di sekolah rendah

khususnya. Kita boleh lihat beberapa implikasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah

(KSSR) dalam peranan seorang guru misalnya.

Antaranya ialah guru akan lebih menggunakan komunikasi yang berkesan

dengan pelajar. Komunikasi yang berkesan antara guru dan murid amat penting

dalam proses transformasi kurikulum standard sekolah rendah. Sebagai seorang

guru, komunikasi yang berkesan amat penting bagi memastikan semua proses

pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan suasana yang lebih ceria

sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Berikut merupakan petikan kata-kata

dari Dave Meier, pengasas The Center for Accelerated Learning pada tahun 1980

yang berbunyi:

“A positive feeling toward the learning experience is the first step in learning”

Melalui petikan kata-kata yang beliau utarakan ini, kita dapat fahami bahawa

pengalaman pertama dalam pelajaran amat berguna dalam proses pembelajaran.

Jadi secara tidak langsung, seorang guru seharusnya bijak dalam berkomunikasi

bagi memberi impresi pertama yang menarik dalam diri murid-murid supaya mahu

mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Suasana yang

ceria amat penting bagi menghasilkan pembelajaran yang menyeronokkan dan

menimbulkan perasaan positif terhadap pelajaran. Apabila timbulnya perasaan yang

positif terhadap pelajaran, maka segala ilmu yang akan mendapat sambutan dengan

mudah. Komunikasi juga merupakan salah satu tunjang utama dalam Kurikulum

Standard Sekolah Rendah. Bagi membentuk seorang insan yang cemerlang

|2012

Page 15: TUGASAN PROJEK EDU 3101

KERJA KURSUS PENDEK FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU 3101)

berlandaskan Kurikulum Standard Sekolah Rendah, kemahiran berkomunikasi amat

penting dan insan tersebut haruslah mahir menggabungkan aliran kemahiran bahasa

secara lisan dan bukan lisan ketika berinteraksi dengan masyarakat sekeliling. Guru

yang bijak berkomunikasi dapat melahirkan murid yang juga bijak berkomunikasi

kerana guru merupakan contoh atau role-model kepada murid. Melalui komunikasi

yang berkesan ini juga, para guru dapat melatih murid untuk sentiasa berkomunikasi

dengan berkesan untuk menjadi insan yang seimbang.

Implikasi yang seterusnya adalah setiap guru perlu lebih kreatif dan berinovatif

dalam pengajaran di dalam bilik darjah bagi memupuk nilai-nilai ini dalam diri murid-

murid. Kreativiti guru juga penting dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah ini

kerana guru yang kreatif dalam pengajaran dapat menjadikan sesi pengajaran lebih

bermutu dan mendatangkan hasil yang lebih menarik. Profesor Andy Hargreaves

dalam buku yang bertajuk Teaching in The Knowledge Society (2003) menayatakan

bahawa pendidikan pada masa ini sedang berada dalam the age of insecurity yang

membawa maksud pendidikan di luar jangkaan. Kesannya, guru perlu memainkan

peranan sebagai pemangkin yang mempercepatkan proses globalisasi, menjadi

penghalang keburukan-keburukan hasil daripada globalisasi dan perlu mengikut

rentak dan perubahan semasa. Disebabkan faktor-faktor tersebut, seorang guru

harus bersikap kreatif dan inovatif dalam pengajarannya. Guru yang kreatif akan

sentiasa mencari jalan agar murid tidak bosan ketika belajar dan sentiasa mencari

jalan agar pengajarannya lebih mudah difahami.

Guru perlulah mempelbagaikan bahan bantu mengajar bagi memastikan

objektif pembelajaran pada hari tercapai dan semua pelajar dapat mencapai dan

menguasai isi pembelajaran yang ditentukan dengan lebih cepat ataupun mengikut

masa yang telah diperuntukkan. Ini amat penting dalam kurikulum standard kerana

kurikulum ini tidak lagi berorientasikan peperiksaan tetapi berasaskan pencapaian

terkumpul murid daripada darjah 1 sehingga darjah 6. Guru juga berperanan untuk

memastikan murid memahami apa yang dipelajari agar murid sentiasa mendalami

dan tidak mudah lupa apa yang telah dipelajari. Guru hendaklah kreatif dalam

membentuk cara bagi muridnya sentiasa faham dengan mendalam. Menurut Piaget

(1983), keupayaan adaptasi fizikal adalah penting untuk perkembangan fizikal,

manakala keupayaan adaptasi psikologikal akan memastikan perkembangan struktur

|2012

Page 16: TUGASAN PROJEK EDU 3101

KERJA KURSUS PENDEK FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU 3101)

kognitif yang dipanggil skema. Pada pandangan beliau, permainan merupakan satu

aktiviti pengukuhan tingkah laku yang baru dipelajari.

Pembentukan kurikulum standard ini juga telah mengubah strategi

pembelajaran daripada berpusatkan guru semata-mata kepada pembelajaran

berpusatkan pelajar, berpusatkan bahan dan berpusatkan kedua-duanya sekali.

Menurut Tuan Jah Tuan Yusoff (2011), pembelajaran berpusatkan murid bermaksud

pembelajaran yang menekankan tanggungjawab murid sepenuhnya untuk

menentukan hala tuju dalam proses pengajaran dan pembelajaran manakala

pembelajaran berpusatkan bahan adalah menekankan lebih banyak kepada peranan

dan penggunaan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu sesi

pengajaran dan pembelajaran. Pembentukan kurikulum baru ini lebih menekankan

penglibatan murid-murid dalam semua perkara, secara tidak langsung guru

seharusnya lebih menekankan pengalaman murid-murid itu sendiri dalam

melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran bukannya mengharapkan guru

berbicara seorang diri di hadapan kelas dan bukan lagi mengajar secara chalk and

talks pada masa sekarang.

Implikasi yang seterusnya yang boleh kita lihat terhadap peranan guru di

sekolah rendah khususnya ialah guru menggunakan kemudahan-kemudahan

teknologi dan komunikasi dengan lebih meluas dalam pengajaran dan pembelajaran.

Dalam konteks pendidikan, teknologi maklumat merupakan peralatan teknologi

komunikasi atau sistem rangkaian elektronik yang boleh digunakan untuk

mengumpul, menyimpan, memproses, menyalurkan dan menyampaikan maklumat

secara pantas dan tepat seperti internet atau multimedia untuk membantu proses

pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan bidang teknologi maklumat telah

dapat memudahkan manusia berkomunikasi dalam mengurus, menyimpan dan

menyebar maklumat dengan lebih canggih sama ada dalam bentuk data teks, imej

atau suara. Kurikulum berasaskan standard ini memberi penekanan kepada

kemahiran asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) agar pendidikan negara

ini setanding dengan negara-negara yang lain kerana pembelajaran abad ke 21 amat

mementingkan penggunaan kemudahan-kemudahan teknologi dan komunikasi

sebagai bahan pembelajaran. Pelajar dalam abad ke 21 pasti berada dalam

gelombang teknologi maklumat, untuk itu setiap pelajar perlu celik komputer. Hal ini

disebabkan komputer berupaya meningkatkan mutu pembelajaran. Sudah sampai

|2012

Page 17: TUGASAN PROJEK EDU 3101

KERJA KURSUS PENDEK FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU 3101)

ketikanya komputer menjadi alat standard di semua sekolah di peringkat rendah,

menengah dan lepasan menengah. Oleh itu, guru haruslah lebih berkemahiran

dalam menggunakan kemudahan-kemudahan teknologi sebelum mendedahkan

kemahiran tersebut kepada murid-murid.

Implikasi yang seterusnya ialah tugas guru bukan lagi menekankan murid-

murid dalam peperiksaan sebagaimana sebelum ini tetapi guru mengajar lebih

kepada memberi pemahaman yang maksimum kepada murid-murid. Berdasarkan

kurikulum lama yang ada sebelum Kurikulum Standard Sekolah Rendah

diperkenalkan, murid-murid lebih ditekankan untuk cemerlang dalam peperiksaan

awam sekolah tetapi kurikulum standard yang telah di bawa mengubah konsep

tersebut sacara seratus peratus. Kesannya, tugas guru bukan lagi mengajar untuk

mendapat kelayakan lulus peperiksaan dalam kalangan murid-murid tetapi lebih

kepada mendidik murid-murid menguasai sesuatu matapelajaran sebagai satu

kemahiran untuk kehidupan seharian.

Kesimpulannya, penggubalan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ini

memberi banyak impak dalam peranan guru amnya kerana gurulah nadi penggerak

kepada pendidikan di sesebuah negara dan segala perubahan atau transformasi

yang berlaku dalam sesuatu bentuk kurikulum memberi kelebihan bukan sahaja

pembangunan modal insan tetapi ianya turut mencapai objektif Falsafah Pendidikan

Kebangsaan yang menjadi panduan dalam sistem pendidikan di negara kita.

|2012

Page 18: TUGASAN PROJEK EDU 3101

KERJA KURSUS PENDEK FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU 3101)

4.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, penyemakan semula ke atas Kurikulum Bersepadu

Sekolah Rendah merupakan satu usaha yang baik dalam memastikan sistem

pendidikan negara kita selaras dengan pembangunan globalisasi dan penggubalan

Kurikulum Standard Sekolah Rendah ini memberi lebih banyak pendedahan kepada

murid-murid berkenaan dunia luar dan cabaran masa depan yang sentiasa berubah.

Kemajuan pendidikan di sesebuah negara dapat dicapai dengan jayanya sekiranya

semua pihak memainkan peranan masing-masing bukannya bergantung kepada

guru di sekolah semata-mata.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah ini juga merupakan salah satu

transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam memastikan semua murid

mendapat pendidikan yang selaras dan saksama tanpa mengira bangsa, agama dan

keturunan. Segala penambahbaikan yang dilakukan di dalam Kurikulum Standard

Sekolah Rendah menunjukkan satu kreativiti dan inovasi dalam sistem pendidikan

negara bukan sahaja pendidikan secara menyeluruh.

|2012

Page 19: TUGASAN PROJEK EDU 3101

KERJA KURSUS PENDEK FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU 3101)

5.0 REFLEKSI

Syukur Alhamdulillah, segala puji kepada ALLAH SWT atas segala berkat dan

izin-NYA saya dapat menyiapkan tugasan Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

(EDU 3101) ini dengan jayanya walaupun seringkali berhadapan dengan pelbagai

masalah lebih-lebih lagi dalam pencarian maklumat berkenaan tugasan untuk kali ini.

Saya menerima tugasan ini dengan rasminya pada 16 Februari 2012 dan diberi

masa selama dua minggu untuk menyiapkan tugasan ini. Walaubagaimanapun

pensyarah pembimbing iaitu Encik Wan Zaini telah memberi maklum untuk

menundakan tarikh serahan menjadi 16 April 2012. Tugasan kali ini benar-benar

memerlukan fakta dan pemikiran aras tinggi kerana ianya melibatkan falsafah

pendidikan di negara dan pelaksanaan kurikulum di sekolah rendah.

Saya mendapat banyak ilmu dan pengetahuan baru sepanjang mencari

maklumat berkenaan tugasan ini dan mengkaji sendiri tentang Kurikulum Standard

Sekolah Rendah (KSSR) yang telah diperkenalkan pada tahun 2011 secara berfasa

bermula dengan Tahun 1 bagi menggantikan kurikulum lama iaitu Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah. Jika dilihat pembentukan kurikulum baru iaitu Kurikulum

Standard Sekolah Rendah ini, ianya merupakan satu penambahbaikan ke atas

kurikulum yang sedia ada dan beberapa elemen-elemen lama dikekalkan dan

disertakan tiga elemen baru dalam KSSR iaitu kreativiti dan inovasi, keusahawanan

dan teknologi maklumat dan komunikasi. Kesemua elemen ini perlu diterapkan ke

dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan ianya sebagai

satu pendedahan dalam diri murid-murid untuk menghadapi dunia luar yang sebenar.

Selain itu juga, saya juga melihat bahawa pembentukan kurikulum baru iaitu

KSSR ini merupakan satu inovasi dan transformasi dalam dunia pendidikan negara.

Transformasi yang dibawa dalam pembentukan KSSR juga dapat dilihat seiring

dengan pembangunan globalisasi dan memenuhi objektif Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Saya juga berpendapat bahawa kajian dan pencarian maklumat ke

atas pembentukan KSSR ini telah membuatkan diri saya bersiap sedia untuk

mendidik anak bangsa suatu hari nanti berlandaskan kurikulum standard yang telah

digubal tersebut. Sekurang-kurangnya ini merupakan satu langkah bersedia untuk

menghadapi dunia pengajaran sebenar suatu hari kelak.

Tugasan ini bukan sahaja mengkaji dan memberi justifikasi terhadap

pembentukan KSSR tetapi saya turut melihat dan mencari maklumat berkaitan

|2012

Page 20: TUGASAN PROJEK EDU 3101

KERJA KURSUS PENDEK FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU 3101)

implikasi pembentukan KSSR terhadap peranan guru. Saya mendapati pembentukan

KSSR ini memberi impak yang besar sekali buat dunia pendidikan khususnya guru

kerana gurulah penggerak utama dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran

di dalam kelas berjalan dengan lancar. Implikasinya boleh dilihat dari segi strategi

pengajaran guru berubah daripada berpusatkan guru kepada berpusatkan murid dan

bahan pengajaran, daripada teknik mengajar secara chalk and talk kepada bahan-

bahan bantu mengajar yang terdiri daripada kemudahan teknologi maklumat dan

komunikasi, daripada berfokuskan peperiksaan akhir tahun dan semester ditukar

kepada penilaian dan taksiran secara menyeluruh ke atas murid-murid dan yang

paling terakhir memupuk ketiga-tiga elemen baharu iaitu Elemen Merentas Kurikulum

dalam diri murid-murid.

Jelas di sini, pembentukan KSSR merupakan satu usaha murni kerajaan bagi

memastikan sistem pendidikan negara sentiasa seiring dengan perkembangan

global dan pembelajaran secara menyeluruh serta memberi pendidikan secara adil

dan standard kepada murid-murid dari peringkat prasekolah dan Tahun 1 lagi.

|2012