tugasan mte3107

Upload: man-yang-pandai

Post on 03-Apr-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Tugasan Mte3107

    1/3

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

    TUGASAN PROJEK / KERJA KURSUS

    TAJUK PROGRAM: PPG KOHORT 1

    (Ambilan Jun 2011)

    NAMA GURU PELATIH:

    TAJUK KURSUS : PERANCANGANDAN PENGAJARANMATEMATIK (Elektif)

    SEMESTER : 4

    TARIKH MULA 9 MAC 2013 TARIKH HANTAR 13 APRIL 2013

    Hasil Pembelajaran Kursus:

    1. Menghasilkan rancangan pengajaran harian matematik yang teratur mengikut formatyang betul

    2. Memilih pelbagai kaedah dan teknik yang boleh digunakan dalam pengajaranmatematik.

    3. Mengaplikasikan teori dan idea pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaranmatematik.

    Projek ini adalah untuk menilai hasil pembelajaran 1, 2 dan 3

    Objektif Projek:

    Pada akhir projek ini, pelajar akan dapat :

    1. mencari dan memilih bahan bacaan yang relevan dan merumuskannya menggunakansebarang pengurusan grafik yang sesuai.

    2. menyediakan rancangan pengajaran harian bagi sebarang topik Matematik KBSRatau KSSR.

    3. melaksana dan merakamkan pengajaran di sekolah mengikut perancangan yangdibuat.

    4. membuat refleksi terhadap pengajaran tersebut dan memberi cadanganpenambahbaikan

    Tugasan Projek (100%)

    Merancang satu rancangan pengajaran yang berkesan adalah suatu keperluan yangdapat membantu seseorang guru memberikan kefahaman kepada murid pada tahap yangoptimum. Sebagai seorang guru, anda diharapkan dapat menguasai kemahiranmenggunakan teknik pengajaran yang bersesuaian dengan isi pelajaran dan tahapkebolehan murid.

    Dalam projek ini, anda dikehendaki memahamkan satu teknik pengajaran. Kemudiananda dikehendaki memilih mana-mana kemahiran dalam Matematik KBSR atau KSSR yangsesuai menggunakan teknik tersebut. Tuliskan rancangan pengajaran harian dengan

    mengaplikasikan teknik yang dipilih dari bahan bacaan tersebut. Laksanakan perancangananda dan rakamkan pengajaran anda. Anda dikehendaki membuat refleksi ke ataspengajaran anda itu.

  • 7/29/2019 Tugasan Mte3107

    2/3

    Perincian maklumat untuk tugasan

    Bagi menyempurnakan tugasan ini, anda dikehendaki bekerja secara berpasangan.

    Berikut adalah senarai tugasan yang perlu anda laksanakan:

    i. Cari satu bahan bacaan dari pelbagai sumber tentang mana-mana kaedah/teknikpengajaran yang relevan untuk pengajaran matematik. Fotostat/cetak bahantersebut.

    ii. Rumuskan perkara-perkara penting yang anda perolehi daripada bahan tersebutdalam sebarang bentuk pengurusan grafik.

    iii. Berdasarkan idea yang anda perolehi daripada bahan bacaan tersebut (langkah idan ii), sediakan satu rancangan pengajaran harian (RPH) yang mengaplikasikan

    teknik yang dipilih.

    iv. Laksanakan rancangan pengajaran itu di sekolah anda. Rakamkan pengajaran anda.(Rakaman ini perlu dihantar bersama tugasan anda).

    v. Tonton semula rakaman pengajaran anda. Kenalpasti kekuatan dan kelemahanteknik pengajaran yang anda gunakan dan berikan cadangan untukmenambahbaikkan perancangan dan pengajaran tersebut.

    vi. Seterusnya, tuliskan refleksi anda tentang pengajaran/manfaat yang anda perolehisepanjang proses menyediakan kerja kursus ini.

    vii. Serahkan hasil tugasan anda sebelum atau pada 13 April 2013.

    Panduan Pelaksanan Kerja Kursus1. Laporan dan dokumentasi perlu ditaip menggunakan tulisan Arial saiz 12, langkau 1.5

    baris dan menggunakan kertas A4.

    2. Semua sumber rujukan mesti dinyatakan menggunakan format APA.

    3. Kulit tugasan perlu dimasukkan maklumat berikut:3.1 Nama pelajar

    3.2 Nombor indeks3.3 Nombor kad pengenalan3.4 Kumpulan3.5 Kursus dan Kod kursus3.6 Nama Pensyarah

    4. Amalan plagiat tidak dibenarkan.

    Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria berikut:

    1. Sumber bahan bacaan/rujukan yang pelbagai dan relevan.

    2. Rumusan hasil bacaan menggunakan pengurusan grafik yang berkesan.

  • 7/29/2019 Tugasan Mte3107

    3/3

    3. Rancangan aktiviti mengandungi teknik pengajaran yang dipilih dari bahan bacaanserta aktiviti yang kreatif.

    4. BBM sesuai dengan kaedah/teknik yang digunakan.

    5. Pengajaran dilaksanakan dengan lancar dan menunjukkan kemahiran mengajaryang tinggi

    6. Dapat mengenal pasti dengan jelas kekuatan dan kelemahan teknik pengajaran danmampu memberikan cadangan penambahbaikan yang bernas.

    Disediakan oleh: Disemak oleh:

    _______________________ _______________________(HASMAJA SHAMSUDDIN ) (TEOH SOOI KIM)

    Penyelaras MTE3107E Pakar Bidang MatematikJabatan Matematik Jabatan MatematikIPG Kampus Sultan Abdul Halim IPG Kampus Sultan Abdul HalimSungai Petani, Sungai Petani,Kedah. Kedah.

    Disahkan oleh:

    _______________________(NORHANA BT. ABU BAKAR)

    Ketua Jabatan MatematikIPG Kampus Sultan Abdul HalimSungai Petani,Kedah.