tugasan lengkap

17
1.0 PENGENALAN Malaysia dan Nusantara mempunyai bahasa tersendiri iaitu bahasa Melayu. Seperti mana yang kita ketahui,bahasa Melayu telah menjadi bahasa perhubungan atau lingua franca sejak lebih 600 tahun lalu, lebih lama daripada bahasa Inggeris yang hanya bermula pada pertengahan kurun ke-16. Penduduk yang menggunakan bahasa Melayu terdiri daripada penduduk Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, Brunei, Jawa, Nusantara, Filipina dan penduduk asli Farmosa (Taiwan). Terdapat lebih 10 juta masyarakat Malaysia yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi harian mereka, dianggarkan sebanyak 54%. Pada tahun 1968, bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi di Malaysia dan dapat dilihat pada tutur kata, morfologi dan juga kosa kata. Bahasa Melayu merupakan bahasa yang unik jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain yang terdapat di Malaysia. Apabila kita berbicara mengenai bahasa terutama bahasa Melayu, sememangnya terdapat sejarah perkembangannya dan pelbagai pendapat mengutarakan mengenai tatatingkat bagaimana bahasa Melayu diperluaskan. Secara amnya, perkembangan bahasa Melayu yang dibahagikan kepada tiga tahap iaitu bahasa Melayu kuno, bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu moden. Bahasa Melayu kuno mempunyai banyak perkataan daripada bahasa Sanskrit dan pengaruh Hindu yang kuat. Bahasa Melayu klasik pula terpengaruh dengan bahasa Arab. Bahasa Melayu moden banyak dipengaruhi oleh penjajah Barat, terutama Inggeris. Sejak zaman berzaman, bahasa Melayu dituturkan daripada satu generasi ke satu generasi yang

Upload: cik-dhira

Post on 02-Feb-2016

6 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

tugasan sjrh

TRANSCRIPT

Page 1: TUGASAN LENGKAP

1.0 PENGENALAN

Malaysia dan Nusantara mempunyai bahasa tersendiri iaitu bahasa Melayu. Seperti mana yang

kita ketahui,bahasa Melayu telah menjadi bahasa perhubungan atau lingua franca sejak lebih 600

tahun lalu, lebih lama daripada bahasa Inggeris yang hanya bermula pada pertengahan kurun ke-

16. Penduduk yang menggunakan bahasa Melayu terdiri daripada penduduk Semenanjung

Malaysia, Sabah dan Sarawak, Brunei, Jawa, Nusantara, Filipina dan penduduk asli Farmosa

(Taiwan). Terdapat lebih 10 juta masyarakat Malaysia yang menggunakan bahasa Melayu

sebagai bahasa komunikasi harian mereka, dianggarkan sebanyak 54%. Pada tahun 1968, bahasa

Melayu telah menjadi bahasa rasmi di Malaysia dan dapat dilihat pada tutur kata, morfologi dan

juga kosa kata. Bahasa Melayu merupakan bahasa yang  unik jika dibandingkan dengan bahasa-

bahasa lain yang terdapat  di Malaysia.

Apabila kita berbicara mengenai bahasa terutama bahasa Melayu, sememangnya terdapat

sejarah perkembangannya dan pelbagai pendapat mengutarakan mengenai tatatingkat bagaimana

bahasa Melayu diperluaskan. Secara amnya, perkembangan bahasa Melayu yang dibahagikan

kepada tiga tahap iaitu bahasa Melayu kuno, bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu moden.

Bahasa Melayu kuno mempunyai banyak perkataan daripada bahasa Sanskrit dan pengaruh

Hindu yang kuat. Bahasa Melayu klasik pula terpengaruh dengan bahasa Arab. Bahasa Melayu

moden banyak dipengaruhi oleh penjajah Barat, terutama Inggeris. Sejak zaman berzaman,

bahasa Melayu dituturkan daripada satu generasi ke satu generasi yang lain.pewarisan bahasa ini

menyebabkan perubahan berlaku pada zaman tersebut sama ada dari segi bunyi bahasa, bentuk

kata, makna atau struktur ayat.

Penyebaran bahasa berlaku disebabkan oleh beberapa faktor penarik dan penolak. Faktor

menarik merujuk kepada tempat yang hendak didatangi dan menawarkan keadaan hidup yang

lebih baik daripada yang sedia ada di tempat mereka. Faktor penolak pula adalah kerana mereka

ingin lari daripada keadaan yang tidak selesa di tempat mereka. Catatan awal menunjukkan

bahawa sebelum bahasa Inggeris dan bahasa lain datang dan tersebar ke Semenanjung Tanah

Melayu, bahasa Sanskrit ialah bahasa yang pertama yang hadir ke alam Melayu. Namun

demikian, tiada sebarang catatan atau peninggalan yang dapat menjelaskan sejauh mana bahasa

ini tersebar dan mendominasi bahasa di alam Melayu.

Page 2: TUGASAN LENGKAP

1.1. KONSEP BAHASA MELAYU SELEPAS MERDEKA

Bermula pada abad ke-19, bahasa Melayu moden mula diperkatakan. Menurut ahli-ahli bahasa

dan sejarah, bahasa Melayu Moden berasal daripada bahasa Melayu klasik. Bahasa Melayu

klasik pula, berasal daripada bahasa Melayu kuno yang juga merupakan asal daripada bahasa

Melayu purba. Permulaan zaman bahasa Melayu Moden ini bermula hasil penulisan Abdullah

Munsyi. Berdasarkan Hikayat Abdullah, yang dihasilkan pada tahun 1849, beliau menyatakan

kekesalannya terhadap sikap orang Melayu yang tidak mahu mempelajari bahasa sendiri.

Pandangan Abdullah Munsyi ini tentulah hasil daripada pengaruh pergaulan beliau

dengan orang-orang Inggeris di Negeri-Negeri Selat. Perkara penting pada pandangan Abdullah

Munsyi ialah orang-orang Melayu harus mempelajari bahasanya sendiri untuk memperoleh

kepandaian agar setaraf dengan bangsa lain yang mempelajari bahasa masing-masing. Kesedaran

Abdullah ini boleh dianggap sebagai benih kesedaran bangsa Melayu terhadap peri pentingnya

mempelajari bahasa sendiri sebagai lambang maruah dan tamadun bangsa. Apabila kita

membincangkan mengenai bahasa, memang kita tidak dapat nafikan bahawa pentingnya sesuatu

bahasa sebagai alat komunikasi ataupun alat perhubungan antara manusia dalam kehidupan

seharian.

Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152

menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Pada pertengahan abad ke-20 ini, kita

baru berusaha mengembalikan bahasa Melayu kepada taraf yang pernah dan sepatut

didudukinya. Selepas merdeka, bahasa Melayu dinaikkan taraf menjadi bahasa rasmi dan bahasa

kebangsaan. Bahasa Melayu banyak mengambil alih peranan yang dulu dimainkan oleh bahasa

Inggeris. Hal ini jelas dapat dilihat pada Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan

bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 juga mencadangkan bahasa

Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.

Sejajar dengan itu, kerajaan telah menggubal satu dasar pendidikan kebangsaan bagi

melaksanakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah. Berdasarkan pendapat Mok

Soon Sang (2009) menyatakan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu hendaklah dijadikan

mata pelajaran wajib di semua sekolah bantuan kerajaan sebagaimana yang disyorkan dalam

Laporan Razak (1956). Hal ini menunjukkan salah satu langkah dalam memartabatkan bahasa

Page 3: TUGASAN LENGKAP

ibunda dan juga bahasa kebangsaan. Sebagaimana yang kita ketahui, sebelum merdeka, bahasa

yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah bahasa Inggeris. Justeru

itu, bagi mengembalikan kegemilangan bahasa Melayu ini, maka salah satu caranya bahasa

Melayu dijadikan mata pelajaran wajib.

Di samping itu, menurut pendapat Abdullah Hassan (1987) pula menyatakan kelulusan

bahasa Melayu sebagai syarat wajib untuk kemasukan ke mana-mana skim latihan keguruan

yang mana terkandung dalam Penyata Rahman Talib. Sehubungan itu, bagi meningkatkan taraf

bahasa Melayu, seseorang yang ingin menjadi guru perlu fasih dalam berbahasa Melayu dan

lulus dalam pengajiannya. Mulai tahun 1957, pelaksanaan bahasa Melayu dilaksanakan secara

peringkat demi peringkat untuk mengambil alih tugas sebagai alat untuk menyatupadukan

rakayat Malaysia melalui pendidikan.

Seterusnya, menurut Ainon Mohammad (1984), bahasa rasmi pula bererti peranan bahasa

Melayu sebagai saranan pembinaan negara dalam semua urusan, terutama pentadbiran negara.

Justeru, bahasa rasmi membawa maksud bahasa yang digunakan dalam sistem pendidikan

negara, urusan perniagaan dan pentadbiran dan dalam upacara-upacara rasmi. Bahasa rasmi

mungkin mempunyai lebih daripada satu fungsi bagi sesebuah negara. Secara rasminya bahasa

Melayu dinobatkan pada 1 September 1967, yakni 10 tahun selepas hari kemerdekaan. Ia

menjadi bahasa rasmi tunggal bagi Persekutuan Malaysia.

KONSEP BAHASA MELAYU SELEPAS

MERDEKA

Dijadikan bahasa rasmi

Dewan Bahasa dan Pustaka

telah dipindahkan ke Kuala Lumpur

Sebagai bahasa kebangsaan dan

bahasa pengantar

Pelaksanaan Laporan Razak

Page 4: TUGASAN LENGKAP

2.0 LAPORAN KAJIAN LEPAS MENGENAI PENDIDIKAN DAN MATLAMAT

BERDASARKAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU

Bahasa merupakan alat terpenting dalam menyatupadukan sesebuah kaum agar tidak berlaku

perpecahan. Pertalian hubungan bagi mewujudkan sistem komunikasi yang saling difahami itu

memerlukan bahasa am, iaitu bahasa Melayu yang merupakan bahasa yang diketahui oleh semua

rakyat. Selain itu, menurut pendapat Asmah Hj. Omar (1991) menyatakan sebagai suatu ideologi

nasioanal, pemilihan bahasa kebangsaan dan penggunaannya dalam upacara-upacara rasmi dan

dalam sistem pendidikan mestilah diperundangkan. Tanpa perundangan, bahasa kebangsaan iaitu

bahasa Melayu tidak bermakna kehilangan kebebasan seseorang individu untuk menggunakan

bahasa yang lain, tetapi perundangan itu berlandaskan undang-undang negara supaya bahasa

kebangsaan digunakan dalam komunikasi dan juga sebagai alat perpaduan.

Sebuah masyarakat yang dibahagi-bahagikan dengan sistem pendidikan yang berbeza,

tidak mungkin menjadi satu masyarakat yang bersatu padu. Apabila sistem pendidikan berbeza-

beza antara satu sama lain, ini bererti orientasi kebangsaannya juga berbeza. Sekiranya timbul

keadaan ini, maka syak wasangka antara satu sama lain akan berterusan. Keadaan seperti ini

akan merugikan pembangunan dan juga membantut kemajuan negara apabila tiada kesepakatan

dalam menggunakan sesuatu bahasa untuk berkomunikasi. Secara empirikalnya, pendidikan dan

matlamat berdasarkan penggunaan bahasa Melayu ini sangat penting bagi memupuk rakyat

melalui suatu sistem pendidikan yang sama dengan menggunakan bahasa pengantar yang sama

iaitu bahasa Melayu.

Sebagaimana yang kita ketahui, sebelum kemerdekaan masyarakat di Tanah Melayu ini

menggunakan ataupun mengamalkan corak pendidikan yang bercirikan empat sistem yang

menggunakan bahasa pengantar yang berlainan iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa

Cina dan juga bahasa Tamil. Pemisahan dalam sistem pendidikan inilah yang merupakan

sebahagian daripada sebab yang memisahkan rakyat Malaysia kepada pelbagai kelompok di

samping menimbulkan perbezaan ekonomi dan taraf intelektual di antara kelompok-kelompok

ini. Sehubungan itu, dalam tugasan ini, saya telah menganalisis beberapa kajian-kajian lepas

mengenai kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa pendidikan.

Page 5: TUGASAN LENGKAP

2.1. LAPORAN KAJIAN LEPAS:

Berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh Seman Salleh (2005) ini, saya dapat menganalisis

dan menyimpulkan bahawa pembelajaran bahasa Melayu memerlukan persediaan awal serta

tidak menganggap bahasa kebangsaan ini sebagai satu bahasa yang mudah diajar. Hal ini

demikian, terdapat sesetengah guru hanya menganggap mengajar bahasa Melayu satu perkara

yang mudah. Secara ringkasnya, dalam konteks pendidikan dan matlamat berdasarkan

penggunaan bahasa Melayu ini memerlukan guru menentukan pendekatan, strategi, kaedah, dan

teknik pengajaran yang sesuai dengan objektif pembelajaran serta membantu guru memilih

bahan dan sumber serta aktiviti yang sesuai.

Di samping itu, analisis kajian yang dijalankan oleh Samen Salleh juga menunjukkan

bahawa terdapat guru bahasa Melayu yang kurang berkelayakan untuk mengajar subjek tersebut

kerana faktor kekurangan guru. Oleh sebab itu, perkara ini perlu dititikberatkan agar tidak

berlaku masalah ketidakfahaman dalam pengajaran bahasa Melayu dan matlamat pendidikan

tidak tercapai. Dunia pendidikan kini semakin hari semakin mencabar dan memerlukan banyak

perubahan dan penambahbaikan dalam menjamin keberkesanan serta kualiti pendidikan demi

mencapai tahap yang dikehendaki. Oleh hal yang demikian, dalam mencapai matlamat

pendidikan berdasarkan penggunaan bahasa Melayu memerlukan beberapa cara yang bersifat

komprehensif.

Seterusnya, dalam kajian ini dijelaskan juga mengenai mata pelajaran Bahasa Melayu

dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan juga Kurikulum Baru Sekolah Menengah

(KBSM) adalah mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua pelajar di peringkat

sekolah. Ini selaras dengan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Negara (FPK) yang

menekankan perkembangan yang seimbang dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani. Oleh itu, kemahiran Bahasa Melayu bukan sahaja menuju ke arah pemerolehan ilmu

pengetahuan tetapi juga kepada pemupukan serta penghayatan nilai-nilai. Para pendidik ini

merupakan role model ataupun suri teladan kepada masyarakat dan membimbing murid-murid

dalam menerapkan nilai pekerti mulia dalam kehidupan mereka. Sebagai seorang guru bahasa

Melayu, aktiviti bercerita ataupun berpuisi merupakan salah satu cara dalam mencapai matlamat

pendidikan berdasarkan penerapan bahasa Melayu.

Page 6: TUGASAN LENGKAP

Di samping itu, melihat pula pada kajian yang dilaksanakan oleh Mohd Ghazali (1980)

pula menyatakan pelajar-pelajar di universiti dan juga maktab masih lemah dalam penguasaan

bahasa Melayu. Justeru itu, beberapa alternatif perlu dilaksanakan bagi meningkatkan

penguasaan bahasa Melayu dalam diri setiap mahasiswa. Sebagaimana yang telah kita ketahui,

Laporan Razak 1956 juga telah mencadangkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam

sistem pendidikan negara agar semua masyarakat ataupun para pelajar di sekolah menggunakan

bahasa yang sama iaitu bahasa Melayu untuk berkomunikasi dalam pengajaran dan

pembelajaran. Bagi merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agen

perpaduan negara, Penyata Razak dijadikan sebagai asas Ordinan Pelajaran 1957.

Menurut penyata itu, bahasa dan pendidikan dapat digunakan sebagai alat untuk

meningkatkan persefahaman perpaduan kebangsaan antara penduduk yang berbilang kaum.

Melalui pendidikan ini juga dapat memupuk integrasi etnik di sekolah dengan penggunaan

bahasa Melayu sepenuhnya. Bahasa Melayu  perlu diperkayakan sebagai bahasa ilmu yang

lengkap. Usaha ini bukan saja meletakkan taraf bahasa Melayu di tempat sewajarnya, tetapi

dapat membantu merapatkan hubungan antara etnik di sekolah dengan penggunaan satu bahasa.

Bahasa Melayu sebagai alat untuk berinteraksi dapat mewujudkan semangat kekitaan di

kalangan pelajar yang berbilang etnik. Bidang pendidikan dalam bahasa Melayu merupakan

bidang terpenting bagi menjadi alat perpaduan antara etnik. Hanya menerusi pendidikan saja,

rakyat malaysia yang berbilang etnik dapat disemai rasa semangat kekitaan  dari sejak kecil

hinggalah dewasa. 

Di sampig itu, berdasarkan analisis mengenai kelemahan penguasaan bahasa Melayu

dalam kalangan mahasiswa dan mahasisiwi serta pelajar institut perguruan bagi mencapai

matlamat pendidikan, terdapat beberapa cadangan atau cara yang komprehensif perlu dilaksakan.

Antaranya adalah melaksanakan aktiviti-aktiviti berkaitan bahasa Melayu seperti pertandingan

ataupun aktiviti yang dianjurkan iaitu Minggu Bulan Bahasa, pertandingan sajak, kuiz, dan

sebagainya yang dapat meningkatkan penguasaan berbahasa dan seterusnya dapat mencapai

matlamat pendidikan di samping dapat menerapkan nilai-nilai seperti kerjasama, tolong-

menolong serta dapat memupuk modal insan semasa aktiviti berkumpulan. Matlamat murni ini

wajar dilestarikan dan juga dinyatakan dalam Mok Soon Sang (2009), iaitu melahirkan rakyat

yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berupaya

mencapai kesejahteraan dan memberi sumbangan demi keharmonian dan kemakmuran negara.

Page 7: TUGASAN LENGKAP

Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152

menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Akta ini memartabatkan bahasa Melayu

sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan menjadi jaminan

kepada perpaduan rakyat Malaysia. Pada tahun 1982, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar

di sekolah dan menjadi bahasa yang digunakan di mahkamah pada 1990. Akta ini mewujudkan

penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain

tanpa menimbulkan rasa curiga. Berdasarkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan, fungsi

bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi tidak perlu dipersoalkan lagi apabila rata-rata anak-

anak berinteraksi dengan rakan sebaya di sekolah, majikan dan pekerja berkomunikasi di pejabat

bahkan urusan jual beli di pasar raya juga kita sering mendengar bahasa Melayu diujarkan.

Menyentuh mengenai fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan untuk

menyatukan rakyat iaitu yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti kaum Melayu, Cina, India,

Iban, Bajau dan sebagainya dalam sesebuah negara. Seterusnya untuk menggalakkan

pertubuhan satu corak kebudayaan yang meliputi semua aliran kebudayaan yang terdapat di

dalamnya, mewujudkan satu budaya dan satu bangsa. Bahasa Melayu juga berfungsi untuk

melambangkan kesedaran orang Melayu terhadap bahasanya dan memerlukan sokongan untuk

negara dan dasarnya. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan juga berfungsi untuk

melambangkan identiti dan kedaulatan sesebuah negara.

Menurut Havranek, di dalam Garvin (1984), sesuatu bahasa yang mencapai taraf sebagai

bahasa ilmu perlu mempunyai dua ciri penting iaitu keintelektualan dan kesempurnaan bahasa.

Melalui keintelektualan, bahasa tersebut mestilah mempunyai keupayaan menyampaikan hujah

dan buah fikiran yang berkesan dan tepat yakni mampu menyampaikan kesinambungan dan

kerumitan fikiran tanpa melalui pelbagai rintangan. Manakala kesempurnaan bahasa pula

bermaksud satu bahasa yang akan berfungsi sebagai bahasa ilmiah harus mempunyai sistem dan

peraturan bahasa yang lengkap yakni mempunyai sifat-sifat kestabilan, kelenturan, kepelbagaian,

keberkesanan dan keindahan. Kebanyakan bangsa di Malaysia lebih memahami bahasa Melayu

daripada bahasa yang lain. Menurut Chew Fong Peng (2009), menyatakan analisis yang dibuat

mengenai bahasa Melayu menunjukkan kecenderungan pemikiran para responden yang terdiri

daripada pelbagai kaum itu menerima Bahasa Melayu sebagai bahasa mereka.

Page 8: TUGASAN LENGKAP

Di samping itu, berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh Umi Nadziha et.al (2011)

iaitu penerapan kemahiran generik dalam pengajaran guru bahasa Melayu ini menunjukkan

bahawa terdapat beberapa aspek yang perlu diaplikasikan di dalam bilik darjah agar matlamat

pendidikan berasaskan bahasa Melayu ini tercapai. Sebagai guru bahasa Melayu, kita hendaklah

berfikiran kreatif dan kritis dalam kurikulum terutama semasa mengajar. Para guru memainkan

peranan sebagai agen pembaharuan iaitu sentiasa memperkenalkan sesuatu perkara yang baru

kepada para pelajar. Kita harus berusaha untuk mencuba strategi pengajaran yang baru, konsep-

konsep yang baru serta sumber-sumber pembelajaran yang baru. Hal yang demikian, para pelajar

lebih minat dalam mengikuti kurikulum di sekolah kerana pembelajaran yang menarik dan kita

sebagai guru harus berfikir secara kretif dan inovatif.

Seterusnya, berdasarkan kajian ini, saya dapat simpulkan bahawa kita sebagai guru

bahasa Melayu hendaklah mempunyai pemupukan budaya ilmu iaitu penekanan kepada

pendidikan seumur hidup melalui pemupukan budaya membaca, budaya belajar, budaya berfikir,

budaya berkreatif dan budaya berkarya. Dalam pendekatan pengajaran bacaan pada peringkat

permulaan ini perlulah dipertimbangkan beberapa perkara iaitu keadaan kanak-kanak, sifat-sifat

atau sistem penulisan bahasa, dan matlamat aktiviti membaca yang hendak dicapai. Kita sebagai

guru bahasa Melayu haruslah berfikiran kreatif dalam memupuk nilai membaca kepada para

pelajar. Sebagai contoh, kita sebagai bakal guru bahasa Melayu hendaklah mendidik para pelajar

mengenali huruf-huruf terlebih dahulu, kemudian mengenali suku kata dan seterusnya mereka

dapat membaca setelah memahami huruf-huruf tertentu.

Dalam membentuk sistem pendidikan yang bersifat holistik dan universal, faktor politik

juga mempunyai peranan yang tersendiri. Hal ini amat berkait rapat dengan usaha pihak kerajaan

yang mengatur segala haluan pendidikan berdasarkan kepada penentuan ideologi negara

seterusnya mempengaruhi dasar pendidikan. Ideologi yang dicerminkan serta dimanifestasikan

dalam dokumen-dokumen rasmi seperti Laporan Pendidikan, Rancangan Malaysia dan Rukun

Negara dilihat menjadi tonggak kepada penentuan dasar pendidikan negara. Selain itu, matlamat

yang diharapkan demi pencapaian perpaduan dan integrasi antara kaum menjadi subjek utama

dalam penggubalan falsafah pendidikan ini.

Page 9: TUGASAN LENGKAP

3.0 PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU DALAM PENCAPAIAN MATLAMAT

PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Para guru bahasa Melayu hendaklah berpegang kepada Matlamat Pendidikan semasa

melaksanakan tugas dan dijadikan sebagai garis panduan, maka kita akan sentiasa meningkatkan

kecemerlangan diri dan juga para pelajar. Berpaksi kepada matlamat pendidikan, kita akan

mengetahui hala tuju pendidikan dan merancang pelbagai aktiviti untuk pelajar secara efektif.

Oleh sebab itu, para pelajar yang akan dilahirkan berdasarkan falsafah ini adalah insan yang

seimbang dari segi emosi, jasmani, intelek dan rohani serta mempunyai keterampilan dan ilmu

pengetahuan yang dapat berpijak di atas kaki sendiri untuk berbakti dan berjasa kepada

masyarakat serta negara. Hal ini demikian, kanak-kanak ataupun para pelajar di sekolah rendah

ini masih diibarat sebagai kertas putih dan gurulah yang akan mewarnai mereka menjadi rakyat

yang bukan sahaja berpengetahuan tinggi, malah dapat merealisasikan matlamat Pendidikan.

Pada masa kini, perkembangan bahasa Melayu semakin meluas dan telah dijadikan

sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Hal ini dapat dilihat pengajaran dan

pembelajaran bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu atau bahasa pengantar di sekolah-sekolah.

Semua bentuk penyampaian ilmu dan kemahiran mestilah dilakukan dalam bahasa itu, dan ini

harus dilakukan sejak sekolah rendah lagi. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari

rebungnya”. Hal ini menunjukkan bahawa para guru hendaklah melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran dalam bahasa Melayu di sekolah rendah bagi melahirkan masyarakat yang

mencintai bahasa Melayu. Melalui penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, para

pelajar dapat berinteraksi antara pelbagai kaum dan ini selaras dengan matlamat Pendidikan iaitu

menguasai Bahasa Melayu.

Berdasarkan matlamat Pendidikan ini juga, buku-buku rujukan ditulis dalam bahasa

Melayu sebagai bahan untuk meluaskan dan mendalamkan ilmu pengetahuan. Melalui

penggunaan buku-buku rujukan ini, para pelajar dapat melaksanakan sesuatu tugasan dengan

lebik efektif serta berminat untuk mempelajari bahasa Melayu dengan lebih mendalam. Oleh

sebab itu, pelbagai buku rujukan dalam bahasa Melayu hendaklah diperluaskan dan dapat

membantu para pelajar meningkatkan kemahiran serta penggunaan bahasa Melayu, bukan sahaja

dalam bidang pembelajaran bahkan aspek komunikasi dapat dipertingkatkan. Selain itu, melalui

Page 10: TUGASAN LENGKAP

bahan rujukan dalam bahasa Melayu ini, para pelajar dapat memahami dengan lebih jelas sesuatu

perkara yang ingin diketahuinya. Melalui matlamat sukatan ini iaitu bahasa sebagai bahasa ilmu

dan juga bahasa pengantar dapat melahirkan murid yang berketrampilan berbahasa dan

menghargai serta menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan

bahasa ilmu.

Di samping itu, pada pandangan saya, perkembangan bahasa Melayu pada masa kini juga

telah melaksanakan matlamat pendidikan iaitu menguasai kemahiran asas bahasa iaitu bertutur,

membaca dan menulis di dalam bahasa pengantar sekolah rendah. Dalam mencapai matlamat ini,

pelbagai teknik dan kaedah pengajaran telah dilaksanakan agar murid-murid dapat menguasainya

dengan sebaik mungkin. Sehubungan itu, kita sebagai guru bahasa Melayu hendaklah memberi

peluang kepada para pelajar untuk memperkembangkan potensi yang dimiliki oleh mereka.

Sebagai contoh, terdapat murid yang mempunyai kelebihan dalam bercerita, menyanyi, menari,

melukis, berpidato dan sebagainya. Oleh sebab itu, kita sebagai guru bahasa Melayu hendaklah

melaksanakan pelbagai aktiviti dalam pembelajaran agar para pelajar dapat meningkatkan

potensi dan dicungkil bakat yang mereka miliki.

Menurut Atan Long (1984) telah menyatakan bahawa pendidikan yang memberi peluang

kepada perkembangan individu adalah penting kerana individu-individu itu akan menjadi

anggota masyarakat. Sekiranya perkembangan individu terlalu dikongkong oleh masyarakat,

nescaya masyarakat itu akan menjadi statik dan beku. Justeru itu, bagi meningkatkan penguasaan

bahasa Melayu, kita hendaklah

Rentetan daripada perubahan di institusi pendidikan, iklim dan budaya di sekolah turut

menerima perubahan tersebut. Perubahan iklim dan budaya di sekolah telah berjaya memupuk

semangat kekitaan dan kerjasama dalam kalangan murid. Selain itu, penerapan nilai-nilai murni

juga berjaya diterapkan ke dalam jiwa pelajar. Perubahan positif ini telah melahirkan para pelajar

yang sentiasa menghargai dan mensyukuri nikmat pembelajaran secara kondusif serta

menzahirkan nilai norma kehidupan yang positif seperti budaya memberi salam dan membaca.

Page 11: TUGASAN LENGKAP

Bahasa Melayu telah memperkasa anak watan dalam pelbagai bidang khususnya bidang

pendidikan, sains dan teknologi, ekonomi sekali gus dapat melahirkan golongan kelas menengah

yang menjadi sinergi dan sumber manusia yang terus menjadi pemangkin pembangunan bangsa

dan negara. Bahasa Melayu yang dahulunya hanya berperanan sebagai ‘lingua-franca’ dan juga

‘bahasa kedua’ akhirnya menjadi bahasa pengantar, bahasa ilmu, bahasa komunikasi, bahasa

perundangan, bahasa pentadbiran dan bahasa yang dapat mengungkapkan pelbagai genre dan

domain ilmu. Oleh hal yang demikian, bagi memastikan semangat dan kecintaan terhadap

kepentingan dan kemampuan bahasa Melayu memainkan peranannya sebagai bahasa ilmu dan

wahana merealisasikan Gagasan 1 Malaysia, usaha promosi harus dipergiat dari semasa ke

semasa.

Kesimpulannya, kita dapat simpulkan di sini adalah bahasa Melayu memainkan peranan

yang penting dalam menyatupadukan pelbagai kaum iaitu bahasa Melayu berperanan sebagai

bahasa rasmi sesebuah negara dan juga sebagai bahasa kebangsaan. Di sini, kita dapat simpulkan

guru memainkan peranan penting dalam menarik minat masyarakat menggunakan bahasa

Melayu dalam memupuk perpaduan di Malaysia agar tidak berlaku perpecahan dan seterusnya

hidup dalam keadaan harmoni. Selain itu, kita juga hendaklah mempelbagaikan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan kemahiran menutur dalam pelbagai kaum di

Malaysia. Di samping itu, tugas atau tanggungjawab tidak harus dibebankan kepada para guru

sahaja tetapi semua pihak seharusnya berganding bahu bersama-sama melestarikan dan

memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang mampu menyatupadukan semua kaum yang

hidup dalam pelbagai etnik dan bangsa.