tilawah lengkap

22
PENGENALAN Allah S.W.T mengutus Nabi Muhammad S.A.W sebagai rahmatan lilalamin iaitu rahmat kepada sekalian alam. Kerasulan baginda S.A.W berbekalkan mukjizat yang paling agung iaitu al-Quran dengan tujuan penurunannya sebagai pedoman hidup kepada seluruh umat manusia. Melalui malaikat Jibril a.s, Nabi Muhammad S.A.W diajarkan membaca al-Quran.Adapun al-Qur’an ialah qara’a yang mempunyai erti mengumpulkan dan menghimpun. Selain itu, disebut juga sebagai qira’ah beerti menghimpun huruf-huruf dan kata-kata antara satu dengan yang lain dalam satu ucapan yang tersusun rapi. Al-Qur’an pada mulanya seperti qira’ah iaitu masdar (infinatif) dari kata qara’a, qira’atan dan qur’anan. Justeru amalan membaca al-Quran merupakan suatu keperluan dan juga tanggung jawab secara fardhu ain kepada umat Islam untuk mahir membaca al-Quran, apatah lagi memahami dan mengamalkannya. Justeru itu, bukan sahaja isi al-Quran yang menjadi panduan hidup manusia, malah membaca juga dapat menenangkan jiwa dan merupakan satu ibadat. Hal ini dapat dilihat dengan jelas menerusi hadis: ”…Tidak berhimpunnya satu-satu kaum itu dirumah Allah membaca ayat-ayat al-Quran dan mempelajarinya melainkan turun ke atasnya ketenangan, diliputi dengan rahmat Allah dan Allah sentiasa menyebut mereka” (al-Qushairi, 1995)

Upload: symaya-faradillawanti

Post on 04-Sep-2015

248 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

t

TRANSCRIPT

PENGENALAN

Allah S.W.T mengutus Nabi Muhammad S.A.W sebagai rahmatan lilalamin iaitu rahmat kepada sekalian alam. Kerasulan baginda S.A.W berbekalkan mukjizat yang paling agung iaitu al-Quran dengan tujuan penurunannya sebagai pedoman hidup kepada seluruh umat manusia. Melalui malaikat Jibril a.s, Nabi Muhammad S.A.W diajarkan membaca al-Quran.Adapun al-Quran ialah qaraa yang mempunyai erti mengumpulkan dan menghimpun. Selain itu, disebut juga sebagai qiraah beerti menghimpun huruf-huruf dan kata-kata antara satu dengan yang lain dalam satu ucapan yang tersusun rapi. Al-Quran pada mulanya seperti qiraah iaitu masdar (infinatif) dari kata qaraa, qiraatan dan quranan.Justeru amalan membaca al-Quran merupakan suatu keperluan dan juga tanggung jawab secara fardhu ain kepada umat Islam untuk mahir membaca al-Quran, apatah lagi memahami dan mengamalkannya. Justeru itu, bukan sahaja isi al-Quran yang menjadi panduan hidup manusia, malah membaca juga dapat menenangkan jiwa dan merupakan satu ibadat. Hal ini dapat dilihat dengan jelas menerusi hadis:Tidak berhimpunnya satu-satu kaum itu dirumah Allah membaca ayat-ayat al-Quran dan mempelajarinya melainkan turun ke atasnya ketenangan, diliputi dengan rahmat Allah dan Allah sentiasa menyebut mereka (al-Qushairi, 1995)Menurut Ibnu khaldun (2002) dalam kitabnya Muqaddimah menyatakan bahawa al-Quran itu perlu dipelajari dan dibaca oleh kanak-kanak pada peringkat awal, kerana membaca al-Quran akan menanamkan benih-benih keimanan ke dalam jiwa kanak-kanak. (Yusof Qardhawi, 2010) menegaskan diantara manfaat membaca dan menghafal Al Quran pada masa kanak-kanak adalah, ianya dapat meluruskan lidah, membaca huruf dengan tepat, dan mengucapkannya sesuai dengan makhraj hurufnya.Quraish Shihab (2004) menyatakan bahawa, Allah s.w.t memuliakan umat Islam dengan kitab al-Quran sebagai kalam terbaik. Dalam al-Quran telah dikumpulkan segala yang diperlukan oleh manusia berbentuk kisah terdahulu, nasihat-nasihat, pelbagai perumpamaan, adab, kepastian hukum, hujah-hujah yang kuat dan jelas sebagai bukti keesaan-Nya. Allah s.w.t mewajibkan manusia supaya bersikap baik terhadap kitab-kitab-Nya, termasuk perlakuan ini adalah menjelaskan adab-adab pembaca, membimbing mereka melaksanakan ajaran al-Quran serta megingatkan manusia dengan nasihat-nasihat yang baik (Anis Ahmad, 2004)Tegasnya, Al-Quran diturunkan untuk kepentingan seluruh umat manusia tanpa mengira bangsa, tempat dan masa. Isi al-Quran menjadi sumber asas kepada manusia untuk dijadikan panduan dalam menjalani kehidupan dunia apatah lagi akhirat. Untuk mencapai hasrat tersebut manusia perlu menyelami al-Quran melalui belajar membaca, mengahafaz, memahami serta mengamalkannya.

LANGKAH PENGAJARAN ALQURANTerdapat berbagai kaedah yang boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran Tilawah al-Quran. Kaedah-kaedah ini digunakan bertujuan memastikan pelajar dapat menguasai kemahiran-kemahiran dalam Tilawah al-Quran iaitu membaca, menghafaz dan memahami ayat-ayat al-Quran.. Bagi memastikan hasil pembelajaran mengikut aras tercapai, saya guru al quran memilih kaedah yang sesuai dengan tahap pelajar. Saya memilih kaedah Talaqqi, Musyafahah dan Latih tubi untuk pengajaran dan pembelajaran alquran didalam kelas merangkumi ketiga-tiga komponen kemahiranyang disebutkan.a) Talaqqi musyafahah.Kaedah mempelajari bacaan al-Quran yang tertua dan dipraktikkan oleh Jibril a.s kepada Rasulullah SAW dikenali sebagai Talaqqi Musyafahah. Caranya Jibril membaca ayat suci al-Quran kemudian Rasulullah SAW meniru bacaan tersebut dengan diperhatikan oleh Jibril. Setelah itu Rasulullah SAW terus menghafal ayat berkenaan. Seterusnya Rasulullah SAW membacakan kepada para sahabat, para sahabat pula meniru bacaan Rasulullah SAW kemudian diminta dituliskan, seterusnya tulisan itu dibacakan dan dihafalkan.Talaqqi pada istilah ialah pertemuan antara guru dan pelajar secara bersemuka atau berhadapan. Semasa menyampaikan pengajaran asuhan tilawah al-Quran bahagaian bacaan dan hafazan, guru berhadapan dengan pelajar sama ada seorang dengan seorang atau guru berhadapan dengan pelajar mengikut kumpulan atau secara kelas.Kaedah ini amat berkesan kerana guru dapat mengesan pelajar yang mempunyai kebolehan yang tinggi dalam bacaan atau hafazan juga dapat mengesan pelajar-pelajar yang lemah dan tidak dapat menguasai bacaan al-Quran. Melalui kaedah talaqqi ini, guru dapat memperbaiki setiap kesalahan yang dilakukan oleh pelajar seterusnya dapat membantu pelajar yang tidak dapat menguasai bacaan al-Quran dengan mengadakan kelas pemulihan.b) Musyafahah.Musyafahah pada bahasa : gerakan bibir atau sebutan daripada mulut ke mulut yang diambil dari pergerakan dua bibir.Musyafahah dari segi istilah bermakskud guru menyebut huruf dan kalimah dalam ayat al-Quran dengan memberi penekanan kepada gerakan bibir, pergerakan bibir guru yang diperhatikan oleh pelajar semasa mengajar bacaan al Quran. Aktiviti ini bertujuan untuk menyebut dengan fasih dan betul di hadapan pelajar supaya pelajar dapat mencontohi sebutan guru berdasarkan pemerhatian mereka kepada gerak bibir guru. Guru boleh mengulang-ulang sebutan kalimah atau ayat al-Quran dengan meminta pelajar memerhatikan dengan guru membetulkan sebutan tersebut.Pelajar menerima pengajaran dengan mendengar sebutan guru dan melihat pergerakan bibir guru dan menyebutnya. Kaedah ini bermaksud pelajar mendengar bacaan guru sambil memerhatikan pergerakan bibir guru semasa menyebut kalimah atau ayat al Quran. Seterusnya, pelajar membaca seperti guru membaca di samping guru membetulkan sebutan dan bacaan pelajarCara melaksanakan kaedah talaqqi dan musyafahah.Kaedah talaqqi dan musyafahah dilaksanakan dengan cara guru berhadapan dengan pelajar atau bersemuka. Guru akan memperdengarkan bacaan ayat al Quran sebagai bacaan contoh dan meminta pelajar mendengarnya dan memerhati pergerakan bibir dengan teliti. Setelah bacaan itu diulang oleh guru beberapa kali, guru meminta pelajar membacanya dan guru mendengar dengan teliti dan membetulkan kesalahan bacaan pelajar sama ada dari segi makhraj dan hukum tajwid. Kaedah ini berjalan berterusan sehingga tamat surah al Quran mengikut rancangan mengajar guru pada hari itu.Cara bersemuka sangat ditekankan supaya murid tahu betul secara amali bagaimana pelaksanaan semua hukum-hukum tajwid dalam bacaan yang meliputi makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan lain-lain hukum tajwidAplikasi Kaedah Talaqqi dan Musyafahah.Aplikasi kaedah Talaqqi dan Musyafahah bagi hasil pembelajaran aras satu. (Ayat bacaan)Hasil pembelajaran aras satu disasarkan kepada semua pelajar yang terdapat dalam kelas, merangkumi semua tahap pencapaian pelajar iaitu lemah, sederhana dan pandai. Bagi mencapai hasil pembelajaran aras satu, menggunakan kaedah talaqqi dan musyafahah, guru memulakan pengajaran dengan membaca ayat-ayat bacaan al-Quran.Saya menggunakan kaedah ini ketika mengajar kepada pelajar tahun 5 disekolah saya iaitu Sekolah Permatang Emas pada 22 September 2014 yakni pada hari Isnin.Saya menggunakan beberapa langkah dalam komponen kemahiran ini antaranya ialah seperti berikut:Saya memperdengarkan bacaan al-Quran dari bacaan saya sendiri supaya pelajar dapat memerhatikan pergerakan bibir dan sebutan guru. Saya mempamerkan ayat-ayat dari surah yang diajar melalui LCD, kad carta atau kad manila. Setelah mempamerkan ayat-ayat tersebut, saya membaca ayat-ayat tersebut dan meminta pelajar mengikut bacaan guru.Seterusnya saya meminta pelajar membaca ayat secara kelas, kumpulan dan individu. Semasa pelajar membaca ayat, saya memerhati dan mendengar dengan teliti sebutan pelajar untuk mengesan pelajar yang dapat membaca dan pelajar yang masih belum boleh menguasai bacaan dan saya mengumpulkan pelajar dalam kumpulan kecil bertujuan membimbing mereka membaca dengan bacaan yang betul dari segi sebutan dan tajwid. Saya membaca, pelajar diminta memerhati gerak bibir guru kemudian mengikut bacaan guru seterusnya saya membetulkan bacaan pelajar sekiranya terdapat kesalahan dalam sebutan dan tajwid.Melalui kaedah ini, hasil pembelajaran aras satu dapat dicapai oleh guru dengan berkesan kerana pelajar dapat membaca ayat al Quran dengan betul mengikut sebutan guru. Guru juga dapat membetulkan sebutan dan bacaan pelajar semasa menyampaikan pengajaran dan pembelajaran. Bagi mencapai hasil pembelajaran aras satu, guru perlu memastikan semua pelajar dapat membaca ayat yang diajar oleh guru pada hari tersebut.4.0 Kaedah TasmikTasmik adalah perkataan yang diambil dari bahasa Arab yang bermaksud mendengar. Kaedah ini digunakan guru dalam pengajaran Tilawah al Quran melalui aktiviti guru mendengar bacaan pelajar. Kaedah tasmik melibatkan guru dengan pelajar di dalam kelas semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kaedah ini digunakan untuk menguji tahap pencapaian pelajar dalam penguasaan bacaan dan hafazan al Quran.Cara pelaksanaan kaedah tasmik, ialah pelajar diminta membaca ayat yang ditentukan oleh guru dengan suara yang kuat (jahar), di hadapan guru. Guru mendengar bacaan atau hafazan pelajar dengan teliti supaya dapat mengesan kesilapan yang dilakukan oleh pelajar dalam bacaannya. Jika terdapat kesalahan, guru akan memperbetulkan kesalahan murid. Untuk menentukan pelajar menguasai tajwid, guru boleh menyoal pelajar tentang hukum bacaan atau hukum tajwid dan maksud tanda-tanda bacaan dalam ayat yang dibaca.

c) Kaedah Latih TubiKaedah latih tubi adalah satu aktiviti pengulangan fakta atau ayat atau kecekapan yang dipelajari. Tujuan kaedah ini digunakan adalah supaya pelajar mencapai taraf penguasaan bacaan dan hafazan di samping menjamin kekekalannya dalam ingatan pelajar. Pelajar dapat menyebut dengan fasih dan seterusnya dapat melancarkan bacaan mereka dalam al-Quran. Oleh yang demikian kaedah latih tubi ini amat sesuai bagi mereka yang baru belajar al-Quran, malah kaedah ini sememangnya telah diperaktikkan sejak zaman Rasulullah s.a.w. Saidatina Aisyah telah meriwayatkan hadis yang bermaksud :Rasulullah s.a.w. suka mengulang-ulang suatu perkara kepada para sahabat sehingga mereka mendapat fahaman yang sebenar.Melalui kaedah ini, pelajar dapat menguasai kemahiran bacaan dan mengingat serta menghafaz ayat al Quran yang telah dipelajari. Pengajaran dan pembelajaran guru akan lebih berkesan sekiranya kaedah ini dilakukan secara berturutan dan berulang kali. Kesesuaian kaedah latih tubi ini dilaksanakan dengan ulangan sebanyak tiga kali. Saidatina Aisyah r.a. meriwayatkan sebuah hadis lagi yang bermaksud:Rasulullah s.a.w mengucapkan tiga kali apabila bertutur dengan satu-satu ayat dan kadangkala satu masalah diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. diulang sebanyak tiga kali agar para pendengar cukup jelas untuk memahaminya.Kaedah latih tubi sangat sesuai digunakan oleh guru kerana melalui kaedah ini guru dapat mengenalpasti kemahiran yang dikuasai oleh setiap pelajar. Kaedah ini juga sangat berkesan untuk pengajaran tilawah al Quran bahagian hafazan dan boleh digunakan untuk aktiviti pemulihan bagi pelajar yang tidak menguasai ayat bacaan dan hafazan. Kaedah latih tubi juga dapat membina keyakinan pelajar untuk menguasai bacaan al-Quran dan menghafaz ayat-ayat yang diajar guru.

PERBEZAAN KBSR DAN KSSR (TILAWAH AL QURAN)

Sistem pendidikan negara terus mengalami perkembangan selaras dengan perubahan yang telah berlaku dalam merentasi zaman kemodenan. Kronologinya, Akta Pelajaran 1961 menjadi asas kepada perlaksanaan pendidikan di negara ini, atas dasar untuk membasmi buta huruf rakyat dan melahirkan tenaga kerja mahir. Manakala pada tahun 1982, Kurikulum Baru Sekolah Rendah(KBSR) diperkenalkan setelah dibuat penambahbaikkan ke atas kurikulum lama, kesan daripada Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Seterusnya apabila Falsafah Pendidikan Negara FPN (1988) disuratkan, sekali lagi kurikulum diberi penambahbaikkan, lalu Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukarkan namanya kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang bermula pada tahun 1993. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah berorientasi berasaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara. Memandangkan zaman semakin berubah, sekali lagi kurikulum baru diperkenalkan iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini dilaksanakan pada tahun 2011 hinggalah sekarang.

LATAR BELAKANG : KBSRKBSR merupakan singkatan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah yang diperkenalkan ekoran daripada terbitnya Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan. KBSR diperkenalkan pada tahun 1982 menggantikan Kurikulum Lama Sekolah Rendah. Kurikulum ini telah mula dilaksanakan di semua sekolah rendah bermula pada tahun 1982 di 305 buah sekolah rendah dan pada tahun 1983, pelaksanaan penuh pun bermula di semua sekolah rendah seluruh negara.KBSR pada asasnya berpegang pada konsep bahawa murid-murid perlu memperolehi ilmu pengetahuan, menguasai pelbagai kemahiran dan menghayati nilai secara terus melalui pengalaman.KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang kemanusiaan dan alam sekitar dan bidang perkembangan diri individu. Bidang komunikasi menjadi bidang utama dengan menekankan kemahiran asas iaitu kemahiran 3M (membaca, menulis, mengira) yang diterapkan melalui 2 matapelajaran : Bahasa (Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris) dan Matematik. Bidang ini selaras dengan perakuan dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979.Kementerian hendaklah mengambil langkah tertentu supaya pendidikan rendah bercorak pendidikan asas yang memberi penegasan dalam bidang 3M iaitu membaca, menulis dan mengira ~ Perakuan 2a, Laporan Jawatankuasa Kabinet.Dalam bidang kemanusiaan dan alam sekitar pula, memfokuskan tentang nilai-nilai kemanusiaan dan persekitan serta komponen kerohanian, nilai dan sikap yang diajar melalui mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Manakala, dalam bidang perkembangan diri individu pula meliputi semua aspek iaitu intelek, rohani, jasmani, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial. Aspek ini diterapkan kepada murid melalui pembelajaran Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni dan Muzik.Walaubagaimana pun, Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah diubah kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada tahun 1993 selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang ditulis ketika itu. Ini berlaku setelah penyemakan semula kurikulum dibuat dengan alasan bagi mengenalpasti kerelavanannya dalam merentas masa. Selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang ditulis ketika itu, konsep bersepadu menjadi tumpuan utama dalam kurikulum dan pengajaran di sekolah melalui perlaksanaan KBSR.Konsep bersepadu yang dikandung dalam KBSR adalah meliputi unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam kandungan KBSR diintergrasikan supaya terdapat kesepaduan. Maka dalam proses pengajaran dan pembelajaran, konsep bersepadu tadi diserapkan melalui : I. Penggabungjalinan untuk menyepadukan kemahiran-kemahiran selain daripada penyerapan ilmu pengetahuan. II. Nilai-nilai pula dititikberatkan dan mesti diserapkan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. III. Perkembangan potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani yang perlu berlaku secara harmonism menyeluruh dan sepadu. Perkembangan ini tidak boleh dilakukan secara berasingan. IV. Kesepaduan antara teori dan praktik.Suasana persekolahan dalam konteks KBSR adalah bagi memberi peluang murid-murid memperoleh dan merasai pengalaman hidup seperti menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan bertukar-tukar pendapat, membina persefahaman dalam pergaulan dan memupuk semangat kerja antara satu sama lain.

LATARBELAKANG : KSSR Transformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah merupakan pengukuhan dan penambahbaikkan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Tujuan transformasi adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. KSSR telah menjalani uji rintis di 500 buah sekolah rendah yang terpilih pada 31 Mac 2009 hingga Jun 2009. KSSR dilaksanakan sepenuhnya kepada murid-murid tahun 1 di semua sekolah bermula pada 2011.

KSSR masih mengekalkan prinsip KBSR iaitu perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan yang sama untuk semua murid, pendekatan bersepadu dan pendidikan seumur hidup. Dalam KSSR, penggunaan standard diguna pakai. Oleh itu, pengajaran KSSR adalah berpandukan Dokumen Standard Kandungan dan Dokumen Standard Pembelajaran.KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahanBahagian Pembangunan Kurikulum, KPM(2011) Dari segi reka bentuk, KSSR berasaskan kepada enam tunjang iaitu Tunjang Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika, Sains dan Teknologi dan Keterampilan Diri. Dalam KSSR juga telah ditambah dengan elemen merentas kurikulum (EMK) yang baru iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

PERBEZAAN KEDUANYA (KBSR DAN KSSR DALAM PENGAJARAN AL QURAN)Selanjutnya Matlamat Pendidikan al-Quran dengan jelasnya membuktikan bahawa KSSR yang telah dikeluarkan lebih efektif berbanding dengan KBSR,kerana apa yang terkandung di dalamnya mampu memberi kejayaan dalam pelbagai penyelidikan. Sejajar dengan dunia moden kini Ahli sains mengambil al-Quran sebagai asas sains, ahli hukum mengeluarkan hukum daripada al-Quran, ahli falsafah membicarakan falsafah dalam al-Quran dan ahli pendidikan pula mengambil al-Quran sebagai dasar, kaedah, falsafah dan matlamat pendidikan (Mohd Yusuf Ahmad, 2004) dan ajarannya bukan sahaja membuka jalan kepada manusia untuk mengawal dan menghayati segala kebaikannya malah menjadi asas untuk meninggikan kekuatan iman dan mengakui kebesaran dan kekuasaan Allah S.W.T di samping membentuk akhlak dan peribadi mulia sebagai khalifah Allah di bumi yang fana ini.

Al-Quran mempunyai kelebihan yang sangat banyak dan tinggi di sisi Allah S.W.T dan tuntutan mempelajari serta mengajarnya kepada orang lain juga sangat besar pahalanya. Oleh sebab itu al-Quran itu sendiri mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu berbanding dengan kitab-kitab lain. Membaca al-Quran, mempelajari, mengajarkannya serta mengulang-ulangkannya akan mendapat ganjaran pahala berlipat kali ganda daripada Allah S.W.T (Wahbah az-Zuhaili, 2005). Ini kembali ditegaskan oleh Allah Allah S.W.T melalui firmannya dalam surah al-Isra ayat 9. yang bermaksud:

Sesungguhnya al-Quran ini menunjuki (jalan) yang lebih lurus dan memberi kabar gembira kepada orang-orang beriman yang mengerjakan (amalan) yang saleh; sesungguhnya untuk mereka itu pahala yang besar .(Mahmud Yunus)

PENAMBAIKAN KEPADA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TILAWAH AL QURAN Sektor Pendidikan islam memperkenalkan program j-QAF yang antara lain tujuannya untuk membolehkan semuapelajar muslim khatam bacaan al-Quran sebelum mereka melangkah ke sekolahmenengah. Terdapat banyak faktor yang perlu diambil kira dalam melaksanakan pengajaranal-Quran kepada murid. Faktor yang paling penting ialah pendekatan dan kaedahpengajaran yang sesuai digunakan dalam melaksanakan pengajaran al-Quran. Kaedahyang sesuai dan berkesan akan mempercepatkan proses pembelajaran yang akanmembantu murid menguasai bacaan al-Quran.Adab-adab Dalam mengajar dan Mempelajari al-Quran Perbincangan tentang kaedah pengajaran al-Quran tidak lengkap tanpamembicarakan tentang adab-adab mengajar dan mepelajari al-Quran. Adab tersebutsangat penting kerana ia mempunyai kaitan dengan keberkesanan dan keberkatan dalammempelajari al-Quran. Kegagalan dalam melaksanakan adab-adab mempelajari al-Quranmenjadi salah satu daripada punca kepada kegagalan umat Islam dalam menguasai bacaanal-Quran. Sebab itu terdapat ramai ulama yang menulis tentang perkara tersebut.Umpamanya al-Imam an-Nawawi rahimahullah (1992) telah menyusun sebuah bukuberjudul al-Tibyan Fi Adab Hamalat al-Quran ( ) dalammembicarakan tentang adab-adab yang perlu diambil berat dalam mengajar danmempelajari al-Quran dan Abdullah al-Qari bin Salleh (1972). Antara adab-adab yangdijelaskan oleh mereka ialah;1. Hendaklah memasang niat mengajar dan mempelajari al-Quran semata-mata kerana mencari keredhaan Allah SWT.2. Hendaklah mengelakkan diri dari mencari pengaruh atau kemasyhuran dalam mengajar atau mempelajari al-Quran.3. Hendaklah sentiasa membiasakan diri dengan amalan dan budi pekerti yang mulia sesuai dengan kedudukan al-Quran. Antara amalan yang dianjurkan ialah amalan seperti menggunting misai, memotong kuku, menguruskan janggut, membersihkan diri dari dari kekotoran dan bau yang tidak menyenangkan dan tidak memakai pakaian yang tidak senonoh.4. Hendaklah guru menyambut baik orang yang hendak mempelajari al-Quran dengannya.5. Hendaklah guru sentiasa membari nasihat-nasihat yang baik serta memberi dorongan dan motivasi kepada muridnya6. Guru dan murid hendaklah sentiasa mengamalkan sifat suka merendah diri. Mereka juga hendaklah saling berlemah-lembut antara satu sama lain.7. Guru hendaklah juga mendidik murid-muridnya dengan adab-adab yang terpuji. Mereka yang mengamalkan adab-adab yang terpuji akan mempunyai hati yang bersih dan mudah menerima ilmu yang disampaikan oleh guru kepadanya.8. Guru hendaklah mempunyai sifat berdedikasi dalam pengajarannya. Umpamanya mengosongkan fikirannya dengan perkara-perkara yang boleh mengganggu penumpuan. Di samping itu, guru juga hendaklah mengambil berat terhadap pencapaian muridnya dengan memastikan murid-murid membuat ulangkaji dan sebagainya.9. Guru hendaklah memberi keutamaan kepada murid yang datang lebih awal kepadanya.10. Guru tidak harus menolak orang yang ingin belajar dengannya meskipun orang tersebut mempunyai niat yang tidak baik atau belajar bukan kerana mencari keredhaan Allah.11. Guru hendaklah seboleh-bolehnya mencari tempat yang lapang dan selesa dalam melaksanakan pengajaran.12. Hendaklah membersihkan diri sebelum membaca al-Quran. Sebelum membaca al- Quran, seseorang itu hendaklah terlebih dahulu berwudu.13. Hendaklah membaca dalam keadaan mengadap ke arah kiblat.14. Hendaklah menjauhkan perbuatan yang tidak senonoh seperti gelak ketawa, bergurau senda serta melihat sesuatu yang melalaikan.

15.Pelaksanaan kaedah Tasmik.Guru mendengar dan meneliti bacaan pelajar.Kedudukan guru adalah berhampiran dengan pelajar dengan keadaan berhadapan atau bersemuka supaya guru dapat melihat cara pelajar menyebut kalimah atau ayat.Pelajar dikehendaki membaca atau menghafaz dengan suara yang nyaring supaya guru dapat mendengar dengan jelas sebutan dan bacaan pelajar.- Pelajar membaca secara kumpulan kecil atau individu.Guru dapat mendisiplinkan pelajar dengan cara yang berkesan.Kaedah tasmik sangat sesuai diaplikasikan dalam bidang Asuhan Tilawah al-Quran bahagian ayat bacaan. Melalui kaedah ini guru dapat mengesan dengan cepat penguasaan pelajar terhadap ayat bacaan yang diajar. Bagi mencapai hasil pembelajaran seperti yang dirancang, guru perlu melaksanakan langkah-langkah yang sesuai mengikut aras pembelajaran.

PENUTUP

Kesimpulannya, membaca al-Quran sangat dianjurkan kepada setiap individu muslim kerana al-Quran akan mendatangkan pelbagai manfaat terhadap pembacanya, namun mempelajari kaedah dan tata cara dalam pembacaannya merupakan tuntutan yang mesti dipenuhi, disamping hukuman mendapat gajaran dosa, kesalahan dalam membaca al-Quran akan menentukan sah atau tidak sahnya ibadah yang dilakukan oleh seseorang tersebut. Oleh itu seseorang mesti secara berterusan mempertingkatkan ilmu tilawah al-Quran agar lidah sentiasa terpelihara diwaktu kita membaca.Al-Quran adalah mukjizat yang terbesar dan teragung dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada Rasulullah S.A.W melalui perantaraan malaikat Jibril. Kemudian Nabi S.A.W diperintahkan Allah S.W.T agar menyampaikan kepada seluruh manusia. Adapun isi kandungan al-Quran sarat dengan petunjuk yang akan membawa manusia ke arah kebahagiaan hidup di dunia apatah lagi akhirat.Al-Quran wajib dipelajari kerana ia mempunyai fungsi dan sumbangan yang penting sebagai sumber dan panduan yang dapat menyelesaikan pelbagai persoalan dan memenuhi segala kehendak manusia (Hanafi Mohamad, 1996). Pendidikan al-Quran adalah mencakupi semua pendidikan manusia dalam segala segi hidupnya dan sepanjang usianya. Kehidupan dunia ini adalah diumpamakan sebagai menjalani satu perjalanan untuk persiapan kepada kehidupan yang lebih baik iaitu di akhirat. Kerana itulah pendidikan al-Quran mengandungi kehidupan sekarang dan kehidupan akan datang secara serentak .Melalui al-Quran, Allah S.W.T mendidik manusia supaya percaya kepada Allah sahaja sebagai Tuhan yang patut disembah dan meminta pertolongan, iaitu dari segi Uluhiyyah dan Rubbubiyyah kerana Allah S.W.T sahajalah yang berkuasa (Mohd Yusuf Ahmad, 2000). Ini juga ditegaskan melalui firman Allah S.W.T di dalam surah al-Baqarah ayat 21 yang bermaksud:

Hai manusia, sembahlah Tuhanmu yang menciptakan kamu dan orang-orang yang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa (Mahmud Yunus)

Dengan demikian manusia dituntut untuk meyakini dan mengimani bahawa kitab suci al-Quran ini adalah kepunyaan Allah S.W.T dan bukan dicipta oleh Rasulullah S.A.W atau pun makhluk lain. Justeru itu, al-Quran wajar diangkat sebagai teras dan sumber rujukan utama yang mendasari seluruh aspek kehidupan dan diyakini sepenuh hati kebenarannya. Sebagai khalifah Allah S.W.T setiap muslim berkewajipan memikul dan melaksanakan segala apa yang ditentukan oleh Allah S.W.T di dalam al-Quran. Ini selari dengan firman Allah S.W.T dalam surah al Baqarah, ayat 147 yang bermaksudTuntasnya, kepada mereka yang terlibat dan bertanggung jawab dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran seperti guru al-Quran, para pendidik di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi mesti mendalami dan menyelami segala keistimewaan dan kelebihan yang terdapat di dalam isi kandungan al-Quran dalam usaha untuk disampaikan kepada murid dengan pendekatan yang tepat dan lebih berkesan lagi. Manakala bagi para pendidik dan guru al-Quran, mereka haruslah menyelami segala kelebihan al-Quran kemudian menyampaikan kepada para murid dari semasa ke semasa dengan tujuan untuk menyuburkan minda, cintakan al-Quran serta suka untuk mendengar, membaca dan mempelajari al-Quran.

RUJUKAN1.Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral (2007), Buku Panduan Pelaksanaan Model-Model Pengajaran dan Pembelajaran dan Kokurikulum, Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.2.Ismail Abas et.al. (2007), Pengenalan Pendidikan Islam, Seri Kembangan: UNITEM Sdn.Bhd.3.Habibah@Artini Ramlie dan Rahimi Md Saad (2008), Pendidikan Islam Tingkatan 3, Seri Kembangan : Open University Malaysia.4.Kamarudin Hj Husin (1994) KBSM dan Strategi Pengajaran Pahasa , Subang Jaya, Kumpulan Budiman.5.Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral (2006), Buku Panduan j-QAF Model Pengajaran dan Pembelajaran Islam , Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.