asemen lengkap

31
SENARAI KANDUNGAN Muka surat HALAMAN PENGAKUAN PENGHARGAAN SENARAI KANDUNGAN PENGHARGAAN BAHAGIAN A 1.0 PENGENALAN 2.0 PENTAKSIRAN FORMAL DAN TIDAK FORMAL 2.1 PENTAKSIRAN FORMAL 2.2 PENTAKSIRAN TIDAK FORMAL 2.3 PERBANDINGAN PENTAKSIRAN FORMAL DAN TIDAK 3.0 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 3 4.0 ITEM PERSOALAN 5.0 PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN RUKUN NEGARA DAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 5.1 PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN RUKUN NEGARA 5.2 PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN REFLEKSI BIBLIOGRAFI LAMPIRAN

Upload: sakinah

Post on 24-Sep-2015

269 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

s

TRANSCRIPT

SENARAI KANDUNGAN

Muka suratHALAMAN PENGAKUANPENGHARGAANSENARAI KANDUNGANPENGHARGAAN

BAHAGIAN A1. PENGENALAN1. PENTAKSIRAN FORMAL DAN TIDAK FORMAL 1. PENTAKSIRAN FORMAL 1. PENTAKSIRAN TIDAK FORMAL1. PERBANDINGAN PENTAKSIRAN FORMAL DAN TIDAK1. JADUAL SPESIFIKASI UJIAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 3 1. ITEM PERSOALAN1. PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN RUKUN NEGARA DAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN5.1 PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN RUKUN NEGARA5.2 PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN REFLEKSIBIBLIOGRAFILAMPIRAN

1.0 PENGENALANPentaksiran adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu. Pengukuran merupakan suatu proses kuantifikasi dengan memberi nilai angka kepada kewujudan sesuatu ciri dan atribut. Pelbagai definisi pentaksiran telah dikemukakan oleh beberapa pakar yang terkenal antaranya:-David Lambert dan David Lines, 2000 menyatakan bahawa pentaksiran dalam bidang pendidikan ialah satu proses berterusan dan guru menjalankan proses ini untuk mengumpul, menterjemah, merekod, dan menggunakan maklumat mengenai tindak balas murid terhadap tugas yang diberikan.Antara tujuan pentaksiran adalah :-

Rajah 1: Pengenalan pentaksiran

Pentaksiran yang baik dapat dinilai melalui beberapa ciri seperti ;i. Keobjektifan iaitu berdasarkan ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan.ii. Kebolehtadbiran susulan iaitu berdasarkan kelicinan dan kerja-kerja yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah.iii. Kemudahtafsiran berdasarkan calon iaitu bergantung tentang maklumat tentang calon skor, mendiskriminasikan, dan menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian.iv. Menyeluruh iaitu mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang penting.Terdapat dua jenis pentaksiran yang boleh digunakan oleh guru- guru sekolah semasa mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral. Jenis Pentaksiran tersebut ialah Pentaksiran Formal dan Pentaksiran tidak Formal. 2.0 PENTAKSIRAN FORMAL DAN TIDAK FORMAL2.1 PENTAKSIRAN FORMALPentaksiran Formal biasanya melakukan secara formal atau rasmi yang melibatkan prosedur, peraturan dan tatacara yang ditetapkan oleh pihak- pihak tertentu. Segala prosedur dan tatacara yang telah ditetapkan harus memahami dan dipatuhi oleh semua murid.Pentaksiran Formal terdiri daripada penilaian Formatif dan penilaian Sumatif. Menurut, Ee Ah Meng (1998) beliau berkongsi pendapat bahawa Penilaian Formatif ialah satu proses penilaian yang melibatkan ujian untuk mengukur kemajuan murid selepas murid telah mencapai hasil pembelajaran tentang sesuatu unit atau bab. Penilaian Formatif akan menjalankan secara berterusan . Data- data tentang pencapaian murid akan menunjukkan tentang sejauh manakah seseorang murid telah menguasai hasil pembelajaran. Setelah guru mendapat tahu tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid, mereka akan mula untuk mengambil tindakan susulan yang sewajarnya supaya dapat meningkatkan potensi murid. Dalam penilaian Formatif pemberian gred tidak diperlukan. Pada masa yang sama, guru juga harus mengingat bahawa, keputusan penilaian daripada penilaian formatif tidak digunakan untuk pemeringkatan atau perbandingan antara satu individu dengan individu yang lain.Motif utama dalam penilaian formatif adalah untuk mengesan kejayaan dan kegagalan.Selain daripada penilaian formatif seperti menjelaskan di atas, penilaian sumatif juga merupakan salah satu penilaian yang terkandung dalam pentaksiran formal. Menurut Ee Ah Meng penilaian sumatif ialah satu penilaian yang dilaksanakan pada akhir sesuatu kursus. Di mana guru akan guru akan menilai murid pada akhir tahun atau pada akhir semester. Penilaian Sumatif memberikan nilai yang membezakan pencapaian seseorang murid dan murid lain serta mendorong untuk melakukan pemilihan . 2.2 PENTAKSIRAN TIDAK FORMALPentaksiran tidak formal adalah lebih kepada membuat penilaian serta pemerhatian tentang seseorang murid di dalam bilik darjah.Selain itu guru perlu membuat pemerhatian serta penilaian ini boleh berasaskan tingkah laku, emosi , dan juga kognitif.1.2.1 Jenis-jenis Pentaksiran Tidak Formala) Pemerhatian Pemerhatian adalah satu kaedah penilaian melalui pemerhatian yang dijalankan secara bersistematik dan tepat untuk mengumpul maklumat dan merekodnya dengan tepat tentang murid yang menjadi sasaran pemerhatian ataupun secara keseluruhan kelas.Jika melibatkan individu tertentu ia adalah bertujuan untuk mengenal pasti punca, sebab atau permasalahan yang dihadapi sama ada berkaitan dengan pembelajaran cara bersosialisasi ataupun isu moral yang dihadapi. Pemerhatian akan dibuat dalam bentuk memerhati tentang tingkah laku , perbualan atau interaksi sosial murid, dan juga hasilan kerja.Tujuan Pemerhatian Mengesan serta-merta Mengesan kemajuan Mengesan pencapaian Mengesan fenomena tingkah laku Digunakan untuk menilai :- sikap - perlakuan/amalan - amali - kemahiran manipulatif - kemahiran bersosial

- kemahiran belajar - kemahiran kinestetik - kemahiran literasi komputer - kemahiran mereka cipta

Perlaksanaan Pemerhatian: Pemerhatian proses dan hasil kerja seperti lukisan,buku skrap, kraf tangan dan kerja kursus membolehkan pengajar menilai sikap serta penguasaan sesuatu kemahiran. Maklumat daripada pemerhatian boleh membantu pendidik melengkapkan gambaran mengenai keputusan penilaian yang diperoleh melalui kaedah lisan dan penulisan. Instrumen penilaian pemerhatian meliputi senarai semak dan skala kadar /marking scheme. b) Merekod Pemerhatian Senarai semakSenarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap , sahsiah, dan kebolehan murid. Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada yang berkaitan dengan tingkah laku yang dapat diperhatikan, kekerapan tingkah laku itu berlaku, dan lain-lain berdasarkan keperluan pemerhatian. Ia memerlukan satu bentuk jadual dan setiap pemerhatian yang dapat dilihat hanya akan dicatat dengan menandakan ( / ) atau cara lain.

Rekod BerterusanCatatan dalam bentuk cerita (narrative) yang dibuat ke atas indidvidu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang dikatakan oleh murid akan dicatat sepanjang tempoh pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh 5-10 minit. Daripada pemerhatian ini guru akan dapat mengukur tentang keupayaan murid bertoleransi, berinteraksi, dan memahami konsep-konsep moral yang perlu ada pada setiap individu.c) Anekdot Rekod anekdot menceritakan pencapaian akademik pelajar, perkembangan kognitif, perkembangan persaingan dan pertumbuhan aspek-aspek kemanusiaan secara menyeluruh. Lapor mengikut keutamaan Mula dengan aspek yang mudah ke aspek yang lebih kompleks Biar proses mencatat anekdot berlaku secara semulajadi Rekod pemerhatian boleh disimpan dalam bentuk portfolio yang bersistematik dan mengandungi rekod peribadi murid, perkembanganm diri murid sama ada dari segi sahsiah, perlakuan dan juga contoh hasil kerja murid.d) Port FolioSatu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui. Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti. Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir. Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak.Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik. Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan. Penilaian berbentuk lebih terbuka (broad based) dan seimbang. Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai melalui bukti-bukti lain. Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah dipersetujui bersama.Jenis-jenis Portfolio yang boleh dibina:1.Porfolio kerja harian2.Portfolio hasil terbaik3.Portfolio dokumen.e) Temu bualSatu instrument yang digunakan dalam kajian yang berbentuk tinjauan. Tujuannya ialah untuk menghasilkan satu set item yang boleh digunakan secara optimum untuk menjawab persoalan kajian. Bentuk temu bual: temu bual berstruktur, temu bual semi struktur, dan temu bual yang tidak berstruktur. Guru mestilah menentukan jenis temu bual dalam kajian, rancangan temu bual, stail, kandungan dan susunan soalan temu bual. Ciri-ciri soalan temu bual mestilah mudah, jelas , dan susunan temu bual, serta tempoh yang sesuai dan tidak terlalu lama untuk menggelakkan kebosanan responden.f)Soal Selidik Alat ukur yang paling popular dalam kajian tinjauan. Soal selidik yang digunakan dalam sesuatu kajian boleh disediakan sendiri oleh pengkaji ataupun menggunakan soal selidik yang sedia ada dan soal selidik penyelidikan terdahulu iaitu yang telah melalui proses pengesahan dan diuji kebolehpercayaannya. Soal selidik biasanya disokong dengan menggunakan temu bual bersama responden. Ini akan menjadika hasil dapat lebih bernas dan mantap.g)TugasanBoleh dibahagikan kepada tugasan harian dan tugasan untuk satu tempoh masa tertentu.Tugasan hendaklah mengutamakan penghayatan, kesedaran dan kefahaman tentang nilai, pemikiran yang rasional dan pertimbangan.

2.3 PERBANDINGAN ANTARA PENTAKSIRAN FORMAL DAN TIDAK FORMAL

PENTAKSIRAN FORMALPENTAKSIRAN TIDAK FORMAL

FUNGSIMenghasilkan maklumat balik kepada murid dan guru tentang kemajuan murid Kebanyakannya terdiri daripada analisis sampel bahasa yang spontan ke tugasan bahasa yang distrukturkan

FORMATMempunyai format piawai yang tertentuDigunakan untuk menilai tahap kefungsian semasa kanak-kanak.

JENIS ALATDisediakan oleh pihak-pihak yang tertentu sebagai contoh :

Boleh diubahsuai oleh guru terutamanya dalam menilai aspek bahasa. Sebagai contoh : pemerhatianAnekdotBuku skrap

Memudahkan sesiapa yang ingin menggunakannyaBoleh direka cipta mengikut keperluan individu

Melibatkan penggunaan instrumen seperti ujian.Memerlukan banyak persediaan.

KESUKARAN ITEMMungkin tidak berkaitan dengan kurikulumBerkaitan dengan kurikulum

Mungkin tidak sesuai dengan kanak-kanakSukar untuk membanding antara individu.

CONTOH Ujian bulanan, lembaran kerja, dan lain-lain.i.Pemerhatian ii.Senarai semak dan skala pemeringkataniii.Rekod Anekdotiv.Hasil kerja pelajarv.Temu bual

3.0 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 3

Aras

ITEM OBJEKTIFITEM SUBJEKTIF

kandunganMengetahuiMemahamiMengaplikasimenganalisisMenilaimenciptaJumlahMengetahuiMemahamiMengaplikasi MenganalisisMenilaiMenciptaJumlah

1.Kepercayaan kepada Tuhan11211

2. Baik hati 111311

3. Bertanggungjawab1331811

4. Berterima Kasih11

5. Hemah tinggi12

6. Hormat112

7. Kasih sayang12311

8. Keadilan11

9. Keberanian

10. Kejujuran

11. Kerajinan

12. Kerjasama

13. Kesedaran

14. Toleransi

JUMLAH656310201210015

4.0 ITEM SOALAN4.1 SOALAN OBJEKTIF

1. Mengapakah kita perlu menjaga kebersihan kawasan sekolah? (pemahaman)

A. Supaya semua orang melawat sekolah kita.B. Supaya kita dapat belajar dengan selesa.C. Supaya guru-guru tidak malu dengan kita.

2. Aur Thai terpecahkan pasu bunga kesayangan ibunya. Apakah yang patut dia lakukan?(analisis)A. Mendiamkan diri.B. Cepat-cepat bersembunyi.C. Memberitahu ibunya perkara sebenar dan meminta maaf.

3.

Nilai murni yang ada pada diri Surachad ialah _____________.(penilaian)A. beraniB. jujurC. rajin

4. Kamu ternampak dua orang murid sedang bertengkar di kantin sekolah. Tindakan yang akan kamu lakukan ialah ? (aplikasi)

A. mendiamkan diri.B. masuk campur.C. melaporkan kepada guru yang bertugas. 5. Prasert menyanyikan lagu Negaraku dengan baik. Apakah sikap yang ada pada Prasert?(analisis)A. Mengenali dan menghormati identiti negaranya.B. Bercita-cita menjadi penyanyi terkenal.C. Suka menunjuk-nunjuk.

6. Kita hendaklah sentiasa memakai _____________ ketika berada di sekolah. (pemahaman)

A. Selipa B. Lencana sekolahC. Topi keselamatan 7. Jangan __________ sampah ke dalam sungai.(pemahaman)A. membuangB. membakarC. menyimpan

8. Kamu sekeluarga berkelah di tepi tasik. Sebelum pulang, ibu meminta kamu mengutip semua sampah. Apakah tindakan kamu? (analisis)

A. Mengutip sampah tersebut dan membuangkannya ke dalam tasik.B. Mengutip sampah tersebut dan membuangkannya ke dalam tong sampah.C. Mengutip sampah dan meninggalkan longgokan sampah di bawah pokok.

9. Sikap ___________ penting dalam sesebuah keluarga.( pemahaman)

A. kata-mengataB. benci-membenciC.hormat-menghormati

10.

Apakah tindakan kita apabila menghadapi situasi di atas?(aplikasi)

A. Mencubit adik.B. Buat-buat tidak tahu.C. Memujuk dan melayan adik.

11. Tingkap di bilik darjah kamu pecah. Kamu sepatutnya ( Aplikasi)

A. Bermain di atas tiang lampu tersebut.B. Mengajak rakan-rakan mengubah kedudukan lampu tersebut.C. Memberitahu guru kelas agar dia dapat melaporkan perkara itu kepada pihak Pentadbiran sekolah.

12.

Dialog yang paling sesuai untuk situasi di atas ialah (Pemahaman)

A. Jangan sibuklah.B. Terima kasih Kak Ayu.C. Kakak ni mengacau betul lah.

13. Annisa tinggal seorang diri di rumah. Dia perlu (pengetahuan)

A. membuka pintu rumahnya.B. mengunci pintu rumahnya.C. merapatkan sahaja pintu rumahnya.

14. Bilik darjah perlu dikemas supaya _________ dan ceria. (pemahaman)

A. cuciB. kotorC. bersih

15. Pacharapa menolong ibunya mengemas rumah. Dia tidak meminta sebarang upah dari ibunya. Pacharapa seorang anak yang (aplikasi)

A. suka menunjuk-nunjukB. sederhanaC. ikhlas

16. Mei Lin berbangsa Cina, kamu patut menghantar ______________ kepadanya.(aplikasi)

A. kad Selamat Hari RayaB. Kad Selamat Hari DeepavaliC. kad Selamat Tahun Baru Cina

17. Raju pergi ke kuil untuk bersembahyang. Apakah agama yang dianuti oleh Raju? (pengetahuan)

A. IslamB. BuddhaC. Hindu

18. Hendry tidak makan secara berlebihan, walaupun makanan itu sedap. (pemahaman)

A. Dia tidak kuat makan.B. Dia tidak suka makanan itu.C. Dia mengutamakan kesihatan.

19. Rizul terjumpa sebuah dompet di kantin sekolah. Dia _____________ (Aplikasi)

A. mengambil dan membelanjakan wangnya.B. mengambil dan serahkannya kepada guru.C. mengambil dan simpan dalam begnya.

20. Saya membasuh baju dengan ____________________(pengetahuan)A. sabunB. ubat gigiC. syampu

5 SOALAN SUBJEKTIF1. Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. (10m) (kefahaman)

sopanikhlasbisingyakinbersederhana

rajinbersimpatigagalkebersihanmembahayakan

1. Jangan ____________________ ketika rakan sedang bersembahyang.2. Jagalah ____________________ diri dengan mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari.3. Pengawas perlu menjalankan tugas dengan penuh ______________________.4. Orang yang ingin berjaya perlulah _____________________ berusaha.5. Amalkan sikap ___________________ ketika menyambut sesuatu perayaan.6. Apabila kita _______________________, janganlah berputus asa.7. Jangan menumpang kereta orang yang tidak dikenali kerana perbuatan tersebut akan _______________________ diri.8. Orang yang _____________________ tidak mengharapkkan pujian apabila menghulurkan bantuan.9. Apabila bercakap dengan orang dewasa, gunakanlah panggilan yang _________________.10. Kita perlu ______________________ terhadap rakan yang ditimpa kesusahan.

2.Tandakan ( ) pada jawapan yang paling tepat.

1. Agama rasmi Malaysia agama ______________________.

IslamKristian1. Orang Kristian beribadat di ______________________.

tokonggereja1. Selvi merayakan perayaan ______________________.

DeepavaliTahun Baru Cina1. Setiap hari kita perlu memberus ______________________.

bajugigi.1. Cara menjaga kebersihan diri adalah ______________________.

mandi bermain

3. Susun cerita berdasarkan gambar .132654

2

Semut menggigit kaki pemburu.

Burung menggugurkan daun.

Pemburu ingin menembak seekor burung.

Semut naik ke atas daun.

Pemburu terkejut dan burung terbang lari.

Burung melihat semut sedang lemas.

4. Isi tempat kosong menggunakan perkataan yang diberi.

dibantu membantu ikhlas bahagia terpuji gembira

Baik hati sikap ___________,Patut diamal setiap hari.

Ibu dan ayah perlu _________,Hati gembira mendapat restu.

Adik-beradik akan ________,Ibu ayah turut berbangga

Siramlah pokok secara ___________,Jangan dinanti budi dibalas

Pak cik, mak cik turut __________,Keluarga kita akan ceria.

Apabila saling membantu.Keluarga kita akan bersatu.

5. Padankan ayat di bawah ini dengan gambar yang sesuai .

1. Lilian memberi adiknya minum susu.

1. Fatin mengajak Farah makan bersamanya.

1. Ganesan menjaga arnabnya dengan baik.

1. Razi bermain bola bersama adiknya.

5.0 PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN RUKUN NEGARA DAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

5.1 PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN RUKUN NEGARAUsaha mencapai kesepaduan antara kaum dan semangat bersatu padu tanpa berbelah bahagi, pendidikan dilihat sebagai satu cadang yang amat berkuasa untuk merealisasikannya. Peranan yang dimainkan guru memberikan impak yang besar buat semua individu. Bermula dari jawatan kecil hinggalah jawatan yang hebat, semuanya adalah hasil didikan seorang guru. Dalam merealisasikan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara, guru Pendidikan Moral sememangnya memainkan peranan yang amat penting kerana mereka adalah guru yang mengajar secara langsung tentang amalan murni dan nilai patriotik di sekolah, tidak seperti guru-guru lain yang hanya menggabung jalin nilai-nilai ini ke dalam mata pelajaran teras.Prinsip pertama dalam Rukun Negara adalah Kepercayaan Kepada Tuhan. Faktor kepercayaan kepada agama merupakan perkara utama yang harus ditekankan oleh guru kepada murid-murid. Ibu bapa mengharapkan agar pihak sekolah dan juga guru dapat meningkatkan kepercayaan anak-anak mereka kepada Tuhan dan agama. Perkara ini menjadi lebih kritikal dalam era globalisasi. Hal ini kerana, kehidupan yang begitu mementingkan materialistik, teknologi dan hiburan dapat menjejaskan keinginan manusia kepada Tuhan. Dalam kekosongan inilah guru boleh membina kekuatan dalaman iaitu kerohanian melalui pengajaran dan pembelajaran. Kerohanian yang mantap dan suci akan melahirkan akal yang sihat, jasmani yang cergas dan sahsiah yang terpuji dalam kalangan murid. Pembinaan kekuatan dalaman ini akan lebih mudah dilaksanakan jika guru melaksanakan tugasnya sebagai ibadah dengan matlamat membangunkan modal insan.Prinsip kedua Rukun Negara ialah Kesetiaan Kepada Raja dan Negara. Prinsip kesetiaan dan ketaatan kepada Raja dan Negara menjadi unsur dan ciri penting dalam soal kewarganegaraan di negara ini. Setiap warganegara Malaysia perlu menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Yang Dipertuan Agong dan negara. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong. Penghayatan terhadap prinsip kedua mampu membentuk satu bangsa Malaysia yang patriotik dan bersatu padu kerana Raja adalah payung negara yang menaungi seluruh rakyat di negara ini. Justeru, institusi raja tidak boleh dicemari, diperlekeh atau dihina serta ia tidak wajar dipolitikkan sama sekali.

Guru sebagai penyampai ilmu, perlu mendedahkan kepentingan mengenali dan hormati institusi raja dengan memberi pendedahan tentang Sejarah Kesultanan Melayu, sistem Raja Berpelembagaan dan Majlis Raja-Raja kepada murid-murid. Guru perlumenyampaikan ilmu yang berkaitan dengan nilai-nilai murni tersebut dengan menyampaikan isi kandungan pendidikan dengan lebih berkesan tanpa mengabaikan nilai-nilai murni dalam menyampaikan apa juga disiplin ilmu. Contohnya, menimbulkan perasaan kasih sayang terhadap pemimpin, raja dan negara dan kesan-kesan negatif andainya perasaan tersebut diabaikan seperti berlakunya rusuhan dan negara tidak akan aman sekiranya perasaan sayang pada negara tidak wujud. Murid-murid juga perlu memikirkan kesan terhadap dunia ini sekiranya mereka tidak menyayangi dan taat kepada negara, raja dan pemimpin.Demi memberi kesan yang lebih baik, guru boleh membuat lawatan sambil belajar ke Muzium Negara dan Perpustakaan Negara bagi mencari maklumat. Di samping itu murid dapat merehatkan fikiran dengan menyaksikan barang-barang bersejarah agar dapat menimbulkan perasaan bangga dengan sistem pemerintahan yang terdapat di Malaysia. Guru juga perlu membimbing murid membuat peta minda tentang peranan dan fungsi raja dalam sistem pemerintahan negara supaya mereka sedar besarnya peranan pemerintahanraja pada kerajaan Melayu lama. Dengan demikian, murid-murid akan mengenali dan menghormati institusi rajayang terdapat di Malaysia.Prinsip ketiga adalah Keluhuran Perlembagaan. Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Setiap rakyat mempunyai kedudukan atau taraf yang sama di sisi undang-undang. Justeru, perlembagaan memberi jaminan terhadap hak asasi, kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara ini. Sebagai guru Pendidikan Moral, guru perlu menegaskan tentang kepentingan kesepaduan antara kaum yang sentiasa menjadi perkara asas dalam membina kerukunan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. Antara perkara yang boleh dipraktikkan oleh guru ialah menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam pertuturan seharian. Penggunaan bahasa yang sama antara kaum lain dapat memupuk semangat perpaduan kaum yang jitu selain dapat meningkatkan lagi semangat cinta akan tanah air. Bahasa Melayu merupakan bahasa yang paling wajar digunakan oleh pelajar semasa berkomunikasi dengan bangsa lain di Malaysia tambahan pula kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia telah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Prinsip keempat ialah Kedaulatan Undang-undang. Kedaulatan undang-undang bermaksud setiap rakyat adalah sama tarafnya di sisi undang-undang negara tanpa sebarang driskiminasi kaum, gender mahupun kedudukan. Dalam mendidik murid untuk sentiasa menjadi warganegara yang sentiasa mengamalkan peraturan dalam kehidupan seharian, guru Pendidikan Moral boleh memulakannya dengan perkaran yang kecil dan mudah sahaja contohnya sentiasa menggalakkan murid-murid untuk mengikuti peraturan sekolah seperti hadir ke sekolah tepat pada masanya dan tidak membuang sampah merata-rata. Walaupun hal ini kedengaran tidak penting, namun apabila kita menerapkan murid dengan asas yang kukuh, maka tidak mustahil jika ia berkembang ke arah yang lebih baik pada masa hadapan.Guru juga haruslah sentiasa meningkatkan amalan pedagogi dalam pengajaran, sesuai dengan ragam murid yang pelbagai. Kepelbagaian dalam cara mengajar membolehkan murid terus fokus dan tidak bosan serta objektif pembelajaran yang dirancang juga dapat dicapai. Ini secara tidak langsung dapat mengelakkan masalah ponteng sekolah akibat pengajaran guru yang tidak memberangsangkan, secara tidak langsung murid-murid sendiri dapat mengamalkan peraturan sekolah dengan lebih berintegriti.Prinsip kelima ialah Kesopanan dan Kesusilaan. Guru sentiasa menjadi perhatian umum dari hujung rambut ke hujung kaki. Apa sahaja yang dipakai, diperkatakan, dilakukan atau ke mana sahaja guru pergi, mereka tetap menjadi perhatian masyarakat. Guru muaddib adalah guru yang mengajarkan adab dan budi pekerti. Dalam hal ini, guru berusaha memastikan adab dan budi pekertinya adalah ditahap yang cemerlang. Ini adalah kerana guru merupakan model kepada murid-murid dan masyarakat sekelilingnya. Guru tidak seharusnya umpama ketam mengajar anaknya berjalan betul. Guru bukan sahaja perlu mengajar nilai-nilai murni tetapi mesti mengamalkan nilai-nilai murni tersebut.Melalui aktiviti main peranan, guru bolehlah memainkan peranannya sebagai pendidik adab dan budi pekerti dalam aktiviti ini. Guru mewujudkan situasi perayaan Hari Raya Aidilfitri. Guru mengarahkan beberapa murid memainkan peranan sebagai tuan rumah dan tetamu yang datang ke rumah untuk beraya bersama-sama. Dalam aktiviti ini akan memainkan ramai pelajar bagi mewujudkan suasana sebenar sesuatu perayaan. Penerapan adab budi pekerti melayan tetamu dan hormat menghormati amat ditekankan dalam aktiviti main peranan. Cara meminta maaf ketika hari perayaan agama juga akan ditekankan agar murid memahami pentingnya saling memaafkan antara satu sama lain.

5.2 PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN

Dunia pendidikan sentiasa menjadi tumpuan semua pihak kerana tunjang utama dalam memperkasakan pembangunan negara dijana melalui keberkesanan sistem pendidikan. Justeru, kualiti pendidik atau guru menjadi pemangkin kepada usaha membina generasi modal insan bertaraf dunia. Malah, aspek melahirkan modal insan yang berkualiti itu menjadi agenda teras dalam RMK 9 dan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Hal itu menunjukkan betapa seriusnya negara dalam merencanakan barisan pelapis kepemimpinan dan warga kerja yang mampu menjana pembangunan negara ke arah pencapaian Wawasan 2020.Tidak dinafikan bahawa sekolah merupakan sebuah agen sosialisasi yang penting dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Namun begitu, tanpa guru, sesebuah sekolah itu tidak dapt merealisasikan FPK tersebut. Guru juga sebenarnya secara tidak langsung menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari pelbagai aspek JERIS iaitu, jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan matlamat dan objektif FPK.Sehubungan dengan itu, insan yang bergelar guru adalah melengkapi segala-galanya baik sebagai pendidik, pengasuh, pembimbing, penasihat, pencetus idea dan fikiran, penderma wang ringgit serta penyumbang tenaga dan masa. Guru juga merupakan ibu bapa kepada murid di sekolah, pemimpin dan penggerak kelompok komuniti setempat, agama, bangsa dan negara. Guru ibarat sepohon kelapa yang tinggi menjulang dengan buah yang penuh di tandan, berguna dari pucuk hinggan ke pangkal. Di dalam agama islam turut mengangkat darjat guru pada kedudukan yang tinggi dan istimewa selepas ibu dan bapa.Guru Bertindak sebagai Role Model Nilai merupakan kriteria penting bagi mengukur mutu sesuatu benda. Menurut Ragbir Kour (2007) guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. Nilai-nilai yang perlu diterapkan ialah moral, agama, terminal dan instrumental. Jadi, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional, dan sosial yang baik dan murni supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa pelajar. Menurut Ee Ah Meng (2003) guru yang beriltizam akan menjadi role model kepada para pelajarnya. Secara tidak langsung, guru berkenaan akan dapat memupuk beberapa ciri peribadi yang positif melalui amalan-amalannya di dalam bilik darjah.

Guru Sebagai Pembentuk AkhlakTugas utama guru adalah mendidik murid menjadi insan yang berguna kepada ibu bapa, masyarakat dan negara. Guru pada masa lampau dalam suasana pembelajaran yang serba kekurangan dan tidak kondusif masih berupaya memikul tangunggjawab dengan penuh komited terhadap kewajipan mendidik sehingga melahirkan generasi masa kini yang cemerlang, hatta pemimpin dan peneraju pemerintahan negara. Oleh demikian, tiada alasan bagi guru di zaman modenisasi kini untuk tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tanggungjawab malahan tidak lagi sering memberi alasan apabila diarahkan bertugas ke kawasan terpencil dan pedalaman.Dalam proses transformasi kurikulum, peranan dan cabaran golongan pendidik pada masa mutakhir ini semakin diasak dengan pelbagai isu yang diberikan penekanan dan perhatian wajar. Antaranya ialah gejala kes pelanggaran disiplin seperti ponteng sekolah, kejadian buli khususnya di asrama, biadab terhadap guru, perbuatan vandalisme yang menjijikkan mata memandang, memeras ugut pelajar junior, bergaduh dalam kawasan sekolah dan terbabit dengan aktiviti penyalahgunaan dadah. Semua isu ini perlu ditangani secara berkesan oleh sekolah kerana jika dibiarkan berterusan akan menjadi wabak yang membarah dalam kalangan anak muda kita. Dengan demikian, peranan dan tanggungjawab semua guru mesti menjurus kepada pembentukan akhlak pelajar yang murni dan bukan setakat menjadi penyampai ilmu pengetahuan saja. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pernah mengatakan:Guru bukan saja bertanggungjawab menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid, tetapi bertanggungjawab juga kepada pembentukan peribadi murid iaitu nilai hidup yang dipegang dan budaya yang diterima olehnya. (Petikan ucapan beliau pada Sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan di Ipoh pada 16 Mei 2000 ). Jadi, di sini jelas menunjukkan kepada kita memang menjadi tanggungjawab teras seseorang guru itu membentuk jati diri dan akhlak anak muridnya dengan keluhuran budi pekerti yang tinggi dan mempunyai akhlak yang mulia. Sebenarnya, teras utama dalam aspek pendidikan adalah untuk membimbing dan memberi pendidikan akhlak murni. Jadi, dalam apa jua mata pelajaran yang diajar oleh seseorang guru, penerapan nilai murni itu tidak boleh diabaikan. Ini yang dikatakan nilai merentas kurikulum.

Guru Berperanan Menggilap Potensi Murid-MuridFPK antara lain menyatakan, Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Berdasarkan inti pati FPK ini, guru memainkan peranan yang penting sebagai penggilap potensi anak muridnya. Setiap manusia diberi kelebihan dan keistimewaan masing-masing, tetapi tetap jua mempunyai kelemahan tersendiri. Bagi seorang guru, bukan kelemahan seseorang murid itu dicari, tetapi keistimewaan itu yang dicari dan digilap agar menjadi manusia yang berguna bukan sahaja untuk diri sendiri, malahan untuk masyarakat dan negara. Oleh itu, seorang guru itu harus bijak mencungkil bakat serta kebolehan murid-muridnya agar tidak disia-siakan begitu sahaja bakat yang mereka peroleh. Guru Berperanan Sebagai PembimbingGuru juga bertindak sebagai pembimbing anak murid secara seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Guru sebagai seorang pembimbing perlu menguasai kemahiran dalam bimbingan dan kaunseling untuk membimbing murid-murid dalam proses pembinaan modal insan. Guru juga adalah pekerja yang mematuhi segala etika profesion ke arah membimbing anak muridnya menepati acuan sebagaimana yang termaktub dalam FPK. Guru Berperanan Supaya Dapat Berfikir Secara Kreatif dan InovatifGuru juga boleh dianggap sebagai seorang pengusaha. Dengan itu untuk memenuhi ciri pengusaha yang dinamik, guru perlu mempunyai kemahiran dan sentiasa berupaya berfikir secara inovatif dan kreatif. Oleh itu, peranan guru seterusnya ialah sebagai pendorong pemikiran kritis dan kritis anak muridnya. Apabila seorang guru itu sendiri mempunyai pemikiran kritis dan kreatif, secara tidak langsung dapat memperkasakan lagi gaya pemikiran anak muridnya supaya dapat menjana idea-idea yang bernas dan kreatif agar dapat melahirkan murid yang kompeten dalam pelbgai bidang dan berdaya kreatif serta berkebolehan.Guru Berperanan Sebagai Pendidik Kemahiran AsasSeterusnya guru juga berperanan sebagai seorang pendidik kemahiran asas. Maksud pendidik kemahiran asas disini tentulah guru menjadi orang yang bertanggungjawab dalam mengajar kemahiran asas yang utama iaitu kemahiran bertutur. Ini kerana keupayaan bertutur merupakan salah satu keutamaaan kepentingan bagi seseorang manusia memandangkan kebolehannya bertutur membolehkannya menyampaikan ilmu yang diperolehinya kepada orang lain.Guru Berperanan Sebagai Agen SosialisasiSeorang guru juga harus bertindak sebagai agen sosialisasi. Agen sosialisasi di sini bermaksud memberi peluang kepada pelajar untuk menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai untuk perkembangan diri dan masyarakat. Peranan sebagai agen sosialisasi adalah untuk memastikan perubahan dan perkembangan tingkahlaku murid adalah mengikut nilai, norma dan kehendak masyarakat. Tugas guru juga bukan sekadar penyampai ilmu, malah memupuk sikap, nilai dan sahsiah yang sempurna selaras dengan keperluan kendiri dan tuntutan masyarakat.Disini saya sediakan ringkasan berkaitan peranan guru dalam melaksanakan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan: Guru hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajaran, khasnya mata pelajaran KBSR, serta pengetahuan ikhtisas keguruan Mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Guru, khasnya mengembangkan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Meyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada diri dan pelajar selaras dengan tuntuana Falsafah Pendidikan Guru Menyempurnakan tanggungjawab dan akautabiliti sebagai insan guru yang sentiasa mencari ilmu serta mengamlkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan masa depan. Menggunakan ilmu dan kemahiran mendidik serta nilai keguruan merangsang perkembangan pelajar

Berdasarkan peranan guru yang telah dinyatakan, ianya jelas berkait rapat dalam merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Melalui Fasafah Pendidikan Kebangsaan juga secara tidak langsung telah memberi satu garis panduan kepada para pendidik dalam menjalankan tugasnya untuk melahirkan anak didik yang berdaya saing, berilmu, berkepimpinan dan berketrampilan dalam mengharungi cabaran yang mendatang.

RUJUKANAbdullah Sani Yahaya ( 2005). Mengurus Sekolah. Kuala Lumpur: PTS Publication & Distributors Sdn.Bhd.Azizi Ahmad (2010).Pentaksiran Pembelajaran. Kuala Lumpur :Dewan Bahasa Dan Pustaka.David lambert. Ete Al (2000). Understanding Assessment: Purposes, Perceptions, Practice (Learning About Teaching). united kingdom. Florence Production Ltd.Stoodleigh, Devon.Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2007). Panduan Ulangkaji Pendidikan Untuk KPLI Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah. Kuala Lumpur ; Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Ee Ah Meng (1998). Pedagogi III: Pengujian dan Penilaian, Pemulihan, Pengayaan dan Pendidikan Inklusif (Semester IV).Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kamarudin Hussin (1986). Panduan Latihan Mengajar. Petaling Jaya : Logman.Malaysia Sdn. Bhd.Kamus Dewan (2002). Edisi ke Empat. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan PustakaMokhtar Ismail (2009).Pentaksiran Pendidikan.Kuala Lumpur :Dewan Bahasa Dan Pustaka.Raminah Haji Sabran (1991).Penilaian Dan Pengujian Bahasa Malaysia Penerapannya Pada Peringkat Sekolah Rendah. Kuala Lumpur :Dewan Bahasa Dan Pustaka.Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon (2010).Guru Dan Cabaran Semasa. Selangor:Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

Fakhrul Anuwar (2010) Guru Sebagai Cerminan Keperibadian Murid http://www.cikgufais.com/2010_09_01_archive.html. (Diambil pada 20 Feb 2015http://amirgassi.blogspot.com/2011/09/bmm3103.html diambilpada 21 Feb2015http://ww2.odu.edu/educ/roverbau/Bloom/blooms_taxonomy.htmdiambilpada 21 Feb 2015