laporan lengkap

Upload: arthurmoses1

Post on 08-Jul-2015

881 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

KAJIAN TERHADAP PERKAITAN BERSUKAN OLEH PELATIH KOLEJ KESIHATAN AWAM KUCHING DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELATIH

ARTHUR NYELANG AK. MOSES ERRICSON BRUDY AK. MELI FLEXVIOUS AJAX AK. JEFFERY NIEL AK. GANJA

KOLEJ KESIHATAN AWAM KUCHING 2010

KAJIAN TERHADAP PERKAITAN BERSUKAN OLEH PELATIH KOLEJ KESIHATAN AWAM KUCHING DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELATIH

ABSTRAKPenglibatan pelatih dalam bidang sukan di Kolej Kesihatan Awam Kuching (KKAK) sering dikaitkan dengan pencapaian akademik mereka dalam setiap peperiksaan atau ujian yang dijalankan. Bagi pelatih yang aktif bersukan dapat mewakili kolej dalam mana-mana pertandingan yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif yang bertujuan untuk meninjau sejauhmana penglibatan pelatih dalam bidang sukan akan mempengaruhi

pencapaian akademik mereka. Objektif utama kajian ini adalah untuk membuat perbandingan pencapaian akademik di kalangan pelatih atlit dengan pelatih bukan atlit. Objektif kajian ini juga adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi akademik pelatih di KKAK. Responden seramai 200 orang dipilih dalam kalangan pelatih KKAK. Data kajian ini diperolehi melalui soalselidik yang diedarkan kepada semua responden. Item-item dalam soalselidik ini diproses menggunakan kaedah peratusan, melainkan item yang berkaitan dengan keputusan peperiksaan Semester. Daripada hasil kajian ini, pelatih seharusnya digalakkan untuk bergiat aktif dalam aktiviti sukan semasa di kolej kerana ia akan memberi kebaikan kepada kesihatan dan pada yang sama ia tidak menjejaskan prestasi pelajaran. Kajian ini mendapati faktor bersukan bukanlah penyebab kepada kemerosotan pencapaian akademik tetapi terdapat faktor-faktor lain yang mempengaruhi prestasi akademik seperti tidak dapat mengikuti pelajaran yang berkesan, tiada kumpulan belajar, malu bertanya kepada pensyarah, kawan - kawan dan lain-lain lagi.

PENGHARGAANKajian Sistem Kesihatan (HSR) atau subjek kaedah penyelidikan merupakan tugasan wajib yang perlu dilakukan oleh setiap pelatih dari kursus Diploma Kesihatan Persekitaran (Pelatih Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran) pada tahun 2 semesta 2 yang diberikan oleh pengajar subjek ini. Ucapan penghargaan dan setinggi - tinggi terima kasih kami kepada Cik Lydia M. Pilik selaku pengajar bagi subjek Kaedah Penyelidikan dan tidak dilupakan juga kepada penyelia utama kami iaitu Encik Muhammad Norhanizam Bin Harif yang telah bertungkus-lumus dalam memberi tunjuk ajar, komen yang bernas dan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada kami dalam melaksanakan projek ini. Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada Encik Niponi Ak. Undek yang selaku pengarah Kolej Kesihatan Awam Kuching. Selain itu, terima kasih juga kepada kepada rakan-rakan yang turut memberi pendapat dan idea kepada kami sama ada secara langsung atau tidak langsung. Kami juga sangat menghargai segala kerjasama yang telah diberikan oleh pelatihpelatih Diploma Kesihatan Persekitaran dan Sijil Pembantu Kesihatan Awam di Kolej Kesihatan Awam Kuching. Akhir sekali, ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam kajian kami ini. Sekian, terima kasih.

ARTHUR NYELANG AK. MOSES ERRICSON BRUDY AK. MELI FLEXVIOUS AJAX AK. JEFFERY NIEL AK. GANJA KOLEJ KESIHATAN AWAM KUCHING OKTOBER 2010

SENARAI ISI KANDUNGAN KANDUNGAN ABSTRAK PENGHARGAAN SENARAI KANDUNGAN SENARAI RAJAH / JADUAL BAB I PENGENALAN1.1 1.2 Kenyata Masalah Objektif Kajian 1.2.1 Objektif Umum 1.2.2 Ojektif Spesifik

MUKA SURAT i ii iii iv

BAB II

LITERATURE REVIEW2.1 2.2 Sejarah Bersukan Kebaikan Dan Keburukan Bersukan

BAB III

METODOLOGI KAJIAN3.1 3.2 3.3 3.4 Jenis Kajian Latar Belakang Demografi Teknik Pengumpulan Data Teknik Analisis Data

BAB IV BAB V BAB VI

HASIL KAJIAN PERBINCANGAN KESIMPULAN DAN CADANGAN

SENARAI RUJUKAN SENARAI LAMPIRAN

SENARAI RAJAH / JADUAL

RAJAH DAN JADUALRAJAH 1 RAJAH 2 Jantina Pelatih Umur Pelatih Jenis Sukan Kegemaran Pelatih

MUKA SURAT

RAJAH 3 / JADUAL 1 RAJAH 4 RAJAH 5

Bilangan Jenis Sukan Yang Disertai Pelatih Dorongan Pelatih Untuk Terlibat Aktif Dalam Aktiviti Sukan

RAJAH 6 / JADUAL 2 Kekerapan Pelatih Bersukan Dalam Seminggu RAJAH 7 / JADUAL 3 Tempoh Masa Pelatih Bersukan Pada Setiap Sesi RAJAH 8 / JADUAL 4 Persetujuan Pelatih Samaada Aktiviti Bersukan Dapat Mempertingkatkan Prestasi Akademik Pelatih Atau Tidak RAJAH 9 / JADUAL 5 Pengetahuan Pelatih Dalam Aktiviti Sukan RAJAH 10 Pencapaian Keseluruhan Akademik Pelatih Pada Semester Lepas Untuk Sesi Januari 2010 RAJAH 11 Keadaan Fizikal Pelatih Semasa Proses Pembelajaran Dan Pengajaran Dalam Kelas Selepas Bersukan RAJAH 12 Tumpuan Pelatih Semasa Proses Pembelajaran Dan Pengajaran Dalam Kelas Selepas Bersukan RAJAH 13 / JADUAL 6 Persetujuan Pelatih Bahawa Bersukan Boleh Menjejaskan Prestasi Akademik Pelatih Atau Tidak

BAB I

PENGENALAN

1.1 KENYATAAN MASALAH

Kecemerlangan seseorang individu di dalam bidang akademik banyak dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang berbeza. Latar belakang seseorang individu, tahap

keyakinan diri seseorang pelatih malah, sikap dan penglibatan diri seseorang ketika di dalam dewan kuliah turut dikaitkan dengan kecemerlangan akademik seseorang pelajar. Kajian-kajian terhadap harga diri pelajar juga banyak. Antaranya yang mengaitkan harga diri dengan pencapaian akademik (DAmico & Cardaci, 2003; Roy, 2003), dan kajian tentang hubungan harga diri dengan perlakuan tidak bermoral (Meriwater, 2003). Menurut perolehan kajian oleh DAmico dan Cardaci (2003) dan Roy (2003), tidak terdapat hubungan antara harga diri dengan pencapaian Mampukah kecemerlangan dalam

akademik.Bagaimana pula dengan bersukan?

bidang sukan memberikan kesan di dalam bidang akademik?

Bersukan

banyak

mendatangkan

kebaikan

kepada

individu

yang

melakukannya. Melalui bersukan seseorang bukan sahaja boleh meningkatkan kecergasan tubuh badan dan kecerdasan minda malah, bersukan mampu meningkatkan keyakinan dan motivasi diri seseorang pelajar. Kajian-kajian terhadap

motivasi belajar memang banyak. Antaranya ialah kajian terhadap tahap motivasi pelajar (Rothman, 1990), tahap motivasi dan hubungannya dengan penglibatan

pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan gerak kerja dalam kelas (Suhaimi Zakaria, 1991). Persoalannya kini, bagaimanakah bersukan mampu Pelbagai kajian yang

membantu seseorang pelajar di dalam bidang akademik?

berkaitan telah dilakukan untuk menganalisa hal ini. Sebagai contoh, kajian perkaitan diantara aktiviti ko-kurikulum (sukan) dengan pencapaian akademik pelajar sekolah menengah oleh Dr. Abdul Shukor Shaari telah mengenalpasti beberapa faktor pemangkin yang membantu pelajar untuk cemerlang di dalam bidang akademik iaitu peningkatan motivasi dan harga diri.

Pertubuhan Kesihatan Dunia ( WHO, 2007 ) juga turut menyatakan bahawa, Tidak ada kesihatan tanpa kesihatan mental. Kesihatan adalah keadaan sempurna fizikal, mental dan kesejahteraan sosial dan bukan hanya ketiadaan penyakit atau kelemahan dan kesihatan mental merupakan bahagian integral dari definisi ini. Objektif dan tradisi kesihatan masyarakat dan promosi kesihatan boleh dilaksanakan sama seperti kepada dalam bidang kesihatan mental mereka telah melalui pencegahan jangkitan atau penyakit kardio-vaskular, misalnya. Dalam konteks ini, kita memperkaitkan bersukan dan akademik pelatih di Kolej Kesihatan Awam Kuching (KKAK).

Aktiviti bersukan merupakan suatu aktiviti yang sering dilakukan oleh pelatihpelatih di kolej. Setiap pelatih mempunyai pandangan tersendiri dan penilaian yang berbeza mengenai bersukan. Walaubagaimanapun, aktiviti bersukan boleh memberi kebaikan dan keburukan terhadap diri seseorang pelatih. Hal ini bergantung kepada bagaimana pelatih hendak menguruskan masa dan aktiviti sukan mereka. Sebagai contoh, jika seseorang pelatih itu bersukan mengikut masa dan waktu yang sesuai, beliau akan mendapat manfaat daripada aktiviti bersukan iaitu dapat meningkatkan sistem pertahanan badan malah, mampu mempertingkatkan daya ketahanan fizikal dan mental diri seseorang pelatih. Namun demikian, jika seseorang pelatih itu bersukan tidak mengikut masa dan waktu yang sesuai, ini mampu menyebabkan pelatih berasa letih dan tidak bermaya untuk melakukan aktiviti harian di samping, mengganggu proses pembelajaran pelatih. Bersukan juga boleh mempengaruhi

mental dan emosi seseorang pelatih. Jika dalam sesuatu perlawanan atau

pertandingan, pihak kalah mungkin akan berasa tidak puas hati dan menyebabkan perselisihan faham antara pihak yang menang dan pihak yang kalah. Hal ini boleh menyebabkan pembelajaran pelatih terganggu kerana gangguan daripada emosi. Oleh itu, suatu kajian mengenai aktiviti bersukan pelatih dan kaitan dengan pencapaian akademik pelatih telah dilakukan untuk mengkaji sejauh mana aktiviti bersukan mampu memberikan impak ke atas pencapaian akademik para pelatih. Kajian ini dilakukan ke atas pelatih-pelatih di Kolej Kesihatan Awam Kuching dan menggunakan borang soal selidik dan juga melalui temubual pelatih secara rawak. Kolej Kesihatan Awam Kuching mempunyai lebih kurang 400 orang pelatih yang berasal dari Sabah dan Sarawak.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN 1.2.1 Objektif am : Mengkaji sejauh mana bersukan memberikan impak ke atas akademik pelatih.

1.2.2 Objektif Spesifik : 1.Menerangkan keperluan bersukan. 2.Mengenalpasti jenis-jenis sukan yang digemari pelatih. 3.Menjalankan survei ke atas pelatih mengenai sukan dan akademik. 4.Mengkaji perkaitan sukan dan pencapaian akademik pelatih. 5.Mengkaji kebaikan dan keburukan bersukan pada pelatih. 6.Menyediakan laporan lengkap daripada penyelidikan yang telah dijalankan

BAB II

LITERATURE REVIEW

Kajian Terhadap Perkaitan Bersukan Oleh Pelatih Kolej Kesihatan Awam Kuching Dengan Pencapaian Akademik Pelatih

2.1 SEJARAH BERSUKAN

Menurut Allen Guttmann, 1992, dalam sejarah sukan kemungkinannya bermula sejak kewujudan manusia sebagai bertujuan untuk bersukan dan menjadi individu yang aktif. Bersukan juga merupakan cara berguna bagi manusia meningkatkan kelebihan mereka ke atas alam semulajadi dan persekitaran (Martin Polley, 2007). Sejarah sukan mampu mengajar kita sedikit banyak perkara mengenai perubahan kemasyarakatan dan mengenai sifat semulajadi sukan itu sendiri (Gleyse, Jacques, 1997). Menurut Samsudin A. Rahman Ph.D, 2002 pula, bersukan adalah salah satu aktiviti utama untuk menjaga kesihatan kita dan orang ramai digalakkan bersukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dan setiap kali bersukan adalah selama 20 minit sahaja. Kempen kesihatan yang berkaitan dengan bersukan lazimnya

menggalakkan orang muda dan dewasa supaya lebih memberikan perhatian terhadap aktiviti bersukan (Latiffah Pawanteh Ph.D, 2002).

2.2 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN BERSUKAN

Bersukan merupakan suatu aktiviti yang baik untuk kesihatan. Bersukan bukan sahaja boleh membantu kita mengekalkan kesihatan badan yang jitu malah mampu, meningkatkan kecergasan tubuh badan dan kecerdasan minda seseorang . Kesihatan adalah keadaan sempurna fizikal, mental dan kesejahteraan sosial dan bukan hanya ketiadaan penyakit atau kelemahan bahagian integral dari definisi ini (WHO, 2004). Bab ini memerihalkan perkaitan di antara sukan dan akademik seseorang penuntut. Mampukah bersukan memberikan kesan kepada bidang akademik? Mohd Zaaba dan Zuraida Hj Ismail (2004), mentakrifkan motivasi belajar sebagai usaha dan kemahuan individu untuk belajar, bekerja kuat dan mencapai prestasi cemerlang di sekolah. Motivasi ialah aras insentif yang ada pada seseorang dalam usaha untuk mencapai matlamat akademik. Marshall (1987) pula mentakrifkan motivasi untuk belajar sebagai nilai, kepentingan dan faedah yang diperoleh dari tugasan akademik tidak kira sama ada tugasan itu menarik atau pun tidak. Disini, kita mampu melihat dari sudut kesan bersukan kepada motivasi seseorang itu untuk belajar dan seterusnya mampu memberikan kepada kecermelangan akademik. Kecemerlangan akademik di Malaysia menjadi asas kepada pengukuran kejayaan seseorang individu. Sebahagian besar masyarakat Malaysia mementingkan prestasi akdemik yang cemerlang agar memperolehi status yang lebih berprestij (Kantha Kumar, 1985). Ada yang merumuskan pelajar yang aktif bersukan tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengulang kaji pelajaran. Prestasi akademik pelajar sering dikaitkan dengan kegiatan sukan yang diceburinya. Kegagalan dalam pelajaran selalunya dirujuk kepada masa yang banyak dihabiskan untuk bersukan dan melakukan kegiatan riadah seperti aktiviti rekreasi. Pandangan sebegini seringkali kedengaran walaupun telah banyak kajian yang dibuat menyangkal kenyataan ini (Webb, 1969; Mohd Yusoff, 1983; Mohd Razali, 1983; Eleanor, kesihatan mental merupakan

1984). Kajian Mohd Yusoff (1983), mendapati bahawa penglibatan dalam sukan dan aktiviti gerak kerja kokurikulum tidak menjejaskan pretasi akademik asalkan mereka tahu tahu mengagihkan masa untuk bersukan dan untuk akademik. Pencapaian akademik pula dapat menentukan tahap keupayaan untuk mempelajari dan menerima perubahan ke atas pekara baru dan cabaran baru (Ab. Aziz Yusof, 2005). Pencapaian akademik juga membolehkan individu membuat penyesuaian dengan lebih mudah kepada situasi yang asing. Dalam kajian Best, J.W. 1981, dalam bidang pendidikan, kelayakan pendidikan yang tinggi boleh menjadi satu penentu yang penting terhadap status sosial. Oleh itu, mereka lebih dihormati serta diyakini mempunyai peluang yang lebih untuk melakukan sesuatu pekerjaan dengan lebih baik. Mengambil contoh daripada kajian yang dilakukan oleh Mohd Samri bin Mohd Noor,(1998), penglibatan mahasiswa dalam bidang sukan di universiti sering dikaitkan dengan pencapaian akademik mereka dalam setiap peperiksaan yang dijalankan. Bagi mahasiswa yang aktif bersukan dengan mewakili universiti ke kejohanan sukan seperti Kejohanan Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dikatakan punca mereka mendapat keputusan yang tidak begitu memberangsangkan. Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif yang bertujuan untuk meninjau sejauhmana penglibatan pelajar dalam bidang sukan akan mempengaruhi pencapaian akademik mereka. Data kajian ini diperolehi melalui soal selidik yang diedarkan kepada semua responden. Perkara-perkara di dalam soal selidik ini diproses menggunakan kaedah peratusan, melainkan perkara yang berkaitan dengan keputusan peperiksaan Semester I Sesi 1998/1999. Keputusan kajian ini menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian akademik di antara mahasiswa atlit dan bukan atlit. Daripada hasil kajian ini, mahasiswa seharusnya digalakkan untuk bergiat aktif dalam aktiviti sukan dan rekreasi semasa di universiti kerana ia akan memberi kebaikan kepada kesihatan dan pada yang sama ia tidak menjejaskan prestasi pelajaran. Kajian ini mendapati faktor bersukan bukanlah penyebab kepada kemerosotan pencapaian akademik tetapi terdapat faktor-faktor lain yang mempengaruhi prestasi akademik seperti tidak dapat mengikuti pelajaran yang berkesan, tiada kumpulan belajar, malu bertanya kepada pensyarah dan kawan dan lain-lain lagi.

Disamping itu, pencapaian akademik juga akan mempengaruhi penerimaan sosial. Sebagai contoh, pencapaian akademik yang tinggi boleh menyebabkan rasa cemburu oleh individu yang lain manakala jika pencapaian akademik yang rendah boleh menyebabkan orang lain memandang rendah terhadap seseorang itu. Kajian (Beau, 1982; Coleman, 1983) pula mendapati pencapaian akademik pelajar yang aktif bersukan adalah lebih rendah berbanding dengan mereka yang tidak aktif walaupun tahap kecerdasan adalah sama. Coleman (1983) dalam kajiannya mendapati bahawa pelajar-pelajar sekolah tinggi menghargai aktiviti kokurikulum lebih dari kerja akademik mereka. Beliau berkata fenomena ini boleh membawa hasil negatif kepada pencapaian akademik. Oleh itu, kajian ini dapat menjawab persoalan samada penglibatan dalam bidang sukan di institusi pengajian tinggi akan menjejaskan prestasi akademik atau tidak. Berdasarkan kajian-kajian sebelum ini, dapat kita simpulkan bahawa terdapat kesan positif dan juga negatif penglibatan pelajar dalam bidang sukan. Kajian ini diharapkan akan dapat memberi gambaran awal tentang kesan penglibatan dalam bidang sukan semasa menuntut di universiti di Malaysia.

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

Metodologi mempunyai maksud yang luas berkaitan prosedur dan cara pengolahan data bagi menyelesaikan atau menjawab persoalan penyelidikan termasuk menguji hipotesis (Prof. Madaya Dr. Aziz Yahaya, 2006). Aspek aspek yang perlu diambilkira meliputi kaedah dan reka bentuk penyelidikan, instrument penyelidikan, sampel serta teknik pengolahan dan analisis data. Metodologi penyelidikan penting dalam membentuk himpunan data yang diperlukan dalam penyelidikan (Prof. Madaya Syed Mohamed Shafeq Syed Mansur Al-habni). Dengan kata lain, metodologi penyelidikan memberi panduan dalam pelaksanaan serta cara pelaksanaan penyelidikan tersebut. Caranya adalah tentukan jenis data yang hendak dikumpul, tentukan alat yang digunakan, dari manakah data diperoleh, berapa banyak yang diperlukan, bagaimana data dipersembahkan dan sebagainya. Sebelum membuat penyelidikan, kita mestilah menguasai unsur unsur penyelidikan seperti yang dijelaskan di atas. Sebahagian besar daripada unsur unsur itu mestilah dapat mencerminkan turutan penyelidikan (susulan penyelidikan) dan wujud dalam pelaksanaan penyelidikan daripada kajian lapangan.

3.1 JENIS KAJIAN Terdapat 2 jenis pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini iaitu dengan menggunakan borang soal selidik (survei) dan temubual. 3.2 Latar Belakang Demografi

Ia meliputi jantina dan umur.

3.3 TEKNIK PENGUMPULAN DATA Bagi melaksanakan objektif, Kajian menggunakan kaedah deskriptif dan berdasarkan soalan-soalan dari soalselidik dan inferential yang membincangkan mengenai ujian-t. Borang soalselidik disesuaikan dan disusun supaya mudah difahami bagi mencapai objektif kajian. Satu lagi cara adalah melalui temu bual bagi dua orang pelatih yang cemerlang dalam pencapaian akademik dan aktif bersukan. Data daripada soal selidik ataupun soalan yang disediakan dapat dibuat sendiri dan ditanya sendiri oleh penyelidik.

Antara jenis-jenis soalan yang akan ditanya adalah: a) Soalan tertutup yang biasanya membenarkan responden memilih dua ataupun lebih alternatif. b) Soalan terbuka, iaitu dapat menghasilkan keputusan yang tidak diharapkan dan memperoleh keputusan yang tidak mampu diadapati. c) Soalan terbuka dibentuk dengan bahan utama temu bual yang tidak bersruktur. d) Soalan terbuka yang berkaitan dengan pendapat ataupun pandangan berkaitan aspek yang dikaji.

e) Soalan berbentuk skala, responden member maklum balas dan menunjukkandarjah persetujuan atuapun tidak setuju. f) Soalan penilaian responden memastikan pilihan mereka di antara pilihanpilihan.

3.4 TEKNIK ANALISIS DATA Menurut Dr. Abdul Rahim Hamdan, 2007, kaedah penylidikan dapat dikategorikan sebagai kaedah eksperimen dalam reka bentuk yang pelbagai, kaedah penyelidikan expost facto, kaedah penyelidikan deskriptif, kaedah penyelidikan sejarah dan sebagainya. Sampel penyelidikan bertujuan memperoleh sumber data yang boleh dipercayai, iaitu sebahagian daripada populasi. Teknik pengolahan ataupun analisa data adalah alat bagi mendeskriptifkan data dan bagi menguji hipotesis dalam penyelidikan secara kuantitatif menggunakan teknik teknik berstatistik.

BAB IV

HASIL KAJIAN

Dalam melakukan kajian kaitan bersukan dengan pencapaian akademik pelatih, kami telah melakukan soal selidik untuk mendapatkan data-data yang relevan dan berkaitan dengan kajian yang kami lakukan. Dalam soal selidik ini, kami telah mengambil sebanyak 200 sampel daripada 5 buah kelas ambilan dan

mengagihkannya secara rawak. Kami telah mengekstrak data-data tersebut dan telah melakukan analisis terhadap data-data berkaitan demi mendapatkan maklumat yang relevan dengan objektif kajian dan pembolehubah-pembolehubah yang dikenalpasti.

Berikut adalah hasil daripada soal selidik kajian kami.

Jantina Pelatih

25%

Lelaki Perempuan 75%

Rajah 1 Carta pai diatas dalam Rajah 1 menunjukkan jantina pelatih-pelatih Kolej Kesihatan Awam Kuching yang telah menjawab soal selidik dalam Kajian Terhadap Perkaitan Bersukan Oleh Pelatih KKAK Dengan Akademik Pelatih. Terdapat sebanyak 25 % atau seramai 50 orang adalah pelatih perempuan. Manakala, terdapat sebanyak 75 % atau seramai 150 orang adalah pelatih lelaki.

Umur Pelatih

18-23 tahun

24-29 tahun 1% 4%

30-35 tahun

36-41 tahun

29%

66%

Rajah 2 Rajah 2 menujukkan bilangan umur responden yang di ambil semasa membuat kajian. Sebanyak 66% responden yang berumur antara 18 sehingga 23 tahun. Manakala sebanyak 29% responden yang berumur antara 24 sehingga 29 tahun. Sebanyak 4% responden yang berumur antara 30 sehingga 35 tahun dan yang berumur antara 36 sehingga 41 tahun pula hanya terdapat 1% sahaja orang

responden.

Jenis-jenis sukan kegemaran pelatih

140 120 100 80 60 40 20 0 Bola Sepak / Futsal Bola Tampar Badminton Bola Keranjang Lain-lain 68 53 Bilangan 50 102 118

Rajah 3 Jenis Sukan Bola Sepak / Futsal Bola Tampar Badminton Bola Keranjang Lain-lain Bilangan 102 53 118 50 68

Jadual 1 Graf garis di dalam rajah diatas menunjukkan jenis-jenis sukan kegemaran pelatih di Kolej Kesihatan Awam Kuching. Kebanyakan pelatih-pelatih di Kolej Kesihatan Awam Kuching mempunyai satu atau lebih sukan kegemaran mereka. Dalam kalangan 200 orang pelatih yang telah dijadikan sampel soal selidik, terdapat 102 pelatih yang menggemari sukan bola sepak ataupun futsal. 53 orang pelatih lagi menggemari sukan bola tampar, 118 orang peltih menggemari sukan badminton, 50 orang pelatih menggemari sukan bola keranjang dan terdapat 68 orang pelatih menggemari aktiviti sukan yang lain-lain.

Bilangan jenis sukan yang disertai pelatih

37% Satu Lebih dari satu 63%

Rajah 4 Carta pai dalam rajah 4 menunjukkan bilangan sukan yang disertai seseorang pelatih Kolej Kesihatan Awam Kuching. Terdapat seramai 63% peratus atau 126 orang pelatih yang menyertai lebih daripada satu aktiviti sukan. Manakala, selebihnya iaitu, 37% atau 74 orang pelatih hanya menyertai satu aktiviti sukan.

Dorongan pelatih untuk terlibat aktif dalam aktiviti sukan

80 70 60 50 40 30 20 10 0 3 2 28 22 11 7 67 61

Rajah 5 Carta palang dalam Rajah 4 menunjukkan punca atau faktor yang mendorong pelatih dalam aktiviti bersukan. Terdapat seramai 22 orang pelatih yang memberikan jawapan bahawa bersukan didorong oleh kerelaan diri sendiri. Dari sokongan lain seperti keluarga, rakan dan lain-lain pula terdapat seramai 3 orang pelatih. Manakala, secara paksa pula terdapat cuma 2 orang sahaja. Dan bagi yang sekadar mengisi masa lapang pula terdapat seramai 61 orang pelatih. Yang memilih lain-lain pula terdapat seramai 11 orang pelatih sahaja. Selain itu, terdapat juga pelatih yang memilih lebih daripada satu pilihan. Bagi yang memilih 2 pilihan pula terdapat seramai 67 orang pelatih. Manakala, bagi yang memilih 3 pilihan pula terdapat seramai 28 orang. Dan yang akhir sekali bagi yang memilih 4 pilihan pula, terdapat seramai 7 orang pelatih sahaja.

Kekerapan pelatih bersukan dalam seminggu

10% 26% Tidak Pernah 1-2 Kali 3 Kali Atau Lebih 64%

Rajah 6 Kekerapan Pelatih Bersukan Bilangan Pelatih 20 128 52 Tidak Pernah 1-2 Kali 3 Kali Atau Lebih

Jadual 2 Carta pai di Rajah 5 menunjukkan kekerapan pelatih pelatih Kolej Kesihatan Awam Kuching bersukan dalam tempoh seminggu. Terdapat sebanyak 20 orang atau 10 % pelatih yang menyatakan bahawa mereka tidak pernah bersukan. Manakala, sebanyak 128 orang pelatih atau 64 % pelatih yang bersukan mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu bersukan 1-2 kali seminggu. Terdapat juga pelatih-pelatih yang aktif bersukan iaitu seramai, 26 % orang pelatih atau 52 orang pelatih yang bersukan 3 kali atau lebih kerap dalam masa seminggu.

Tempoh masa pelatih bersukan pada setiap sesi

10%

47%

Kurang 20 Minit 20 - 40 Minit Lebih 40 Minit 43%

Rajah 7 Berapa Lama Pelatih Bersukan Bilangan Pelatih Kurang 20 Minit 21 20-40 Minit 86 Lebih 40 Minit 93

Jadual 3 Carta pai di Rajah 6 menunjukkan masa yang diluangkan oleh pelatih Kolej Kesihatan Awam Kuching untuk bersukan pada setiap sesi. Terdapat sebanyak 10% ataupun 21 orang pelatih yang meluangkan masa kurang daripada 20 minit untuk bersukan. Sebanyak 43% ataupun 86 orang pelatih yang meluangkan masa 20 minit hingga 40 minit untuk bersukan. Manakala seramai 47% ataupun 93 orang pelatih meluangkan masa lebih 40 minit untuk bersukan.

Persetujuan pelatih samaada aktiviti bersukan dapat mempertingkatkan prestasi akademik pelatih atau tidak

31% Setuju Tidak Setuju 52% Kurang Pasti

17%

Rajah 8 Sukan Dapat Tingkatkan Prestasi Pelatih Bilangan Pelatih Setuju Tidak Setuju Kurang Pasti

105

34

61

Jadual 4 Carta pai di Rajah 1 menunjukkan pendapat pelatih pelatih Kolej Kesihatan Awam Kuching sama ada aktiviti bersukan dapat meningkatkan prestasi pelatih atau tidak. Terdapat sebanyak 52 % atau 105 orang pelatih yang bersetuju bahawa aktiviti bersukan mampu membantu mempertingkatkan prestasi akademik mereka.

Manakala terdapat sebanyak 17 % atau 34 orang pelatih yang tidak setuju dengan pendapat bahawa bersukan mampu mempertingkatkan prestasi pelatih di dalam

bidang akademik. Terdapat juga sebilangan pelatih yang kurang pasti dengan pendapat bahawa bersukan mampu meningkatkan prestasi akademik pelatih iaitu, seramai 61 orang atau 31 % daripada jumlah responden yang diambil.

Pengetahuan pelatih dalam aktiviti sukan

160 140 120 Bilangan 100 80 60 40 20 0 Kurang Sederhana Banyak

Rajah 9 Pengetahuan Pelatih Kurang Sederhana Banyak

Bilangan Pelatih

13

155

32

Jadual 5 Graf bar di Rajah 8 menunjukkan pengetahuan pelatih Kolej Kesihatan Awam Kuching dalam aktiviti bersukan. Menurut graf bar di atas, terdapat seramai 13 orang pelatih kurang berpengetahuan dalam aktiviti bersukan. Manakala terdapat seramai 155 orang pelatih yang berpengetahuan sederhana dalam aktiviti bersukan. Selain itu, terdapat juga pelatih yang arif atau mempunyai pengetahuan yang banyak dalam aktiviti bersukan iaitu, seramai 32 orang.

Pencapaian keseluruhan akademik pelatih pada semester lepas untuk sesi Januari 2010

Bilangan 79 68

33 17 0 0.00 - 2.00 3 2.00 - 2.50 2.50 - 3.00 3.00 - 3.50 3.50 - 4.00 Tiada

Rajah 10 Graf bar di dalam rajah diatas menunjukkan pencapaian CGPA pelatih-pelatih Kolej Kesihatan Awam Kuching. Soal selidik ini telah diambil daripada 5 buah ambilan dengan bilangan sampel seramai 200 orang. Oleh kerana, soal selidik ini turut diambil daripada ambilan Julai / 2010, terdapat pelatih pelatih yang tidak mempunyai CGPA. Bagi julat CGPA 0.00 2.00, terdapat tiada pelatih yang mendapat nilai CGPA dalam lingkungan julat tersebut. Bagi julat 2.00 2.50 pula, terdapat 3 orang pelatih yang mendapat nilai CGPA tersebut. Terdapat 33 orang pelatih mendapat nilai CGPA 2.50 3.00, 68 orang pelatih mendapat nilai CGPA 3.00 3.50 dan terdapat 17 orang pelatih mendapat nilai CGPA dalam lingkungan 3.50 4.00. Bagi 79 orang pelatih yang selebihnya, mereka belum mendapat nilai CGPA mereka.

Keadaan fizikal pelatih semasa proses pembelajaran dan pengajaran dalam kelas selepas bersukan

Letih

Cergas dan Cerdas

Lain-lain

Rasa mengantuk dalam kelas

7% 9%

13%

71%

Rajah 11

Carta pai di dalam rajah 10 menunjukkan keadaan fizikal pelatih pada keesokan harinya selepas bersukan. Sebanyak 31% pelatih berasa letih selepas bersukan keesokan harinya. Manakala sebanyak 71% pelatih berasa cergas dan cerdas pada keesokkan harinya selepas bersukan dan sebanyak 9% berasa lain-lain seperti sakit sendi, sakit belakang badan selepas bersukan. Dan yang berasa mengantuk di dalam kelas selepas bersukan pada hari sebelumnya pula terdapat sebanyak 7% .

Tumpuan pelatih semasa proses pembelajaran dan pengajaran dalam kelas selepas bersukan

45%

41%

Bertambah Berkurangan Tiada Perubahan

14%

Rajah 12 Carta di dalam rajah diatas menunjukkan tumpuan semasa pembelajaran pelatih di Kolej Kesihatan Awam Kuching selepas bersukan. Soal selidik ini telah diambil daripada 5 buah ambilan dengan bilangan sampel seramai 200 orang. Terdapat sebanyak 41% atau 82 orang pelatih menyatakan bahawa tumpuan mereka bertambah di dalam kelas selepas bersukan manakala, terdapat 45% atau 90 orang pelatih yang menyatakan bahawa mereka tidak mengalami sebarang perubahan terhadap tumpuan mereka semasa pembelajaran. Namun begitu, terdapat juga segelintir kecil, iaitu 14% atau 28 orang pelatih yang menyatakan tumpuan mereka semasa pembelajaran berkurangan selepas bersukan.

Persetujuan pelatih bahawa bersukan boleh menjejaskan prestasi akademik pelatih atau tidak

26%

Ya 74%

Tidak

Rajah 13 Sukan Boleh Menjejaskan Prestasi Pelatih Bilangan Pelatih Peratusan Pelatih (%) Ya 53 26 % Tidak 147 74 %

Jadual 6 Graf bar di Rajah 12 menunjukkan jumlah pelatih Kolej Kesihatan Awam Kuching yang bersetuju atau tidak dengan pendapat bahawa bersukan boleh menjejaskan prestasi akademik pelatih. Terdapat seramai 53 atau sebanyak 26% orang pelatih yang bersetuju bahawa bersukan boleh menjejaskan prestasi pelatih. Manakala bilangan selebihnya iaitu, seramai 147 atau 74% orang pelatih yang tidak bersetuju bahawa bersukan boleh menjejaskan prestasi pelatih.

BAB V

PERBINCANGAN

Dalam mengejar kecemerlangan ilmiah dan kehidupan dewasa ini, ramai pelajar pelajar IPTA lupa akan kepentingan bersukan dalam kehidupan seharian mereka. Dalam mengekalkan kesihatan pada tahap yang optimum, Kementerian Kesihatan Malaysia menyarankan untuk bersukan atau bersenam sekurang kurang 2 kali seminggu dan 20 minit bagi setiap sesi. Oleh kerana kesedaran untuk mengekalkan kecergasan tubuh badan dan kecerdasan minda, kami telah menjalankan suatu kajian untuk mengaitkan bersukan dengan pencapaian akademik pelatih. Dalam melakukan kajian terhadap perkaitan bersukan oleh pelatih Kolej Kesihatan Awam Kuching dengan akademik pelatih kami telah melakukan 200 sampel daripada 5 buah kelas ambilan secara rawak. Kami telah melakukan analisis terhadap data dan mendapati beberapa aspek hasilan interpretasi data tersebut yang dapat dibincangkan. Daripada 200 borang soal selidik yang kami telah agihkan, kami telah mendapat maklumbalas daripada seramai 50 orang pelatih perempuan dan 150 orang pelatih lelaki. Julat umur pelatih pelatih yang turut serta dalam menjawab borang soal selidik ini adalah dalam lingkungan 18 hingga 41 tahun. Pelatih pelatih Kolej Kesihatan Awam Kuching menyertai banyak aktiviti sukan seperti futsal / bola sepak, badminton, bola tampar, bola keranjang dan lain lain. Sukan sukan tersebut mempunyai fasiliti yang disediakan di dalam kawasan kolej dan disekitar kawasan Kota Sentosa, Batu 7 , Kuching dimana, terletaknya Kolej Kesihatan Awam Kuching. Kebanyakkan pelatih menyertai dua atau lebih sukan dimana, ini turut mempengaruhi kekerapan dan jumlah masa yang diluang oleh pelatih untuk bersukan dalam masa satu minggu. Daripada soal selidik yang telah dianalisis, kami mendapati bahawa sebanyak 64% daripada 200 sampel bersukan sebanyak 3 kali atau lebih dalam masa seminggu dan sebanyak 47% menyatakan bahawa mereka bersukan selama lebih 40 minit bagi setiap sesi. Pernyataan ini disokong oleh 63% daripada 200 sampel yang menyertai lebih daripada satu aktiviti sukan.

Pencapaian pelatih pelatih Kolej Kesihatan Awam Kuching juga turut diambil sebagai salah satu pembolehubah di dalam kajian kami ini. Daripada 200 sampel yang diambil, seramai 79 sampel masih belum lagi mendapat keputusan CGPA kerana baru memasuki ambilan Julai 2010. Namun begitu, bagi 121 lagi sampel yang telah mendapat keputusan CGPA, 56% telah mendapat pencapaian CGPA di dalam lingkungan 3.00 sehingga 3.50. Perolehan CGPA, 3.00 sehingga 3.50, adalah di dalam lingkungan pencapaian B dan B+ dimana, ini menunjukkan prestasi akademik yang cemerlang oleh para pelatih. Peratusan pencapaian yang cemerlang yang tinggi iaitu pada kadar 56% ini turut disokong oleh pendapat para pelatih dengan 52% daripada sampel telah bersetuju bahawa, aktiviti bersukan mampu membantu mempertingkatkan prestasi akademik pelatih. Pernyataan ini dikukuhkan pula oleh 71% sampel dimana mereka menyatakan keadaan fizikal pelatih yang cergas dan cerdas pada keesokan karinya selepas bersukan. Keadaan fizikal yang cergas dan cerdas ini, mampu membantu pelatih dalam sesi pembelajaran di dalam kuliah. Soal selidik ini turut menanyakan pendapat pelatih, adakah bersukan mampu menjejaskan akademik seorang pelatih. Daripada 200 sampel yang telah diambil, terdapat suara majaroti sebanyak 74% tidak bersetuju bahawa bersukan mampu menjejaskan akademik pelatih. Pernyataan ini disokong lagi dengan pendapat pelatih sebanyak 52% yang bersetuju bahawa aktiviti sukan mampu memberikan peningkatan dalam prestasi akademik seseorang pelatih. Kedua-dua pendapat ini kemudiannya diperkukuhkan dengan perolehan keputusan CGPA pelatih dimana, majoriti 56% daripada 200 sampel yang telah dikumpulkan telah mendapat nilai CGPA dalam lingkungan 3.00 sehingga 3.50. Daripada analisis data yang telah dijalankan, terdapat juga suara besar sebanyak 41% yang mengatakan bahawa pelatih pelatih mempunyai peningkatan dalam tumpuan ketika proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kuliah walaupun terdapat juga suara majoriti sebanyak 45% yang menyatakan mereka tidak mengalami perubahan dalam tumpuan ketika belajar. Namun begitu, tumpuan oleh pelatih ketika sesi pembelajaran dan pengajaran adalah melibatkan faktor faktor lain seperti keadaan persekitaran, bunyi bising, kaedah pengajaran dan minat pelatih terhadap suatu matapelajaran.

BAB VI

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Daripada penganalisaan data, dapatlah dikatakan bahawa penglibatan pelajar secara aktif dalam bidang sukan tidak mendatangkan implikasi negatif terhadap pencapaian akademik mereka. Keputusan kajian ini bertepatan dengan hasil kajian yang dijalankan oleh Mohd Razali (1993) di mana beliau juga mendapati sebilangan besar daripada responden berpendapat bahawa penglibatan mereka dalam bidang sukan tidak menjejaskan pencapaian akademik. Kebanyakan mereka berpendapat pembahagian masa yang bijak antara akademik dan sukan banyak membantu mencapai kejayaan dalam pelajaran. Para pelatih juga memberi tumpuan yang lebih semasa kuliah berjalan kerana mereka tahu bahawa mereka banyak menghabiskan masa di gelanggang/padang. Para pelatih juga berpendapat bersukan boleh membantu menyihatkan otak mereka. Oleh itu walaupun mereka aktif bersukan tetapi dapat belajar dengan baik dan senang mengingati pelajaran. Para pelatih juga menyatakan bahawa mereka meluangkan masa antara 20 - 40 minit atau lebih untuk bersukan. Ini selaras dengan dapatan kajian Eleanor (1984) dan Lim (1991) di mana mereka mendapati pelatih memperuntukan masa antara 30 minit 50 minit sehari untuk aktiviti bersukan. Sebagai kesimpulannya, banyak faktor yang mempengaruhi prestasi akademik seseorang pelatih. Contohnya seperti pelatih kurang mengulangkaji, kurang melakukan latihan pembelajaran, masalah dengan kewangan, selalu ponteng

kuliah, dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, kita perlu rasioanal bila berhadapan dengan situasi begini. Terdapat beberapa faktor lain yang terlalu personal seperti pengaruh keluarga, sikap, suasana pembelajaran di rumah/asrama, pengaruh rakan sebaya, pengaruh pensyarah atau guru, kaedah pengajaran dan pembelajaran, minat dan aspirasi pelajar itu sendiri. Kesimpulan yang boleh dibuat hasil kajian ini ialah penglibatan secara aktif dalam bidang sukan tidak mempengaruhi pencapaian akademik bahkan dari segi kecemerlangan, mereka lebih baik berbanding dengan pelajar yang tidak aktif bersukan. Selain faktor bersukan, terdapat faktor-faktor lain yang membantu mereka berjaya dalam pelajaran seperti pengaruh keluarga, pengaruh persekitaran, galakan dan motivasi yang berterusan dari semua pihak. Ungkapan-ungkapan seperti badan sihat otak cergas, bersukan menyihatkan badan dan seumpamnya jelas boleh diterima dan mempunyai perkaitan yang langsung dari segi kecerdasan minda dan kesihatan badan.

SENARAI RUJUKAN

Ab. Aziz Yusof. 2005 Pencapaian Akademik dalam buku Penilaian Prestasi edisi Kepentingan dan Permasalahan; halaman 208. Detweiler, S.,1980. Public Relations Writing is Different Instruments dlm. Paper Presented at Annual Meeting of the Association for Education in Journalism, 63rd, Boston, MA, August; halaman 9-13. Latiffah Pawanteh Ph.D, 2002. Aktiviti Bersenam dalam Kajian Penilaian Cara Hidup Sihat; halaman 92. Prof. Madaya Dr.Azizi Yahaya, 2006 Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan; muka surat 13. Best, J. W.1981. Research In Education. New Jersey; Prentice Hall Miller, F. 1986 use, appraisal and research ; A Case Study Of Social History. The American Archivist: 49(4), 371-392. Martin Polley, 'Sports History: a practical guide', Palgrave, 2007 "Sports History in China". http://chineseculture.about.com/library/weekly/aa032301a.htm. Lim Chew Sin. (1991). Satu kajian pencapaian akademik di kalangan pelajar atlit dan bukan atlit. Projek Khas Sarjana Muda yang Tidak Diterbitkan. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Mohd Razali Abdullah. (1983). Perbandingan prestasi akademik atlit dan bukan atlit di Sekolah Menengah Sultan Mahmud, Kuala Terenagganu. Journal Akademik. Maktab Perguruan Kuala Terengganu, Jilid IX, 39 47. Mohd Yusoff Man. (1983). Sejauhmana penglibatan murid-murid dalam gerakerja kokurikulum di sekolah mempengaruhi

pencapaian akademik. Projek Khas Sarjana Muda yang Tidak Diterbitkan. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Webb, H. (1969). Professionalization of attitudes towards play among adoslecent. Aspect of Contemporary Sport Sociology. Chicago: The Athletic Institute.

SENARAI LAMPIRAN