contoh jawapan lengkap tugasan sejarah pt3 2015 – perjanjian persekutuan 1895 – part ii

10
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY 9 KESAN PERSETIAAN PERSEKUTUAN TERHADAP NEGERI- NEGERI MELAYU Kesan Baik 1. Keseragaman dalam politik Pembentukan Persekutuan merupakan kesatuan politik. Semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan kerajaan pusat. Kerajaan negeri hanya mengikut arahan kerajaan pusat. Tiada pembahagian tugas antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. 2. Kemajuan dalam ekonomi Selepas pembentukan Persekutuan, perkembangan ekonomi yang pesat membolehkan hasil lebihan diagihkan kepada semua NNMB. Peluang ekonomi telah menggalakkan kemasukan pelabur khususnya bijih timah dan getah. Pembinaan jalan raya dan jalan kereta api memajukan lagi kegiatan ekonomi di NNMB. Eksport bijih timah dan getah turut berkembang maju. 3. Kemajuan Sosial Pembentukan Persekutuan mewujudkan keamanan dan keselamatan. Ini menggalakkan kedatangan imigran Cina dan India dan menyebabkan pertambahan penduduk. Pembentukan Persekutuan juga menyebabkan pertumbuhan dan perkembangan bandar-bandar seperti Taiping, Kuala Lumpur, Kelang dan sebagainya. Kemudahan sosial seperti sekolah, klinik dan pejabat pos turut ditubuhkan. CONTOH LENGKAP TUGASAN SEJARAH PT3 2015 (PART II)

Upload: wwwtuitionking7637

Post on 16-Aug-2015

321 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Jawapan Lengkap Tugasan Sejarah

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Jawapan Lengkap Tugasan Sejarah Pt3 2015 – Perjanjian Persekutuan 1895 – Part II

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY

9

KESAN PERSETIAAN PERSEKUTUAN TERHADAP NEGERI-NEGERI MELAYU

Kesan Baik

1. Keseragaman dalam politik

Pembentukan Persekutuan merupakan kesatuan politik. Semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan kerajaan pusat. Kerajaan negeri hanya mengikut arahan kerajaan pusat. Tiada pembahagian tugas antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

2. Kemajuan dalam ekonomi

Selepas pembentukan Persekutuan, perkembangan ekonomi yang pesat membolehkan hasil lebihan diagihkan kepada semua NNMB. Peluang ekonomi telah menggalakkan kemasukan pelabur khususnya bijih timah dan getah. Pembinaan jalan raya dan jalan kereta api memajukan lagi kegiatan ekonomi di NNMB. Eksport bijih timah dan getah turut berkembang maju.

3. Kemajuan Sosial

Pembentukan Persekutuan mewujudkan keamanan dan keselamatan. Ini menggalakkan kedatangan imigran Cina dan India dan menyebabkan pertambahan penduduk. Pembentukan Persekutuan juga menyebabkan pertumbuhan dan perkembangan bandar-bandar seperti Taiping, Kuala Lumpur, Kelang dan sebagainya. Kemudahan sosial seperti sekolah, klinik dan pejabat pos turut ditubuhkan.

CONTOH LENGKAP TUGASAN SEJARAH

PT3 2015 (PART II)

Page 2: Contoh Jawapan Lengkap Tugasan Sejarah Pt3 2015 – Perjanjian Persekutuan 1895 – Part II

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY

10

Kesan Buruk

1. Pemusatkan kuasa ditangan Residen Jeneral

Pembentukan Persekutuan menyebabkan Residen Jeneral berkuasa penuh dalam semua hal-ehwal termasuk kewangan. Residen Jeneral melaksanakan pentadbiran mengikut cara sendiri tanpa merujuk kepada Pesuruhjaya Tinggi British . Gabenor NNS juga tidak dapat mengawal kuasa Residen Jeneral. Kerajaan negeri hanya mengikut arahan kerajaan pusat dalam menjalankan pentadbiran.

2. Kemerosotan kuasa Sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri

Pembentukan Persekutuan menyebabkan kewibawaan Sultan tercabar. Sultan tidak mempunyai hak langsung dalam pentadbiran kecuali adat resam dan agama Islam sahaja. Peranan Sultan diketepikan dan hanya diperlukan dalam upacara rasmi sahaja. Majlis Mesyuarat Negeri hanya meluluskan undang-undang yang ditetapkan oleh Residen Jeneral.

Page 3: Contoh Jawapan Lengkap Tugasan Sejarah Pt3 2015 – Perjanjian Persekutuan 1895 – Part II

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY

11

PERKAITAN PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN DENGAN KEDAULATAN MALAYSIA

Konsep Kedaulatan

Kedaulatan atau severeignty bermaksud kuasa tertinggi yang dimiliki oleh sesebuah negara untuk mentadbir. Kedaulatan membolehkan sesebuah negara bebas mentadbir negara mengikut hala tuju sendiri dan dihormati oleh setiap rakyat. Kedaulatan penting untuk mempertahankan kemerdekaan atau ketuanan sesebuah negara. Dengan kata lain, kedaulatan menjamin keselamatan, kestabilan ekonomi dan politik sesebuah negara serta mendapat pengiktirafan di mata dunia.

Perkaitan

Dalam Persekutuan 1895, terdapat kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Majlis Mesyuarat Negeri yang mentadbir mengikut kuasa yang telah digariskan oleh kerajaan pusat. Kerajaan pusat diketuai oleh Residen Jeneral dan terletak dibawah kekuasaan Pesuruhjaya Tinggi British. Sultan pula hanya berkuasa dalam hal ehwal agama Islam dan adat istiadat orang Melayu.

Sebenarnya, Pembentukan Persekutuan adalah langkah awal ke arah kedaulatan Malaysia. Secara umumnya, Kedaulatan Malaysia pada hari ini yang dikenali sebagai Persekutuan Malaysia telah ditubuhkan berdasarkan Persetiaan Persekutuan 1895.

Berbanding dengan Persekutuan 1895, kedaulatan Malaysia juga terdiri daripada dua peringkat kerajaan seperti Persekutuan 1895 iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Kerajaan pusat diketuai oleh Perdana Menteri manakala kerajaan negeri diketuai oleh Dewan Undangan Negeri.

Terdapat pembahagian kuasa di antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri. Kerajaan pusat menguasai kewarganegaraan, hubungan luar, pertahanan, keselamatan dalam negeri, kewangan, pendidikan, perdagangan dan industri. Kerajaan negeri pula menguasai undang-undang Islam, tanah, pertanian, perhutanan, kerajaan tempatan, perkhidmatan tempatan dan jentera kerajaan negeri. Yang Dipertua Agong pula merupakan Ketua Negara. Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera, Ketua Agama Islam dan Ketua Negeri-

Page 4: Contoh Jawapan Lengkap Tugasan Sejarah Pt3 2015 – Perjanjian Persekutuan 1895 – Part II

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY

12

negeri yang tidak beraja. Baginda adalah sorang Raja Berperlembagaan yang bebas daripada sebarang tindakan mahkamah dan daulat.

Sehingga kini, pelbagai kejayaan telah dicapai dalam Kedaulatan Malaysia.

Dari aspek politik, kemasukkan Malaysia ke PBB merupakan kejayaan yang diperolehi dengan sokongan negara luar. Kejayaan ini tidak akan diperolehi sekiranya negara kita tidak daulat. Yang paling membanggakan ialah Malaysia sekarang bebas mangadakan hubungan diplomatik dan kerjasama antarabangsa dengan hampir semua negara dunia tanpa sebarang sekatan. Keahlian Malaysia dalam pertubuhan seperti OIC, NAM, KOMANWEL juga membuktikan kejayaan negara kita di peringkat antarabangsa.

Dalam aspek ekonomi, Malaysia sudah hampir setanding dengan negara-negara maju perindustrian. Malaysia menyokong perdagangan bebas serta menyertai perjanjian ekonomi dunia seperti GATT, UNCTAD, Bank Dunia dan IMF. Perdagangan antarabangsa Malaysia dengan negara luar adalah bebas tanpa dikonkong oleh sebarang kuasa.

Dalam aspek sosial, bandar-bandar bestari seperti Cyberjaya dan Putrajaya turut berkembang maju jaya. Pengangkutan LRT, monorel dan komuter terus menjalar di serantau negara. Bangunan-bangunan pencakar langit serba moden seperti Menara KL dan Menara Berkembar Petronas tumbuh bagai cendawan. Pemindahan teknologi ICT antara negara serantau membuktikan kejayaan pencapaian Malaysia.

Page 5: Contoh Jawapan Lengkap Tugasan Sejarah Pt3 2015 – Perjanjian Persekutuan 1895 – Part II

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY

13

RUMUSAN

Kajian sejarah ini telah memberi pengetahuan yang luas tentang kedaulatan atau ketuanan sesebuah negara. Kedaulatan adalah hak milik mutlak sesebuah negara dan disanjung tinggi oleh setiap rakyat. Tidak dapat berdalih lagi bahawa kedaulatan menjamin kewujudan bangsa dan negara. Mengekalkan kedaulatan negara adalah tanggungjawab semua dan bukan diletak pada bahu pemimpin semata-mata. Sikap bersatu padu yang tidak berbelah bahagi harus dipupuk bagi mengekalkan kedaulatan negara terutamanya negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum. Isu-isu sensitif yang boleh menjejaskan kedaulatan harus disingkirkan sejauh mungkin.

Secara tidak langsung, kajian ini banyak memberi kesedaran kepada semua. Nilai-nilai murni seperti patriotisme, nasionalisme, perpaduan dan taat setia perlu wujud demi mempertahankan kedaulatan negara. Sesungguhnya, kita bukan sahaja berbangga dengan kedaulatan yang diperoleh malah harus bersyukur menjadi rakyat negara yang tercinta ini.

Kajian ini memberi iktibar kepada diri, bangsa dan masyarakat dengan harapan negara kita terus melangkah maju ke hadapan selaras dengan seruan Wawasan 2020. Marilah kita bersama-sama berdoa semoga negara kita daulat selama-lamanya demi bangsa dan negara.

Page 6: Contoh Jawapan Lengkap Tugasan Sejarah Pt3 2015 – Perjanjian Persekutuan 1895 – Part II

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY

14

RUJUKAN

1. Akhbar

a. Berita Harian, Tarikh ?, Halaman ?

b. The Star, Tarikh ?, Halaman ?

2. Internet

a. http://www.beritasemasa.com.my/rumusan-persetiaan-persekutuan-1895

3. Majalah / Buku

a. Buku teks Sejarah, Tingkatan 2, Halaman ?

b. Buku teks Sejarah, Tingkatan 6, Halaman ?

c. Kamus Dewan dan Pustaka, Halaman ?

4. Jurnal

a. Jurnal oleh Ahmad Kamal Arifin bin Mohd Rus http://myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1542/1/MDSS_1999_Bil.27_3.pdf

b. Jurnal oleh Muhammad Agus Yusof http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/19786/01_Vol_7.pdf

5. Tempat

a. Perpustakaan Petaling Jaya MBPJ

Alamat: __________________________________________________

Tarikh lawatan: ____________________________________________

b. Dewan Sivik

Alamat: __________________________________________________

Tarikh lawatan: ____________________________________________

Page 7: Contoh Jawapan Lengkap Tugasan Sejarah Pt3 2015 – Perjanjian Persekutuan 1895 – Part II

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY

15

Company No.: 000946011-K, GST No.: 001763663872

Date : 13 SEPT 2015 [ Sunday ]*

Time : 8.00am – 5.00pm** To be confirmed later

Venue : DEWAN KULIAH, UNIVERSITI MALAYA 50603 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR (Venue will be confirmed later)

FEE : RM 290* *** subjects to 6% GST

Specially for those who want to SCORE A+

Now, Andrew Choo’s 100% Exam Tips can help you SCOR E A+ too.

The only Exam Tips Sifu who always come out in the newspaper!

Page 8: Contoh Jawapan Lengkap Tugasan Sejarah Pt3 2015 – Perjanjian Persekutuan 1895 – Part II

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY

16

I want to join your 2015 SEMINAR PT3 (FORM 3)

I want your 100% Real Exam Tips

5 SUBJECTS: BAHASA MALAYSIA, BAHASA INGGERIS, MATHEMATICS (ENGLISH VERSION),

SCIENCE (ENGLISH VERSION) & KEMAHIRAN HIDUP (TERAS)

NAME : _______________________________________________________ I/C NO : ______________________

SCHOOL : _____________________________________________________ H/P NO: ______________________

HOUSE ADDRESS :______________________________________________ TEL NO:______________________

_______________________________________________________________________________________________

E-MAIL ADD : ____________________________________________ INTRODUCER : _____________________

Now, you can download the PT3 state papers @ WWW.AN DREWCHOO.EDU.MY

TEL: 03-77839924 / 012-3260392

*Fee non refundable. Timetable / Teachers / Subjects are subject to change without prior notice.

Data Protection : You hereby acknowledge and agree that your personal data has been given to us and had authorized us to retain and use your personal data and to transmit it to our own offices, authorized agents and third party business associates. This data may be used to communicate and provide you with further information about relevant services. It may be held on a mailing list or database for this purpose. Your data is protected from public access and can only be viewed and disclosed by authorised personnel. However, we will not be held responsible if it is misused by third party.

Page 9: Contoh Jawapan Lengkap Tugasan Sejarah Pt3 2015 – Perjanjian Persekutuan 1895 – Part II

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY

17

*** Fees include 6% GST.

Payment Method

Bank cash directly or Online Banking

Account Holder Name: RAPID CALCULATION CENTRE

Account No: 03000021543 Hong Leong Bank Berhad, OR

Account No: 512295100321 Maybank Berhad

And then fax the Bank Slip with the Registration Form to 03-77821363 OR 03-

77831363 or scan the bank-slip together with the Registration Form and email to

[email protected]

Page 10: Contoh Jawapan Lengkap Tugasan Sejarah Pt3 2015 – Perjanjian Persekutuan 1895 – Part II

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY

18

We are the first to provide sample

tugasan Sejarah and Geografi

PT3 2015.

Get our 100% exam tips (PT3)

for BM, BI, Mathematics, Science & Kemahiran Hidup (Teras)

Pre-order now

via www.andrewchoo.com.my

or Join our LIVE Seminar PT3 at University

Malaya on 13 Sept’15 (Sun)**