tugasan latihan moral sem 6

7
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN LATIHAN PENDIDIKAN MORAL NAMA PELAJAR : ANDHRA GHANDI A/L KANNIAH (NO. K/P: 711222-08-6075) KUMPULAN/UNIT : KUMP. H KELAS PPG (SEM. 6) KOD DAN MATA PELAJARAN : ELM3102) (PENDIDIKAN MORAL)

Upload: vinner43

Post on 25-Nov-2015

26 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

k

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKAMPUS SULTAN ABDUL HALIM,08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN LATIHAN PENDIDIKAN MORAL NAMA PELAJAR : ANDHRA GHANDI A/L KANNIAH (NO. K/P: 711222-08-6075) KUMPULAN/UNIT : KUMP. H KELAS PPG (SEM. 6) KOD DAN MATA PELAJARAN : ELM3102) (PENDIDIKAN MORAL) NAMA PENSYARAH : EN. LIM TONG ENG TARIKH SERAHAN : 5 APRIL 2014

PELBAGAI KAEDAH

1. KAEDAH MAIN PERANAN

A. KEBAIKAN1) Mengurangkan masaah disiplin atau gangguan pelajar di bilik darjah semasa pengajaran dilaksanakan kerana mereka terlibat secara langsung.2) Membolehkan pelajar memahami nilai-nilai dirinya sendiri.

B. KEBURUKAN1) Permainan simulasi akan mengambil masa yang lama untuk menyediakannya.

2. KAEDAH BERMAIN

A. KEBAIKAN1) Memberi peluang kepada pelajar memperoleh latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat diagnostik.2) Pelajar mengamalkan dan menghargai nilai-nilai seperti kerjasama, semangat kumpulan atau pemikiran rasional.

B. KEBURUKAN1) Kadang-kadang murid-murid bermain sesuka hati atau objektif tidak tercapai.

3. KAEDAH NYANYIAN

A. KEBAIKAN1) Dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya.2) Pelajar bebas melakukan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu..B. KEBURUKAN1) Tidak semua murid mempunyai bakat menyanyi.2) Ramai yang rasa malu untuk menyanyi

4. KAEDAH LAWATAN

A. KEBAIKAN1) Pelajar dapat memerhati, mempelajari dan memperaktikkan idea-idea yang berkaitan dengan nilai.2) Pelajar menumpukan perhatian terhadap aspek-aspek yang penting mengenai lawatan tersebut serta nilai-nilai yang berkaitan.

B. KEBURUKAN1) Sekiranya perancangan lawatan gagal hasil perkembangan nilai moral tidak recapai.2) Sekiranya tidak bekerjasama antara guru dan pelajar akan gagalkan lawatan ini.

5. KAEDAH PERBICANGAN

A. KEBAIKAN1) Melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas.2) Pelajar dapat mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu perkara atau topik yang diberi secara bekerjasama.

B. KEBURUKAN1) Tidak berkesan kerana didapati terdapat pelajar-pelajar yang pasif dan tidak begitu mahir dalam mengeluarkan pendapat masing-masing.2) Kadang-kadang murid-murid sembang tentang perkara yang tidak penting atau luar daripada tajuk perbincangan.

6. KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH

A. KEBAIKAN1) Mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan.2) Guru mengemukakan soalan-soalan berkaitan isi pelajaran dan pelajar perlu memberi tindak balas yang sewajarnya.3) Soalan-soalan yang dikemukakan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yangdiajar.4) Untuk mengesan pengetahuan moral murid.5) Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis.6) Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.7) Membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.

B. KEBURUKAN1) Murid lemah tidak dapat menjawab soalan yang ditujukan dengan berkesan.

7. TUNJUK CARA

A. KEBAIKAN1) Dengan bantuan dan tunjuk cara daripada guru, pelajar akan diberi peluang untuk merancang, melaksana, dan mengumpul data bagi menghasilan satu laporan atau projek.2) Satu kaedah instructional yang boleh diaplikasikan kepada semua pelajar dan merentasi semua matapelajaran.

B. KEBURUKAN1) Guru harus mempunyai pengetahuan yang luas.2) Guru harus sentiasa berwaspada.

SOALAN-SOALAN ESEI1. Huraikan Pendekatan Penyayang Dalam Membentuk Pelajar Mencapai Wawasan 2020.Cabaran Wawasan 2020 untuk melahirkan masyarakat penyayang. Matlamat ini tidak akan tercapai jika usaha ini tidak dilakukan oleh semua pihak, lebih-lebih lagi sekolah dan rumah tangga. Cabaran ini merupakan cabaran strategik yang ketujuh berbunyi seperti berikut:.... Membentuk sesebuah masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang, sesebuah sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri, dengankebajikan rakyat tidak diasaskan kepada negara mahupun individu, tetapi kepada sistem kekeluargaan yang kukuh lagi mantap. Sekolah merupakan satu bentuk keluarga yang besar. Kebahagiaan keluarga sekolah bergantung kepada kasih sayang. Sesungguhnya kasih sayang adalah fitrah dalam diri manusia dan ia adalah tenaga pengikat yang kuat sesama manusia. Adalah ganjil jika timbul rasa kebencian dalam diri pelajar terhadap pendidikan, kerana mereka tidak diberi kasih sayang dengan baik ataupun tidak dilayan dengan baik. Para pendidik di sekolah perlu melaksanakan Pendekatan Penyayang dan bertanggapan positif dan betul terhadap pelajar-pelajar untuk membentuk sekolah penyayang yang penuh dengan perasaan kemanusiaan, kebajikan, kerjasama, hormat menghormati, ikram dan berbudi bahasa. Setiap pelajar boleh didik. Jika para pendidik melihat pelajar-pelajar dengan dengan cara yang positif dan memikirkannya dengan cara yang positif juga, maka hasilnya ialah positif. Jika pelajar didik dengan rasa sayang, maka mereka akan memiliki kepercayaan dan keyakinan terhadap diri sendiri. Pendidik yang sayang perlu menginsafi bahawa setiap pelajar mempunyai harga diri. Ia berkait rapat dengan maruah, kebanggaan kehormatan diri. Jika pelajar benci terhadap institusi pendidikan, mereka mungkin hilang kepercayaan kepada manusia dan akhirnya mendorong mereka melakukan perbuatan salah laku. Para pendidik perlu dipimpin agar mereka akan beranggapan bahawa Sekolahku Rmahku Syurgaku. Pendidik perlu memupuk rasa kasih sayang dalam diri mereka. Pendidik perlu berusaha mengenali nama pelajar, mengecam dan memanggil nama pelajar. Ini adalah penting kerana nama itulah identiti, pengiktirafan, kebanggaan dan harga diri seseorang pelajar. Ia merupakan langkah awal ke arah kemesraan, hormat menghormati, kepercayaan dan ketaatan. Dengan yang demikian, pelajar-pelajar akan cintakan guru, ilmu dan sekolah. Oleh itu, setiap pendidik mesti memberi perhatian yang serius dalam pendekatan penyayang.Pendekatan Penyayang atau caring dalam pendidikan Moral berasaskan kepada kritikan pendekatan yang memberi tumpuan kepada saling pergantungan dan prihatin dalam sesuatu perhubungan dan pertalian dengan orang lain. Pendekatan penyayang ini bertujuan untuk mengekal dan mengkukuhkan amalan penyayang di dalam diri sendiri dan siapa sahaja individu itu mempunyai perhubungan. Ini bermaksud bahawa perkembangan penyayang seorang individu adalah sesuatu dalaman. Cara melaksanakan pendekatan penyayang dalam membentuk pelajar mencapai Wawasan 2020 ialah melalui aspek berikut:1) Modeling tumpuan harus diberikan kepada perkembangan pelajar sebagai seorang yang memberi sayang (carer) dan menerima sayang (cared for). Melalui teladan, maka konsep penyayang dapat ditunjukkan dalam tingkahlaku yang mereka boleh memerhati dan mengikuti.2) Dialog diadakan dengan pelajar tentang konsep penyayang dengan membimbing pelajar membuat refleksi dan menganalisis perlakuan dan reaksinya sebagai seorang yang dapat memberi sayang (carer) dan perhubungannya dengan orang yang memberikan kasih sayang (cared for).3) Amali mengadakan amali dalam menjalankan usaha penyayang bersama dengan model dewasa seperti melibatkan dalam khidmat sosial atau komuniti.4) Pengesahan mengesah dan menggalakkan the best in others dalam perhubungan antara individu.Pendekatan Penyayang ini mengembangkan tingkahlaku Moral yang mengekalkan prihatin/penyayang dalam masyarakat dengan cara caregiving dan bukan caretaking. Oleh kerana pendekatan ini lebih mengutamakan prinsip penyayang (care), maka guru disarankan supaya menggabungkan pendekatan yang mengembangkan prinsip keadilan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral.

2. Bandingkan Pendekatan Pembelajaran Koperatif Dengan Pembelajaran Berkumpulan Secara Tradisional.

Pembelajaran Berkumpulan Secara KoperatifPembelajaran Berkumpulan Secara Tradisional

Saling pengantungan positif.Tidak ada saling pengantungan positif

Akauntabiliti individuTidak ada akauntabiliti individu

Bersama-sama memimpinKumpulan yang homogenous

Bersama-sama bertanggungjawabSeorang pemimpin sahaja yang dilantik

Penekanan kepada tugas dan prosesBertanggungjawab terhadap diri sahaja

Kemahiran sosial diajar secara langsungPenekanan kepada tugas

Guru memerhati dan membimbingKemahiran sosial diajar secara implisit dan kadang kala diketepikan

Kumpulan menilai keberkesanan kendiriTidak ada proses berkumpulan