tugasan kraf tradisional hbae 3103 (norisah @ anisah binti hj amin)

24
KRAF TRADISIONAL (HBAE3103) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBAE3103 : KRAF TRADISIONAL NAMA : NORISAH @ ANISAH BT HJ. AMIN NO. MATRIKULASI : 720402125160001 NO. KAD PENGENALAN : 720402125160 NO. TELEFON : 0198317180 E-MAIL : [email protected] TUTOR : MOHD SAWARI BIN RAHIM E-MAIL : [email protected] SEMESTER : JANUARI 2014 PUSAT PEMBELAJARAN : SABAH LEARNING CENTER FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 1

Upload: norafsah-awang-kati

Post on 25-Nov-2015

95 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Tugasan Kraf Tradisional Hbae 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)

TRANSCRIPT

KRAF TRADISIONAL (HBAE3103)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASAHBAE3103 : KRAF TRADISIONAL

NAMA:NORISAH @ ANISAH BT HJ. AMINNO. MATRIKULASI:720402125160001NO. KAD PENGENALAN:720402125160NO. TELEFON:0198317180 E-MAIL: [email protected] TUTOR:MOHD SAWARI BIN RAHIME-MAIL:[email protected] SEMESTER:JANUARI 2014PUSAT PEMBELAJARAN:SABAH LEARNING CENTER

ISI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat

PENDAHULUAN 31. PENGENALAN 41.1 Definisi Kraf Tradisional 41.2Asal-usul Sejarah Kraf51.3Kepelbagaian Kraf Tradisional51.4Tujuan Mempelajari Kraf Tradisional 51.5Kepentingan Mengenali Kraf Tradisional62.Kraf Tradisional Ukiran62.1Definisi Kraf Tradisional Ukiran62.2Motif Ragam Hias Yang Terdapat Dalam Ukiran62.3Seni Ukir Islam73.Seni Islam73.1Konsep seni Islam83.2Sejarah Kesenian Islam83.3Falsafah Kesenian Islam8

4.Motif Ukiran Kayu Tradisional Melayu Berkait 9Dengan Falsafah Islam

5.Penjelmaan Idea Dari Motif Asal Memenuhi 136 Prinsip Kesenian Orang Melayu

RUMUSAN16RUJUKAN17PENDAHULUAN

Segala puji bagi Allah (S.W.T) Tuhan yang mencipta alam semesta, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad (S.A.W.), keluarga dan para sahabat baginda (s.a.w.). Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah (S.W.T.) di atas hidayah dan pertolongan-Nya, tugasan bagi kursus Pengajaran Komsas dalam Bahasa Melayu (HBML 3103) ini dapat disempurnakan sepenuhnya. Penulisan tugasan bagi kursus Kraf Tradisional (HBAE 3103) ini mengandungi beberapa tajuk utama yang telah dihuraikan secara terperinci seperti berikut :Objektif tugasan bagi kursus Kraf Tradisional (HBAE 3103) ini ialah untuk mengetahui secara jelas tentang seni kraf Melayu, seni Islam, hubungan erat antara seni kraf Melayu dengan kepercayaannya Islam, bagaimana pengutaraan motif kayu tradisional Melayu berkait dengan falsafah Islam dan juga bagaimana penjelmaan idea dari motif asal memenuhi 6 prinsip kesenian orang Melayu. Dalam kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pihak pensyarah iaitu En. Mohd Sawari Bin Rahim dan juga En. Mohd Zahari Bin Mat Nor, di atas tunjuk ajar mereka sepanjang meyiapkan tugasan ini. Ucapan ribuan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan kerana telah meluangkan masa untuk menjalankan sesi perbincangan. Sememangnya tugasan ini dapat menambah pengetahuan serta memperkukuh kemahiran sebagai guru dari sudut menjelmakan idea dari motif asal memenuhi enam prinsip kesenian orang melayu. Tugasan ini banyak memberi manfaat kepada diri saya dan berharap agar ia juga memberi manfaat dengan menjadi salah satu sumber rujukan kepada penuntut lain. Semoga Allah memberkati usaha murni ini dalam meneroka dunia ilmu tanpa sempadan.

Disediakan oleh :

NORISAH@ANISAH BT. HJ. ANAM 16.03.2014720402125160001(Fakulti Pendidikan & Bahasa)

1. PENGENALAN Kraf tradisional adalah warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita suatu ketika dahulu. Kraf tradisional yang dihasilkan kaya dengan unsur-unsur budaya yang dapat dilihat melalui bentuk, gaya, sifat, garis, gerak dan warnanya. Ia dihasilkan menggunakan kaedah reka bentuk dan hiasan tertentu di samping bahan yang digunakan adalah tidak terhad. Lazimnya kraf tradisional dihasilkan untuk kegunaan harian atau untuk sesuatu kerohanian. Tukang pandai Melayu sentiasa mencipta barang-barang kraf supaya boleh digunakan atau sebagai bahan yang indah dengan tujuannya yang berbeza-beza. Seni Melayu adalah penjelmaan unsur-unsur dari alam semula jadi kepada satu bentuk seni rupa. Terhasilnya karya-karya ini dengan kuatnya pengamatan atau pemikiran penciptaannya yang dijelmakan melalui impian, seterusnya mencerminkan suasana harmoni di antara manusia dan alam sehingga wujud kelainan dan keunikan antara karya-karya seni dalam kebudayaan Melayu dengan karya seni kebudayaan-kebudayaan besar di dunia dan karya-karya seni kebudayaan kelompok masyarakat lain yang berhampiran dengannya. Seni kraf Melayu juga mempunyai hubungan yang erat antara masyarakat Melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam. Setelah kedatangan Islam ke rantau Kepulauan Melayu, kepercayaan orang Melayu telah berubah daripada mempercayai dan memuja patung-patung atau tuhan-tuhan yang banyak kepada kepercayaan kepada Allah (s.w.t.). Mereka menganggap alam hanyalah perhiasan yang menyerikan kehidupan sementara di dunia dan menganggap kehidupan yang kekal abadi adalah kehidupan di akhirat. Dengan itu, para tukang pandai Melayu terus berusaha menghasilkan ciptaan baru yang bermanfaat kepada kehidupan dunia yang tidak boleh dipisahkan dengan kehidupan di akhirat. Ini terbukti dengan penggunaan ragam hias atau motif dalam sesuatu penghasilan kraf yang amat jelas menunjukkan ciri-ciri keislaman. Walaubagaimanapun berdasarkan ajaran agama Islam, rupa figura manusia atau binatang yang sebenar tidak dibenarkan atau diharamkan ia digambarkan dalam ragam hias kraf tradisional Melayu.

1.1Definisi Kraf Tradisional

Ungkapan Keluaran Kraf Tangan bermaksud apa-apa keluaran artistic yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil daripada sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagian kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa barang, walaubagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai reka bentuk pada atau di mana-mana bahagian (Akta 222- Akta Perbadanan Kemajuan Kraf Tangan Malaysia 1979).Dengan itu perkataan Kraf adalah barangan yang dihasilkan dengan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara sendiri atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha.Tradisional pula didefinisikan sebagai tradisi yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi.Seterusnya Kraf Tradisional membawa maksud satu aktiviti yang memerlukan dalam menggunakan tangan yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi seperti membuat tembikar, batik, ukiran, tenunan, anyaman, tekat, wau, gasing perhiasan diri dan lain-lain lagi.

1.2Asal-usul Sejarah Kraf

Negara kita terkenal dengan pelbagai hasil Kraf Tradisional yang merupakan warisan negara yang telah diperturunkan oleh nenek moyang kita dulu kala dari satu generasi ke satu generasi sehingga kini. Walaubagaimanapun, setiap hasil kraf tersebut mempunyai fungsi tertentu yang dipengaruhi oleh iklim, lokasi, kepercayaan, pekerjaan, bahan keperluan, kemudahan serta hubung kait dengan masyarakat luar seperti alat untuk pertahankan diri; alat untuk bertani, menamgkap ikan adan membuat pertukangan; alat untuk kegunaan harian; alat untuk upacara dan istiadat; alat untuk rekreasi; alat muzik untuk persembahan nyanyian, tarian dan pertunjukan; rumah dan istana untuk kediaman dan juga masjid; pengangkutan air; dan juga alat untuk perhiasan.

1.3Kepelbagaian Kraf Tradisional Kraf tradisional terdiri daripada batik, anyaman, tekatan, tembikar, ukiran, tenunan, anyaman, tembikar, wau, gasing dan perhiasan diri.

1.4Tujuan Mempelajari Kraf Tradisional Antara tujuan mempelajari Kraf Tradisional ini adalah untuk menanamkan sikap bahawa kraf tradisional merupakan warisan seni yang perlu dikekalkan, tidak lupus ditelan zaman, menyedarkan pelajar bahawa kraf tradisional mempunyai nilai estetik, dan juga untuk merasa bangga dengan tradisi warisan Negara.1.5Kepentingan Mengenali Kraf TradisionalTerdapat beberapa kepentingan mengenali kraf tradisional antaranya mempelajari teknik membuat produk iaitu teknik tersendiri yang digunakan bagi tiap-tiap kraf,sebagai contoh kraf tembikar menggunakan teknik picitan diikuti kepingan dan seterusnya lingkaran pada tanah liat bagi membentuk objek.Selain itu, memahami dan mengenali bahan-bahan semula jadi yang digunakan dalam menghasilkan kraf yang berkaitan sebagai contoh kraf anyaman menggunakan daun pandan atau mengkuang bagi menghasilkan objek.Seterusnya, mengetahui setiap nama pada corak ragam hias kraf tradisional yang berbeza-beza sebagai contoh motif tapak harimau dalam kraf anyaman.

2.Kraf Tradisional UkiranBerikut adalah penerangan tentang definisi kraf tradisional dan motif ragam hias yang terdapat dalam ukiran.

2.1Definisi Kraf Tradisional UkiranSalah satu hasil orang-orang Melayu adalah ukiran kayu yang unik. Ia dapat dilihat pada binaan istana, masjid, rumah makam, kepala sampan, perabot serta barangan kegunaan harian.Ukiran didefinisikan sebagai mengukir sesuatu bahan seperti kayu dengan menggunakan alat mengukir seperti pisau wali, carving tool. Ukiran juga merupakan hasil rupa tradisi Melayu yang terulung. Terdapat dua faktor utama ukiran menjadi hasil rupa tradisi Melayu terulung iaitu keadaan alam semula jadi yang kaya dengan kayu yang digunakan sebagai bahan binaan, alat, perahu, senjata dan hiasan. Faktor berikutnya adalah kekayaan tumbuh-tumbuhan yang memberi ilham kepada pencipta untuk mewujudkan jenis-jenis bentuk dan motif ukiran kayu. Ini adalah didorong oleh daya cipta yang sihat, kemahiran pertukangan, cita rasa tinggi dan pendukungan yang berterusan.Antara bentuk-bentuk ukiran kayu Melayu adalah mementingkan sifat gerak yang bermula dari suatu punca dan terus timbul perlahan serta berliku-liku., mempunyai imbangan sama ukur di antara bahagian yang positif dengan yang negatif., manakala bentuk dan motifnya adalah terkawal dengan keadaan yang sederhana tanpa wujud unsur yang berlebihan.Ukiran kayu Melayu amat menyerlah penyataan daya ciptanya dalam bentuk tampak sepertimana yang terdapat pada barang-barang kegunaan harian dan seni bina. Sebagai contoh binaan masjid, rumah makam, kepala sampan, perabot, serta barangan kegunaan harian.

2.2Motif Ragam Hias Yang Terdapat Dalam Ukiran.Motif ragam hias yang terdapat dalam ukiran kayu Melayu adalah seperti berikut :i. Ukiran flora terdiri daripada daun dan bunga. Daun pula terdiri daripada bayam kukur, bayam perasi, janggut keli, beremi, jari buaya, ketola, ketumbit, kangkung, pucuk kacang, pucuk rebung, pucuk paku, piya, pulut, setulang, selit, ringgit dan lain-lain. Manakala Bunga pula terdiri daripada cempaka, ketumbit, kecubung, kundur, kala bukit, kemunting, kedup, ladu, lawang, pecan, raya, ros, teratai, manggis, tanjung, matahari, cengkih dan lain-lain.ii. Seni khat terdiri daripada ayat-ayat Al-Quran.iii. Fauna terdiri daripada itik pulang petang.iv. Awan Larat terdiri daripada awan yang bergerak di langit. Awan ini melarat-larat ditiup angin sehingga menghasilkan pelbagai bentuk yang indah.v. Kosmos terdiri daripada matahari, bulan, bintang, awan, gunung, bukit, logam dan lain-lain.vi. Geometri terdiri daripada corak berupa corak geometri, unsur lain yang disusun dalam rupa bentuk geometri, huruf-huruf Arab dan tulisan jawi.

2.3Seni Ukir IslamSeni ukir Islam jelas dapat dilihat pada rumah-rumah orang Melayu di seluruh Nusantara. Kalimah-kalimah seperti Allah, Muhammad dan Bismillah sering menjadi bahan ukiran pada kayu yang diletakkan di pelbagai tempat dalam rumah, masjid dan lain-lain institusi yang ada hubungan dengan agama dan adat budaya setempat. Konsep ukiran teratai umpamanya banyak ditemui dalam ukiran-ukiran pada mimbar masjid. Ukiran ini membuktikan penghayatan Islam orang-orang Melayu sudah dibudayakan dalam seni ukir. Kelopak teratai berkembang yang melambangkan Rukun Islam atau Rukun Iman yang tercantum harmoni dalam satu ikatan tauhid. Orang Melayu turut merealisasikan citra keislamannya dalam ukiran-ukiran di batu nisan, seni bina wakaf, seni ukir pada perahu, keris dan sebagainya. Namun tidak dinafikan adanya percampuran antara seni Melayu tradisional dengan unsur-unsur ajaran Islam yang dilambangkan dalam ukiran seperti ukiran pada perahu. Terdapat ukiran-ukiran yang berunsur Islam tetapi ada juga adat-adat pemujaan pantai terus diadakan di mana pawang perahu memainkan peranan yang penting. Dalam pemujaan, kepala perahu, biasanya wajah burung bangau akan dikalungi bunga. Bangau lambang kuasa menangkap ikan dan mempunyai hubungan dengan dewa-dewa di laut (Nik Hasan Shuhaimi 2000).

3.Konsep Seni IslamSeni dari sudut literal ialah halus, indah atau permai. Manakala dari segi istilah, seni ialah segala yang halus, indah dan menyenangkan hati serta perasaan manusia. Dalam pengertian yang lebih padu, ia membawa nilai halus, indah, baik, suci, berguna, bermanfaat serta mempunyai fungsi dan nilai sosial.Selain itu, keindahan adalah sesuatu yang wujud di luar diri manusia yang menikmati keindahan tersebut. Ia dapat dirasa, ditanggapi dan dihayati. Allah (s.w.t.) adalah sumber daya dan sumber pemikiran manusia. Imaginasi dan keupayaan mencipta yang ada pada manusia adalah percikan dari daya kreatif Allah (s.w.t.). Oleh itu, seni boleh dibahagikan kepada 2 perkara iaitu seni ciptaan Allah dan seni ciptaan manusia.

3.1Sejarah Kesenian IslamKesenian Islam adalah kesinambungan daripada kesenian pada zaman silam yang telah berkembang dan dicorakkan oleh konsep tauhid yang tinggi kepada Allah (s..w.t.). Kesenian Islam dikatakan telah berkembang sejak zaman Nabi Daud (a.s.) diikuti puteranya Nabi Sulaiman (a.s.). Seterusnya berkembang pada zaman Nabi Muhammad (s.a.w.), kemudian diikuti zaman selepas kewafatan baginda (s.a.w.) sehinggalah masa kini. Kesenian Islam terus berkembang di dalam bentuk dan falsafahnya yang berorientasikan sumber Islam yang menitikberatkan kesejajaran dengan tuntutan tauhid dan syara.

3.2Falsafah Kesenian IslamFalsafah seni dan budaya dalam Islam adalah bertitik tolak daripada akidah tauhid. Al-Quran yang merupakan sumber kepada pembentukan seni dan budaya dalam Islam menjelaskan bahawa Allah (s.w.t.) bersifat dengan segala kesempurnaan, Maha Suci lagi Maha Indah. Maksud tauhid sebagai asas kepada konsep dan falsafah kesenian dalam Islam di sini ialah sebagai umat Islam, anda haruslah menghargai keindahan ciptaan Allah (s.w.t.) yang boleh membawa kepada pertambahan dan pengukuhan keimanan kepada Allah.

4.Pengutaraan Motif Ukiran Kayu Tradisional Melayu Berkait Dengan Falsafah IslamAbdullah bin Muhamed yang pernah berkhidmat sebagai guru agama di Maktab Sultan Ismail, Kota Baharu pada awal tahun 1956 telah membincangkan persoalan konsep bentuk seni melalui falsafah simbolik yang menekankan kepada nilai keagamaan. Beliau mengatakan bahawa keindahan dalam karya seni orang Melayu adalah berteraskan kepada pangkalan atau bertitik-tolak kepada aqidah ketuhanan. Sebagai umat Islam haruslah menghargai keindahan ciptaan Allah (s.w.t.) yang boleh membawa kepada pertambahan dan pengukuhan keimanan kepada Allah. Sebagai contoh beliau telah mengutarakan falsafah Melayu Islam dalam seni ukir motif tradisional Melayu. Pengutaraan falsafah yang diutarakan oleh beliau telah menjadi panduan kepada pengkaji dan penyelidik untuk mengkaji falsafah motif dan kepentingan dalam masyarakat Melayu. Ia bermula dengan pendekatan falsafah bunga atau motif bagi kraf tradisi Melayu ialah tumbuh berpunca, punca penuh rahsia, tajam tidak menujah lawan dan lilit tidak memaut kawan. Tumbuh berpunca menunjukkan kepada kita tentang berpunca dari Allah . Zat Allah tidak dapat digambarkan dan difikirkan oleh akal manusia. Kemudian punca penuh rahsia. Rahsia dalam bahasa Arab disebut Sirr iaitu Zat Allah dan sifatnya yang disebut Benih Alam. Dari rahsia itu muncullah Benih Alam dan dengan sifat Allah Yang Indah dan Cintakan Keindahan. Para pengukir melihat alam yang indah dengan pandangan Syuhud (iaitu melihat dengan akal dan kalbu) yang pada hakikat sebenarnya Melihat Keindahan Allah. Bunga-bungaan, daun-daunan yang melihat adalah pancaran keindahan Allah. Apabila melihat dengan ilmu dan melihat dengan iman, maka timbul rasa taqwaan terhadap Allah. Pandangan syuhud akan menimbulkan penghayatan. Penghayatan menyedari hakikat kebesaran dan kemuliaan Allah sebagai pencipta Maha Agung dan Maha Esa.Seterusnya tajam tidak menujah lawan dan lilit tidak memaut kawan pula menunjukkan alam mewarisi kedu-dua sifat tersebut tetapi sifat indah itu lebih nyata dan sifat kehebatan itu tersembunyi. Bagi insan yang pengasih, tenang dan mencintai keindahan, sifat kehebatan akan terus terpendam dalam jiwanya. Para pengukir adalah insan yang melihat alat dengan syuhud. Mereka mencintai keindahan dan mengharapkan keindahan dan keharmonian. Kerana alam ini datang dari Allah.Beliau membicarakan bahawa setiap motif bunga mempunyai susun galur yang berpunca dari benih-benih tertentu. Lihat rajah berikut :

Rajah 1 : Susun galur setiap motif bunga

Permulaan benih tertutup :

Rajah 2 : Susun galur setiap motif bunga Permulaan dari dua benih nyata

Rajah 3 : Susun galur setiap motif bunga Permulaan dari benih bunga

Rajah 4 : Susun galur setiap motif bunga

5.Penjelmaan Idea Dari Motif Asal Memenuhi 6 Prinsip Kesenian Orang Melayu

Terdapat pelbagai motif untuk menghasilkan ukiran antaranya motif flora, motif fauna, Arabes, motif angkasa atau kosmos, motifeometrid dan motif seni khat atau kaligrafi yang menggunakan huruf Arab. Proses penjelmaan idea adalah berunsurkan objek disekeliling mereka seperti bunga teratai, daun keladi, itik pulang petang, motif awan larat yang terdiri daripada bintang, matahari, bulan dan bukit bukau, bentuk bulatan, segitiga serta tulisan ayat Al Quran. Kebanyakan ukiran yang dihasilkan oleh orang Melayu adalah melambangkan budaya Melayu itu sendiri yang berlandaskan agama Islam. Rumah-rumah orang Melayu biasanya terdapat ukiran khat pada ambang pintu rumah, tingkap, bingkai cermin, bingkai jam serta alat keagamaan seperti rehal. Semua ini meunjukkan seni keislaman. Selain itu, masjid atau surau juga sering diukir pada kayu dengan ayat-ayat Al Quran kemudian diletakkan di dinding. Selain itu ukiran motif pelbagai diukir pada mimbar masjid atau surau.

Berikut adalah ukiran yang menunjukkan bagaimana idea motif itu dijelmakan dan ditafsirkan, seterusnya apakah pengaruh yang memberi makna kepada hasil ukiran tersebut.Ukiran 1 :

Rajah 5 : Ukiran tebukan timbul(Sumber : http://kayu88.blogspot.com/?zx=ea5e41ce04f241ea )

Ukiran di atas dikenali dengan ukiran tebukan timbul. Idea motif adalah dari motif arabes kemudian menggabungkan unsur flora dan geometri. Terdapat pada ukiran akan ciri-ciri kosmos yang berbentuk bintang. Corak ukiran disusun dengan indah, teratur dan ada keseragaman. Ini menunjukkan pengukir cuba melihat dunia ciptaan Allah (s.w.t.) yang luas ini dan menterjemahkannya melalui motif tersebut. Pengukir juga amat menghayati kebesaran Ilahi dan amat mengagungkan kehebatan Allah (s.w.t.) termasuk mengagumi setiap ciptaan Allah (s.w.t.) dan mengakui bahawa setiap yang diciptakan-Nya mempunyai fungsi masing-masing. Ini menunjukkan kepada kita bahawa suatu konsep yang bercirikan Islam itu penting dalam penghasilan seni ukiran kerana ia mewujudkan perasaan tenang, aman dan damai di hati dan merendah diri pada Tuhan yang Esa. Menurut Norashikin Mohd Bani (2002), pengagungan dan perhiasan bukanlah matlamat sebenar bagi seni ukiran Islam.. Justeru, pengukir tidak dibenarkan menyalahi tuntutan syariat agama Islam seperti menghasilkan ukiran berbentuk haiwan dan manusia atau makhluk bernyawa kerana ia diharamkan dalam Islam. Ini adalah untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi seperti unsur-unsur penyembahan, pemujaan dan mengagung-agungkan benda buatan manusia. Ukiran pada tembaga dan gangsa juga perlulah bergabung dengan motif-motif kaligrafi dan arabes supaya tidak timbul ciri-ciri motif yang melampau dan dilarang dalam Islam. Selain itu, seni ukiran tradisional Melayu yang bercirikan Islam seharusnya dipelajari kerana mengandungi nilai-nilai estetika yang mencerminkan kemahiran dan kehalusan budi sesuatu kaum (Norashikin Mhd Bani,2002).

Ukiran 2 :

Rajah 6 : Ukiran jenis tebuk tembus(Sumber : http://artmelayu.blogspot.com/2007/07/masjid-lama-perak-yang-terbiar-old-and.html )

Ukiran jenis tebuk tembus yang didapati di sebuah surau lama di Perak di atas adalah bermotifkan seni khat atau kaligrafi. Seni khat adalah keitimewaan seni ukiran yang sering menghiasi bangunan-bangunan Islam, masjid, surau, sekolah agama, dan segelintir rumah orang Melayu Islam. Seni khat ini berasal dari Negara-negara Timur Tengah.Ukiran tersebut mampu mendekatkan diri manusia kepada Penciptanya apabila menyedari bahawa Allah (s.w.t) itu menyukai sesuatu yang indah, bersih dan suci. Dengan itu, ukiran-ukiran dari pelbagai motif itu terjalin dengan keindahan ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis dan kata-kata hikmat yang mampu menambat hati dan perasaan manusia (Abdul Ghani Samsudin et. al., 2001). Adat resam dan budaya masyarakat Melayu turut mengajar anak-anak supaya mencintai ayat-ayat Allah dan sentiasa mengamalkannya dalam kehidupan seharian serta menerapkan keimanan dalam jiwa melalui penghayatan kepada agama Islam. RUMUSAN

Setelah menyiapkan tugasan ini, dapatlah dibuat beberapa rumusan penting antaranya kraf tradisional merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita masa dahulu. Seni kraf Melayu melambangkan hubungan yang erat antara orang Melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam, namun tidak boleh dinafikan bahawa terdapat banyak pengaruh kepercayaan lama orang Melayu iaitu pengaruh Aninisme dan Hindu. Tujuan mempelajari kraf tradisional adalah untuk menanamkan sikap, menyedarkan pelajar agar ia tidak akan lupus, menyedari bahawa ia mempunyai nilai estetik dan seterusnya merasa bangga dengan warisan negara. Kepentingan mengenali kraf tradisional adalah untuk mempelajari teknik, memahami bahan-bahan semulajadi yang digunakan dan juga mengetahui nama pada corak ragam hias kraf tradisional. Selain itu, falsafah seni dan budaya dalam Islam adalah bertitik tolak daripada akidah tauhid. Al-Quran yang merupakan sumber kepada pembentukan seni dan budaya dalam Islam menjelaskan bahawa Allah (s.w.t.) bersifat dengan segala kesempurnaan, Maha Suci lagi Maha Indah. Seterusnya, wujud pelbagai motif untuk menghasilkan ukiran antaranya motif flora, motif fauna, Arabes, motif angkasa atau kosmos, motif eometrid dan motif seni khat atau kaligrafi yang menggunakan huruf Arab. Proses penjelmaan idea adalah berunsurkan objek disekeliling mereka seperti bunga teratai, daun keladi, itik pulang petang, motif awan larat yang terdiri daripada bintang, matahari, bulan dan bukit bukau, bentuk bulatan, segitiga serta tulisan ayat Al Quran.

RUJUKANAbd. Aziz Deraman, (1977). Islam dan Kebudayaan Melayu, Kuala .Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka.

Ismail R.Al Faruqi & Loui Lamya Al Faruqi (1992). Atlas budaya Islam, Ed Terjemahan BM, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1998). Buku sumber guru Pendidikan Seni Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Mana Sikana (1966). Falsafah dan Seni Kreatif Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka.

Mustafa Haji Daud (1991) Tamadun Islam, Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors.

Othman Yatim (1989) Warisan Kesenian Dalam Tamadun Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zulkifli Hanafi, (2000). Pola-pola hiasan di dalam Bangunan Tradisi melayu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 2