haji abdullah idris sebagai sufi suri tauladan · bahru, kampung laut selain mereka dari kuala krai...

13
198 HAJI ABDULLAH IDRIS SEBAGAI SUFI SURI TAULADAN MOKHTAR LOTFI MOHAMED & SYED HADZRULLATHFI SYED OMAR Abstrak: Ilmu tasawuf telah lama bertapak di Kelantan sebelum Tuan Tabal (1840-1894) mula bergerak aktif menyebarkan tarekat Ahmadiyyah di Kota Bharu pada tahun 1870-an. Oleh itu apabila menyentuh soal kehadiran tarekat di bumi Kelantan maka ianya merujuk kepada tarekat Ahmadiyyah sebagaimana Negeri Sembilan kerana di kedua-dua negeri hanya tarekat Ahmadiyyah yang didapati luas bertapak. Kajian ini akan membincangkan seorang lagi tokoh penggerak tarekat Ahmadiyyah di negeri Kelantan, beliau adalah Haji Abdullah Idris murid dan penyambung kepada legasi Sidi Muhammad Azahari. Kajian ini akan memfokuskan terhadap ketokohan Haji Abdullah Idris sebagai seorang sufi yang menjadi suri tauladan kepada masyarakat. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah pengumpulan data dan analisis data. Bagi memperolehi data yang tepat kaedah perpustakaan serta temubual telah digunakan. Hasil dari analisa kajian dibahagiakan kepada tiga teras utama, pertama pendorong ke jalan sufi suri tauladan, kedua inti pengajaran dari amalan serta pegangan para sufi, dan ketiga Intipati Perjuangan di Sahara Kesufian. Diharapkan kajian ini akan menarik minat para pelajar serta membuka laluan kepada para penyelidik dan pengkaji sejarah lain untuk menggali dengan lebih mendalam berbagai maklumat berkaitan tarekat Ahmadiyyah Kelantan Kata Kunci: Ilmu Tasawuf, Penggerak Tarekat Ahmadiyyah, Haji Abdullah Haji Idris, Inti Pengajaran, Sufi, Suri tauladan PENGENALAN Tarekat Ahmadiyyah ialah satu-satunya tarekat yang meluas bertapak di negeri Kelantan (Sulaiman Ibrahim, 2002). Dalam persekitaran tasawuf dan tarekat Ahmadiyyah yang sudah berkembang itulah Haji Abdullah Idris meningkat usia remaja. Ini sejajar dengan situasi bandar Kota Bharu sedang bekembang pesat sebagai pusat pengajian pondok yang ternama dan menjadi pusat tumpuan para penuntut dari serata pelusuk Alam Melayu. Halaqah pengajian yang diterajui Tok kenali telah berkembang maju menjadi daya tarikan penuntut sehingga pada suatu tahap mencecah seramai 300 orang pelajar. Mata pelajara tasawuf juga diajar dalam halaqah ini dengan menggunakan kitab Siyar al-Salikin oleh Syeikh Abdus Samad al-Palembani dan kitab Iqaz al Himam Fi Sharh al Hikam (Abdul Razak, 2016). Kajian ini akan cuba mengetengahkan ketokohan Haji Abdullah Idris sebagai penggerak tarekat Ahmadiyyah dan menjadi suri tauladan kepada para ikhwan serta masyarakat Kelantan. Keperibadiannya yang tidak begitu terserlah itu menjadi daya tarikan utama kajian ini untuk membongkar dan menggali seluk belok kehidupan dan berbagai sudut kegiatannya sedangkan beliau antara ahli tarekat sebaris dan seangkatan dengan Haji Daud Bukit Abal (Pauzi Haji Awang: 86). Buat masa ini belum ada sebarang tesis, jurnal atau buku yang menyentuh tentang tokoh ini secara akademik. Setakat ini hanya didapati Pauzi Haji Awang (Tariqah Ahmadiyyah: History and Development), Hamdan Hassan (Tarekat Ahmadiyyah di Malaysia Suatu Analisis Fakta Secara Ilmiah), Che Zarina Sa’ari (Tarikat Ahmadiyyah: Satu Kajian di Negeri Kelantan) dan Ismail Che Daud (Tokoh- Tokoh Ulama’ Semenanjung Melayu 1 dan 2), mereka ini adalah tokoh pengkaji tempatan yang menyoroti sejarah pertumbuhan tarekat Ahmadiyyah di Malaysia termasuklah di Kelantan. Semua maklumat oleh para penyelidik ini hanya menyentuh beberapa cebisan Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018 International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018 Penyunting: Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Hanif Md Lateh @ Junid, Tengku Fatimah Muliana Tengku Muda, Syh Noorul Madihah Syed Husin, Sharifah Norshah Bani Syed Bidin, Sumayyah Abdul Aziz, Nooraihan Ali, Kamaruddin Awang Mat, Azzyati Mohd Nazim, Nadhirah Nordin, Raja Hazirah Raja Sulaiman & Noorsafuan Che Noh © Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ISBN 978-967-0899-96-1 (2018), http: //www.fki.unisza.edu.my

Upload: others

Post on 07-Jan-2020

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: HAJI ABDULLAH IDRIS SEBAGAI SUFI SURI TAULADAN · Bahru, Kampung Laut selain mereka dari Kuala Krai dan Selatan Thailand (Anisah Haji Abdullah, temu bual). Di atas permintaan para

Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018

198

HAJI ABDULLAH IDRIS SEBAGAI SUFI SURI TAULADAN

MOKHTAR LOTFI MOHAMED & SYED HADZRULLATHFI SYED OMAR

Abstrak: Ilmu tasawuf telah lama bertapak di Kelantan sebelum Tuan Tabal (1840-1894) mula bergerak

aktif menyebarkan tarekat Ahmadiyyah di Kota Bharu pada tahun 1870-an. Oleh itu apabila menyentuh soal

kehadiran tarekat di bumi Kelantan maka ianya merujuk kepada tarekat Ahmadiyyah sebagaimana Negeri

Sembilan kerana di kedua-dua negeri hanya tarekat Ahmadiyyah yang didapati luas bertapak. Kajian ini akan

membincangkan seorang lagi tokoh penggerak tarekat Ahmadiyyah di negeri Kelantan, beliau adalah Haji

Abdullah Idris murid dan penyambung kepada legasi Sidi Muhammad Azahari. Kajian ini akan

memfokuskan terhadap ketokohan Haji Abdullah Idris sebagai seorang sufi yang menjadi suri tauladan

kepada masyarakat. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah pengumpulan data dan analisis data. Bagi

memperolehi data yang tepat kaedah perpustakaan serta temubual telah digunakan. Hasil dari analisa kajian

dibahagiakan kepada tiga teras utama, pertama pendorong ke jalan sufi suri tauladan, kedua inti pengajaran

dari amalan serta pegangan para sufi, dan ketiga Intipati Perjuangan di Sahara Kesufian. Diharapkan kajian

ini akan menarik minat para pelajar serta membuka laluan kepada para penyelidik dan pengkaji sejarah lain

untuk menggali dengan lebih mendalam berbagai maklumat berkaitan tarekat Ahmadiyyah Kelantan

Kata Kunci: Ilmu Tasawuf, Penggerak Tarekat Ahmadiyyah, Haji Abdullah Haji Idris, Inti Pengajaran, Sufi,

Suri tauladan

PENGENALAN

Tarekat Ahmadiyyah ialah satu-satunya tarekat yang meluas bertapak di negeri Kelantan

(Sulaiman Ibrahim, 2002). Dalam persekitaran tasawuf dan tarekat Ahmadiyyah yang

sudah berkembang itulah Haji Abdullah Idris meningkat usia remaja. Ini sejajar dengan

situasi bandar Kota Bharu sedang bekembang pesat sebagai pusat pengajian pondok yang

ternama dan menjadi pusat tumpuan para penuntut dari serata pelusuk Alam Melayu.

Halaqah pengajian yang diterajui Tok kenali telah berkembang maju menjadi daya tarikan

penuntut sehingga pada suatu tahap mencecah seramai 300 orang pelajar. Mata pelajara

tasawuf juga diajar dalam halaqah ini dengan menggunakan kitab Siyar al-Salikin oleh

Syeikh Abdus Samad al-Palembani dan kitab Iqaz al Himam Fi Sharh al Hikam (Abdul

Razak, 2016).

Kajian ini akan cuba mengetengahkan ketokohan Haji Abdullah Idris sebagai

penggerak tarekat Ahmadiyyah dan menjadi suri tauladan kepada para ikhwan serta

masyarakat Kelantan. Keperibadiannya yang tidak begitu terserlah itu menjadi daya tarikan

utama kajian ini untuk membongkar dan menggali seluk belok kehidupan dan berbagai

sudut kegiatannya sedangkan beliau antara ahli tarekat sebaris dan seangkatan dengan Haji

Daud Bukit Abal (Pauzi Haji Awang: 86). Buat masa ini belum ada sebarang tesis, jurnal

atau buku yang menyentuh tentang tokoh ini secara akademik. Setakat ini hanya didapati

Pauzi Haji Awang (Tariqah Ahmadiyyah: History and Development), Hamdan Hassan

(Tarekat Ahmadiyyah di Malaysia Suatu Analisis Fakta Secara Ilmiah), Che Zarina Sa’ari

(Tarikat Ahmadiyyah: Satu Kajian di Negeri Kelantan) dan Ismail Che Daud (Tokoh-

Tokoh Ulama’ Semenanjung Melayu 1 dan 2), mereka ini adalah tokoh pengkaji tempatan

yang menyoroti sejarah pertumbuhan tarekat Ahmadiyyah di Malaysia termasuklah di

Kelantan. Semua maklumat oleh para penyelidik ini hanya menyentuh beberapa cebisan

Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018

International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018 Penyunting: Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Hanif Md Lateh @ Junid, Tengku Fatimah

Muliana Tengku Muda, Syh Noorul Madihah Syed Husin, Sharifah Norshah Bani Syed Bidin,

Sumayyah Abdul Aziz, Nooraihan Ali, Kamaruddin Awang Mat, Azzyati Mohd Nazim,

Nadhirah Nordin, Raja Hazirah Raja Sulaiman & Noorsafuan Che Noh

© Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

ISBN 978-967-0899-96-1 (2018), http: //www.fki.unisza.edu.my

Page 2: HAJI ABDULLAH IDRIS SEBAGAI SUFI SURI TAULADAN · Bahru, Kampung Laut selain mereka dari Kuala Krai dan Selatan Thailand (Anisah Haji Abdullah, temu bual). Di atas permintaan para

International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018

199

maklumat dari perjalanan hidup Haji Abdullah Idris. Kaedah pengumpulan data melalui

perpustakaan dan temu bual khusus dengan kaum keluarga dan tokoh penyelidik terdahulu

dilakukan bagi mendapat maklumat yang benar tentang biografi tokoh dan penglibatan

beliau selaku tokoh penggerak tarekat Ahmadiyyah di Kelantan. Oleh itu diharapkan kajian

ini menjadi pendorong dan perintis kepada para penyelidik seterusnya untuk

memperdalami kajian yang berkaitan tokoh-tokoh tarekat di Kelantan, kerana masih ramai

tokoh-tokoh tarekat yang tidak diketengahkan secara kajian secara akademik.

BIOGRAFI HAJI ABDULLAH IDRIS

Nama penuh beliau ialah Haji Abdullah bin Haji Idris bin Haji Noh dilahirkan di Kampung

Gajah Mati, Kota Bahru Kelantan pada tahun 1909 bersamaan 1327 Hijrah. Mengikut buku

catatan ayahnya, Haji Idris bin Noh (1876-1938), beliau dilahirkan pada malam Ahad 24

Zulhijjah 1327. Beliau merupakan anak ketiga dari enam adik beradik (Auni Haji

Abdullah, temu bual). Haji Abdullah Idris mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu

Padang Garong selama tiga tahun. Kemudian menyambung pelajaran ke Sekolah Agama

Madrasah Muhammadiah Majlis Agama Islam Kelantan yang terletak di bangunan Majlis

Agama berhampiran Padang Merdeka Kota Baharu. Di samping belajar di Madrasah

Muhammadiah, beliau juga mengikuti kelas pengajian di pondok-pondok sekitar Kota

Bharu. Bermula dengan pondok Tok Khatib Haji Nik Abdullah Haji Abdul Samad, putera

ketiga Tuan Tabal, kemudian pondok Haji Ahmad Hakim Abdul Manan yang dikenali

sebagai Haji Ahmad Manan di Kubang Pasu dan akhirnya di Pondok Haji Yaakub Haji

Ahmad di Lorong Gajah Mati Kota Bahru Kelantan (Karimah Haji Abdullah, temu bual).

Pengalaman peribadinya dihadiahkan dengan sehelai jubah peribadi oleh Sidi

Muhammad Azahari dan diberikan panggilan seorang lelaki sejati dan berjiwa mulia (anta

rijal) semasa pertemuan tersebut banyak meninggalkan kesan peribadi yang mendalam

pada dirinya yang masih remaja itu dan mempengaruhi pendirian hidup serta menanam

iltizam untuk terus berpegang setia kepada kehidupan bertarekat dan pergi lebih jauh lagi

dalam menempuhi tahap-tahap perjalanan sebagai salah seorang peneroka ilmu kerohanian

(al-salikin) dan menghayati ilmu ketuhanan yang hakiki (ihsan al-din) (Anisah Haji

Abdullah, temu bual). Penglibatan beliau terawal sebagai seorang penggerak tarekat

Ahmadiyyah hanya dapat dikesani dengan jelas apabila beliau bertindak di belakang tabir

selepas berumah tangga pada 1934 apabila beliau sanggup merelakan dirinya membantu

mertuanya, Haji Abdus Salam Muhammad yang sudah mula bergiat mengetuai

sekumpulan pengikut dan pengamal tarekat yang kebanyakannya datang dari sekitar, Kota

Bahru, Kampung Laut selain mereka dari Kuala Krai dan Selatan Thailand (Anisah Haji

Abdullah, temu bual).

Di atas permintaan para pengikut tarekat, beliau dengan bantuan adik ipar yang amat

akrab dengan beliau, Ustaz Yahya Haji Abdus Salam, seorang guru di Maahad

Muhammadi telah berusaha menyusun sebuah risalah kecil, “Awrad al-Awlia”. Risalah

telah diterbitkan dan diedarkan secara percuma oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Agama

Islam Kelantan dengan pengesahan semakan oleh Timbalan Mufti Kelantan, Haji Ismail

Yusuf. Dengan penerbitan risalah ini pada tahun 1988 oleh jabatan rasmi kerajaan dan

disemak pula oleh timbalan mufti, maka ia secara telusnya memberikan pengiktirafan

pihak berkuasa agama negeri kepada amalan dan gerakan tarekat Ahmadiyyah (Yahya

Abdus Salam, 1988). Ini ialah suatu pencapaian cukup bermakna dalam tinta sejarah

perkembangan tarekat Ahmadiyyah Kelantan. Kerana ia berupa suatu penghargaan dan

pengiktirafan yang belum pernah berlaku selepas hampir satu setengah abad tarekat ini

bertapak di bumi Kelantan. Penghargaan ini dengan sendiri menggerhanakan dan

seterusnya mematikan suara-suara sumbang yang kerap timbul dari semasa ke semasa cuba

Page 3: HAJI ABDULLAH IDRIS SEBAGAI SUFI SURI TAULADAN · Bahru, Kampung Laut selain mereka dari Kuala Krai dan Selatan Thailand (Anisah Haji Abdullah, temu bual). Di atas permintaan para

Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018

200

melebalkan amalan tarekat Ahmadiyyah sebagai suat ajaran sesat. Risalah dengan

terjemahan bahasa Melayu dikeluarkan dengan menggunakan nama adik ipar sebagai

penyusun (Auni b. Abdullah, temu bual). Sehingga di saat menyahut panggilan Ilahi pada 4

Oktober 1994, beliau terus melayani mereka yang mengunjunginya untuk mendapat

bimbingan kerohanian dari beliau dan bertanyakan berbagai kemusykilan yang berkaitan

tarekat Ahmadiyyah dan sebagainya.

SUFI YANG MENYERLAHKAN SURI TELADAN

Hasil anaslisa daripada data-data yang diperolehi dapat disimpulkan bahawa berpaksikan

kepada landasan kerohanian, Haji Abdullah Idris telah berupaya memartabatkan

keunggulan kalbu sebagai pusat jati diri beliau. Kecekalan dan istiqamah beliau dalam

memelihara penerapan kalbu yang disinari nur ilahi, ternyata telah dapat melindungi

dirinya walaupun dilanda berbagai ujian kebendaan. Beliau telah terdedah dengan berbagai

godaan pangkat dan kemuliaan semasa mendampingi seorang pembesar negeri dan rasukan

kemewahan semasa menikmati kehidupan sebagai seorang usahawan. Dalam menempuhi

kedua-dua suasana yang sarat dengan godaan-godaan kebendaan ini, beliau dapat

mengekalkan dan meneruskan iltizam untuk berada dan terus bergelumang dalam

cakrawala keintelektualan dan cakrawala kerohanian. Tetapi pada saat-saat lewat dewasa,

beliau telah lebih mengutamakan dimensi kerohanian tanpa meninggalkan sama sekali

minat peribadinya dalam bidang pembacaan dan keilmuan.

Keupayaan Haji Abdullah Idris mempertahankan penampilan diri sebagai seorang

ulama yang mampu mempertahankan momentum dirinya supaya terus kekal di atas

landasan kerohanaian walaupun terpaksa merentasi berbagai halangan yang boleh

menyimpangkan beliau dari landasan adalah suatu pencapaian yang banyak boleh

dijadikan iktibar dan pengajaran. Sesungguhnya pengalaman peribadi beliau melalui

berbagai tahap kehidupan dari seorang belia yang bertugas dengan seorang peneraju

kerajaan kepada seorang saudagar dalam perniagaan kayu-kayan dan seterusnya berundur

diri dari memikul apa-apa tugas dengan hidup bergantung kepada bantuan keluarga

isterinya, tentulah banyak menyiratkan teladan dan panduan hidup.

Pendorong ke Jalan Sufian Suri Tauladan

Sebelum menyoroti dengan lebih jauh amat wajar sekali di teliti dan diselami apakah

suasana dan dorongan yang menjuruskan Haji Abdullah Idris begitu cekal dan iltizam

memelihara keperibadian beliau sebagai seorang sufi yang telah berikhtiar menghayati

nilai-nilai kemuliaan akhlak dan keutamaan budi pekerti terpuji sepertimana yang jelas

dianjurkan dalam dokterin-dokterin tasawuf. Selepas sekian lama bertungkus lumus

melawan nafsu dan mengendalikan naluri supaya tidak akur kepada godaan nafsu dan

hasutan iblis. Melalui pendekatan melonjakkan peningkatan kalbu menikmati keintiman

diri dengan Allah swt (al-uns) dan menjiwai rahsia-rahsia dari keindahan pengertian Asma

al-Husna, beliau telah berikhtiar pula untuk menghayati serta merealisasikan sifat-sifat

terpuji dan membentuk kesolihan peribadi dengan amal solih (Mahirah Abdullah, temu

bual). Antara faktor pendorong adalah:

Pesekitaran dan Keluarga

Sebagai seorang yang mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk menjadi seorang

pengikut dan pengamal tarekat Ahmadiyyah, pertumbuhan keperibadian Haji Abdullah

Idris sebagai seorang pengamal dan penggerak tarekat berjalan dalam suatu proses yang

Page 4: HAJI ABDULLAH IDRIS SEBAGAI SUFI SURI TAULADAN · Bahru, Kampung Laut selain mereka dari Kuala Krai dan Selatan Thailand (Anisah Haji Abdullah, temu bual). Di atas permintaan para

International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018

201

penuh harmonis. Kerana sejak dari usia kanak-kanak lagi beliau telah terdedah kepada

persekitaran hidup yang penuh dengan nuansa keagamaan kerana kediamannya sibuk dan

riuh rendah dengan suara murid-murid membaca al-Qur’an dibawah bimbingan ibunya.

Selain itu kehidupan bapanya yang dilihat banyak mengasingkan diri beribadat dan

berzikir selepas menjalani urusan peniagaan kecilannya menjual kain barangan keperluan

dapur. Persekitaran inilah yang banyak menyemai benih kecenderungan peribadinya untuk

mendekati dan mendalami dunia tasawuf. Persekitaran inilah yang banyak menyemai benih

kecenderungan peribadinya untuk mendekati dan mendalami dunia tasawuf dan menceburi

kegiatan tarekat walaupun peribadi dirinya berbeza dari bapanya yang agak pendiam itu.

Bibit awal yang mencetuskan kecendrungan beliau dalam mengenali tasawuf dan

kegiatan tarekat banyak dipengaruhi oleh keperibadian dan perwatakan bapanya Haji Idris

bin Noh (1876-1939) yang memang dikenali dengan pembawaan hidup yang merendah

diri, warak dan tawaddu’ di kalangan masyarakat sekampungnya di Kampung Gajah Mati.

Haji Idris ini sebenarnya seorang yang mendalam ilmu agamanya tetapi lebih cenderung

bersikap merendah diri, hidup serba sederhana dan melakukan ibadat secara bersendirian.

Haji Abdullah Idris dari sejak kecil dikenali sebagai seorang anak yang rapat dan disayangi

bapanya. Pada zaman remajanya, Haji Abdullah Idris pernah mendengar dari orang tua dan

datuknya, Pak Mat Hassan tentang tasawuf dan kegiatan tarekat Ahmadiyyah termasuklah

suatu peristiwa disekitar tahun 1900-an apabila ramai penduduk Kota Bharu termasuklah

di sekitar Kampung Gajah Mati telah dihinggapi rasa tarikan kerohanian sehingga berada

tenggelam dan karam dalam dunia mereka sendiri (majzub) kerana beramal dengan zikir

dan wirid tarekat Ahmadiyyah. Peristiwa ini telah menerapkan keinginan kepada diri Haji

Abdullah Idris untuk memahaminya dan mencetuskan minat untuk mempelajari ilmu

tasawuf.

Sidi Muhammad al-Azahari

Seterusnya dorongan penting yang menyematkan iltizam kepada beliau untuk menjalani

kehidupan kesufian ialah pertemuan beliau pada usia 16 tahun dengan Sidi Muhammad

Azahari di Kuala Terengganu pada tahun 1925. Ianya adalah lawatan bersejarah bagi

peribadi Haji Abdullah Idris kerana dapat bertemu mata dengan seorang tokoh pemimpin

tarekat Ahmadiyyah yang amat disanjungi ramai pengikut di Kelantan dan Terengganu.

Pengalaman pertemuan ini amat bermakna sekali apabila beliau dihadiahkan jubah dan di

panggil dengan sapaan “anta al-Rijal” oleh Sidi Muhammad Azahari di depan gurunya,

Tok Khatib Haji Nik Abdullah dalam lawatan ke Kuala Terengganu.

Pemberian sehelai jubah sangat simbolik maknanya kerana ia adalah petanda

penghormatan seorang syeikh tarekat kepada seorang pengikutnya. Ternyata disini Sidi

Muhammad Azahari telah dapat menelah potensi kerohanian yang ada pada diri remaja ini.

Peristiwa ini merupakan suatu titik peralihan penting yang menerapkan keyakinan dan

serta menanam iltizam untuk terus bepegang setia kepada kehidupan bertarekat dan

berazam untuk beristiqamah menyusuri lebih jauh lagi dalam menempuhi tahap-tahap

perjalanan sebagai salah seorang peneroka ilmu kerohanian (al-salikin) dan menghayati

ilmu ketuhanan yang hakiki (ihsan al-din) (Mahirah Abdullah, temu bual). Uungkapan

“anta al-rijal” yang ditujukan kepada dirinya oleh Sidi Muhammad Azahari yang

bermaksud seorang pemuda yang berjiwa kental dan berani mengikut tafsiran gurunya,

Tok Khatib Haji Nik Abdullah merupakan satu ungkapan sakti yang sentiasa tersemat di

lubuk kalbu setiap kali menyedari ada godaan kebendaan dan hasutan keduniaan yang cuba

melenturkan keyakinan untuk berpegang teguh dengan kehidupan kesufian.

Page 5: HAJI ABDULLAH IDRIS SEBAGAI SUFI SURI TAULADAN · Bahru, Kampung Laut selain mereka dari Kuala Krai dan Selatan Thailand (Anisah Haji Abdullah, temu bual). Di atas permintaan para

Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018

202

Haji Yaakub Ahmad

Perdampingan dengan gurunya, Haji Yaakub Ahmad Gajah Mati adalah satu lagi noktah

penting yang mewarna warnikan penerokaan Haji Abdullah Idris dalam samudera tasawuf

dan seterusnya memantapkan keterampilan sebagai seorang pengembara yang berusaha

menuju kepada makrifah dan al-qurbah. Pertemuan Haji Abdullah Idris dengan Haji

Yaakub Ahmad Gajah Mati buat julung kali semasa beliau mula belajar di Madrasah

Muhammadiyyah pada tahun 1919 adalah suatu titik perkenalan yang amat bermakna

kepada diri Haji Abdullah Idris kerana dapat melihat dari dekat perwatakan peribadi

seorang ulama sufi. Haji Abdullah Idris amat teruja dan kagum dengan keterampilan

gurunya semasa mengajar dengan watak serba sederhana dari segi percakapan dan gaya

pemakaian. Beliau juga tertarik dengan budi pekertinya yang wara’, pendiam dan tidak

suka membesarkan diri. Beliau terasa kagum serta hormat kepada guru yang merupakan

salah seorang murid ternama Tok Kenali ini. Apatah lagi keluarga masing-masing

berjiranan tinggal di kampung Gajah Mati. Pertemuan ini semakin mengobarkan hasrat

Haji Abdullah Idris untuk mempelajari ilmu tasawuf (Ismail Daud, temu bual).

Dalam mendalami ilmu tasawuf, beliau menganggap Haji Yaakub Ahmad sebagai

guru yang banyak memberi petunjuk (mursyid ) dalam menerokai, memahami dan

menghayati rahsia-rahsia ketuhanan dalam mencapai hakikat dan makrifat selain

memperkasakan keperibadian dengan menghiaskan diri dengan akhlak terpuji (mamduhah)

dan menjauhi yang keji (mazmumah). Kesempatan yang agak lama mendampingi gurunya

Haji Yaakub Ahmad yang terkenal dengan berbagai sifat kemuliaan akhlak yang menyaluti

peribadinya amat memberikan kesan kerohanian yang mendalam kepada pemantapan jati

diri Haji Abdullah Idris. Gurunya ini sentiasa membuka ruang yang selesa kepada murid

kesayangannya untuk datang bertanya dan berkongsi pengalaman pada bila-bila masa

tentang tentang berbagai gejolak kebatinan dan keheningan kerohanian yang dilalui diri

seorang peneroka (al-salik) menempuhi berbagai tahap perjalanan kerohanian (maqamat)

dan dari proses perubahan berbagai pengalaman kerohanian (ahwal) (Mahmud Rahman,

temu bual). Tahap-tahap perkongsian pengalaman kerohanian yang dialami dengan

bimbingan guru mursyidnya ini banyak sekali menyusup masuk ke lubuk kalbunya dan

menyuntik santapan rohani yang amat berkesan dalam pembentukan jati diri beliau.

Muhammad Yusof bin Ahmad (Tok Kenali)

Seterusnya Haji Abdullah Idris juga ikut dipengaruhi dengan susuk peribadi dan

penampilan diri Tok Kenali sebagai seorang ulama yang amat ketara membawa

perwatakan dan tingkah laku yang sarat dengan nuansa dan imej seorang sufi. Perjalanan

hidup tokoh ulama tersohor ini banyak sekali memaparkan ciri-ciri kehidupan seorang sufi

dalam urusan harian dan pergaulan dengan masyarakat. Sampai ke akhir hayatnya, Tok

Kenali diketahui tetap istiqamah berpegang dengan keperibadian seorang sufi tanpa

bergabung dalam mana-mana tarekat sepertimana kelaziman ramai ulama sezaman dengan

beliau. Apa yang menjadikan Haji Abdullah Idris amat teruja dengan keistimewaan tokoh

ulama ini kerana penampilan beliau sebagai seorang ulama sufi dan aktivis yang luar biasa

kemampuan intelektual dan kekuatan mindanya kerana mampu menggarap berbagai

persoalan hidup dan memiliki sikap yang begitu prihatin dengan persoalan politik,

ekonomi, pendidikan dan kemasyarakatan yang banyak dicurahkan dalam tulisan rencana

dan cerpennya (Auni Abdullah, temu bual; Ismail Daud, 2012; Ismail Daud, 2007).

Kehebatan Tok Kenali selaku seorang ulama sufi yang kuat asas keintelektualan dan

produktif dalam bidang penulisan amat selari dengan suara hati dan minat peribadi Haji

Abdullah Idris sendiri. Tok Kenali menjadi idola Haji Abdullah Idris dalam menteladani

Page 6: HAJI ABDULLAH IDRIS SEBAGAI SUFI SURI TAULADAN · Bahru, Kampung Laut selain mereka dari Kuala Krai dan Selatan Thailand (Anisah Haji Abdullah, temu bual). Di atas permintaan para

International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018

203

jejak-jejak seorang ulama sufi yang aktif bergerak di tengah-tengah khalayak ramai serta

banyak menyumbangkan buah fikiran melalui artikel-artikelnya (Abdul Hayy, 1988;

Sedgwick, 1998).

Inti pengajaran dari amalan serta pegangan para sufi

Begitulah paparan tentang faktor pendorong yang banyak mencorakkan minat Haji

Abdullah Idris untuk terjun memperdalami ilmu tasawuf, menggali rahsia disebalik

kehidupan bertarekat dan mengamalkan perwatakan serta praktis seorang sufi yang

sentiasa berusaha mengawal ego dan membendung runtunan nafsu dalam kehidupan harian

dan pergaulan dengan berbagai lapisan masyarakat. Dengan mengambil pendirian beruzlah

mulai pada usia 39 tahun selepas mengundurkan diri dari dunia perniagaan, beliau terus

mengorak langkah berjalan, merantau dan mengembara di lautan kerohanian dengan

menempuhi berbagai ujian dan mengecapi nikmat kelazatan iman. Haji Abdullah Idris

tidak mengambil sikap memisahkan diri dari tanggungjawab terhadap masyarakat dan

negara. Dalam kesibukan memfokuskan diri kepada rutin amalan seorang pengamal

tasawuf dan pengikut tarekat, beliau tetap memberikan ruang kepada tugas tanggungjawab

sosialnya. Disini dibentangkan inti pengajaran dari amalan serta pegangan para sufi

ternama yang menjadi panduan dalam kehidupan kerohanian beliau sebagai seorang sufi

suri tauladan antaranya:

Zul-Nun al-Masri

Haji Abdullah Idris sering mengungkapkan pesanan Zul-Nun al-Masri yang menegaskan

keperluan kehidupan kesufian berpaksikan kepada empat tonggak berikut:

1. Jangan bergaul dengan Allah swt melainkan dengan muwafaqah (kepatuhan kepada

segala perintah-Nya).

2. Jangan bergaul dengan manusia dikecualikan dengan munasahah (mengamalkan

sikap saling menasihati sesama manusia).

3. Jangan bergaul dengan nafsu melainkan dengan mukhalafah (bersikap melawan

segala godaan dan runtunan nafsu).

4. Jangan bergaul dengan syaitan dikecualikan denga muharabah (bependirian

memerangi segala hasutan dan tipu daya syaitan).

Dalam perbualan dengan anggota keluarga, ungkapan pesanan Zul-Nun al-Masri

sentiasa di lafazkan oleh Haji Abdullah Idris sebagai panduan dan peringatan. Ini kerap

berlaku apabila mendengar isteri dan anak-anak perempuannya leka bersembang di

ruangan dapur apabila menyinggung hal keperibadian orang lain. Mereka dinasihatkan

beliau supaya jangan leka berbual dibuai oleh hasutan syaitan dan ayunan nafsu. Ungkapan

Zul-Nun al-Masri kerap digunakan dalam perbualan dengan para pengunjung yang

berhasrat mendapatkan bimbingan kerohanian selain berulang kali mengingatkan kepada

para pengikut dan ikhwan yang gagal menjiwai dan menerapkan kedalam relung kalbu

sepertimana saranan Zul-Nun al-Masri dijadikan neraca pertimbangan dan penapis moral

diri mereka sendiri (Auni Abdullah & Anisah Abdullah, temu bual).

Hassan al-Basri

Sehubungan dengan kepentingan dan keperluan supaya berwaspada dalam kehidupan

harian, perbualan dan pergaulan supaya tidak terjerumus hanyut dibuai menuruti nafsu dan

Page 7: HAJI ABDULLAH IDRIS SEBAGAI SUFI SURI TAULADAN · Bahru, Kampung Laut selain mereka dari Kuala Krai dan Selatan Thailand (Anisah Haji Abdullah, temu bual). Di atas permintaan para

Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018

204

pujukan syaitan dan mengutamakan ego dan kepentingan diri. Haji Abdullah Idris kerap

mengungkapkan nasihat dan peringatan Hassan al-Basri yang bermaksud “bagaimanakah

aku tidak gementar takut dan berdukacita setiap ketika sedangkan Allah SWT sentiasa

melihat apa yang aku lakukan”. Kadang-kadang semasa melafazkan kata-kata ini, air mata

Haji Abdullah Idris memenuhi kelopak matanya dan tunduk penuh syahdu membisukan

diri sambil teresak-esak. Ungkapan kata Hassan al-Basri ini selari dengan pegangan

peribadi kesufiannya yang terkenal dengan pegangan kuat kepada prinsip gerun dan takut

kepada kekuasaan Allah SWT (khauful-Lah). Ini adalah salah satu ciri keistimewaan

tasawuf Hassan al-Basri dalam sejarah perkembangan tasawuf. Sampai ke akhir hayatnya,

Haji Abdullah Idris sentiasa mengikat diri dan perasaannya supaya jangan alpa dari

pendirian Hassan al-Basri itu (Mahmud Rahman, temu bual).

Rabi’at al-‘Adawiyah

Suasana kehidupan kerohanian Haji Abdullah Idris yang kerap diselubungi kewaspadaan

bercampur kegundahan dengan dokterin khauful-Lah itu telah diubati dan disejukkan

dengan dokterin cinta ilahi (al-hubbul-ilahi) yang menjadi pegangan sufi terkenal, Rabi’at

al-‘Adawiyah. Haji Abdullah Idris kerap mencetuskan kelebihan dokterin al-hubbul-ilahi

dihadapan keluarga terdekat dan segelintir pengikutnnya supaya tidak disalah tafsir dan

tidak dikelirukan sebagai sesuatu yang anih dan sukar difahami dan dihayati. Kerana

dokterin yang dianjurkan Rabi’at al-Adawiyah ini lebih bermaksud cinta dalam ertikata

tegas dan cekal dalam menuruti perintah Pencipta dan menjauhi tegahan-Nya. Selain itu

sentiasa memperbanyakkan pujian kepada-Nya, menyanjung kekudusan-Nya (al-taqdis)

dan memohon keampunan kepada-Nya kerana bimbang menjadi jauh dari pandangan-Nya.

Kerana lazimnya orang yang mencintai itu selalu berharap agar yang dicintanya selalu

mengawasi dirinya dan memandang ke arahnya. Bagi Haji Abdullah Idris dalam melalui

perjalanan kerohanian beliau, gabungan harmonis dan serasi di antara kedua-dua dokterin

ini amat bermakna bagi diri beliau kerana kegerunan yang berputik dari dokterin khauful-

Lah dapat diimbangi serta didinginkan oleh dokterin al-hubbul-ilahi. Selaku seorang

penyanjung dan pengkagum kesufian Rabi’at al-Adawiyah, Haji Abdullah Idris dalam

perbincang semasa memberi kupasan kepada para ikhwan kerap sekali melantunkan

beberapa rangkap syaer Rabi’at al-Adawiyah dengan penuh kerinduan mencurahkan rasa

cinta beliau kepada Pencipta. (Auni Abdullah, temu bual)

Abu Hussain al-Nuri

Adapun dalam menyantuni para pengunjung dan ikhwan yang telah hilang pedoman serta

terbayang keliruan dan kekaburan dalam fokus mereka sebagai pengamal tasawuf dan

pengikut tarekat yang lebih tertumpu memperkatakan espek ibadat, zikir dan wirid tarekat.

Beliau kerap mengingatkan mereka kepada anjuran nasihat seorang sufi ternama, Abu

Hussain al-Nuri yang mengingatkan bahawa tasawuf itu bukannya kesan-kesan lakaran

lukisan dan bukannya juga pelbagai ilmu tetapi ia adalah akhlak “laisa al-tasawuf rusuman

wala ‘uluman walakinnahu akhlaqun”. Bagi Haji Abdullah Idris peringatan al-Nuri ini

sangat tersirat maksudnya kerana cuba menarik pehatian kepada keperluan menampung

segala amalan zikir dan wirid tarekat serta amal ibadat dengan keutamaan prinsip

membersihkan diri dari sifat-sifat terkeji (al-takhalli) dan seterus menggantikannya dengan

menghiaskan diri dengan sifat-sifat terpuji (al-tahalli). Anjuran ini cuba mengingatkan

supaya fokus seorang pengamal tasawuf tidak semata-matanya perlu dijuruskan kepada

usaha membangun hubungan ketuhanan dengan mengabaikan dimensi hubungan serta

pergaulan dengan makhluk di alam semesta ini yang mana dari sinilah terpancar tahap

Page 8: HAJI ABDULLAH IDRIS SEBAGAI SUFI SURI TAULADAN · Bahru, Kampung Laut selain mereka dari Kuala Krai dan Selatan Thailand (Anisah Haji Abdullah, temu bual). Di atas permintaan para

International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018

205

nilai-nilai akhlak mulia yang sepatutnya menjadi penghias diri setiap orang pendukung

kehidupan kesufian (Anisah Abdullah, temu bual).

al-Junayd

Penekanan Haji Abdullah Idris kepada kepentingan dimensi akhlak dalam kehidupan

kesufian ini ialah kerana beliau amat terpanggil dengan saranan al-Junayd, seorang tokoh

sufi yang amat disanjungi beliau. Al-Junayd ialah salah seorang sufi jempolan yang

menegaskan bahawa tasawuf itu himpunan akhlak iaitu dengan menjauhi akhlak yang

rendah demi untuk memakai akhlak yang tinggi. Bagi al-Junayd, tasawuf ialah

menjernihkan hati dalam hubungan dengan makhluk lain, menghindari godaan jasmani dan

mengikatkan diri dan kalbu dengan Pencipta. Berpegang kepada anjuran al-Junayd ini,

Haji Abdullah Idris dalam nasihat semasa mengupas berbagai liku perjalanan menempuhi

rahsia disebalik hidup kesufian, telah mengelakkan diri dari memperkatakan secara terbuka

dan nyaring tentang pengertian dari pengalaman fana’, baqa’, al-qabd, al-bast, al-ghaibah,

al-hudur, wahdat al-wujud dan seumpamanya. Kerana bagi diri beliau pengalaman

kerohanian seumpama ini bukannya matlamat yang perlu digembar gemburkan dan

diletakkan sebagai tujuan semasa menceburi masuk dalam dunia kesufian. Kerana

pengalaman-pengalaman seumpama ini sebenarnya lebih berupa natijah dan ganjaran dari

hasil kesungguhan serta ketekunan usaha seseorang pengamal tasawuf tarekat. Lazimnya

selepas lama bermujahadah dan menempuhi berbagai liku, mereka akan memperolehi rasa

jinak dengan Allah SWT, akan mendapat limpahan nur keimanan yang memancar ke

dalam kalbunya. Seterusnya kalbu mereka akan bercahaya secara mudah mendapat

petunjuk pembukaan dari-Nya (al-kasyf) (Mahirah Abdullah, temu bual).

Ibn ‘Ataillah

Selain itu beliau kerap mengingatkan kepada ungkapan kata Ibn ‘Ataillah yang amat besar

ertinya dalam usaha mencanai diri beliau sendiri sebagai seorang perantau di gurun

kerohanian. Ungkapan berbunyi “ghurub al-imdad bi-hasab il-‘isti’dad” yang bermaksud

bahawa “kedatangan bantuan-bantuan adalah dengan kadar persediaan”. Kata-kata penuh

hikmah ini menjadi penyuntik kekuatan sehingga diri beliau mampu cekal melakukan

berbagai tahap pemantapan diri demi menuju puncak impian kesufian beliau. Dengan

kekuatan inilah beliau mampu bertahan mengawasi dirinya sejak dari usia remaja supaya

tidak terseleweng dari landasan kerohanian. Inilah suatu natijah yang dikecapi beliau dan

telah membuahkan natijah yang amat bermakna. Ungkapan ini sering menjadi pesanan

kepada mereka yang dekat dengan beliau termasuk anak-anak, ahli keluarga, para ikhwan

dan para pengunjungnya dalam melakukan apa jua kerja termasuklah dalam pengembaraan

di alam kerohanian (Mahirah Abdullah, temu bual; Zulkifli Bakri, 2011).

Ahmad bin Idris

Sebahagian besar hidup beliau menumpukan fokus kepada kehidupan kerohanian, bibir

Haji Abdullah Idris tidak sunyi dari mencurahkan rasa amat bersyukur kerana diberi

kesempatan untuk mengamalkan tarekat Ahmadiyyah. Rasa terhutang budi beliau serta

rasa takzim beliau kepada keberkatan bimbingan kerohanian Sidi Ahmad Idris. Ini jelas

terpancar pada lidahnya yang sering mengungkapkan kata-kata dihadapan anak-anak,

anggota keluarga,dan murid terdekatnya yang berbunyi “dengan berkat Rasulullah SAW

dan Sidi Ahmad” pada setiap kali ditimpa sesuatu masalah yang sulit termasuk ditimpa

Page 9: HAJI ABDULLAH IDRIS SEBAGAI SUFI SURI TAULADAN · Bahru, Kampung Laut selain mereka dari Kuala Krai dan Selatan Thailand (Anisah Haji Abdullah, temu bual). Di atas permintaan para

Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018

206

kesakitan atau mencari sesuatu benda yang hilang bahkan juga apabila mendengar kabar

baik tentang pencapaian anggota keluarga

Pada saat ini jugalah beliau kerap mengamalkan zikir “Ya Latif ” secara

berseorangan atau berduaan dengan isterinya apabila berbangkitnya sesuatu kesulitan atau

dugaan. Amalan zikir ini yang mencapai angka belasan ribu akan disempurnakan dengan

beberapa kali “Doa Ya Latif” yang ada terkandung dalam risalah Awrad al-Awlia’. Perkara

sama turut diamalkan oleh anak cucu beliau dan sudah menjadi tradisi dalam keluarga Haji

Abdulah Idris apabila ditimpa sesuatu masalah sulit akan berkumpul membaca zikir Ya

Latif secara beramai-ramai serta bersendirian untuk mendapat ketenangan, meredakan

kegusaran dan memperteguhkan keimanan dalam mencari penyelesaian terhadap masalah

yang dihadipi (Auni Abdullah, temu baul).

INTIPATI PERJUANGAN DI SAHARA KESUFIAN

Jika direnungi dengan mendalam, pendirian tegas dan berani Haji Abdullah Idris terawal

dalam memenuhi hasrat serta impian beliau untuk tetap istiqamah di atas landasan

kerohanian tergambar jelas dari sikap berani beliau menolak tawaran Dato’ Perdana untuk

menjadi kadi serentak dengan itu dijodohkan dengan anak seorang pegawai daerah.

Sebagai tanda penolakan, beliau telah sanggup berhenti bekerja dengan majikannya yang

bukan calang-calang orang iaitu seorang pentadbir negeri yang paling berkuasa. Tindakan

berani menolak kedudukan yang jelas menjamin masa depan hidup beliau ini diambil pada

usianya 24 tahun. Inilah ujian besar dan terawal yang mampu dilepasi beliau demi

merealisasikan hasrat seorang pengamal tasawuf dan pengikut tarekat dalam perjalanan

menuju kemuncak yang diidamkan. Jika direnungi langkah tegas beliau ini bertepatan

dengan telahan dan firasat Sidi Muhammad Azahari semasa memanggilnya “anta al-

rijjal”. Selepas berjaya melepasi ujian berat ini, Haji Abdullah Idris terus mara kedepan

tanpa berpaling ke belakang lagi dalam mencapai kemuncak impian murni beliau. Dari

satu sudut lain inilah pengorbanan yang terpaksa dibayar beliau demi hendak berada kekal

di atas landasan pilihannya.

Selepas itu memasuki dunia rumah tangga, Haji Abdullah Idris telah didatangi

berbagai cabaran dalam bentuk ujian kemewahan dan kesempitan dalam kehidupan. Ujian

kemewahan hidup telah dinikmatinya semasa menceburi bidang perniagaan kilang kayu.

Semasa sibuk menguruskan perniagaannya itu beliau sering diselubungi keresahan dan

ketidaktenangan kerana merasakan dirinya hanyut dalam kelekaan menjaga kepentingan

perniagaan dan di buai oleh kesenangan hidup dan pencapaian mengembangkan

perniagaan. Kadang-kadang beliau dilamun kebuntuan kerana merasa bersalah kerana tidak

dapat memelihara istiqamah beliau sebagai seorang pengikut tarekat. Justeru itu dalam

kesibukan mengurus bidang perniagaannya, beliau dalam kesempatan yang ada sering

mengunjungi dua orang guru kerohanianya, Haji Ahmad Manan dan Haji Yaakub Ahmad.

Selepas pemergian Haji Ahmad Mannan, Haji Yaakub Ahmad yang menjadi tumpuannya

untuk mendapat kekuatan batin kerana menyedari situasi pertarungan diri (Jihad al-nafs)

yang kadang-kadang terencat oleh kesibukan urusan perniagaan. Selain itu pada saat ini

jugalah beliau kerap bertemu teman seperguruan dan setarekat, Haji Nik Abdul Rahman

Khatib dan juga seorang teman lamanya, Haji Nik Muhammad Sidqi, cucu Tuan Tabal

agar sebarang kelesuan keimanan dari godaan kebendaan pada dirinya mendapat suntikan

kerohanian (Mahirah Abdullah, temu bual).

Biasanya dalam pertemuan ini Haji Yaakub Ahmad akan membekalkan beliau

dengan bahan bacaan kitab tasawuf yang banyak dalam simpanan gurunya itu sambil kerap

berpesan supaya jangan resah dalam perjalanan kerohanian selagi keazaman yang tinggi

(al-himmah) tertanam dilubuk kalbu. Di saat yang sama gurunya ini kerap mengingatkan

Page 10: HAJI ABDULLAH IDRIS SEBAGAI SUFI SURI TAULADAN · Bahru, Kampung Laut selain mereka dari Kuala Krai dan Selatan Thailand (Anisah Haji Abdullah, temu bual). Di atas permintaan para

International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018

207

ungkapan Ibn ‘Ataillah bahawa dalam apa jua usaha (al-iradah wa al-tadbir) seseorang

pejalan (al-salik) tidak berupaya mengatsai tadbir Ilahi (isqat a-tadbir). Peringatan ini

berdasarkan ungkapan kata-kata hikmah Ibn ‘Ataillah berbunyi “arih nafsaka min al-tadbir

pama qama bihi ghairuka ‘anka la taqum bihi linafsika” yang bermaksud “Isterehatkanlah

dirimu daripada tadbir (urusan) ini. Justeru apa-apa yang telah dilakuklan orang lain,

sama ada perkara duniawi atau ukhrawi, maka engkau tidak perlu melakukannya bagi

dirimu”. Dengan bantuan nasihat gurunya serta kekuatan banteng kekuatan keohanian yang

sudah tertanam di kalbunya, Haji Abdullah Idris berupaya menangani berbagai godaan

kebendaan dan kebesaran serta terus cekal dalam menjalani kehidupan kesufian. Dengan

menggunakan kesempatan waktu malam beliau tetap istiqamah dalam memenuhi

kewajipan seorang pengikut tarekat. Sesungguhnya ujian bergelumang dalam perniagaan

ialah suatu tempoh pendidikan yang amat berguna bagi diri beliau. Sesungguhnya tempoh

bergelumang dalam dunia perniagaan yang agak panjang selama 12 tahun dan ditambah

pada masa itu masih muda remaja berusia 30-an tahun, merupakan tempoh mencabar yang

amat bermakna dalam pembentukan jati diri kesufian beliau (Zulkifli Mohamad, 2009;

Abu al-Wafa’ al-Ghunaimi al-Taftazani, 1969; Ibn ‘Ataillah al-Sakandar wa

Tasawwufuhu,129-145)

Selepas perniagaannya ditimpa kerugian kerana kilang beliau terbakar dan

perniagaannya terpaksa ditutup pada usia 39 tahun, Haji Abdullah Idris memasuki fasa

baru dalam perjalanan kerohanian beliau. Berpandukan peringatan Ibn ‘Ataillah itu, beliau

dapat menerima kerugian yang datang mendadak itu dengan tenang dan penuh pasrah. Haji

Abdulah Idris telah mengambil keputusan menutup perniagaannya tanpa cuba hendak

bangun kembali walaupun mertuanya Haji Abdus Salam bersedia membantunya untuk

memulihkan semula perniagaannya. Bertolak dari kerugian perniagannya itu, beliau

berazam untuk menjauhkan diri dari kesibukan mengejar kemewahan dan tumpuan

mencari rezeki. Beliau amat menginsafi bahawa kegagalannya dalam dunia perniagaan

adalah suatu rahmat Ilahi untuk mendurung beliau supaya meneruskan impian hidupnyan

untuk menerokai perjalanan kehidupan kerohanian. Bagi beliau pengalaman pahit manis

bergelumang dalam dunia perniagaan sudah lebih mencukupi untuk dijadikan panduan

hidup beliau dalam mencari matlamat kebahagiaan dan kepuasan hidup yang hakiki. Beliau

dengan penuh reda menerima segalanya itu sebagai suatu perancangan ilahi yang amat

bermakna dalam menjuruskan beliau supaya dapat menjalani kehidupan di alam

kerohanian dengan lebih intensif lagi.

Beliau mengalami ujian kesusahan pada usianya yang sudah semakin dewasa

memasuki usai 40-an tidak jauh bezanya dengan ujian kebesaran dan pangkat pada usia

remajanya semasa ditawarkan pangkat dan jaminan hidup masa depan oleh Dato’ Perdana

Nik Mahmud Ismail (Menteri Besar Kelantan). Ujian keduniaan dalam bentuk kesukaran

dan kesenangan yang pernah dialami ini telah mematangkan lagi beliau dalam menempuhi

cabaran terbaru ini. Beliau dengan tabah serta tenang menghadapi tahap ujian hidupnya ini

sedangkan isterinya begitu resah gelisah dengan ujian ini. Isterinya dengan dibantu anak-

anak perempuan sudah pun remaja terpaksa berusaha menjual kuih dan nasi bungkus yang

dibekalkan di gerai-gerai makanan di sekitar Kampung Kubang Pasu, Kampung Masjid

dan Padang Merdeka. Hanya selepas pemergian Haji Abdus Salam pada tahun 1962

barulah kehidupan keluarga menjadi agak selesa kerana dapat menikmati berbagai harta

pusaka peninggalannya dari hasil pendapatan ladang getah dan dari kutipan sewa beberapa

rumah kedai (Mahirah Abdullah, temu bual).

Pada saat beliau dilambung kesukaran hidup kebendaan tetapi sedang menikmati

kelazatan kehidupan kerohanian, beliau telah didatangi dengan berbagai ujian dalam

bentuk datangnya godaan yang berupa tawaran kerja yang boleh menyelamatkan keluarga

dan dirinya dari keperitan masalah ekonomi yang sedang dihadapi. Pada saat ini muncul

Page 11: HAJI ABDULLAH IDRIS SEBAGAI SUFI SURI TAULADAN · Bahru, Kampung Laut selain mereka dari Kuala Krai dan Selatan Thailand (Anisah Haji Abdullah, temu bual). Di atas permintaan para

Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018

208

tawaran dari Dato’ Perdana telah pun bersara, cuba memujuk beliau supaya kembali

menjadi pembantunya untuk menyemak dan mengemaskinikan beberapa hasil karyannya.

Tetapi tawaran ini telah ditolak dengan baik oleh beliau mengenangkan keazamannya

untuk hidup tidak terikat dengan sebarang pekerjaan rasmi yang boleh mengongkong

kebebasan diri dan kelapangan masa demi hendak menjalani kehidupan kesufian. Malahan

beliau pernah dua kali menolak tawaran dari pihak Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu

Kelantan untuk menjadi tenaga pengajar di Jami’ Merbau al-Isma’ili (Ma’ahad al-

Muhammadi). Beberapa teman beliau yang menjadi guru di pusat pengajian terbesar di

Kelantan ini pernah datang memujuknya tetapi beliau tetap keberatan. Dari saat itu beliau

dan keluarganya hidup dalam keadaan yang serba sederhana dan berpegang dengan sikap

kecucukupan (al-qana’ah) dengan apa rezeki yang ada (Anisah Abdullah, temu bual).

Sesungguhnya beliau gagal bertindak bijak seumpama mertuanya dalam urusan

kebendaan kerana lebih banyak dipengaruhi oleh pegangan beliau kepada kehidupan

seorang sufi yang perlu memberi keutamaan menumpukan diri kepada kebesaran Allah

SWT (tawajjuh) bukannya leka dibawa arus mencari kebesaran dan kebanggaan duniawi

dengan melonggokkan harta kekayaan. Dalam melalui saat-saat sebegini Haji Abdullah

Idris kerap memetik ungkapan kata salah seorang sahabat terbilang, Abu ‘Ubaydah al-

Jarrah apabila Khalifah Omar menangis simpati dengan kehidupan temannya yang amat

sederhana sekali sedangkan beliau dimasa itu menjadi gabenor Syam yang makmur dan

kaya raya. Ungkapan itu berbunyi “Ya Amir al-Mukminin adakah tuan tangiskan nasib

saya sedangkan saya telah menjualkan dunia saya untuk membeli akhirat saya”. Pendirian

beliau ini juga ikut dipengaruhi oleh pengalaman peribadi melihat gelagat ramai manusia

dihantui keghairahan mengejar kekayaan dan kebesaran dunia. Ini dapat diresapi beliau

semasa bertugas dengan Dato’ Perdana Nik Mahmud Ismail dimana pejabat pembesar

negeri ini menjadi nadi kepada berbagai perkembangan, pergelutan dan konflik yang

berlaku di Kelantan. Dari sinilah beliau dapat melihat berbagai telatah manusia yang

hanyut mengejar kebendaan dan bagaimana bercelarunya kehidupan dunia dibawa arus

kebesaran sehingga pupusnya keimanan dan menyimpangnya kewarasan bertindak. Semua

ini menjadi iktibar dan pengajaran kepada beliau dalam menentukan haluan hidup beliau

sendiri terutamanya sikap mahu bebas dari pedaya-pedaya dunia dan tidak terikat dengan

apa-apa jawatan yang boleh merenggangkan jati dirinya dari paksi kerohanian (Auni

Abdullah, temu bual).

Kerana didorong oleh pendirian sedemikianlah Haji Abdullah Idris tidak cuba

menerokai pergi lebih jauh dalam bidang penulisan yang amat diminatinya. Walaupun

pada suatu ketika pernah berhasrat menjadi seorang penulis buku mengenai berbagai

bidang kemasyarakatan dari kacamata agama. Dengan tujuan itulah beliau membuat

koleksi pelbagai genre buku di luar bidang agama. Beliau telah mengubah haluan dan telah

bertekad hanya sekadar menjadi seorang penulis rencana sebagai sebahagian dari hasrat

memenuhi tanggungjawab sosial. Namun begitu beliau menikmati kepuasan kerana

sekurang-kurangnya masih dapat menggarap buah fikiran dan mencurahkan pandangan

beliau dalam berbagai isu-isu semasa berkaitan pendidikan, kebudayaan, kemasyarakatan

dan politik dengan menggunakan berbagai nama samaran menerusi banyak hasil tulisan

rencana demi pembangunan minda masyarakat. Dengan keyakinan yang sama jugalah

beliau tidak lagi menuruti sentimen dukungan material kepada mana-mana pertubuhan

sosial dan politik walaupun masih prihatin mengikuti perkembangan politik tempatan dan

antarabangsa.

Page 12: HAJI ABDULLAH IDRIS SEBAGAI SUFI SURI TAULADAN · Bahru, Kampung Laut selain mereka dari Kuala Krai dan Selatan Thailand (Anisah Haji Abdullah, temu bual). Di atas permintaan para

International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018

209

KESIMPULAN

Dari beberapa paparan di atas ternyata sekali ketabahan serta kegigihan Haji Abdullah Idris

dalam meyelusuri lorong kerohanian. Beliau mampu melepasi berbagai ranjau ujian yang

berpotensi besar boleh mengalihkan suara kalbunya dari paksi kerohanian. Kecekalan ini

menyerlahkan dirinya sebagai seorang sufi suri teladan. Dengan berbekalkan pengalaman

dari berbagai sudut persekitaran hidup yang ditempuhinya Haji Abdullah Idris telah

mampu berdiri tegak untuk mengekalkan jati dirinya selaku seorang insan yang ada harga

dirinya kerana masih terpelihara berpegang dengan akar umbi kerohanian yang sudah

tertanam semakin mendalam dari sejak usia remajanya. Beliau tidak tergelincir dari

landasan kerohanian akibat dari pelbagai pancaroba kehidupan yang mengekorinya.

Sebagai seorang tokoh tarekat yang sentiasa beramal dan beruzlah, Haji Abdullah Idris

mampu memelihara sikap keterbukaan dalam bersosial selagi mana tidak melalaikan selari

dengan roh ajaran Islam. Pembacaan pelbagai kitab, buku dan majalah menjadikan diri

beliau bersikap terbuka dan memahami naluri manusia. Sesungguhnya dari perjalan

kerohanian yang agak panjang dan berliku itu jelas tersurat dan tersirat berbagai dimensi

keterampilan dan pembawaan jati diri yang terhias dengan kewangian keperibadian yang

dapat dimanfaatkan dan dijadikan panduan hidup.

Rujukan

Al-Qur’an al-Karim

Abd. Jalil Borham (1996), Sumbangan Ulama dalam Perkembangan Islam di Alam Melayu Jurnal Syariah,

j.4, bil. 2, Jul. 1996, Kuala Lumpur: Bahagian Pengajian Syariah, Akademi Pengajian Islam,Universiti

Malaya.

Abdul Hayy Abdul Syukur (1998), Pemikiran Tasawuf Tok Kenali, Pengasuh, bilangan 553, Julai-Ogos

1998.

Abdul Rahman Abdullah (2010), Sejarah Ikhtilaf Mazhab di Malaysia, Karisma Publications, Shah Alam.

Abdul Rashid Mohd Sa’id. 2005. Aurad Tariqah Ahmadiah-Idrisiyyah. (t.tp.t.pt).

Abdul Razak Mahmud (2002), Ikhtisar Sejarah Kelantan, Kota Bharu: Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.

Abdul Razak Mahmud (2017), Biografi Singkat 40 Ulama Terpilih Negeri Kelantan, Majlis Agama Islam

dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Ahmad Che Soh, Cucu Haji Che Min b. Che Wan, Temu bual pada 10hb. Mac 2017, di Rumah Kg. Bechah

Keranji, Kota Bharu, jam 10.00 am.- 12.00 am.

Ali Salih Karrar (1991), al-Tariqah al-Idrisiyyah fi al-Sudan, Dar al-Jayl, Beirut.

Anisah bt Haji Abdullah, anak kepada Haji Abdullah Idris, Temu bual pada 06hb. Mei 2017, di Rumah Kg.

Kubang Pasu, Kota Bharu, jam 09.30 pm - 12.00 pm.

Auni Abdullah (2015), Pemikiran Politik Islam Dalam Sejarah Persuratan Melayu, Penerbit Universiti

Malaya.

Auni Abdullah, anak kepada Haji Abdullah Idris, Temu bual pada 17hb. Ogos 2016, di Rumah Kg. Lundang,

Kota Bharu, jam 10.00 pm - 12.00 pm.

Che Zarina Sa’ari (2002), Haji Muhammad Sa’id Bin Jamaluddin al-Linggi: Amalan dan Sumbangan Dalam

Perkembangan Tarekat Ahmadiah Di Malaysia. Jurnal Usuluddin. Bil. 15. Hlm. 23-24. Selangor:

Pengajian Usuluddin, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Che Zarina Sa’ari, “Tarekat Ahmadiyyah: Satu Kajian di Negeri Kelantan”. Tesis Sarjana Universiti Malaya,

Kuala Lumpur.

Chua Yan Piaw (2006), Kaedah dan Statistik Penyelidikan (Kaedah Penyelidikan), Selangor: Mcgraw Hill.

Daud Umar al-Libadi (1982), Risalah al-‘Aqai’d wa al-Fawa’id, cetakan keempat.

Hasbullah Mustafa, anak kepada Mustafa al-Jiasi, Temu bual pada 12hb. Mac 2018, di Rumah Telipot Kota

Bharu, jam 10.00 am- 12.00 am.

Ishak Saat (2007) Sejarah Politik Melayu Pelbagai Aliran, Karisma Publications, Shah Alam.

Ismail Che Daud (2007), Tokoh-Tokoh Ulama Semenanjung Melayu (2), Kelantan: Majlis Agama

Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Ismail Che Daud (2012), Tokoh-Tokoh Ulama Semenanjung Melayu (1), Kelantan: Majlis Agama Islam Dan

Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Page 13: HAJI ABDULLAH IDRIS SEBAGAI SUFI SURI TAULADAN · Bahru, Kampung Laut selain mereka dari Kuala Krai dan Selatan Thailand (Anisah Haji Abdullah, temu bual). Di atas permintaan para

Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018

210

Ismail Che Daud, Penulis Buku Tokoh Ulama Semenanjung, Temu bual pada 17hb. Ogos 2016, di Rumah

Kg. Dusun Muda, Kota Bharu, jam 08.30 am.- 11.00 am.

Lotfi Ismail (1989), Intisari Tasauf, Pustaka Aman Press, Kota Bahru.

Mahyudin Ghazali, anak kepada Haji Ghazali, Temu bual pada 31hb. Disember 2017, di Rumah Kg. Telipot,

Kota Bharu, jam 08.00 pm- 10.00pm.

Mohammad Redzuan Othman (2001), Masjid al-Haram dan Peranannya Dalam Perkembangan

Intelektualisme Masyarakat Melayu,” Jurnal Usuluddin, bil.13, Jul. 2001, Kuala Lumpur: Bahagian

Pengajian Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Mohd Murtadza Ahmad & Mahmood Saedon Awang Othman (t.th). Mengenal At-Tarekat Al Ahmadiyyah.

Negeri Sembilan: Jabatan Mufti Negeri Sembilan.

Muhammad Yunan Mahmodd (t.t), 100 Tokoh Guru Maahad Muhammadi, Persatuan Bekas Pelajar (AMM)

Maahad Muhammadi.

Nik Abdul Aziz Nik Hassan (1977), Sejarah Perkembangan Ulama’ Kelantan: Sejarah Gerakan dan

Perkembangan Alam Pemikiran Islam di Jajahan Kota Bharu 1900 1940, Pustaka Aman Press Sdn.

Bhd. Kota Bharu Kelantan.

Pauzi Awang (2001), Tariqah Ahmadiyyah: History and Development, Intel Multi Media and Publication,

Petaling Jaya.

al-Qusyairi, Abu Qassim Abdul Karim bin Hawazin (tanpa tarikh), al-Risalah al Qusyairiyah, Maktabah wa

Matbu’ah Muhammad Ali Subayh wa Awladuduhu, Maydan al-azhar, al-Qahirah.

Rahimah Ibrahim, Cucu Haji Che Min b. Che Wan, Temu bual pada 10hb. Mac 2017, di Rumah Kg. Bechah

Keranji, Kota Bharu, jam 10.00 am.- 12.00 am.

Sedgwick, M.J.R. (1998), The Heirs of Ahmad IbnIdris: The Spread and Normalization of A Sufi Order,

1799 1996 University of Bergen.

Sedgwick, M.J.R. (2005), Saints and Sons: The Making and The Remaking of The Rashidi Ahmadi Sufi

Order, EJ Brill, Leiden.

Senn, P.R. (1971), Social Science and Its Methods, Boston: Holbrook.

Wan Mohd Shaghir Abdullah (1991), Syeikh Muhammad Sa’id Negeri Sermbilan, Mursyid Tarekat

Ahmadiyah Idrisiyah, Majalah Dakwah, Mac 1991.

Yahya Abdus Salam (1988), Awrad al-Awlia’, Majlis Agama Islam Kelantan.

Yahya Muhammad Ibrahim (1993), Madrasah Ahmad ibn Idris al- Maghribi wa Atharuha fi al-Sudan, Dar al

Jil, Beirut.

Zakaria Stapa. 2001. Institusi Tarekat Dalam Ilmu Tasawuf Satu Pengenalan. Perak: Majlis Agama Islam

Dan Adat Melayu Perak.