tugasan kbkk ppismp sem 2

20
1.0 PENGENALAN Peranan sistem pendidikan adalah sangat penting dalam pembangunan negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana usaha membangunkan generasi alaf baru.Sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang tinggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran- cabaran abad ke-21. Perubahan-perubahan yang hebat dan pantas dalam aspek ekonomi, budaya dan politik itu adalah cabaran besar yang akan dihadapi oleh rakyat Malaysia.Tidak dapat dinafikan bahawa sejak dahulu lagi cabaran-cabaran itu sudah wujud dan diperbincangkan tetapi kali ini dijangka lebih hebat dan kritikal dengan sumbangan teknologi yang baru. Masalah yang timbul dari cabaran tersebut seperti rohani, akhlak, sosial, politik, ekonomi, sains dan teknologi. Soalan (a) Berdasarkan artikel Cabaran dan Harapan dalam Pendidikan Menghadapi Alaf Baru, kenalpasti usaha-usaha strategik dalam sistem pendidikan untuk membentuk rakyat Malaysia yang cemerlang dan berkualiti. 1

Upload: shin-yei

Post on 22-Oct-2015

20 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Tugasan Kbkk Ppismp sem 2

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Kbkk Ppismp sem 2

1.0 PENGENALAN

Peranan sistem pendidikan adalah sangat penting dalam pembangunan negara.

Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana usaha membangunkan

generasi alaf baru.Sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang strategik

yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang

tinggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21. Perubahan-

perubahan yang hebat dan pantas dalam aspek ekonomi, budaya dan politik itu adalah

cabaran besar yang akan dihadapi oleh rakyat Malaysia.Tidak dapat dinafikan bahawa

sejak dahulu lagi cabaran-cabaran itu sudah wujud dan diperbincangkan tetapi kali ini

dijangka lebih hebat dan kritikal dengan sumbangan teknologi yang baru. Masalah yang

timbul dari cabaran tersebut seperti rohani, akhlak, sosial, politik, ekonomi, sains dan

teknologi.

Soalan (a)

Berdasarkan artikel Cabaran dan Harapan dalam Pendidikan Menghadapi Alaf Baru,

kenalpasti usaha-usaha strategik dalam sistem pendidikan untuk membentuk rakyat

Malaysia yang cemerlang dan berkualiti.

2.0AGENDA PENTING UNTUK MEMBANGUNKAN RAKYAT MALAYSIA

Melalui natijah persidangan Pendidikan Nasional ke-5 yang lalu, ia menunjukkan

dua cabaran besar alaf baru ialah ledakan ilmu yang berbentuk global dan masalah

social yang perlu ditangani dan diatasi ke arah membentuk masyarakat madani. Justeru

itu agenda penting untuk membangunkan rakyat Malaysia melalui sistem pendidikan

ialah:

1

Page 2: Tugasan Kbkk Ppismp sem 2

Pembinaan Budaya Ilmu

Pembudayaan Masyarakat Malaysia

2.1 Pembinaan Budaya Ilmu

Ilmu merupakan faktor terpenting untuk menentukan kejayaan sesuatu bangsa

dan negara.Ilmu dapat membina kekuatan minda kearah daya fikir tinggi dan daya

kreatif di kalangan individu dan bangsa.

“Budaya ilmu bermaksud kewujudan satu keadaan di mana setiap lapisan masyarakat melibatkan diri baik secara langsung mahupun tidak langsung dengan kegiatan-kegiatan keilmuan di setiap kesempatan dan keadaan di mana segala tindakan manusia baik di tahap individu, apatah lagi di peringkat masyarakat, diputus dan dilaksanakan melalui ilmu pengetahuan.”

(Dr. Wan Mohd Daud, 1995)

Budaya ilmu ialah satu budaya yang meletakkan nilai tertinggi dan asas kepada

ilmu pengetahuan sebagai satu kunci segala kebaikan dalam kehidupan individu,

keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.

Para pendidik haruslah mengetahui bahawa negara kita sedang menghadapi

persaingan yang sengit pada masa depan.Oleh itu,para pendidik perlu menyediakan

generasi muda yang berupaya untuk berfikir, dan menghadapi kemungkinan-

kemungkinan seperti masyarakat industeri, ekonomi yang global, kebanjiran teknologi

tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai keperluan

urusan harian dan limpahan maklumat sejagat.Para pendidik juga harus melahirkan

generasi berilmu untuk berfikir,bertindak dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat

serta berupaya menangani perkembangan dan perubahan masa kini.

2

Page 3: Tugasan Kbkk Ppismp sem 2

2.2 Pembudayaan Masyarakat Malaysia

Bagi memantapkan lagi bentuk acuan masyarakat maju Malaysia ialah dengan

mengambil ciri-ciri madani.Mengikut tarif masyarakat madani ialah suatu sistem sosial

yang subur yang diasaskan kepada prinsip moral yang menjamin keseimbangan antara

kebebasan perseorangan dangan kestabilan masyarakat. Selain itu,masyarakat madani

juga masyarakat yang mendorong daya usaha serta inisiatif individu baik dari segi

pemikiran,seni,ekonomi dan teknologi.

Cabaran yang sedia wujud pada masa kini seperti masalah remaja, dadah, seks

bebas, samseng sekolah, ponteng, dan berbagai kes salah laku perlu ditangani dengan

bijaksana. Para pendidik seharusnya menghadapi cabaran ini sebagai satu peluang

secara komited menggunakan wadah pendekatan nilai merentasi kurikulum

persekolahan untuk membentuk masyarakat madani di kalangan pelajar dan

masyarakat.

3.0 Cara-cara Untuk Membentuk Rakyat Malaysia yang Cemerlang dan Berkualiti

3.1 Peranan Pendidik

Berlandaskan kepada tuntutan wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan.Selari

dengan tuntutan-tuntutan tersebut penyediaan sumber manusia berkualiti hendaklah

dihasilkan oleh system pendidikan kita.YAB Perdana Menteri telah menggariskan ciri-

ciri generasi yang hendak dilahirkan untuk mewarisi alaf baru yang akan datang iaitu:

Kaya maklumat (termasuk sains dan teknologi)

Kekuatan minda (kreatif dan proaktif)

3

Page 4: Tugasan Kbkk Ppismp sem 2

Nilai-nilai luhur dan murni ( termasuk penyayang)

Semangat jati diri, jaya diri dan keusahawanan

Ketrampilan

Untuk menentukan kehendak ciri-ciri manusia berkualiti tersebut dapat dihasilkan,

maka para pendidik dan guru-guru pelatih, perlulah dilengkapkan dengan ciri-ciri

berikut:

Menguasai subjek (kandungan kurikulum)

Mahir dan berterampilan dalam pedagogi ( pengajaran & pembelajaran)

Memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka

Memahami psikologi pembelajaran(cognitive psychology)

Memiliki kemahiran kaunseling

Menggunakan teknologi terkini

Dapat menyaring dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhir

Boleh bekerjasama dengan rakan sejawat dan orang lain,dan

Memiliki keyakinan terhadap peranan dan sumbangan sebagai pendidik

Pelaksanaan Sekolah Bestari telah mewujudkan transformasi dalam sistem

pendidikan yang meliputi aspek kurikulum,sistem penilaian,pentadbiran,pengurusan

pembelajaran.Implikasi kepada reformasi ini ialah memerlukan persediaan guru yang

mempunyai ciri-ciri guru bestari iaitu guru-guru yang boleh dan bijaksana mengimbangi

keperluan Wawasan Pendidikan dengan tuntutan dan cabaran semasa. Merujuk

cabaran-cabaran di atas,usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh para pendidik ialah

seperti berikut:

4

Page 5: Tugasan Kbkk Ppismp sem 2

3.2Membina Budaya Ilmu

Kemampuan para pendidikan ialah menyusun ,dan menyepadukan ilmu dengan

perkembangan semasa, seperti :

Para pendidik seharusnya mengorak langkah dan menggembleng peluang untuk

melengkapkan diri berketrampilan sebagai pemimpin ilmu berasakan teknologi serta

bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat untuk

pelbagai bidang dan menjadi mekanisme urusan harian.

Pelajar-pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk

melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal

intelektual tinggi menghadapi era globalisasi.Kemahiran berfikir dan pemikiran

konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa.

5

Teknologi dan perkomputeran

Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif

Kebolehan menterjemah dan mengawal

kurikulum yang luwes

Page 6: Tugasan Kbkk Ppismp sem 2

Para pendidikan seharusnya mempunyai kemahiran dan ketrampilan mengaitkan

domain teori dengan praktis dan mesti bijak membina pengetahuan dan kemahiran

secara development mengikut kadar pembelajaran untuk mencapai kemahiran

thoughtful learning. Kurikulum sepatutnya mempunyai ruang untuk disesuaikan dengan

perkembangan semasa berdasarkan keperluan negara,perkembangan semasa dan

kemajuan sejagat.kurikulum yang hendak digubal melalui Four Pillars of Learning iaitu :

Learning to know(Belajar untuk menguasai ilmu)

Learning to do(Belajar untuk menguasai kemahiran)

Learning to be(Belajar untuk menjadi insane berguna)

Learning to live together(Belajar untuk harmoni dan bekerjasama)

Nilai-nilai murni menitikberatkan perlakuan baik,peradaban dan tatasusila insan

dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Elemen ini sangat penting

dalam usaha pembudayaan masyarakat yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan

keharmonian negara.

Melahirkan generasi untuk pasaran tenaga kerja industri merupakan Dasar

Pembangunan Negara. Usaha ini ialah sebagai sumbangan kepada melahirkan sumber

manusia yang menyumbang kepada tenaga buruh yang berkualiti,serba boleh dan

responsif kepada perubahan keadaan perindustrian.Kurikulum dan daya didik di dalam

sistem pendidikan hendaklah berupaya merealisasikan masyarakat sainstifik,teknologis

dan progresif yang inovatif dan berpandangan jauh ke hadapan.

6

Menerapkan nilai-nilai murni / moral / akhlak

Menguasai pengetahuan dan kemahiran industri

Page 7: Tugasan Kbkk Ppismp sem 2

3.3 Membentuk Masyarakat Madani

Perkembangan dan kemajuan dunia aspek teknologi maklumat dan industry hi-

tech,dengan pembentukan rohaniah dan ketahanan diri diberikan perhatian

serius.Konsep masyarakat madani merupakan wadah untuk membudayakan

masyarakat Malaysia. Kurikulum dalam sistem pendidikan kita sama ada secara formal

atau tidak formal , mampu menyusun dan membentuk masyarakat madani. Dalam

merancang pelaksanaan konsep ini beberapa perkara mesti diberi perhatian :

Prinsip berteraskan keimanan dan moral yang menjamin keseimbangan

antara kekebasan perseorangan dengan kestabilan dan kesejahteraan

masyarakat .

Mendorong perkembangan individu dari segi

pemikiran,budaya,social,ekonomi,alam sekitar dan teknologi

Sistem sosial yang cekap dan saksama serta perlaksanaan pemerintahan

mengikut undang-undang dan bukan nafsu atau kepentingan individu

Mengamalkan akhlak terpuji dan boleh diteladani.

Usaha mewujudkan masyarakat madani diharap dapat melahirkan warga negara

yang berpegang kepada teras keimanan dan keutuhan,mempunyai ketahanan

diri,memiliki identity bangsa Malaysia,tahap kepimpinan yang dinamik,berpandangan

jauh,kreatif dan inovatif,citra diri yang tinggi,berdisplin dan mempunyai amalan hidup

yang cemerlang.

7

Page 8: Tugasan Kbkk Ppismp sem 2

4.0 Pengurusan Grafik

Soalan (b)

Berdasarkan usaha-usaha itu, huraikan cara-cara yang dapat dilakukan untuk

mencapai impian tersebut. Gunakan borang pengurusan grafik yang sesuai bagi

menjelaskan cara-cara itu mengikut gaya kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

Bahan-bahan sokongan / bukti perlu disertakan bersama-sama sebagai sumber yang

boleh dipercayai.

Usaha-usaha Huraian

Peranan Pendidik

Program bimbingan dan kaunseling

dapat membantu mendisiplinkan

pelajar dan menggalakkan mereka

berfikir secara rasional serta tidak

terlibat dalam aktiviti yang tidak

sihat.

Memperkukuhkan lagi program

bimbingan dan kaunseling dengan

memperuntukkan seorang

kaunselor bagi setiap 500 pelajar

mulai tahun 2003.( keputusan

jemaah menteri)

Pelaksanaan Sekolah Bestari Pelaksanaan Sekolah Bestari telah

mewujudkan transformasi dalam

sistem pendidikan yang meliputi

aspek kurikulum, sistem penilaian,

pentadbiran, dan pengurusan

pembelajaran.

Sekolah Bestari akan membawa

8

Page 9: Tugasan Kbkk Ppismp sem 2

kepada pendemokrasian

pendidikan sepenuhnya. Teknologi

computer akan membolehkan

kepelbagaian dibina dalam system

pendidikan.

Sekolah ini bukan hanya untuk

mereka yang pintar tetapi ia

merupakan cara bestari bagi

menjamin setiap pelajar contoh,

kuat atau lemah, kaya atau miskin

bagi mencapai potensi sepenuhnya

dalam cara yang paling sesuai

mengikut kadar dan gaya

pembelajaran yang berlainan.

Teknologi dan Maklumat Para pendidik seharusnya

mengorak langkah dan

menggembleng peluang untuk

melengkapkan diri berketrampilan

sebagai pemimpin ilmu berasakan

teknologi serta bersedia menjurus

kepada penguasaan dan

penggunaan teknologi maklumat

untuk pelbagai bidang dan menjadi

mekanisme urusan harian.

Rakyat perlu melengkapkan diri dari

segala sudut, dari ilmu

pengetahuan yang berasaskan

teknologi tinggi sehingga memupuk

semangat kebangsaan yang unggul

9

Page 10: Tugasan Kbkk Ppismp sem 2

di dalam jiwa masing-masing. Jika

rakyat tidak bersedia menghadapi

perubahan dunia, negara pasti tidak

akan mampu bersaing dengan

negara-negara maju lain.

Pembinaan Budaya Ilmu Kementerian Pelajaran Malaysia

telah memperkenalkan Program

NILAM di peringkat sekolah rendah

dan sekolah menengah. Program

NILAM adalah agenda prima untuk

menjadikan murid-murid sekolah

sebagai warga yang berilmu. Di

samping menjadikan membaca satu

habit yang berkesinambungan

tanpa mengira peringkat usia.

NILAM adalah akronim

daripada Nadi Ilmu Amalan

Membaca. Program NILAM

merupakan pengabungan atau

adunan semua aktiviti galakan

membaca yang pernah dijalankan

di sekolah seluruh negara. Program

NILAM adalah penjenamaan

semula program membaca dengan

memberi pengiktirafan. Ianya salah

satu kaedah untuk menangani

masalah yang menghalang

penyuburan tabiat membaca dalam

kalangan warga sekolah dan

10

Page 11: Tugasan Kbkk Ppismp sem 2

masyarakat Malaysia amnya.

Pembinaan Negara Bangsa Program Rancangan Intergrasi

Murid Untuk Perpaduan  (RIMUP)

merupakan  satu  program khas

untuk mengeratkan perpaduan di

kalangan murid yang berbilang

bangsa, etnik, budaya, dan agama.

Program ini amat penting kerana ia

termasuk dalam Teras Satu Pelan

Induk Pembangunan Pendidikan

Malaysia (PIPP) iaitu membina

Negara Bangsa.

Pembentukan masyarakat madani MAKSUD budaya dalam pengertian

mudah ialah gabungan budi dan

daya. Budi adalah sesuatu yang

murni dan baik terpancar daripada

hati, sementara rasa adalah upaya

diri menterjemahkan nilai murni

dalam kehidupan. 

Contoh: Apabila percakapan

seseorang santun dan sopan, ia

dikatakan selari dengan budi.

Apabila amalan dan perbuatan

seseorang berasaskan amanah,

jujur dan adil, ia adalah pancaran

daya yang tinggi. 

11

Page 12: Tugasan Kbkk Ppismp sem 2

REFLEKSI

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah

yang telah banyak memberi bimbingan kepada saya dalam kerja kursus ini,Encik

Mhanogaran a/L Arjunan.

Dalam tugasan ini,saya telah belajar tentang peranan sistem pendidikan dalam

pembangunan negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana

usaha membangunkan generasi alaf baru dan melahirkan generasi yang berjaya serta

membawa negara ke arah negara maju. Sistem pendidikan negara memerlukan usaha-

usaha yang strategik untuk melahirkan generasi alaf baru yang dapat menangani

cabaran-cabaran abad ke-21.

Pelbagai usaha perlu dilaksanakan supaya generasi akan datang dapat

menerima perubahan dan cabaran pada masa depan.Antaranya usaha-usaha yang

dilaksanakan ialah seperti pelaksanaan sekolah bestari,pembentukan masyarakat

madani dan lain-lain lagi.Kerajaan juga menekankan kepada peranan pendidik supaya

melahirkan anak-anak murid yang dapat menyumbang kepada Negara.Pendidik

memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha-usaha ini.

Akhir kata,saya ingin mengucapkan sekali lagi terima kasih kepada Encik

Mhanogaran a/L Arjunan,pensyarah saya yang banyak membantu kami.Selain itu,saya

ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan saya kerana sudi memberi bantuan dan

kerjasama kepada saya.

Disediakan oleh,

WEE KAI HANG

PPISMP BC 2

12

Page 13: Tugasan Kbkk Ppismp sem 2

REFLEKSI

Pertama sekali saya ingin berucap ribuan terima kasih kepada pensyarah saya,

Encik Mhanogaran a/L Arjunan kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan

kepada saya semasa saya membuat kerja kursus ini.

Bagi memantapkan lagi bentuk acuan masyarakat maju Malaysia ialah dengan

mengambil ciri-ciri madani. Para pendidik seperi saya haruslah menyediakan generasi

muda yang berupaya untuk berfikir, dan menghadapi kemungkinan-kemungkinan

dengan melahirkan generasi berilmu untuk berfikir,bertindak dan menghasilkan sesuatu

yang bermanfaat serta berupaya menangani perkembangan bagi menghadapi

persaingan yang sengit pada masa depan.

Dalam tugasan ini,saya telah mengetahui bahawa peranan system pendidikan

adalah sangat penting dalam pembangunan negara. Selain itu, pendidikan yang

berkualiti dan cemerlang merupakan wahana usaha membangunkan generasi alaf baru.

Dengan ini, sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang strategik yang

boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang

tinggi dan cemerlang.

Akhir sekali, saya berterima kasih sekali lagi kepada pensyarah saya yang

banyak memberi bimbingan. Selain itu, saya juga bersyukur kerana dapat

menyelesaikan kerja kursus ini pada masa yang ditetapkan. Sekian terima kasih.

Disediakan oleh,

Tai Yuh Jin

PPISMP SEM 2 BC 2

13

Page 14: Tugasan Kbkk Ppismp sem 2

RUJUKAN

Abu Bakar Nordin. (1991).Kurikulum, Perspektif dan Perlaksanaan.Kuala Lumpur : Pustaka Antara.

Mok song Sang. (1991).Pendidikan di Malaysia.Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Tajul Ariffin Nordin dan Nor Aini Dan. (1992).Pendidikan dan Wawasan 2020.Kuala Lumpur : Arena Ilmu Sdn. Bhd.

Wan Mohd. Nor Wan Daud. (1995).Penjelasan Budaya Ilmu.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wan Mohd Nor Wan Daud. (Jan-Mac 1996).Insan Baik Teras Kewarganegaraan. Jurnal Pemikir.

http://www.bharian.com.my

http://malaysiakita.tripod.com/bestari.html

http://mbsskl.edu.my/k_ubk/category/rimup/

http://skbipss.blogspot.com/2011/01/apa-itu-nilam.html

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2007&dt=0118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_02.htm

14