kbkk dalam p&p
TRANSCRIPT
Asas Pendidikan & Keguruan Islam(DPNA 3103)
KBKK & PERLAKSANAANNYADALAM
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
Disediakan OlehNorliyana bt Abdul Rahman
(0953004P)Rasidah bt MD Salim
(0953036P)Melor bt Suliman
(0953232P)
Nama PensyarahCik Hardiana bt Abdul Jalil
PENGENALAN• “Satu lagi elemen baru yang diperkenalkan
dalam Reformasi Pendidikan ialah kemahiran berfikir. Berfikir adalah satu kemahiran dan bukan kebolehan semula jadi. Kepintaran akal atau intelligent tidak bererti mempunyai kemahiran berfikir sekiranya ia tidak menguasai kemahiran itu.”
(Wan Mohd Zahid Mohd Noordin:1993, Wawasan Pendidikan Agenda Pengisian)
OBJEKTIF
• pengetahuan mengenai KBKK dengan lebih mantap
• mengaplikasi pelbagai alat berfikir (kemahiran menyoal, peta minda, pengurusan grafik, CoRT 1) dalam P & P
• mengaplikasi KBKK dalam pelaksanaan komponen kurikulum sekolah bagi menghasilkan P & P yang lebih berkesan
Konsep dan Definisi Pemikiran• Manusia dikurniakan akal (mind) dan
hati (Qalbu)• Akal merupakan sumber intelek yang
menghasilkan pengetahuan.• Dengan wujudnya akal dan hati dapat
membuat penaakulan, memahami sesuatu dan membentuk konsep
PANDANGAN ISLAM TENTANG KEPENTINGAN BERFIKIR
• Al- Quran menggesa supaya sentiasa berfikir dan menggunakan akal.
• Mengelak daripada berfahaman tidak rasional – menolak wahyu.
• Surah Al-A’raf ayat 179 bermaksud:• “ dan sesungguhnya kami jadikan tempat
neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami dengannya ( ayat-ayat Allah) dan mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya bukti keesaan Allah) dan mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengarnya ( ajaran dan nasihat) mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi,mereka itulah orang-orang yang lalai.
GESAAN SUPAYA BERFIKIRTazakkarun
Ta’qilun
Tanzurun
Tadabbarun
Tafakkarun
Ulul albab
RASIONALITI BERFIKIR
Mengapa suruh berfikir?
Iman & Ilmu
Hikmah
Taqwa Al-Falah
Definisi & Tujuan Kemahiran Berfikir
• George (1970) melihat pemikiran sebagai suatu proses penyelesaian masalah dan pelakuan semula jadi yang kompleks.
Edward de Bono (1976) pula mengaitkan kemahiran berfikir dengan pemikiran lateral yang membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah, malahan juga berfikir untuk melihat sesuatu dengan pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah.
Rumusan Definisi & Tujuan
• “Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami”
Budaya Berfikir dapat dipupuk jika:• KBKK diajar secara eksplisit;
diaplikasikan oleh murid• KBKK disepadukan dan disebatikan
dalam aktiviti P & P• KBKK diajar bersama isi pelajaran• KBKK digunakan untuk memikirkan
tentang apa yang dipelajari
MENINGKATKAN KUALITI BERFIKIRElakkan
berfikir secara: 1. terburu-
buru 2. sempit3. kabur 4. bercelaru
Beri peluang latihan danaktiviti:
1. Perbincangan dan menjana idea
2. Membuat keputusan secara teliti, bijak dan bertanggungjawab
3. Penyusunan grafik idea berpusat; peta minda
4. Penyusunan grafik idea berurutan; carta aliran
Jenis-Jenis Kemahiran Berfikir
BERFIKIR SECARA KRITIS
BERFIKIRSECARA KREATIF
MEMBUAT KEPUTUSAN DANMENYELESAIKAN MASALAH
KBKK
BERFIKIR SECARA KRITIS
• Kemahiran Berfikir Secara Kritis merupakan kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea berdasarkan alasan dan bukti yang munasabah dan mendorong ke arah pertimbangan yang baik
Pemikiran kritis
• melibatkan penjelasan idea bagi mempertingkatkan pemahaman dan keupayaan untuk menggunakan maklumat dengan berkesan
• melibatkan proses menganalisis dan menilai idea, data atau maklumat untuk kefahaman yang jelas, kukuh dan bermakna .
CONTOH BERFIKIR SECARA KRITIS
a) membanding dan membeza b) membuat kategori / klasifikasi c) menerangkan sebab d) menentukan sumber yang dipercayai e) membuat ramalan f) meneliti bahagian kecil dan keseluruhan g) mengusul periksa andaian h) membuat inferens i) menilai sesuatu j) membuat generalisasi
Berfikir Secara Kreatif
• Kemahiran Berfikir Secara Kreatif ialah kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menjana dan menghasilkan idea yang tidak terhad, pelbagai, baru, asli, luar biasa, provokatif, mencabar, mudah ubah, dan dapat dikembangkan kepada idea yang lebih luas dan terbuka
PEMIKIRAN KREATIF
• pemikiran kreatif berfungsi memperluas dan memperkembang daya imaginasi inovasi dan kreativiti untuk mendapatkan idea yang banyak, pelbagai dan baru
CONTOH BERFIKIR SECARA KREATIF
a) menjana dan menghasilkan idea yang pelbagai (baru, asli, luar biasa, provokatif, mencabar )b) mencipta analogic) mencipta metaforad) membuat definisie) membuat hipotesis f) membuat peta konsep
Kemahiran Membuat Keputusan dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah.
• Kedua-dua kemahiran ini sebenarnya terkandung dalam kedua-dua domain KBKK (pemikiran kritis dan kreatif)
JENIS-JENIS PEMIKIRAN
• Kritis• Membina• Kreatif• Deduktif• Induktif• Divergen• Konvergen
PEMIKIRAN KONVERGEN
Pemikiran konvergen sebagai daya berfikir yang membolehkan seseorang menggunakan pengetahuan sedia ada dengan integrasi logik dan susunan demi menghasilkan idea atau jawapan yang lazim.
Penyelesaian masalah juga dilakukan berdasarkan pengetahuan, pengalaman, peraturan prinsip, teori, hukum atau rumus yang sedia ada.
Pemikiran konvergen tertumpu ke arah mencari satu jawapan atau satu cara tertentu dikenali sebagai pemikiran tertumpu atau pemikiran berpandu. Ia juga disebut pemikiran penaakulan atau pemikiran kritis.Proses pemikiran yang terlibat dalam menjawab soalan ini ialah menenangkan, menyatakan, membanding dan membeza.
PEMIKIRAN DIVERGEN
Dikenali sebagai pemikiran bercapah dan memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif tentang sesuatu maklumat. Ia merujuk kepada berfikir dalam penyelesaian sesuatu masalah dari berbagai-bagai sudut.
Individu yang berfikiran divergen diangap individu yang kreatif. Ia juga dikenali sebagai pemikiran mendatar atau lateral dan mempunyai unsur celik akal supaya masalah terbuka dapat diselesaikan dengan pelbagai cara yang unik dan luar biasa.
PEMIKIRAN INDUKTIF • Belajar utk dpt hukum• Perkenalkan pengetahuan & berikan
pengalaman• Kumpul maklumat utk membentuk hukum• Buat kesimpulan umum dpd cth –cth tertentu• Dapatkan satu kesimpulan dari satu urutan
pemikiran• Buat justifikasi dpd yg khusus kepada yang
umum
PEMIKIRAN DEDUKTIF
• Berasaskan hukum-hukum tertentu• Mula dengan melihat hukum-hukum
atau mempelajari peraturan-peraturan
tertentu• Kemudian menganalisa hukum-hukum
tadi• Melalui contoh-contoh atau
mengaplikasikan peraturan yg telah diberi
KAEDAHPENGAJARAN
MODEL PENGAJARAN
PENDEKATAN
PENDEKATAN
• Guru tahu serba sedikit ciri otak, fungsi minda dll.• Wujudkan suasana sesuai untuk berfikir • Menggalakkan aktiviti berfikir :
perbandingan, analisis, sintesis, dll • Gunakan kaedah sumbangsaran, inkuiri,
kajian kes dll • Menggalakkan pelajar menggunakan daya
kreativiti: lakonan, drama, main peranan dll
MODELPENGAJARAN
Strategi membanding/membeza
Strategi dramatik & beremosi
Strategi misteriStrategi bahas & pertikaian
Strategi rangka rujuk
MENGAPA KBKK PENTING
• Mengatasi kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercalaru, kabur dan sempit
• Meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka
• Bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujjah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik.
MENGAPA KBKK PENTING
• Mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak
• Mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada dalam atau luar sekolah
• Menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif
KESIMPULAN
Dengan mempelajari KBKK adalah diharapkan kualiti pemikiran murid meningkat, mereka boleh membuat keputusan dengan tepat, seterusnya dapat menghasilkan idea yang bernas, pendapat yang jitu dan pandangan yg kritis dan kreatif, selain daripada itu dapat membezakan baik dan buruk dalam menghadapi cabaran terkini.
RUJUKAN
• Ainon dan Abdullah (1995) Teknik Berfikir : Konsep dan Proses.Cheras Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors SDN BHD
• Ainon dan Abdullah (1995) Kepintaran Daya Cipta dan Kemahiran Berfikir, Cheras, Kuala Lumpur :Utusan Publications & Distributors SDN BHD
• Poh Swee Hiang (2000). ”KBKK edisi Kedua – Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif”. Kuala Lumpur : Percetakan Sentosa.
• Samsu Yaacob (1996). ”Aplikasian Kemahiran Berfikir dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Men. Atas. Kajang :Makruf Publisher.
• Som Nor dan Mohd Dahlan Mohd Ramli (1998). ”Kemahiran Berfikir Secara Kritis & Kreatif(KBKK). Petaling Jaya : Pearson Education.
SekianTerima Kasih