soalan kbkk 8 april

Upload: nur-hidayah

Post on 07-Jul-2015

117 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Soalan KBKK 8 April 2011 [ murid-murid SAS soalan hujung minggu}

Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menghormati lambang-lambang negara? [ 5 Markah ]

Soalan KBKK 15 Sept 2009

Apakah insiatif yang wajar diambil oleh orang Melayu bagi menghadapi dasar ekonomi British yang meminggirkan rakyat pribumi? (5 M )

Jawapan model terpilih kali ini adalah sumbangan NIk Khaidir. Tahniah dan terima kasih

Bagi menghadapi dasar ekonomi British yang meminggirkan masyarakat peribumi, golongan cerdik pandai serta pemimpin dalam kalangan masyarakat Melayu perlulah memberikan kesedaran kepada orang Melayu serta masyarakat peribumi bahawa dasar ekonomi British telah meminggirkan mereka daripada mengecapi kemajuan yang ada.

Kedua, masyarakat peribumi perlulah diberi pendedahan, pengetahuan berkenaaan kegiatankegiatan ekonomi yang dijalankan oleh pihak British tetapi tidak diceburi oleh orang Melayu seterusnya memberi galakkan kepada masyarakat Melayu untuk menceburkan diri dalam kegiatan-kegiatan ekonomi secara meluas.

Ketiga, orang Melayu juga perlulah bangkit dan menggesa agar pendidikan untuk masyarakat peribumi dimajukan. Kesan daripada sistem pendidikan yang efektif, masyarakat peribumi akan terdidik seterusnya mampu menghadapi dasar ekonomi British yang hanya menguntungkan pihak British semata-mata.Keempat, orang Melayu perlulah menggesa pihak British agar membangunkan sistem pengangkutan dan perhubungan agar barangan tempatan dan maklumat dapat disampaikan dengan lancar. Oleh sebab kegiatan ekonomi lebih tertumpu di kawasan bandar, masyarakat peribumi perlulah mewujudkan petempatan di bandar secara proaktif agar mereka tidak dipinggirkan oleh dasar ekonomi yang dirangka oleh pihak British.Masyarakat Melayu perlu menubuhkan syarikat kerjasama agar modal mereka dijana untuk menyaingi kegiatan ekonomi moden yang dikuasai British. Media massa perlu mengkritik dasar ekonomi British yang jelas bertujuan bukan sahaja meminggirkan orang Melayu malah untuk memastikan orang Melayu terus miskin dan tertinggal dalam arus pembangunan.

Soalan KBKK 21 Ogos 2009 Sebagai warga negara Malaysia, bagaimanakah anda menunjukkan semangat cinta akan negara? (5 M).

Pada kali ini juga memilih jawapan Muhammad Fakhrul Helmi sebagai contoh jawapan. Tahniah kerana jawapan yang bernas. Sebagai warganegara malaysia yang hidup dalam alaf-21 ini ,pelbagai cara boleh dilakukan bagi menunjukkan semangat cinta akan negara Malaysia. Antara cara yang boleh ditonjolkan bagi membuktikan bahawa kita mencintai negara Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang ini, adalah melalui perlakuan, percakapan yang ditonjolkan kepada masyarakat.

Hal ini sedikit sebanyak dapat dijadikan tauladan dan ikutan kepada orang ramai. Contohnya melalui sikap kita mengibarkan bendera Malaysia di kenderaan rumah maupun kelas kita belajar.

Percakapan kita yang berkaitan kebanggaan dan kesyukuran mendiami negara yang aman dan mewah juga membuktikan rasa cinta kita pada tanah air. Kesemua ini,membuktikan bahawa kita mempunyai semangat patriotisme yakni cinta akan negara. Selain itu, kita dapat membuktikan bahawa kita mempunyai semangat cinta akan negara dengan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. Hal ini jelas dibuktikan oleh Dato` Nicol Ann David yang mengharumkan nama Malaysia dalam bidang sukan. Ini jelas menunjukkan semangat cinta akan negara yang terdapat pada jiwa Dato` Nicol .Begitu juga kita, dapat mengharumkan malaysia melalui penglibatan dalam beberapa acara bertaraf dunia atau memadai memberi sokongan kepada perjuangan mereka terutama semasa pertandingan di adakan. Seterusnya, kita dapat menunjukkan cinta akan Malaysia melalui penglibatan dalam perarakkan hari kemerdekaan. Sedikit sebanyak ianya menunjukkan bahawa kita mempunyai semangat patriotisme yang tinggi. Hal ini dapat menyumbangkan kemeriahan sambutan hari merdeka yang setahun sekali disambut di merata tempat. Di samping itu, kita juga dapat menunjukkan bahawa kita mencintai negara malaysia dengan mengadakan kempen-kempen kesedaran kepada remaja masa kini yang semakin dijajah minda melalui pelbagai cara yang tanpa disedari langsung. Kita wakilkan diri bagi menyedarkan mereka kembali kepad jati diri Malaysia sebenar. Akhir sekali, kita dapat menunjukkan semangat cinta akan negara Malaysia dengan mengadakan laman-laman web dan blog mengenai kehebatan, keidahan, keistimewaan negara Malaysia. Hal ini kerana, pada zaman kini, remaja lebih banyak meluangkan masa lapang dengan melayari internet. Dengan wujudnya laman web yang bersifat patriotisme ini, akan terubahlah sedikit pandangan masyarakat mengenai cara-cara menunjukkan cinta akan negara Malaysia. Ini akan membawa kearah lebih bersemangat memperjuangkan negara Malaysia agar MALAYSIA DAPAT MENCAPAI WAWASAN 2020! sekian,(RMC BOYZ 0910-iv ZETA)

Soalan KBKK 27/7/09 Mengapakah anda patut melibatkan diri dalam sambutan hari kemerdekaan negara? 5 Markah Murid-murid, jawapan terbaik soalan ini ialah kiriman Mohammad Fareez/Amar. Penglibatan kita dalam sambutan hari kemerdekaan adalah untuk menghargai dan mengenang jasa tokoh kemerdekaan kita. Disamping itu dapat menanamkan semangat patriotisme dalam diri kita Sambutan hari kemerdekaan dapat menunjukkan rasa syukur kerana telah memperoleh kemerdekaan selepas sekian lama dijajah. Sambutan hari kemerdekaan yang melibatkan pelbagai kaum dapat memupuk perpaduan antara kaum di Malaysia. Langkah ini selari dengan hasrat semangat 1Malaysia. Sambutan juga menunjukkan kepada negara luar bahawa rakyat Malaysia memang mahukan kemerdekaan dan mampu memajukan negara sendiri tanpa bantuan penjajah Kemeriahan sambutan kemerdekaan dapat menunjukkan kepada pelancung asing bahawa kita sebagai rakyat Malaysia sangat menghargai kemerdekaan dan berjuang mempertahankan kedaulatannya. Tuntasnya sambutan ini dapat membuktikan bahawa bangsa Malaysia hidup dalam keharmonian, aman dan damai dan bangga sebagi warga negaranya.

Soalan KBKK 10/7/09

Mengapakah setiap warga negara Malaysia mesti mempunyai semangat patriotik? ( 4 M ) Murid-murid, cikgu paparkan contoh jawapan terbaik kiriman Muhammad khalil Mokhti untuk soalan ini. Cikgu titipkan ucapan terima kasih kerana kesudian berkongsi serta pandangannya yang bernas. Setiap warganegara malaysia harus memiliki semangat patriotik untuk menjamin kemerdekaan yang telah kita telah kecapi lebih 50 tahun iniSelain itu juga, semangat patriotik dalam diri masyarakat akan meningkatkan lagi kesungguhan mereka untuk bekerja untuk terus meningkatkan ekonomi negara kita. Seterusnya, semangat patriotik juga akan menjadikan masyarakat bersatupadu untuk mewujudkan suasana yg harmoni dan aman walaupun tinggal dalam komuniti pelbagai kaum. Semanagt patriotik dalam kalangan rakyat juga akan menjadikan masyaarakat kita lebih menghargai, mengingati dan menyanjung serta membantu pejuang tanah air yg masih lagi hidup dan juga keluarga mereka. Akhir sekali, semangat patriotik akan dapat melahirkan rakyat malaysia yg sentiasa membawa nilai-nilai murni dan bangga menjadi rakyat malaysia di mana-mana pelusuk dunia.

Soalan KBKK 9/7/2009 Mengapakah terdapat perbezaan pendapat tentang teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara? (4 M) Murid murid semua sila semak jawapan anda mengikut skema berikut:

Terdapat perbezaan pendapat tentang teori kedatangan Islam ke Asia Tenggra kerana dikemukakan oleh tokoh sejarawan yang berbeza iaitu John Crawford yang dsokong oleh Syed Naqiub al Attas Islam dari Arab, E.G. Eredia dan S.Q. Fatimi Islam dari China serta Snouk Hurgronje Islam dari India. Sejarawan membuktikan teori mereka berdasarkan sumber sejarah yang berbeza. John Crawford menggunakan catatan China sebagai bukti penempatan Islam di Ta Shih. Snouk Hurgronje pula menggunakan bukti batu nesan Malik Ibrahim yang menngunakan marmar dari India. Perbezaan pendapat juga berlaku kerana tokoh sejarawan mengemukakan tarikh kedatangan Islam yang berbeza di Asia Tenggara. John Crawford pada 7M di Ta Shih dan S.Q. Fatimi pada 1303 di Terengganu . Perbezaan pendapat menunjukkan wujudnya pelbagai tafsiran dalam kalangan sejarawan tentang fakta sejarah yang di kemukakan. Ini kerana wujud perrbezaan nilai dan budaya mereka.

39 Responses to Anjung Jawab Feed for this Entry Trackback Address

1.

1 @mi497July 9, 2009 at 4:56 am

ia sangat bagus krn ia sangat berguna kepadasemua calon spm dan memudahkan kpd semua para calon smp utk p&p Reply 2. 2 Muhammad Afiq bin KamarudinJuly 25, 2009 at 5:33 pm

Semangat patriotik amat penting bagi mengekalkan kemerdekaan negara serta mengelakkan negara kita dijajah kembali oleh kuasa asing. Selain itu, semangat patriotik juga penting untuk memastikan kemajuan kekal diteruskan oleh pemimpin pemimpin tempatan. Ia juga dapat memastikan keamanan dapat dikekalkan oleh semua rakyat tempatan tanpa berlakunya pergaduhan atau perselisihan kaum. Semangat patriotik pentig bagi melahirkan bangsa yang maju dan sanggup berkorban

bagi kepentingan bangsa dan negara. Semangat patriotik juga membantu agar kita tidak lupa asal usul diri kita dan pengorbanan pejuang kemerdekaan. Selain itu,martabat Malaysia di mata dunia melalui kejayaan yang dicapai oleh rakyat malaysia yang berjiwa patriotik. Rakyat Malaysia yang berjiwa patriotik juga akan mempromosikan Malaysia walau di mana sahaja mereka berada. Reply 3. 3 Mohd Shahrul bin IsmailJuly 25, 2009 at 5:57 pm

semangat patriotisme penting kerana ingin memajukan negara dari pelbagai aspek seperti ekonomi,sosial dan pentadbiran. selain itu semangat patriotisme juga penting bagi mengekalkan kemerdekaan yang telah lame kita kecapi.semangat patriotisme dapat melahirkan perasaan ingin mempertahankan negara dari segala ancaman penjajah. semangat patriotisme juga dapat mengekalkan kemajuan negara yang telah dibangunkan oleh pemimpin-pemimpin yang terdahulu.selain itu,ianya juga dapat mengekalkan keamanan negara tanpa ada sebarang pergaduhan kaum. semangat patriotisme juga dapat menigkatkan martabat malaysia di mata dunia. rakyat yang mempunyai semangat patriotisme akan menaikkan nama malaysia di persada dunia. semangat patriotisme juga penting bagi memastikan rakyat terus mengingati perjuangan pejuang-pejuang yang terdahulu. Reply 4. 4 Muhammad Eshadiq Saharudin-5bestari-sasJuly 26, 2009 at 12:51 am

kita hendaklah mempunyai semangat patriotik kerana untuk mengelakkan negara kita dijajah seperti dahulu kala bukan sahaja dijajah melalui peperangan tetapi melalui ekonomi dan sosial Selain itu, negara lain juga akan memandang tinggi Malaysia sebagai negara kuasa besar di Asia Tenggara. Patriotisme juga akan menjadikan kita beratu padu terutamanya berlainan kaum dan agama untuk memupuk semangat muhibah sesama rakyat Malaysia.

Seterusnya, semangat patriotik akan menjadikan kita menghargai sumbangan pejuangpejuang dahulu kala dan seterusnya menghargai mereka. Reply 5. 5 .Haziq Syamin.5 best.ssas.July 26, 2009 at 1:55 am

Semangat patriotik penting untuk mengekalkan kemerdekaan yang telah lama digapai negara. Selain itu, semangat patriotik juga haruslah disemai dalam diri setiap rakyat supaya perpaduan antara kaum dapat dikekalkan. Dengan semangat patriotik, rakyat dapat lebih menghayati jasa dan pengorbanan tokoh terdahulu yang berjuang untuk kemerdekaan negara. Semangat patriotik juga menanam perasaan cinta dan bangga dengan tanah air. Dengan ini, perhubungan domestik dan juga antarabangsa akan dapat dipertingkatkan. Seterusnya, semangat patriotik dapat meningkatkan lagi prestasi pentadbiran negara dengan mencontohi tokoh-tokoh terdahulu. Reply 6. 6 Muhamad Norfazli bin Muhamad AminJuly 26, 2009 at 3:48 pm

Pada pendapat saya, semangat patriotik dapat memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Dengan perpaduan yang kukuh, penjajah tidak berkesempatan untuk menjajah tanah air kita Selain itu, semangat patriotik dapat melahirkan rasa penghargaan tokah terdaahulu. Tunku Abdul Rahman misalnya telah menuntut kemerdekaan Tanah Melayu hanya melalui rundingan. Seterusnya kemajuan sesebuah negara hanya dapat dicapai dengan adanya semangat patriotik dalam kalangan rakyat. Semangat patriotik menimbulkan rasa tanggungjawab rakyat untuk membangunkan negara. Akhir sekali, semangat patriotik dapat mengekalkan keamanan negara kerana tiada persilisihan faham dalam kalangan rakyat apabila perpaduan dapat dicapai. Reply

7.

7 Muhamad Zhahir bin JamilanJuly 26, 2009 at 4:05 pm

Pada pendapat saya, antara kepentingan semangat patriotik memupuk semangat cinta akan negara dan bangsa.Dengan adanya semangat patriotik dalam jiwa setiap masyarakat, semangat cinta akan negara dapat dipupuk dalam diri setiap individu. Selain itu, semangat patriotik juga berfungsi membentuk identiti bangsa Malaysia, dengan adanya semangat patriotik dalam diri setiap masyarakat satu identiti bangsa Malaysia yang mantap dan mapan. Semangat patriotik juga mampu membangkitkan semangat ingin mempertahankan negara dari ancaman musuh. Semangat patriotisme yang kuat akan melahirkan suatu perasaan ingin mempertahankan negara samada melalui bantahan mahupun senjata. Dengan adanya semangat patriotik dalam diri setiap warga negara, negara tidak akan ketandusan modal insan yang berkualiti kerana para pelajar yang menimba ilmu di negara lain dibawah tajaan negara akan tetap pulang kerana ingin melihat kemajuan negara sendiri. Semangat negara juga mampu memajukan negara secara mapan dan pantas, hal ini kerana dengan tersemainya semangat patriotik yang kukuh dalam diri setiap individu, setiap individu itu akan bersungguh-sungguh memajukan negara agar duduk sama rendah dan diri sama tinggi dengan negara maju lain. Reply 8. 8 Shahir Yasin bin Mohd. Yusuf -5 Bestari- -SASJuly 26, 2009 at 4:21 pm

Semangat patriotik perlu ditanamkan dalam diri setiap insan bagi menghargai nikmat kemerdekaan yang telah kita kecapi selama ini. Selain itu, menerusi semangat patriotisme, integrasi nasional dapat diwujudkan kerana semua orang hidup dalam keadaan yang aman, damai dan harmoni. Tambahan pula, konsep Satu Malaysia dapat direalisasikan menerusi semangat patriotik yang telah tertanam dalam diri. Di samping itu, semangat bersatu padu turut dapat disemai dalam diri setiap warganegara Malaysia.

Sudah pasti Wawasan 2020 dapat dicapai kerana masing-masing berusaha untuk memajukan negara atas dasar semangata patriotik iaitu mementingkan negara lebih daripada diri sendiri. Akhirnya, semangat patriotik yang disemai dalam diri mampu membolehkan kedaulatan negara terjamin daripada dijajah oleh bangsa luar. Reply 9. 9 aidil haikal - 5 Bestari- -SSASJuly 27, 2009 at 1:15 pm

Setiap warganegara malaysia seharusnya memiliki semangat patriotik kerana beberapa kelbihannya. Antaranya, kita dapat menjamin kemerdekaan negara Malaysia yang telah dikecapi lebih 50 tahun. Selain itu , semangat patriotik yang utuh akan meningkatkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Ini akan mengelakkan peristiwa 13 Mei dari berlaku lagi. Semangat patriotik dalam kalangan rakyat juga akan melahirkan masyarakat yang mampu menghargai, mengingati dan menyanjung segala pengorbanan tokoh-tokoh yang telah memberi sumbangan dalam kita memperoleh kemerdekaan. Akhir sekali, semangat patriotik akan dapat melahirkan rakyat malaysia yg sentiasa mengingati adat tradisional dan membawa nilai-nilai murni sebagai seorang rakyat Malaysia yang cemerlang. Reply 10. 10 aidil haikal - 5 Bestari- -SSASJuly 27, 2009 at 1:17 pm

terima kasih kerana telah mengadakan laman yang banyak bermanfaat ini Reply 11. 11 mohamed nabil - 5 Bestari --SSASJuly 27, 2009 at 2:28 pm

Setiap warganegara Malaysia mesti mempunyai semangat patriotik agar dapat mengekalkan kemerdekaan tanah air yang telah lama dicapai negara.

Selain itu, semangat patriotik juga penting untuk menjamin perpaduan antara pelbagai kaum di Malaysia agar dapat membentuk negara yang aman dan harmoni sekaligus membina negara yang maju dan mantap ekonominya. Tambahan pula, semangat patriotik juga dapat meningkatkan semangat cinta akan tanah air dalam diri setiap warganegara Malaysia walau dimana jua kita berada. Semangat patiotik juga dapat melahirkan individu yang mempunyai semangat juang yang tinggi dalam mempertahankan negara daripada serangan musuh-musuh negara agar tidak dijajah semula. Akhir sekali, semangat patriotik membuatkan seseorang itu mengingati semula perjuangan pejuang-pejuang tanah air yang bersusah-payah memperoleh kemerdekaan tanah air. Reply 12. 12 Amir Sharifuddin Bin Md Kamal (MC)July 31, 2009 at 2:38 am

Mengapakah setiap warga negara Malaysia mesti mempunyai semangat patriotik? Setiap warganegara Malaysia mesti mempunyai semangat patriotik untuk memastikan kemerdekaan yang dikecapi sehingga kini dapat dikekalkan seterusnya dinikmati sehingga generasi yang akan datang. Semangat Patriotik penting untuk mengekalkan perpaduan dan kerjasama antara kaum di Malaysia yang dapat mengukuhkan keamanan supaya rakyat Malaysia dapat hidup dalam keadaan harmoni. Selain itu rakyat Malaysia perlu mempunyai semangat patriotik untuk memastikan Wawasan 2020 yang dilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir dapat dicapai seterusnya menaikkan imej Malaysia di mata dunia. Semangat Patriotik dapat melahirkan rakyat Malaysia yang kreatif dan inovasi yang dapat menjana kemajuan dalam bidang ekonomi dan pendidikan melalui kesungguhan dan sikap yang serius ketika bekerja. Reply 13. 13 Mohammad Fareez/Amar (5 Maju)July 31, 2009 at 2:50 am

Mengapakah kita perlu melibatkan diri dalam sambutan hari kemerdekaan negara? Supaya kita dapat menghargai dan mengenang jasa tokoh kemerdekaan kita.

Supaya dapat menanamkan semangat patriotisme dalam diri kita. Dapat menunjukkan rasa syukur kerana telah memperoleh kemerdekaan selepas sekian lama dijajah. Dapat memupuk perpaduan antara kaum di Malaysia. Dapat memupuk perasaan cinta akan negara. Untuk menunjukkan kepada negara luar bahawa rakyat Malaysia memang mahukan kemerdekaan dan mampu memajukan negara sendiri tanpa bantuan mereka. Supaya dapat menunjukkan kepada pelancong asing bahawa kita sebagai rakyat Malaysia sangat menghargai kemerdekaan yang telah dicapai. Untuk merealisasikan konsep 1 Malaysia yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-6,Dato Seri Najib bin Tun Razak. Supaya kita dapat mewujudkan bangsa Malaysia yang hidup dalam keharmonian,aman dan damai. Reply 14. 14 luqman@mn-V maju-SASJuly 31, 2009 at 2:52 am

Mengapakah setiap warganegara Malaysia mesti mempunyai semangat patriotik? Warganegara Malaysia mesti mempunyai semangat patriotik kerana ianya dapat mengekalkan kemerdekaan yang telah kita kecapi pada hari ini. Selain itu, melalui semangat patriotik dalam diri juga dapat membantu meningkatkan lagi kemajuan negara dalam bidang ekonomi,sosial dan juga pentadbiran negara. Malah, seseorang yang mempunyai semangat patriotik juga akan merealisasikan hasrat negara Malaysia menjadi negara setaraf dengan negara maju melalui wawasan 2020. Tambahan pula, semangat patriotik dalam kalangan rakyat juga mampu memperkukuhkan lagi perpaduan antara kaum di Malaysia. Di samping itu, konsep satu Malaysia juga dapat ditunaikan melalui semangat patriotik dalam setiap warganegara Malaysia. Melalui semangat patriotik dalam diri juga, seseorang itu akan lebih menghargai perjuangan tokoh-tokoh negara yang telah berjuang menentang penjajah demi mencapai kemerdekaan negara yang kita nikmati pada hari ini. Akhir sekali,dengan wujudnya semangat patriotik dalam diri, sudah pastinya dapat melahirkan insan yang sanggup berkorban demi mempertahankan tabah air daripada ancaman musuh.

Reply 15. 15 Zulhilmy_mono.July 31, 2009 at 2:52 am

Mengapakah setiap warganegara Malaysia mesti mempunyai semangat patriotik? Pada pendapat saya, setiap warganegara Malaysia perlu mempunyai semangat patriotik dalam diri masing-masing kerana semangat patriotik dapat membantu rakyat Malaysia berusaha memajukan negara. Selain itu, semangat patriotik juga membantu mngukuhkan perpaduan atau perhubungan antara kaum di Malaysia memandangkan Malaysia dihuni oleh masyarakat yang berbilang kaum seterusnya dapat mengatasi isu-isu perkauman yang sedia ada.Semangat patriotik juga dapat mengingatkan kembali kepada setiap individu rakyat Malaysia akan perjuangan dan pengorbanan setiap tokoh dan perajurit untuk memerdekakan tanah air tercinta.Dengan adanya semangat patriotik ini, setiap rakyat Malaysia akan lebih menghargai kemerdekaan yang telah kita kecapi ini, dalam masa yang sama perlu berwaspada agar kita tidak dijajah lagi. Reply 16. 16 Mohammad Aiman Bin Hamzah--5 Maju--SASJuly 31, 2009 at 2:53 am

Soalan KBKK 27/7/09 Mengapakah anda patut melibatkan diri dalam sambutan hari kemerdekaan negara? 5 Markah Pada pendapat saya, penglibatan diri dalam sambutan hari kemerdekaan negara adalah amat penting untuk mewujudkan masyarakat yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi dan cinta akan negara. Selain itu, sebagai warganegara Malaysia, kita seharusnya menghormati dan memperingati pejuang-pejuang negara yang telah berkorban nyawa untuk mempertahankan kedaulatan negara. Tambahan pula, sempena program 1Malaysia pada tahun ini,sambutan hari kemerdekaan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara kaum majmuk di Malaysia. Dengan melibatkan diri dalam sambutan hari kemerdekaan negara, kita dapat memupuk semangat kerjasama antara kaum dalam merancang sesuatu program untuk kepentingan negara dan ini dapat menjadikan Malaysia sebagai negara majmuk yang menjadi contoh kepada negara-negara lain yang sedang membangun.

Reply 17. 17 Mohd Hidayatullah Putra Bin HamzahJuly 31, 2009 at 2:53 am

mengapakah anda perlu melibatkan diri dalam sambutan kemerdekaan negara? bagi saya, ia adalah satu kewajipan untuk saya terlibat dalam setiap sambutan kemerdekaan yang diadakan kerana ia menunjukkan bahawa saya menghargai dan mengenang detik-detik kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh para nasionalis suatu ketika dahulu. penglibatan dalam sambutan kemerdekaan ini turut meningkatkan semangat cinta akan tanah air disamping melahirkan satu semangat dan sikap yang lebih produktif dalam diri saya. selain itu, melalui sambutan yang dijalankan,ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara kaum yang juga merupakan matlamat dan asas kepada pembentukan negara Malaysia suatu ketika dahulu. Penglibatan dalam setiap sambutan kemerdekaan juga menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sentiasa bersatu-padu dalam setiap aktiviti yang dijalankan. hal ini menunjukkan bahawa semanagt bersatupadu yang diamalkan oleh pejuang-pejuang nasionalis untuk mencapai kemerdekaan , masih diamalkan sehingga kini dan menjadi satu lambang identiti bangsa Malaysia. Ini membuktikan bahawa usaha Bapa Perpaduan Malaysia, Tun Hussien Onn berhasil. Hal ini akan membuatkan masyarakat negara luar memandang tinggi terhadap rakyat Malaysia. selain itu, penglibatan saya dalam sambutan kemerdekaan yang diadakan dapat menunjukkan taat setia saya kepada pemimpin dan ini adalah asas kepada pembentukan negara yang berdemokrasi.secara keseluruhannya , ia adalah satu kewajipan bagi setiap individu untuk melibatkan diri dalam sambutan yang diadakan. Reply 18. 18 Muhammad Faiez Othman--5 Maju--SSASJuly 31, 2009 at 2:54 am

Mengapakah and patut melibatkan diri dalam sambutan hari kemerdekaan? Kita perlulah melibatkan diri dalam sambutan hari kemerdekaan kerana ia merupoakan satu medium di mana kita dapat meluahkan dan menunjukkan semangat cinta akan tanah air kita. Selain itu juga, penglibatan dalam sambutan hari kemerdekaan juga dapat mengeratkan silaturahim serta mengukuhkan perpaduan antara masayarakat yang berbilang kaum di negara ini. ketika sambutan hari kemerdekaan juga dapat menambahkan semangat patrotik yang sekian lama terbenam di dalam jiwa rakyat masing-masing.

Sambutan ini juga akan menambahkan sifat kekeluargaan antara kita. KIta juga dapat menambahkan kreativiti serta sifat inovatif di antara kita ketika menyambut hari kemerdekaan ini.. sekian terima kasih.. Reply 19. 19 dika fazzerol...sas...5maju..July 31, 2009 at 2:54 am

Mengapakah anda perlu melibatkan diri dalam sambutan hari kemerdekaaan negara? Sebagai warganegara Malaysia, kita perlu menyambut hari kemerdekaan sebagai meraikan detik-detik bersejarah iaitu kebebasan negara kita dari penjajahan luar disamping menghargai jasa tokoh-tokoh yang terlibat dalam proses memerdekakan negara seperti Tunku Abdul Rahman, DatoOnn Jaafar dan lain-lain. Selain itu, sambutan hari kemerdekaan juga penting untuk membuktikan semangat cintakan tanah air kerana semangat ini dapat mengekalkan perpaduan antara kaum di negara kita selain memupuk kerjasama antara satu sama lain. Akhir sekali, sambutan kemerdekaan juga dapat melahirkan individu yang cemerlang dalam aspek-aspek yang tertentu. Hal ini kerana, dengan menyambut kemerdekaan negara kita akan dapat melahirkan semangat juang yang tinggi dalam mempertahankan negara daripada dijajah lagi. sekian terima kasih Reply 20. 20 Muhammad Hasifi_5 Maju-SSASJuly 31, 2009 at 2:55 am

Pada pendapat saya, penglibatan dalam sambutan hari kemerdekaan negara dapat memupuk semangat cintakan negara yang lebih mendalam. Perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang bangsa di negara ini juga dapat diperkukuh. Melalui sambutan hari kemerdekaan, kerjasama dalam kalangan rakyat juga dapat dilihat kerana mereka bekerjama menjayakan sambutan gilang-gemilang itu.

Sambutan seperti ini juga dapat mengajar rakyat supaya mensyukuri nikmat kemerdekaan yang dianugerahkan kepada negara Malaysia yang tercinta. Sebagai warganegara Malaysia, sambutan sebegini dapat menyedarkan kita supaya berbangga dengan pencapian yang telah dikecapi oleh negara setelah 52 tahun merdeka. Reply 21. 21 ahmad shahrin.....sas...5 MajuJuly 31, 2009 at 2:56 am

Pada pendapat saya,semangat patriotik sangat diperlukan oleh setiap warganegara kita dalam usaha untuk memelihara kemerdekaan yang telah kita kecapi selama lebih 50 tahun ini yang telah diusahakan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu. Selain itu, kita juga dapat meningkatkan semangat masyarakat Malaysia untuk lebih bersaing dengan negaranegara maju lain. Di samping itu, kita juga dapat memelihara semangat perpaduan dalam konteks menghormati sesama bangsa dan agama yang telah lama diterapkan.Ini juga dapat menjamin keharmonian perpaduan dalam membentuk negara yang aman dan harmoni justeru untuk memantapkan negara dari segi ekonomi dan politik. Selain itu juga ,konsep 1MALAYSIA yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri Malaysia dapat direalisasikan melalui semangat patriotik yang telah tertanam dalam setiap rakyat Malaysia. akhir sekali,semangat patriotik amat diperlukan oleh setiap warganegara malaysia supaya Wawasan 2020 dapat dijayakan dengan kemajuan dalam setiap bidang Reply 22. 22 Nik Mohamad Lukman,SPM 5 Alpha SMS Tengku Muhammad Faris PetraAugust 4, 2009 at 8:38 am

Warganegara Malaysia mesti mempunyai semangat patriotik kerana ianya dapat mengekalkan kemerdekaan yang telah kita kecapi pada hari ini. Di samping itu, kita juga dapat memelihara semangat perpaduan dalam konteks menghormati sesama bangsa dan agama yang telah lama diterapkan.Ini juga dapat menjamin keharmonian perpaduan dalam membentuk negara yang aman dan harmoni justeru untuk memantapkan negara dari segi ekonomi dan politik.

Semangat patriotik juga dapat mengingatkan kembali kepada setiap individu rakyat Malaysia akan perjuangan dan pengorbanan setiap tokoh dan perajurit untuk memerdekakan tanah air tercinta.Dengan adanya semangat patriotik ini, setiap rakyat Malaysia akan lebih menghargai kemerdekaan yang telah kita kecapi ini, dalam masa yang sama perlu berwaspada agar kita tidak dijajah lagi. Reply 23. 23 yazid@mtd_4zetaAugust 5, 2009 at 3:50 am

soalan kbkk 27/7/09 kita harus melibatkan diri dalam sambutan hari kemerdekaan kerana hari kemerdekaan merupakan hari yang paling bersejarah dan menjadi titik tolak kepada keamanan dan kesejahteraan yang kita kecapi kini.Sambutan hari kemerdekaan juga merupakan sambutan untuk menghargai jasa dan pengorbanan tokoh pahlawan yang berusaha menentang penjajah di tanah melayu pada suatu ketika dahulu seperti Tok Janggut,Dato Abd Rahman Limbong,Dato Bahaman dan lain-lain.Ini merupakan salah satu cara untuk kita mengimbau kembali perjuangan mereka supaya kita sedar bahawa untuk mencapai kemerdekaan kita harus bersatu hati dan berganding bahu.Selain itu,dengan sambutan kemerdekaan ini juga kita dapat menunjukkkan semangat cinta akan negara kita sendiri dan semangat perpaduan yang telah terjalin sekian lama antara masyarakat Malaysia selaras dengan slogan PM kita iaitu 1Malaysia.Oleh yang demikian sebagai rakyat Malaysia,kita harus menyambut smbutan kemerdekaan ini dengan penuh semangat dan keazaman untuk memepertahankan kemerdekaan tanah air.Saya sebagai warga Maktab Tentera Diraja mangucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke- 52 kepada seluruh rakyat Malaysia.. Reply 24. 24 HanafiAdam-RMC0910August 5, 2009 at 4:25 am

kita perlu melibatkan diri dalam sambutan kemerdekaan kerana dengan cara ini,ianya dapat merapatkan lagi hubungan antara kaum(melayu,cina dan india) mahupun seseama kaum dalam konteks ini,konsep 1MALAYSIA yang digalas oleh YB Perdana Menteri kita dapat dijadikan kenyataan.Dalam erti kata yang lain,rakyat malaysia dapat hidup lebih bersatu padu dan harmoni. selain itu,ia juga dapat dijadikan satu daya penarik bagi palancong untuk melancong ke Malaysia dan melihat sendiri kemeriahan dan keintiman rakyat malaysia yang berbilang kaum.Secara tidak langsung,ianya dapat menambahkan lagi pendapatan negara dalam

sektor pelancongan. tambahan pula,ia juga dapat menginsafkan kesemua rakyat malaysia dan menaikkan semangat cinta akan negara.sebagai rakyat malaysia,sambutan ini sangat dinantinantikan. Reply 25. 25 SP Epsilon09-RMCAugust 5, 2009 at 5:55 am

Setiap warganegara perlu memnpunyai semangat patriotik kerana semangat ini merupakan punca utama negara kita menikmati kemerdekaan sehingga sekarang. Selain itu,rakyat negara kita juga perlu mempunyai semangat patriotik supaya perpaduan antara kaum dapat dicapai selaras dengan seruan Perdana Menteri kita yang menganjurkan 1Malaysia. Tambahan pula,dengan semangat ini juga rakyat Malaysia akan mempunyai daya saing yang tinggi untuk mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang sejajar dengan hasrat negara untuk mencapai taraf negara maju dalam Wawasan 2020. Di samping itu,semangat patriotik menyebabkan masyarakat lebih menghargai jasa dan pengorbanan para pejuang kemerdekaan pada suatu ketika dahulu. Reply 26. 26 Dewi Chempaka - SSPAugust 20, 2009 at 3:35 am

Mengapakah anda patut melibatkan diri dalam sambutan hari kemerdekaan negara? Secara asasnya, apabila kita terlibat sama dalam sambutan hari kemerdekaan negara, kita juga memupuk dan menunjukkan rasa cinta pada negara. Selain itu, jika kita terlibat sama, kita dapat menghayati erti kemerdekaan yang sebenar. Penghayatan terhadap erti kemerdekaan ini penting kerana penghayatan inilah yang mengingatkan kita pada bagaimana susahnya untuk mencapai kemerdekaan setelah dijajah selama hampir 450 tahun. Nescaya kita akan lebih menghargai sesuatu kemerdekaan. Seterusnya, dengan menyertai sambutan kemerdekaan negara, kita dapat keluar daripada kopompong kominiti harian kita. Sewajarnya, ketika inilah kita kembali merapatkan perpaduan antara kaum yang kini kelihatan seperti telur di hujung tanduk. Melalui pengelibatan dalam hari kemerdekaan juga, kita dapat menunjukkan rasa terima kasih kepada pemimpin terdahulu yang bersusah payah menuntut kemerdekaan. Akhir sekali,sewaktu hari kemerdekaan inilah kita mengambil peluang untuk belajar daripada sejarah dan berazam agar tidak lagi

mengulangi kesalahan yang dilakukan oleh generasi terdahulu dalam memelihara sesuatu kemerdekaan. Seharusnya, sambutan kemerdekaan di Malaysia pelbagaikan, bukan sahaja dengan mengadakan konsert-konsert dan count down, tetapi sebaiknya disertai dengan ibadah2 keagamaan agar negara kita terus diberkati Tuhan. T.Q Reply 27. 27 hanafi adam(RMC)September 14, 2009 at 7:31 am

Semangat cinta akan negara dapat ditunjukkan dengan pelbagai cara. salah satu caranya ialah dengan mengadakan pertandingan yg berunsur patriotisme iaitu semangat cinta akan negara..contohnya seperti mengadakan perarakan hari kemerdekaan yg disertai oleh pelbagai agensi-agensi kerajaan mahupun agensi swasta.. Selain itu,menggantungkan bendera malaysia di kawasan perumahan masing masing dapat menunjukkan bertapa cintanya kita pada negara.sekolah sekolah juga perlu mengantungkan bendera di kawasan sekolah. Bukan itu sja,mengadakan drama atau filem kemerdekaan juga dapat menggarap semangat cinta akan negara. Akhir sekali,membuat satu rancangan khas bagi menyampaikan salam kemerdekaan kepada rakyat malaysia juga merupakn salah satu cara terbaik bagi meningkatkan semangat cinta akan negara Reply 28. 28 kenitSeptember 14, 2009 at 7:32 am

Warganegara Malaysia mesti mempunyai semangat patriotik kerana ianya dapat mengekalkan kemerdekaan yang telah kita kecapi pada hari ini. Di samping itu, kita juga dapat memelihara semangat perpaduan dalam konteks menghormati sesama bangsa dan agama yang telah lama diterapkan.Ini juga dapat menjamin keharmonian perpaduan dalam membentuk negara yang aman dan harmoni justeru untuk memantapkan negara dari segi ekonomi dan politik. Semangat patriotik juga dapat mengingatkan kembali kepada setiap individu rakyat Malaysia akan perjuangan dan pengorbanan setiap tokoh dan perajurit untuk memerdekakan tanah air tercinta.Dengan adanya semangat patriotik ini, setiap rakyat Malaysia akan lebih menghargai kemerdekaan yang telah kita kecapi ini, dalam masa yang sama perlu berwaspada agar kita tidak dijajah lagi.

Reply 29. 29 gara_bt2@rmcSeptember 14, 2009 at 7:33 am

Pada pendapat saya,semangat patriotik sangat diperlukan oleh setiap warganegara kita dalam usaha untuk memelihara kemerdekaan yang telah kita kecapi selama lebih 50 tahun ini yang telah diusahakan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu. Selain itu, kita perlu meningkatkan semangat masyarakat Malaysia untuk lebih bersaing dengan negara-negara maju lain. Di samping itu, kita juga harus memelihara semangat perpaduan dalam konteks menghormati sesama bangsa dan agama yang telah lama diterapkan.Ini juga dapat menjamin keharmonian perpaduan dalam membentuk negara yang aman dan harmoni justeru untuk memantapkan negara dari segi ekonomi dan politik. Selain itu juga ,konsep 1MALAYSIA yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri Malaysia perlu direalisasikan melalui semangat patriotik yang telah tertanam dalam setiap rakyat Malaysia. akhir sekali,semangat patriotik amat diperlukan oleh setiap warganegara malaysia supaya Wawasan 2020 dapat dijayakan dengan kemajuan dalam setiap bidang Reply 30. 30 muhammad khalil mokhti.sasSeptember 23, 2009 at 6:37 am

Antara langkah yang boleh diambil bagi menghadapi dasar ekonomi yang meminggirkan masyaratkat peribumi ialah melalui kesedaran masyarakat itu sendiri. Bagi memupuk kesedaran nasional, golongan berpendidikan dari barat dan timur tengah, yang terdiri dari golongan cerdik pandai hendaklah menerapkan semanagat cintakan tanah air kepada penduduk tempatan. Selain itu, media massa dan akhbar perlulah memainkan peranan dalam menerapkan kesedaran nasional kepada penduduk tempatan kerana akhbar antara sumber yg paling mudah diperoleh ketika itu. Kesedaran nasional ini juga boleh dipupuk memalui penulisan sastera oleh penulispenulis dan karyawan ketika itu. Hikayat merong mahawangsa dan Hikayat hang tuah merupakan bukti bahawa melalui penulisan, kesedaran boleh diwujudkan. Seturusnya, selain dari membentuk kesedaran, perpaduan antara golongan peribumi khususnya orang melayu perlu diperkuatkan.Dengan kesatuan yang erat, gerakan untuk menuntut hak-hak peribumi akan lebih mendapat perhatian daripada pihak british. Antaranya kongres dan demonstrasi secara sederhana.

Masyarakat peribumi juga, hendaklah menghantar memorandum, surat dan telegram kepada pejabat tanah jajahan di London, meminta agar hak-hak masyarakat peribumi sentiasa dipelihara. Akhir sekali, raja-raja melayu sebagai ketua masyarakat peribumi terutamanya orang melayu hendaklah berbincang dengan wakil britih untuk menuntut hak-hak peribumi. Ini kerana raja-raja melayu merupakan tunjang perpaduan kepada orang melayu yang lain dan langkah yang diambil oleh raja-raja melayu ini akan diteladani oleh rakyat-rakyatnya. Reply 31. 31 Muhamad NorfazliSeptember 25, 2009 at 2:44 pm

Bagi menghadapi dasar ekonomi British yang meminggirkan masyarakat peribumi, rakyat haruslah memmbantah dasar tersebut secara sederhana tanpa kekerasan. Para pemimpin peribumi boleh menghantar surat bantahan atau terus berunding dengan kerajaan yang mewujudkan dasar tersebut. Justeru, kesedaran wajarlah dipupuk dalam kalangan masyarakat peribumi. Kesedaran ini boleh dipupuk melalui peranan media massa serta akhbar yang menyebarkan propaganda yang dapat meningkatkan kesedaran masyarakat. Tambahan lagi, kesedaran juga boleh dipupuk melalui karya penulisan yang dapat membangkitkan kessedaran nasional. Oleh kerana keselurhan rakyat di negara ini sudah pandai membaca, bidang penulisan ini merupakan medium yang paling sesuai untuk membangkitkan kesedaran nasional. Pendidikan menjadi medium membangkitkan kesedaran. Melalui pendidikan dapat melahirkan golongan intelektual yang bertindak sebagai pemangkin nasionalisme bagi mengatasi dasar ekonomi British. Reply 32. 32 Mohamad MuzakkirOctober 3, 2009 at 5:55 pm

Apakah insiatif yang wajar diambil oleh orang Melayu bagi menghadapi dasar ekonomi British yang meminggirkan rakyat pribumi? Orang Melayu seharusnya mengambil inisiatif menceburi bidang-bidang perniagaan yang amat menguntungkan. Melalui cara ini, orang Melayu akan memegang tampuk ekonomi negara. Untuk merealisasikannya, kita perlu memantapkan sistem pendidikan bagi orang melayu. Orang Melayu perlu lebih didedahkan kepada dunia pelaburan dan seterusnya cemerlang dalam dunia perniagaan. Melalui ini, orang melayu tidak akan dipinggirkan kerana membpunyai aset dan ekuiti yang amat banyak. Selain itu, orang Melayu juga harus menyuarakan ketidak adilan ini melalui media massa bagi menggerakkan semangat melayu untuk menggertak hati penjajah bagi membuat perubahan terhadap dasar ekonomi.

Reply 33. 33 Aidil Haikal 5 Bestari SSASOctober 3, 2009 at 6:05 pm

Apakah insiatif yang wajar diambil oleh orang Melayu bagi menghadapi dasar ekonomi British yang meminggirkan rakyat pribumi? Bagi menghadapi dasar ekonomi British yang meminggirkan masyarakat peribumi, golongan intelektual serta pemimpin masyarakat Melayu perlulah memberikan kesedaran kepada orang Melayu bahawa mereka sedang ditindas. Inisiatif kedua adalah, masyarakat peribumi perlulah diberi pendedahan oleh pihak media berkenaaan kegiatan-kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh pihak British yang meminggirkan mereka. Inisiatif yang ketiga adalah bersatu-padu menentang dasar ini bagi menunjukkan pada pihak Britush perasaan tidak puas hati terhadap dasar diskriminasi ekonomi . Inisiatif yang keempat adalah orang Melayu perlulah meningkatkan taraf pendidikan untuk lebih maju dan memahami dasar -dasar British. Inisiatif yang kelima adalah mewujudkan kawasan penempatam kaum peribumi di bandar. Reply 34. 34 sayhrul nizamApril 23, 2011 at 4:02 pm

Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menghormati lambang-lambang negara? [ 5 Markah ] Antara cara-cara menghorati lambang negara ialah dengan cara tidak memburukburukkan lambang negara kita pada negara lain.Selain itu,kita juga haruslah berdiri tegak sewaktu menyanyikan lagu negaraku kerana lagu negaraku adalah simbol negara kita,Malaysia. Di samping itu,kita hendaklah menghafal kelima-lima rukun negara.Sementelahan itu,kita juga hendaklah menjaga bendera negara.Sebagai contoh jika bendera negara terjatuh kita hendaklah mengangkatnya ataupun menukarkan bendera negara yang sudah buruk kepada yang baru.

Akhir sekali,kita mestilah mengibarkan bendera negara di setiap sekolah keran ia adalah lambang negara. Reply 35. 35 Afiq RamadhanApril 23, 2011 at 4:06 pm

Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menghormati lambang-lambang negara? [ 5 Markah ] Antara cara menghormati lambang-lambang negara ialah dengan berdiri tegak semasa lagu negaraku sambil melihat bendera jalur gemilang dinaikkan. Kita juga hendaklah mengibarkan bendera jalur gemilang semasa bulan kemerdekaan. Selain itu, kita mestilah menghafal serta mengamalkan kelima-lima rukun negara. Kita mestilah percaya kepada tuhan, setia kepada raja, mematuhi perlembagaan negara, patuh pada undang-undang serta bersopan santun. Di samping itu, kita mestilah mengenali jata negara. Kita juga mestilah mengetahui setiap simbol dalam jata negara. Sebagai contoh, pokok pinang mewakili negeri Pulau Pinang dan pokok melaka mewakili negeri Melaka. Reply 36. 36 muhammad syaafii bin noorzahariApril 24, 2011 at 2:49 am

Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menghormati lambang-lambang negara? [ 5 Markah ] pada pendapat saya antara cara untuk menghormati lambang-lambang negara kita adalah dengan menyanyikan lagu negaraku dengan penuh bersemangat. selain itu kita hendaklah berdiri tegak bagi yang mampu semasa lagu negaraku sedang dinyanyikan. selain itu, kita perlulah menghayati setiap bait-bait lagu negaraku kerana dengan menghayatinya, kita dapat menginsafi diri kita selain dapat meningkatkan lagi semangat patriotisme dalam diri kita. disamping itu, kita juga perlulah menghafal setiap satu lambang-lambang yang menjadi negara kita serta memahami maksud yang ada pada lambang. sebagai contoh kita perlu tahu terdapat lambang 2 ekor harimau pada jata negara yang melambangkan keberanian. seterusnya, ada juga lambang bunga raya yang merupakan bunga kebangsaan negara kita.

kita juga perlu menghormati bendera negara kita dengan cara tidak melakukan perkaraperkara yang menghina bendera negara kita. contohnya, seperti membakar bendera negara malaysia. ini adalah perkara yang sungguh tidak menghormati lambang negara kita. kita juga perlu lah menukarkan bendera kebangsaan kita yang sudah lusuh warnanya kepada bendera yang baru. akhir sekali, kita perlulah menghayati serta mengamalkan setiap satu prinsip-prinsip rukun negara dengan hati yang ikhlas. dengan menghayati setiap satu rukun negara , kita dapat menginsafi diri kita supaya menjadi seorang rakyat malaysia yang sentiasa taat kepada agama,bangsa dan negara. Reply 37. 37 Dhameeri Mohd RazipApril 24, 2011 at 4:57 am

Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menghormati lambang-lambang negara? [ 5 Markah ] Lambang negara adalah simbol kedaulatan negara. Sudah menjadi tanggungjawab setiap warganegara untuk menjaga dan menghormati lambang-lambang negara tersebut. Bagi menghormati lambang negara, pertama sekali setiap warganegara harus betul-betul kenal dan memahami maksud lambang-lambang negara tersebut dan menghayatinya. Semasa menyanyikan lagu Negaraku, kita hendaklah berdiri tegak dan tangan diletakkan di sisi. Lagu Negaraku yang merupakan lagu kebangsaan kita seharusnya dinyanyikan dengan penuh semangat dan mendalami mesej yang terdapat dalam senikata lagu tersebut. Adalah kesalahan besar bagi kita mempermainkan lagu Negaraku dengan menukarkan senikatanya. Selain itu, kita perlu menghormati Jalur Gemilang kita dengan mengibarkan di tempat yang tinggi bukan diletakkan di merata-rata tempat, dipijak-pijak, dan dibiarkan koyak. Bendera yang sudah lama atau lusuh harus diganti dengan yang baru untuk menunjukkan semangat cintakan negara. Di samping itu, adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk memahami setiap rukun negara dan menghayatinya. Dengan memahami kelima-lima rukun negara secara tidak langsung kita menghormati simbol perpaduan rakyat. Jata Negara adalah simbol perpaduan setiap negeri yang ada di dalam Malaysia. Sebagai warganegara yang menghormati lambamg-lambang negara, sepatutnya setiap lambang yang terdapat di Jata Negara difahami maksudnya dan berpegang pada cogan kata Bersatu Bertambah Mutu.

Reply 38. 38 Afiq Ab HamidApril 24, 2011 at 2:06 pm

Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menghormati lambang-lambang negara? [ 5 Markah ] Pada pendapat saya, cara untuk menghormati lambang lambang negara adalah berdiri tegak ketika lagu Negaraku dimainkan.Selain itu, kita perlu memandang ke arah bendera Jalur Gemilang dinaikkan dengan rasa bangga ketika menyanyikan lagu Negaraku. Di samping itu, kita perlu menghafal dan menghayati kelima-lima Rukun Negara.Seterusnya, kita perlu mengenali Jata Negara kita Kita juga mestilah mengibarkan bendera semasa bulan kemerdekaan untuk melahirkan rasa cintakan negara Reply 39. 39 hafizal 5 dinamikApril 25, 2011 at 2:47 am

Pada pendapat saya, kita boleh menghormati lambang-lambang negara dengan cara mengibarkan bendera jalur gemilang di rumah. selain itu, berdiri tegak ketika nyanyian lagu negaraku dan semasa bendera dinaikkan. seterusnya, kita mestilah menggantikan lambang-lambang negara yang rosak atau lusuh dengan yang baru. tambahan pula, kita haruslah mengetahui semua lambang negara, dan mengetahui maksud simbol serta warna yang ada pada lambang negara sebagai contoh bulan sabit pada jalur gemilang yang melambangkan islam dan warna kuning melambangkan warna diraja. akhir sekali, kita seharusnya menghafal rukun negara dan seturusnya mengamalkan apa yang terkandung dalam rukun negara.