tugasan edu3083.docx

Upload: nur-naiemah-mohd-ibrahim

Post on 02-Jun-2018

228 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 8/11/2019 tugasan edu3083.docx

    1/16

    0

    ISI KANDUNGAN

    1.0 PENGENALAN .......................................................................................................... 1

    2.0 ANALISIS DAN ULASAN ARTIKEL BERTAJUK IBU MAAFKAN GURU BESAR

    ROTAN ANAK................................................................................................................ 3

    3.0 FAKTOR YANG MENYEBABKAN ISU BERLAKU .................................................... 4

    3.1 Tekanan Bebanan Kerja ........................................................................................ 4

    3.2 Kurang Memahami Etika Perguruan ...................................................................... 5

    3.3 Tidak dapat mengawal kemarahan ........................................................................ 6

    4.0 KOD ETIKA BERKAITAN ISU ................................................................................... 6

    4.1 GARIS PANDUAN HUKUMAN ROTAN ................................................................. 7

    5.0 PENYELESAIAN ....................................................................................................... 9

    6.0 KESIMPULAN ......................................................................................................... 11

    REFLEKSI ..................................................................................................................... 12

    RUJUKAN ..................................................................................................................... 14

  • 8/11/2019 tugasan edu3083.docx

    2/16

    1

    1.0 PENGENALAN

    Sistem pendidikan merupakan salah satu elemen utama negara bagi mencapai taraf

    negara maju dan membangun sejajar dan selaras dengan Wawasan 2020 yang telah

    disarankan oleh mantan Perdana Menteri keempat Negara iaitu Tun Dr Mahathir Bin

    Mohamad. Dalam sistem pendidikan di Malaysia, antara perkara yang paling penting

    yang perlu direalisasikan untuk pembangunan pendidikan negara secara menyeluruh

    adalah dasar dan hala tuju pendidikan yang terancang dan bermatlamat untuk menuju

    Wawasan 2020.

    Menurut Syed Ariffin Abu Thahir, Presiden presiden Malaysian Indian Muslim

    Think Tank Association (MIMTA) dalam artikelnya, beliau telah menyatakan bahawa

    pendidikan dapat dilihat sebagai wahana terbaik dalam melahirkan generasi yang

    dinamik, progresif, cemerlang, berakhlak baik dan berhemah tinggi. Oleh itu, untuk

    melihat maju atau mundurnya sesebuah negara itu bergantung kepada generasi

    mudanya pada masa itu.

    Memetik kata-kata Naib Canselor UKM, Professor Tan Sri Dato Wira Dr Sharifah

    Hapsah Syed Hasan Shahabuddin dalam satu perbincangan panel mengenai Bidang

    Hasil Utama Negara (NKRA): Mewujudkan Pendidikan Berkualiti sempena Sidang

    Puncak Transformasi Negara, beliau menyatakan tahap pendidikan negara harus terus

    meningkat bagi memenuhi cabaran dan aspirasi negara yang semakin tinggi. Sistem

    pendidikan negara seharusnya terus berubah sejajar dengan keperluan baru bagi

    mewujudkan warga berbakat di bawah Rancangan Transformasi Negara (NTP).

    Sistem pendidikan melalui sistem persekolahan, merupakan elemen yang

    penting bagi sebuah negara dalam usaha menuju ke arah membangunkan masyarakat

    dari segi ekonomi, politik, dan sosial. Sistem persekolahan bukan sahaja berperanan

    untuk memberi pelajaran kepada masyarakat, ia merupakan satu saluran untuk

    menyampaikan kepada rakyat wadah perjuangan negara yang mementingkan nilai

    murni dalam masyarakat berbilang kaum demi mencapai perpaduan rakyat.

    Oleh itu, teraju utama yang menggerakkan sistem persekolahan tentunya

    terletak pada bahu seorang guru. Seiring dengan arus globalisasi dan perkembangan

  • 8/11/2019 tugasan edu3083.docx

    3/16

    2

    zaman pendidikan, tugas, peranan dan pandangan masyarakat terhadap profession

    keguruan ini turut terkena tempias yang sama. Peranan guru pada masa dahulu hanya

    tertumpu sebagai penyampai ilmu semata-mata. Berbanding sistem pendidikan pada

    masa kini, guru lebih banyak berperanan sebagai pemudah cara pengetahuan yang

    seharusnya lebih bersedia dan peka dalam melahirkan dan menggunakan situasi-

    situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan. Selaras dengan perubahan peranan

    pendidik , guru harus lebih inovatif, kreatif dan efektif dalam penyampaiannya serta

    sentiasa memikirkan pendekatan baharu untuk mengadaptasikan amalan mereka

    dengan kehendak murid sebagai knowledge worker dalam era revolusi maklumat

    abad ke-21.

    Dewan Bahasa dan Pustaka mendifinisikan profesion sebagai pekerjaan

    terutamanya yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas yang

    secukupnya. Manakala keguruan pula bermaksud hal yang berkaitan dengan ilmu

    menjadi guru, atau tugas dan tanggungjawab (kerjaya) sebagai seorang guru (Kamus

    Dewan Edisi Keempat).

    Secara amnya, profesion keguruan merupakan badan yang

    dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk menghasilkan rakyat masa depan yang

    serba canggih sebagai jentera penggerak negara. Tanggungjawab profesion perguruan

    menjadi semakin berat kerana rakyat masa hadapan yang hendak dihasilkan itu bukan

    sahaja perlu diterapkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan semata-mata tetapi perlu

    juga diseimbangkan dengan nilai sosial yang baik dari segi moral dan etika yang murni.

    Oleh itu, disiplin dalam bentuk formal perlu dirangka di sekolah-sekolah.

    Sebagai seorang guru, tugas mereka kini bukan hanya terhad kepada

    menyampaikan ilmu semata-mata tetapi lebih berperanan kepada mendidik dan

    menampilkan amalan dan tingkah laku yang baik. Ini adalah kerana guru berperananutama sebagai role model untuk dijadikan ikutan dan teladan oleh semua pihak. Walau

    bagaimanapun, kini sering kita dengar pelbagai isu dan kes yang melibatkan salah laku

    guru samada terhadap murid atau pun dalam tugas profesionnya. Salah laku yang

    dilakukan ini jelas telah melanggar kod etika yang telah ditetapkan dan perlu dipatuhi

    oleh setiap guru. Menurut Noriati A. Rashid (2010) Kod Etika Profesion merupakan

  • 8/11/2019 tugasan edu3083.docx

    4/16

    3

    peraturan untuk membantu para guru yang professional mematuhi prinsip-prinsip yang

    termaktub supaya menjaga imej baik profesionnya. Ini adalah bertujuan untuk

    memastikan para guru tidak melakukan sesuatu yang di luar daripada etika serta

    mencemarkan imej baik profesionnya. Oleh itu, profesion keguruan mempunyai kod

    etika yang perlu dipatuhi oleh setiap guru bagi memastikan tugas dan tanggungjawab

    yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

    Paparan isu dan masalah tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru seringkali

    mendapat liputan menyeluruh dan sentiasa menjadi tajuk-tajuk utama yang disiarkan di

    media cetak mahupun media elektronik. Perkara ini sering kali dijadikan isu yang

    hangat dan menjadi buah perbualan serta perbincangan oleh lapisan masyarakat di

    seluruh Malaysia secara amnya dan di serata dunia secara khususnya. Antara masalah

    yang melibatkan etika keguruan yang sering dilaporkan media ialah seperti perlakuan

    sumbang guru dengan murid, kes rasuah, dera, cabul dan sebagainya. Pelbagai isu

    berlaku yang melibatkan guru ini telah memberi satu tanggapan negatif terhadap tugas

    dan martabat seorang guru yang dipadang mulia sejak dari zaman berzaman.

    2.0 ANALISIS DAN ULASAN ARTIKEL BERTAJUK IBU MAAFKAN GURU BESAR

    ROTAN ANAK.

    Artikel yang telah dipilih adalah berkaitan tindakan seorang guru besar merotan anakmuridnya tanpa usul periksa sehingga menyebabkan kecederaan. Artikel tersebut

    merupakan satu keratan berita yang telah dimuat naik dalam akhbar Utusan Online

    bertarikh 28 Februari 2013 dengan tajuk utamanya Ibu maafkan guru besar rotan

    anak. Peristiwa ini telah berlaku di Kuching, Sarawak yang melibatkan seorang murid

    tahun empat di Sekolah Kebangsaan Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Jalan

    Astana. Mangsa, Nur Syadidah Jeffery mengalami trauma dan enggan ke sekolah

    selepas di rotan beramai-ramai bersama 41 rakan sekelasnya yang lain atas alasan

    membuat bising.

    Ibu mangsa, Puan Hazar Kamarol, 40 tahun telah memaafkan guru besar

    sekolah tersebut setelah dia ditemani oleh seorang pegawai Jabatan Pelajaran Negeri

    (JPN) telah datang ke rumahnya dan membuat permohonan maaf disamping memberi

  • 8/11/2019 tugasan edu3083.docx

    5/16

    4

    penjelasan dengan lebih lanjut berkaitan kejadian tersebut. Walaupun permohonon

    maaf daripada guru besar tersebut diterima oleh mereka sekeluarga, Puan Hazar tetap

    menyifatkan perbuatan guru besar itu tidak relevan kerana beliau tanpa usul periksa

    telah menjatuhkan hukuman kepada anaknya tanpa usul periksa.

    Puan Hazar menegaskan lagi dalam Islam sendiri telah menetapkan cara

    mendidik anak dengan memukul tetapi mengikut tertib dan caranya, dengan tujuan

    mendidik dan bukan mencederakan. Nor Syadidah yang telah dirotan telah mengalami

    lebam di tapak tangan kanan dan hidungnya turut mengalami pendarahan. Beliau turut

    menegaskan lagi perbuatan seorang guru merotan murid secara beramai-ramai tanpa

    usul periksa perlu dielakkan kerana mampu menyebabkan kanak-kanak tersebut

    trauma dan memberi kesan negatif yang lain. Memetik kata-kata ibu tersebut, Yang

    berkelakuan baik perlu diberi ganjaran, bukan dihukum bersama yang nakal. Jika tidak

    lama-kelamaan mereka fikir tidak perlu jadi budak baik kerana pada akhirnya, tetap

    dihukum gara-gara kesalahan orang lain.

    Puan Hazar yang merupakan seorang kaki tangan penjawat awam telah

    memanjangkan isu ini dengan bertindak membuat laporan di Balai Polis Gita selepas

    mendapati kecederaan yang berlaku kepada anaknya selepas pulang dari sekolah.

    Beliau dan keluarga juga telah membuat keputusan menukarkan Nur Syadidah ke

    sekolah lain bagi mengelakkan pelajaran anaknya terganggu disebabkan insiden

    berikut.

    3.0 FAKTOR YANG MENYEBABKAN ISU BERLAKU

    3.1 Tekanan Bebanan Kerja

    Menurut Kamus Pelajar daripada capaian maya laman sesawang Dewan Bahasa dan

    Pustaka, tekanan bermaksud keadaan menekan atau keadaan tertekan; keadaan

    menanggung beban yang sukar untuk ditanggung. Kamus Behavioral Science pula

    medefinisikan tekanan sebagai satu keadaan fizikal atau tekanan mental yang

    menyebabkan perubahan dalam sistem saraf autonomi. Manakala Kamus Oxford

    Advanced Learners (1983) mendefinisikan tekanan atau dalam Bahasa

    Inggerisnya stress sebagaipressure, condition causing hardship, disquiet. Dalam erti

  • 8/11/2019 tugasan edu3083.docx

    6/16

  • 8/11/2019 tugasan edu3083.docx

    7/16

  • 8/11/2019 tugasan edu3083.docx

    8/16

    7

    kesilapan yang telah dilakukan oleh guru besar tersebut adalah merotan murid tanpa

    usul periksa sehingga menyebabkan kecedaraan fizikal dan trauma.

    Menurut Kamus Murid Edisi Kedua, merotan membawa maksud memukul atau

    menyebat dengan rotan sebagai hukuman. Seperti yang telah ditetapkan dalam Surat

    Pekeliling Ikhtisas yang sama ada menyatakan PERATURAN 5(1)(b), PERATURAN-

    PERATURAN PELAJARAN (DISIPLIN SEKOLAH) 1959, di bawah ORDINAN

    PELAJARAN 1957 iaitu:

    hukuman dera kepada murid-murid lelaki oleh seseorang guru atau lain-lain kakitangan

    sekolah adalah dihadkan kepada merotan dengan rotan yang ringan di tapak tangan

    atau pun di punggung yang berlapik dengan pakaian dan hendaklah difahamkan hanya

    oleh Guru Besar ataupun dengan kuasa nyata yang diberi olehnya dalam hal yang

    tertentu.

    Namun begitu, hukuman dalam peraturan di atas tidak boleh dilakukan

    sewenang-wenangnya tanpa perbicaraan yang jelas menunjukkan murid melakukan

    sesuatu kesalahan yang berat secara berulang kali. Hal ini kerana dalam kajian

    Reynolds (1977) menunjukkan bahawa sekolah yang kadar hukuman deranya tinggi

    mempunyai lebih masalah tidak berdisiplin daripada sekolah yang lain. Jadi masalah

    tidak berdisiplin perlu ditangani dengan bijak oleh pihak sekolah dan pihak lain-lain

    yang berkenaan untuk mengelakkan kes-kes yang lebih teruk berlaku.

    4.1 GARIS PANDUAN HUKUMAN ROTAN

    Hukuman rotan merupakan satu denda yang dikenakan ke atas murid yang bersalah

    bagi membentuk disiplin murid tersebut. Hukuman rotan juga perlu mengikut garis

    panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian

    Pendidikan telah menyenaraikan 35 perlakuan salah laku murid yang dikategorikan

    sebagai kesalahan berat yang membolehkan murid atau murid tersebut menerima

    hukuman rotan di punggung.

    Menurut Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/2013 bertarikh 29 Oktober yang

    ditandatangani oleh Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Abdul Rafie Mahat, terdapat

    beberapa kesalahan yang dilakukan oleh murid yang boleh dikenakan hukuman rotan.

  • 8/11/2019 tugasan edu3083.docx

    9/16

    8

    Antara kesalahannya ialah menyimpan, membawa, menghisap atau terbabit dalam

    kegiatan dadah, membawa menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau,

    membawa atau mengedar minuman keras atau sebarang benda yang memabukkan

    atau mengkhayalkan. Selain itu, biadap terhadap guru, pengawas dan murid lain juga

    dikategorikan sebagai kesalahan yang boleh dikenakan hukuman rotan. Turut

    disenaraikan kesalahan yang lain adalah membuli, berjudi, mencuri dan mencetak,

    menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau pita rakaman

    dan multimedia terlarang. Jika didapati bersalah terhadap mana-mana kesalahan yang

    telah disebut di atas, murid berkenaan boleh dikenakan hukuman rotan di punggung

    menggunakan rotan ringan maksimum tiga kali rotan.

    Menurut Datuk Abdul Rafie lagi, dalam melaksanakan hukuman rotan, pengetua,

    guru besar, dan guru-guru yang diberi kuasa dilarang merotan di khayalak sama ada di

    perhimpunan atau di bilik-bilik yang sedang berlangsung proses pengajaran dan

    pembelajaran. Tambahnya lagi, semasa menjalankan hukuman, guru perlu sentiasa

    mematuhi Peraturan 5 di bawah Ordinan Pelajaran seperti yang dinyatakan sebelum ini.

    Turut diingatkan, hukuman rotan tidak boleh dikenakan kepada murid perempuan dan

    untuk murid lelaki, merotan hanya boleh dilakukan di tapak tangan ataupun di

    punggung yang berlapikkan pakaian.

    Selain itu, hukuman rotan juga boleh dilakukan oleh guru lain tetapi telah

    diberikan kuasa nyata oleh guru besar. Penurunan kuasa merotan ini kepada guru lain

    tidak boleh dilakukan secara verbal oleh guru besar, sebaliknya memerlukan surat

    penurunan kuasa melaksanakan hukuman rotan.

    Berdasarkan artikel dalam keratan akhbar tersebut, isu yang timbul adalah guru

    besar bagi SK Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Jalan Astana ialah beliau telah

    melaksanakan hukuman rotan ke atas murid perempuan di atas kesalahan bising.Jelaslah di sini, beliau telah melakukan kesalahan kerana tidak mengikut garis panduan

    yang telah ditetapkan.

  • 8/11/2019 tugasan edu3083.docx

    10/16

    9

    5.0 PENYELESAIAN

    Isu merotan bukanlah perkara baharu di dalam dunia pendidikan di negara ini. Pelbagai

    pihak seperti ibu bapa, pihak sekolah, tokoh akademik dan para pemimpin Negara telah

    menyuarakan pendapat dan cadangan masing-masing sehinggalah berlaku beberapa

    kali perubahan dalam tatacara perlaksanaan hukuman rotan di kalangan murid sekolah

    di negara ini. Hukuman merotan adalah dibenarkan ke atas murid-murid yang

    melakukan kesalahan berat seperti mana yang termaktub dalam Akta Disiplin Sekolah

    (1957/59). Walaubagaimanapun, Kementerian Pendidikan (1992) telah mengarahkan

    semua guru besar dan pengetua supaya mengutamakan perbincangan dari hati ke hati

    terhadap murid yang melakukan kesalahan, walaupun hukuman rotan masih

    dibenarkan. Sekali lagi perubahan berlaku apabila Kementerian Pendidikan (1994)

    mengeluarkan arahan supaya hukuman rotan di khalayak ramai dihentikan. Sebaliknyahukuman rotan seharusnya dijalankan di dalam bilik pengetua dengan disaksikan oleh

    beberapa orang guru.

    Masalah murid ini semakin hari semakin serius dan hangat diperkatakan.

    Namun, sehingga kini masalah ini masih tiada jalan penyelesaiannya dan kadang kala

    menimbulkan rasa kecewa terutama di kalangan pendidik yang sering

    dipertanggungjawabkan ke atas masalah disiplin di kalangan murid-murid. Maka adalah

    wajar untuk kita sebagai bakal pendidik di masa hadapan, bertanggungjawab untuk

    sama-sama cuba memikirkan apakah jalan penyelesaian yang terbaik untuk menangani

    masalah ini.

    Kuasa guru dalam melaksanakan undang-undang disiplin tidak dapat

    dipertikaikan lagi kerana ia telah termaktub dalam Ordinan tapi perlu mengikut prosedur

    yang telah ditetapkan dalam Peraturan 4, Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) iaitu:

    1) Keadilan hendaklah diamalkan

    2) Seseorang tidak boleh dihukum tanpa belaan dirinya.

    3) Setiap individu yang dituduh hendaklah diberi peluang dan hak untuk didengar.

  • 8/11/2019 tugasan edu3083.docx

    11/16

    10

    Oleh itu, seorang guru mestilah adil dalam menjatuhkan hukuman kepada murid

    dan murid juga perlu diberi peluang untuk mengemukakan alasan-alasan terhadap

    masalah disiplin itu untuk membela diri mereka. Dendaan yang boleh diamalkan untuk

    mengatasi masalah disiplin terdiri daripada hukuman biasa dan berat. Hukuman biasa

    yang boleh dikenakan kepada murid yang didapati melakukan kesalahan kecil adalah

    seperti rotan, amaran, dan penahanan. Jikalau murid melakukan kesalahan yang serius

    dengan mengancam guru, merosakkan harta benda, penggantungan bagi tempoh

    tertentu dan pembuangan sekolah dikenakan ke atas diri mereka. Pada masa

    penggantungan murid tidak dibenarkan memasuki kawasan dan menggunakan

    kemudahan sekolah.

    Prosedur yang telah ditetapkan oleh Ordinan Dalam Peraturan Pelajaran

    (Disiplin Sekolah) 1959 telah menyatakan bahawa hukuman dera yang hendak

    dijalankan perlu menggunakan rotan ringan dan pukulan rotan hanya boleh dibuat pada

    tapak tangan atau bahagian punggung yang dilapik dengan pakaian. Dalam

    melaksanakan proses hukuman, untuk mengelakkan guru yang melaksanakan

    hukuman teraniaya, Peraturan 5 ada menyebut bahawa guru perlu merekod jenis

    hukuman, ditandatangani oleh Guru Besar dan disaksikan oleh seorang guru lain

    sebagai saksi. Oleh itu selagi guru yang melaksanakan hukuman mematuhi tatacara

    yang telah ditetapkan dalam Ordinan dan undang-undang sekolah maka guru

    berkenaan terselamat daripada segala tindakan yang diambil oleh pihak murid yang

    bersalah termasuk tindakan mahkamah.

    Sebagai kesimpulan, bagi guru yang menjalankan hukuman rotan, ia perlulah

    dijalankan secara adil ke atas seseorang murid yang melanggar peraturan yang

    ditetapkan oleh sekolah, dikenakan hukuman sedemikian atas dasar setelah nasihat,

    amaran dan denda yang dikenakan masih tidak merubah tingkah laku negatif murid

    tersebut, dilakukan oleh orang yang dipertanggungjawabkan oleh pihak sekolah, tidak

    menimbulkan sebarang kecacatan fizikal, dengan penuh rasa kepentingan menjaga

    keseimbangan sistem sekolah demi keselamatan murid-murid lain dan juga dilakukan

    oleh guru bukan mengikut emosi atau perasaan membalas dendam adalah dibolehkan.

  • 8/11/2019 tugasan edu3083.docx

    12/16

    11

    6.0 KESIMPULAN

    Walau apapun masalah disiplin yang timbul, murid perlu dikenakan hukuman atau

    denda baik ringan atau berat bergantung kepada tahap kesalahan yang

    dilakukan. Pelaksanaan hukuman ini perlu kerana ia merupakan salah satu daripada

    kaedah atau cara pendidikan yang berkesan.

    Walaubagaimanapun sebelum pelaksanaan sesuatu hukuman, pihak ibu bapa

    hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu supaya tidak timbul sebarang masalah

    berbangkit selepas sesuatu tindakan dilakukan. Pihak sekolah juga harus

    bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tindakan yang dibuat. Hal ini bertujuan bagi

    memastikan sesuatu tindakan yang diambil adalah wajar dan berpatutan dengan

    kesalahan yang dilakukan.

    (2 898 patah perkataan)

  • 8/11/2019 tugasan edu3083.docx

    13/16

    12

    REFLEKSI

    Syukur ke hadrat Ilahi, dengan izin-Nya saya akhirnya berjaya menyiapkan kesemua

    tugasan projek termasuk pembentangan kumpulan (tugasan 2) bagi subjek Asas

    Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru. Sepanjang proses menyiapkan

    tugasan ini bermula daripada mencari artikel yang sesuai daripada akhbar arus

    perdana, mencari bahan-bahan sokongan untuk menyokong hujah saya seperti Surat

    Pekeliling Ikhtisas sehingga menulis refleksi, banyak perkara saya telah pelajari.

    Antaranya seperti cabaran, penyelesaian yang saya peroleh dan input-input baru yang

    telah diperoleh.

    Pada permulaannya, saya berpendapat tugasan pertama terutamanya agak

    sukar untuk saya selesaikan. Ini disebabkan saya perlu memilih satu artikel berkaitan

    isu/kes keguruan dari mana-mana akhbar perdana. Artikel tersebut perlu diulas secara

    kritikal dan disokong oleh hujah-hujah yang relevan dan rasional. Kesilapan yang saya

    lakukan yang membuatkan saya agak tertekan ialah saya telah memilih artikel daripada

    akhbar Sinar Harian. Setelah diberi taklimat buat kali kedua daripada Puan Teoh

    barulah saya menyedari akhbar tersebut bukan salah satu daripada akhbar aliran

    perdana. Seorang rakan telah mencadangkan satu penyelesaian kepada saya iaitu

    mencari menggunakan tarikh dan tajuk yang sama dalam salah satu akhbar aliran

    perdana. Dengan sekelip mata sahaja saya berjumpa dengan artikel yang dipilih.

    Walaupun olahan ceritanya berbeza disebabkan perspektif penulis yang berbeza, isu

    yang diketengahkan tetap sama. Melalui masalah ini, saya belajar satu perkara penting,

    setiap masalah dapat diselesaikan. Yang pentingnya kita perlu mengambil masa untuk

    bertenang dan cuba meminta pandangan orang sekeliling dan mungkin buah

    pandangan dari mereka lebih baik dari apa yang kita fikirkan.

    Selain itu, salah satu pengetahuan baru yang saya peroleh ialah saya

    mengetahui beberapa Surat Pekeliling yang mempunyai kaitan dengan Ordinan

    Pelajaran 1957 sangat penting sebagai satu pegangan bagi seorang guru. Melalui

    tugasan ini juga, saya sedar bahawa tugas mendidik murid bukannya mudah. Sebagai

    seorang guru kawalan emosi amat penting kerana dalam keadaan marah akan murid,

  • 8/11/2019 tugasan edu3083.docx

    14/16

    13

    pelbagai perkara yang tidak diingini boleh terjadi seperti menampar, merotan, dan

    memberikan denda yang berupa denda fizikal kepada murid. Perkara-perkara seperti ini

    haruslah dielakkan kerana ia merupakan satu pelanggaran etika profesin keguruan.

    Kesimpulannya, tak kenal maka tak cinta. Jika saya sebagai seorang bakal guru

    tidak mengenali dengan lebih luas skop kerjaya saya, bagaimana kecintaan saya

    terhadap profesin keguruan ni akan bercambah dan kekal sehingga saya bersara

    kelak? Oleh itu, dengan tugasan ini, banyak perkara yang saya belajar untuk

    memantapkan lagi pengetahuan saya dalam bidang keguruan.

    (377 patah perkataan)

  • 8/11/2019 tugasan edu3083.docx

    15/16

  • 8/11/2019 tugasan edu3083.docx

    16/16

    15

    Surat Pekeliling Ikhtisas. (n.d.). Retrieved Ogos 23, 2014, from

    http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/pekeliling/2008_BTMK_135_6910_

    8325.pdf

    Thahir, S. A. (2014, July 6). Retrieved Ogos 20, 2014, from Dasar dan hala tuju

    pendidikan kunci ke arah Wawasan 2020 :

    http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/dasar-dan-hala-tuju-

    pendidikan-kunci-ke-arah-wawasan-2020-syed-ariffin-abu

    Yahaya, Z. (2003, Oktober 14). Utusan Online. Retrieved Ogos 21, 2014, from Merotan

    - Hanya sesuai di sekolah rendah: http://www.utusan.com.my/