assignment krb3063 (tugasan a)- 29 nov 2014.docx

37
PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2014/2015 KRB3063 PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU TAJUK ESEI ILMIAH (TUGASAN A) DISEDIAKAN OLEH : NAMA NO. MATRIK NORIS BINTI KASSIM D20102045539 GROUP UPSI25(A141PJJ) NAMA PENSYARAH : ENCIK ABDUL HALIM BIN ALI 1 Kekuatan novel ‘INTERLOK’ sebagai karya agung berdasarkan ciri-ciri yang berikut : a) Falsafah b) Pandangan Hidup c) Nilai Ilmu

Upload: nbk83

Post on 21-Nov-2015

64 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2014/2015KRB3063PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYUTAJUK ESEI ILMIAH (TUGASAN A)Kekuatan novel INTERLOK sebagai karya agung berdasarkan ciri-ciri yang berikut :

a) Falsafahb) Pandangan Hidupc) Nilai Ilmu

DISEDIAKAN OLEH :NAMANO. MATRIK

NORIS BINTI KASSIMD20102045539

GROUP UPSI25(A141PJJ)

NAMA PENSYARAH : ENCIK ABDUL HALIM BIN ALITARIKH SERAH : 29 NOVEMBER 2014KANDUNGAN MUKA SURAT

1. Biodata Pengarang 3 5 1. Penerbit51. Tahun diterbitkan51. Kandungan Teks Edisi Pelajar55.0Sinopsis Teks Edisi Pelajar65.1Buku satu65.2Buku dua75.3Buku tiga75.4Buku empat 8 - 9

6.0Bab Pilihan Pengulas 10 15

7.0Kekuatan Novel Interlok 15 16

7.1Falsafah 16 19

7.2Pandangan Hidup 19 22

7.3Nilai Ilmu 22 24

8.0Bibliografi25

NOVEL INTERLOK KARYA ABDULLAH HUSSAINSatu Sensitiviti atau Perpaduan Kaum ?1.0Biodata PengarangSasterawan Negara (SN) Dato Abdullah Bin Hussain dilahirkan pada 25 Mac 1920 di Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah Darul Aman. Pada tahun 1926, beliau mula belajar di Sekolah Melayu Sungai Limau dan lulus darjah V pada tahun 1931. Beliau meneruskan pendidikannya di Sekolah St. Micheal, Alor Setar, Kedah Darul Aman dari tahun 1932 hingga 1933. Pada tahun 1935, beliau telah meneruskan pengajian di Anglo Chinese School, Alor Setar, Kedah Darul Aman hingga lulus darjah VII. Semasa pendudukan Jepun pada tahun 1943, beliau dihantar ke Singapura untuk menjalani kursus pentadbiran di Syonan Koa Kunrenzo (Sekolah Latihan Pegawai-pegawai Tinggi) selama tiga bulan. Pada tahun 1939, beliau telah berkhidmat sebagai penolong penjaga stor di perusahaan lombong bijih di Pahang dan pernah berkhidmat di bahagian penerbitan, syarikat surat khabar Sahabat, di Pulau Pinang. Pada tahun 1940, beliau berkhidmat di Pulau Pinang sebagi pembantu pengarang surat khabar Saudara dan pada tahun 1941 pula (sehingga kedatangan tentera Jepun), beliau berkhidmat di Sungai Petani, Kedah sebagai kerani dan tukang dobi di kem tentera Inggeris. Beliau juga pernah menjadi wartawan surat khabar Merdeka, Berita Indonesia dan majalah minggu Merdeka. Beliau juga pernah bertugas sebagai pengarang majalah Bintang dan Filem. Beliau juga pernah menjadi pengurus penerbitan di majalah Gelanggang Filem. Dalam filem Hang Tuah, beliau pernah bertugas sebagai penasihat teknik. Pada tahun 1961-1964, beliau telah berkhidmat sebagai pembantu pengarang kanan di Oxford University Press dan pernah berkhidmat di Franklin Books Programme dan memegang jawatan editor di majalah Angkatan Baru pada tahun 1965-1968. Selama 10 tahun mulai tahun 1968, beliau telah berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai pegawai penyelidik. Seterusnya, pada tahun 1978, beliau telah berkhidmat sebagai ketua unit bahasa dan sastera di DBP cawangan Sabah sehingga tahun 1979. Sehingga tahun 1981, beliau berkhidmat sebagai ahli cipta di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Pada tahun 1982 pula, beliau berkhidmat di DBP Brunie Darussalam sebagai ketua bahagian pembinaan dan pengembangan sastera. Pada tahun 1993, beliau berkhidmat sebagai Karyawan Tamu DBP sehingga tahun 1996. Abdullah Hussain dinobatkan sebagai SN yang kelapan pada tahun 1996. Selain penganugerahan SN, beliau telah dianugerahkan pingat Jasa Hukom Ngon Adat Lembaga Adat Kebudayaan Aceh (LAKA) pada tahun 1995 dan Darjah Kebesaran Dato Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Dato. Pada tahun 1996, beliau dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang juga membawa gelaran dato oleh Yang di-Pertuan Agong.Sepanjang penglibatan beliau dalam penulisan kreatif, terdapat pelbagai hasil penulisan yang telah beliau lahirkan. Karya pertama beliau adalah sebuah karaya lucu yang disiarkan dalam majalah Tanah Melayu pada tahun 1939. Beliau juga telah menghasilkan 25 buah novel, tiga buah cerpen, Sembilan buah buku terjemahan sastera, sebuah autobigrafi dan enam buah biografi. Novel Imam telah diangkat sebagai pemenang Hadiah Sastera Malaysia 1994/95 dan tempat pertama dalam Hadiah Novel Nasional 1992/94. Kini, novel beliau yang telah menjadi kontroversi iaitu Interlok, yang diterbitkan oleh DBP pada tahun 1971. Kontroversi ini dicetuskan apabila novel ini dijadikan teks pilihan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk Komponen Sastera dalam mata pelajaran bahasa Melayu (KOMSAS) tingkatan lima di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Negeri Sembilan mulai tahun 2011. Interlok menjadi kontroversi kerana ada beberapa perkataan di dua halaman yang didakwa mengandungi unsur sensitif yang menyinggung perasaan orang India dan agama Hindu pada halaman 211 dan 220. satu perkara yang membuatkan mereka senang bergaul kerana mereka tergolong dalam satu kasta Paria.

( Interlok Edisi Pelajar : hal. 211)Perenggan di halaman 220 yang mungkin menjadi pertikaian adalah seperti yang berikut : Apatah pula lembu ialah binatang suci bagi orang Hindu; dan kalau binatang itu mati, seperti ibunya sendiri yang mati.

( Interlok Edisi Pelajar )2.0PenerbitNovel Interlok Edisi Pelajar diterbitkan oleh DBP.

3.0Tahun DiterbitkanNovel Interlok Edisi Pelajar diterbitkan pada tahun 2010.

4.0Kandungan Teks Edisi PelajarNovel Interlok Edisi Pelajar mengandungi empat bab iaitu Bab Satu : Keluarga Seman, Bab Dua : Keluarga Ching Huat, Bab Tiga : Keluarga Maniam dan Bab Empat : Interlok.Dalam bab satu diselitkan dua pepatah Melayu iaitu biar lambat asal selamat, takkan lari gunung dikejar. Dalam bab dua pula, diselitkan pepatah Cina iaitu kalau tak berwang, ke mana pergi tetap terbuang dan dalam bab tiga pula diselitkan pepatah India iaitu varantinal varataku illai (hati yang tetap akan mencapai kemenangan). Manakala dalam bab empat pula diselitkan motto yang tertera pada jata negara Malaysia iaitu Bersekutu Bertambah Mutu.Novel ini mempunyai 423 halaman termasuk glosari dan biodata penulis. Bab satu dan bab dua masing-masing mempunyai 101 dan 108 halaman dan bab tiga pula mempunyai 76 halaman. Bab empat pula sebanyak 124 halaman. Bagi glosari dan biodata masing-masing mempunyai 13 dan satu halaman.

5.0Sinopsis Teks Edisi PelajarNovel Interlok Edisi Pelajar mengisahkan kehidupan tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Ketiga-tiga kaum itu memang terdapat di Malaysia pada masa kini dan semakin utuh dalam mewujudkan perpaduan antara kaum masing-masing.

5.1 Buku Satu Keluarga SemanBahagian Buku Satu novel Interlok memaparkan kisah Seman, anak tunggal pasangan Pak Musa dan Mak Limah. Seman seorang pemuda yang gagah dan rajin tetapi tidak tahu membaca kerana tidak ke sekolah. Apabila Pak Musa sakit, secara rahsia dia meminta Seman membawa Mak Limah berpindah tanpa memberikan sebarang alasan. Akhirnya Pak Musa meninggal dunia sebelum sempat menceritakan perkara sebenar. Setelah 27 hari kematian Pak Musa, Cina Panjang menemui Seman untuk memaklumkan bahawa Pak Seman berhutang sejumlah wang daripadanya untuk membeli tanah dan pada masa yang sama menggadaikan tanah yang dibeli kepada Cina Panjang. Cina Panjang menunjukkan surat-surat hutang Pak Musa. Akhirnya Seman membawa ibunya berpindah dari kampung kerana semua harta bukan miliknya lagi.

5.2 Buku Dua Keluarga Ching HuatPenduduk kampung gempar kerana tanaman padi dimakan belalang. Keadaan ini menyebabkan Kim Lock dan anaknya Cing Huat serta beberapa orang lelaki di kampung itu berhasrat merantau mencari pekerjaan di Singapura. Di sana Kim Lock ditawarkan menjual anaknya Cing Huat tetapi ditolaknya. Selepas 30 bulan di Singapura, Kim Lok bercadang bekerja di Melaka. Bersama-sama Kim Sui, dia dan anaknya menaiki tongkang tetapi di Muar. Dia bekerja di Lukut dan di Pulau Pinang. Akhirnya Kim Sui mengajak Kim Hock berniaga di Simpang Empat. Perniagaan mereka maju tetapi Kim Lock menjadi penagih candu hingga meninggal dunia selepas isterinya di negara China meninggal dunia. Orang Cina mendirikan sekolah Cina untuk anak-anak mereka. Cing Huat berkahwin dan dikurniakan empat orang anak. Seorang anaknya, iaitu Yew Seng rapat dengan Lazim dan keadaan ini tidak disenangi Cing Huat. Akhirnya Yew Seng keluar dari rumah ayahnya.

5.3 Buku Tiga Keluarga ManiamManiam datang dari dari India dan bekerja sebagai kuli di pelabuhan Pulau Pinang. Waktu petang dia minum tuak di kedai. Dia juga mengirim wang untuk isterinya di India. Pillay tidak menyampaikan kiriman tersebut, sebaliknya isteri Maniam jatuh ke tangan Pillay akibat desakan hidup. Maniam kecewa. Dia berpindah tempat kerja dan akhirnya bekerja di kebun kelapa di Cangkat Lima. Maniam berkahwin dengan Malini secara rahsia. Rahsia perkahwinannya dibongkar oleh Suppiah, orang kampungnya. Akibatnya, Maniam tidak disenangi dan dihalau keluar dari tempat tersebut. Peristiwa ini menyebabkan Malini meninggal dunia tiga tahun kemudian. Suppiah mencadangkan sekolah Tamil didirikan di kebun untuk anak-anak orang India. Raman, iaitu guru sekolah mengetahui bahawa Suppiah lari dari negaranya kerana takut ditangkap polis dan menerangkan perkara sebenar tentang Maniam kepada Perumal. Perumal menyesal atas tindakannya terhadap Maniam.

5.4 Buku Empat InterlokManiam menjadi tandil di kebun getah. Apabila Seman datang meminta kerja, Maniam berusaha membantunya, lebih-lebih lagi sesudah mengetahui Seman ialah anak Musa, kawan baiknya. Maniam juga mendapatkan sebuah petak di rumah kuli untuk Seman dan ibunya yang telah keluar dari kampung mereka. Yew Seng pula lari dari rumah kerana kecil hati terhadap ayahnya yang tidak menghargainya. Dia bekerja di lombong bijih timah.Seman melawat Kampung Nyiur Condong setelah dua tahun setengah meninggalkan kampung tersebut. Dia diterima baik oleh orang-orang kampung. Pinangannya untuk Gayah juga diterima dan dia menjadi menantu Mat Ranggi.Penduduk Kampung Nyiur Condong gempar dengan kehadiran orang Jepun ke Tanah Melayu. Orang Melayu berpakat membantu Jepun mengusir Inggeris. Cing Huat pula cuba berbaik-baik dengan Seman. Pada suatu malam kedai Cing Huat dimasuki perompak. Pada masa yang sama juga Poh Eng berjaya melepaskan diri dan diselamatkan oleh Seman yang kemudian membawa Poh Eng kepada emaknya. Sementara itu, pihak Jepun mencari Yew Seng yang dipercayai terlibat dengan komunis. Yew Seng yang mengetahui adiknya hilang berjaya menemukan adiknya, Poh Eng dan dibawa menyertainya ke hutan, iaitu ke markas komunis. Pada waktu petang askar Jepun pula menangkap Mak Limah, Maniam, dan beberapa orang lagi kerana disyaki membantu komunis. Maniam diseksa kerana tidak memberikan kerjasama. Seorang Inspektor berbangsa India menyoal siasat Maniam dan melalui soal siasat tersebut, barulah diketahui bahawa Inspektor tersebut ialah anak Malini, iaitu anak Maniam sendiri. Inspektor Rama Krishnan berjanji akan menolong ayahnya dan cuba membebaskan Mak LImah.Harga barang semakin mahal. Lazim pula menyesal kerana menyokong Jepun. Dia ditangkap Jepun . Akhirnya Jepun menyerah kalah. Semua orang bergembira, terutamanya orang Cina. Orang yang menjadi tali barut Jepun diseksa. Kumpulan Kong Beng (Kuomintang) menangkap orang-orang yang bekerjasama dengan Jepun. Yew Seng yang mengenali Lazim telah membebaskannya. Poh Eng pula berjumpa semula dengan Mak Limah. Tanah Melayu diperintah oleh Inggeris semula. Orang Melayu semakin matang. Orang Melayu menentang penubuhan Malayan Union. Akhirnya perlembagaan dibentuk. Pengaruh komunis pula mula berkembang semula di Tanah Melayu Orang Cina pula berpendapat mereka patut bekerjasama dengan orang Melayu dan India menentang komunis. Hasil kerjasama itu, Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

6.0Bab Pilihan PengulasTiga bab pertama Interlok iaitu bab satu, bab dua dan bab tiga telah diceritakan sebagai satu latar masyarakat yang hidup secara realiti setiap kaum yang diwakilinya iaitu keluarga Seman (Melayu), keluarga Ching Huat (Cina) dan keluarga Maniam (India) dengan watak dan perwatakan masing-masing. Penceritaannya dalam ketiga-tiga bab tersebut tidak mengambil kira watak dan perwatakan yang baik atau buruk seperti yang telah diperagakan oleh pengarang sebagai rakaman sejarah. Watak dan perwatakan yang baik atau buruk itu hanya diperhalusi oleh pengarang untuk menimbulkan plot penceritaan yang menarik.Pengulas telah memilih Bab Empat : Interlok sebagai bab yang menarik untuk dijadikan panduan dan pengajaran kepada semua pembaca. Sinopsisnya adalah seperti yang berikut :Ketika Maniam teringat akan Rama Krishnan dan Malini yang sudah ditinggalkannya selama 21 tahun itu, Seman datang berjumpa dengannya untuk mendapatkan pekerjaan di kebun getah itu. Maniam mengatakan bahawa bapa Seman ialah kawan baiknya suatu masa dahulu. Dia berjanji untuk membantu Seman yang terpaksa membina kehidupan baharu bersama-sama dengan emaknya kerana dia disuruh keluar dari rumahnya oleh Cina Panjang kerana semua harta termasuk tanah dan rumahnya sudah menjadi milik Cina Panjang itu. Sejak kematian bapanya, Seman kuat beribadat dan memohon doa kepada Tuhan supaya diberikan perlindungan dan pertolongan.Pada malam itu,dia singgah di surau untuk menunaikan solat Isyak sebelum pulang ke rumahnya. Seman mengajak emaknya meninggalkan rumah itu esok paginya dan mengatakan bahawa dia sudah mendapat kerja di kebun getah. Seperti yang dijanjikan, Maniam menunggu Seman dan emaknya lalu menunjukkan rumah kuli yang akan menjadi tempat tinggal mereka nanti.Selepas Ching Huat memarahi, menampar dan menghalaunya pada suatu malam, Yew Seng sudah nekad untuk meninggalkan rumah pada pagi esoknya. Dia akan pergi ke sebuah lombong yang berhampiran dengan Cangkat Janggus dan bekerja sebagai kuli di lombong bijih itu. Yew Seng sering kali bertentangan pendapat dengan bapanya dan dia juga suka berkawan dan bermain dengan budak-budak Melayu terutamanya Lazim. Perkara yang dilakukannya itu memang tidak disukai oleh bapanya. Di samping itu, Yew Seng selalu bersimpati dengan Lazim atas kemunduran orang Melayu. Dia mengatakan bahawa orang Melayu sama sahaja dengan orang Cina dan mereka bukannya orang hutan seperti yang selalu didakwa oleh bapanya itu. Di lombong bijih itu, dia mengenali Kong Beng yang menjadi kepala kuli di situ.Setelah dua tahun setengah meninggalkan kampungnya, Seman pulang dan bersembahyang Jumaat di masjid Kampung Nyiur Condong pada suatu hari. Di situ, dia bertemu dengan Lazim dan hasratnya untuk meminang Upik pula terpaksa dilupakan apabila Lazim memberitahu bahawa Upik sudah berkahwin dengannya. Walau bagaimanapun, Setelah dicadangkan oleh Lazim, Seman meminta bantuan Lebai Man untuk mewakilinya bagi merisik Gayah, anak Mat Ranggi untuk dijadikan isterinya. Walaupun pada mulanya Mat Ranggi tidak bersetuju dengan hasrat Seman itu, tetapi akhirnya dia menyedari kesilapannya selama ini, iaitu dia terlalu mementingkan harta. Seman akhirnya berkahwin dengan Gayah iaitu anak Mat Ranggi yang sudah dapat menerimanya sebagai menantu walaupun dia tidak berharta. Dia memberitahu Maniam bahawa dia mahu berhenti kerja kerana hendak pulang ke Kampung Nyiur Condong dan berkahwin dengan Gayah. Selepas berkahwin, Seman tinggal bersama-sama dengan bapa mentuanya, dan ibunya pula tinggal di pondok yang berhampiran dengan rumah Lebai Man untuk memudahkannya belajar agama bersama-sama dengan pelajar yang lain. Apabila tentera Jepun masuk ke Tanah Melayu, keadaan menjadi tidak tenteram dan tentera orang putih mula mengundurkan diri. Orang-orang Cina pula gelisah dan takut akan tentera Jepun. Keadaan menjadi tidak tenteram kerana banyak berlaku rompakan. Sebagai contohnya, ada orang Melayu yang sanggup merompak kedai-kedai orang Cina untuk membalas dendam. Dalam satu rompakan di kedai Ching Huat pada suatu malam, Poh Eng hilang, tetapi dia telah diselamatkan oleh Seman. Seman membawa Poh Eng dan emaknya berlindung di rumah pekerja di kebun Cangkat Janggus. Pada suatu hari, tentera Jepun datang ke kedai Ching Huat dan bertanyakan Yew Seng yang menyertai kumpulan pengganas komunis yang diketuai oleh Kong Beng. Secara senyap-senyap, Yew Seng pula balik ke rumahnya pada suatu malam dan meminta makanan. Dia berjanji kepada bapanya untuk mencari Poh Eng yang hilang.Selepas pengurus orang putih meninggalkan ladang mereka, orang Jepun pula yang mengambil alih pengurusan ladang. Walau bagaimanapun, orang-orang yang tidak dikenali telah menculik pengurus kebun Cangkat Janggus pada suatu malam. Poh Eng pula telah dibawa lari oleh abangnya, Yew Seng pada malam itu juga. Mak Limah telah ditangkap oleh Jepun berikutan dengan kehilangan pengurus Jepun di kebun Cangkat Janggus itu.Maniam dan beberapa orang kuli dari kebun Cangkat Janggus pula telah ditangkap oleh Jepun disebabkan oleh kehilangan pengurus Jepun itu. Semasa dalam tahanan, Maniam telah diseksa oleh tentera Jepun. Walau bagaimanapun, dia telah bertemu dengan anaknya sendiri iaitu Inspektor Ramakrisynan yang bertugas di situ dan membebaskannya. Maniam meminta bantuan daripada anaknya itu, iaitu Inspektor Ramakrisynan supaya membebaskan Mak Limah. Ching Huat pula sangat marah apabila mengetahui Seman dan Mak Limah yang menyembunyikan Poh Eng.Keadaan menjadi semakin gawat dan sukar kerana barang-barang keperluan sangat kurang dan harganya melambung tinggi. Orang kampung juga semakin susah akibat hasil pertanian mereka terpaksa dijual dengan harga yang murah kepada Jepun dan sekiranya mereka enggan, hasil pertanian itu akan dirampas dan tuan punyanya pula akan ditangkap dan dihukum. Kebun-kebun pula sering diserang oleh gerombolan komunis pada waktu malam dan pengurus-pengurusnya yang terdiri daripada orang Jepun itu ditangkap ataupun dibunuh. Lazim turut ditangkap oleh Jepun kerana menghasut orang kampung supaya jangan menjual padi mereka kepada Jepun. Setelah Jepun tewas, orang Inggeris kembali ke Malaya dan pada masa itu berlaku penentangan terhadap pengganas komunis. Sementara itu, pengganas komunis pula semakin mengganas dan bertindak dengan kejam terhadap orang putih dan juga rakyat Malaya. Gerombolan pengganas komunis telah mengambil alih balai polis dan Inspektor Rama ditangkap kerana bekerjasama dengan Jepun. Namun begitu, Yew Seng berjumpa dengan Lazim yang secara kebetulannya ditahan di balai polis itu, dan dia terus membebaskan kawannya itu. Orang Melayu yang diwakili oleh Lazim, Mail Jambul, dan Berahim mengajak orang-orang Melayu agar bersatu padu dan menentang gagasan Malayan Union yang hendak diperkenalkan oleh Inggeris. Kemudian darurat diisytiharkan di seluruh negeri kerana Parti Komunis Malaya melakukan pemberontakkan untuk mewujudkan sebuah kerajaan komunis di wilayah-wilayah yang telah dirampas daripada tangan Inggeris. Mereka mengatakan bahawa perkara itu dilakukan untuk membebaskan seluruh Malaya daripada penjajahan Inggeris dan untuk mencapai matlamat itu, mereka terpaksa melumpuhkan ekonomi negeri ini terlebih dahulu. Oleh sebab itu, mereka terpaksa merosakkan kebun-kebun getah dan kelapaserta menghancurkan lombong-lombong bijih.Sementara itu, Yew Seng dan Kong Beng kembali semula ke hutan untuk meneruskan perjuangan. Mereka menyerang kebun-kebun di kawasan itu pada setiap malam dan membunuh orang putih yang menjadi pengurusnya. Selain itu, mereka terus menyerang dan merosakkan pokok-pokok getah serta menghancurkan lombong bijih. Ching Huat pula telah dilantik sebagai pengerusi persatuan orang Cina di pekan kecil di kawasan tempatnya tinggal itu. Mereka berjuang untuk membersihkan nama orang Cina akibat dakyah pengganas komunis yang sesat itu dan memperjuangkan kebajikan orang-orang Cina. Orang-orang India juga mempunyai pertubuhan yang sama dan memperjuangkan kebajikan kaum mereka.Pertubuhan mereka itu dipimpin oleh Raman iaitu seorang guru yang pernah bertugas di kebun Cangkat Lima. Suppiah dan dua anggota baharu gerombolan itu menangkap Maniam dan dibawa ke dalam hutan di tempat persembunyian gerombolan tersebut pada suatu malam. Ketika Suppiah hendak menembak Maniam, Poh Eng menyelamatkan Maniam dengan menembak Suppiah. Pada masa itu juga, Inspektor Rama dan pasukan keselamatannya melakukan serangan hendap terhadap gerombolan pengganas komunis itu. Dalam serangan tersebut pasukan keselamatan telah berjaya menewaskan gerombolan pengganas komunis. Yew Seng pula cedera parah di bahagian atas lututnya dan anggota pengganas yang masih hidup telah ditangkap. Yew Seng dan Poh Eng sedar dan insaf akan perjuangan mereka yang sia-sia selama ini kerana tidak menyangka Kong Beng ialah anggota pengganas komunis yang anti-Inggeris, anti-Jepun, dan antipenjajah. Orang-orang di pekan Simpang Empat pula berasa gembira dan mereka hendak menyaksikan perayaan kemerdekaan yang akan berlangsung selama tiga hari dan tiga malam. Mereka semuanya berasa gembira apabila Malaya akan mendapat kemerdekaan daripada Inggeris. Seman dan isterinya Gayah, Yew Seng, Lazim, Mamat Labu, Pak Haji Man, Ah Hock, dan Raman akan merayakan kemerdekaan negara di Kuala Lumpur. Inspektor Ramakrisynan pula menjemput mereka datang ke rumahnya kerana bapanya hendak berjumpa dengan mereka.

7.0Kekuatan Novel InterlokPertama sekali, pengulas menganggap novel ini mempunyai kekuatan yang sendiri. Pengulas menyokong penuh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia menggunakan novel ini sebagai teks KOMSAS tingkatan lima kerana pengulas berpegang pada maksud Interlok itu sendiri. Interlok berasal daripada bahasa Inggeris iaitu Interlocked yang membawa maksud memancakan atau berpancakan. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, panca bermaksud merapatkan kedua-dua belah tangan atau mengenggam. Justeru, Interlok menunjukkan satu keakraban dalam pelbagai kaum yang menuju ke arah satu jalan yang makmur iaitu perpaduan.Keputusan Kementerian Pelajaran Malaysia mengekalkan Interlok sebagai teks KOMSAS tingkatan lima bagi zon Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya), Selangor dan Negeri Sembilan memang tepat. Hasil garapan idea SN Dato' Abdullah Hussain, Interlok bercirikan pensejarahan dengan kemunculan masyarakat majmuk di Tanah Melayu menerusi watak-watak tiga kaum utama di semenanjung iaitu Melayu, Cina dan India. Setiap watak yang mewakili kaum masing-masing digarap dan digambarkan mengikut kisah-kisah sejarah yang sebenar.Selain itu, pengarang menembusi watak kaum India dalam Interlok adalah semata-mata untuk menunjukkan Watak Maniam yang selalu membantu orang lain tidak kira kaum Melayu iaitu Seman atau kaum Cina iaitu Ching Huat. Sejarah penderitaan dan survival Maniam menjadikannya lebih berperikemanusiaan kepada kaum-kaum yang lain. Perhubungan antara Maniam, Seman dan Ching Huat dalam perjalanan cerita ini menunjukkan gagasan perpaduan yang ditunjukkan oleh pengarang. Gagasan perpaduan yang ditonjolkan oleh pengarang menunjukkan pembinaan ke arah penyatuan bangsa.

7.1 FalsafahPemilihan novel ini dalam pendidikan amat tepat kerana kebanyakan pelajar pada masa kini sudah tidak mementingkan perpaduan. Malah, ia bertepatan dengan gagasan 1Malaysia yang telah digagaskan oleh Yang Amat Berhormat Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak. Wawasan perpaduan ini amat jelas diwakili judul novel ini sendiri iaitu Interlok yang bermakna tautan, jalinan, kemas, kejap atau memanca.Secara sosiologinya, Interlok ditulis dengan menggambarkan latar sebenar masyarakat yang menghuni Malaysia selepas kemerdekaan. Semua kaum di Malaysia bersatu padu dalam membentuk perpaduan dalam apa jua bidang sama ada politik, ekonomi dan sosial. Citra masyarakat dalam setiap kaum digambarkan secara lengkap dengan kehidupan yang hakikatnya berlaku pada masa sekarang. Interlok yang ditukangi pengarang adalah menggambarkan satu landasan untuk mempupuk semangat baharu kepada sebuah negara yang sudah keluar dari kurungan penjajahan. Justeru, Interlok dijadikan landasan untuk menyaran pembaca terutamanya dalam kalangan remaja mencipta perpaduan kaum yang berbeza latar belakang sejarahnya.Interlok mempunyai auranya sendiri setelah pembaca mula membacanya. Bacaan yang penuh penghayatan dan garapan pengarang melalui plot penceritaan yang baik dan dramatis membuktikan pembaca seolah-olah turut berada di latar peristiwa yang diperincikan, mendengar sendiri percakapan watak dan menyelinap masuk dalam fikiran dan perasaan mereka. Interlok juga menunjukkan perwatakan ketiga-tiga watak yang mewakili setiap kaum di Malaysia jelas sudah berbeza berbanding dalam tiga bab yang pertama. Seman mula membuktikan kegigihannya bekerja dan menyedari haknya sebagai orang Melayu. Ching Huat yang mengakui di tanah inilah tempat dia mendapatkan rezeki bersama kaum yang lain. Malah, anak Ching Huat iaitu Yew Seng juga dicorakan sebagai watak yang memupuk sikap berbaik-baik dengan orang Melayu seperti Lazim. Maniam dan Rama Krishnan pula digambarkan sebagai watak yang senang membantu orang lain tanpa mengira kaum. Justeru, kekuatan Interlok bukan sahaja bergantung pada watak-watak yang ditonjolkan pengarang, malah penerapan nilai-nilai kemanusiaan dan jalinan saling bantu-membantu dan saling kasih-mengasihani dalam watak Maniam turut berperanan dalam menjelaskan tema novel tersebut. Melalui Interlok, pengarang menceritakan sedalam-dalamnya tentang sebuah masyarakat yang berbilang kaum pernah hidup dan berjuang demi masa depan masing-masing. Hal ini diperjelaskan lagi pada setiap watak yang mewakili kaum masing-masing meneruskan perjuangan hidup semasa pendudukan Jepun sehinggalah tanah air mereka terkeluar dari kepompong penjajah. Menerusi Interlok, pengarang menjadi ruang saranan untuk memperbaiki dan meningkatkan nilai-nilai kehidupan masyarakat. Malah, Interlok menjadi wadah perubahan dalam diri golongan remaja pasca merdeka kerana golongan remaja pada zaman tersebut hanya menjadikan media cetak seperti Interlok untuk mempelajari sejarah dan mengetahui asal-usul mereka. Justeru, anak-anak pada hari ini dapat dididik dengan sejarah bangsa dan sangat wajar ditekuni dengan akal yang panjang penuh saksama.Sastera melalui penggunaan bahasa dan pemilihan diksi yang digunakan dalam hasil seni mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang mampu menarik hati dan minat pembaca. Melalui pembacaan dan pemahaman ia dapat mendidik, membimbing dan mengajar manusia menjadi insan berguna. Sesebuah novel mampu membangunkan modal insan yang cemerlang. Tidak hairanlah Interlok diangkat sebagai sebuah novel yang membangunkan bangsa Malaysia di alaf ini tanpa menitikberatkan isu-isu perkauman. Perpaduan yang ditonjolkan oleh Seman, Maniam dan Ching Huat menunjukkan ketiga-tiga kaum di Malaysia bersatu padu dan saling tolong-menolong antara satu sama lain demi kesejahteraan dan kemakmuran hidup di Malaysia. Interlok menunjukkan kekuatan kepada anak-anak muda masa kini terhadap perpaduan. Ditunjukkan pada watak Maniam yang berusia 30 tahun, anak Maniam iaitu Ramu Krishnan, anak Ching Huat iaitu Yow Seng dan Seman. Semua watak dalam Interlok mencerminkan kesungguhan anak-anak muda dalam mencapai perpaduan walaupun masing-masing berbeza latar belakang kehidupannya. Justeru, Interlok mengajak rakyat Malaysia yang merdeka mencipta usaha yang bersatu padu.Interlok adalah satu hakikat dalam kehidupan. Perjalanan kehidupan Seman (keluarga Melayu) sebelum merdeka menunjukkan realiti kepada kehidupan masyarakat Melayu pada masa itu. Begitu juga dengan Ching Huat (keluarga Cina) dan Maniam (keluarga India) keluar dari tanah air masing-masing iaitu India dan China ke tanah Melayu untuk mencari rezeki. Jelas menunjukkan pada masa itu tanah Melayu pada masa itu dunia rezeki bagi orang luar. Akhirnya, ketiga-tiga watak mewakili kaum masing-masing berusaha untuk memupuk perpaduan di akhir cerita.

7.2 Pandangan HidupInterlok dapat dikaitkan dengan teori Sosiologi Sastera. Teori Sosiologi Sastera merupakan kajian tentang hukum masyarakat dan proses yang berkenaan dengannya dan orang yang berlainan bukan setakat sebagai individu, tetapi juga sebagai ahli persatuan, kumpulan sosial, dan institusi (pendek kata sebagai anggota masyarakat). Sosiologi secara teori sering kali dikaitkan dengan soal-soal manusia dalam masyarakatnya. Sosiologi berminat tentang perangai kita sebagai manusia atau secara ringkas, mengkaji hubungan antara manusia yang pada awalnya saling tidak kenal kepada suatu peringkat yang lebih proses sosial sejagat. Ungku Maimunah Binti Ungku Mohd Tahir ( 2006 : 3 ) menjelaskan konteks Kesusasteraan Melayu, konsep Sosiologi Sastera merangkumi tiga bentuk pemahaman dan penerapan. Pemahaman yang pertama bertolak daripada teks sastera yang berandaian bahawa teks sastera bebas daripada tuntuan dan pengaruh persekitaran. Justeru, kajian berpusatkan teks semata-mata dan ditumpukan kepada usaha menyerlahkan gambaran masyarakat yang terdapat dalam teks yang dikaji. Kajian seperti ini tidak jauh daripada kajian instrinsik yang lumrah ditemui. Namun begitu, kajian intrinsik ini ditumpukan kepada latar masyarakat yang terdapat dalam sepanjang perjalanan cerita dalam teks yang dikaji.Pemahaman kedua berkisarkan kepada penghujahan bahawa persekitaran mempunyai kaitan langsung dalam karya yang dihasilkan. Justeru, kajian menganalisis dinamika antara teks dengan konteksnya dan bagaimana konteks tersebut memepengaruhi karya yang terhasil dari segi isi dan bentuknya. Pemahaman yang ketiga pula ialah pemahaman yang lebih menjurus kepada penggunaan sesuatu paradigm tertentu untuk mengkaji permasalahan yang dibangkitkan dalam teks sastera. Kesimpulannya, pemahaman yang pertama lebih dominan dan merupakan satu ilmu tentang Sosiologi Sastera yang diamalkan dalam kesusasteraan Melayu.A. Halim Ali dalam http://teorisastera.blogspot.com/20102010/05/pendekatan-sosiologi.html menjelaskan teori sosiologi dalam kritikan sastera ialah satu kaedah kritikan yang menggunakan prinsip-prinsip teori sosiologi. Sosiologi ada hubungkait dengan aspek-aspek historikal iaitu aspek sejarah menjadi latar belakang yang mendasar teks. Ia juga mengambil kira aspek-aspek luaran teks sebagai asas menilai teks. Aspek-aspek yang menjadi teras kemanusiaan dan kemasyarakatan seperti ekonomi, politik, budaya, dan etika sosial akan turut dilihat sebagai unsur-unsur penting yang mempengaruhi teks dan pengkaryanya serta masyarakat pembaca.Teori sosiologi sastera menuntut pengarang mengumpul sebanyak mungkin pengalaman dalam kehidupan kerana pengalaman dalam kehidupan akan mempengaruhi daya kreativiti sesorang. Pengalaman luas dalam diri pengarang akan membolehkan menghasilkan teks yang unggul. Ini kerana kepelbagaian pengarang akan menyediakan pelbagai pilihan dan membolehkan pengarang membuat pilihan yang terbaik. Pengalaman boleh dikutip melalui peristiwa dalam kehidupan harian, sama ada yang dialami sendiri, melalui pengamatan, pendengaran, bacaan, penyelidikan dan sebagainya. Pengalaman yang pelbagai ini pula menuntut proses penyaringan, pemilihan, dan kesepaduan agar ia dapat mencapai keseimbangan baik dari segi isi, teknik mahupun nilai estetika. Pendekatan sosiologi dalam kritikan sastera ialah satu kaedah kritikan yang menggunakan prinsip-prinsip teori sosiologi. Sosiologi merupakan salah satu bidang sains sosial. Walaupun Sosiologi bersumberkan bidang sains sosial, namun ia tetap mempunyai hubungkait dengan kesusasteraan. Sosiologi berkait rapat dengan aspek sejarah sebagaimana yang dibincangkan dalam pendekatan Historikal sebelum ini. Sosiologi melibatkan pelbagai perkara yang melibatkan latar sosial masyarakat baik di dalam teks mahupun di luar teks. Aspek-aspek yang menjadi teras kemanusiaan dan kemasyarakatan seperti ekonomi, politik, budaya dan etika sosial akan turut dilihat sebagai unsur-unsur penting yang mempengaruhi kepengarangan dan latar tekstual karya..Para sosiologi masa kini menyelidik struktur makro yang membentuk dan seterusnya menjadi teladan kepada masyarakat, seperti kaum atau etnik, kelas masyarakat dan peranan jantina dan institusi seperti keluarga; proses sosial yang mewakili lencongan daripada, atau kehancuran, struktur ini, termasuk jenayah, perceraian dan proses mikro seperti interaksi interpersonal.Menurut Fatimah Binti Daud (1992), ahli sosiologi sering kali bergantung kepada kaedah kuantitatif untuk menghurai corak hubungan sosial, dan untuk membina model-model yang boleh membantu dalam meramal perubahan sosial dan kesannya kepada manusia. Sesetengah ahli sosiologi pula berpendapat kaedah kuantitatif (seperti wawancara terarah, diskusi berkumpulan, dan kaedah etnografi) mampu memberi pemahaman yang lebih mendalam terhadap proses sosial. Cara yang terbaik ialah menggunakan kedua-dua kaedah secara serentak. Keputusan daripada kedua-dua kaedah ini boleh digunakan untuk menguatkan hujah antara satu sama lain. Contohnya, kaedah kuantitatif boleh menghurai corak am sosial, manakala kaedah kualitatif pula boleh membantu dalam memahami bagaimana seseorang individu bergerak balas terhadap perubahan sosial.Teori ini memberi penekanan kepada aspek pengajaran sosial sebagaimana seseorang rakyat atau individu itu seharusnya menjadi anggota masyarakat yang berguna, bertanggungjawab demi kepentingan masyarakat umumnya. Dalam hal ini, pendekatan sosiologi tidak dapat lari dari turut membicarakan tentang pengkarya. Aspek sosiologi pengkarya akan diteliti sama. Sebelum memasuki perbicaraan intrinsik karya, riwayat hidup pengarang termasuk tempat lahir, sosiolisasi, pendidikan, alam sekitar, status sosial, nilai-nilai kehidupan dan sebagainya hendaklah ditinjau terlebih dahulu.Dalam hal ini, pendekatan sosiologi tidak dapat lari dari menuntut dan membicarakan tentang pengkarya. Di samping itu juga pendekatan ini juga menekankan isi karya yang mampu memberi manfaat dalam mendidik masyarakat.

7.3 Nilai IlmuSelepas membaca Interlok, jelas meninggalkan kesan mendalam kepada diri seorang pembaca yang menghayati dan memahami plot cerita Interlok. Dalam Interlok, penerapan nilai-nilai murni dan mesej kepada pembaca dapat dikupas dengan mendalam agar semua pembaca dapat menilai dan bandingkan dengan kehidupan masa kini.Antara nilai-nilai murni yang dapat dikupas adalah mengenang budi, bertanggungjawab kepada keluarga, kesetiaan kepada isteri, kasih sayang dalam keluarga, tidak mudah putus asa, cintakan tanah air, prihatin dan lain-lain. Semua nilai murni yang diterapkan dalam Interlok memberi kesan yang mendalam kepada pembaca supaya menerapkan nilai-nilai murni tersebut dalam kehidupan pada masa kini.Selain itu, mesej atau pengajaran dalam Interlok juga boleh membantu para pembaca dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Antara pengajaran yang boleh diambil iktibar adalah kita hendaklah mengenang budi, kita juga hendaklah bertanggungjawab dan menanam sifat kasih sayang dalam keluarga. Selain itu, kita haruslah bekerja keras demi keluarga dan tanah air serta kita juga mestilah tidak mudah putus asa dalam apa jua perkara. Selain itu, kita juga mestilah menanam semangat cintakan tanah air dan hendaklah juga hidup prihatin dalam komuniti.Selain penerapan nilai-nilai murni dan pengajaran dalam Interlok, penggunaan dan pemilihan diksi yang senang difahami maksudnya jelas memberikan kesan yang mendalam kepada pembaca sehingga mereka memahami plot cerita yang disampaikan oleh pengarang.Plot penceritaan yang kronologi (mengikut urutan waktu) juga membantu memberikan kesan yang mendalam kepada diri pembaca. Hal ini demikian kerana, para pembaca tidak keliru dalam memikirkan plot ceritanya malahan dapat membantu para pembaca memahami perjalanan cerita dari satu plot ke plot yang berikutnya. Penceritaan mengikut bab (penceritaan satu-persatu mengikut kaum) dapat membantu para pembaca memahami penceritaan satu demi satu tanpa bercampur aduk.Penerapan teknik penceritaan seperti pemerian, dialog, imbas kembali, suspens dan sebagainya turut membantu memberikan kesan yang mendalam kepada diri pembaca. Semua teknik penceritaan tersebut dapat membantu pembaca mendalami plot cerita dan menelaah setiap perwatakan yang diwarnai oleh pengarang kepada setiap watak yang ditonjolkan.

8.0BIBLIOGRAFI

1. Teks Abdullah Hussain, (2010), Interlok Edisi Pelajar, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Buku-BukuFatimah Daud, (1992). Pengenalan Teori-Teori Sosiologi. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

3. Jurnal dan MajalahUngku Maimunah Binti Ungku Mohd Tahir, (2006), Akademika 69 : Pemahaman dan Penerapan Sosiologi Sastera dalam Kesusasteraan Melayu Moden, Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

4. Laman BlogDiperoleh pada 25 November 2014 daripada http://teorisastera.blogspot.com.

10