tugasan bml 3053-2015.pdf

9
BML 3053 1 MORFOLOGI BAHASA MELAYU (BML 3053) SESI PENGAJIAN : SEMESTER 4 (AMBILAN SEPT 2013) KOHORT 5 PROGRAM : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU KOD: BML 3053 KURSUS : IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN BAHASA MELAYU NAMA PELAJAR : NO KAD PENGENALAN : NO MATRIK : DINAMANI A/P NAGALINGAM 810708-02-6228 PPG/23711/13 TUGASAN : TUGASAN INDIVIDU TAJUK 1. MORFOLOGI NAMA PENSYARAH : DR. SYED ZAINAL ARIFF SYED JAMALUDDIN TARIKH HANTAR : 28 MAC 2015 MARKAH :

Upload: dinamaniyeoges

Post on 30-Sep-2015

332 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • BML 3053 1

    MORFOLOGI BAHASA MELAYU (BML 3053)

    SESI PENGAJIAN : SEMESTER 4 (AMBILAN SEPT 2013) KOHORT 5

    PROGRAM : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU KOD: BML 3053

    KURSUS : IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN BAHASA MELAYU

    NAMA PELAJAR : NO KAD

    PENGENALAN : NO MATRIK :

    DINAMANI A/P NAGALINGAM 810708-02-6228 PPG/23711/13

    TUGASAN : TUGASAN INDIVIDU

    TAJUK 1. MORFOLOGI

    NAMA

    PENSYARAH : DR. SYED ZAINAL ARIFF SYED JAMALUDDIN

    TARIKH HANTAR : 28 MAC 2015 MARKAH :

  • BML 3053 2

    1. Apakah yang dimaksudkan dengan morfologi ?

    Mengikut kamus dewan edisi ketiga morfologi bermaksud kajian tentang pembentukan

    kata dalam sesuatu bahasa, termasuklah infleksi,terbitan, dan pemajmukan; cabang

    biologi yang berkaitan dengan bentuk dan struktur organism; kajian tentang struktur dan

    bentuk sesuatu.

    Morfologi ialah satu bidang yang mengkaji satu strukutur gramatikal perkataan, iaitu

    kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata dan makna kata akibat perubahan

    bentuk kata. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz di dalam bukunya Siri Pendidikan Guru,

    Bahasa Melayu 1, pada halaman 132, morfologi boleh diertikan sebagai bidang

    tatabahasa yang mengkaji perkataan dan cara-cara pembentukannya.

    Struktur kata bermaksud susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang

    menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama

    ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan. Pemajmukan dan

    penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan

    keserupaan bentuk atau fungsi, atau bentuk dan fungsinya.

    Morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan. Istilah ini dipinjam

    daripada bidang biologi yang bermaksud kajian mengenai bentuk tubuh haiwan dan

    tumbuhan. Konsep bentuk itu diterapkan kepada bentuk perkataan bahasa manusia.

    Apabila kita menggunakan istilah perkataan, yang kita maksudkan ialah bentuk

    perkataan yang diujarkan dalam sesuatu bahasa. Bentuk ujaran itu kemudiannya ditulis

    dengan menggunakan lambing-lambang yang lazim dalam bahasa tersebut. Sebagai

    contoh, dalam bahasa Melayu, inilah kebiasaannya kita menuliskan perkataan dalam

    ejaan Rumi,iaitu berjalan,menangis, rumah, pelatih, langit-langit, kereta api, antarabangsa

    dan lain-lain. Bentuk-bentuk tulisan perkataan seperti inilah yang kita kaji dalam morfologi.

    Yang kita maksudkan dengan bentuk perkataan itu pula ialah struktur perkataan

    tersebut dalam bentuk ejaan yang biasa digunakan sehari-harian. Khususnya kita

    mengkaji bagaimana unsur-unsur bahasa membina sturktur perkataan bahasa Melayu.

  • BML 3053 3

    2. Nyatakan empat proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu?

    Dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk kata, iaitu kata tunggal, kata terbitan,

    kata majmuk, dan kata ganda. Kata tunggal tidak melibatkan apa-apa proses

    pembentukan, tetapi tiga bentuk kata lain melibatkan proses-proses tertentu. Proses-

    proses ini ialah pengimbuhan. pemajmukan, penggandaan dan akronim.

    1) Pembentukan kata tunggal

    Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu tanpa imbuhan atau tidak mengalami

    proses penggandaan dan perangkaian tergolong dalam jenis kata tunggal iaitu kata

    tunggal yang mengandungi hanya satu suku kata dan kata tunggal yang mengandungi

    dua suku kata atau lebih.

    Terdapat juga kata tunggal seperti ini,itu,sini,sana yang tidak mengalami apa-apa

    imbuhan, namun kata tunggal dalam bahasa Melayu berpotensi untuk diperluas menjadi

    bentuk terbitan.

    Perkataan boleh terdiri daripada satu suku kata atau beberapa suku kata. Sesuatu

    suku kata boleh terdiri daripada satu vokal (V), satu vokal disertai satu konsonan(K) atau

    satu vokal dengan beberapa konsonan. Konsonan itu hadir di hadapan, atau di

    belakang vokal atau serentak di hadapan atau di belakang. Ada juga konsonan yang

    hadir secara bergugus (KK)

    Contohnya :

    KV - yu VK - am KVK - cat

    KVKK - draf KVKK - bank KKKV - skru

    2) Pembentukan kata terbitan

    Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau

    menerima imbuhan sama ada awalan, akhiran, apitan atau sisipan.

  • BML 3053 4

    Nik Safiah et.al (1996): Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui

    proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata

    dasar. Pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan.

    Imbuhan terdiri daripada morfem terikat sementara kata dasar ialah bentuk morfem

    bebas yang dapat menerima imbuhan. Hanya segelintir kata dasar merupakan morfem

    terikat yang disebut akar.

    Imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir bersendirian dalam ayat. Ia

    harus diimbuhkan pada bentuk lain yang merupakan kata dasar. Berdasarkan

    kedudukannya pada kata dasar, imbuhan dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu

    awalan,akhiran,apitan dan sisipan.

    Contoh: Awalan Kata Kerja

    me- ( melawan, menyikat,merasa)

    mem-membawa, memfitah,memveto)

    men-( mentadbir,mencari,mencadang

    meng-(mengajar,mengguris,mengikut)

    menge- (mengekod,mengetut,mengecat)

    3) Pembentukan kata majmuk

    Bentuk kata majmuk lahir melalui proses pemajmukan, iaitu proses yang

    merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna

    tertentu.

    Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Kata majmuk tidak

    boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Misalnya kerusi malas ialah kata majmuk

    kerana tidak dapat disisipkan unsure lain seperti yang. Kata pinggan mangkuk pula

    bukan kata majmuk kerana dapat diselitkan dengan kata hubung dan.

    Contoh: Kata Majmuk

    (i) Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus contohnya

  • BML 3053 5

    model linear, hak milik, garis pusat , mata pelajaran , darah panas lut sinar ,urus setia,

    batu kapur , kertas kerja , pita suara , kemas kini

    (ii) Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan iaitu simpulan bahasa, contohnya:

    kaki ayam anak emas manis mulut tumbuk rusuk pilih kasih

    4) Pembentukan kata ganda

    Proses penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata

    dasar. Kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau penggandaan separa. Kata

    dasar juga boleh digandakan secara berentak iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu.

    Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis penggandaan iaitu penggandaan penuh,

    penggandaan separa dan penggandaan berentak.

    a. Contoh:

    Penggandaan

    Penuh

    Kata tunggal

    Penggandaan Penuh

    kata berimbuhan

    dengan awalan

    Penggandaan Penuh

    kata berimbuhan

    dengan akhiran

    Penggandaan Penuh

    kata berimbuhan

    dengan apitan

    buku-buku pekedai-pekedai amalan-amalan persatuan-persatuan

    murid-murid ketua-ketua dapatan-dapatan permainan-

    permainan

  • BML 3053 6

    3. Apakah yang dimaksudkan dengan kata nama dan kata kerja?

    Kata nama ialah kata yang menamakan atau menyatakan makna orang, tempat,

    benda, binatang dan seumpamanya. Kata nama ini boleh disertai kata bilangan di

    depannya, dan kata ganti tunjuk ini atau itu di belakangnya. Kata nama dalam bahasa

    Melayu terbahagi kepada tiga jenis iaitu kata nama am, kata nama khas dan kata ganti

    nama.

    Kata Nama Am

    Kata nama am ialah kata yang merujuk kepada manusia, binatang, benda atau perkara-

    perkara yang umum seperti anak, bapa, ibu, petani, kucing, harimau dan kecantikan. Kata

    nama am ini pula terbahagi kepada dua iaitu kata nama am konkrit dan kata nama am

    abstrak.

    Contoh kata nama am konkrit (jenis kata nama bagi benda-benda yang boleh dipegang

    secara konkrit) ;- Buku, Basikal, Kapal terbang

    Contoh kata nama am abstrak (jenis kata nama bagi perkara-perkara yang mujarad atau

    yang bukan benda konkrit) :

    Kata nama khas

    Merupakan kata nama yang merujuk nama orang, nama tempat dan nama benda khas.

    Biasanya kata nama khas dieja menggunakan huruf besar pada pangkalnya. Kata nama

    khas ini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu nama khas hidup dan kata nama khas tak

    hidup. Kata nama khas hidup ini pula dibahagikan kepada dua kategori lagi iaitu kata

    nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia.

    Contoh kata nama khas hidup( manusia) : Halim, Salina, Raja Noreen Contoh kata nama

    khas hidup( bukan manusia) : Comel, Si Putih, Ananas Comosus(nanas) Contoh kata

    nama khas tak hidup : Kuala Lumpur, Kamus Pelajar, Ahli Mangku Negara, Tanjong

    Malim

    Kata Ganti Nama

  • BML 3053 7

    Digunakan untuk mengganti nama diri, nama tempat, nama tunjuk, nama tak tentu dan

    nama tanya. Biasanya kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan

    kata nama orang dan kata ganti nama diri terdiri daripada tiga jenis iaitu kata ganti nama

    diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata nama ganti diri ketiga.

    Kata kerja merupakan makna perbuatan atau perlakuan. Dalam sesuatu ayat, kata

    kerja berfungsi sebagai predikat. Kata kerja ini ditandai oleh imbuhan seperti me-, me-..-

    kan, me-..-i, memper-..., memper-..-kan, memper-..-i,ber-,ber-..-an, dan ber-..-kan.

    Contoh : Melukis, Memperbesar, Berbantalkan, Memperingati

    Kata kerja dalam bahasa Melayu ialah perkataan yang menunjukkan perbuatan,

    seperti menulis, berlari,berfikir dan tidur. Kata kerja terbahagi kepada dua jenis yang

    besar,iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif

    .

    Menurut Kamus Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga ( 2008:88 ) golongan kata kerja

    merangkumi sejumlah perkataan yang dapat menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja.

    Golongan kata kerja dapat dibahagikan kepada dua kumpulan,iaitu kata kerja tak transitif

    dan kata kerja transitif.

    4. Nyatakan lima jenis kata tugas beserta huraiannya?

    a) Kata Hubung ialah kata penyambung ayat, iaitu sejumlah perkataan yang bertugas

    menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang

    berlapis.

    Contoh : Zaki, Adli dan Irfan pergi ke sekolah.

    b) Kata Seru ialah kata yang digunakan untuk menggambarkan perasaan seseorang

    seperti marah, sedih, gembira, sakit, hairan, kagum, terkejut, dan sebagainya. Cara

    penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi

    atau menurun.

  • BML 3053 8

    Contoh : Amboi, kedekutnya orang itu!

    c) Kata Bantu ialah perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif, dan

    frasa sendi nama iaitu dengan menimbulkan makna-makna tambahan dari aspek waktu

    atau ragam.

    Contoh : Kami pernah ke utara Malaysia.

    d) Kata Penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan

    berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif.

    Contoh : Pokok itu terlalu tinggi.

    e) Kata Bilangan ialah perkataan yang menerangkan bilangan atau jumlah orang, benda,

    atau perkara.

    Contoh : Saya menanam dua batang pokok kelapa di kebun.

    f) Kata Adverba ialah perkara yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama,

    dan frasa sendi nama dari segi cara, masa, dan tempat.

    Contoh : Bas itu bergerak laju.

    g) Kata Penekan merupakan salah satu daripada kata pascakata iaitu kata yang hadir

    dan melekat selepas perkataan. Bentuk kata tersebut ialah - nya, yang dapat berfungsi

    sebagai penekan atau pembenda.

    Contoh : Sesungguhnya, pengorbanan perlu jika ingin berjaya.

  • BML 3053 9

    BIBLIOGRAFI

    1. Kamus Dewan Edisi Ketiga, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1998.

    2. Morfologi, Siri Pengajaran dan Pembelajaran, Bahasa Melayu, Abdullah Hassan,

    B.A, M.A (Malaya) Ph.D, PTS Professional publishing sdn. Bhd, 2006

    3. http://tatabahasabm.tripod.com/lamanbm/notatata/knama.htm