tugasan bidiversiti dan adaptasi jan 2015

5
BBR26403 BIODIVERSITI DAN ADAPTASI A. TUGASAN KUMPULAN (50%) i. Kerja kumpulan mengandungi 5 tugasan ii. Setiap tugasan perlu ditulis lebih daripada 600 patah perkataan iii. Setiap kumpulan hanya mengandungi maksimum 3 pelajar TUGASAN 1: MENGUMPUL MAKLUMAT TENTANG ORGANISMA TANAH Objektif: Mengumpul maklumat dan menghuraikan tentang organisma tanah di kawasan tanah pertanian dan tanah belukar Kaedah pelaksanaan: Anda dikehendaki mengumpul maklumat tentang organisma tanah daripada pelbagai sumber seperti buku, internet, jurnal dan sebagainya. Walau bagaimana pun maklumat boleh dihadkan kepada dua jenis habitat sahaja iaitu tanah pertanian dan tanah belukar. Tuliskan satu artikel mengenai tajuk berikut: Organisma Tanah di Habitat Tanah Pertanian dan Tanah Belukar. Huraian artikel anda sepatutnya membincangkan mengenai kesemua aspek berikut; i. kepelbagaian dan taburan organisma tanah di habitat tanah pertanian dan tanah belukar ii. kitar hidup organisma tanah di dua habitat berkenaan iii. taksonomi dan nilai ekonomi organisma tanah di dua habitat berkenaan iv. kajian-kajian lepas berkaitan organisma tanah di dua habitat berkenaan Seterusnya tulis rujukan yang digunakan dengan menggunakan cara penulisan sistem APA. TUGASAN 2: MENGANGGAR KEPADATAN DAN TABURAN ORGANISMA TANAH DI KAWASAN TANAH PERTANIAN DAN TANAH BELUKAR BAHAGIAN 1 Objektif: Menganggar kepadatan dan taburan organisma tanah di kawasan tanah pertanian dan tanah belukar Alat keperluan kajian lapangan: i. Tin kosong bersaiz besar (lebih 2 kaki garispusat adalah lebih baik) ii. Cangkul/penyodok iii. Corong Berlese iv. Botol pengumpul organisma tanah (plastik/kaca) v. Alkohol/bahan pengawet vi. Penyedut organisma tanah/penyepit dsb vii. pH meter, jangkasuhu, carta taburan hujan dan kelembapan dari Jabatan Kajicuaca Kaedah pelaksanaan: i. Pilih dua lokasi kajian lapangan iaitu kawasan tanah pertanian dan tanah belukar. Setiap lokasi mengandungi 2 lapis iaitu lapisan sampah dan lapisan tanah

Upload: celyn-lee

Post on 19-Dec-2015

42 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Bidiversiti Dan Adaptasi Jan 2015

BBR26403 BIODIVERSITI DAN ADAPTASI

A. TUGASAN KUMPULAN (50%)

i. Kerja kumpulan mengandungi 5 tugasan

ii. Setiap tugasan perlu ditulis lebih daripada 600 patah perkataan

iii. Setiap kumpulan hanya mengandungi maksimum 3 pelajar

TUGASAN 1: MENGUMPUL MAKLUMAT TENTANG ORGANISMA TANAH

Objektif:

Mengumpul maklumat dan menghuraikan tentang organisma tanah di kawasan tanah pertanian

dan tanah belukar

Kaedah pelaksanaan:

Anda dikehendaki mengumpul maklumat tentang organisma tanah daripada pelbagai sumber

seperti buku, internet, jurnal dan sebagainya. Walau bagaimana pun maklumat boleh dihadkan

kepada dua jenis habitat sahaja iaitu tanah pertanian dan tanah belukar. Tuliskan satu artikel

mengenai tajuk berikut: Organisma Tanah di Habitat Tanah Pertanian dan Tanah Belukar.

Huraian artikel anda sepatutnya membincangkan mengenai kesemua aspek berikut;

i. kepelbagaian dan taburan organisma tanah di habitat tanah pertanian dan tanah belukar

ii. kitar hidup organisma tanah di dua habitat berkenaan

iii. taksonomi dan nilai ekonomi organisma tanah di dua habitat berkenaan

iv. kajian-kajian lepas berkaitan organisma tanah di dua habitat berkenaan

Seterusnya tulis rujukan yang digunakan dengan menggunakan cara penulisan sistem APA.

TUGASAN 2: MENGANGGAR KEPADATAN DAN TABURAN ORGANISMA TANAH

DI KAWASAN TANAH PERTANIAN DAN TANAH BELUKAR –BAHAGIAN 1

Objektif:

Menganggar kepadatan dan taburan organisma tanah di kawasan tanah pertanian dan tanah

belukar

Alat keperluan kajian lapangan:

i. Tin kosong bersaiz besar (lebih 2 kaki garispusat adalah lebih baik)

ii. Cangkul/penyodok

iii. Corong Berlese

iv. Botol pengumpul organisma tanah (plastik/kaca)

v. Alkohol/bahan pengawet

vi. Penyedut organisma tanah/penyepit dsb

vii. pH meter, jangkasuhu, carta taburan hujan dan kelembapan dari Jabatan Kajicuaca

Kaedah pelaksanaan:

i. Pilih dua lokasi kajian lapangan iaitu kawasan tanah pertanian dan tanah belukar. Setiap

lokasi mengandungi 2 lapis iaitu lapisan sampah dan lapisan tanah

Page 2: Tugasan Bidiversiti Dan Adaptasi Jan 2015

ii. Letakkan tin kosong yang berlobang di atas lapisan sampah dan tangkap sebarang

organisma tanah yang muncul dengan menggunakan penyedut/penyepit dan sebagainya.

Ambil lapisan sampah yang dilingkungi oleh keluasan tin dan masukkan ke dalam karung

plastik

iii. Dengan menggunakan cangkul/penyodok/skop atau lainnya ambil lapisan tanah sedalam

5 cm dengan keluasan lebih kurang satu kaki persegi di lokasi yang sama dengan ii di

atas. Cari organisma yang ada dalam sampel tanah yang telah diambil.

iv. masukkan sampel sampah dan sampel tanah ke dalam corong berlese berlainan dan

biarkan lebih tiga hari untuk mendapatkan organisma tanah yang masih tertinggal.

v. Ulangi langkah ii dan iii untuk persampelan ke 2 dan 3 pada plot lain tetapi lokasi sama

vi. Contoh corong berlese ringkas adalah seperti berikut; Anda boleh bina sendiri.

vii. Ukur pH, suhu, taburan hujan dan kelembapan di dua lokasi tersebut.

viii. Kirakan kepadatan (dalam unit individu/meter2) dan taburan organisma tanah (dalam

peratus atau bilangan) di kedua-dua lapisan sampah dan tanah.

ix. Huraikan dapatan anda termasuk jadual dapatan dan huraian.

Melampirkan gambar-gambar kajian lapangan anda merupakan satu kelebihan.

Anda perlu juga menerangkan lokasi kajian lapangan anda dengan menggunakan

kedudukan longitud dan latitud.

TUGASAN 3: MENGANGGAR KEPADATAN DAN TABURAN ORGANISMA TANAH

DI KAWASAN TANAH PERTANIAN DAN TANAH BELUKAR-BAHAGIAN DUA

Objektif:

Menganggar kepadatan dan taburan organisma tanah di kawasan tanah pertanian dan tanah

belukar kali kedua dalam selang tempoh masa yang berbeza (anggaran lebih 2 minggu)

Kaedah pelaksanaan

Ulangi semua langkah dalam kajian bahagian 1 tetapi dilaksanakan selang lebih atau sama dua

minggu.

Huraikan dapatan anda sebagaimana tugasan 1. Melampirkan gambar-gambar kajian lapangan

anda merupakan satu kelebihan.

Page 3: Tugasan Bidiversiti Dan Adaptasi Jan 2015

TUGASAN 4: MEMBUAT PENGECAMAN /TAKSONOMI ORGANISMA TANAH

Objektif:

i. membuat pengecaman /taksonomi organisma sehingga ke peringkat spesies/genus

ii. membuat pengiraan indeks diversiti dan keanekaragaman organisma tanah

Kaedah pelaksanaan:

i. Camkan organisma tanah bagi kedua-dua lapisan di lokasi tanah pertanian dan tanah

belukar dengan membandingkan ciri-ciri yang ada dengan maklumat yang terdapat dalam

buku, internet dan sumber-sumber lain

ii. Namakan organisma

iii. Kirakan indeks diversiti dan keanekaragaman organisma tanah (rujuk cara pengiraan

contoh http://itswrong.webs.com/indeks_diversitas.pdf)

iv. Hurai dan jelaskan dapatan anda.

TUGASAN 5: MEMBUAT PERBANDINGAN ORGANISMA TANAH DI DUA

HABITAT

Objektif:

i. Membandingkan organisma tanah di habitat pertanian dan belukar

ii. Membandingkan organisma tanah mengikut masa

ii. Membandingkan dapatan kajian lapangan bahagian 1 dan 2 ini dengan dapatan kajian-

kajian lepas.

Kaedah pelaksanaan:

Perbincangan/perbandingan ini merujuk kepada hasil dapatan anda dalam tugasan 2, 3 dan 4.

i. bandingkan organisma tanah di dua habitat berbeza iaitu habitat tanah pertanian dan

habitat tanah belukar berserta justifikasi terhadap hasil dapatan

ii. bandingkan organisma tanah di dua habitat berbeza iaitu habitat tanah pertanian dan

habitat tanah belukar mengikut perubahan masa berserta justifikasi terhadap hasil dapatan

iii. anda juga perlu membandingkan hasil dapatan kajian ini dengan kajian-kajian terdahulu.

iv. perbincangan perlu juga dikaitkan dengan faktor-faktor persekitaran seperti pH, suhu,

taburan hujan dan kelembapan.

v. berikan kesimpulan anda terhadap dapatan kajian ini mengenai organisma tanah di

kedua-dua habitat.

vi. tulis perbincangan anda

vii. tulis rujukan anda.

Page 4: Tugasan Bidiversiti Dan Adaptasi Jan 2015

B: TUGASAN INDIVIDU (50%)

ARAHAN

i. Tugasan ini mengandungi 2 bahagian

ii. Setiap bahagian perlu ditulis lebih daripada 600 patah perkataan

iii. Tugasan ini adalah tugasan berbentuk individu

BAHAGIAN A Diversiti dan taburan tumbuhan di kawasan kajian lapangan

BAHAGIAN B: Kitar hidup beberapa spesies tumbuhan yang utama di kawasan kajian lapangan

Objektif:

i. meninjau diversiti dan taburan tumbuhan di kawasan tanah pertanian dan tanah belukar

ii. menganalisa kitar hidup beberapa spesies tumbuhan yang utama di kawasan kajian

lapangan

Kaedah pelaksanaan

i. tugasan ini merujuk kepada kajian lapangan yang anda bersama kumpulan anda telah

laksanakan. Anda perlu menuliskan lokasi kajian.

ii. tinjau diversiti dan taburan tumbuhan di kawasan kajian lapangan anda. Anda masih

boleh menggunakan kiraan indeks diversiti dan keanekaragaman tumbuhan (rujuk cara

pengiraan contoh http://itswrong.webs.com/indeks_diversitas.pdf) atau lain-lain kiraan

yang sesuai.

iii. buat huraian tentang diversiti dan taburan tumbuhan di kawasan tanah pertanian dan

tanah belukar

iv. pilih beberapa spesies tumbuhan di kawasan kajian lapangan anda dan analisa tentang

kitar hidupnya. Seterusnya huraikan kitar hidup tumbuhan tersebut.

SOALAN TAMAT

Page 5: Tugasan Bidiversiti Dan Adaptasi Jan 2015

FORMAT DAN PENGHANTARAN LAPORAN TUGASAN

ARAHAN KEPADA PELAJAR

a. Tugasan ini mengandungi DUA (2) bahagian, Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A

dilaksanakan secara berkumpulan sementara Bahagian B dilaksanakan secara individu.

Jawab SEMUA tugasan. Tugasan kumpulan perlu dihantar dalam satu file. Tugasan

individu dihantar secara berasingan. Sila serahkan laporan tugasan anda dalam bentuk

softcopy dan hardcopy kepada pensyarah anda.

b. Anda boleh menjawab sama ada menggunakan Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu

sahaja.

c. Setiap tugasan kumpulan atau tugasan individu perlu ada;

Nama setiap ahli kumpulan/individu

No kad pengenalan dan no matrik setiap ahli kumpulan/individu

No telefon dan email setiap ahli kumpulan/individu

Nama pensyarah

Sediakan ruangan tarikh diserah & tandatangan penerimaan tugasan

d. Tugasan anda perlu ditaip atas kertas putih A4 dengan menggunakan times new roman

saiz font 12 dan langkau baris 1.5.

e. Anda perlu menyenaraikan sumber rujukan mengikut sistem APA

f. Plagiarisme dan duplikasi tugasan dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali.

Pelajar yang menyerahkan tugasan ini tidak akan diterima atau mengakibatkan

pengurangan markah sehingga markah minimum iaitu “O” markah.

g. Tugasan ini turut menyumbang kepada 50% gred akhir kursus.

h. Tugasan anda hendaklah diserahkan kepada pensyarah anda seboleh-bolehnya pada

PERTEMUAN KEEMPAT. Penyerahan lewat boleh mengakibatkan pengurangan

markah. Kelewatan menghantar laporan tugasan boleh menyebabkan markah tugasan

anda ditolak sehingga tahap markah minimum iaitu “O” markah.

i. Sila hubungi pensyarah anda dengan segera sekiranya anda menghadapi

masalah/kesulitan dalam menyelesaikan tugasan.

“PENSYARAH ANDA SENTIASA SEDIA MEMBANTU ANDA”