adaptasi pantun 8 kerat

14

Upload: hanis-nazura

Post on 26-Jul-2015

102 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Adaptasi Pantun 8 Kerat
Page 2: Adaptasi Pantun 8 Kerat
Page 3: Adaptasi Pantun 8 Kerat
Page 4: Adaptasi Pantun 8 Kerat

Alkisah tersebut kisah hamba Allah yang bernama Ayub bin Kulub. Dia dilahirkan dalam dalam keluarga yang sederhana. Cerita bermula semasa Ayub mendapat keputusan yang Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) yang cemerlang. Kedua-dua ibu bapanya berasa sangat bangga kerana memiliki anak yang cerdik .

Tidak lama kemudian Ayub mendapat tawaran keemasan daripada institut pengajian tinggi yang ternama di dalam negara. Bak kata orang terdahulu, bala jangan dicari, rezeki jangan ditolak.Keluarga Ayub mengambil keputusan untuk menghantar Ayub ke institut pengajian tinggi tersebut yang terletak di Shah Alam.

Pejam celik, pejam celik kini sudah tiba peperiksaan untuk semester terakhir. Pada ketika itu, Ayub mengalami masalah kewangan. Tetapi dia tidak mahu menyusahkan Kedua ibu bapanya di kampung. Dia tidak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya untuk peperiksaan yang bakal dihadapinya. Ayub dalam keadaan yang sangat tertekan kerana dia terpaksa melakukan banyak perkara dalam satu masa.

Page 5: Adaptasi Pantun 8 Kerat

Dalam ketika itu, ada kawannya yang bernama Farid ingin menawarkan kerja sampingan yang mampu memberi Ayub gaji yang Lumayan. Tanpa menyelidik terdahulu, dia menerima tawaran pekerjaan sampingan itu. Rupa-rupanya pekerjaan tersebut ialah mengedar dadah. Ayub berasa sangat terkejut. Lalu dia segera meninggalkan pekerjaan tersebut kerana dia teringat akan kata kedua ibu bapanya dahulu. Jangan sesekali berniat melakukan kejahatan walaupun sebesar zarah sekalipun.

Ayub menjadi insaf dengan kejadiaan yang menimpanya itu dan dia kembali memohon hidayah daripada Allah S.W.T. Nasi belum menjadi bubur , Ayub menanam azam untuk berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan akhir semester kerana keputusan ini menentukan masa depannya kelak. Berkat usaha dan titik peluhnya itu, Ayub memperoleh keputusan cemerlang sehingga melayakkan dirinya untuk menjawat jawatan sebagai jurutera di syarikat ternama iaitu PETRONAS.

Page 6: Adaptasi Pantun 8 Kerat
Page 7: Adaptasi Pantun 8 Kerat

Arshad seorang lelaki yang bertubuh tegap dan berwajah manis serta peramah orangnya. Beliau bekerja sebagai budak penghantar barang di sebuah syarikat perabot yang terkenal. Hidupnya sehari-hari tidaklah begitu senang kerana beliau dilahirkan dalam keluarga yang berpendapatan rendah. Majikan Arshad iaitu Marissa pula seorang yang sombong,bongkak dan sentiasa bermegah-megah dengan kemewahan yang dimilikinya.

Oleh yang demikian, Marissa selalu mencerca dan mengherdik pekerja-pekerja bawahannya. Arshad memegang amanahnya sebagai seorang pekerja dengan penuh rasa tanggungjawab,beliau tidak sesekali mengabaikan tugasnya ketika menghantar barang yang dipesan oleh pelanggan. Namun begitu, Marissa selalu tidak berpuas hati dengan hasil kerja Arshad. Beliau dikeji dan dihina malah diperlakukan dengan teruk sekali oleh Marissa.

Page 8: Adaptasi Pantun 8 Kerat

“Apa yang kau buat ni??!! Sedarlah sikit kau tu hanya kuli saja kat syarikat aku ni, anak nelayan pulak tu, tak setaraf langsung dengan aku yang kaya ni!!”

Namun Arshad tidak pernah menyimpan dendam terhadap Marissa. Malahan beliau menganggap itu sebagai pembakar semangat untuknya mengubah nasib diri dan keluarga. Beliau juga tidak pernah lupa untuk bersyukur dengan segala anugerah yang telah Allah kurniakan kepada dirinya. Oleh itu, Arshad telah memulakan perniagaan keropok ikan secara kecil-kecilan menggunakan duit simpanannya selama ni.

Tanpa diduga syarikat tempat Arshad bekerja mengalami masalah kerana berlaku penyelewengan di bahagian kewangan,akibatnya syarikat tersebut muflis dan Marissa juga menjadi miskin. Marissa kini hidup merempat ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Dia berusaha untuk mencari pekerjaan,lalu dia pergi ke sebuah syarikat keropok ikan terkenal yang memerlukan ramai tenaga pekerja. Ketika di temu duga, Marissa terkejut kerana pemilik syarikat tersebut ialah Arshad iaitu orang yang dicemuhnya selama ini tetapi Arshad masih lagi menerimanya bekerja.

Page 9: Adaptasi Pantun 8 Kerat

“Kenapa awak masih lagi menerima saya bekerja,sedangkan saya dah banyak buat salah dengan awak?”

Arshad tersenyum. “Cik Marissa,pernah dengar tak??kita semua ni adalah cucu Nabi Adam yang turun dari petala langit ke tujuh. Allah sentiasa mengingatkan supaya kaum Adam menjadi khalifah di atas muka bumi ini untuk membimbing kaum hawa.

Hadis Muslim ada mengatakan “Sesungguhnya seorang wanita itu diumpamakan seperti tulang rusuk yang bengkok. Apabila engkau berkeras hendak meluruskannya, ia akan patah, dan sekiranya engkau membiarkannya, maka ia akan terus bengkok”.

Kita juga harus bersyukur jika kita diberi pelbagai keistimewaan sebagai seorang manusia dan janganlah sesekali kita bermegah dengannya kerana semua itu adalah milik Allah yang dipinjamkan kepada kita buat sementara waktu.”

Akhirnya Marissa sedar akan kesilapannya, dia begitu malu dengan Arshad atas perbuatannya yang lalu. Dia juga menyesal kerana telah banyak melukai hati pekerja-pekerjanya dan berjanji untuk memperbaiki sikapnya yang dahulu.Kini, Marisa telah bekerjasama dengan Arshad untuk menguruskan syarikat keropok ikan dan mereka berjaya memasarkan produknya sehingga ke luar negara.

Page 10: Adaptasi Pantun 8 Kerat
Page 11: Adaptasi Pantun 8 Kerat

Bandar raya London menjadi kebanggaan kepada setiap warga England. Kota metropolitan, kota yang menjadi jantung serta nadi negara ini merakamkan dan melakarkan segala keistimewaan ,keindahan, keperitan dan kesengsaraan. Dalam jutaan manusia yang menjadi penghuni kota besar itu, Azlan sekeluarga adalah sebahagian daripadanya. Jika memikirkan perihal hidup yang amat mencabar di kota London ini, Azlan memang tidak berminat untuk bermastautin di sini. Namun ayahnya ditakdirkan bertemu jodoh dengan ibunya, salah seorang anak gadis di pinggir kota London menyebabkan ayahnya terus memilih untuk tinggal di London .

Peribahasa ibarat belut pulang ke lumpur dan tak jauh seluang melaut akhirnya balik ke muara amat sesuai dengan Azlan yang tidak pernah luput keinginan untuk kembali ke desa. Niatnya hanya satu ingin membangunkan hasil bumi di Tanah air sendiri. Namun , setelah sekian lama ada-ada sahaja halangan yang membantutkan niat Azlan untuk kembali ke desa. Keadaan menjadi bertambah sukar setelah neneknya meningggal dunia sejak 10 tahun yang lalu. Sejak itu,Azlan tidak pernah pulang ke desa lagi . Segala budaya barat telah meresap ke dalam diri Azlan sekeluarga. Mana tidaknya segala aspek kehidupan berubah ibarat putaran 360 darjah .

Page 12: Adaptasi Pantun 8 Kerat

Orang mengantuk disorongkan bantal , pucuk dicita ulam mendatang dengan tiba-tiba ayahnya mendapat arahan bertukar ke Malaysia untuk menjalankan tugas sebagai pengurus pemasaran di sebuah syarikat ternama di Kuala Lumpur. Ini sememangnya suatu perkara yang diidamkan oleh Azlan selama ini supaya dia dapat mengubah corak hidup keluarganya semula. Setibanya Azlan di Kuala Lumpur, dia terkejut kerana budaya Malaysia dan budaya Barat tidak jauh berbeza.Dia terpandang ada seorang anak muda yang berpakaian tidak senonoh dengan senang hatinya melanggar seorang nenek tua tanpa rasa bersalah sehingga nenek tersebut jatuh tersungkur.

“Hey you orang tua!!! Tak nampak ke I nak lalu ni??!! Habis baju I yang branded ni! You tahu tak baju I ni mahal ?!!comfirm you tak mampu nak !”

Apabila melihat kejadian tersebut Azlan berasa sungguh

berduka cita.Sungguh, pengaruh bahasa Inggeris telah meresap dalam diri masyarakat Malaysia kini.

Page 13: Adaptasi Pantun 8 Kerat

Dalam perjalanan pulang, Azlan melihat banyak perubahan yang terjadi.Bukit ditarah,hutan digondol,pencemaran udaranya sungguh teruk dan keadaan kampungnya kini tidak lagi seperti 10 tahun yang lalu. Apabila melihat panorama sebegini telah benar-benar menyedarkan ilham dan sukma Azlan betapa indahnya tanah air jika dipelihara dengan baik. Tetapi kelalaian manusia menyebabkan bumi rosak binasa .Selain itu,kebudayaan Timur juga telah dicemari oleh budaya Barat malah bahasa ibunda juga turut diabaikan.

Kini dia berazam untuk memperjuangkan budaya dan

bahasa melayu serta mempertahankan khazanah alam. Azlan kini bergiat aktif dalam kempen bahasa dan alam sekitar di seluruh Malaysia sebagai penggerak utama kempen tersebut.

Page 14: Adaptasi Pantun 8 Kerat