powerpoint biodiversiti dan adaptasi

36
PENAMAAN DAN PENGELASAN HAIWAN DAN TUMBUHAN

Upload: yew-chao-tee

Post on 02-May-2017

284 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Powerpoint Biodiversiti dan adaptasi

PENAMAAN DAN PENGELASAN HAIWAN DAN TUMBUHAN

Page 2: Powerpoint Biodiversiti dan adaptasi

PENGENALAN

Page 3: Powerpoint Biodiversiti dan adaptasi

KEPELBAGAIAN DAN KEPERLUAAN PENGELASAN/TAKSONOMI

pengelasan organisma mengikut sistem taksonomi yang standard adalah satu bahagian yang sangat penting dalam kajian kepelbagaian biologi.

Page 4: Powerpoint Biodiversiti dan adaptasi

Kepentingan pengelasan adalah seperti berikut:

• Pengelasan membolehkan ahli biologi menguruskan bahan, maklumat dan data yang semakin bertambah supaya dapat disimpan dan dikatologkan dengan satu sistem yang baik

Pelbagai jenis organisma samada yang telah diketahui atau belum bertaburan di serata tempat,tatanama yang universal perlu diketengahkan untuk memudahkan komunikasi secara lebih berkesan dan cekap.

Page 5: Powerpoint Biodiversiti dan adaptasi

Memudahkan kajian bidang-bidang lain seperti morfologi,anatomi dan fisiologi kerana telah tersedia beberapa maklumat

Menyediakan bukti untuk menyokong teori evolusi organik melalui penemuan pertalian semulajadi di antara organisma yang diletakkkan dalam kategori yang berlainan

Menemui spesies baru dan mengemaskinikan pengetahuan tentang kepelbagaian biologi dan evolusi.

Page 6: Powerpoint Biodiversiti dan adaptasi

Menyediakan satu keadah sistematik untuk menghuraikan flora dan fauna di kawasan berlainan dalam dunia

Membolehkan ahli ekologi mencari hubungan di antara organisma yang sama dan organism persekitarannya dengan lebih cekap dan sistematik

Mencari perhubungan semulajadi antara organisma dalam jaringan hidupan

Page 7: Powerpoint Biodiversiti dan adaptasi

TAKSONOMI

Taksonomi merupakan satu bidang biologi yang penting untuk mengkaji berjuta-juta jenis organism dalam dunia. Kajian dalam bidang ini adalah memfokuskan kepada pelbagai prinsip, peraturan dan konsep berkaitan dengan pengurusan maklumat kepelbagaian biologi. Secara ringkasnya ia dikaitkan dengan aktiviti pengelasan, pengecaman dan pengurusan tatanama organisma.

Page 8: Powerpoint Biodiversiti dan adaptasi

Sistem Pengelasan SemulajadiMerupakan suatu cara pengelompokan makhluk

hidup berdasarkan banyaknya persamaaan ciri morfologi yang dimiliki. Pengamatan dilakukkan menggunakan mata dengan mengamati bentuk luar tubuh suatu makhluk hidup,antaranya ialah warna, ukuran tubuh, tinggi/pendek,bentuk daun, bentuk parah, bentuk kaki dan bentuk batang.

Sistem pengelasan semulajadi dibahagikan kepada 3 sistem yang utama iaitu sistem fenetik,sistem filogeni klasik dan sistem kladistik.

Page 9: Powerpoint Biodiversiti dan adaptasi

Sistem Fenetik (Sistem Berangkai)Dalam sistem ini satu set ciri-ciri digunakan dan setiap

organism diskorkan dengan memeriksa ciri tersebut berdasarkan pengkodan bernombor. Nombor diberikan bagi setiap skor (0-5).

Contoh ; ciri yang dipilih ialah bulu. Jika organism tidak berbulu diberi skor 0. Organism yang berbulu diberi skor antara 1-5 berdasakan kelebatan bulunya. 

Dalam sistem ini organism dikelaskan berdasarkan kepada keserupaan atau ketidakserupaan secara menyeluruh. Semua sifat dipertimbangkan secara sama rata. Sistem ini telah dimajukan dengan menggunakan konputer untuk membandingkan keserupaan dan perbezaan antara organisma. Pengelasan fenetik boleh memberikan hasil keputusan yang berbeza dengan keputusan pengelasan filogeni.

Page 10: Powerpoint Biodiversiti dan adaptasi

Sistem Pengelasan Filogeni (Klasik)

Filogeni bermaksud sejarah evolusi suatu spesies organisma. Pengelasan ini merupakan suatu sistem pengelasan semulajadi yang menunjukkan hubungan evolusi dan memperlihatkan sejarah evolusi organism tersebut. Ahli taksonomi filogeni tidak menggunakkan bilangan ciri yang banyak dalam pengelasan. Ciri-ciri yang dipilih adalah ciri homolog kerana ciri homolog memperlihatkan asal usul yang sama walaupun struktur yang dibandingkan mempunyai fungsi yang berbeza.

Page 11: Powerpoint Biodiversiti dan adaptasi

Sistem Pengelasan KladistikSistem ini mengelaskan haiwan dan tumbuhan

mengikut masa kemunculan cabangan evolusi dalam pokok filogeni. Kadang-kadang sistem ini juga dianggap sama seperti sistem pengelasan filogeni kerana masih menggunakkan ciri-ciri homolog dalam pengelasannya.

Walaupun sistem ini menggunakkan ciri homolog, tetapi bukan semua ciri homolog dapat digunakan. Ciri-ciri terbitan (apomorfik) homolog yang unik dalam satu kumpulan spesies dan berasal daripada satu leluluhur keturunan terdekat dapat digunakan. Ciri homolog primitif (plesimorfik) yang diperhatikan pada leluhur tidak seimbang. Ciri-ciri terbitan hanya akan muncul selepas suatu titik cabangan.

 

Page 12: Powerpoint Biodiversiti dan adaptasi

Sistem Pengelasan Buatan Sistem pengelasan buatan adalah pengelompokan

makhluk hidup yang didasarkan atasnya adanya beberapa persamaan ciri morfologi, alat reproduksi, lingkungan tempat tumbuh dan daerah penyebarannya tanpa memerhatikan kesamaan struktur yang mungkin memperlihatkan hubungan kekerabatan.

Misalnya kupu-kupu dan kelawar merupakan satu kelompak kerana kedua-duanya dapat terbang.

Page 13: Powerpoint Biodiversiti dan adaptasi

Pengecaman dan Hiraki Linnaeus

Kunci dikotomi merupakan alat yang digunakan dalam aktiviti pengecaman organisma oleh ahli taksonomi. Dalam pembinaan kunci dikotomi,ciri-ciri taksonomi seperti ciri morfologi dan anatomi disenaraikan dalam satu siri. Ciri-ciri yang digunakan ialah ciri dikotomi iaitu dikemukakan dalam bentuk bertentangan. Kunci dikotomi yang berlainan digunakan untuk pengecaman jenis-jenis organism yang berlainan. Ini bermakna kegunaan kunci dikotomi adalah spesifik untuk satu jenis pengecaman. Setiap kunci dikotomi dibina untuk melakukan pengecaman hingga ke tahap satu kategori sahaja dalam sistem hieraki Linnaeus.

 

Page 14: Powerpoint Biodiversiti dan adaptasi

Berikut adalah contoh untuk membina kunci dikotomi untuk lumut, pakis, rumput,amoeba,hydra,siput, undang dan semut.

 1. menetukkan ciri-ciri berbeza-mempunyai klorofil atau tanpa klorifil-mempunyai talaus atau bukan talus-mempunyai spora atau tanpa spora-organisma satu sel atau banyak sel-simetri radial atau simetri bilateral-mempunyai cengkerang atau tanpa cengkerang-mempunyai 3 pasang kaki atau mempunyai 5 pasang

kaki

Page 15: Powerpoint Biodiversiti dan adaptasi

Sistematik Haiwan dan Tumbuhan, Sistem Binomal dan Penamaan Organisma

Sistem penamaan yang dipersetujui oleh ahli taksonomi sedunia adalah sistem nama ganda (binomial momenclature).

 1. Setiap nama terdiri dari dua perkataan.

Contoh:Duriozi bethinus (Durian)2. Kata pertama adalah nama genus dan kata

kedua menunjukkan spesies.3. Huruf pertama pada perkataan pertama di tulis

dengan huruf besar dan perkataan kedua ditulis dengan huruf kecil.

Page 16: Powerpoint Biodiversiti dan adaptasi

Hiraki TaksonomiSelain daripada memperkenalkan sistem binomial,

Linnaeus juga membahagikan alam haiwan dan tumbuhan kepada kumpulan atau takson. Dalam sistem pertama, imperium nature telah dibahagikan kepada kategori mengikut urutan yang menurun.

 Empayer Alam Kelas Order Genus Spesies Varieti

Page 17: Powerpoint Biodiversiti dan adaptasi

Hieraki Linnaeus telah diubahsuai menjadi tujuh kategori wajib. Dalam amalan taksonomi moden, semua organism mesti dikelaskan mengikut tujuh kategori tersebut. Kategori tersebut adalah seperti berikut;

Alam Filum Kelas Order

Famili Genus

Spesies

Page 18: Powerpoint Biodiversiti dan adaptasi
Page 19: Powerpoint Biodiversiti dan adaptasi

2.4 TEORI EVOLUSITeori sains yang dikemukakan untuk menerangkan perubahan rupa dan sifat haiwan dan tumbuhan sepanjang zaman sehingga kini.

Tujuan sebenar adalah untuk menjelaskan dan membantu kefahaman bagaimana setiap hidupan memperoleh rupa bentuk dan ciri-ciri yang kita kenali.

Perubahan secara beransur-ansur daripada satu generasi kepada generasi lain

Proses ini berlaku apabila sifat yang berpunca dari genetik semakin berlebihan atau berkurangan dalam sekelompok organisma.

Page 20: Powerpoint Biodiversiti dan adaptasi

Hominoid merupakan keturunan dari moyang yang sama.

Page 21: Powerpoint Biodiversiti dan adaptasi

Untuk menentukan jauh dekatnya kekerabatan antara kelompok organisma hidup, maka kekerabatan dapat dibezakan menerusi

FenetikMenerusi persamaan sifat-sifat yang dimiliki oleh kelompok organisma masing-masing.Lebih kerap & mudah digunakan

FilogenetikBersandarkan kepada andaian-andaian evolusi sebagai kunci utamanya.Kesukaran untuk menemui bukti-bukti evolusi.

Kedua-dua perlu diambilkira untuk memperolehi kebolehpercayaan dan kesahan tinggi dalam pengelasan.

Page 22: Powerpoint Biodiversiti dan adaptasi

2.6 Fenotip, Genotip dan Pemilihan Semula Jadi

2.6.1 Sumber Variasi

Setiap orang memiliki pasangan gen yang sedikit berlainan daripada orang lain.Variasi genetik berpunca daripada mutasi gen. Ini menimbulkan kecacatan @ kelainan ketara yang tidak semestinya bahaya, tetapi juga memberi kelebihan.

2.6.2 Fenotip dan Genotip

Fenotip - rupa luar organismaGenotip - ciri genetik

Fenotip mungkin berbeza kerana tindak balas kompleks antara gen dan faktor persekitaran luaran dan dalamnya.

Page 23: Powerpoint Biodiversiti dan adaptasi

2.6.3 Gen dan Ciri

Gen tunggal memberi kesan dalam pemilihan semulajadi seterusnya akan mempengaruhi ciri-ciri semula jadi lain yang tidak tergolong langsung untuk terpilih.

Ciri-ciri yang dikawal oleh poligeni (organ) atau pewarisan multifaktor akan menghasilkan variasi selanjat dalam populasi.

2.6.4 Keplastikan Fenotip

Banyak organisma yang mempunyai genotip yang sama tetapi menghasilkan fenotip yang berbeza apabila membesar dalam persekitaran yang berbeza. Ini dikenali sebagai keplastikan fenotip. Keplastikan fenotip juga menyumbang di dalam membentuk kepelbagaian organisma hidup.

2.6.5 Bagaimana spesies kekal menjadi ketaraTanpa pengasingan, pembiakbakaan silang mengurangkan kelimpahan gen-gen baru yang sangat berguna di dalam sekitaran tertentu. Semua spesies akan lebih kurang serupa dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan baik.

Page 24: Powerpoint Biodiversiti dan adaptasi

2.6.6 Pemilihan Semula Jadi

Proses pemilihan semula jadi menerangkan sebab-sebab terjadinya perubahan pada hidupan sepanjang zaman sehingga memperoleh anatomi, fungsi dan tabii dan dimilikinya sekarang.Pemilihan semula jadi ini sememangnya suatu proses penyingkiran.Hidupan yang lebih berkebolehan mengelakkan penyingkirkan.Contohnya: Sayap burung ( burung helang, burung penguin dan burung unta)

2.6.7 Pembezaan Ekotip

Spesies dalam populasi yang berlainan diletakkan di tempat yang sama, mereka masih menunjukkan perbezaan ciri. Pembezaan yang berlaku di kalangan populasi dikenali sebagai ekotip.

Page 25: Powerpoint Biodiversiti dan adaptasi

persamaan dan perbezaan ciri morfologi dan anatomi, peranannya kepada kehidupan manusia dan ciri biokimia termasuk molekulnya.

Page 26: Powerpoint Biodiversiti dan adaptasi

Sifat Ciri-cirisebarang sifat semulajadi yang merukuk kepada bentuk, struktur, fisiologi atau kelakuan yang dipertimbangkan secara berasingan daripada organism keseluruhan bagi tujuan tertentu seperti untuk perbandingan, pengecaman atau pun pengelasan.

Page 27: Powerpoint Biodiversiti dan adaptasi

Morfologi dan AnatomiCiri morfologi sebagai ciri remeh-temeh

seperti duri, bulu, pengkulturan spora dan debunga,struktur epidermis dan lain-lain lagi .

Ciri anatomi terdapat dalam organ tubuh makhluk hudup atau pada struktur penyusun tubuhnya .

Page 28: Powerpoint Biodiversiti dan adaptasi

Sistematik Molekul

Sistematik molekul dalam pengelasan organism hidup adalah merujuk kepada ciri-ciri biokimianya.

Perkembangan ilmu pengetahuan teleah mendorong perkembangan pengelasan makhluk hidup .

Sifat biokimia ini dimulai dari molekul, DNA dana membrane sel yang dapat digunakna sebagai dasar pengelompokan atau pengelasan.

Page 29: Powerpoint Biodiversiti dan adaptasi

Bio-Informatik

Bio-informatik merupakan bidang yang mengaplikasikan teknologi komputer dalam pengurusan maklumat-maklumat biologi.

Komputer digunakan untuk memperolehi, menyimpan, menganalisis dan mengintegrasikan maklumat biologi dan genetik yang dapat digunakan dalam pengumpulan maklumat berkenaan penghasilan ubat-ubatan berasaskan gen dan pembangunan perisian.

Page 30: Powerpoint Biodiversiti dan adaptasi

Kromosom, Taksonomi dan EvolusiSumbangan sitologi samada secara

sendirian(sitotaksonomi) dan berangkai dengan genetik(sitogenetik) menjadi salah pengaruh terpenting dalam taksonomi.

Ciri sitologi umpamanya bilangan kromosom dan morfologi boleh digunakan seperti data perbandingan yang lain.

Kelakuan kromosom dan struktur semasa meiosis boleh menyumbang kefahaman evolusi dan kaitannya dengan populasi.

Page 31: Powerpoint Biodiversiti dan adaptasi

Bilangan Kromosom dan MorfologiNilai bilangan kromosom sebagai ciri taksonomi terletak pada sifatnya yang malar dalam sesuatu spesies. Bilangan kromosom boleh jadi seragam dalam suatu genus atau kumpulan yang lebih tinggi atau bervariasi antara satu anggota yang lain.

Page 32: Powerpoint Biodiversiti dan adaptasi

Kelakuan Semasa Meiosis

Rupa dan cara kromosom berkelakuan semasa meiosis sering digunakan sebagai cara untuk menunjukkan perkaitan populasi dengan spesies melalui jenis dan darjah perpasangan yang terjadi antara set induk yang berbeza.

Ini mungkin dapat menunjukkan penghibridan yang telah berlaku atau perbezaan struktur. Darjah homologi antara kromosom dalam hybrid sangat berguna dalam menganggar darjah perkaitan genetic spesies induk tanpa mengambil kira perbezaan morfologi masing-masing.

Page 33: Powerpoint Biodiversiti dan adaptasi

Poliploidi

Poliploidi merupakan fenomena berbilang set kromosom dalam suatu organism. Ia boleh memainkan peranan penting sebagai mekanisma dalam evolusi.

Page 34: Powerpoint Biodiversiti dan adaptasi

Pemencilan dan Takrifan Spesies

Pemencilan merupakan mekanisme yang sangat penting dari sel evolusi sebab mekanisma ini membolehkan populasi mewujudkan perbezaan dan terevolusi sebagai unit bebas.

Page 35: Powerpoint Biodiversiti dan adaptasi

Penghibridan

Penghibridan antara spesies merupakan kejadian yang biasa berlaku dalam alam semulajadi.

Penghibridan berlaku daripada kacikan yang akan menghasilkan hybrid steril atau hibrid boleh hidup hingga kepada penghibridan sempurna menghasilkan pemencilan antara bahagian spesies yang membawa kepada pembentukan kumpulan besar hibrid.

Hibrid yang berjaya akan menyebabkan organism mempunyai ciri-ciri yang agak berbeza daripada induknya. Spesies yang berbeza mungkin terhasil daripda kejadian ini.

Page 36: Powerpoint Biodiversiti dan adaptasi

Sekian, Terima kasih