tugasan b

12
Tugasan B 2.0 Pendahuluan. Kesusasteraan Melayu dikatakan bermula daripada parasasti-parasasti bertulis di dalam Bahasa Melayu kuno dalam bentuk syair seperti batu bersurat Talng Tuo atau Jawa Kuno di Kedukang Bukit.Jelas bahawa karya sastera lebih istimewa kedudukannya berbanding bahasa harian.Bahasa karya sastera biasanya mempunyai susunan yang indah dengan bantuan kata-kata yang mengangkat pemikiran penulis secara tersirat di dalam karyanya.Bahasa Melayu dan sastera adalah sebuah hubungan simbiosis.Hasil daripada pengajaran bahasa yang berpilin dengan sastera akan memberi impak besar dalam kehidupan. Sebagai contoh, mengheret pemikiran di dalam karya agung Interlok dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid- murid.Pemikiran daripada aspek sosial yang menebalkan semangat perpaduan harus diteladani dan diadaptasi oleh murid-murid dalam kehidupan. Melalui beberapa kaedah, murid-murid akan didekatkan dengan ciri pemikiran, nilai budaya dan pandangan hidup yang diterapkan oleh Abdullah Hussain di dalam Interlok. John Barell (1991) mendefinisikan pemikiran ialah proses mencari makna serta usaha mencapai keputusan yang wajar.Pemikiran di dalam karya sastera pula diistilahkan sebagai suatu gagasan atau sumbangsaran yang ingin diterjemahkan oleh pengarang kepada masyarakat pembacanya.Pemikiran boleh diispirasikan oleh pelbagai faktor seperti aspek ekonomi, sosial, politik dan juga sosiobudaya.Seperti di dalam karya agung Interlok, Abdullah Hussain membawa pemikiran mengenai kehidupan asal-usul kaum-kaum utama di

Upload: fidakhaidzir

Post on 22-Dec-2015

18 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan B

Tugasan B

2.0 Pendahuluan.

Kesusasteraan Melayu dikatakan bermula daripada parasasti-parasasti bertulis di dalam

Bahasa Melayu kuno dalam bentuk syair seperti batu bersurat Talng Tuo atau Jawa Kuno di

Kedukang Bukit.Jelas bahawa karya sastera lebih istimewa kedudukannya berbanding

bahasa harian.Bahasa karya sastera biasanya mempunyai susunan yang indah dengan

bantuan kata-kata yang mengangkat pemikiran penulis secara tersirat di dalam

karyanya.Bahasa Melayu dan sastera adalah sebuah hubungan simbiosis.Hasil daripada

pengajaran bahasa yang berpilin dengan sastera akan memberi impak besar dalam

kehidupan.

Sebagai contoh, mengheret pemikiran di dalam karya agung Interlok dapat memupuk

semangat perpaduan dalam kalangan murid-murid.Pemikiran daripada aspek sosial yang

menebalkan semangat perpaduan harus diteladani dan diadaptasi oleh murid-murid dalam

kehidupan. Melalui beberapa kaedah, murid-murid akan didekatkan dengan ciri pemikiran,

nilai budaya dan pandangan hidup yang diterapkan oleh Abdullah Hussain di dalam Interlok.

John Barell (1991) mendefinisikan pemikiran ialah proses mencari makna serta usaha

mencapai keputusan yang wajar.Pemikiran di dalam karya sastera pula diistilahkan sebagai

suatu gagasan atau sumbangsaran yang ingin diterjemahkan oleh pengarang kepada

masyarakat pembacanya.Pemikiran boleh diispirasikan oleh pelbagai faktor seperti aspek

ekonomi, sosial, politik dan juga sosiobudaya.Seperti di dalam karya agung Interlok,

Abdullah Hussain membawa pemikiran mengenai kehidupan asal-usul kaum-kaum utama di

Malaysia iaitu Melayu, India dan Cina.Ia juga turut mencerminkan kehidupan ketiga-tiga

kaum tersebut hingga ke hari ini.

Kesimpulannya, untuk penerapan teks sastera di dalam pelajaran Bahasa Melayu di

peringkat sekolah rendah, suatu aktiviti yang benar-benar menarik minat murid harus

diketengahkan.Ini kerana aktiviti yang tidak bertepatan dengan kehendak usia mereka akan

mendatangkan kesan negative seperti ketiadaan tindak balas daripada mereka dan guru

sendiri akan kecewa kerana objektif tidak tercapai.

Page 2: Tugasan B

2.1 Aktiviti yang dipilih.

Saya telah memilih dua aktiviti untuk menampilkan ciri-ciri nilai murni seperti yang terdapat

di dalam karya agung Interlok iaitu perpaduan bekerjasama , rajin,tolong menolong dan juga

bersyukur.Mesej-mesej ini akan disampaikan melalui aktiviti drama dan juga permainan

bahasa.

2.2.1 DRAMA

Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, aktiviti lakonan merupakan satu aktiviti yang

amat menarik bagi murid-murid kerana ia dijalankan dalam bentuk yang santai dan

bersukaria.Ia merupakan satu aktiviti di mana pergerakan tubuh badan berupa segala

bentuk perlakuan meliputi kegiatan hidup manusia yang dilakukan oleh watak-watak tertentu

sebagai mencerminkan keadaan sebenar, atau meniru cara dan bentuk aktiviti-aktiviti yang

berlaku dalam kehidupan masyarakat.

Drama yang akan dipersembahkan berasaskan unsur perpaduan antara kaum utama di

Malaysia iaitu berdasarkan tajuk “Bumiku Tercinta”.Rasional drama ini dipilih ialah agar ia

dapat menerapkan beberapa aspek seperti perpaduan dan juga semangat tolong menolong

yang jelas terdapat di dalam novel Interlok tersebut.

Skrip bagi aktiviti ini telah disediakan terlebih dahulu oleh guru dan murid-murid yang terpilih

untuk menjayakan aktiviti ini diminta untuk membaca skrip tersebut sebagai persediaan.

Berikut ialah bagaimana aktiviti tersebut dijalankan.

PERKARA MASA CATATAN

Pembukaan 2 minit Dua orang adik beradik berketurunan Cina terpaksa

melalui hari pertamanya di sebuah sekolah kampung

yang majoritinya terdiri daripada orang Melayu berasa

sugul untuk memasuki kelas.

Mereka hanya menundukkan wajahnya sepanjang berada

di kelas masing-masing.

Pelajar-pelajar lain hanya memandang murid Cina

Page 3: Tugasan B

berkenaan.

Bahagian 1 3 minit. Pada masa rehat, murid Cina ini hanya bersama adiknya

dan mereka termenung.Mereka berasa sedih kerana

hanya mereka yang berketurunan Cina di sekolah itu.

Mereka melihat murid-murid lain bergembira sambil

makan dan bermain.

Datang dua orang murid berbangsa Melayu dan seorang

murid India lalu mendekatinya.

Murid Cina berasa takut kerana bimbang diapa-apakan

oleh mereka.

Dia meminta mereka untuk tidak menyakitinya.

Murid Melayu dan India terpinga-pinga lantas berlalu dari

situ.

Bahagian 2 3 minit Setelah loceng rehat tamat, murid Cina ingin kembali

semula ke kelas.

Tiba-tiba adiknya terjatuh ke dalam longkang.

Dua orang murid Melayu dan India segera datang

membantunya.

Mereka membawa murid Cina ke bilik rawatan dan

merawat luka murid itu.

Setelah itu, murid Cina meminta maaf kerana

kekasarannya sebentar tadi.

Page 4: Tugasan B

Mereka saling bermaafan dan memperkenalkan nama

masing-masing.

Bahagian 4 3 minit Sejak hari itu mereka berkawan baik.

Setiap kali waktu rehat mereka akan makan bersama-

sama dan bertukar bekalan.

Mereka juga sentiasa belajar bersama-sama.

Bahagian 4 5 minit. Suasana di sekolah ketika menyambut perayaan Hari

Kebangsaan.

Mereka dengan bangganya memakai pakaian kaum

masing-masing.

Guru besar meminta mereka untuk membuat sedikit

ucapan bagi mewakili kaum masing-masing dan

menyatakan tentang perasaan mereka.

Mereka turut menyanyikan lagu-lagu patriotik

Penutup 2 minit Semua murid yang menjayakan lakonan keluar ke pentas

dan turut sama menyanyikan lagu patriotik.

Aktiviti drama ini ternyata dapat memberikan satu perasaan untuk saling hormat

menghormati antara satu sama lain.Selain itu, ia juga sekaligus dapat menjadikan murid

lebih menyintai negara mereka iaitu Malaysia.

Page 5: Tugasan B

2.1.2 PERMAINAN BAHASA

Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik

permainan.Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada murid

memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat

diagnostik.Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran

berbahasa murid antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Teknik ini sesuai digunakan pada semua peringkat pembelajaran bahasa, iaitu daripada

peringkat sekolah rendah hinggalah ke peringkat sekolah menengah.Teknik ini juga adalah

satu strategi pengajaran yang sesuai digunakan pada pelbagai tahap pencapaian

murid.Permaian bahasa bukanlah merupakan aktiviti tambahan untuk bergembira semata-

mata, tetapi ia boleh digolongkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berhasrat

memberi peluang kepada murid mengaplikasi kemahiran bahasa yang telah dipelajari di

dalam bilik darjah.Permainan bahasa merupakan aktiviti yang dirancang dalam pengajaran

dan ada hubung kaitnya dengan isi pelajaran secara langsung atau tidak langsung.

Antara contoh aktiviti permainan bahasa ialah teka silang kata dan mencari perkataan

tersembunyi , menyusun huruf dan perkataan dan pelbagai lagi.Ia boleh dijalankan secara

berkumpulan, berpasangan dan juga secara individu.

Berikut ialah bagaimana aktiviti ini dijalankan.

PERKARA MASA CATATAN

Langkah 1 5 minit Semua murid di bekalkan dengan teks sinopsis berdasarkan

novel Interlok.

Murid menghayati sinopsis tersebut.

Satu sesi soal jawab diadakan untuk mengetahui sejauh

mana pemahaman murid tentang penghayatan mereka

terhadap cerita itu tadi.

Page 6: Tugasan B

Beberapa orang murid menceritakan apa yang mereka

fahami daripada teks cerita itu.

Langkah 2 10 minit Guru menampalkan satu teka silang kata yang besar di

hadapan kelas.

Guru memberikan teka silang kata yang sama mengikut

kumpulan.

Setiap kumpulan di kehendaki untuk mencari jawapan dan

melengkapkan kad silang kata kumpulan terlebih dahulu.

Langkah 3 5 minit Setiap kumpulan dikehendaki mengeja satu perkataan

dengan cepat dan betul untuk membolehkan mereka

menjawab soalan tersebut.

Kumpulan yang dapat mengeja perkataan dengan betul

akan menulis jawapan pada papan silang kata besar di

hadapan kelas.

Aktiviti diulang sehingga papan teka silang kata penuh

dengan jawapan.

Langkah 4 5 minit. Guru mengedarkan kad mencari kata tersembunyi kepada

semua murid.

Murid mencari perkataan yang tersembunyi di dalam

lembaran.

Setelah siap, guru meminta murid untuk bertukar kertas

jawapan dan meminta murid untuk menyemak jawapan

bersama-sama.

Page 7: Tugasan B

Langkah 5 Penutup Guru membuat rumusan pelajaran pada hari itu.

Guru memberikan hadiah kepada kumpulan yang paling

banyak memberikan jawapan betul kepada soalan teka

silang kata.

Guru juga memberikan hadiah kepada murid yang

menjawab dengan betul bagi aktiviti mencari perkataan

tersembunyi.

Menerusi aktiviti ini, murid-murid dapat mengetahui nilai-nilai yang perlu diamalkan di dalam

hidup bermasyarakat lebih-lebih lagi bagi masyarakat yang berbilang kaum.Mereka juga

turut dapat menghayati nilai perpaduan dan rasa hormat sesama mereka.

2.3 PENUTUP

Karya Agung bukan sahaja boleh dihayati melalui pembacaan, tetapi ia juga boleh menjadi

satu bahan pengajaran dan pembelajaran yang menarik sekiranya ia dijalankan melalui

pelbagai aktiviti di dalam kelas.Guru boleh memilih aktiviti yang bersesuaian dengan

menggunakan karya agung tersebut.Karya agung diperkenalkan bagi memartabatkan lagi

bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.Dokumen Standard Pembelajaran dijadikan

panduan dalam mengajarkan aspek seni bahasa yang mana ia boleh menerapkan unsur-

unsur yang terdapat di dalam karya agung ini.Murid boleh menghayati nilai-nilai di dalam

novel ini menerusi sesi pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan.Banyak teknik dan

aktiviti bahasa yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Melayu di sekolah.Semua ini akan menjadikan guru lebih kreatif dan inovatif dan murid turut

sama akan mendapat impaknya.Sebarang teknik yang digunakan haruslah memberi kesan

yang baik kepada murid terutamanya dalam menerapkan nilai perpaduan dan nilai cintakan

tanah air.Hal ini kerana perkara berkaitan akan dibawa sehingga murid tersebut menjadi

dewasa.

Page 8: Tugasan B

Contoh Lembaran Mencari Kata Tersembunyi

N O P K M C L G D B C

B G N R W A I I A O E

J I M A R R A G T L A

L F R J T A R I I O U

K D F I E F T H S D K

A S T N A G E S A T N

M C K U A T B P Y E I

A V O I D J U K I R S

N Z P I A T K O S D U

A X Q L A T A B A H C

H U S S F H I I Y B I

W Y R Z R P R E A U T

E T D S A U P W N I W

R E E T O L O N G L G

B O E B I L O A K M I

1461 patah perkataan

Page 9: Tugasan B

RUJUKAN

Abdullah Hussain. (2003 ). Interlok .Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Mok Song Sang. (2009). Pedagogi untuk Pengajaran & Pembelajaran. Selangor Darul

Ehsan:Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Nafi Mat. (2009). Teknik Mengajar KOMSAS.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Keempat.(2010).Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Modul KRB 3063.Penghayatan Karya Agung.Pusat Pendidikan Luar

Laman Sesawang

bmsktahun5.wordpress.com.my

jarikeramatblogspot.com.my

https://ml.scrib.com

https://sites.google.com

jpmipgmtaa.webs.com

www.slideshare.net