tugasan 6

8
LMCP1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAMPAN TUGASAN 6 : PEMANASAN GLOBAL SITI NUR MAHERAN BT ZAINUDDIN A160465 PROF.DATO'IR.DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K.RAHMAT

Upload: maheran96

Post on 05-Apr-2017

140 views

Category:

Presentations & Public Speaking


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: TUGASAN 6

LMCP1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAMPAN TUGASAN 6 : PEMANASAN GLOBAL

SITI NUR MAHERAN BT ZAINUDDINA160465

PROF.DATO'IR.DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K.RAHMAT

Page 2: TUGASAN 6

SOALAN

1. Andaikan anda duduk di bandar tepi laut. Datuk bandar telah mengesan kenaikan aras laut semenjak 50 tahun lalu. Kenaikan ini kecil tetapi dalam tempoh masa yang panjang, ia akan menimbulkan masalah di pusat bandar kerana arasnya yang rendah. Jika anda dilantik menjadi perunding, tuliskan pelan tindakan secara ringkas untuk mengurangkan atau mengatasi masalah ini.

Page 3: TUGASAN 6

DEFINISI PEMANASAN GLOBAL

Pemanasan global merupakan satu fenomena pemerangkapan gas yang dikenali sebagai gas rumah hijau yang mana kumpulan gas ini menghalang dan memerangkap haba bumi daripada terbebas keluar ke angkasa. Sifat kumpulan gas ini ialah membenarkan bahangan matahari menembusinya tetapi menghalang pembebasan semula bahangan bumi ke atmosfera. Contoh gas rumah hijau ialah karbon dioksida, karbon monoksida, kloroflorokarbon (CFC), metana, nitrogen oksida dan lain-lain. Kebiasaannya, fenomena pemanasan global dapat dirasai dengan lebih jelas di kawasan kutub utara dan selatan, kawasan pembangunan perindustrian, kawasan perbandaran dan banyak lagi tempat dunia.

Page 4: TUGASAN 6

KESAN PEMANASAN GLOBAL

PENINGKATAN ARAS LAUT

Pengembangan haba Kelesapan Ais di Greenland dan Antartika Barat

Kecairan Glasier dan Litupan Ais di Kutub

3 FAKTOR PENINGKATAN ARAS LAUT

Apabila air dipanaskan, ia akan mengembang. Hampir separuh daripada kenaikan paras laut dalam beberapa abad yang lalu disebabkan oleh suhu laut yang lebih panas dan memerlukan lebih banyak ruang. Apabila ini berlaku, ia menyebabkan paras laut meningkat.

Untuk glasier dan litupan ais, kenaikan suhu telah mempercepatkan kecairan litupan ais yang besar di Greenland dan Antartika. Ahli sains juga percaya bahawa ais yang cair di permukaan dan lautan di bawah litupan ais sedang mengalami kecairan pada kadar yang lebih cepat.

Biasanya glasier dan litupan ais akan cair pada kadar yang tetap pada musim panas. Apabila tiba musim sejuk, salji yang dihasilkan daripada air laut yang menguap, akan mengimbangi kembali kadar kecairan. Semenjak kebelakangan ini, suhu tinggi yang berpanjangan hasil daripada pemanasan global telah menyaksikan kadar kecairan salji yang lebih cepat dan tinggi.

Page 5: TUGASAN 6

PELAN TINDAKAN UNTUK MENGATASI PEMANASAN GLOBAL YANG MENYEBABKAN PENINGKATAN ARAS LAUT.

PELAN TINDAKAN

MITIGASIMerupakan usaha untuk mengurangkan risiko pemanasan global,samada melalui pembangunan fizikal mahupun penyadaran dan peningkatan kemampuan menghadapi ancaman pemanasan global

ADAPTASiCara untuk menyesuaikan diri dengan suasana sekeliling terhadap fenomena pemanasan global.

Page 6: TUGASAN 6

TINDAKAN MITIGASI

1.Menggalakan pengunaan teknologi yang mesra alam supaya dapat mengurangkan pembebasan gas yang berbahaya.

2.mengenal pasti kawasan pantai yang terdedah kepada kesan kenaikan aras laut.

3.Melaksanakan Pelan Pengurusan Pesisiran Pantai Bersepadu untuk membantu dalam perumusan dasar, garis panduan dan strategi supaya pembangunan di kawasan pantai dilaksanakan secara mapan.

4.Memantau secara berterusan kesan perubahan iklim terhadap struktur dan infrastruktur banjir sedia dan melakukan pengubahsuaian sekiranya perlu.

Page 7: TUGASAN 6

TINDAKAN ADAPTASI

1. Menjalankan aktiviti penambakan laut di tempat yang berisiko ditenggelami terutama kawasan pinggir pantai yang rendah dan yang mengalami hakisan.

2. Menyediakan benteng untuk menahan air laut daripada menghakis tebing pantai seperti membina tembok gabion.

Page 8: TUGASAN 6

KESIMPULAN

Kesimpulanya, langkah mitigasi dan adaptasi hendaklah dilakukan supaya suptya maslah peningkatan aras air laut melanda pada masa kini dapat diatasi dan tidak merosakkan ekosistem alam sekitar.