6 6 14 6 4 - khazanah.com.my · kesibukan tugasan masing-masing untuk melaksanakan penyelidikan...

4
KHAZANAH RESIDENCY PROGRAMME 0101011100 1101010101 1010101110 1001110101 An initiative by Khazanah Nasional @K H A Z A N A H R E S I D E N C Y #K H A Z A N A H R E S I D E N C Y PROGRAM RESIDENSI KHAZANAH *Maklumat yang terdapat dalam brosur ini adalah tepat semasa penerbitan/dimuat naik. TENTANG PROGRAM INI Program Residensi Khazanah menyokong bakat muda tempatan yang mempamerkan kebolehan dan pencapaian luar biasa dalam disiplin terpilih dengan membantu mengembangkan pengetahuan, kemahiran dan rangkaian mereka dalam bidang masing-masing. Program-program yang ditawarkan termasuk residensi, fellowship atau kursus jangka pendek yang dikendalikan oleh institusi terkenal di seluruh dunia. Program yang ditaja sepenuhnya ini tidak mengikat para peserta yang menerima tajaan. Sebaliknya, mereka hanya diminta untuk berkongsikan pengalaman yang diperoleh daripada residensi masing-masing untuk manfaat rakyat Malaysia secara amnya. ARTIS ARKITEK WARTAWAN KAKITANGAN KHAZANAH & GLC PENJAWAT KERAJAAN PESERTA TAJAAN* Wolfson College, Cambridge, UK Acme Studios, London, UK AA School of Architecture, London, UK ANZSOG, Canberra, Australia LKY NUS, Singapore ANZSOG, Wellington, NZ 6 6 14 6 4 RESIDENSI SENI RESIDENSI REKA BENTUK FELLOWSHIP MEDIA RESIDENSI PERKHIDMATAN AWAM *Setakat Januari 2020

Upload: others

Post on 27-Jan-2021

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • KHAZANAH RESIDENCYPROGRAMME

    0101011100110101010110101011101001110101

    An initiative by Khazanah Nasional

    @K H A Z A N A H R E S I D E N C Y#K H A Z A N A H R E S I D E N C Y

    PROGRAM RESIDENSIKHAZANAH

    *Maklumat yang terdapat dalam brosur ini adalah tepat semasa penerbitan/dimuat naik.

    TENTANG PROGRAM INIProgram Residensi Khazanah menyokong bakat muda tempatan yang mempamerkan kebolehan dan pencapaian luar biasa dalam disiplin terpilih dengan membantu mengembangkan pengetahuan, kemahiran dan rangkaian mereka dalam bidang masing-masing. Program-program yang ditawarkan termasuk residensi, fellowship atau kursus jangka pendek yang dikendalikan oleh institusi terkenal di seluruh dunia. Program yang ditaja sepenuhnya ini tidak mengikat para peserta yang menerima tajaan. Sebaliknya, mereka hanya diminta untuk berkongsikan pengalaman yang diperoleh daripada residensi masing-masing untuk manfaat rakyat Malaysia secara amnya.

    ARTIS ARKITEK WARTAWAN KAKITANGANKHAZANAH & GLC

    PENJAWAT KERAJAAN

    PESERTA TAJAAN*

    Wolfson College, Cambridge, UK

    Acme Studios, London, UK

    AA School ofArchitecture,London, UK

    ANZSOG, Canberra, Australia

    LKY NUS, Singapore

    ANZSOG, Wellington, NZ

    6 6 14 6 4

    RESIDENSI SENI

    RESIDENSI REKA BENTUK

    FELLOWSHIP MEDIA

    RESIDENSI PERKHIDMATAN AWAM

    *Setakat Januari 2020

  • WOLFSON COLLEGE, UNIVERSITY OF CAMBRIDGE

    KRITERIA & KEL AYAKAN

    STRUKTUR PROGRAM

    APA YANG KAMI BIAYA

    Wolfson Press Fellowship merupakan fellowship yang ditawarkan oleh Wolfson College, University of Cambridge sejak 1982. Penglibatan Khazanah dalam fellowship ini bermula pada tahun 2013 dan sejak itu, setiap tahun, Khazanah menaja dua orang wartawan tempatan dan seorang warga kerja Khazanah atau Syarikat-berkaitan Khazanah untuk mengikuti program tersebut. Hasrat kami adalah untuk menyokong industri media tempatan dengan melahirkan wartawan yang lebih baik dan serba boleh yang seterusnya akan menyumbang kepada pembangunan negara menerusi bidang kewartawanan secara lebih bermakna.

    • Program berjangka 10 minggu di Cambridge, United Kingdom

    • Setiap peserta menjalankan penyelidikan dalam bidang pilihan masing-masing, yang dipersetujui terlebih dahulu

    • Bidang tersebut merangkumi pelbagai isu dalam media, termasuk perubahan peranan media dalam dunia yang terangkai, meningkatkan kualiti pelaporan perniagaan, alam sekitar, pembangunan lestari, perubatan, bio-sains dan teknologi; serta peranan media bebas dalam pentadbiran demokratik

    • Peserta bukan sahaja memperoleh pengetahuan baharu daripada seminar yang dianjurkan, malahan menerima manfaat daripada interaksi dengan pelajar dan ahli akademik dari seluruh dunia

    • Pada penghujung setiap fellowship, para peserta akan membentangkan hasil penyelidikan masing-masing kepada penyelia

    • Yuran Pengajian• Tiket Penerbangan Pergi-Balik

    (Ekonomi)• Penginapan• Elaun Harian

    Kolej ini ditubuhkan pada tahun 1965 sebagai sebuah Kolej Universiti khusus untuk pelajar pasca-siswazah. Wolfson Press Fellowship memberi peluang kepada para wartawan untuk berehat sejenak daripada kesibukan tugasan masing-masing untuk melaksanakan penyelidikan dalam bidang pilihan mereka (berkaitan media) bawah bimbingan seorang penyelia.

    Sehingga kini, fellowship ini telah memanfaatkan sejumlah 350 orang wartawan dari lebih 50 buah negara. Sejak tahun 1987, kira-kira 40 orang wartawan dan pengamal komunikasi daripada Malaysia telah mengikuti fellowship ini, yang mana kebanyakannya terus maju dalam kerjaya masing-masing dan mengetuai pelbagai organisasi media di negara ini.

    Wartawan daripada pelbagai medium serta pengamal

    komunikasi yang kini berada di pertengahan karier masing-

    masing–

    Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik

    –Permohonan mesti disokong oleh pengarang atau penyelia

    MEDIA RESIDENSI

  • SAKINA MOHAMED, FELO MEDIA 2019; SUB-EDITOR, BERNAMA

    Fellowship ini memberikan saya peluang yang saya tidak pernah sedar saya perlukan: iaitu peluang untuk saya berhenti seketika

    dan perhati apa yang berlaku di sekeliling saya serta memperbaiki kekurangan pada pengetahuan saya. Kebiasaannya kita alpa

    dengan tugasan harian serta komitmen peribadi kita sehingga kita gagal untuk cuba memperbaiki diri sendiri, baik dari segi peribadi

    mahupun profesional. Saya sangat menghargai peluang menghadiri kuliah di sekitar Cambridge kerana ia telah membolehkan saya

    bukan sahaja mendengar tetapi juga berbincang dengan profesional terkemuka daripada industri media serta industri lain. Saya tidak pernah menduga bahawa suatu hari nanti saya akan dapat duduk

    dan meneroka topik dan idea dengan para cendekiawan yang cukup luar biasa. Saya rasa ini adalah pengalaman yang akan paling akan saya rindukan. Aktiviti lain yang saya gemari di Cambridge adalah

    berinteraksi dengan orang dari pelbagai latar belakang. Ini membantu mencabar cara saya berfikir dan mendorong saya untuk keluar dari ruang lingkup kebiasaan, yang mana saya sendiri tidak sedar saya

    berada di dalamnya.

    ASMA ABDUL AZIZ , PRESS FELLOW 2017; PENOLONG PENGURUS BESAR,

    KOMUNIKASI KORPORAT, TELEKOM MAL AYSIA

    Wolfson Press Fellowship telah memberikan saya pengalaman yang paling berharga sepanjang 20 tahun saya berkecimpung dalam

    bidang komunikasi korporat dan perhubungan awam. Fellowship ini telah memberikan saya peluang yang luar biasa - sebagai peserta

    yang bukannya daripada latar belakang kewartawanan - untuk berhubung bukan sahaja dengan cendekiawan serta pengamal media

    yang terkenal, tetapi juga dengan komuniti intelektual yang cukup bersemangat di Wolfson. Masa saya sebagai seorang felo dipenuhi

    dengan santapan intelektual menerusi perbualan, perbincangan dan ceramah yang disampaikan oleh para pembuat dasar, sarjana dan

    wartawan, serta pertukaran idea mengenai masa depan media dan projek penyelidikan kami dengan sarjana daripada pelbagai disiplin

    dan latar belakang budaya berlainan. Rakan felo lain yang cukup mesra, staf yang sentiasa memberikan sokongan serta pelbagai sumber yang terdapat di Universiti Cambridge turut menjadikan pengalaman singkat saya di sana cukup bermakna dan istimewa.

    KHAIROL SHAFIZAN JOHARI , PRESS FELLOW 2016; PENGARANG, ASTRO AWANI

    Saya adalah sebahagian daripada kohort 2016 dan saya ingin nyatakan bahawa tempoh 10 minggu yang saya habiskan di sana

    adalah pengalaman yang tidak dapat saya lupakan dan menjangkaui jangkaan saya. Pengalaman saya di Wolfson telah memperkukuhkan

    pemikiran kritis, mengembangkan rangkaian secara profesional dan peribadi serta memberikan inspirasi kepada saya untuk terus

    memajukan diri dari segi akademik. Sekiranya anda bertanya kepada saya apakah pembelajaran utama yang saya dapat daripada fellowship

    ini? Jawapan saya adalah belajar untuk mula berfikir dengan lebih mendalam tentang isu-isu utama daripada pelbagai perspektif

    berbeza.

    TESTIMONI

  • BAGAIMANA UNTUK MEMOHON

    Kemukakan permohonan anda kepada [email protected]

    [email protected]

    DENGAN KERJASAMA–

    PASCA RESIDENSI DAN BERBUDI KEPADA MASYARAKAT

    PARA FELO MEDIA 2019 KETIKA MEL AWAT THE TELEGRAF

    FELO MEDIA DENGAN PRESIDEN WOLFSON COLLEGE KETIKA BELIAU BERKUNJUNG KE

    MAL AYSIA PADA 2018

    FELO MEDIA DI TAMAN TUGU

    MESYUARAT PERTAMA ALUMNI RESIDENSI DI MERCU UEM PADA 2017

    FELO MEDIA MENYUMBANG BARANGAN MAINAN SEBAGAI SAL AH SATU INISIATIF CSR MEREKA