tugasan 6

6
 JABATAN SAINS IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR BAHRU SCE3113 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS TUTORIAL 6 : REKA BENTUK DAN PEMBINAAN UJIAN NAMA : NORAZLINA BTE MOHAMED KURSUS : PPG SAINS 2 KOHORT 2 Jawab Semua soalan 1. Penentuan kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu alat pentaksiran membantu menjamin kualiti dalam proses penilaian prestasi murid. a Berikan dua bentuk kesahan. 1. Kesahan konstruk 2. Kesahan isi kandung 3. Kesahan kaitan kriteria b. Huraikan dua hubungan antara kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu alat pentaksiran. Kesahan sesuatu pentaksiran ialah merujuk kepada kualiti ujian yang betul-betul dapat mengukur dan menilai dengan tepat. Secara ringkasnya sesuatu ujian itu dikatakan sah jika maklumat yang diperoleh adalah benar. Kesahan ujian bergantung kepada masa, situasi dan kumpulan sasaran yang diukur dan dinilai. Setiap ujian yang dibina oleh guru haruslah disemak bagi menentukan penggunaannya adalah sah setiap kali ia ditadbirkan. Kesahan ujian adalah berkaitan dengan pengertian sejauh mana markah yang diperoleh daripada sesuatu ujian itu dapat diinterpretasikan sebagai ukuran ciri, sifat atau konstruk yang telah dirancang Dalam peperiksaan, isu mengenai kesahan ujian itu difokuskan kepada soal sama ada keperluan kesahan isi kandungan sukatan pelajaran telah dipenuhi atau tidak. Secara ringkas, kesahan isi kandungan adalah berkaitan dengan isu sama ada isi

Upload: kaknorazlina

Post on 10-Oct-2015

35 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sce3111

TRANSCRIPT

JABATAN SAINSIPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMJOHOR BAHRUSCE3113 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINSTUTORIAL 6 : REKA BENTUK DAN PEMBINAAN UJIAN

NAMA: NORAZLINA BTE MOHAMEDKURSUS: PPG SAINS 2 KOHORT 2

Jawab Semua soalan 1. Penentuan kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu alat pentaksiran membantu menjamin kualiti dalam proses penilaian prestasi murid.

a Berikan dua bentuk kesahan. 1. Kesahan konstruk2. Kesahan isi kandung3. Kesahan kaitan kriteria

b. Huraikan dua hubungan antara kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu alat pentaksiran. Kesahan sesuatu pentaksiran ialah merujuk kepada kualiti ujian yang betul-betul dapat mengukur dan menilai dengan tepat. Secara ringkasnya sesuatu ujian itu dikatakan sah jika maklumat yang diperoleh adalah benar. Kesahan ujian bergantung kepada masa, situasi dan kumpulan sasaran yang diukur dan dinilai. Setiap ujian yang dibina oleh guru haruslah disemak bagi menentukan penggunaannya adalah sah setiap kali ia ditadbirkan. Kesahan ujian adalah berkaitan dengan pengertian sejauh mana markah yang diperoleh daripada sesuatu ujian itu dapat diinterpretasikan sebagai ukuran ciri, sifat atau konstruk yang telah dirancangDalam peperiksaan, isu mengenai kesahan ujian itu difokuskan kepada soal sama ada keperluan kesahan isi kandungan sukatan pelajaran telah dipenuhi atau tidak. Secara ringkas, kesahan isi kandungan adalah berkaitan dengan isu sama ada isi kandungan sesuatu ujian itu merupakan sampel yang representatif bidang pengetahuan atau kemahiran yang sepatutnya diukur. Ini diambil menjadi satu indikator atau penunjuk bagi menunjukkan mutu ujian tersebut.Manakala kepercayaan dalam pentaksiran ialah merujuk kepada ketekalan ujian iaitu adakah ujian tersebut dapat mengukur secara konsisten. Sebagai contoh sesuatu alat pengukur itu dikatakan boleh dipercayai atau mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi jika ia sentiasa memberikan bacaan yang sama atau konsisten setiap kali digunakan untuk mengukur. Begitu juga sesuatu ujian itu dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi jika ia memberikan markah yang sama setiap kali diuji kepada seorang pelajar yang sama. Namun demikian perlu diingat iaitu sesuatu item ujian itu mungkin mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi tetapi adakah ia dapat memenuhi objektif item tersebut(sah), iaitu apa yang hendak diukur oleh item tersebut. Satu item yang baik mestilah memenuhi kedua-dua perkara tersebut.Hubungan diantara kesahan dan kepercayaan dalam pentaksiran ialah isu kesahan dan kebolehpercayaan adalah amat penting dalam pembinaan sesuatu alatukur sebelum boleh di guna pakai. Walaupun sesuatu alat ukur yang digunakan telahpernah dipakai oleh penyelidik terdahulu, dan telah teruji kebolehpercayaan dankeesahannya, namun alat ukur tersebut masih perlu diuji rintis semula kerana inferensyang diperolehi hanya sesuai untuk tujuan dan sampel kajian tertentu sahaja. Semakin tinggi nilai dan tahap kesahan dan kebolehpercayaan maka semakin jitu data-data yang akan diperoleh bagi menghasilkan kajian yang baik dan berkualiti.

c. Jelaskan maksud sesuatu ujian berdasarkan situasi berikut: i mempunyai kebolehpercayaan tetapi tiada kesahan Ujian perlu sah dan mempunyai kebolehpercayaan untuk membolehkan kesimpulan/inferen yang dibuat daripada skor yang diperolehi itu sah.Kesahan akan memastikan ujian yang dibina itu menepati matlamat atau objektif ujian itu dibina, manakala kebolehpercayaan pula memastikan ketekalan dalam pengukuran pencapaian murid dalam sesuatu ujian. Jika sesuatu ujian itu tidak mempunyai kesahan sudah tentulah kebolehpercayaan ujian itu akan dipertikaikan.

ii mempunyai kesahan tetapi tiada kebolehpercayaan.Ujian yang sah semestinya ada kebolehpercayaan kerana ia perlu ada kebolehpercayaan dahulu barulah dikira sah. Namun, ujian yang ada kebolehpercayaan tidak semestinya sah. Kesahan lebih penting daripada kebolehpercayaan.

2. Kebolehpercayaan ujian adalah merujuk kepada sejauh mana tahap konsistensi prestasi calon daripada beberapa ujian yang sama tetapi pada masa yang berlainan.

a. Apakah yang boleh anda rumuskan mengenai kebolehpercayaan item 1?Berdasarkan kepercayaan item 1 menunjukkan bahawa item 1 boleh dipercayai atau mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi kerana sentiasa memberi bacaan yang sama atau konsisten setiap kali digunakan untuk mengukur. Item 1 dikatakan ujian yang boleh dipercayaai kerana ianya memberi markah yang sama setiap kali diuji kepada murid yang sama.

b. Senaraikan tiga faktor yang memberi kesan kepada murid-murid apabila mengambil ujian pada masa yang berlainan.1. Tempoh masa di antara peramal dengan kriteria. Lebih lama jarak masa,membolehkan peramal menambah ilmu dan pengalaman. Ini akan mengurangkan kesahan ramalan. 2. Jika murid mengambil ujian pada masa yang berlainan ianya akan mengurangkan kesahan ujian tersebut.3. Kebolehpercayaan sesuatu ujian akan rendah jika murid mengambil ujian pada masa yang berlainanc. Jelaskan dua cara untuk meningkatkan kebolehpercayaan sesuatu ujian.1. Gunakan Bahasa serta istilah yang tepat dan mudah difahami supaya calon tidak keliru.2. sediakan arahan yang jelas dan mencukupi. Arahan yang diberi secaraLisan harus juga diberi secara bertulis.3. Panjang pendek ujian itu boleh mempengaruhi keutuhan. Biasanya, semakin panjang ujian maka semakin tepat skornya kerana semakin kurang pergantungan kepada tekaanatau kebetulan. Demikian juga ujian yang bersifat objektif yang mempunyai keutuhanyang lebih tinggi kerana tidak terdedah kepada berbagai-bagai interpretasi. Ujian yangsah juga biasanya utuh, tetapi ujian yang utuh tidak semestinya sah. Skor yang konsistentidak semestinya mengukur apa yang hendak diukur. Item-item ujian hanya merupakan sampel bagi bidang yang diuji . variasi dalam sampel mungkin terdapat dalam dua ujianyang setara bentuknya.

3. Bincangkan apakah perkaitan antara kebolehpercayaan ujian dan kesahan ujian

Sesuatu ujian yang baik mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan skor ujian yang tinggi, sesuatu ujian dianggap yang baik sekiranya ia dapat mengukur apa yang sepatutnya diukur. Ujiann yang baik harus membekalkan data yang membolehkan kita membuat keputusan yang berguna. Kesimpulanya ujian yang baik menghasilkan ujian yang sah dan boleh dipercayai.

4. Bagaimanakah kebolehpercayaan ujian dapat mempengaruhi penilaian yang dilaksanakan di bilik darjah

Kebolehpercayaan ujian dapat mempengaruhi penilaian yang dilaksanakan di bilik darjah jika kita melihat kepada keadaan persekitaran . keadaan persekitara di dalam kelas boleh mempengaruhi murid-murid dan skor mereka. Persekitaran yang sesuai, seperti kerusi meja yang selesa, ruang dan cahaya yang cukup, ventilasi yang baik, akan menambahkan kebolehpercayaan, manakala keadaan hingar-bingar, misalnya akan menganggu konsentrasi murid-murid dan menjejaskan kebolehpercayaan ujian. Apabila sesuatu ujian itu bersifat subjektif, biasanya markah yang diberi untuk jawapan yang sama adalah berbeza mengikut pemeriksa, walaupun skim pemarkahan ada disediakan. Malahan, penilaian seseorang pemeriksa mungkin berubah mengikut masa dan keadaan. Perkara ini tidak berlaku dalam ujian objektif, kerana semua responnya adalah tepat. Mana-mana pemeriksa akan memberi markah yang sama untuk respon yang sama. Oleh itu, keobjektifan merupakan satu syarat bagi keutuhan.

5. Bagaimanakah seorang guru dapat membuktikan kesahan ujian yang dilaksanakan.

Seseorang guru dapat membuktikan kesahan ujian yang dilaksanakan dengan cara guru menyemak bagi menentukan penggunaannya adalah sah setiap kali ditadbirkan. Kesahan ujian adalah perkaitan dengan pengertian sejauh mana markahb yang di[perolehi daripada sesuatu ujian itu dapat dinterprestasikan sebagai ukuran ciri, sifat atau konstruk yang telah dirancang itu. Oleh itu ujian yang dianggap sah selagi ujian itu dapat mengesan dan mengukur apa yang guru sepatutnya ukur. Ianya juga merujuk kepada kesesuaian , keertian dan kebergunaan sesuatu infrens yang akan dibuat daripada interpreatasi skor ujian yang guru laksanakan.