tugasan 2 mte3111.docx
TRANSCRIPT
TUGASAN 2
RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN DENGAN
MEMUSATKAN MURID
Tarikh : 24 Ogos 2013
Masa : 10:30-11:30 pagi (60 minit)
Kelas : 1 Amanah
Bilangan murid : 20 orang
Matapelajaran : Matematik
Tajuk : Masa dan Waktu
Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk
i) Menyebut dan menulis waktu
Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk
i) Menyebut dan menulis waktu dalam jam dan setengah jam
sahaja dengan menggunakan jam analog.
Pengetahuan sedia ada : Murid telah mengetahui bentuk jam berdasarkan situasi harian.
Bahan Bantu Mengajar : Pita rakaman, lembaran kerja, jam
KBKK : Nyanyian, sumbang saran, pembincangan
EMK : Kreativiti dan Inovasi
AKTIVITI PENGAJARAN
PERSEDIAAN (5 MINIT)
Guru menjalankan aktiviti set induksi dengan memperkenalkan dan
memperdengarkan lagu Bangun Pagi kepada murid. Seterusnya murid-murid mengikut lagu
yang didengari oleh mereka. Guru juga mempamerkan kepada murid senikata lagu untuk
dibaca oleh murid-murid secara beramai-ramai dengan kuat seterusnya menyanyikan lagu
Bangun Pagi dengan iringan muzik.
Senikata lagu:
bangun 6 pagi gosok gigi,
cuci muka terus mandi,
pakai baju minum susu,
salam ayah dan ibu,
pukul 7 pergi sekolah jalan kaki,
jumpa cikgu depan pintu,
selamat pagi cikgu sa'amah,
selamat pagi cikgu aishah,
pukul 8 rajin belajar cikgu ajar,
pandai tulis, pandai lukis,
pandai nyanyi, baca buku,
semua orang suka hati,
kalau kita rajin usaha,
ibubapa gembira,
mari kawan sama-sama,
pasti kita berjaya
IMAGINASI (20 MINIT)
a) Murid-murid diperlihatkan dengan muka jam dan soalan ditujukan kepada murid.
Soalan: Apa yang kamu dapat lihat dimuka jam ini?
Jawapan: Murid menjawab, ada jarum jam, jarum minit, nombor dan garis sengat
.
b) Murid ditunjukkan pula gambar jam yang mempunyai waktu-waktu yang
berlainan dan guru menyoal kepada murid “pukul berapakah jam ini”. Beberapa
orang murid dipanggil untuk ke hadapan bagi menjawab soalan tersebut.
c) Seterusnya, murid ditunjukkan pula gambar muka jam yang mempunyai
sengatan waktu dalam setengah jam. Murid perlu menjawab waktu yang dilihat
pada muka jam tersebut.
PERKEMBANGAN (15 MINIT)
Murid-murid dipanggil untuk menulis waktu pada papan tulis. Murid diminta untuk
menulis waktu dalam jam dan juga menulis waktu dalam setengah jam.
Semasa murid-murid menulis waktu, guru perlu memastikan bahawa murid-murid
menulis tanda titik waktu dengan betul kerana ada murid yang menulis hanya dengan satu
titik tetapi titik yang betul ialah titik bertindih.
Pukul enam
6 : 00
Pukul lima setengah
5 : 30
TINDAKAN (20 MINIT)
Lembaran kerja diedarkan kepada setiap murid. Murid-murid perlu menjawab soalan-
soalan tersebut sehingga selesai. Seterusnya guru berbincang dengan murid-murid tentang
hasil kerja murid.