tugasan 1:ulasan kajian tindakan

5

Click here to load reader

Upload: junaidah-jusoh

Post on 03-Jul-2015

11.317 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan 1:Ulasan kajian tindakan

1

ULASAN KAJIAN TINDAKAN

Kami telah membaca dan menganalisis satu kajian tindakan yang telah dijalankan

secara individu oleh Cikgu Zaridah binti Zuber dari Sekolah Kebangsaan Seri Manjong, Perak

Darul Ridzuan. Kajian tindakan ini bertajuk “Meningkatkan Kemahiran Penggunaan Huruf Besar

bagi Murid Tahun 2 Pandai Menggunakan Teknik Warna. Kajian ini melibatkan seramai 44

orang murid Tahun 2 Pandai di SK Seri Manjong yang terdiri daripada 25 orang lelaki dan 19

orang perempuan. Penulis menjalankan kajian ini adalah bertujuan untuk membantu murid-

murid yang lemah dalam menguasai penggunaan huruf besar bagi mata pelajaran Bahasa

Melayu. Murid-murid ini seringkali tidak mengambil berat terhadap penggunaan huruf besar.

Penulis juga mendapati murid yang cemerlang juga kadangkala cuai dengan penggunaan huruf

besar apatah lagi murid yang lemah.

Fokus beliau adalah kepada penggunaan huruf besar pada permulaan ayat dan selepas

tanda noktah. Sebagaimana yang kita sedia maklum, penggunanan huruf besar amat penting

dan asasnya mestilah dipupuk dari awal kerana kemahiran inilah yang akan digunakan ketika

mereka melangkah ke tahap yang lebih tinggi terutamanya dalam bidang penulisan. Jika

masalah ini tidak ditangani di kalangan murid tahap satu, maka peratusan markah dalam subjek

Penulisan Bahasa Melayu Tahap 2 akan terjejas. Sebagaimana yang dinyatakan oleh penulis,

kesalahan dalam penggunaan huruf besar secara tidak langsung akan mengurangkan markah

kerana markah akan dipotong untuk setiap kesalahan tersebut.

Objektif utama yang dinyatakan oleh penulis bagi kajian ini adalah untuk meningkatkan

penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar pada permulaan ayat. Di samping itu, penulis

juga berharap agar murid-muridnya dapat meningkatkan daya ingatan mereka terhadap

penggunaan huruf besar. Di dalam kajian ini, penulis telah menggunakan beberapa

methodologi kajian. Antaranya termasuklah dengan kaedah pemerhatian, soal selidik, ujian

pengesanan, tindakbalas di dalam aktiviti pengajaran & pembelajaran dan semakan buku

latihan. Dari segi pelaksanaan kajian, kami mendapati bahawa penulis telah menggunakan

Model Kajian Tindakan Somekh (1989) di dalam kajiannya ini.

Page 2: Tugasan 1:Ulasan kajian tindakan

2

MODEL TEORI SOMEKH, (1989)

Gambarajah di atas menunjukkan langkah-langkah pelaksanaan kajian tindakan

mengikut teori Model Somekh, (1989). Setelah membaca dan meneliti kajian yang dibuat oleh

penulis, kami mendapati kajian tindakan beliau mirip kepada teori Model Somekh, (1989).

Mengikut model ini, terdapat lapan langkah atau proses yang perlu diikuti bagi melaksanakan

MENGANALISIS DATA/ MEMBENTUK

HIPOTESIS

3

MERANCANG PELAN TINDAKAN

4

MELAKSANAKAN PELAN TINDAKAN

5

MENGUMPUL DATA UNTUK

MENGESAHKAN PERUBAHAN

6

MENGANALISIS DAN MENILAI

7

PUTARAN SETERUSNYA

8

MENGANALISIS DATA/FOKUS YANG

DIMINATI

1

MENGUMPUL DATA

2

Page 3: Tugasan 1:Ulasan kajian tindakan

3

sesuatu kajian tindakan. Langkah pertama dalam proses kajian tindakan ini adalah

mengenalpasti masalah di mana masalah yang dikenalpasti oleh penulis adalah kelemahan

murid tahun 2 Pandai dalam penggunaan huruf besar.

Langkah yang kedua adalah mengumpulkan data daripada sampel kajian di mana

penulis menggunakan beberapa kaedah untuk mengenalpasti sebab berlakunya kelemahan

pelajar dalam penggunaan huruf besar di awalan ayat. Penulis menggunakan empat kaedah

pengumpulan data di dalam kajiannya ini. Antara kaedah yang digunakan adalah pemerhatian.

Penulis telah membuat pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung

bagi melihat sendiri sikap murid-murid terhadap kemahiran penggunaan huruf besar. Selain itu,

penulis juga telah menyediakan borang soal selidik di mana penulis membacakan soalan yang

berkaitan dan murid menjawab secara jujur mengenainya. Kaedah ketiga yang digunakan

adalah melakukan ujian pengesanan kepada murid-murid di mana ia bertujuan untuk mengukur

sejauhmana pencapaian dan pemahaman murid dalam penggunaan huruf besar di dalam ayat.

Selain daripada itu, tindakbalas murid dinilai semasa menjawab soalan yang diberikan. Akhir

sekali kaedah semakan buku latihan digunakan bagi menilai tahap perkembangan murid dalam

menguasai kemahiran berkenaan.

Menurut Model Somekh, langkah yang ketiga adalah menganalisis data kajian yang

diperolehi daripada sampel kajian yang dilakukan. Berdasarkan kajian penulis, sikap murid

menyalin tanpa meneliti penggunaan huruf besar merupakan masalah yang paling kerap

dilakukan, iaitu menyumbang 77%. Manakala kurangnya tumpuan murid menyumbang

sebanyak 18% kepada punca masalah ini. Selain itu, tiadanya bimbingan daripada ibu bapa

atau ahli keluarga menyumbang sebanyak 14% manakala 11% berpunca daripada tidak

memahami arahan soalan. Sikap malas turut menyumbang sebanyak 7% dan akhir sekali

kurangnya keyakinan murid itu sendiri menyumbang sebanyak 5%.

Langkah yang keempat dalam Model Somekh adalah merancang pelan tindakan di

mana penulis telah merancang untuk menggunakan teknik warna bagi mengatasi masalah ini.

Murid-murid diminta untuk menulis setiap huruf pertama pada permulaan ayat dengan

menggunakan pensel warna. Ini kerana warna dapat meningkatkan daya ingatan murid. Oleh

itu penulis telah mencantumkan pensel warna biru dengan pensel murid-muridnya agar mereka

tidak lupa untuk menggunakannya setiap kali menulis huruf pertama pada permulaan ayat dan

selepas tanda noktah.

Page 4: Tugasan 1:Ulasan kajian tindakan

4

Langkah yang kelima adalah melaksanakan pelan tindakan di mana penulis telah

membahagikan pembelajaran huruf besar kepada tiga aktiviti utama yang dinamakan Item 1,

Item 2 dan Item 3. Item 1 merupakan aktiviti di mana pelajar membaca ayat mudah yang

lengkap dengan penggunaan huruf besar, kemudian mengecam penggunaan huruf besar pada

ayat tersebut dan menyalin semula ayat tersebut menggunakan huruf besar di tempat yang

sesuai menggunakan warna. Item 2 pula murid membaca ayat yang diberi tanpa huruf besar di

permulaan ayat dan kemudian menyalin semula ayat tersebut menggunakan huruf besar di

tempat yang sesuai menggunakan warna di permulaan ayat sahaja. Item 3 pula murid-murid

diminta untuk membaca beberapa ayat yang diberi tanpa huruf besar dan menyalin semula ayat

tersebut menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai menggunakan warna pada

permulaan ayat dan selepas noktah.

Menurut Model Somekh, langkah keenam ialah mengumpul data untuk mengesahkan

perubahan di mana penulis telah memperolehi data seperti jadual di bawah:

MARKAH PENCAPAIAN

UJIAN

PENGESANAN

*ITEM

1

*ITEM

2

*ITEM 3 UJIAN

PENCAPAIAN

20-16 22% 100% 100% 96% 95%

15-10 22% 0% 0% 4% 2.5%

9-6 26% 0% 0% 4% 2.5%

5-0 30% 0% 0% 0% 0%

Penulis telah mengesahkan bahawa teknik warna yang dijalankan telah membawa

perubahan dalam markah murid-murid sekaligus menampakkan peningkatan pemahaman

mereka melalui keputusan ujian pencapaian yang melibatkan ketiga-tiga item dalam aktiviti

yang dirancang. Keputusan ini jauh menunjukkan perbezaan yang ketara berbanding ujian

pengesanan yang telah dijalankan sebelum teknik penggunaan warna diperkenalkan.

Langkah ketujuh di dalam model ini adalah menganalisis dan menilai keberkesanan

kaedah teknik warna dalam meningkatkan kemahiran penggunaan huruf besar bagi murid tahun

2 Pandai. Hasil daripada analisis ujian pencapaian mereka, telah terbukti bahawa terdapat

peningkatan kemahiran dalam penggunaan huruf besar di kalangan murid-murid tahun 2

Pandai. Keyakinan diri mereka juga menunjukkan peningkatan yang positif di mana mereka

masih menggunakan warna biru untuk penggunaan huruf besar walaupun tanpa arahan dari

Page 5: Tugasan 1:Ulasan kajian tindakan

5

guru. Menurut penulis, pencapaian murid juga telah meningkat dalam Ujian Penilaian Kendalian

Sekolah Rendah (PKSR1-2006) di mana hanya tiga orang murid sahaja yang tidak

menggunakan huruf besar pada permulaan ayat. Dua orang daripada mereka adalah murid dari

kelas pemulihan.

Langkah yang terakhir dalam Model Somekh adalah putaran seterusnya, di mana kajian

tindakan yang sama atau yang baru perlu dijalankan bergantung kepada kejayaan atau

kegagalan di dalam kajian tersebut. Mengikut kajian penulis ini, beliau telah berjaya

meningkatkan kemahiran penggunaan huruf besar di kalangan murid-muridnya. Ini jelas terbukti

apabila markah murid-muridnya meningkat di dalam ujian pencapaian yang dijalankan oleh

beliau selepas teknik warna dilaksanakan. Bagi melengkapkan putaran kajian seterusnya,

penulis berhasrat untuk meneruskan satu lagi kajian tindakan pada masa hadapan di dalam

usaha untuk meningkatkan penguasaan murid tahun 2 Pandai dalam penggunaan tanda baca

seperti koma dan noktah.

Sebagai kesimpulannya, kajian tindakan adalah sesuatu yang penting untuk

dilaksanakan oleh setiap guru bagi mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh para

pelajar mereka. Di sini, kami berasa kagum dengan pendekatan yang telah digunakan oleh

Cikgu Zaridah bagi membantu murid-muridnya untuk menguasai penggunaan huruf besar.

Kejayaan ini merupakan satu usaha yang murni yang perlu ada di dalam diri setiap guru untuk

membantu murid-murid yang lemah agar mereka berkeupayaan menguasai sesuatu kemahiran.

Oleh yang demikian, adalah sangat wajar jika setiap guru menjalankan satu kajian tindakan

setiap tahun bagi mengenalpasti dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh para

pelajar mereka.