diusul oleh isu tindakan (jabatan/ bahagian) ulasan

17
DIUSUL OLEH ISU TINDAKAN (JABATAN/ BAHAGIAN) ULASAN CADANGAN 1 Dr. Mohd Zikri bin Abd. Ghani Persatuan Pembayar-Pembayar Cukai Negeri Kedah 1. Beliau mencadangkan supaya Program Townhall MBAS ini diadakan lagi pada masa akan datang dan menjemput semua wakil dari taman-taman perumahan yang mengalami masalah bayaran cukai pintu. Pihak MBAS boleh menjemput semua badan-badan kebajikan / JKKK taman perumahan atau kampung ntermasuk penghulu untuk hadir bersama dalam program ini agar mereka dapat memberikan pemakluman mengenai keadaan sebenar serta masalah yang timbul antara penduduk taman perumahan / kampung. Apabila mereka telah mendapatkan penjelasan dari pihak MBAS, mungkin mereka boleh memberikan penerangan serta nasihat kepada mereka yang belum membuat bayaran cukai pintu. 2. Mohon pihak MBAS turut memberi perhatian kepada bangunan-bangunan warisan atau bangunan bersejarah supaya ianya kelihatan ceria dan cantik agar memberikan imej yang baik kepada Bandaraya Alor Setar. Antaranya seperti lukisan mural di bangunan yang amat sesuai dan mencantikkan struktur bangunan itu sendiri. Jabatan Perancangan Korporat & Kemasyarakatan Jabatan Perancangan Pembangunan Cadangan tersebut akan dipertimbangkan. Pihak Sekretariat akan menjemput agensi yang dinyatakan dalam program Townhall akan datang. MBAS telah menyenaraikan semua bangunan warisan dan bersejarah di dalam Rancangan Tempatan MBAS 2035 (Penggantian). Bangunan-bangunan ini akan dipelihara atau dipulihkan mengikut tindakan-tindakan oleh jabatan- jabatan yang berkaitan. Disamping itu, mohon sumbangan dari pihak swasta/ NGO untuk mebantu dari segi program mengecat bangunan dan pelaksanaan lukisan mural.

Upload: trinhthuy

Post on 28-Jan-2017

257 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: DIUSUL OLEH ISU TINDAKAN (JABATAN/ BAHAGIAN) ULASAN

DIUSUL OLEH ISU TINDAKAN (JABATAN/ BAHAGIAN)

ULASAN

CADANGAN 1 Dr. Mohd Zikri bin Abd. Ghani Persatuan Pembayar-Pembayar Cukai Negeri Kedah

1. Beliau mencadangkan supaya Program Townhall MBAS ini diadakan lagi pada masa akan datang dan menjemput semua wakil dari taman-taman perumahan yang mengalami masalah bayaran cukai pintu. Pihak MBAS boleh menjemput semua badan-badan kebajikan / JKKK taman perumahan atau kampung ntermasuk penghulu untuk hadir bersama dalam program ini agar mereka dapat memberikan pemakluman mengenai keadaan sebenar serta masalah yang timbul antara penduduk taman perumahan / kampung. Apabila mereka telah mendapatkan penjelasan dari pihak MBAS, mungkin mereka boleh memberikan penerangan serta nasihat kepada mereka yang belum membuat bayaran cukai pintu.

2. Mohon pihak MBAS turut memberi perhatian kepada bangunan-bangunan warisan atau bangunan bersejarah supaya ianya kelihatan ceria dan cantik agar memberikan imej yang baik kepada Bandaraya Alor Setar. Antaranya seperti lukisan mural

di bangunan yang amat sesuai dan mencantikkan struktur bangunan itu sendiri.

Jabatan Perancangan Korporat & Kemasyarakatan Jabatan Perancangan Pembangunan

Cadangan tersebut akan dipertimbangkan. Pihak Sekretariat akan menjemput agensi yang dinyatakan dalam program Townhall akan datang. MBAS telah menyenaraikan semua bangunan warisan dan bersejarah di dalam Rancangan Tempatan MBAS 2035 (Penggantian). Bangunan-bangunan ini akan dipelihara atau dipulihkan mengikut tindakan-tindakan oleh jabatan-jabatan yang berkaitan. Disamping itu, mohon sumbangan dari pihak swasta/ NGO untuk mebantu dari segi program mengecat bangunan dan pelaksanaan lukisan mural.

Page 2: DIUSUL OLEH ISU TINDAKAN (JABATAN/ BAHAGIAN) ULASAN

DIUSUL OLEH ISU TINDAKAN (JABATAN/ BAHAGIAN)

ULASAN

CADANGAN 2 Encik Abu Bakar bin Abd. Talib JPP Zon 2

1. Beliau mencadangkan supaya MBAS mewujudkan satu kaedah siasatan di mana boleh mencari punca-punca yang menyebabkan orang ramai tidak menjelaskan bayaran cukai pintu. Mungkin juga pihak MBAS boleh cadangkan satu kaedah

pembayaran yang lebih mudah.

Jabatan Kewangan

- Tiada kaedah sisatan khusus bagi mencari punca-punca menyebabkan orang ramai tidak membayar cukai pintu. Walaubagaimanapun melalui penguatkuasaan yang dilaksanakan dapat dirumuskan mengenai keengganan penduduk menjelaskan cukai pintu adalah seperti berikut: i) Pegangan kosong/ tidak diduduki dan sukar dikesan pemilik sebenar. ii) Pemilik baru tidak mengemaskini maklumat pindah milik setelah membeli premis dan enggan menjelaskan tunggakan cukai taksira pemilik lama menyebabkan tunggakan semakin meningkat. iii) Pemilik berpendapatan rendah dan mempunyai banyak tanggungan dan lebih mengutamakan hutang bank (pinjaman kereta dan lain-lain) daripada membayar cukai pintu. iv) Tidak berpuas hati dengan perkhidmatan perbandaran dan enggan membayar cukai pintu. v) Alasan tidak menerima bil. Kaedah pembayaran yang lebih mudah i) Bayaran secara ansuran ii) Bayarn di kaunter agen dan online banking (Pos Malaysia, SADA, BSN Maybank2u, CIMB, Bank Rakyat, Bank Islam, RHB, dan JOMPAY) iii) Kaunter UTC dibuka setiap hari kecuali cuti umum sehingga jam 10 malam iv) Bayar secara post dated cheque v) Kaunter pandu lalu vi) Mesin Kiosk vii) Melalui Potongan Gaji

Page 3: DIUSUL OLEH ISU TINDAKAN (JABATAN/ BAHAGIAN) ULASAN

Ulasan Datuk Bandar : - Beliau menjelaskan pihak MBAS telah sediakan pelbagai medium dan kaedah untuk membayar cukai contohnya di UTC, kaunter untuk membayar cukai telah disediakan bermula dari jam 8.30 pagi hingga 10.00 malam, segala urusan boleh dibuat melalui kaunter tersebut. - Kiosk membayar cukai turut disediakan di hadapan pintu masuk pejabat Majlis Bandaraya Alor Setar dan urusniaga boleh dilakukan dalam tempoh 24 jam. - Orang awam boleh juga membayar cukai dengan menggunakan ‘internet banking’ dan pihak MBAS telah melantik 10 buah bank sebagai penerima cukai pintu. Perkara ini akan dipaparkan di laman sesawang sebagai pemakluman. - YBhg. Datuk Bandar turut memaklumkan bayaran cukai pintu boleh dibuat di Cawan gan Pokok Sena.

Page 4: DIUSUL OLEH ISU TINDAKAN (JABATAN/ BAHAGIAN) ULASAN

2. Syor supaya pihak MBAS membuat satu program anak angkat untuk setiap taman rekreasi supaya dapat meningkatkan tahap kebersihan serta penjagaan yang terancang.

Bahagian Landskap & Rekreasi

MBAS bersama dengan JLN telah mewujudkan satu program Rakan Taman sejak Tahun 2015. Antara taman-taman yang terpilih untuk menyertai program Rakan Taman adalah Taman Mergong Jaya, Rumah Pangsa Alor Malai dan Flat Setia Jaya. Mana-mana taman yang berminat untuk menyertai Program Rakan Taman perlu menubuhkan jawatankuasa dan menghantar permohonan kepada MBAS. Ulasan Datuk Bandar : - Beliau menjelaskan pihak MBAS telah sediakan pelbagai medium dan kaedah untuk membayar cukai contohnya di UTC, kaunter untuk membayar cukai telah disediakan bermula dari jam 8.30 pagi hingga 10.00 malam, segala urusan boleh dibuat melalui kaunter tersebut. - Kiosk membayar cukai turut disediakan di hadapan pintu masuk pejabat Majlis Bandaraya Alor Setar dan urusniaga boleh dilakukan dalam tempoh 24 jam. - Orang awam boleh juga membayar cukai dengan menggunakan ‘internet banking’ dan pihak MBAS telah melantik 10 buah bank sebagai penerima cukai pintu. Perkara ini akan dipaparkan di laman sesawang sebagai pemakluman.

- YBhg. Datuk Bandar turut memaklumkan bayaran cukai pintu boleh dibuat di Cawangan Pokok Sena.

Page 5: DIUSUL OLEH ISU TINDAKAN (JABATAN/ BAHAGIAN) ULASAN

DIUSUL OLEH ISU TINDAKAN (JABATAN/ BAHAGIAN)

ULASAN

CADANGAN 3 Encik Lukman bin Mat Isa Persatuan Sejarah Malaysia Negeri Kedah

1. Mohon pihak MBAS jaga khazanah- khazanah sejarah yang ada di Bandaraya Alor Setar supaya ia dapat menarik pelancong-pelancong luar untuk datang ke Alor Setar. Beliau juga mohon pihak MBAS berurusan dengan pihak berkenaan supaya perkara ini diambil perhatian. 2. Beliau mohon jika ada lagi program seperti ini, perlulah kiranya pihak MBAS mengedarkan ‘handout’ / nota kepada semua yang hadir untuk dijadikan sebagai medium untuk memaklumkan kepada orang awam berkaitan isu yang berbangkit. 3. Bendera-bendera di Bandaraya Alor Setar tidak banyak dikibarkan pada Hari Kebangsaan serta tidak menampakkan semangat untuk menyambut Hari Kemerdekaan. Begitu juga dengan bangunan-bangunan lama yang tidak dicat semula serta kelihatan usang.

Bahagian Pelancongan, Sukan & Kebudayaan Bahagian Perancangan & Komunikasi Korporat

Bahagian Pentadbiran

Jabatan Perancangan Pembangunan

MBAS bekerjasama dengan agensi kerajaan dan badan NGO bagi memulihara khazanah sejarah yang sedia ada agar terus terpelihara a) Pembersihan berkala secara berterusan b) Projek membaikpulih khazanah-khazanah sejarah (dalam proses) c) Tinjauan yang kerap di setiap kawasan khazanah-khazanah sejarah tersebut Isu yang dibangkitkan telah dimaklumkan kepada jemputan melalui surat jemputan. Majlis telah memasang jalur gemilang sebanyak 1,500 kawasan sekitar Majlis Bandaraya Alor Setar MBAS telah menyenaraikan semua bangunan warisan dan bersejarah di dalam Rancangan Tempatan MBAS 2035 (Penggantian). Bangunan-bangunan ini akan dipelihara atau dipulihkan mengikut tindakan-tindakan oleh jabatan-jabatan yang berkaitan. Disamping itu, mohon sumbangan dari pihak swasta/ NGO untuk mebantu dari segi program mengecat bangunan dan pelaksanaan lukisan mural.

Page 6: DIUSUL OLEH ISU TINDAKAN (JABATAN/ BAHAGIAN) ULASAN

4. Nama-nama jalan perlu juga ditulis dengan tulisan jawi di setiap jalan di bawah seliaan Majlis Bandaraya Alor Setar. 5. Bahasa yang dipamerkan di papan iklan pada premis-premis perniagaan bercampur-aduk dari segi bahasa (Inggeris/Melayu) dan tidak selaras.

Jabatan Kejuruteraan Bahagian Pelesenan

Papan tanda nama jalan/ lorong telah dimasukkan tulisan jawi sejak 30 tahun yang lalu dan disyaratkan pada pemaju-pemaju perumahan untuk papan tanda nama jalan/ lorong di semua skim perumahan. Selain itu MBAS telah mula menggantikan papan tanda rumi dan jawi pada papan-papan tanda yang rosak. Penggantian yang menyeluruh akan dibuat secara berperingkat.

Mengikut Seksyen 3 Undang-undang Kecil Iklan MBAS 2010, bahasa-bahasa lain boleh/dibenarkan penggunaannya bersama bahasa Malaysia tetapi saiznya hendaklah lebih kecil daripada Bahasa Malaysia. Walau bagaimanapun masih ada segelintir pelesen yang meminda visual iklan tanpa merujuk kepada MBAS. Sekiranya orang ramai mempunyai sebarang maklumat penyalah gunaan bahasa di dalam iklan, aduan tersebut bolehlah diadukan kepada MBAS untuk tindakan selanjutnya.

Ulasan Datuk Bandar :

- YBhg. Datuk Bandar memaklumkan pihak MBAS amat mengalu-alukan sesiapa yang ingin menjadi anak angkat kepada Majlis untuk memelihara kebersihan serta menanggung penyelenggaraan bagi satu-satu kawasan seliaan Majlis.

Page 7: DIUSUL OLEH ISU TINDAKAN (JABATAN/ BAHAGIAN) ULASAN

- Beliau turut menyatakan perasaan kecewa kepada ‘vandalisme’ yang berlaku pada perkataan ikon ALOR SETAR di Medan Bandar.

- Berkenaan dengan tandas awam pula, beliau menyatakan proses penyelenggaraan untuk membaiki tandas memerlukan kos yang banyak dan hasil dari cukai pintu dapat menampung perbelanjaan untuk penyelenggaraan tersebut. - Beliau turut memaklumkan pihak MBAS sedang melantik juru perunding untuk menaik taraf Medan Bandar termasuk Balai Seni, Muzium dan Balai Nobat.

- Berkenaan dengan cadangan menaik taraf semua bangunan bersejarah dan bangunan usang, pihak MBAS akan bekerjasama dengan jabatan/pihak berkenaan kerana pihak MBAS tiada kuasa penuh dalam penyelenggaraan bangunan tersebut. Namun begitu, pihak MBAS akan bantu untuk pastikan bangunan-bangunan tersebut dihargai dan dinaik taraf. - Pagar di kawasan Medan Bandar mungkin akan diubahsuai mengikut kesesuaian supaya orang awam dapat menikmati keindahan ukiran bangunan-bangunan bersejarah di situ. - Pekan Cina dan Pekan Melayu akan dimasukkan sebagai cadangan untuk keindahan Bandaraya Alor Setar.

Page 8: DIUSUL OLEH ISU TINDAKAN (JABATAN/ BAHAGIAN) ULASAN

6. Pihak MBAS perlu bekerjasama dengan pihak pelancongan supaya pelancong yang datang ke Negeri Kedah singgah di Bandaraya Alor Setar untuk menikmati juadah istimewa yang ada di sini serta keunikan yang ada di sekitar bandaraya. 7.Perlu ada perancangan untuk menaik taraf sungai-sungai yang mana telah diambil alih oleh pihak UPEN untuk pelancongan terutama di 3 zon iaitu: i. Anak Bukit - Kuala Kedah ii. Kuala Kedah - Ampang Jajar iii. Ampang Jajar - Anak Bukit

Bahagian Pelancongan, Sukan & Kebudayaan Jabatan Kejuruteraan

MBAS sedang bekerjasama dengan pengusaha-pengusaha restoran dan juga pihak yang berkaitan dengan pelancongan bagi mempromosikan keunikan juadah istimewa yang terdapat di Bandaraya alor Setar seperti berikut:- a) Kerjasama dengan pengusaha makanan dalam festival yang dianjurkan oleh MBAS b) Memperkenalkan makanan yang terkenal di negeri Kedah melalui pameran MBAS c) MBAS akan mencadangkan kepada pengusaha tempat penginapan menyediakan maklumat berkaitan juadah istimewa dan lokasi penjual kepada penginap hotel Kajian perlu dibuat dengan kerjasama Jabatan Pengairan Dan Saliran serta MADA memandangkan Sungai Kedah dan Sungai Anak Bukit di bawah tanggungjawab pihak-pihak berkenaan.

Page 9: DIUSUL OLEH ISU TINDAKAN (JABATAN/ BAHAGIAN) ULASAN

8.Penduduk di taman-taman perumahan yang masih tidak menjelaskan bayaran cukai pintu berkemungkinan adalah dari golongan taman perumahan kos rendah dan sederhana di mana mereka tidak mampu untuk membayar jumlah cukai yang dikenakan. Mohon kiranya pihak MBAS dapat menurunkan sedikit kenaan cukai pintu supaya tindakan ini dapat mengurangkan tunggakan yang sediada.

Jabatan Kewangan

Cukai pintu tidak dapat dikurangkan kerana jumlah yang dikenakan adalah berpatutan dan MBAS telah mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri bagi maksud ini. MBAS juga masih menggunakan kadar lama iaitu kadar pada tahun 1993 untuk setiap kiraan cukai pintu yang dikenakan.

DIUSUL OLEH ISU TINDAKAN (JABATAN/ BAHAGIAN)

ULASAN

CADANGAN 4 Tuan Hj. Muhammad Ariff bin Hj. Ariffin Persatuan Pembayar-Pembayar Cukai Negeri Kedah

1. Cadang pihak MBAS dapat menjemput wakil dari jabatan-jabatan lain seperti PKNK, MARA, SADA, JPS dan lain-lain supaya mesej ini dapat disampaikan.

Bahagian Perancangan & Komunikasi Korporat

Ulasan Datuk Bandar : - Jabatan-jabatan lain telah dijemput lebih awal untuk program ini tetapi mungkin tiada wakil dari pihak berkenaan disebabkan tuntutan kerja hakiki. Walau bagaimanapun, jabatan-jabatan berkenaan telah dimasukkan dalam senarai jawatankuasa mesyuarat di MBAS sebagai wakil untuk berbincang mengenai isu berbangkit.

Page 10: DIUSUL OLEH ISU TINDAKAN (JABATAN/ BAHAGIAN) ULASAN

DIUSUL OLEH ISU TINDAKAN (JABATAN/ BAHAGIAN)

ULASAN

Cadangan 5 Encik Mat Sobri Ahmad Persatuan Penjaja Kota Setar

1. Cadang Bandaraya Alor Setar dinaik taraf terutama bazar larut malam di Stadium Darul Aman yang mana ia merupakan satu-satunya tempat untuk kumpulkan orang ramai pada waktu malam. Oleh itu, jadikan bazar ini sebagai bazar berbumbung untuk dijadikan tempat riadah yang selesa. Kawasan tersebut juga boleh digunakan sebagai tempat letak kenderaan pada waktu siang.

[ Pengarah Jabatan Perancangan Korporat & Kemasyarakatan menjelaskan perlu mendapatkan pandangan dari pengguna lain dan penduduk sekitar ].

Jabatan Kesihatan Persekitaran

Cadangan untuk menaiktaraf Uptown Stadium dalam perancangan MBAS untuk mencari tapak yang bersesuaian kerana tapak yang sediada adalah milik Perbadanan Stadium. Bagi binaan kekal dan selesa faktor-faktor yang diambil kira adalah :- i) Peniaga-peniga Uptown ingin mengekalkan kawasan sediada iaitu di Pusat Bandar ii) Peniaga ingin kawasan yang mudah bagi tempat letak kereta.

Page 11: DIUSUL OLEH ISU TINDAKAN (JABATAN/ BAHAGIAN) ULASAN

DIUSUL OLEH ISU TINDAKAN (JABATAN/ BAHAGIAN)

ULASAN

Cadangan 6 Encik Mustafa Persatuan Pemaju Hartanah (REHDA)

1. Mohon uruskan persediaan untuk program seperti ini dibuat lebih awal dan jemputan juga dihantar lebih awal supaya soalan-soalan dapat dihantar secara bertulis dan boleh diedarkan kepada jabatan tertentu untuk ajukan soalan berkaitan. Jemputan hanya hadir untuk mendapatkan penjelasan sahaja dan lebih menjimatkan masa.

Bahagian Perancangan & Komunikasi Korporat

Akan dibuat penambahbaikan pada Townhall akan datang.

Cadangan 7 Encik Thana Chew Ne Meng Pertubuhan Bantuan Bertindak Negeri Kedah

1. Beliau memohon bagi kebanyakan kedai-kedai yang disewa untuk dipastikan kedai tersebut dibuka mengikut masa operasi perniagaan yang telah ditetapkan. Terdapat aduan di mana kebanyakan kedai tersebut tidak beroperasi dan sering ditutup pada hari perniagaan yang sepatutnya tetapi apabila disemak status kedai berkenaan, didapati kedai tersebut masih disewa.

2. Beliau membuat aduan mengenai

parit yang tidak sistematik di taman-taman perumahan telah menyebabkan banjir kilat apabila berlaku hujan lebat.

Bahagian Pengurusan Harta Jabatan Kejuruteraan

Pihak Unit Sewaan telah keluarkan notis kepada peniaga-peniaga yang tidak buka kedai agar menjalankan perniaggan, mana-mana perniaga yang masih ingkar akan dikeluarkan surat pembatalan. Kerja-kerja menaiktaraf parit-parit insfrastruktur dimasukkan dalam perancangan projek-projek pembangunan di dalam Bajet 2017.

Page 12: DIUSUL OLEH ISU TINDAKAN (JABATAN/ BAHAGIAN) ULASAN

DIUSUL OLEH ISU TINDAKAN (JABATAN/ BAHAGIAN)

ULASAN

Cadangan 8 Persatuan Penjaja Kota Setar

1. Bangunan di Stesen Bas lama terlalu uzur dan kelihatan usang.

2. Gerai-gerai di Jalan Langgar, Alor

Setar banyak yang uzur dan tidak memuaskan. Medan Selera Jalan Langgar tidak terurus dan terdapat lima buah gerai yang tidak beroperasi.

3. Lampu isyarat di hadapan Giant, Jalan Langgar kerap mengalami gangguan lalulintas dan sering berlaku kemalangan.

Jabatan Perancangan Pembangunan Bahagian Pengurusan Harta Jabatan Kejuruteraan

Pemilik bangunan telah merancang untuk menukar bangunan sediada kepada sebuah hotel 88 bilik. Kebenaran merancang telah diberikan kepada 20 November 2013. Projek ini sedang dilaksanakan dan akan mejadi sebuah bangunan hotel yang baru (Tune Hotel) setelah siap dibina dan menarik serta menaikkan imej kawasan berkenaan. Terdapat 18 lot gerai di sekitar kawasan tersebut dan hanya lima yang beroperasi. Tindakan penyelenggaraansecara berkala telah dirancang pada tahun 2016/2017. Aduan telah dibuat dan dalam tindakan JKR Elektrik.

Ulasan Datuk Bandar : - Stesen bas lama adalah milik persendirian iaitu Dato’ Hj. Hanafi bin Ramli. Bangunan tersebut telah dimasukkan sebagai cadangan untuk digantikan kepada Tune Hotel. Walau bagaimanapun, beberapa isu telah timbul sepanjang proses penggantian tersebut dan berkemungkinan akan siap sepenuhnya pada tahun hadapan.

Page 13: DIUSUL OLEH ISU TINDAKAN (JABATAN/ BAHAGIAN) ULASAN

DIUSUL OLEH ISU TINDAKAN (JABATAN/ BAHAGIAN)

ULASAN

Cadangan 9 Encik Mohd Sham bin Mohd Isa JPP Zon 6

1. Air bertakung selama dua hari di

Bangunan Tunku. Parit telah diselenggara tetapi masih tidak menyelesaikan masalah air bertakung. Mohon tambun tanah atau lakukan tindakan sewajarnya. Mungkin boleh dapatkan kerjasama dari pihak CIMB

Jabatan Kejuruteraan

Kerja-kerja menaiktaraf Dataran Tunku dimasukkan di dalam perancangan Bajet 2017.

Cadangan 10 JPP Zon 5

1. Cadang masukkan cara-cara untuk mengurangkan kadar tunggakan cukai pintu. Mohon adakan cenderahati yang mencukupi kepada pembayar cukai.

Jabatan Kewangan

Cukai pintu tidak dapat dikurangkan kerana jumlah yang dikenakan adalah berpatutan dan MBAS telah mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri bagi maksud ini. MBAS juga masih menggunakan kadar lama iaitu kadar pada tahun 1993 untuk setiap kiraan cukai pintu yang dikenakan. Cenderahati diberi pada setiap awal tahun untuk pembayaran yang menjelaskan cukai pintu untuk setahun dan tiada tunggakan. Jumlah cenderahati adalah terhad dan diberi selagi stok masih ada.

Page 14: DIUSUL OLEH ISU TINDAKAN (JABATAN/ BAHAGIAN) ULASAN

DIUSUL OLEH ISU TINDAKAN (JABATAN/ BAHAGIAN)

ULASAN

Cadangan 11 Encik Ahmad Farizan bin Hj. Daud Persatuan Pembayar Cukai Negeri Kedah

1. Mohon sediakan nota/’handout’ untuk program seperti ini.

2. Premis milik MBAS banyak digunakan untuk menyimpan barang dan dijadikan seperti stor. Walaupun peniaga membayar sewa premis tetapi ia tetap salah dari segi konsep keusahawanan kerana ia merugikan.

3. Mohon penjelasan mengenai

perkembangan saman dari pihak Kayangan Parking Sdn. Bhd. terhadap MBAS.

[ Pengarah Jabatan Perancangan Korporat & Kemasyarakatan memaklumkan nota akan dimuat naik dalam laman sesawang MBAS ].

Bahagian Perancangan & Komunikasi Korporat Bahagian Pengurusan Harta

Bahagian Pengurusan Harta

Telah disediakan tentatif dalam surat panggilan

Pihak Unit Sewaan telah dikeluarkan notis kepada peniaga-peniaga yang tidak buka kedai agar menjalankan pernigaan, mana-mana perniga yang masih ingkar akan keluarkan surat pembatalan. Status seperti ulasan Yang Berbahagia Datuk Bandar, masih dalam peringkat pengurusan kes dimahkamah Tinggi Alor Setar.

Ulasan Datuk Bandar : - Beliau turut menjelaskan mengenai saman parking yang telah dikenakan oleh pihak Kayangan, bayaran pulangan balik yang telah dipersetujui dalam perjanjian tidak dipenuhi. Begitu juga dengan gaji penguatkuasa TLK yang tidak dibayar mengikut perjanjian yang dipersetujui. Disebabkan itu, pihak MBAS telah membuat keputusan untuk membatalkan perjanjian tersebut.

Page 15: DIUSUL OLEH ISU TINDAKAN (JABATAN/ BAHAGIAN) ULASAN

DIUSUL OLEH ISU TINDAKAN (JABATAN/ BAHAGIAN)

ULASAN

Cadangan 12 Puan Yasmin bt Yusof Pengerusi JPP Zon 2

1. Apa persediaan pihak MBAS sekiranya berlaku banjir dan apa persediaan yang perlu dibuat oleh semua JPP di setiap zon.

2. Apakah kaedah untuk tingkatkan

pendapatan/hasil MBAS. Beliau mencadangkan supaya adakan lebih banyak program antara JPP setiap zon bersama Hari Pelanggan

Jabatan Perancangan Korporat & Kemasyarakatan

Jabatan Perancangan Korporat & Kemasyarakatan

Pihak Unit Kesejahteraan Bandar akan memberi arahan dari masa ke masa dan taklimat telah diberi melalui kursus My Bomba oleh pihak Bomba. Mengadakan hari terbuka di setiap Zon JPP. Kaunter-kaunter dibuka semasa program tersebut.

DIUSUL OLEH ISU TINDAKAN (JABATAN/ BAHAGIAN)

ULASAN

Cadangan 13 Puan Asyikin Syarikat Kemajuan Perumahan DJ Group

1. Cadangkan penggunaan solar di Bandaraya Alor Setar untuk penjimatan elektrik.

Jabatan Perancangan Pembangunan

Cadangan penggunaan sistem solar bagi penjimatan elektrik adalah satu cadangan yang baik. Ia akan diaplikasikan dalam pemajuan-pemajuan yang melibatkan bangunan-bangunan MBAS. Ini terkandung dalam konsep ‘green building’ yang telah ditetapkan di dalam projek-projek pemajuan di dalam kawasan MBAS. Disamping itu, MBAS telah mensyaratkan di dalamkebenaran merancang supaya pemohon/ pemaju menggunakan Konsep ‘Green Building’ dan inisiatif Kejiranan Hijau di dalam cadangan-cadangan pemajuan.

Page 16: DIUSUL OLEH ISU TINDAKAN (JABATAN/ BAHAGIAN) ULASAN

2. Mohon jalan di Istana Kuning tidak ditutup kerana menyebabkan kesesakan lalulintas.

Jabatan Kejuruteraan

DIUSUL OLEH ISU TINDAKAN (JABATAN/ BAHAGIAN)

ULASAN

Cadangan 14 Encik Muhamad Syukri bin Ibrahim Persatuan Pembayar-Pembayar Cukai Negeri Kedah

Encik Adnan bin Ishak Unit Kesejahteraan Bandar, MBAS

1. Cadang ambil contoh bagaimana bank-bank menggunakan perkhidmatan peguam swasta di mana mereka menggunakan peguam yang dilantik sebagai medium untuk mengenakan tindakan ke atas orang yang gagal menjelaskan tuntutan bayaran melalui surat guaman.

1. Bagi menyelesaikan isu bayaran cukai

pintu yang tertunggak, beliau cadang penjawat awam ambil Pejabat Zakat sebagai model yang mana mereka menggunakan potongan gaji sebagai salah satu kaedah untuk menjelaskan zakat.

Jabatan Kewangan

Jabatan Kewangan

MBAS telah memulakan khidmat guaman untuk kes tunggakan cukai pintu sejak tahun 2015. Notice of Demand (NOD) dikeluarkan oleh Pegawai Undang-undang Majlis ke atas mana-mana pegangan yang telah disita dan tiada bayaran. MBAS juga telah melaksanakan tindakan lanjut selepas NOD iaitu melalui tindakan sivil dan writ saman yang menggunakan khidmat peguam swasta yang dilantik.

Kaedah potongan gaji telah dan sedang dibuat bagi urusan bayaran cukai pintu.

Page 17: DIUSUL OLEH ISU TINDAKAN (JABATAN/ BAHAGIAN) ULASAN

DIUSUL OLEH ISU TINDAKAN (JABATAN/ BAHAGIAN)

ULASAN

Cadangan 15 Mohd Zaidi bin Hj. Zamri Cawangan Pejabat Zakat Negeri Kedah

1. Tandas awam yang tidak mencukupi menjadi salah satu isu yang timbul pada pelancong yang datang melawat Bandaraya Alor Setar yang mana tandas sediada tidak dapat menampung jumlah pelancong yang begitu ramai pada satu-satu masa tertentu.

2. Tempat sasaran pelancong seperti

Muzium di Makam Kg. Pisang tidak dinaik taraf. Mohon beri tumpuan untuk naik taraf kesan-kesan sejarah yang terdapat di sepanjang Zon B.

3. Cadang letakkan ‘SELAMAT DATANG KE ALOR SETAR’ dalam bahasa rumi dan jawi di Laluan Lebuhraya Pendang.

Jabatan Kejuruteraan

Bahagian Pelancongan, Sukan & Kebudayaan

Jabatan Kejuruteraan

MBAS sentiasa berusaha untuk menaiktaraf tandas-tandas awam di kawasan Bandaraya Alor Setar di mana pada tahun 2016 tandas awam di Taman Merdeka telah dinaik taraf dan terbaru ialah di Jalan Tunku Abdul Rahman Putra. Perancangan tahun 2017 ialah membina tandas awam baru di Dataran Medan Bandar. MBAS telah mendapat pengesahan daripada pihak Muzium Negeri Kedah dan mendapati tidak ada sebarang muzium di Makam Kampung Pisang. Kubur-kubur yang ada di sekitar Kampung Pisang masih belum lagi diisytiharkan sebagai Makam untuk dinaiktaraf. Tidak dapat dilaksanakan kerana tapak cadangan terletak di atas tanah persendirian.