tugasan 1 (p.p tojet)

13
KOD KURSUS KPT6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB TUGASAN 1: ANALISIS JURNAL Disediakan oleh: JULIZA BT AHMAD ZAHARI M20121000778 Disemak oleh : PROF. MADYA DATO’ DR ABD LATIF BIN HJ GAPOR

Upload: juelieyza

Post on 23-Jun-2015

76 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 2: Tugasan 1 (p.p tojet)

DOES COLLABORATION OCCUR WHEN CHILDREN

ARE LEARNING WITHTHE SUPPORT OF A WIKI?

By: Yasemin Allsop

ICT Coordinator, Wilbury Primary School

[email protected]

Jurnal TOJET: The Turkish Online Journal of Educational Technology – October 2011, volume 10 Issue 4

Page 3: Tugasan 1 (p.p tojet)

PENGENALAN Dalam era pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi

yang semakin pesat, internet merupakan saluran maklumat dan komunikasi yang digunakan secara meluas.

Pengajaran dan pembelajaran adalah lebih berkesan jika dilakukan dalam suasana yang menyeronokkan dan menggunakan sokongan alat pembelajaran web 2.0.

Dalam kajian ini, pengkaji mengkaji sama ada kerjasama berlaku apabila kanak-kanak belajar dengan sokongan wiki.

Perkataan wiki berasal dari Hawaii yang bermaksud laju atau pantas. Wiki merupakan laman web yang membolehkan pengguna mengubahsuai halaman dengan menambah kandungan atau mengubah apa yang sudah ada di halaman tersebut.

Oleh itu, pembelajaran berbantukan laman wiki dapat membuktikan bahawa kanak-kanak belajar secara kolaboratif.

Page 4: Tugasan 1 (p.p tojet)

PERSOALAN KAJIAN

Pengkaji menjalankan kajian untuk menjelaskan persoalan:

1. Adakah kerjasama berlaku apabila kanak-kanak belajar dengan sokongan wiki?

2. Bagaimana kerjasama boleh ditafsirkan dalam aktiviti kumpulan oleh kanak-kanak?

Page 5: Tugasan 1 (p.p tojet)

METODOLOGI Reka bentuk kajian

Kajian ini merupakan penyelidikan kualitatif dan telah dijalankan oleh satu pasukan yang terdiri daripada tiga orang penyelidik serta melibatkan kelas yang aktif.

Laman web wiki telah diwujudkan iaitu ‘Planet 5J’ dan guru kelas tersebut mencadangkan untuk mewujudkan kamus perkataan ‘wow’ dalam ‘Planet 5J’ tersebut.

Perkataan ‘wow’ adalah kosa kata yang menarik dan sangat berguna dalam meningkatkan lagi kemahiran penulisan kanak-kanak.

Kanak-kanak yang terlibat dalam kajian ini akan dipantau dan aktiviti-aktiviti mereka akan dirakam dalam bentuk video.

Hasil kajian ini akan diletakkan di dalam bilik ICT supaya dapat dikongsi dengan guru-guru, ibu bapa serta kanak-kanak yng lain.

Page 6: Tugasan 1 (p.p tojet)

Sampel Kajian

Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah rendah di London dan sekolah ini terdiri daripada pelbagai etnik.

Jumlah murid yang terlibat dalam kajian ini adalah 29 orang murid tahun 5 (umur 9-10 tahun).

Terdiri daripada 13 orang murid perempuan dan 16 orang murid lelaki.

Page 7: Tugasan 1 (p.p tojet)

Instrumen Kajian

Kajian ini dijalankan berdasarkan pemerhatian terhadap kanak-kanak yang menggunakan laman wiki.

Pemerhatian dilakukan melalui video rakaman dan kaji selidik yang telah siap dibina kepada kanak-kanak yang menggunakan wiki sebagai alat bagi memupuk sikap kerjasama.

Page 8: Tugasan 1 (p.p tojet)

DAPATAN KAJIAN

Situasi 1• A memberi cadangan kepada B yang duduk bersebelahannya. A tidak menyentuh tetikus atau menyandar dekat dengan B. A menjarakkan dirinya dari B. A hanya tunjuk perkataan di skrin komputer dan memberitahu B apa yang dia fikir tentang maksud perkataan tersebut. B memandang muka A dan meminta agar A menerangkan apa yang dimaksudkannya. Pada waktu ini, perbualan mereka hanya menggunakan isyarat mata. B mengawal tetikus hingga sesi pembelajaran berakhir. Sebenarnya, A dan B mempunyai komputer masing-masing untuk menyiapkan kerja di dalam ‘Planet 5J’ tetapi A tidak menggunakan komputernya. Dia mengalihkan kerusinya untuk duduk bersebelahan dengan B. Mereka menyiapkan kerja bersama-sama dengan menggunakan komputer B.

Situasi 2• D melihat E salah mengeja satu

perkataan. D bergerak dari kerusinya dan mendekati E untuk bercakap. D berdiri bersebelahan dan menggerakkan tangannya melepasi E untuk tunjuk kesalahan ejaan di skrin komputer. Kemudian, D mengambil alih tetikus dan membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh E. Selepas itu, D menerangkan apa yang sepatutnya dilakukan oleh E. D kembali ke tempat duduk asalnya. Seterusnya, E berpaling ke arah kawannya di sebelah iaitu F dan dia mengambil alih tetikus untuk tunjuk apa yang F perlu perbetulkan.

Page 9: Tugasan 1 (p.p tojet)

Analisis kandungan video dalam kedua-dua situasi tersebut menunjukkan bahawa kanak-kanak bekerjasama dalam pelbagai cara dan tanpa disedari semasa menggunakan laman wiki.

Melalui rakaman video, dapat dilihat bahawa dengan menggunakan wiki, kanak-kanak akan lebih bermotivasi untuk belajar, berkongsi ilmu dan bekerjasama semasa sesi pembelajaran.

Kanak-kanak juga lebih aktif untuk mencipta pengetahuan sendiri dan membantu rakan-rakan yang lain untuk belajar. Walaupun mereka sudah menaip kata-kata ‘wow’ ke dalam laman wiki, jika terdapat sesetengah entri yang salah atau tidak terperinci, mereka akan berbincang untuk membaikinya bersama-sama. Ini terbukti bahawa pembelajaran secara kolaboratif berlaku.

Selain itu, kanak-kanak juga dapat berkomunikasi dengan lebih baik. Kerjasama berlaku apabila mereka mengubahsuai entri masing-masing. Pelbagai cadangan diberikan untuk memberi definisi yang betul dan membaiki ejaan. Sebagai contohnya boleh dilihat dalam rajah 1 dan rajah 2 di bawah.

Page 10: Tugasan 1 (p.p tojet)

RAJAH 1

Page 11: Tugasan 1 (p.p tojet)

RAJAH 2

Page 12: Tugasan 1 (p.p tojet)

Kajian ini juga menghasilkan bentuk kerjasama dari segi:-

Kandungan:

Kanak-kanak membantu antara satu sama lain semasa menulis dan menjelaskan makna kata-kata ‘wow’. Manakala salah seorang kanak-kanak yang lain mencadangkan perkataan lain yang boleh dikelaskan sebagai perkataan ‘wow’ yang baru.

Teknologi:

Kanak-kanak berbincang bersama-sama tentang bagaimana untuk menggunakan perisian laman wiki.

Kemahiran bantuan rawak:

Kanak-kanak menunjukkan kesanggupan untuk membantu rakan bersebelahan dengan meninggalkan kerusinya dan membantu orang lain apabila mereka memerlukan bantuan.

Page 13: Tugasan 1 (p.p tojet)

PENUTUP Penggunaan laman wiki sebagai alat pembelajaran secara kaloboratif terbukti

keberkesanannya. Melalui interaksi sosial yang berlaku, pelbagai nilai-nilai murni dapat

diterapkan dalam kalangan kanak-kanak seperti saling bekerjasama antara satu sama lain.

Pembelajaran seperti ini akan lebih berkesan serta dapat menarik minat pelajar dan pelajar tidak akan mudah berasa bosan semasa sesi

pembelajaran. Selain itu, kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini sesuai untuk menunjukkan kerjasama yang berlaku. Namun skala penyediaan tidak cukup besar

untuk membuat kesimpulan umum.