tugasan 1 kpp6044 ( web)

9

Click here to load reader

Upload: kulasingam-kula

Post on 21-May-2015

211 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan 1 kpp6044 ( web)

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB(KPT6044)

TUGASAN 1

TAJUK JURNAL:

Kajian Mengenai ‘Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalamKalangan Ahli Akademik (Di USM,P.Pinang)

(Awareness, Evaluation and Acceptance of e-Learning AmongThe University’s Academic Staff )

DISEDIAKAN OLEH:

1

NAMA : KULASINGAM A/L KUNAGGARAN

NO.MATRIK : M20111000568

NAMA PENSYARAH: PROFESOR MADYA DR ABD LATIF HJ GAPOR

Page 2: Tugasan 1 kpp6044 ( web)

ISI KANDUNGAN

2

BIL. PERKARA

1.0 PENGKAJIAN

2.0 TUJUAN PENGAJIAN

3.0

4.0

SOALAN/ HIPOTESIS

REKABENTUK PENYELIDIKAN YANG DIGUNAKAN

5.0

6.0

7.0

8.0

9.0

10.0

POPULASI, PROSEDUR PERSAMPELAN, PEMILIHAN SAMPEL DAN

SAIZ

PEMBOLEHUBAH UTAMA

SUMBER DATA / PROSEDUR MENGUMPUL

KAEDAH MENGANALISIS DATA

PENEMUAN

KESIMPULAN PENGARANG

Page 3: Tugasan 1 kpp6044 ( web)

Kajian Mengenai ‘Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalangan Ahli Akademik (Di USM,P.Pinang)

1. Pengkajian

Jurnal ini di tulis oleh Rubiah Omar dan Jamilah Hj.Ahmad tentang ‘kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran di kalangan ahli akademik di USM, P.Pinang. Selain itu jurnal ini menggunakan data kuantatif dan soal selidik telah di gunakan untuk mendapatkan data-data yang berkaitan.

2.Tujuan Pengkajian

Reka bentuk kajian ini adalah kajian tinjauan deskriptif dengan menggunakan soal selidik. Kaedah soal- selidik di gunakan untuk mendapatkan maklumat.

3.Soalan/ Hipotesis

Soalan kajian dalam jurnal adalah untuk mengenal pasti kadar kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran di kalangan ahli akademik di USM yang membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

Secara umum, kajian ini melihat amalan e-pembelajaran yang digunakan dalamkalangan ahli akademik USM. Secara spesifik, kajian ini memantau e-pembelajaran daripada aspek berikut:

1. Kesedaran terhadap konsep e-pembelajaran dalam sistem pengajaran danPembelajaran

2. Penilaian terhadap hubungan yang signifikan antara kefahaman terhadap epembelajarandengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri dalam kalangan ahli akademik

3. Penerimaan penggunaan e-pembelajaran dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran.

4.Rekabentuk Penyelidikan Yang Di gunakan

Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan. Kajian ini turut menggunakankaedah non-probability kerana tujuan kajian bukan untuk digeneralisasikankepada keseluruhan populasi. Sebaliknya, kajian ini lebih berbentuk kajiandeskriptif yang bertujuan memberikan gambaran awal tentang kesediaanpenerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik. Responden kajianterdiri daripada ahli akademik di semua pusat pengajian USM Pulau Pinang yang menggunakan e-pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

5. Populasi, Prosedur Persampelan, Pemilihan Sampel dan Saiz.

Dalam penulisan ini juga ada di nyatakan populasi dengan jelas iaitu terdiri daripada Sejumlah 165 borang soal selidik telah diedarkan kepada ahli akademik di 15 pusat pengajian. Sebanyak 119

3

Page 4: Tugasan 1 kpp6044 ( web)

borang soal selidik telah berjaya dikumpulkan mengikut pusat pengajian. Analisis kuantitatif menggunakan program SPSS(Statistical package for social sciences) perisian SPSS versi 14.0 digunakan dalam kajian ini. Data yang diperoleh ditukar kepada kod-kod tertentu yang akanmewakili pemboleh ubah sepertimana terdapat dalam soal selidik. Data kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif seperti frekuensi,peratusan, min, sisihan piawai dan kaedah analisis inferensi seperti Ujian-t dan Anova.

6. Pembolehubah

(A) Dependent Ahli Akademik dari 15 Pusat Pengajian di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

(B) Independent E – Pembelajaran

7. Sumber Data/ Prosedur Mengumpul

Pengkaji dalam kajian ini telah mendirikan reka bentuk tinjauan dimana 165 set soalan kaji selidik telah diedarkan dan sejumlah 119 set soalan kaji selidik telah berjaya dikembalikan . Borang soal-selidik diedarkan kepada semua ahli akademik bagi setiap bahagian yang terlibat dengan penggunaan e-pembelajaran dan pengajaran di Universti Sains Malaysia (USM). Pengkaji telah menggunakan kaedah ‘non probability’ dengan menggunakan perisian analisis SPSS versi14.0

8. Kaedah Menganalisis Data

Data-data dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Statistik Deskriptif yang di gunakan seperti min, median, julat dan varians. Statistik inferensi yang di gunakan adalah korelasi Pearson, ujian – t, dan cap anova sehala.

9. Penemuan/ Dapatan

1. kesedaran terhadap konsep e-pembelajaran dalam sistem pengajaran dan pembelajaran

i) tahap kefahaman responden terhadap konsep e-pembelajaran adalah salah satu usaha yang sejajar dengan perkembangan ICT mencatatkan jumlah min yang tertinggi iaitu 4.52.

ii) ahli akademik mempunyai tahap kesedaran yang tinggi berkenaan penggunaan ICT sebagai salah satu medium pengajaran dan pembelajaran yang utama.

2. Penilaian terhadap hubungan yang signifikan antara kefahaman terhadap e-pembelajaran dan kesediaan pembelajaran arahan kendiri dalam kalangan ahli akademik.

4

Page 5: Tugasan 1 kpp6044 ( web)

i) ahli-ahli akademik di USM ini mampu merancang denganbaik berkenaan strategi dan kaedah pembelajaran

ii) tahap kefahaman responden terhadap perlaksanaan e-pembelajaran juga mempunyai hubungan yang signifikan dengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri dan berada pada tahap sederhana iaitu 3.20.

3. Penerimaan penggunaan e-pembelajaran dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran.

i) menunjukkan seramai 55 (46.2%) responden daripada 119 (100%) responden benar-benar memahami tentang e-pembelajaran.

Ii) bagi faktor perlaksanaan e-pembelajaran pula, sebilangan besar responden sangat bersetuju dengan perlaksaan ini berikutan mereka telah dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan bagi tujuan perlaksanaan e-pembelajaran ini.

10.Kesimpulan Pengarang

Pengkaji telah menyenaraikan empat tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh ahli akademik, iaitu menggunakan sepenuhnya kaedah e-pembelajaran di dalam kuliah, memuatnaikkan nota-nota kuliah ke laman web e-pembelajaran dari semasa ke semasa, mengikuti latihan-latihan yang berkaitan dengan e-pembelajaran di USM dan menggalakkan para pelajar menggunakan e-pembelajaran sebagai mekanisme pembelajaran.

Pengkaji menyatakan bahawa Sebelum e-pembelajaran diperkenalkan, ahli akademik hanya perlu menyediakan nota dan mengajar untuk kuliah secara konvensional. Perlaksanaan e-pembelajaran menyebabkan ahli akademik perlu menyediakan nota yangdimuatnaikkan ke laman web e-pembelajaran dari semasa ke semasa. Oleh yangdemikian, bagi ahli akademik yang kurang mahir menggunakan komputer danInformation Communication Technology (ICT) ini mengakibatkan mereka tidak dapat menjalankan tanggungjawab dengan berkesan..

penggunaan e-pembelajaran didalam proses pengajaran dan pembelajaran pada hari ini adalah sangat releven dan amat diperlukan bagi membolehkan sistem pendidikan negera menerima nafas baru pelbagai latihan berkenaan penggunaan ICT dan teknologi didalam pembelajaran perlu diadakan dari semasa ke semasa berikutan e-pembelajaran akan sentiasa maju kehadapan dan tidak sama sekali kekal di takuk yang lama

5

Page 6: Tugasan 1 kpp6044 ( web)

RUJUKAN

Ambigapathy, P. 2004. Multiliteracies, Technology and Teaching in the Classroom:Perspectives from Teachers Taking Distance Learning Programmes in Malaysia.Malaysian Journal of Distance Education. 6(1):1-26.

Azwan, A. & Rozita, N. 2002. e-Learning: Penerokaan Media Pembelajaran Terkini. Atastalian. http://www.elearning.unimas.my/Articles/archives/000002.html. (Accessed9th June 2007). Harasim, L., Hiltz, S., Teles, L. and Turoff, M. 1997. Learning Networks: A Field Guideto Teaching and Learning Online Cambridge, MA: MIT Press.

Haughey, M. & Anderson, T. 1998. Network Learning: The Pedagogy of the Internet.Canada. McGraw-Hill.

Jamilah, A. 2006. Keberkesanan e-pembelajaran dalam Kursus Perhubungan Awam. KertasKerja Seminar e-pembelajaran. Universiti Kebangsaan Malaysia. 9-10 Disember 2006.

Mohamed Noor, H. 2001. Cabaran Pembelajaran Melalui IT: e-learning dalam AhmadZaharudin Idrus. Kecemerlangan Menerusi Kreativiti: Transformasi dan CabaranUTM, Skudai, Johor. Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia. Johor.

Mohd Koharudin, M.B. 2004. Perkembangan, Pembangunan dan Penerimaane-pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Jurnal Teknologi. 41(E) Disember 2004

Mohd Zaidil, A., Azizi, Z. & Fadzilah, S. 2002. Agen Pedagogi Sebagai Tutor: PemantapanPemahaman Pelajar di dalam e-Pembelajaran. Dalam prosiding Seminar ICT 2002.Universiti Utara Malaysia. Sintok. Kertas Kerja. 218-224.

Norwati, MD. Y. & Zaini, A. 2007. Analisi Deskriptif e-forum dalam Pembelajaran KursusTerjemahan di Universiti Kebangsaan Malaysia. GEMA Online Journal of LanguageStudies. 7(2). pp79-93.

Rogers, E.M. 1995. Diffusion of Innovations (4th edition). New York. The Free Press.Shirley, A. 2001. e-learning Developments and Experiences, Education and Training.43, 240-248.

Zailan Arabi & Azmi Mansur. 2006. A Life Long Learning Platform for Malaysian Society. Atas talian. http://www.ejel.org/volume-4/v4-i1/v4-i1-art-2.htm(Accessed5th June 2009).

6