tugasan penulisan kumpulan web 2.0

19
1 1.0 TEORI PEMBELAJARAN Pembelajaran merupakan suatu perubahan pada individu hasil daripada pengalaman (Slavin, 1991). Kita sebagai guru perlu membantu murid-murid dalam memfokus proses pemerhatian dan mental mereka supaya mereka boleh memperoleh pengetahuan asas dan kemahiran secara berkesan. Ini menyebabkan ahli psikologi telah membina pelbagai teori pembelajaran yang berbeza. Antara teori-teori pembelajarannya ialah: 1.1 Teori Pembelajaran Behavioris Teori ini diperkenalkan oleh tokoh-tokoh yang terdiri daripada Ivan Pavlov, Edward Thorndike dan B.F. Skinner. Ahli teori behaviorist menekankan peranan pengalaman dalam mentadbirkan tingkah laku. Dalam teori ini beberapa istilah diperkenalkan antaranya ialah pelaziman. Pelaziman merupakan suatu proses di mana tingkah laku organisma berkaitan dengan rangsangan daripada persekitaran. Ivan P.Pavlov,setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah sebarang tingkah laku yang timbul akibat rangsangan. Contohnya apabila guru memberikan arahan supaya berdiri, murid dengan cepatnya berdiri. Arahan itu ialah rangsangan, manakala tindakan berdiri itu ialah gerak balas. Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan antara rangsangan dengan gerak balas. Dalam contoh ini terdapat dua rangsangan; pertama ialah suasana pengajaran dan pembelajaran dan kedua ialah aspek emosi, iaitu rasa seronok dan gembira. Jadi, murid-murid mengaitkan satu rangsangan (suasana pembelajaran) dan satu lagi rangsangan lain (suasana seronok). Oleh itu, murid berkenaan pun mempunyai keinginan ke sekolah. Pembelajaran yang berlaku ekoran perkaitan ini dinamakan pelaziman. Pembelajaran akibat perkaitan 2 rangsangan ini dikenali sebagai pelaziman. Manakala E.L.Thorndike (1874-1949) iaitu pelopor psikologi Amerika memperkenalkan pembelajaran cuba jaya dan beberapa hukum tentang perkaitan rangsangan dan gerak balas. Eksperimen telah dilakukan ke atas seekor kucing lapar yang diletakkan dalam sangkar. Daripada hasil eksperimen, Thorndike mengemukakan 3 hukum uatama iaitu hukum kesediaan, hukumlatihan dan hokum kesan. Menurut Thorndike, kesediaan merujuk kepada persiapan yang perlu ada sebelum individu dapat bertindak. Seorang murid dikatakan akan berasa puas apabila dia bersedia untuk bertindak.

Upload: kodklon

Post on 05-Dec-2014

899 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan penulisan kumpulan web 2.0

1

1.0 TEORI PEMBELAJARAN

Pembelajaran merupakan suatu perubahan pada individu hasil daripada pengalaman (Slavin,

1991). Kita sebagai guru perlu membantu murid-murid dalam memfokus proses

pemerhatian dan mental mereka supaya mereka boleh memperoleh pengetahuan asas dan

kemahiran secara berkesan. Ini menyebabkan ahli psikologi telah membina pelbagai teori

pembelajaran yang berbeza. Antara teori-teori pembelajarannya ialah:

1.1 Teori Pembelajaran Behavioris

Teori ini diperkenalkan oleh tokoh-tokoh yang terdiri daripada Ivan Pavlov, Edward

Thorndike dan B.F. Skinner. Ahli teori behaviorist menekankan peranan pengalaman dalam

mentadbirkan tingkah laku. Dalam teori ini beberapa istilah diperkenalkan antaranya ialah

pelaziman. Pelaziman merupakan suatu proses di mana tingkah laku organisma berkaitan

dengan rangsangan daripada persekitaran. Ivan P.Pavlov,setiap rangsangan akan

menimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah sebarang tingkah laku yang timbul akibat

rangsangan. Contohnya apabila guru memberikan arahan supaya berdiri, murid dengan

cepatnya berdiri. Arahan itu ialah rangsangan, manakala tindakan berdiri itu ialah gerak

balas.

Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku

akibat kaitan antara rangsangan dengan gerak balas. Dalam contoh ini terdapat dua

rangsangan; pertama ialah suasana pengajaran dan pembelajaran dan kedua ialah aspek

emosi, iaitu rasa seronok dan gembira. Jadi, murid-murid mengaitkan satu rangsangan

(suasana pembelajaran) dan satu lagi rangsangan lain (suasana seronok). Oleh itu, murid

berkenaan pun mempunyai keinginan ke sekolah. Pembelajaran yang berlaku ekoran

perkaitan ini dinamakan pelaziman. Pembelajaran akibat perkaitan 2 rangsangan ini dikenali

sebagai pelaziman.

Manakala E.L.Thorndike (1874-1949) iaitu pelopor psikologi Amerika

memperkenalkan pembelajaran cuba jaya dan beberapa hukum tentang perkaitan

rangsangan dan gerak balas. Eksperimen telah dilakukan ke atas seekor kucing lapar yang

diletakkan dalam sangkar. Daripada hasil eksperimen, Thorndike mengemukakan 3 hukum

uatama iaitu hukum kesediaan, hukumlatihan dan hokum kesan. Menurut Thorndike,

kesediaan merujuk kepada persiapan yang perlu ada sebelum individu dapat bertindak.

Seorang murid dikatakan akan berasa puas apabila dia bersedia untuk bertindak.

Page 2: Tugasan penulisan kumpulan web 2.0

2

Sebaliknya,murid yang belum bersedia untuk bertindak akan berasa kecewa. Manakala

Hukum Latihan menyatakan pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah

kukuh jika latihan diadakan. Hukum Kesan pula menyatakan bahawa pertalian antara

rangsangan dan gerak balas akanbertambah kukuh jika terdapat kesan yang

menyeronokkan selepas terhasilnya gerak balas. Misalnya seorang murid mengucapkan

salam kepada guru dan salam itu disambut dengan senyuman guru. Murid itu akan berasa

pengalaman itu menyenangkan dan dia akan mengulangi lagi.

Skinner pula memperkenalkan teori pelaziman operan yang mengkaji tentang

perkaitan antara tingkah laku dan kesannya. Dalam teori ini, tingkah laku yang tidak diingini

sebenarnya boleh diubah kepada tingkah laku yang diingini.

1.2 Teori Pembelajaran Sosial

Albert Bandura yang merupakan ahli psikologi Amerika Syarikat yang terkenal telah

memperkenalkan teori pembelajaran sosial. Teori ini menegaskan bahawa pembelajaran

manusia berlaku dengan cara memerhatikan orang lain melakukan kerja. Menurut Bandura,

terdapat 4 elemen penting dalam pembelajaran pemerhatian iaitu:

i.Memberi perhatian

ii.Mengekalkan maklumat

iii.Menghasilkan tingkah laku

iv.Motivasi dan peneguhan

Aplikasi daripada teori ini, contohnya guru hendaklah menjadi model yang baik

kerana perlakuan guru selalu ingin dicontohi murid. Oleh itu, pakaian, tingkah laku dan

bahasa pertuturan guru mestilah baik. Pemerhatian boleh berlaku dalam tiga bentuk seperti

berikut:

a) memerhati secara langsung, iaitu melihat model sendiri atau secara tidak langsung, iaitu

dengan menonton filem, video, mendengar huraian atau melihat gambar foto. Contohnya,

kanak-kanak meniru ibubapa atau guru dari segi pakaian, pertuturan, gaya berjalan dan

sebagainya.

Page 3: Tugasan penulisan kumpulan web 2.0

3

b) Pemerhatian melalui sekatlakuan dan tak sekatlakuan. Sekat lakuan merupakan sekatan

tingkah laku yang sesuai dalam situasi A tetapi tiidak sesuai dalam situasi B. Contohnya,

murid yang boleh bersorak-sorak di kantin ketika memanggil rakan tidak boleh

melakukannya di dalam bilik darjah. Ini dipelajari murid-murid disebabkan adanya peraturan

bilik darjah yang boleh membawa hukuman jika amalan itu berlaku.manakala memerhati

melalui taksekatlakuan ialah murid akan terus meniru amalan dalam sesuatu situasi.

Contohnya, kalau mereka telah mempelajari bahawa tindakan sorak-menyorak tidak sesuai

dalam kelas,tetapi kai ini dengan guru yang baru, amalan itu tidak dihukum, murid-murid

berkenaan akan mula menjeritkan jawapan.

c) Pemerhatian melalui elistasi. Dalam proses elistasi, seseorang individu akan turut

melakukan apa sahaja yang dilakukan oleh orang lain sekiranya dia telah pun mengetahui

cara untuk melakukannya. Contohnya, apabila melihat seorang murid lain membaca buku di

dalam kelas, Amir pun mengeluarkan buku lalu membacanya. Keinginan untuk membaca itu

timmbul selepas melihat murid lain membaca. Sekiranya tidak ada murid lain membaca,

kemungkinan keinginan Amir untuk membaca tidak timbul.

1.3 Teori Humanistik

Teori Humanis menumpukan pada apa yang berlaku dalam diri seseorang individu.

Pendekatan humanistik menekankan keseluruhan murid, dengan kata lain aspek emosi dan

sosial kehidupan murid. Pendekatan ini mengandaikan bahawa murid bermotivasi secara

semulajadi untuk belajar dengan syarat pengalaman pendidikan adalah bermakna. Ia juga

menekankan kepentingan peranan guru dalam memberi sokongan dan sentiasa mengambil

berat tentang anak didiknya.

1.4 Teori Pembelajaran Kognitif

Teori ini berfokus kepada perubahan yang berlaku terhadap cara manusia berfikir daripada

peringkat bayi kepada zaman kank-kanak, remaja dan seterusnya alam dewasa. Menurut

Gagne (1970), pembelajaran bergerak dari yang paling mudah menuju kepada yang rumit.

Pembelajaran pada aras yang tinggi bergantung kepada pembelajaran pada aras yang

rendah. Gagne telah mengenal pasti lapan jenis pembelajaran seperti berikut:

Page 4: Tugasan penulisan kumpulan web 2.0

4

i) Pembelajaran isyarat

Jenis pembelajaran ini merupakan pembelajaran yang paling mudah. Ia lebih merupakan

perubahan tingkah laku yang disebabkan oleh pengaruh kebiasaan.Misalnya, apabila loceng

berbunyi pulul 7.30 pagi, semua murid akan berkejar ke bilik darjah masing-masing dan

mereka akan terus berdiri serta memberikan penghormatan kepada guru yang masuk.ini

merupakan pembelajaran isyarat dan ia tidak banyak menggunakan akal fikiran.

ii) Pembelajaran mengganggu gerak balas

Pembelajaran rangsangan gerak balas bergantung kepada proses peneguhan. Ini bermakna

guru perlu memberi pujian dan ganjaran bagi tingkah laku yang diingati.

iii) Rangkaian

Rangkaian merupakan satu siri tingkah laku yang berkaitan antara satu sama lain untuk

melengkapi satu tugasan yang dijalankan. Misalnya, ketika menyambut bola dalam

permainan tennis, pemain hendaklah berdiri di posisi yang sesuai, di tapak yang munasabah

dan mengayunkan rakat dengan gaya yang betul agar bola tennis dipulangkan dengan baik.

Siri tingkah laku ini disebut rangkaian.

iv) Pertalian berbahasa

Pertalian berbahasa merupakan suatu bentuk rangkaian berbahasa. Ini berlaku apabila

seseorang kanak-kanak menghubungkaitkan benda yang dilihat dengan nama objek secara

menyebutnya.misalnya,apabila melihat bola, kanak-kanak tersebut terus menyebut bola.

v) Pembelajaran diskrimanasi

Jenis pembelajaran ini berlaku apabila murid dapat memilih gerak balas yang sesuai untuk

bertindak bagi menghasilkan sesuatu. Misalnya, dalam kelas, murid dapat membezakan

antara fakta yang kurang penting dengan fakta yang penting.

vi) Pembelajaran Konsep

Ini berlaku apabila murid bertindak balas kepada benda-benda sebagai satu kelas atau

kategori. Misalnya, murid yang mempelajari warna dan bentuk akan menggolongkan kuning,

Page 5: Tugasan penulisan kumpulan web 2.0

5

merah, biru, putih, hitam dan hijau sebagai warna manakala bulat, segitiga, segiempat dan

bujur sebagai bentuk.

vii) Pembelajaran hokum

Ini merupakan pembelajaran yang rumit kerana ia akan melibatkan pembelajaran konsep,

rangkaian dan pertalian berbahasa. Misalnya, murid mempelajari bahawa apabila air

membeku, isipadunya bertambah. Konsep-konsep yang dipelajari ialah membeku, isipadu

dan bertambah. Kemudiannya, konsep-konsep ini perlu dirangkaikan bersama untuk

membentuk hokum.

viii) Penyelesaian Masalah

Penyelesaian masalah merupakan pembelajaran yang paling rumit. Ia melibatkan

penggunaan konsep serta pembelajaran hokum. Gagne telah menggunakan urutan- urutan

penyelesaian masalah sebagaimana yang dicadangkan oleh John Dewey.

Urutan langkah itu seperti berikut:

a) mengenal masalah

b) mencari maklumat

c) membuat hipotesis

d) menguji hipotesis

e) membuat rumusan

1.5 Teori Konstruktivisme

Teori ini menyatakan bahawa murid membina pengetahuan berasaskan pengalaman

mereka. Setiap murid menimba pengetahuan semasa mereka belajar dan ilmu pengetahuan

yang terbaik dan mendalam adalah melalui interaksinya dengan persekitaran fizikal dan

sosial. Vygotsky, ahli psikologi yang banyak menekankan tentang konstruktivisme sosial di

mana ilmu pengetahuan yang dibina berdasarkan interaksi sosial, adat budaya dan aktiviti

yang membentuk pembinaan dan pembelajaran individu.

Page 6: Tugasan penulisan kumpulan web 2.0

6

2.0 TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN ABAD KE-21

2.1 Pendidikan Abad Ke-21

Mengikut Laporan UNESCO (Report Of The International Commission On Education

For The Twenty First Century), pendidikan yang berterusan sepanjang hidup harus

berasaskan empat tonggak, iaitu: ‘Learning to know’ (belajar untuk tahu); ‘Learning

to do’ (belajar untuk buat); ‘Learning to live together’ (belajar untuk hidup

bersama) dan ‘Learning to be’ (belajar untuk menjadi).

Pada peringkat asas, pendidikan seharusnya dapat memberi seseorang kanak-kanak

pendedahan kepada pengetahuan yang luas dan pelbagai sebelum dispesifikkan secara

mendalam dalam bidang-bidang tertentu. ‘Belajar untuk tahu’ membantu seseorang

membina satu spektrum ilmu yang membolehkan dia memilih bidang yang sesuai dengan

lebih jitu. Ilmu di sini juga merangkumi cara belajar—sesuatu kemahiran yang begitu

diperlukan untuk memudahkan seseorang menikmati peluang-peluang belajar yang begitu

banyak dari pelbagai sumber. Ilmu yang diperoleh harus seiring dengan kemahiran untuk

melakukan tugasan berasaskan ilmu itu. ‘Belajar untuk buat’ bukan dihadkan kepada

kemahiran operasi atau mekanikal sahaja tetapi merangkumi kompetensi-kompetensi seperti

kebolehan untuk menangani situasi-situasi yang tidak dijangka, kerja berpasukan,

menyesuaikan diri dalam pelbagai konteks sosial dan kerja.

2.2 Kemahiran Abad Ke-21

Bagi mencapai hasrat kerajaan untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran

abad ke-21, seseorang guru atau pendidik itu perlu komited dalam menguasai pelbagai

bidang. Seseorang pendidik harus sentiasa bersedia menguasai ilmu bagi menjadikan diri

mereka relevan dan sesuai dengan perubahan yang berlaku. Ini adalah kerana guru yang

mempunyai kombinasi beberapa ilmu pelajaran lebih baik berbanding dengan guru yang

cuma menjurus kepada satu bidang sahaja. Berikut merupaka ciri-ciri kemahiran abad ke-

21.

Page 7: Tugasan penulisan kumpulan web 2.0

7

2.3 Guru Abad Ke-21

Page 8: Tugasan penulisan kumpulan web 2.0

8

1. Mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi(TMK).

Bersikap terbuka dengan melihat teknologi sebagai perkara yang positif dan melengkapkan

diri dengan ilmu berasaskan teknologi menjurus kepada penguasaan dan penggunaan

teknologi dalam pelbagai bidang.

2. Mahir dan berketrampilan dalam pedagogi ( Pengajaran & Pembelajaran)

Pengetahuan guru dalam menterjemahkan pengetahuan isi kandungan secara pedagogikal

yang berkesan dengan memahami konteks persekitaran bilik darjah berdasarkan

pengetahuan guru dalam pengetahuan isi kandungan subjek, pengetahuan pedagogi subjek,

pengetahuan ciri terhadap pelajar, dan kepercayaan terhadap pendekatan P&P yang

digunakan.

Cara penyampaian secara berkesan terhadap sesuatu idea, analogi kukuh, illustrasi

menarik, contoh tepat dan munasabah, penerangan jelas, dan bermakna amat penting agar

isi pelajaran dapat difahami pelajar dengan mudah.

Pengetahuan pedagogi bukan berdasarkan kepada pengalaman ataupun

pengetahuan yang terlalu bergantung dengan guru( teacher-centred). Sebaliknya, guru

perlu bijak untuk mengadaptasikan pedagogi berbantukan komputer untuk memberi kesan

positif terhadap perkembangan dan pencapaian pelajar.

3. Mengikuti perkembangan Dasar dan Isu pendidikan.

Seseorang guru yang berpengetahuan akan sentiasa mengikuti perkembangan yang

berlaku khususnya perkembangan tentang dasar serta isu-isu berkaitan dengan pendidikan

yang akan memberi impak kepada profesion perguruan serta perjalanan proses pengajaran

dan pembelajaran.

Dasar-dasar seperti dasar sains dan teknologi (sekolah berasaskan ICT) perlu diteliti

dan difahami bagi membentuk guru yang berwibawa sekali gus membantu kepada

melahirkan generasi yang berkualiti dan berkemahiran.

Guru juga perlu sentiasa mengikuti perkembangan terhadap kajian lepas dan terkini

bagi mengemaskini pengetahuan dan kemahiran p&p guru. Guru boleh mengaplikasikan

Page 9: Tugasan penulisan kumpulan web 2.0

9

teknologi maklumat(ICT) semasa p&p melalui Program SLE ( Smart Learning Environment)

yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan guru terhadap penggunaan ICT.

4. Menguasai pelbagai bidang.

Penting bagi seseorang pendidik untuk sentiasa bersedia menguasai ilmu bagi

menjadikan diri mereka relevan dan sesuai dengan perubahan yang berlaku. Ini kerana guru

yang mempunyai kombinasi beberapa ilmu pelajaran lebih baik berbanding dengan guru

yang cuma menjurus kepada satu bidang sahaja.

Bagi memastikan seseorang pendidik (guru) itu mampu menguasai pelbagai bidang,

mereka (guru) hendaklah mengamalkan pembelajaran berterusan supaya guru sentiasa

mengikuti perubahan yang berlaku dan menjadikan diri sentiasa bersedia menghadapi

pelbagai cabaran.

5. Menerapkan Nilai-nilai Murni( Akhlak)

Di samping pendedahan kepada teknologi, seseorang guru itu juga harus

menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila di dalam hubungan sesama

masyarakat. Guru harus memounyai sifat dan kualiti peribadi, professional dan sosial yang

baik dan murni supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Nilai-

nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung akan diterapkan

dalam jiwa pelajar.

Ciri-ciri Guru berkualiti:

i. Bertindak Menyebar ilmu

ii. Bertindak sebagai Pembentukan nilai ‘ Role Model’

iii. Bertindak sebagai pengamal budaya ilmu

iv. Mengamalkan kemahiran professional

v. Bersifat professional dan peka dengan segala perkembangan pendidikan

vi. Mengamalkan pengajaran efektif

Page 10: Tugasan penulisan kumpulan web 2.0

10

2.4 Ciri-ciri Pelajar Abad Ke-21

3.0 WEB 1.0 HINGGA WEB 4.0

3.1 Era web 1.0 bermula dari 1990 hingga 2001

Adalah generasi pertama web yang berfungsi sebagai pemberi maklumat dan informasi yang

bersifat satu arah. Segala content atau isinya berada ditangan administrator, jadi

pengunjung hanya dapat melihat isi dari laman tersebut tanpa dapat memberi komen atau

pandangan.

3.1.1 Era Bubble Burst bermula tahun 2000

Dikenali juga sebagai DotCom Bubble Burst atau Dotcom Crash juga DotCom Doom. Pada

tahun 1998, Google berdiri dan internet menjadi semakin mudah untuk digunakan.Waktu itu

potensi laman wen dengan format portal dengan berita dan kedai2 online seperti

amazon.com dilihat sangat besar oleh pelabur2. Di Amerika sendiri berbillion dollar

Page 11: Tugasan penulisan kumpulan web 2.0

11

dilaburkan untuk masuk didalam bidang jaringan online yang sayangnya tidak semua laman

web dengan modal yang amat besar berjaya dihasilkan. Pertengahan tahun 2000,

gelembungan dana (bubble) yang masuk ke jaringan pecah (burst).Dana ini tiada pusingan

untuk menjadi keuntungan.

3.2 Era web 2.0 bermula dari 2001 hingga kini

Ianya merupakan perkembangan terkini teknologi selepas web 1.0. Pada web 2.0 content

tidak hanya dipegang oleh administrator sepenuhnya, malahan pengunjung boleh

mengendalikan pada content web tersebut juga pengunjung2 yang lainnya dapat memberi

komen,bekomunikasi antara satu sama lain,memberi pendapat dan banyak lagi. Antara

contoh yang jelas mengenai web2.0 adalah: youtube, facebook dan korang sendiri sudah

sedia maklum. Bertapa mudahnya ia.

3.3 Era web 3.0

Dikatakan akan bermula pada 2010 tak lama lagi tu kalau mengikut karangan ini ditulis (Dis-

2009). Syarat dan konsep yang paling penting dan perlu ada ialah bercirikan semantic

web.Semantic Web adalah laman web yang dilengkapi struktur komputer yang boleh

berfikir.

3.3.1 Antara ciri2 khas web 3.0

i. Tranformation: Dari tempat penyimpanan yang terpisah menjadi satu

ii. Ubiquitous Connectivity : Memungkinkan informasi diakses menjadi

media

iii. Network Computing: Perisian adalah sebagai model2 bisnes, service laman

web yang berkemampuan dua sistem atau lebih untuk bekerja sama secara

harmoni, pengedaran computer, pengskalaan komputer,pelebarluasan

komputer.

iv. Open Technologies: Sebahagian besar keseluruhannya berfungsi dalam

platform open source/percuma.

v. Open Identity and Open ID: seluruh informasi adalah bebas

vi. The interligent Web: Sebagai Semantic Web technologies termasuk

RDF,OWL,SWL,SPARQL, GRDDL, Aplikasi berplatform semantic, dan

statement-based datastores.

Page 12: Tugasan penulisan kumpulan web 2.0

12

vii. Distributed Database: Database disalurkan dalam WWD (world Wide

Database).

viii. Aplikasi bersifat pintar dan bijak

Jadi jika keseluruhan diatas dapat dilaksanakan dan dihasilkan barulah akan wujuds emantic

web. SIOC ( http://sioc-project.org ) adalah pejuang yang menghasilkan semantic web.

3.4 Web 4.0

Web 4.0 dikenali sebagai ‘Web Simbiotik’. Idea menjadi simbiotik adalah bahawa sekali

metadata adalah dianjurkan (3.0), manusia dan mesin boleh berinteraksi dalam simbiosis.

Maksudnya bahawa kita akan dapat membina lebih kuat antara muka seperti antara muka

minda dikawal bagi contoh. Tetapi web 4.0 adalah satu idea yang masih dalam

pembangunan dan kemajuan. Web 4.0 sehingga kini tidak didefinisikan lagi. Orang juga

bercakap mengenai kecerdasan web OS, ambient, kecerdasan buatan. Kita perlu menunggu

beberapa tahun lagi untuk melihat apakah itu web 4.0 tetapi yang pastinya web 4.0 ini

pastinya lebih canggih lagi dan telah mengalami pembangunan penggunaannya berbanding

web 1.0, web 2.0 dan web 3.0.

4.0 WEB 2.0 : EDMODO

4.1 Apa itu EDMODO ?

Edmodo merupakan platform sosial persendirian yang percuma untuk guru dan pelajar

berkongsi idea, fail, peristiwa dan tugasan. Edmodo menyediakan cara yang selamat dan

mudah untuk berhubung dan bekerjasama dalam kelas. Laman ini boleh diakses di Internet

dan dari mana-mana peranti mudah alih melalui aplikasi telefon pintar percuma. Berasaskan

model penulisan blog mikro dan disesuaikan untuk penggunaan dalam pendidikan, Edmodo

membolehkan guru menyiarkan mesej dan nota, membincangkan topik pelajaran,

memberikan tugasan dan menilai kerja kelas, berkongsi kandungan dan bahan pengajaran,

serta membina rangkaian dan bertukar-tukar idea sesama guru lain.

Selain itu, mereka boleh menjaga kalendar kelas, menyimpan dan berkongsi fail,

menerima aliran awam (RSS), dan mengadakan tinjauan. Edmodo dibina untuk kerjasama

Page 13: Tugasan penulisan kumpulan web 2.0

13

kumpulan yang tertutup, bermakna pelajar yang mempunyai kod rahsia sahaja yang boleh

menyertai kumpulan tersebut.

(Sumber: http://www.edmodo.com)

4.2 Penggunaan EDMODO Dalam Pendidikan

Keringkasan antara muka dan kebolehcapaian Edmodo menjadikannya satu dunia

pembelajaran yang berkesan. Ia membolehkan pelajar mengambil bahagian secara aktif.

Edmodo menyediakan ruang kepada tutor untuk menghantar peringatan tugasan, membina

kalendar acara, dan menghantar mesej kepada ahli kumpulan. Pengguna juga boleh

berkongsi pautan, video, dan imej. Edmodo boleh menjadi medium untuk tutor

berkomunikasi dengan berkesan kepada pelajar yang memerlukan bimbingan.

Untuk mata pelajaran seperti bahasa asing, tutor telah pun menggunakan Edmodo

untuk menetapkan kelas gandingan antara mereka dengan guru bahasa lain dari serata

dunia. Pelajar boleh melihat semula pautan yang dihantar melalui suapan RSS dengan

mudah. Tutor juga boleh membuat pentaksiran autentik formatif yang lain menggunakan

Edmodo. Satu tugasan dalam kelas untuk membaca dan mengupas sebuah petikan dengan

mudahnya boleh bertukar menjadi satu tugasan bertulis. Pelajar boleh merumuskan dan

memberikan jawapan, dan bergilir-gilir menjawab soalan satu sama lain (Picardo, 2011).

Menurut Jarc (2010), Edmodo membolehkannya mengawasi kemajuan pelajar,

menghantar kandungan secara elektronik, menghantar makluman melalui e-mel dan mesej

teks, dan yang paling penting, Edmodo menyediakan cara yang cepat dan mudah untuk

mengendalikan pentaksiran autentik. Penggunaan jaluran perbincangan hampir sama seperti

mengendalikan temu bual dengan pelajar dan rakan sebaya mereka sambil menggalakkan

dialog, mencabar pelajar untuk menulis secara ringkas dan padat, serta mempertahankan

pendapat mereka dengan maklumat sokongan daripada pembacaan yang dibuat. Edmodo

membantu dalam pembinaan rangkaian yang lebih baik dan selamat, jadi risiko untuk

dihubungi oleh orang yang tidak dikenali bagi tujuan bukan akademik benar-benar dapat

dikurangkan, oleh yang demikian ia menyediakan persekitaran yang lebih selamat untuk

pelajar dan tutor berinteraksi dan bekerjasama. Ia juga mengurangkan bilangan kertas yang

digunakan dalam bilik darjah.

Page 14: Tugasan penulisan kumpulan web 2.0

14

4.3 Tatacara Menggunakan EDMODO

Page 15: Tugasan penulisan kumpulan web 2.0

15

Page 16: Tugasan penulisan kumpulan web 2.0

16

Page 17: Tugasan penulisan kumpulan web 2.0

17

Page 18: Tugasan penulisan kumpulan web 2.0

18

Page 19: Tugasan penulisan kumpulan web 2.0

19

RUJUKAN

Edmodo. http:// www.edmodo.com. [27 September 2011]

EdmodoReview. http://www.appappeal.com/app/edmodo/ [29 September 2011]

Jen Dick, 2011. Tool Review: Edmodo. http://

http://newlearninginstitute.blogspot.com/2011/04/tool-reviewedmodo.html.

[1 Oktober 2011]

Picardo, J. 2011. Edmodo: What students think.

http://www.boxoftricks.net/2008/09/edmodo-what-students-think/.

[4 Oktober 2011]

Picardo, J. 2011. Edmodo: microblogging for classroom.

http://www.boxoftricks.net/2008/09/edmodo-microblogging-for-theclassroom/#respond.

[4 Oktober 2011]

Jarc, J. 2010. Edmodo – The Secure, Social Learning Network for Teachers and Students.

http://trendingeducation.com/?p=69.

[4 Oktober 2011]