tugasan 1

22
\ P ENGENALAN Kesihatan dan kesejahteraan sering silih berganti, tetapi ianya mempunyai makna dalam kehidupan. Perbezaan bukan menjadi isu utama,kerana kedua-duanya meainkan peranan untuk kehidupan seharian. Kesihatan adalah lebih menjurus kepada istilah yang berkait rapat dengan perubatan dan menerangkan keadaan fizikal dan mental seseorang. Kesihatan membawa pengertian konsep usaha mendapatkan kesihatan keseluruhan yang merangkumi komponen fizikal, mental, emosi dan sosial. Semuanya bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup yang lebih baik. Banyak faktor yang telah menyumbang kepada peningkatan kesedaran awam terhadap kesihatan. Peningkatan penyakit yang berisiko tinggi seperti penyakit jantung,kanser, pertambahan kepada populasi obes, dan pelbagai ancaman kesihatan yang lain semua telah menarik perhatian kepada keperluan untuk pilihan gaya hidup yang sihat. Komponen utama dalam penjanaan kesihatan adalah pengambilan makanan yang sihat. Ia di anggap asas dalam mendapatkan kesihatan yang baik. Ramai yang telah menerima hakikat, makanan yang kita ambil berkait rapat dengan status kesihatan kita. Oleh itu, menjaga kualiti dan kuantiti pemakanan merupakan asas kepada penjagaan dan pengekalan tahap kesihatan dan kesejahteraan hidup yang baik. Melakukan senaman yang memadai telah dikenalpasti sebagai bahagian yang penting dalam gaya hidup sihat. Selain itu menjauhi bahan dan tabiat yang berisiko negative seperti menjauhkan diri dari mengambil bahan-bahan dan tabiat yang mempunyai risiko kesihatan yang negatif seperti bahan

Upload: cikgu-iqa

Post on 06-Dec-2015

219 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

fxcf

TRANSCRIPT

Page 1: TUGASAN 1

\

P ENGENALAN

Kesihatan dan kesejahteraan sering silih berganti, tetapi ianya mempunyai makna

dalam kehidupan. Perbezaan bukan menjadi isu utama,kerana kedua-duanya meainkan

peranan untuk kehidupan seharian. Kesihatan adalah lebih menjurus kepada istilah yang

berkait rapat dengan perubatan dan menerangkan keadaan fizikal dan mental seseorang.

Kesihatan membawa pengertian konsep usaha mendapatkan kesihatan keseluruhan yang

merangkumi komponen fizikal, mental, emosi dan sosial. Semuanya bertujuan untuk

menggalakkan gaya hidup yang lebih baik. Banyak faktor yang telah menyumbang kepada

peningkatan kesedaran awam terhadap kesihatan. Peningkatan penyakit yang berisiko tinggi

seperti penyakit jantung,kanser, pertambahan kepada populasi obes, dan pelbagai ancaman

kesihatan yang lain semua telah menarik perhatian kepada keperluan untuk pilihan gaya

hidup yang sihat.

Komponen utama dalam penjanaan kesihatan adalah pengambilan makanan yang

sihat. Ia di anggap asas dalam mendapatkan kesihatan yang baik. Ramai yang telah

menerima hakikat, makanan yang kita ambil berkait rapat dengan status kesihatan kita. Oleh

itu, menjaga kualiti dan kuantiti pemakanan merupakan asas kepada penjagaan dan

pengekalan tahap kesihatan dan kesejahteraan hidup yang baik.

Melakukan senaman yang memadai telah dikenalpasti sebagai bahagian yang penting

dalam gaya hidup sihat. Selain itu menjauhi bahan dan tabiat yang berisiko negative seperti

menjauhkan diri dari mengambil bahan-bahan dan tabiat yang mempunyai risiko kesihatan

yang negatif seperti bahan tembakau, alkohol, dadah.

Punca utama kematian semenjak 100 tahun yang lalu telah mengalami perubahan

dramatik. Penyakit berjangkit menyumbang untuk kematian lebih di awal 1900-an tetapi

kini penyakit-penyakit kronik yang berkaitan dengan tingkah laku dan gaya hidup telah

menjadi ancaman yang lebih besar. Kesihatan boleh ditakrifkan sebagai satu adalah keadaan

kesejahteraan optimum yang menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup. Istilah ini

bukan sahaja merujuk kepada ketiadaan sebarang penyakit, walaupun bebas dari penyakit

adalah penting untuk kesihatan yang baik. Kesihatan yang optimum termasuk kesihatan

mental, sosial, emosi, rohani, dan kesejahteraan fizikal dalam ruang lingkup sesebuah

keturunan dan kemampuan peribadi.

Keseluruhan pendidikan kesihatan, pendidikan awam dan pengurusan penyakit kronik

mempunyai tujuan yang sama iaitu membantu orang ramai untuk mengekalkan dan

meningkatkan tahap kesihatan, mengurangkan resiko penyakit dan mengawal penyakit

Page 2: TUGASAN 1

yang kronik. Tujuan utamanya ialah untuk mempertingkatkan tahap kesihatan setiap

individu dan untuk mengubah dan memberi kejayaan memerlukan perubahan tingkah laku

dan disulami dengan perbuatan. Mempertingkatkan mutu kesihatan dan merubah perlakuan

manusia terhadap amalan kesihatan, kerajaan telah memberlanjakan berjuta- juta ringgit demi

memastikan rakyat mendapat ekses kesihatan yang sempurna. Namun begitu masih ramai

yang tidak mengendahkannya kerana tidak semua program yang dianjurkan berjaya ada

sebahagiannya gagal.

Program kesihatan di sekolah umpamanya adalah salah satu inisiatif yang baik

antara Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan dalam usaha mempertingkatkan

pengetahuan dan membudayakan amalan kesihatan untuk kanak- kanak pada asasnya.

Dalam melaksanakan program kesihatan disekolah, terdapat beberapa model kesihatan yang

digunakan sebagai panduan pelaksanaan sesuatu program itu.

Model- model kesihatan ini membantu perjalanan program tersebut dari saat

perancangan hinggalah penilaian. Antara model yang sering digunakan ialah model

PRECEDE-PROCEDE, model MATCH (Multilevel Approach to Community Health),

model CDCynergy, model A systematic Approach to Health Promotion (Healthy People

2010), model Assessment Protocol for Excellence in Public Health (APEX-PH) dan model

SWOT (Strengths, Weakness, Opportunities, Threats.).

Model yang akan saya gunakan ialah model MACTH. Model ini ialah model dimana

ianya dibangunkan lewat tahun 1980an oleh Simons-Morton et al., 1988. Model ini terbahagi

kepada lima bahagian dimana setiap fasa mempunyai beberapa langkah.

Model MATCH

Fasa 1: Penetapan matlamat

Fasa 2 : Perancangan Intervensi

Fasa 3: Pembangunan Program

Fasa 4 ; Persediaan Pelaksanaan

Fasa 5 : Penilaian

Page 3: TUGASAN 1

Program yang dijalankan disekolah

1. Program Pemakanan Sihat

Program – program yang dijalankan disekolah ini menggunakan kaedah model MATCH. Kaedah ini membantu pelaksanaan setiap program yang dijalankan sepanjang tahun.

Program yang dijalankan adalah pada amnya untuk memberi maklumat dan penerangan tentang amalan kesihatan yang baik tetapi matlamat khususnya ialah mengurangkan jumlah obesiti dikalangan murid dan kakitangan sekolah. Obesiti dikalangan murid dan kakitangan sekolah semakin meningkat disebabkan amalan kesihatan dan kurangnya pendedahan terhadap amalan kesihatan dan pemakanan yang baik.

M odel M A C TH

Fasa 1: Penetapan matlamat

Lan g k a h 1 : m e m i l ih m a tl a m a t k e sih a t a n

Matlamat utama program ini dijalankan ialah untuk mendedahkan murid kepada amalan gaya hidup sihat yang mementingkan penjagaan kesihatan dengan amalan bersenam dan pemilihan pemakanan yang seimbang. Matlamat kesihatan ini amatlah penting dalam menentukan hala tuju program yang akan dijalankan.

Lan g k a h 2 : m e m i l ih po pu lasi y an g t in gg i

Program ini dipilih adalah kerana populasi murid yang mengalami lebihan berat badan dan obesiti semakin meningkat semenjak dua tiga tahun kebelakangan ini. Program ini mensasarkan secara umumnya keseluruhan murid yang mengikuti namun sasaran khusus ialah murid- murid yang mengalami berlebihan berat badan dan obesiti. Obesiti dipilih kerana ianya adalah penyakit tidak berjangkit yang boleh memudaratkan kesihatan di mana ianya mempengaruhi hidup seseorang individu dan juga masyarakat.

Lan g k a h 3 : me n g ena l pa sti ma tl a m a t ti n g k a h l a ku k e s i ha t a n

Matlamat tingkah laku yang dikenal pasti ialah murid yang mengalami masalah berat badan berlebihan dan obesiti seringkali mengalami masalah dalam kelas pendidikan jasmani dimana mereka ini sering kali mengelak daripada melakukan aktiviti dengan pelbagai alasan. Mereka seringkali mengelak daripada melakukan aktiviti kerana keadaan fizikal mereka yang

Page 4: TUGASAN 1

besar dan berat dimana mereka sukar untuk bergerak dan melakukan aktiviti fizikal. Keadaan fizikal mereka yang terlebih berat badan mempengaruhi sikap dan perlakuan mereka sama ada didalam kelas mahupun semasa mengikuti aktiviti yang dijalankan semasa kelas Pendidikan Jasmani. Meraka akan merasa tidak cergas dan cepat letih malahan sering mengantuk menyebabkan prestasi mereka tidak dapat ditingkatkan. Program ini dijalankan supaya mereka mampu mengubah keadaan fizikal mereka daripada mengalami berat badan berlebihan kepada berat badan ideal dan mampu untuk meningkatkan kecergasan fizikal.

Lan g k a h 4 : me n g e n a l pa sti ma tl a m a t f a k t o r p e rsekit a ran

Program yang dijalankan mengambil kira faktor persekitaran dimana persekitaran murid adalah dikelilingi sumber makanan yang boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit dan yang utamanya ialah meningkatkan berat badan. Persekitaran murid semasa di rumah juga adalah menyebabkan kurangnya pendedahan terhadap amalan pemakanan yang seimbang yang sememangnya baik untuk kesihatan diri dan keluarga. Program ini menyediakan landasan yang baik untuk murid mengetahui dan mempelajari amalan pemakan yang baik untuk tumbesaran yang sempurna dan sihat.

Fasa 2 : Perancangan Intervensi

Program ini bekerjasama dengan kementerian kesihatan untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan mengenai aspek yang terdapat didalam jadual program. Khidmat nasihat daripada pihak kesihatan amatlah diperlukan untuk membantu menghebahkan mengenai amalan kesihatan yang baik. Disamping itu juga persatuan –persatuan kesihatan sekitar juga di maklumkan mengenai program yang akan dijalankan ini. Kerjasama daripada semua pihak akan membuatkan program ini berjalan dengan lancar disamping input yang disampaikan mendapat manfaat yang baik kepada peserta program.

Lan g k a h 1 : m e n g ena l pa sti s a s a ran i n t e r v e n si

Sasaran utama adalah kementerian kesihatan iaitu doktor, ketua jururawat, jururawat masyarakat dan juga ahli- ahli persatuan kesihatan bebas yang lain yang berada disekitar sekolah dan komuniti.

Lan g k a h 2 : m e m i l ih ob jek t if i n t e r v en si

Memilih objektif intervensi adalah untuk menyalurkan maklumat dengan lebih berkesan dan padat terhadap isi program dan membuka minda mereka terhadap kepentingan amalan kesihatan yang baik untuk kesejahteraan hidup. Objektif utama ialah mengurangkan bilangan murid yang mengalami berat badan berlebihan dan obesiti.

Page 5: TUGASAN 1

Lan g k a h 3 : m e n g ena l p a sti p e n g an t a r a d i d a l a m o b jek t i f i n t e r v e n si

Pengatara dalam objektif program adalam bahan edaran, poster- poster kesihatan dan juga secara lisan iaitu melalui ceramah yang diadakan. Pengatara ini membantu dengan lebih jelas maksud program ini dijalankan.

Lan g k a h 4 : m e n g ena l pa sti ma tl a m a t f a k t o r p e rsekit a ran

Matlamat utama program ini dijalankan adalah membantu murid mengurangkan makanan yang tidak sihat disamping mengamalkan amalan bersenam untuk sihat. Murid dipilih kerana persekitaran murid adalah lebih terdedah kepada ancaman permasalahan yang mengganggu kesihatan fizikal dan masyarakat.

Fasa 3: Pembangunan Program

Lan g k a h 1 : me w u ju d k a n k o m p o n e n a t a u un it p ro g ram

Mewujudkan senarai ahli jawatankuasa untuk menjalankan program yang telah dirancang bertetapan dengan visi dan misi program agar segala perancangan dapat disempurnakan dengan baik mengikut masa yang diberikan.

Lan g k a h 2 : m e m i l ih da n mem b a n g un k a n k u r i k u lum a t a u p a n du a n i n t e r v en si

Memilih dan mengaitkan kurikulum seperti kaitan antara subjek dalam matapelajaran dengan bahan ceramah dan edaran-edaran semasa program dijalankan. Contohnya

pemakanan yang seimbang, jenis- jenis makanan dan khasiatnya. Bagaimana pemakanan membantu meningkatkan kesihatan diri dan membantu pertumbuhan fizikal disamping makanan yang membantu melawan penyakit. Program ini juga mengajar murid supaya mengenali makanan yang menyebabkan pertambahan berat badan dan cara mengawalnya.

Lan g k a h 3 : m e m b an gu n k a n s e si pe r an c a n g a n

Menyusun semula jadual program dengan melengkapkan setiap aktiviti program dengan perkara yang berkaitan dan memberi manfaat kepada murid.

Lan g k a h 4 : me w u ju d k a n a t a u mem pe rol e h b ah a n i n struksi o na l, p r o du k a t a u s u mbe r Menjalinkan kerjasama dengan klinik kesihatan berdekatan untuk memperolehi maklumat dan bahan- bahan bercetak untuk di edarkan kepada murid semasa program dijalankan. Poster- poster kesihatan amatlah penting dalam memberi input yang terbaik untuk murid.

Page 6: TUGASAN 1

Fasa 4 ; Persediaan Pelaksanaan

Lan g k a h 1 : m e m u d a h k a n p en gg una a n , pe la k s an a a n d a n p e n y en g ge ra a n Menggunakan kemudahan yang sedia ada untuk menjalankan aktiviti dengan lebih efisyen seperti dewan tertutup dimana ianya mempunyai pentas dan sistem audio yang amat baik. Dewan yang digunakan akan memudahkan urusan, kawalan dan penyenglenggaraan.

Lan g k a h 2 : m e m i l ih da n mel a tih pe lak s an a

Mengadakan mesyuarat untuk menerangkan peranan dan fungsi setiap ahli jawatankuasa untuk program yang dirancang. Penerangan secara detail akan memudahkan pelaksanaan kerana setiap ahli jawatankuasa memahami dan mengetahui peranan dan tugas masing- masin

Page 7: TUGASAN 1

Fasa 5 : Penilaian

Lan g k a h 1 : m e n g a w a l p ros e s p en i l a i a n

Apabila selesai program dijalankan, proses penilaian dilakukan dengan melibatkan ahli jawatankuasa program, beberapa wakil guru dan murid serta wakil daripada jemputan yang hadir. Perkara ini amatlah diperlukan dan ianya memberi kesan terhadap program yang akan dianjurkan pada masa akan datang.

Lan g k a h 2 : m e n g u k u r k e s a n

Melalui penilaian yang dijalankan, kesan program diukur dengan mengambil beberapa orang murid yang mengalami masalah berlebihan berat badan dan dipantau berat badannya dalam tempoh tertentu. Hal ini akan dapat mengetahui kesan program terhadap diri murid yang terlibat.

Lan g k a h 3 : m e m a n t a u ha sil

Diakhir sekali ialah memantau hasil di atas kesan program yang dijalankan. Hasil yang didapati sama ada bertambah baik ataupun tiada perubahan. Pemantau hasil ini diperlukan untuk menilai sejauh mana keberkesana program yang dijalankan.

Page 8: TUGASAN 1

Kertas Kerja

Program Pemakanan Sihat

P e ngen a l a n

Makanan adalah sumber yang mempengaruhi tumbesaran seseorang individu itu. Makanan

menjadi perkara utama dalam kehidupan kerana makanan memberikan tenaga, mencantikkan

serta menguatkan sistem imun seseorang. Makanan mempengaruhi corak kehidupan sesorang

sama ada sihat atau tidak sihat.

Pemakanan yang sihat mampu memberikan kehidupan yang sempurna dan sejahtera

disamping mengamalkan senaman. Program ini bertujuan membantu memperbaiki tabiat

pemakanan golongan sasaran. Selain itu juga diharap golongan sasaran dapat mengamalkan

tabiat pemakanan yang sihat dan mempengaruhi ahli keluarga yang lain juga untuk

mengamalkan pemakanan yang seimbang demi memiliki kualiti hidup yang sejahtera.

Aktiviti yang dijalankan membantu golongan sasaran mengamalkan amalan pemakanan yang

optimum.

Tema Sambutan

Kesihatan Tunjang Kesejahteraan

Objektif

Page 9: TUGASAN 1

Meningkatkan pengetahuan mengenai kepentingan dan faedah mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat.

K hu s u s

Di akhir program, murid dapat:

1. Mengetahui status berat badan mereka

2. Mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat

3. Mengetahui keburukkan tabiat pemakanan yang tidak sihat.

Sasaran

Murid Tahap Dua SK Gugusan Lekir

Page 10: TUGASAN 1

Tarikh

21 Oktober 2015

Tempat

Dewan Sekolah Rendah

Aktiviti

1. Saringan BMI

2. Ceramah oleh kakitangan daripada Kementerian Kesihatan

3. Pameran Pemakanan sihat ( Piramid Makanan Malaysia)

4. Kuiz Pemakanan

6. Edaran risalah pemakanan

7. Edaran mini poster kesihatan

8. Panduan Pemakanan Kanak-kanak

Perbelanjaan

Peruntukan daripada duit Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Page 11: TUGASAN 1

Aturcara Majlis

8.00 – 9.00pg : Pendaftaran

: Saringan BMI

: Pameran Pemakanan dan kuiz bertulis

9.00 – 9.45pg : Ceramah daripada Kementerian Kesihatan

9.45 – 10.15pg : Minum Pagi

10.15 – 11.00pg : Pertandingan melukis poster kesihatan (Kesihatan TunjangKesejahteraan)

11.00 – 11.30pg : Majlis Penyampaian Hadiah

11.30pg : Bersurai

Page 12: TUGASAN 1

Carta Organisasi Program

Penasihat : Pn.Aminah bt Abd Jabar Pengerusi : En.Ismail b DinSetiausaha : En. Muhamad Madrisam b Muhamad Bendahari : Pn. Che Norliza bt Che ZainalAhli jawatankuasa

Brosur : Pn. Asiah bt Arsad

Banner : En. Ikhwan b Jamaludin

Pengacara majlis perasmian : Pn. Sharidah Farwin bt Arsad Persiapan tempat : En. Zulkifli Bin Tuan Ismail Jemputan : Pn. Auni Sofea Bt AhmadAjk BMI : Pn. Sofiah Bt Rahman

Ajk Ceramah : Pn. Ainul Mardiah Bt Ahmad Syukri

Ajk Pameran : En. Abdul Razak Bin Hashim Ajk Kuiz Kesihatan : Pn. Malah Nadarajah Makanan dan minuman : Pn. Khatijah bt KhalidKawalan murid : Pn. Ruslin Bt Anuar

Page 13: TUGASAN 1

P en u t u p

Program ini diharapkan dapat mengembalikan semula keaktifan aktiviti kesihatan

dan kecergasan di sekolah. Program ini juga diharapkan dapat menjadi satu platform bagi

warga pendidikan memulakan amalan atau budaya hidup sihat dengan cara yang mudah

dan menyeronokkan. Melalui program ini juga diharap akan lahir masyarakat yang

mengutamakan kesihatan dalam setiap aspek. Adalah menjadi harapan semua pihak agar

segala perancangan yang dibuat akan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Program

Kesihatan dan Kecergasan yang bakal diadakan ini juga diharap dapat membuka lembaran

baru dan mewujudkan kerjasama serta penglibatan masyarakat ke arah perubahan

tingkahlaku yang sihat.

Disediakan oleh

………………………………………………………… (EN MOHD FIKRI BIN OMAR ) SetiausahaProgram Pemakanan Sihat

Page 14: TUGASAN 1

RUMUSAN

Kesihatan adalah sesuatu yang wujud dari psikologi, rohani, fizikal, sosial dan sumber

persekitaran yang membenarkan kehidupan yang sejahtera dan produktif. Kesihatan yang

baik dipengaruhi oleh amalan pemakanan yang sihat dan seimbang. Dalam merealisasikan

penjagaan kesihatan, pelbagai pihak terlibat dalam mempromosi, menyebarkan, memberi

khidmat nasihat serta membantu mendapatkan rawatan kesihatan. Program kesihatan yang

dijalankan disekolah merupakan program yang bertujuan untuk menjamin kebersihan

dan kesihatan murid secara berterusan sepanjang tahun demi muwujudkan suasana

persekitaran yang kundusif dan bebas ancaman penyakit serta membina amalan- amalan

kesihatan yang baik.

Program yang dijalankan ini membantu membentuk sahsiah murid agar menitik

beratkan amalan pemakanan yang sihat demi menjaga tubuh badan supaya tidak mengalami

obesiti dimana individu yang terlibat membuka peluang kepada penyakit tidak berjangkit

menyerang seterusnya memudaratkan kesihatan. Amalan pemakanan yan baik memberi

impak dalam kehidupan dimana hidup individu yang mengamalkan pemakan secara sihat

hidup lebih baik daripada individu yang tidak mengamalkannya.

Model kesihatan pula membantu dalam merancang dan melaksanakan sesuatu

program. Model kesihatan memberikan panduan tentang bagaimana menguruskan sesuatu

aktiviti itu dengan bijaksana dan dapatan hasil daripada kursus tersebut mendapat

manfaat yang baik untuk semua yang terlibat. Model kesihatan adalah pemudah cara bagi

merangka sesuatu program yang akan diadakan.

Kesihatan pada umumnya adalah perkara yang perlu ada dalam diri namun

sebenarnya kesihatan ialah kehidupan kita sendiri dimana kesihatan penentu kehidupan.

Kehidupan yang sejahtera bermula dari kesihatan yang baik. Kesihatan yang baik pula

bermula dari amalan pemakanan dan senaman. Semuanya adalah saling berkait di antara satu

sama lain. Kehidupan yang sempurna dan sejahtera merangkumi semua aspek yang

dinyatakan tadi. Oleh itu mengamalkan amalan kesihatan contohnya amalan pemakanan yang

sihat amatlah penting dalam merealisasikan kehidupan yang penuh bermakna.

Page 15: TUGASAN 1

R UJUKAN

Dr. Abd Rahim Bin Mohd Shariff & Nik Mohd Zaki Bin Nik Mohamed. Modul Program

Kesihatan Sekolah. Pusat Pendidikan Luar. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mohd Izham Mohd Ibrahim.(1998). Mendekati Promosi Kesihatan. Shah Alam. Dewan

Kosmik

Green L. W., Krueter M. W. (2005). Health Program Planning: An Educational and

Ecological Approach. 4th edition. New York: McGraw-Hill

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, (1999). Sukatan Pelajaran Rendah dan Menengah Pendidikan Kesihatan Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Modul Asas Promosi Kesihatan (2011). Kementerian Kesihatan Malaysia. Putrajaya

Page 16: TUGASAN 1